Abdul Fatah tergamam apabila melihat
kelibat Khuzairi sedang menyentuh ubun-ubun Kyra di luar biliknya. Dia
membentak marah. Nampaknya Khuzairi tidak putus asa menunggu Kyra di syarikat
milik ibunya. Segera dia melangkah keluar dari bilik dengan hati yang walang.
“ Don’t
touch her, Khuzairi. She’s mine!” jerkah Abdul Fatah.
Kyra menyorok di belakang badan Khuzairi.
Dia kelihatan sangat takut. “ Tolong Kyra, Khuzairi.” Lirih sahaja suara Kyra.
“ Who
said so? She’s not yours!” Timbul
sedikit keberanian untuk Khuzairi berlawan kata dengan Abdul Fatah.
Mahu tersembul mata Abdul Fatah ketika
Khuzairi berkata begitu namun Khuzairi langsung tidak berasa takut.
“ Aku akan kahwin dengan Kyra. Dia milik
aku.” Ditekankan perkataan ‘milik aku’ supaya Abdul Fatah jelas dan faham. Kyra
diam sahaja.
“ Bukan. Bukan…dia bukan milik kau!”
Abdul Fatah mengelengkan kepala. Tidak sanggup rasanya dia membiarkan Kyra
diapit bersebelahan Khuzairi. Dia cemburu!
“ Kau kena terima hakikat, Abdul Fatah
yang dia bukan milik kau. Dia milik aku.” tekan Khuzairi.
“ Khuzairi, jom kita keluar dari sini.
Kyra dah tak sanggup nak tanggung semua ni lagi.” rayu Kyra sambil memegang bahu Khuzairi. Makin pening
kepalanya jika dia terus berada disini. Khuzairi yang faham memusingkan
badannya ke belakang lalu dia berjalan keluar bersama Kyra.
Abdul Fatah tidak puas hati. Kyra dah nak
balik. Ini tak boleh jadi. Dengusnya dalam diam. “ Kyra, Fat suka dan cintakan
Kyra. Fat sudah ulang banyak kali untuk buktikan pada Kyra yang Fat cintakan
Kyra sangat-sangat.”
Kyra menepis airmatanya. Dia tidak boleh
tahan lagi. Abdul Fatah suka mendesak dirinya dengan kata-kata manisnya. Dia
berpusing ke belakang lalu merenung Abdul Fatah dengan tajam.
Khuzairi yang berada disebelah Kyra
sedikit terkejut. Rupanya perbualan mereka tidak tamat begitu sahaja. Dia
mengeluh berat. Terpaksalah dia mendengar perbualan di antara Kyra dan Abdul
Fatah.
“ Asyik-asyik suka,
asyik-asyik cinta! Tak penat ke mulut kau ungkapkan perkataan tu? Telinga aku
dah muak tau tak!” Kyra memarahi Abdul Fatah di depan Khuzairi.
Abdul Fatah pula yang terdiam. Kepalanya ditundukkan. Malu pada pekerja-pekerjanya bawahannya yang memerhatikan tingkah lakunya. Kyra tidak ubah seperti majikan yang memarahi pekerja. Kedua belah tangannya dikepal erat. Menahan marah yang terkumpul di hati.
Khuzairi pula sudah tersengih-sengih di belakang Kyra tatkala wanita kesayangannya itu menghamburkan kemarahan kepada Abdul Fatah. Dia seronok melihat Abdul Fatah dimarahi Kyra.
“ Kenapa tunduk muka? Malu depan pekerja kau?!” marah Kyra lagi. Dia rasa puas! Rasa tidak percaya pula dia dapat melepaskan kemarahan yang terbuku di hatinya.
“ Kyra…” bibir Abdul Fatah menggeletar sebelum kepalanya diangkat tegak. “ Fat tak nak cakap banyak buat masa ni. Fat tak nak marah Kyra depan pekerja Fat. Biarlah Kyra saja yang marah Fat. Cuma satu aje pesanan Fat.” Ditenung anak mata garang Kyra.
Abdul Fatah pula yang terdiam. Kepalanya ditundukkan. Malu pada pekerja-pekerjanya bawahannya yang memerhatikan tingkah lakunya. Kyra tidak ubah seperti majikan yang memarahi pekerja. Kedua belah tangannya dikepal erat. Menahan marah yang terkumpul di hati.
Khuzairi pula sudah tersengih-sengih di belakang Kyra tatkala wanita kesayangannya itu menghamburkan kemarahan kepada Abdul Fatah. Dia seronok melihat Abdul Fatah dimarahi Kyra.
“ Kenapa tunduk muka? Malu depan pekerja kau?!” marah Kyra lagi. Dia rasa puas! Rasa tidak percaya pula dia dapat melepaskan kemarahan yang terbuku di hatinya.
“ Kyra…” bibir Abdul Fatah menggeletar sebelum kepalanya diangkat tegak. “ Fat tak nak cakap banyak buat masa ni. Fat tak nak marah Kyra depan pekerja Fat. Biarlah Kyra saja yang marah Fat. Cuma satu aje pesanan Fat.” Ditenung anak mata garang Kyra.
