Jumaat, 19 April 2013

BAB 5 Kasihku Buatmu...



Aimi Husna memeluk leher suaminya penuh erat dengan mukanya dirapatkan ke muka suaminya. Mohd Haffizat tersenyum. Dia suka dibelai begitu. Harap malam ini menjadi titik permulaan mereka bermadu asmara bersama.

“Sayang manja sangatlah hari ni. Ada apa-apa yang abang tak tahu ke?”dia menoleh ke kiri. Wajah isterinya dikucup hangat.

Aimi Husna asyik dengan kucupan hangat yang menghiasi pipinya. Dia senyum nipis. “Abang rasa dah berapa hari kita kahwin?”tanya dia sambil merenung dalam wajah suaminya. Apabila soalan itu tiba-tiba terkeluar dari bibirnya, hatinya mula berasa sebak.

            Mohd Haffizat mengira dengan jarinya. “Rasa-rasanya dah empat hari kita kahwin. Kenapa sayang tanya?”

“Dah empat hari kita kahwin kan? Maknanya malam ni malam terakhirlah abang tidur dengan sayang. Lepas ni sayang dah tak boleh jumpa abang lagi dah…”jawab Aimi Husna dengan nada sebak. Dia terus masuk ke dalam bilik air dan menangis teresak-esak dibelakang pintu bilik air.

“Sayang…”terkedu Mohd Haffizat dibuatnya tatkala isterinya meluru masuk ke dalam bilik air. Sungguh dia lupa esok adalah hari keberangkatannya ke rumah asalnya. Patutlah isterinya bersedih.

Mohd Haffizat menolak kerusi roda dan terus ke bilik air. Pintu bilik air itu diketuk berkali-kali namun tidak sekalipun isterinya bertindak untuk membukakan pintu itu.

“Sayang…bukalah pintu ni.”rayunya berkali-kali. Sedikit kuat ketukannya kali ini.

Didalam bilik air, Aimi Husna menangis sepuas hatinya. Kenapalah aku terlalu emosional saat suamiku ingin meninggalkan diriku…sepatutnya waktu inilah aku patut mengembirakan hatinya.

Ya tuhanku, kuatkanlah hatiku…pohonnya dalam hati. Dia bangkit dari duduk dibelakang pintu. Dikesat airmatanya. Tombol pintu bilik air dibuka perlahan-lahan.

“Sayang…”Mohd Haffizat terpana.

“Abang…”Aimi Husna keluar dan termangu didepan pintu bilik air. Dia tterdiam seribu bahasa.

Mohd Haffizat mengambil tangan isterinya lalu dicium penuh kasih. Aimi Husna terharu.

“Sayang kenapa mesti sedih? Kan abang dah cakap sepanjang kita berdua masih bersama, abang nak sayang happy. Abang tengok sayang makin sedih bila abang nak tinggalkan sayang.”

“Sayang tak boleh nak sembunyikan perasaan sedih sayang. Sayang mengaku jujur yang sayang memang tak gembira. Sayang asyik fikirkan pasal abang nak balik aje.”katanya dengan berterus-terang.

“Bukannya kita tak dapat jumpa lagi selepas ni. Sayang berdoalah agar kita dapat bertemu semula selepas abang balik rumah ibu.”

“Selepas sayang habis solat, sayang selalu berdoa agar lepas ni kita dapat berjumpa semula.”

“Dah, lepas ni abang tak nak sayang tunjukkan muka sedih kat depan abang. Abang tak suka.”kata Mohd Haffizat dengan nada tegas.

“Hmm…”Aimi Husna senyum sungging.

“Sayang bawak abang duduk atas katil. Tak manis kalau bercakap sambil duduk depan tandas ni.”arah Mohd Haffizat.

“Hmm…”jawab Aimi Husna sepatah. Dia lantas menolak kerusi roda suaminya kemudian diangkat perlahan-lahan tubuh suaminya dan duduk dikatil bersebelahan dengan lampu kecil.

“Ahh…”Mohd Haffizat lega kerana dapat duduk diatas katil. “Sayang jangan pergi mana-mana. Duduk sini sebelah abang.”permintaan daripada suaminya membuatkan dia berada didalam riak serba-salah/

“Hmm..”dia masih seperti tadi. Suaminya berubah riak wajah.

