Selasa, 28 Januari 2014

BAB 3 TETAP SETIA...


Nonsense, Marina! Jangan disebabkan mahu saya disamping awak, awak jadi gila untuk menanggung diri saya.  Saya lelaki, sepatutnya lelaki yang patut mencari wang untuk menanggung isteri. Bukan perempuan yang menanggung suami, faham!”
Marina tiba-tiba menangis. Pilu dan tersayat dengan kata-kata Zaim Irsyad. Sampai hati lelaki itu memarahinya. Salahkah dia berkata jujur? Diakui memang dia terlalu sayangkan Zaim Irsyad. Sepanjang tiga tahun mereka belajar bersama di pusat pengajian Universiti Teknologi PETRONAS, tidak pernah sekalipun Zaim Isyad marahkan dirinya. Apa yang dikatakan lelaki itu semuanya baik-baik belaka.
Zaim Irsyad terkaku seketika apabila mendengar tangisan Marina. Menangiskah dia? Ya Allah, dia bukannya sengaja mahu membuat Marina menangis. Hatinya turut sama berintih pilu.
“ Marina, I’m so sorry… I never thought that you will be crying this night.” Suara Zaim Irsyad kembali kendur.
“ Salahkah Marina nak tanggung kehidupan awak selepas kahwin nanti? Saya kahwin sebab tak nak orang pandang serong dengan hubungan kita. Kahwin muda kan bagus dalam islam.” soal Marina. Sambil bercakap, sambil itu juga Marina menangis.
Zaim Irsyad terdiam. Serba-salah juga untuk dia menjawab soalan Marina. Dia bukan tidak mahu berkahwin. Semestinya dia nak! Kahwin dengan orang yang dicintai memang hasratnya sejak dari pengajian lagi. Tetapi dia belum bekerja lagi. Itu yang dia sukar untuk menerima lamaran Marina buat masa ini.
“ Awak tak dapat nak jawab soalan saya kan? Fine, I off the phone right now!” Marina mematikan panggilan. Sebaknya hanya Tuhan yang tahu.
Zaim Irsyad terkedu. Dia melihat skrin telefon bimbitnya yang tidak muncul nama Marina sebelum dia mengeluh berat. Telefon bimbitnya dicampak diatas katil dengan rasa kesal yang menggunung. Pandangannya beralih ke syiling atas biliknya. Memikirkan semula kata-kata Marina sebentar tadi.
Adakah dia perlu menerima sahaja lamaran Marina agar gadis itu tidak berasa sedih lagi dengannya?
Ah, otakku memang buntu untuk memikirkannya!
****
Pagi yang menyenangkan, Marina bersiap sedia mahu melaporkan diri di syarikat milik papanya. Marina turun dengan wajah ceria meskipun hatinya bersulam duka. Di depan wajah kedua papa dan mamanya, dia perlu bersikap ceria. Jika tunjukkan sikap yang sama seperti yang berlaku malam tadi, habislah dia! Marina tidak mahu papa dan mamanya tahu apa yang membuatkan dirinya sedih. Biarlah dia kurangkan kesedihannya sendiri.
Masih dalam mood marah, Marina sebenarnya sengaja tidak mahu memaklumkan pada Zaim Irsyad yang dia akan mula bekerja hari ini. Biarkan lelaki itu. Suka sangat buat dia sakit hati!
“ Assalamualaikum, papa… mama. Good morning!” ucap Marina ceria. Marina mencium pipi papa dan mamanya yang duduk di meja makan.
“ Waalaikumsalam, sayang. Feeling good, my dear?” tanya Puan Yati.
Of course, mama. Hari ini kan hari pertama Marina kerja kat syarikat papa. Semestinya Marina kena ceria.” Marina memaniskan mukanya. Setelah itu, dia duduk di sebelah mamanya. Sarapan pagi yang terhidang hanyalah nasi lemak dan sedikit kuih-muih yang seringkali dibeli tidak jauh dari kawasan rumah mereka.
“ Jemput makan mama, papa.” Marina mengambil sebungkus nasi lemak lalu diletakkan diatas pinggang yang pembantu rumah sediakan.
“ Abang, cakaplah apa yang abang nak cakap tadi.” Puan Yati menyiku lengan suaminya, Haji Khaleed.
“ Marina…” Haji Khaleed berdehem sesaat sebelum dia bersuara. Marina mengerutkan dahi.
Anything wrong papa?” Hati Marina jadi berdebar.