“ Kita tetap akan kahwin
minggu depan! No more arguments!” Abdul
Fatah bertegas.
Kyra terpaku sebelum
meneruskan kata. “ Kau gila, gila dan gila! Dah berapa kali aku cakap aku akan
kahwin dengan Khuzairi tapi kau tetap tak nak dengar. Cara macam mana lagi yang
aku boleh fahamkan kau, hah?!” marah sungguh Kyra ketika ini.
Khuzairi menarik nafas
panjang tatkala Kyra menghamburkan marahnya kepada Abdul Fatah. Terselit juga
rasa bangga kerana Kyra berkata begitu tetapi nampaknya Abdul Fatah amat
bersungguh-sungguh sekali untuk mengahwini Kyra. Masih tidak putus-putus
semangat lelaki ini untuk mengambil Kyra sebagai isteri.
“ Kau tengok, dia nak kahwin dengan aku.
Maknanya Kyra cintakan aku. Kau? Apa yang kau boleh buat? Dah tak ada gunanya
lagi kau nak terhegeh-hegeh kat perempuan kesayangan aku ni. Dia milik aku,
selamanya!” Khuzairi mendekatkan mukanya ke arah Abdul Fatah yang berubah kelat
itu.
Kyra terdiam sahaja di sebelah Khuzairi.
Mata Abdul Fatah tidak lekang memandang
seraut wajah Kyra yang masam mencuka. Walaupun Kyra memarahi dirinya, keserian
yang ada pada wajah Kyra tetap menyerlah. Tekadnya, selagi Kyra belum menjadi
milik yang mutlak buat Khuzairi selagi itulah dia akan merampas Kyra daripada
lelaki itu.
“ Kenapa kau pandang bakal isteri aku?”
Khuzairi segera menarik tangan Kyra dan membawanya ke belakang badannya.
“
Tuhan dah bagi aku mata untuk tengok, aku tengok ajelah. Kyra kan
cantik, jadi aku rasa tak salah aku pandang dia berkali-kali.” Abdul Fatah
menjeling Khuzairi dengan tajam.
Khuzairi mengetap bibir menahan geram
manakala Kyra pula sudah mula panas hati. Kyra memandang Khuzairi. “ Awak, kita
keluar dari sini. Saya dah tak larat untuk terus berada di sini.” suaranya
perlahan. Kepalanya masih ada rasa pening. Dia perlu balik. Dirinya perlukan
rehat yang cukup.
“ Sure.”
Khuzairi mengiakan. Terselit rasa bahagia di hatinya kerana berpeluang untuk
berjalan bersama-sama dengan Kyra. Ah, tak sabarnya rasa nak kahwin semula
dengan Kyra. katanya dalam hati. “ Jom, kita keluar.” senyum Khuzairi melebar
sehingga menampakkan giginya. Kyra mengangguk perlahan.
“ Oh ya, Encik Abdul Fatah.” Abdul Fatah
tersentak tatkala Kyra memanggil nama penuhnya setelah dia mula berpaling ke
biliknya. Wanita itu menghulurkan tangan kanannya. Abdul Fatah mengerutkan
dahi.
“ Kenapa?”
“ Aku nak cek lima puluh ribu tu. Bak
sini balik.” penuh riak Kyra meminta tanpa sedikit pun memandang wajah Abdul
Fatah. Khuzairi sudah membeliakkan mata disebelahnya kerana mendengar wang
sebanyak itu. Dia tahu lelaki itu mesti tidak percaya dia akan dapat wang
sebanyak itu.
“ Fat takkan bagi. Takkan sekali-kali.
Orang dah kasi, takkan nak ambil balik kan?” Kyra segera merenung Abdul Fatah
dengan penuh kebencian. Kenapalah lelaki ni hidup di atas muka bumi ni?
keluhnya dalam dia.
“ Okay,
fine! Aku takkan ambil balik. Lepas ni tak payahlah aku nak jejak kat sini
lagi. Hurm…bagus, bagus.” Kyra menjeling tajam sekaligus mengarahkan Khuzairi berjalan
bersamanya. Khuzairi tersenyum sinis.
“ Tak apa, sayang. Nanti abang bagi kat
sayang duit sebanyak tu. Tak payah ambil pun tak apa.” riak betul kata-kata
Khuzairi sambil merenung tepat mata Abdul Fatah.
Kyra terdiam. Jauh di sudut hatinya, dia
berasa amat sedih kerana cek yang mengandungi lima puluh ribu itu bukan
miliknya lagi. Baru dia hendak merasa memegang duit sebanyak itu tapi nampak
gayanya bukan rezeki dia untuk memegang cek itu.
Abdul Fatah tersenyum sinis. Nampaknya
Khuzairi tidak mahu mengaku kalah kepadanya. “ Kaya juga kau ni, Khuzairi.
Patutlah Kyra tak kesah untuk ambil kau sebagai suami walaupun badan kau macam beruang.”
