Rayyan Zikri merenung tajam sebuah
kereta yang baru masuk ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya. Semestinya dia kenal
dengan pemilik kereta itu. Siapa lagi kalau bukan nenek dia. Dalam diam dia
mengkritik neneknya yang tidak bijak menggunakan akal fikiran dalam menyempurnakan
misinya membalas dendam terhadap Muzaffar.
Tidak pasal-pasal diri dia terlibat
sekali. Geram betul!
Pandangannya beralih pula ke wajah
sahabatnya yang tampak muram itu. “Hah! Nenek kesayangan kau tu dah sampai.
Pergilah dekat nenek kau tu.”sindir Rayyan Zikri sinis. Kemarahan yang
menggunung terhadap neneknya ditujukan pada Dhia.
Mulut Dhia menggigil. Menahan
kemarahan. Sabar ajelah ada sahabat yang macam ini. “Kenapa kau terlalu
sensitif sangat, Ray? Nenek datang tu nak selamatkan kita. Bukan nak masukkan
kita dalam lokap?!!”suaranya cuba dikawalkan sebaik mungkin.
“Selamatkan apa kalau dia tak bagitahu
polis perkara sebenar? Tak pasal-pasal aku dikaitkan. Huh! Patutnya nenek yang
masuk lokap. Bukan aku!”dengusnya.
“Ray, kau dah melampau! Sanggup kau
cakap nenek kau macam tu? Kau sedar tak kau bercakap pasal apa sekarang?Nenek
kau, kau tau tak?!!” Jeritnya.
“Kamu berdua! Ini balai polis. Bukan
tempat untuk bergaduh.”perli Koperal Ariee yang sedari tadi memerhatikan
tingkah dua insan yang tidak habis-habis hendak bertekak. Bengang pulak dia
melihatnya.
Rayyan Zikri menaikkan mata ke langit.
Dia bukan saja-saja nak bergaduh tapi dia mahu menegakkan keadilan. Nenek dia
yang bersalah, bukan dia!
“Puan…”Koperal Ariee menunduk hormat
tatkala seorang wanita berusia menghampiri mereka bertiga. Tetamu yang datang
kena tunjukkan hormat.
“Nenek…”kata Dhia lembut sambil memaut
tangan nenek. Alhamdulilah…mujur nenek datang menyelesaikan masalah di sini.
Kalau tak, sampai ke malamlah mereka berdua tinggal di sini.
Puan Hadijah hanya tersenyum nipis
memandang sahabat cucunya. “Dhia dah bagi tahu Ray pasal Muzaffar kena pukul tu?”
Dhia mengangguk. “Tapi dia marah,
nek.”bisiknya.
“Sebab apa, Dhia?”dia mengerling tajam
wajah cucunya. Sejak dia sampai tadi, muka Rayyan Zikri langsung tidak memaling
kearahnya. Hatinya sebal. Dia datang untuk meredakan keadaan bukan untuk
menambahkan kekusutan.
“Nenek tanyalah dia sendiri.”jawabnya
acuh tak acuh.
“Ray, pandang muka nenek masa nenek
tengah bercakap dengan kamu!”marah Puan Hadijah. Koperal Ariee diam membisu.
Garangnya wanita berusia ni.telahnya sendiri.
“Ray nak balik!”jawabnya pantas. Lebih
baik dia memandang langit dari memandang wajah nenek yang sedang memarahinya.
“Macam mana Ray nak balik kalau Ray
takde kereta?”marah Puan Hadijah lagi.
“Ray balik naik teksi.”selamba sahaja
jawapannya.
Dhia masam mencuka. Sahabatnya memang
sedang marah betul padannya. Dia mula takut. Takut sekirannya sikap Rayyan
Zikri yang lemah-lembut ketika bercakap seperti dulu lagi.
“Hidayat!”panggil pembantu rumah
merangkap drebar Puan Hadijah.
Hidayat Romli tergesa-gesa kearah Puan
Hadijah. “Ada apa, Puan?”
“Pergi ambik kereta Tuan Rayyan kat
rumah Puan Halimah. Ambik kunci kereta dekat Tuan kamu tu.”arahnya dengan suara
yang tegas.
Rayyan Zikri menurunkan mukanya. Dia
naik meluat pula dengan arahan yang diberikan nenek. Semua arahan nak kena
patuh.
Hidayat Romli akur dengan arahan yang
diberikan. Dia pergi kearah Tuan Rayyan Zikri untuk mendapatkan kunci kereta
tetapi ditepis Rayyan Zikri.
“Tak payah! Biar saya ambik
sendiri.”acuh tak acuh Rayyan Zikri menjawab. Dia berpaling ke kiri.dan mula
melangkahkan kaki untuk beredar dari situ. Nenek sudah sampai, buat apa dia ada
di sini lagi?