“ Err… actually, Marina tak boleh mula kerja hari ini.” Haji Khaleed mula menerangkan perkara sebenar.
Marina terkejut besar. Bukan main payah dia mencari baju kurung yang bersesuaian dengannya sebagai pekerja pertama di syarikat papa, papa pula senang-senang berkata begitu. “ Kenapa tak bagi tahu Marina awal-awal? Kalau tidak, Marina takkan pakai baju kurung yang cantik ni dan duduk saja dalam bilik.” Suara Marina sedikit tinggi. Dia mula geram dengan papanya. Sepatutnya papa beritahunya awal pagi tadi sebelum dia bersiap-siap menunaikan solat subuh.
“ Sabar Marina. Kawal kemarahan. Tak elok meninggikan suara pada papa.” sampuk Puan Yati sambil mengusap belakang Marina. Dia cukup tidak berkenan jika anak gadisnya meninggikan suara pada lelaki yang lebih tua daripadanya.
“ Hilang mood Marina nak makan kalau macam ni.” Marina mengambil tisu lalu mengelap mulutnya kemudian dia bangun dari tempat duduknya. Seleranya hilang, dirinya tertekan.
Puan Yati terpinga-pinga disebelah manakala Haji Talib sudah bingkas berdiri menghampiri Marina.
“ Marina… tunggu dulu.” Haji Khaleed menahan Marina daripada naik ke bilik semula. Marina menjeling tidak puas hati.
“ Tak ada apa yang perlu dikatakan lagi, papa.” Mendatar sahaja suara Marina.
Haji Khaleed memandang wajah Puan Yati. Isterinya itu menggunakan isyarat agar memujuk Marina. Terpaksalah dia melakukannya.
“ Marina, dengar dulu cakap papa.” Marina sudah berpaling mengadap wajah papa. “ Bukan papa tak kasi Marina kerja pagi ni. Papa kasi sebenarnya tapi bukan pagi ni tapi biarlah tengah hari sikit.”
What? Kerja tengah hari? Tak pernah dibuat orang, papa. Kebanyakan manusia yang bekerja semuanya pada waktu pagi. Dahlah papa, Marina nak naik atas dulu. Mood tak ada.” Selamba sahaja Marina berkata begitu. Kakinya mula mengorak langkah masuk ke dalam bilik.
“ Assalamualaikum!” sahut seseorang dari luar.
Ketiga-tiganya berpaling serentak. Masing-masing menyahut salam yang diberikan dari pintu luar. Kaki Marina hampir digam apabila memerhatikan ada seorang lelaki yang dikenalinya ada diluar pintu. Marina mula rasa pelik. Apahal pagi-pagi ni jadi meriah pula? Biasa sunyi-sepi aje. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? Dadanya berdebar.
Haji Khaleed dan Puan Yati sudah bersalam-salam dengan tetamu yang hadir itu. Kaki Marina masih ditempat yang sama. Tidak berganjak langsung.
Tetamu yang hadir sudah mula masuk ke dalam rumah, termasuk lelaki yang dikenalinya itu.
“ Marina, sinilah... salam jiran kamu ni.” ajak Puan Yati dengan lambaian tangan. Marina terpinga-pinga.
“ Err…” Nak tak nak, Marina terpaksa juga bersalam dengan jiran yang selang empat langkah di rumahnya. Wajahnya dimaniskan. Apabila dia memandang lelaki dibelakang wanita itu, mulutnya segera dicebikkan. Tanda meluat dengan Muhd Zafril, lelaki yang pernah menjadi musuhnya di sekolah menengah empat tahun dahulu. Kerana itulah, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah jirannya, Puan Rina dan Encik Ahmad.
“ Marina baru balik dari belajar ya? Kenapa tak tegur aunty masa dah sampai sini?” soal wanita yang dikenali sebagai Puan Rina itu. Marina buat-buat ceria.
“ Bukan tak nak tegur tapi Marina segan sikitlah, aunty. Hurm… Marina ada hal sikit kat atas, nak minta diri dulu ya.” Marina minta izin untuk naik ke atas. Dia malas mahu melayan perbualan orang yang lebih tua daripadanya. Moodnya yang tidak baik memang sukar untuk melayan tetamu dengan mesra.
Langkah Marina mula dihayun selaju yang mungkin. Kain kurungnya diangkat sedikit bagi memudahkan kaki Marina berjalan dengan selesa.
Wait a moment, Marina…” Haji Khaleed tiba-tiba bersuara. Marina terkedu diatas tangga yang kedua.
