Jumaat, 27 Disember 2013

BAB 22 JANGAN TINGGALKAN AKU


Muhd Khuzairi datang ke syarikat Slim World bagi memulakan program kuruskan badan setelah seminggu dia tidak hadir. Dia sudah berfikir masak-masak. Kali ini dia mahu kurus dan mahu menambat hati Kyra.
Tengah hari ini dia masuk ke dalam satu bilik kecil dan memulakan rawatan BCS Program yang memang disediakan buat ahli-ahli Slim World bagi membakar lemak yang ada didalam badan. Mujur yang merawat badannya adalah seorang lelaki.
 Di dalam bilik itulah dia dapat menenangkan fikirannya yang kusut dengan berbaring. Sambil berbaring, sambil itu jugalah dia terfikirkan Kyra.
Setengah jam kemudian, pekerja yang bertungkus-lumus membakar lemak dalam badannya mengarahkan dia bangun. Mata Muhd Khuzairi terkebil-kebil. Terlalu asyik melelapkan mata hingga tidak sedar masa yang diberikan pihak Slim World sudah pun sampai ke penghujungnya. Dia bangun lalu menukar baju asalnya.
“ Encik Khuzairi, jika ada peluang eloklah Encik ke gym supaya berat badan Encik akan turun sedikit demi sedikit. Disamping Encik ke Slim World menggunakan alatan teknolongi yang kami tawarkan, Encik juga boleh lakukan senaman setiap hari agar lemak dalam badan Encik akan berkurangan sedikit demi sedikit.” terang pekerja Slim World itu panjang lebar.
Muhd Khuzairi mengangguk. Dia faham apa yang diterangkan pekerja itu sebelum dia keluar dari bilik itu. Sebelum ini, ada juga yang menasihatkannya tentang kesihatan diri di Slim World ini. Mungkin pekerja itu sekadar mengingatkan dirinya sahaja.
Sewaktu dia sampai di kaunter pertanyaan, Betty sudah berdiri tegak mengadapnya. Dia tersenyum nipis. “ Saya nak pergi dulu. Mungkin hari Sabtu nanti saya datang lagi untuk buat rawatan.”
Betty mengangguk sebelum dia membalas senyuman pelanggannya. “ Terima kasih Encik Khuzairi kerana sudi membuat rawatan di syarikat kami. Kami menanti kedatangan Encik Khuzairi ke syarikat kami nanti.”
Ketika Betty mahu duduk semula ditempatnya, Muhd Khuzairi memanggilnya semula. Dia mengerutkan dahi sebelum dia bangun dan tersenyum seperti biasa. “ Ada apa yang boleh saya bantu, Encik Khuzairi?”
“ Boleh saya tahu duta Slim World ada kat mana sekarang?”
Betty terkedu. Lain yang ditanya, lain soalan pula yang keluar. “ Maksud Encik, Cik Kyra?”
“ Ya. Cik Kyra yang cantik jelita tu.” Muhd Khuzairi senyum lebar. “ Awak mesti tahu dia kat mana kan?”
“ Dia tak datang hari ni. Dia tak sihat.” Itu sahajalah jawapan selamat yang boleh diberi. Majikannya, Abdul Fatah dari awal-awal lagi sudah memaklumkan padanya supaya tidak memberitahu orang ramai tentang perkahwinannya di pejabat agama.
“ Tak sihat? Ya Allah! Kenapa tak maklumkan pada saya awal-awal?!” Muhd Khuzairi sedikit marah hingga Betty jadi tidak tentu arah. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia meninggalkan Betty keseorangan dan keluar dari syarikat Slim World. Risaunya pada Kyra hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia pasti Kyra sedang berehat dirumahnya. Telefon Kyra cuba didail banyak kali namun bekas isterinya tidak juga diangkat. Kerisauannya makin bertambah-tambah.
Hanya satu rumah sahaja yang berlegar difikirannya kini. Rumah Kyra!
****
 Kyra menelefon ibunya yang kini sedang berada di rumah Atuk belah bapanya di Teluk Intan, Perak. Dia harus segera memaklumkan pada ibunya tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung dalam sehari lagi setelah diluluskan Pejabat Agama. Dia tidak boleh berlengah masa lagi. Perkahwinan harus dipercepatkan.
“ Ibu tak halang Kyra kahwin lagi?” kata Kyra dengan suara tersekat-sekat.
“ Apa pula ibu nak halangnya. Kahwin ajelah.” Puan Azlina langsung tidak marahkan anaknya sebaliknya dia sukakan lagi adalah. Dia harap Kyra akan berbahagia dengan suami barunya nanti.
Dia agak terkejut Kyra mahu berkahwin lagi selepas diceraikan bekas menantunya namun mungkin itu sudah jodoh anaknya dan dia tidak akan menghalang sekalipun Kyra berkahwin lagi. Asalkan lelaki itu mampu membimbing Kyra ke jalan yang benar dan boleh jadi suami yang baik.
“ Betul ni?” Kyra inginkan kepastian daripada ibunya. Dia sedikit lega. Mana tahu ibunya menentang keputusannya berkahwin dalam masa terdekat.
“ Ibu tak halang pun. Kahwin ajelah. Harap bakal suami kamu tu tak mengongkong macam Khuzairi dulu. Kamu dah telefon atuk ke pasal perkahwinan kamu tu? Kang tak nikah pula kamu kalau tak ada wali. Janda macam kamu ni pun kena ada wali juga tau.”
Kyra tepuk dahi. Dia lupa! Semasa dia kahwin dengan Muhd Khuzairi dulu, Atuk sebelah bapanya menjadi wali bagi pernikahan mereka. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Kini dia telah menjadi janda dan dia masih perlukan wali untuk menjadi saksi kepada perkahwinannya dan Abdul Fatah.