“Ray, bagi ajelah kunci kereta tu. Kan
senang kalau…,”belum sempat Dhia meneruskan ayat, sahabatnya sudah bertempik
kepadanya.
“Kau diamlah! Banyak bunyi pulak
perempuan ni.”katanya keras.
Airmata Dhia luruh. “Sampai hati kau
cakap macam tu.”jawabnya sebak. “Nenek, tengoklah Ray tu. Dia dah berubah
sikap.”rengeknya manja. Dia bersandar di bahu nenek.
Puan Hadijah mengusap rambut Dhia yang
agak berserabut itu. “Sabar ye, Dhia. Biar aje dia macam tu. Nanti Dhia balik
dengan nenek ye.”pujuk Puan Hadijah.Degilnya cucu dia yang seorang itu. Razree
tak adalah sedgil macam Rayyan Zikri ni.
Rayyan Zikri menjuihkan bibir. Dia
sedikit cemburu kerana Dhia mendapat perhatian dari neneknya sedangkan dia,
nenek langsung tak hiraukan. Dia beredar dari situ tanpa menghiraukan sesiapa
yang berada disitu.
“Eh, Rayyan!”Koperal Ariee menjerit
nama lelaki yang sudah berlalu pergi itu. Bukan ke Inspektor Hazizi sudah
memesan padanya agar dua orang yang ditahan ini tidak pergi kemana-mana?
Sekarang ini lelaki itu sudah terlepas. Bagaimana dia maahu menjawab dengan
Inspektor Hazizi nanti?
“Biar ajelah dia pergi, encik. Dia tak
salah apa-apa. Saya yang sebetulnya orang yang merancang memukul Muzaffar. Dia
takde kena-mengena dalam hal ni.”Puan Hadijah memberi kata putus.
Koperal Ariee tidak tahu hendak
menjawab apa. Lantas, dia masuk ke dalam balai dan berjumpa Inspektor Hazizi.
Dia betul-betul tidak sangka wanita berusia seperti itu sanggup membuat perkara
yang tidak baik.
“Mari, Dhia. Temankan nenek masuk dalam
balai.”ajaknya dengan senyuman pahit. Dia sedih dengan layanan yang diberikan
cucunya.
Sampai hati Ray buat nenek sedih!
*****
“Ibu, kenapa lambat? Abang dah lapar
sangat ni.”rungut Mariana tatkala ibu mertuanya datang secara tiba-tiba di wad.
“Maaflah. Ibu lambat sikit. Ada hal kat
rumah tadi.”ujar Puan Halimah tatkala dia meletakkan bekal yang berbentuk
bulat. Dia membuka bekal yang mengandungi makanan itu.
“Muz nak tak ibu suapkan?”tanya Puan
Halimah
“Ala ibu. Tak apalah. Biarlah Mariana
yang suapkan abang. Ibu kan baru sampai, mesti penat kan? Ibu rehat aje dulu.
Biar Mariana yang suapkan abang makan.”balasnya bagi pihak Muzaffar. Dia
mengambil bekal yang berisi nasi dan lauk terlebih dahulu agar ibu mertuanya
tidak menyuapkan suaminya.
Puan Halimah sedikit terasa. Dia
teringin nak suapkan anaknya makan tetapi menantunya menghalang. Waktu Muzaffar
sakitlah dia mahu bermanja dengan anaknya.
“Mariana, biar ibu yang suapkan. Awak
pergilah makan. Dari pagi tadi awak jaga saya sampai makan minum awak pun tak
terjaga.”dia sebenarnya agak rimas dengan tingkah Mariana yang suka merapatinya
tatkala dia sedang terlantar diatas katil ini. Apa? Dah kemaruk sangat ke
perempuan ni nakkan tubuh dia?
Mariana bermasam muka. Dia bangun dari
kerusi dengan terpaksa. Sukar rasanya ingin berjauhan dengan sang suami. Sudah
dua hari dia berada disini, satu langkah pun dia tidak berganjak meninggalkan
Muzaffar. Itupun apabila dia ingin membersihkan badan.
Setelah itu, dia akan datang semula ke pangkuan suaminya.
“Mariana keluar dululah.”ujarnya dengan
muka monyok. Muzaffar hanya memandang sepi kelibat isterinya yang sudah
melangkah pergi meninggalkan dirinya.
Macam manalah kalau Mariana tahu yang
dia ada penyakit mati pucuk? Adakah dia masih nak rapatkan diri macam sekarang
ataupun akan menjauhkan diri darinya? Bagi dia, lagi senang perempuan ini
menjauhkan diri darinya. Dia berkahwin bukan kerana cinta ttapi kerana
terpaksa.
Puan Halimah membuat muka manis.