Tanpa mengadap kesemua yang hadir disitu, Marina menjeling dari muka hadapan. “ Papa nak apa?” acuh tak acuh saja suara Marina.
“ Turun semula, Marina. We need to discuss.” Tegas sahaja suara Haji Khaleed. Puan Rina dan keluarganya sudah duduk di sofa yang tidak jauh dari tangga bilik Marina. Puan Yati pula sudah masuk ke dapur mengarahkan pembantu rumahnya, Laila membuat air untuk mereka yang hadir.
Marina mengeluh berat. Dengan terpaksa dia mengalihkan badannya semula kearah kesemua yang ada di ruang tamu itu. “ Discussed about what? Papa dan mama layan ajelah aunty Rina and family. Kalau Marina tak ada pun korang boleh berbincang macam biasa kan?” bisik Marina perlahan.
Haji Khaleed sudah memegang lengan Marina lalu menariknya ke ruang tamu. Marina sudah cemas.
“ Papa, lepaskanlah! Malulah orang tengok.” Marina beria-ria mahu melepaskan pegangan daripada papanya namun papanya tetap berdegil untuk membawanya duduk ke sofa tiga berangkai didepan ahli keluarga Encik Ahmad dan Puan Rina.
Encik Ahmad dan Puan Rina sudah ketawa kecil dengan telatah Marina yang agak kebudak-budakan itu. Nampaknya sesuai benar jika Muhd Zafril digandingkan dengan Marina.
“ Ingat, Marina. Tak dengar cakap papa, kereta Myvi tu papa tarik balik.” Haji Khaleed memberi amaran dengan menguatkan sedikit suaranya. Marina menjadi perhatian di ruang tamu itu.
Cepat-cepat Marina mengetap bibir dan menundukkan muka. Malu kerana dirinya menjadi perhatian.
Puan Yati dan Laila sudah keluar dari dapur membawa dulang yang berisi minuman dan sedikit kuih-muih yang dibeli diluar tadi ke ruang tamu.
“ Minum semua…” pelawa Puan Yati sambil meletakkan satu-persatu cawan yang sudah terhidang diatas dulang. Setelah semuanya selesai, dia duduk disebelah suaminya.
“ Terima kasih, Yati.” ucap Encik Ahmad mewakili Zafril dan isterinya. Puan Yati membalasnya dengan senyuman.
“ Kami datang ni nak dengar keputusan Marina aje. Hari tu Haji Khaleed dan Puan Yati dah setuju, jadi kami nak dengar pula keputusan dari mulut tuan badannya pula.” kata Encik Ahmad.
Marina pantas mengangkat muka. Dia terkejut. Keputusan apa yang Encik Ahmad katakan sebenarnya ini? Dia langsung tidak tahu apa-apa pun. “ Keputusan  apa yang Encik Ahmad cakapkan ni? Marina tak fahamlah.” Jantung Marina sudah berdegup kencang.
Encik Ahmad memandang wajah isterinya sebelum dia memandang semula wajah Marina. “ Aik, Marina takkan tak tahu yang Marina akan berkahwin dalam masa enam bulan lagi? Haji Ahmad dan Puan Yati tak bagi tahu Marina lagi ya?”
What?!” suara Marina sedikit meninggi. Terperanjat semua yang berada disini.
Puan Yati segera mengusap belakang Marina.“ Tenang, Marina. Pasal pertunangan tu, maaf kami berdua tak ada kesempatan nak maklumkan pada Marina. Setuju ajelah ya? Kita kan dah lama kenal keluarga Encik Ahmad ni. Mama pasti perkahwinan korang akan bahagia hingga ke jannah.” Lembut suaranya memujuk Marina.
Air mata Marina mengalir dicelah pipi. Tergamak papa dan mama tidak memberitahunya tentang perkara yang penting ini. Sampai hati mereka berdua. Sampai hati! “ Jangan harap Marina akan setuju. Jangan harap! Kau, Zafril. Aku benci kau. Aku benci!” teriak Marina kuat. Jari telunjuknya menghala kearah Muhd Zafril. Kesemua mereka yang berada di situ terkejut dengan teriakan Marina.

Dengan sedikit kekuatan yang ada dalam diri, Marina menyarung beg tangannya dan berlari anak keluar dari rumah. Jiwanya tertekan dengan semua ini. Semua ini tidak sepatutnya berlaku!

Jumaat, 24 Januari 2014

BAB 2 TETAP SETIA...