“Hmm…hmm…hmm…dah takde suara ke nak bercakap?”sindir Mohd Haffizat sinis.

Aimi Husna memuncungkan bibir.

“Abang ni mengada-ngadalah.”rajuknya.

“Cakaplah dengan abang. Abang bukannya keseorangan kat dalam bilik ni. ”Mohd Haffizat pura-pura marah. Sebenarnya dia nak gelak tengok wajah isterinya yang sedang monyok itu.

“Pandang muka abang sayang…”tangan kirinya memegang muka isterinya. Aimi Husna tunduk sambil tersipu malu.

“Pandanglah muka abang. Buat apa nak tunduk.”

“Sayang seganlah. Panahan mata abang tu boleh buat sayang cair.”dia masih dalam keadaan tersipu-sipu malu.

“Sayang tahu tak malam ni, malam apa?”giat dia mengusik isterinya.

“Malam ni malam khamis. Esok baru jumaat. Kenapa abang tanya? Dah tak sabar nak balik ke?”kata Aimi Husna dengan nada yang perlahan.

“Abang bukan tak sabar nak balik tapi abang rasa…”Mohd Haffizat mengambil peluang dengan menutup lampu bilik tidur. Serta-merta ruang bilik tidur menjadi gelap.

Aimi Husna tergamam. Airliurnya bagaikan tersekat dikerongkong.

“Abang rasa nak jalankan tanggungjawab abang sebelum abang balik rumah…”ujar suaminya penuh romantis. Mohd Haffizat mula merapatkan diri pada isterinya.

Aimi Husna kaku disitu. Nafas suaminya yang menderu desah di wajahnya membuatkan dia bertindak untuk menutup mata.

Mohd Haffizat tersenyum dalam gelap. membaringkan isterinya. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, mereka berdua mengharungi malam pertama tanpa memikirkan masalah lain.

*****

Aimi Husna terjaga pada pukul tiga dua puluh minit pagi. Lampu yang ditutup suaminya dibuka kembali. Dilihat suaminya sedang enak tidur dengan dengkuran kecil. Dia mengelus rambut suaminya penuh kasih lalu mengucup pipi suaminya.

Terkebil-kebil matanya memandang cahaya terang pada lampu katil sebelah suaminya. Dia ingin menutup lampu namun bila difikirkan balik, ada baiknya dia membiarkan sahaja lampu itu terbuka. Lebih senang dia menatap wajah suaminya lama-lama.

Malam tadi merupakan malam yang amat membahagiakan bagi dirinya. Tersentuh hatinya dengan belaian yang diberikan suaminya.

Perasaan sedih kembali menusuk ke dalam sanubarinya. Lama dia memandang suami kesayangannya. Lagi berapa jam sahaja suaminya akan berangkat pergi dari rumah ini. Payahnya dia untuk melepaskan suaminya pergi tapi apakan daya, dia tidak boleh menghalang suaminya keluar dari sini. Ibu mertuanya menunggu kedatangan suaminya.

“Abang, sayang rasa sayang tidur kat bawah ajelah. Sayang nak cuba tidur sorang-sorang.”ungkapnya sendiri dengan rasa sebak, seraya itu dia melangkahkan kaki turun ke bawah.

Cahaya yang terang diruang tamu digelapkan. Dia tidur diatas sofa tanpa bantal. Dia kembali melelapkan mata.

*****

Mohd Haffizat tersenyum sengih walaupun matanya terpejam. Dia bermimpi isterinya sedang memeluknya erat dari belakang. Dia membalas pelukan itu tetapi tidak lama. Isterinya sekejap sahaja memeluk dirinya dan secara tiba-tiba menghilang.

Matanya terbuka tiba-tiba. Apa yang dia nampak kini hanyalah gelap. Tangan kirinya tercari-cari kelibat isterinya namun dia sedikit terperanjat apabila isterinya tiada diatas katil. Dia membuka lampu agar bilik kembali terang.