“ Ibu, nanti ibu bawa Atuk pergi rumah Kyra ya. Tak pun bakal suami Kyra bawa ibu dengan Atuk datang sini. Nak tak?” Dihujung talian Kyra sudah jelir lidah apabila menyebut panggilan ‘bakal suami’. Rasa nak termuntah pun ada.
“ Tak payahlah. Esok kami datang sana dengan Pak Ngah Harun. Anak ibu mesti tak sabar nak kahwin dengan lelaki tercinta kan? Lagi cepat ibu dan Atuk datang, lagi cepatlah korang kahwin.” Puan Azlina sudah tergelak dihujung talian. Kyra mengetap bibir.
‘ Sabar, Kyra. Kau kena buat selamba aje bila cakap depan ibu. Jangan tunjukkan yang kau tak suka pada Abdul Fatah.’ Kyra cuba buat muka manis walaupun hatinya terpaksa berbuat begitu.
“ Okey, ibu. Jangan lupa bawa Atuk dengan Pak Ngah Harun datang ya. Lagi cepat Atuk datang, lagi cepat perkahwinan ini berlangsung.” Kyra cuba buat-buat gembira.
“ Tapi Kyra, bakal suami kamu tak kesah ke kamu ada title janda?”
Kyra menelan airliur sedalam-dalamnya. “ Tak kesah pun. Sebab dia cintakan Kyra sepenuh hati.” Cinta sepenuh hati? Entahlah. Dia tidak memahami sepenuhnya isi hati Abdul Fatah, jadi dia sukar untuk mengetahui samada lelaki itu cintakannya atau cuma kesiankan dirinya.
“ Kalau macam tu baguslah.  Tak adalah ibu susah hati sangat. Jangan dia kahwin dengan kamu sebab kamu cantik aje. Bakal suami kamu tu kaya tak macam Khuzairi tu?”
“ Entahlah, ibu. Kyra tak tahu sangat pasal latar belakang keluarga dia.” Itu sahaja yang mampu Kyra jawab. Dia jika boleh tidak mahu tahu langsung tentang kekayaan lelaki itu. Dia kahwin dengan lelaki itu pun sebab tidak mahu membayar duit sejuta.
“ Assalamualaikum Kyra, buka pagar ni!” jerit Muhd Khuzairi sambil mengoyangkan pagar itu sedikit kuat agar Kyra yang berada didalam rumah dapat mendengarnya.
Kyra bangun dari sofa dan tergesa-gesa tutup telefon bimbitnya. Dia terkejut. Suara itu seperti suara Muhd Khuzairi. Dia ke belakang muka pintu dengan tubuh badan yang mengiggil. Muhd Khuzairi datang ke sini buat apa? Takkan mahu mengajaknya kahwin semula kut? Dia tiba-tiba jadi seram sejuk.
“ Aku kata buka pintu ni, buka!” jerit Muhd Khuzairi dengan lantang. Suasana yang harmoni tadi menjadi bising dengan suara pekikan lelaki itu.
“ Tolong perlahankan suara, Encik Khuzairi.” Abdul Fatah menepuk bahu kanan Muhd Khuzairi namun lelaki itu pantas menepis tangannya. Muhd Khuzairi tersentak lalu berpaling ke belakang.
“ Kau buat apa datang sini?” Muhd Khuzairi memandang Abdul Fatah dari atas ke bawah.  “ Kalau kau nak kacau Kyra lagi, langkah mayat aku dulu.” Dia membulatkan mata supaya Abdul Fatah takut dengannya.
Abdul Fatah ketawa kecil sebelum dia membuat muka serius. “ Kyra isteri aku. Jadi tak salah kan aku datang sini?” Dia memulakan lakonannya.
Dada Muhd Khuzairi berombak ganas. Isteri? Tidak, ini tidak boleh berlaku! Kyra tidak boleh menjadi isteri Abdul Fatah. Dirinya mula tertekan. “Aku takkan percaya dari mulut kau. Aku takkan percaya!” Dia menekup kedua-dua telinganya lalu menjerit sekuat hatinya bagai orang gila.
Kyra didalam rumah cepat-cepat meluru keluar dan membuka pagar yang dikunci rapat itu. Dia tidak mahu rumahnya menjadi perhatian umum. “ Balik Khuzairi. Jangan ganggu rumahtangga kami yang baru mula.” Arah Kyra dalam keadaan marah. Biarlah dia berkeadaan begitu agar Muhd Khuzairi sedar yang dia tidak lagi diperlukan lagi dalam hidupnya.
Abdul Fatah sudah mula tersenyum gembira. Rasa gembira menyelinap dihatinya kerana Kyra sudi menyebut ‘rumahtangga kami’. Makin tidak sabar untuknya menjadi suami kepada Kyra.
Muhd Khuzairi berlari anak masuk ke dalam keretadan bergerak meninggalkan Kyra dan Abdul Fatah didepan pagar yang berwarna maroon itu. Airmata yang tidak pernah keluar selepas dia bercerai dengan Kyra akhirnya tumpah jua. Dia tidak sanggup untuk terus berada disitu. Hatinya sakit.
Abdul Fatah pula tidak lekang dengan senyumannya. Sejak Muhd Khuzairi meninggalkan dirinya, wajah Kyra ditatap tanpa jemu. Kyra jadi tidak tentu arah. Dia penasaran apabila dipandang begitu. Dia mula kembali pada sikap asalnya, yang suka marah.
“ Tadi tu hanya lakonan. Aku cuma tak nak terlalu menaruh harapan kat aku.”
Abdul Fatah tetap tersenyum. “ Tapi Fat suka ayat ‘’rumahtangga kita’’ tu. Rasa macam kita dah kahwin sekarang.”
“ Jangan nak berangan, Encik Abdul Fatah. Kita tak kahwin lagi. Wali saya ada kat Perak. Esok atau dua hari lagi baru wali saya tu sampai.”
“ Kalau macam tu, jomlah.” Abdul Fatah mula mengajak.
“ Jom apa?” Kyra berpeluk tubuh. Dadanya berombak besar.
“ Kita pergi Perak . Ambil wali awak dan kita kahwin hari ni.” sungguh-sungguh Abdul Fatah berbicara.
“ Apa?!” Kyra tercengang.