Selepas solat maghrib, Marina bersama dua teman rapatnya, Lyna dan Salma singgah sebentar di Mines Shopping Complex bagi menenangkan fikirannya yang sedikit serabut. Mereka bertiga duduk bersantai di restoran KFC sambil menikmati hidangan yang menyelerakan.
“ Makanlah puas-puas ya. Aku belanja korang berdua hari ni.” pelawa Marina. Bibirnya mengukir senyuman nipis pada dua rakannya itu walaupun dirinya sedikit tertekan.
“ Tak pasal-pasal kau belanja kita orang makan malam ni, mesti ada sesuatu kau nak kongsikan pada aku dan Salma kan, Marina? Kalau tak, kau tak paksa kita berdua keluar malam ni.” kata Lyna. Agak pelik baginya kerana Marina memang jarang keluar rumah pada waktu malam selepas tamat pengajian dua bulan yang lepas.
Marina menghirup air pepsi yang di order sebentar tadi. Telinganya mendengar sahaja rakannya berbicara. Sepatah kata pun dia tidak membalas.
“ Aah lah Marina. Aku pun pelik juga bila kau tiba-tiba aje ajak kita berdua makan kat sini. Lagi pula aku tengok muka kau macam ada masalah aje. Kongsilah kat kita orang.” Dari raut wajah Marina yang tidak begitu ceria itu Salma sudah mengagak Marina pasti ada sesuatu yang dipendamkan.
Marina pandang sekeliling restoran KFC. Kata-kata Lyna dan Salma tidak dihiraukan. Waktu malam ini masih ramai yang datang ke restoran ini. Kebanyakan orang cina yang datang ke restoran ini.
“ Hoi! Kita orang cakap dengan kau ni Marina. Jawablah…” Lyna tepuk lembut tangan Marina. Salma pula tersengih-sengih dengan tingkah Marina. Salma pasti, Marina buat-buat diam itu pasti tersembunyi masalah. Selama Salma belajar universiti yang sama dengan Marina dan Lyna, pelbagai pengetahuan yang diperolehi berkaitan psikologi manusia.
Riak wajah Marina berubah keruh. Lyna dan Salma saling berpandangan sesama sendiri sebelum Lyna meneruskan bicaranya dengan wajah tegang. “ Kau ni baik tak payah bawa kita orang makan kat sini kalau malas nak berbual. Aku dengan Salma cakap baik-baik, kau diam aje. Kalau kau tak nak kongsi apa masalah kau, makanan yang kau belanja ni bungkus bawa balik rumah. Lagi selesa aku nak makan.” ucap Lyna. Salma di sebelahnya hanya mengangguk setuju.
“ Ala, ala. Korang ni aku diam pun nak marah.” Marina buat mulut muncung. “ Aku bukan sengaja berdiam diri.”
“ Dah kau tak nak cakap, aku marahlah.” Lyna bersandar dikerusi yang dia duduk.
“ Kau cakaplah apa yang kau nak cakap. Kita kan kawan sepanjang hayat.” Sampuk Salma. Mereka memang kawan sejak dari sekolah rendah lagi. Apa yang dibuat semuanya dilakukan bersama-sama.
Marina menunduk sedikit. Jari-jemarinya diramas perlahan sebelum dia mengangkat wajahnya semula. Kedua-dua wajah rakannya dipandang. “ Aku melamar Zaim kat taman perumahan dia tadi.”
Lyna dan Salma kembali berpandangan sesama sendiri kemudian kedua-duanya bersorak gembira. “ Laa.. itu ke yang kau bimbangkan? Aku ingatkan kau putus cinta dengan Zaim tadi.” Selamba sahaja kata-kata Lyna. Salma sudah ketawa. Ingatkan apa yang menganggu fikiran Marina tadi.
“ Okeylah tu. Nak tunggu Zaim bagi ‘sign’ dulu memang lambatlah. Baguslah tu kau melamar dia. Itu tandanya kau sungguh-sungguh tak nak lepaskan si Zaim tu.” sampuk Salma.
Lyna mengangguk. Setuju dengan kata-kata Salma.
Marina tersenyum senang. Mukanya berubah ceria. “ Korang setuju ke aku melamar dia? Aku ingat korang membantah tadi apa yang aku buat tu.” Marina berasa lega. Nampaknya Lyna dan Salma suka dia memulakan lamaran itu. Benar kata Salma, Zaim Irsyad memang susah untuk mengungkapkan kata cinta. Ayat ‘saya sayang awak’ seringkali meniti di bibir lelaki itu namun ayat ‘saya cintakan awak’ agak jarang didengarinya. Marina tidak tahu samada Zaim Irsyad sayang atau cintakan dia. Perkataan sayang dan cinta memang mempunyai maksud yang berlainan.