“Sayang…”panggilnya dengan suara yang perlahan. Dia bangkit dari pembaringan dan bersandar dikatil. Hendak bangun, dia tiada daya. Mana pulak sayang dia ni?gumamnya. Dia melihat jam didinding baru menunjukkan enam pagi.

“Sayang…”panggilnya sekali lagi namun kali ini nada dia agak kuat sedikit.

“Hesy, mana pulak isteri aku ni?”katanya sendiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kepalanya terjenguk-jenguk ke bilik air. Tiada orang. Pintu bilik air pun terbuka.

“Sayang!!!”kali ini dia tidak boleh memperlahankan nada suaranya lagi. Kuat suaranya. Satu rumah boleh dengar suaranya.

Aimi Husna yang sedang asyik tidur tiba-tiba terbangun. Matanya ditenyeh berkali-kali. Abang panggil!

Mesti dia cari aku ni.desisnya.

Dengan langkah malas, dia naik ke biliknya.

Pintu bilik dikuak lebar. “Abang panggil sayang?”matanya digosok-gosok agar mengantuknya hilang.

“Sayang pergi mana? Abang panggil nama sayang berkali-kali, sayang tak dengar ke?”marah Mohd Haffizat.

Terpana Aimi Husna mendengarnya. Marah betul suaminya. Apa dia nak jawab ni? “Sayang tidur kat bawah tadi. Maaflah sayang tak dengar abang panggil sayang tadi.”dia merapati suaminya. “Abang nak apa?”katanya perlahan.

“Sayang tidur kat bawah? Kenapa tak tidur sebelah abang? Malu kat abang ke pasal semalam?”sindir Mohd Haffizat. Masih lagi dengan nada marah.

“Taklah. Sayang cuma rasa tak sedap badan bila tidur kat katil ni. Tu yang sayang tidur kat bawah tu.”terpaksa dia menipu untuk mengembirakan hati suaminya yang nampak agak marah dengannya. Dia mengeluh dalam hati. Pagi-pagi lagi dah kena marah dengan suami.

Aimi Husna mendengar helaan nafas suaminya yang agak keras. Marahlah tu! Dia dapat merasakan suaminya seakan-akan tidak suka dengan jawapannya.

“Sayang dah pandai menipu ni. Mana sayang belajar menipu ni?”terkedu dia dengan kata-kata suaminya.

Pantas dia menjawab. “Sayang tak menipulah. Sayang sakit belakang.”tipunya lagi.

“Sayang tak payah nak berdalihlah. Abang tahu sayang saja tidur kat bawah tu. Sayang ni, kejap lagi abang dah nak balik, sayang buat hal pulak. Abang terasa dengan sikap sayang.”

Aimi Husna mengaru-garu lehernya sambil keningnya dijongketkan. “Abang ni, tu pun nak terasa. Sayang tidur bawah sekali aje. Nanti sayang tidurlah sama dengan abang balik.”rungutnya.

“Bila sayang nak tidur dengan abang lagi? Tak ada maknanya dah. Pagi nanti abang dah nak balik. Doktor akan datang bawa abang pergi hospital.”

Aimi Husna menundukkan wajahnya sambil bermain-main dihujung selimut. “Pagi nanti?”

“Aah. Saja abang tak nak bagi tahu sayang.”dalam marah suaminya, lelaki itu tetap mengungkapkan sayang terhadapnya. Tiada perkataan kau yang meniti dibibir lelaki itu.

“Sayang nak buat macam mana kalau abang dah nak balik rumah cepat sangat.”

“Bukan abang nak balik sangat. Abang terpaksa.”

“Pukul berapa abang nak balik?”

“Sebelum tengah hari.”

Aimi Husna mengetap bibir. Dah tak lama dah. Lagi berapa jam saja suaminya akan berangkat pulang.bisiknya dalam hati. Selepas ini, dia akan kesepian tanpa suami disisi.

“Nanti sayang kemas baju dan barang-barang abang.”katanya acuh tak acuh. “Sayang bawak abang ke bilik air. Kita solat sama-sama.”

“Mungkin ini kali terakhir kita solat berjemaah bersama-sama.”