Abdul Fatah menekankan perkataan beruang sekaligus tersengih.
Tersirap darah Khuzairi mendengarnya.
Hampir-hampir sahaja dia menumbuk Abdul Fatah di depan pekerja-pekerja yang
berada di lobi utama itu namun pantas ditahan Kyra.
“ Calm
down, Khuzairi. Jangan bazirkan masa kita kat sini lagi. Jom kita keluar. Kyra
merenung penampilan Khuzairi dari atas ke bawah sebelum dia menarik pergelangan
tangan kanan Khuzairi. “ You’re sucks!
Menyesal aku bertemu dengan kau!” kritik Kyra tanpa sedikit pun menghiraukan
reaksi wajah Abdul Fatah.
“ Nampaknya Kyra
dah ditakdirkan untuk aku. Kau simpan ajelah niat kau untuk jadikan dia isteri.”
Khuzairi tersenyum sinis. Suka hatinya dapat berlawan kata dengan lelaki ini.
Dia ingat dia hebat sangatlah tu?!
“ Aku takkan simpan niat aku tu, Khuzairi dan aku akan pastikan dia adalah jodoh aku dunia dan akhirat. Jodoh bukan siapa cepat dia dapat tapi jodoh adalah bila ALLAH dan tetapkan pasti akan dapat.” ucap Abdul Fatah.
Sambungnya lagi sambil merenung dalam anak mata Kyra. “ Menyesal atau tidak, itu hak Kyra tapi bagi Fat, Fat tak akan sekali-kali merasakan penyesalan kerana dihujung penyesalan itu akan ada kebahagiaan untuk kita berdua. Fat masuk dalam bilik dulu. Selamat tinggal.” Dengan wajah hampa Abdul Fatah berlari anak masuk ke dalam biliknya semula setelah nombor password security ditekan di tepi dinding.
“ Aku takkan simpan niat aku tu, Khuzairi dan aku akan pastikan dia adalah jodoh aku dunia dan akhirat. Jodoh bukan siapa cepat dia dapat tapi jodoh adalah bila ALLAH dan tetapkan pasti akan dapat.” ucap Abdul Fatah.
Sambungnya lagi sambil merenung dalam anak mata Kyra. “ Menyesal atau tidak, itu hak Kyra tapi bagi Fat, Fat tak akan sekali-kali merasakan penyesalan kerana dihujung penyesalan itu akan ada kebahagiaan untuk kita berdua. Fat masuk dalam bilik dulu. Selamat tinggal.” Dengan wajah hampa Abdul Fatah berlari anak masuk ke dalam biliknya semula setelah nombor password security ditekan di tepi dinding.
Kyra terduduk di
atas lantai jubin putih sambil mengelamun seketika. Nampaknya kata-katanya
tidak berbekas langsung dihati Abdul Fatah. Lelaki itu betul-betul
mencintainya. Degupan jantungnya dirasakan amat kuat ketika ini. Adakah hatinya
sudah terpikat dengan kata-kata Abdul Fatah sehingga dia jadi begini?
Khuzairi terkejut
dengan tingkah Kyra. Lalu dia membongkokkan sedikit badannya lalu memapah Kyra
untuk bangun. “ Jom sayang, kita keluar dari sini.” Lembut sahaja
suaranya. Kyra berdiri lalu dia
mengorak langkah bersama-sama Khuzairi. Dia masih dalam keadaan mengelamun.
Sampai sahaja di
luar perkarangan lobi utama, Khuzairi meluahkan rasa. “ Abang tak sabar nak
kahwin dengan sayang. Terima kasih sayang sebab terima abang balik. Abang
bahagia sangat.” senyumnya melebar.
Kyra yang asyik
mengelamun saja merenung tepat anak mata Khuzairi yang ceria itu. “ Khuzairi,
saya nak minta maaf. Apa yang saya katakan dalam pejabat Abdul Fatah tadi
semuanya dusta belaka. Saya takkan kahwin dengan awak. Maafkan saya.” Kyra
menundukkan wajahnya. Kali ini biarlah Khuzairi mahu mengherdiknya, dia tidak
kesah.
“Apa?!” bergema
suara Khuzairi di situ. Kyra sudah siap sedia tahan telinga.
6 ulasan:
yessss...inilah yang dinantikan...kahkah..padan muka kau kucai
(Y) komen akk...
mmg padan muka daun kucai...rsekan! hehe
Hahahahahahhahahahaha ! Kesiaannn DAUN KUCAI .. :p
tau x pe kak...daun kucai tu jgn nk tunjuk riak sgtlah kan? hehe
hang jgn dok perasan ler kucai,xde mknanya kyra nk kat hang blk....
mesti de sbb kyra wat cegini kat Fat..xpe fat nti awok slim,mesti kyra bulat mato...hehehe
yesssss
ngeri sungguh baca dr mula tadi
ada ke nk kawin balik ngan si patah
no no no no no no
never......
x pe....kita tunggu tuan tanah
perah otak buat sambungan
ngeh3......
Catat Ulasan