“ Setujulah. Betul tak Lyna?” tanya Salma pada Lyna. Bertambah ceria raut wajah Marina.
Lyna mencemik. “ Setujulah. Kalau tak setuju, dari tiga tahun lepas kita orang boikot korang bercinta tau.” Marina sudah tersengih-sengih. Salma mengangguk setuju.
 “ Okeylah tu kau ambil inspirasi daripada wanita ahli syurga, Khadijah radhia’allahuanhu. Jarang tau gadis macam kita ni melamar lelaki dulu jadi teman hidup. Kaulah orang pertama yang aku nampak betul-betul semangat buat macam apa yang Khadijah lakukan. Respect aku kat kau.” sambung Lyna lagi.
Marina bermain-main dengan straw di dalam cawan yang berisi air pepsi itu. “ Tapi tulah, Zaim macam tak sudi aje bila aku cakap dengan dia tadi. Bila aku terus-terang kat dia pasal nak jadikan dia suami aku, dia terus balik rumah. Ya pun balaslah kata-kata aku dulu. Ini tak, terus aje balik rumah. Sabar ajelah dapat kekasih macam Zaim Irsyad tu.” Marina sedikit mengeluh dihujung ayatnya.
Salma yang perasan keluhan itu cepat-cepat menyampuk. “ Kau ni, think postive okey! Dia tak layan lamaran kau tu mungkin bersebab. Tak pun dia terkejut masa kau cakap macam tu. Tu yang tak pasal-pasal dia terus balik.”
Marina pandang Salma. “ Aku tak boleh nak fikir positif Salma. Seriously, aku memang tertekan bila dia tak jawab lamaran aku tu. Dia tak cintakan aku ke selama ni?”
“ Kau gelojoh sangat kot. Itu yang dia tak dapat jawab lamaran kau tu.” sampuk Lyna. “ Dahlah, tak payah nak rungsingkan fikiran kau buat masa ni. Aku nak makan. Perut dah lapar tahap kronik ni. Biasanya waktu macam ni kat rumah aku ibu aku dah sediakan makan malam.” Lyna selamba sahaja mengunyah ayam spicy di dalam mulutnya.
Salma dan Marina geleng kepala melihat tingkah laku Lyna yang selamba. Bagi Marina, selama dia mengenali dua rakannya itu, dia dapati Lyna lebih selamba berkata-kata manakala Salma pula akan berfikir dulu sebelum berkata-kata. Kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza dan itu juga salah satu sebab mereka sehingga kini masih berkawan rapat.
“ Okey, okey. Korang makanlah dulu. Aku tak beli macam apa yang korang makan ni. Makan cepat-cepat ya. Lepas ni kita balik.” Marina mula mengalah. Betul kata Lyna, dia membawa rakan-rakannya itu untuk mengurangkan tekanannya terhadap Zaim Irsyad. Bukan menambahkan tekanan.
“ Buka mulut kau, aaa…” Salma menyuakan Marina seketul ayam spicy yang ada di dalam pinggannya. Marina sedikit mengelak dan terus menggelengkan kepala.
“ Kau nak suapkan aku seketul ni? Kau nak bagi aku bermalam kat hospital ke?” perli Marina. Lyna dan Salma sama-sama ketawa.
“ Mana adalah. Merepek aje kau ni. Ambillah. Kau belanja kita orang makan tapi kau tak makan. Makanlah.” Salma
Marina tersenyum. Ingatkan nak suapkan terus dalam mulutnya. Dengan senang hati Marina mengambil ayam itu ditangan Salma lalu diletak pada satu kotak kecil yang terbuka. Dia meratah perlahan-lahan dengan senyuman menawan. Baik sungguh hati Salma kerana memberikan dia makanan itu.
Makin bertambah sayang Marina pada rakan-rakannya.
‘Terima kasih Lyna dan Salma sebab berjaya ceriakan hati aku semula.’desis Marina dalam hati.
***
Malam yang hening, Zaim Irsyad duduk berteleku diatas sofa sambil menonton filem inggeris di Tv3. Matanya melekat saja di kaca televisyen itu. Ibunya menyuruh makan pun dia langsung tidak endahkan. Moodnya yang tidak begitu stabil sejak dari petang tadi membawa hingga ke malam ini.