Aimi Husna tidak menjawab. Sedihnya makin bermukim dihati. Dia menghampiri suaminya dan memegang tangan lelaki itu. Kerusi roda yang sudah dibuka awal-awal lagi diletak elok didepan katil bersebelahan dengan suaminya.

Mohd Haffizat duduk dikerusi roda sambil merenung tajam kearah isterinya. Diperhatikan sahaja tingkah isterinya yang sedang melipat seluar dikedua-dua hujung kakinya.

Aimi Husna buat endah tak endah dengan pandangan suaminya. Dia membawa suaminya ke bilik air.

“Hari ni hari terakhir kita solat berjemaah bersama-sama, sayang tolong abang ambikkan air sembahyang.”

“Betul ni?”teruja Mohd Haffizat mendengarnya. Walaupun dia gembira melihat suaminya gembira namun hatinya tetap bersedih.

“Betul.”jawabnya dengan nada malas. “Sayang rasa kita mandi sekalilah. Mandi sebelum sembahyang lebih elok. Badan bersih dan wangi apabila ‘berhubung’ dengan tuhan.”jelasnya. Dia membiarkan suaminya didepan pintu bilik air. Dia mengambil dua tuala yang mereka gunakan di belakang pintu.

Mohd Haffizat makin teruja mendengarnya. Dalam acuh tak acuh isterinya menjawab setiap soalannya, isterinya tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Aimi Husna menyaktkan dua tuala itu dibahunya. Setelah itu dia membawa suaminya masuk ke dalam bilik air.

Tercapai jugak hasrat suaminya untuk mandi bersama dengannya…

*****

Aimi Husna menghayati bacaan doa yang dibacakan suaminya. Airmatanya menitik tiba-tiba. Sayu dia mendengar suara suaminya membaca doa. Dia pasti doa yang dibaca itu ada kaitan dengan mereka berdua.

Setelah selesai berdoa, Aimi Husna bangun dan merapati suaminya. Dia mencium tangan lelaki itu lebih lama daripada biasa.

Mohd Haffizat tersenyum sambil mengusap telekung yang dipakai isterinya.

“Abang nak mintak maaf kalau selama ni abang ada terkasar bahasa pada sayang. Abang hargai apa yang sayang lakukan selama ini. Perhatian dan cinta yang sayang berikan abang takkan lupakan sampai bila-bila.”

“Sayang nak mintak maaf jugak kalau sayang selalu buat abang marah. Abang maafkan sayang ye kalau sayang ada terkasar bahasa.”dia masih tidak memandang wajah suaminya.

“Abang maafkan sayang dari dunia sampai akhirat.”ujar suaminya lembut.

Aimi Husna mengangkat muka. “Abang memang suami yang baik. Sayang janji akan jadi isteri yang setia.”

“Janji?”Mohd Haffizat memainkan jari kelingking.

“Janji…”Aimi Husna menyatukan jari kelingking ke jari kelingking suaminya. Jari mereka bersatu.

Insyallah, dia akan setia pada suaminya selagi hayat dikandung badan…

 

 

 

 

 

8 ulasan:

Roziah berkata...

Kenapa ya sampai kena tinggalan tanpa kembali?

nur daeya berkata...

d kne tnggalkan isterinya sbb d x nk ibu d thu yg diorang dh kahwin tnpa restu keluarga..
ibu d gilakan harta..itu yg d nak smbunyikn perkahwinan diorang tu.. ;)

lee jee joong berkata...

sedihnya mesti lpsni belakon buat 2 j
Tak kenal kan

nur daeya berkata...

btul kak..dioran kne buat2 x knl..
tp insyallah eya akn knlkn diorang jgak..kihkih

Ruunna Qizbal berkata...

best2.. tapi sedih hehe

nur daeya berkata...

hehe..sedih lg ye dik..x pe, xpe..
nnt diorang akan bahagia jgk..insyallah.. ;)

amira syamimi berkata...

kesianye...dieorg bru jer kawin dh terpaksa berpisah....so sad

nur daeya berkata...

nak buat macamana dik Mira..dh itu takdir yg tlh ditetapkan allah..
insyallah mereka akan bahagia jgk nnt.. ;)