Gembira kerana nasib menyebelahi dirinya. Dapatlah dia menyuapkan anaknya
makan.
“Anak ibu, makan ye. Ibu masak
sedap-sedap hari ni.”ucap Puan Halimah. Berharap makanan yang dimasak dapat
mengurangkan rasa loya di tekak Muzaffar.
Muzaffar tersenyum nipis. Mulutnya
dibuka luas bagi menikmati santapan yang dihidangkan ibunya.
*****
Mariana berjalan-jalan mengelilingi
kawasan hospital bagi menghilangkan rasa bosan yang semakin mencengkam diri.
Dari tingkat atas, dia dapat melihat
begitu ramai pengunjung yang datang. Agak sesak jugak bahagian lobi utama itu.
Dia hendak turun ke bawah, kakinya terasa malas mahu bergerak jauh. Mana tahu
Muzaffar suruh dia temankan ke?
“Hmm…bosannya. Nak buat apa ye?”dia
termenung sejenak. Sambil termenung, dia sempat mengeluarkan telefon bimbitnya.
Hendak mendengar lagu kegemaran, dia tidak membawa earphone.
“Hah, call Adam!”dia tiba-tiba mendapat
idea. Kenapalah dari tadi dia tidak memikirkan pasal ini? Sementara dia bosan
ini, bolehlah dia berbual dengan kekasih gelapnya. Sudah beberapa hari mereka
tidak berhubung. Kali terakhir mereka berhubung pun tatkala tiada siapa yang
sudi membantunya keluar dari syarikat pada waktu malam.
“Hai Adam! Ini Mariana lah…”suaranya
seperti kanak-kanak sedang merengek minta gula-gula. Gedik bebenor!
Sambil berjalan, sambil bercakap. Orang
disekeliling tidak dihiraukan.
“Mariana?”luruh jantungnya tatkala
mendengar suara itu. Dia kini berada di KLIA dan sudah selamat sampai ke
Malaysia setelah dua minggu berada di French.“Maafkan I. I tak sedar you call.
I ”
Mariana merajuk.“You tak simpan nombor
I lagi ke? Mana janji you kata nak letak nama I yang teratas sekali dalam contact telefon you tu. Ini yang I nak
marah ni.”dia menghentikan langkahnya. Geram rasanya apabila Adam Muhammad tidak sedar akan suaranya. Adakah
kekasih gelapnya sudah berjumpa dengan teman wanita baru di French itu?
“Sayang…listen! I baru aje sampai kat
KLIA ni. Takde orang nak ambik I balik rumah. You boleh tolong ambikkan I? I
tak suka naik teksi laa…”ujar Adam Muhammad dengan suara menggoda.
Hati Mariana penasaran. Tersentuh
hatinya mendengar suara lelaki itu yang agak menggoda. Antara Muzaffar dan Adam
Muhammad, lelaki ini lebih lembut suaranya. Apabila bercakap, tiada kata-kata
dilontarkan. Tidak seperti suaminya yang suka bercakap kasar dengannya.
“I bosan sekarang ni. Lepas ni I ambik you
ye. You tunggu aje kat situ sampai I datang.”balas Mariana.
“Okey, I’ll be waiting, dear.”ucap Adam
Muhammad sebelum dia mengakhiri perbualan mereka. Setelah telefon ditekan
butang merah, dia mula mencari tempat duduk untuk berehat seketika sebelum menanti
kedatangan Mariana mengambilnya.
‘Yes! Akhirnya, dapat jugak dia bertemu
dengan kekasih gelapnya. Bolehlah dia berbual-bual dengan lelaki itu. Tak
adalah dia tercongok aje kat luar wad hospital ni.’Mariana menjerit kecil.
Gembira kerana dia bakal bertemu kekasih gelapnya.
Dari satu sudut di tepi dinding wad,
Puan Halimah memerhatikan tingkah Mariana yang nampak gembira setelah bercakap
dalam telefon. Alhamdulilah, Allah telah tunjukkan segala-galanya. Ooo…tak sangka dalam diam menantu dia ada kekasih gelap.
Dalam diam Mariana ni curang dengan Muzaffar! Perempuan tu memang nak kena ni!
Jaga kau, Mariana!
2 ulasan:
kejahatan mariana telah dapat ditangkap oleh ibu mertuanya dan adakah Puan halimah menyesal dengan tindakannya selama ini..mefitnah bekas menantunya yg tidak berdosa..adakah Muzaffar akan menceritakan kepada ibunya akan kekurangan dirinya selama ini dan mengapa sehingga kini dia tidak mempunyai anak lagi ..dengan bekas isterinya yg setia itu..
rahsia akan terbongkar satu hari nnt kak ida..tp bukan skrg..ad sesuatu tlh berlaku pd ibu Muzaffar..
Catat Ulasan