Lamaran Marina sampai ke waktu ini Zaim Irsyad tidak henti-henti memikirkannya. Begitu berterus-terang sekali Marina mahu melamarnya. Sepatutnya dia sebagai lelaki yang melamar gadis itu terlebih dahulu. Ini sudah terbalik pula.
Bukan dia tidak mahu menerima lamaran daripada Marina. Dia tahu gadis itu sungguh-sungguh sayangkan dirinya dan dia juga turut begitu namun bila difikirkan semula, apa yang dia mampu berikan pada Marina selepas mereka berkahwin nanti? Dia bukannya bekerja lagi. Hanya duduk dirumah menghabiskan duit ibu dan ayahnya sahaja. Jika dia mempunyai harta yang melimpah-ruah seperti keluarga Marina, dia tidak kesah untuk menerima lamaran gadis itu.
Filem The Mask yang berunsur komedi itu langsung tidak menarik minatnya selepas lamaran Marina datang menjengah fikirannya semula. Ah, aku memang buntu sekarang ini!
“ Zaim, dari petang tadi kamu tak makan nasi. Ibu masakkan lauk yang sedap-sedap kamu Zaim langsung tak nak jamah apa yang ibu masak. Zaim ada masalah ke?” tanya Puan Hamidah disudut meja makan . Lauk-pauk yang dipanaskan tadi sudah terletak elok diatas meja makan. Sekarang ini dia hanya menantikan suaminya pulang dari masjid sahaja.
“ Zaim tak ada selera nak makan, ibu.” jawab Zaim Irsyad dengan nada acuh tak acuh. Fikirannya yang buntu memaksanya bersuara sebegitu.
Sebagai ibu, Puan Hamidah risaukan kesihatan anaknya. Anak tunggalnya ini dari petang tadi asyik mengelamun sahaja sampaikan dia mahu berbual dengan Zaim Irsyad, anaknya itu pantas masuk ke dalam bilik. Adakah Zim Irsyad berubah sikap disebabkan kata-kata suaminya yang tidak henti-henti membebel dan suka marah itu?
“ Makanlah sikit. Ke kamu nak makan dengan ayah kamu sekali bila dia balik nanti?” duga Puan Hamidah. Dia tahu Zaim Irsyad tidak gemar makan bersama dengan suaminya. Suaminya kalau makan, pasti akan selitkan kata-kata nasihat atau teguran. Mungkin itu sebab sampai sekarang Zaim Irsyad tidak makan sekali dengan suaminya.
“ Zaim memang tak ada seleralah ibu.” Zaim Irsyad mula bangun dari tempat duduknya. “ Zaim masuk bilik dululah.” Suaranya kekal mendatar seperti tadi. Dengan langkah longlai, Zaim Irsyad masuk ke biliknya.
Puan Hamidah mengeluh berat. Nampaknya mood Zaim Irsyad benar-benar tidak baik hari ini. Filem yang ditonton anaknya tadi tidak ditonton. Remote diatas meja kecil bersaiz empat segi diambil dan ditukar ke siaran lain. Sambil menanti kepulangan suaminya, dia menonton TV terlebih dahulu.
***
Marina bernasib baik kerana papa dan mamanya tidak memarahi dirinya kerana pulang lebih pukul sembilan malam. Walaupun dia sudah berumur dua puluh tiga tahun, papa dan mamanya tetap mengambil berat akan dirinya.
Usai membersihkan diri dan menukar pakaiannya ke baju tidur, Marina berehat diatas katil. Telefon bimbitnya yang tidak dihidupkan selepas dia bertemu Zaim Irsyad tadi segera dibuka semula. Mana tahu selepas lamarannya tadi, Zaim Irsyad ada telefonnya. Marina tersenyum seorang.
Namun dia hampa, Zaim Irsyad langsung tidak menghubunginya. Takkan Zaim Irsyad tak ada kredit langsung nak telefon dia kut? Marina mengeluh berat. Skrin telefon dipandang dingin. Nampaknya Zaim Irsyad tidak suka akan lamarannya itu. Moodnya yang ceria ketika bersama Lyna dan Salma merundum terus apabila melihat tiada satu panggilan atau pesanan ringkas yang muncul di skrin telefon bimbitnya.
Marina cepat-cepat mendail nombor Zaim Irsyad. Sebal dengan sikap Zaim Irsyad yang seperti endah tak endah dengan lamarannya.
Zaim Irsyad yang sedang bermain game angry birds di telefon bimbitnya diatas katil bujangnya terpana apabila ada panggilan masuk di skrin telefon bimbitnya. Marina! Zaim Irsyad mengeluh panjang. Pasti gadis itu mahu cakap pasal lamaran petang tadi.