4 ulasan:

Unknown berkata...

Hahaha .. Xagk2 Fatah .. Xmenyempat2 nk amk Wali Kyra at Perak .. Lau ye pon sbar laa dlu .. Huhuhu .. Eya .... Terbaikk laa .. Xsbr nie tggu bab strusnya ..

Qaseh Balqis berkata...

haaa..cepatlah kyra..hehehe
erm..bru kau rasa ek kucai,dh hilang nk tercari2 lg...teruskan berkarya

Nana Mohd Yasin berkata...

Alamak, tuan tanah, dh lama rupanya akak x follow cite ni
Dek kebizian yg melanda diri, ku ketinggalan lrt
X pe adik manis, akak baca laju2 ya....
Dan komen merapunya akak skali tapau disini.... 

Bab 15
Apa........ badak sumbu....hahahaha
Apalah malang nasibmu sipatah,
Ku ingatkan patah rupanya sibadak sumbu....
Haih....nasib2.... badak pun badaklah,
asal encem..... ngeh3.....

bab 16
uitttt patah, kerana cinta kusanggup buang lemak
ish...ish...ish..
alamakkkkk......sapa yg datang ni?
Jeng3....

Bab 17
Blackmail?
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak sain, den tanggungla akibatnya
Kayra ni pun lah, kenapa mulut tak jaga
Sedarlah Kayra oii....awak dulu beruang kutub
Badak sumbu n beruang kutub kan soulmate...

I pun x sabar nk jadi kurus balik..... 

Bab 18
Janda slim world?
Kelas kau beb....
Ayat power ni  

Bab 19
Speechless.....
What happen?
Next.....

Bab 20
kerana pulut santan binasa
Kerana mulutmu yg berbisa Kayra, memendamlah rasa...
Pada muka Kayra
Sian patah ku.....


Bab 21
Ya Allah , Kayra...... x abis2 dgn x jaga mulutnya...
Insaflah wahai Kayra
Sian patah ku jugak 
Semakin geram ngan Kayra ni la....

Bab 22
Baru nk mula senyum balik ni
Apakah hati yg berbunga2 akan timbul salji....

Tuan tanah.... mmg best cite ni
Tahniah adik manis,
Mga perjalanan meneruskan karya ini direstui Illahi....amin....
Gud luck my dear sis....

Missy novelle berkata...

hai....jemput share link novel kat grup kami https://www.facebook.com/groups/214963462020115/

pencarian bakat baru sedang bermula