“ Assalamualaikum awak… awak tengah buat apa tu?” suara Marina ceria sahaja. Dia mahu mengembalikan mood Zaim Irsyad kepada yang asal.
“ Waalaikumsalam… tak ada buat apa pun.” Acuh tak acuh sahaja jawapan Zaim Irsyad. Moodnya masih terbang melayang.
“ Awak ada mood tak malam ni?”
“ Tak…” Suara Zaim Irsyad mendatar sahaja. Mood yang hilang petang tadi dibawa ke malam. Mahu bercakap dengan Marina pun dia acuh tak acuh saja.
“ Boleh saya kembalikan mood awak tu?” suara Marina menggoda dihujung talian.
Zaim Irsyad berdebar-debar. “ Lain macam aje awak ni. Mood saya, saya boleh kawal sendiri. Awak pergi ajelah tidur. Dah pukul berapa ni.” Zaim Irsyad sudah berasa tidak selesa untuk terus berbual dengan Marina. Dia takut dia akan hanyut dengan suara yang menggoda itu.
“ Terima lamaran saya, Zaim. Lepas ni saya akan kembalikan mood awak seperti biasa.” Marina berterus-terang.
Zaim Irsyad terkedu dihujung talian. Dari suara Marina, Zaim Irsyad agak gadis itu nampaknya bersungguh-sungguh mahu menjadikan dirinya sebagai suami. Marahnya mula menggelegak.
“Awak tak fikir ke saya belum bekerja lagi. Awak tak fikir ke?!” suara Zaim Irsyad sedikit kuat.
“ Saya fikir…” perlahan suara Marina. Sebak rasanya apabila Zaim Irsyad memarahinya dalam talian. Salah ke dia buat perkara yang elok? Tak salah kan?
“ Dah tu, tak boleh tunggu lepas saya bekerja nanti ke?” Zaim Irsyad marah lagi.     “ Tunggulah dalam beberapa tahun lagi bila saya dah kumpul duit  baru saya melamar awak. Ini tidak, lepas dua bulan tamat pengajian awak pula yang melamar saya. Saya rasa baik awak tak payah cakap pasal lamaran tu lagi. Baik awak fikir tentang kerjaya awak aje.”
Marina seperti mahu mengalirkan air mata apabila Zaim Irsyad memberi kenyataan sebegitu. Dia sayangkan Zaim Irsyad. Dia kalau boleh tidak mahu kehilangan lelaki itu.
“ Saya sanggup tanggung kehidupan awak kalau awak terima lamaran saya. Saya sanggup! Asalkan awak sentiasa berada di sisi saya. Saya anak orang kaya, saya tak kesah awak tak ada duit pun. Saya sanggup tanggung. Please, Zaim sayang… marry me?” Bersungguh-sungguh kata-kata Marina.
Zaim Irsyad terkedu sekali lagi dengan ayat yang diucapkan Marina. Ya Allah, Marina memang menduga kesabaranku sebagai seorang lelaki sejati!



Khamis, 23 Januari 2014

BAB 1 TETAP SETIA...



Hati Marina berbunga riang apabila terpandangkan hayunan langkah insan yang amat dikasihinya itu menghampirinya. Dadanya berdegup kencang. Hampir setengah jam dia duduk keseorangan di taman permainan Kampung Malaysia Raya ini memerhatikan kanak-kanak ligat bermain tetapi kini dia tidak keseorangan lagi. 
Senyumannya melebar tatkala lelaki yang bernama Zaim Irsyad itu duduk di sebelahnya walaupun tidak terlalu rapat. Sebagai kekasih yang belum berkahwin lagi, mereka perlu menjaga tingkah laku agar tidak mengundang pandangan sinis orang sekeliling.
Sudah beberapa hari mereka tidak berjumpa. Entah Zaim Irsyad rindukan dirinya atau tidak. Marina merenung Zaim Irsyad yang sedang bermain dengan kedua belah kakinya. Dia sedih kerana Zaim Irsyad langsung tidak memandang kearahnya. Ingatkan lelaki ini akan terus berbual dengannya apabila duduk disebelahnya. Sedih, memang sedih apabila diperlakukan sebegini. Adakah Zaim Irsyad tidak menyukainya lagi? Marina tidak mahu memikirkan pasal itu lagi. Apa yang penting sekarang ini, dia mahu berbual dengan Zaim Irsyad.
“ Awak…” Marina memulakan perbualan. Suaranya lebih menggoda ketika ini. Mahu mengambil hati kekasihnya yang langsung tidak mahu memandangnya.
“ Apa? ” suara Zaim Irsyad mendatar sahaja. Rambut panjang paras bahunya disapa angin. Matanya lebih tertumpu kepada kanak-kanak yang riang bermain. Wajah Marina langsung tidak ditatap. Hatinya sakit.
“ Kenapa awak macam ni? Tak best lah…” Marina buat mulut muncung. Sedikit terasa dengan balasan kata kekasihnya itu.
“ Saya tak boleh berlama kat sini. Cakaplah apa awak nak.” Gaya bahasa yang ditonjolkan Zaim Irsyad sedikit kasar.
Marina jadi tidak tentu arah. Kenapa dengan lelaki ini? Rasanya dia tidak buat salah pun. “ Awak marah ke kita jumpa kat sini? Saya minta maaf.” Marina rasa bersalah. Dia tahu Zaim Irsyad tidak suka mereka berbual dalam keadaan riuh-rendah.
“ Dah tahu saya tak suka berbual dalam keadaan macam ni kenapa masih awak buat juga? Awak memang suka buat saya marah kan?” marah Zaim Irsyad tiba-tiba. Sudahlah dia tiada mood petang ini. Bapanya, Haji Talib suka benar membebel apabila dia kerap terperap di biliknya. Suka benar bapanya ungkitkan tentang kerja. Salahkah dia berehat setelah habis belajar? Tiga tahun dia berhempas-pulas untuk mendapatkan Diploma IT & Engineering di Universiti Teknologi PETRONAS, rasanya memang tidak salah dia berehat buat sementara waktu. Lepas sebulan nanti, tahulah dia mahu mencari kerja.
Zaim Irsyad datang ke taman ini pun semata-mata mahu mengurangkan tekanannya tetapi apabila dia melihat suara riuh-rendah kanak-kanak di sini bermain makin menambahkan tekanannya. Sebab itulah dia marah pada Marina.
“ Awak janganlah marah saya. Saya sayangkan awak… jangan marah ya?” pujuk Marina sungguh-sungguh. Marina tahu batasnya sebagai seorang muslimah. Jika gadis yang jahil agamanya pasti akan memujuk sambil memeluk tubuh kekasih atau membisikkan kata-kata romantis ditelinga. Marina bukan gadis sebegitu. Biarpun Marina merupakan anak orang berada, Marina tetap menjaga maruahnya sebagai muslimah.
“ Awak baliklah. Rumah awak kan jauh.” Zaim Irsyad mula bangun. Zaim Irsyad tidak marah cuma suaranya sahaja yang mendatar. Zaim Irsyad tiada mood petang ini melayan Marina.
Marina tercengang. Tidak sampai satu jam dia datang ke Kampung Malaysia Raya, Zaim Irsyad menyuruhnya balik ke rumah? Penat dia datang ke sini semata-mata mahu bersua muka dan berbual dengan kekasih hatinya ini, lelaki itu senang-senang sahaja berkata begitu. “ Awak tak suka jumpa saya ke? Saya betul-betul rindukan awak.” Selalunya lelaki yang akan menuturkan ayat tersebut kepada orang tersayang tetapi ini terbalik pula.
“ Nanti saya telefon. Awak balik ajelah. Saya rindukan awak juga tapi mood saya betul-betul tak ada hari ni nak berbual dengan awak. Bila saya ada kredit nanti saya telefon awak. Saya janji.” Zaim Irsyad tidak begitu pasti apa yang diperkatakannya itu betul atau tidak. Sudahlah dia tiada duit untuk membeli barang-barang keperluannya. Harapkan duit ayah dan ibunya, Puan Hamidah sahaja.
Marina mengeluh sedikit. Zaim Isyad seringkali memberi alasan sebegitu. Dulu dia ada beri cadangan pada kekasihnya itu untuk membayar bil telefon setiap bulan tetapi lelaki itu pantas membantah sekeras-kerasnya. Katanya tidak selesa. “ Jangan macam ni. Saya nak kita selalu bersama. Saya sanggup bayar bil telefon awak asalkan awak sentiasa bercakap dengan saya.” Sayang sungguh Marina pada Zaim Irsyad. Sanggup buat apa saja asalkan lelaki itu dekat dengannya. Papa dan mamanya, Haji Khaleed dan Puan Yati langsung tidak tahu hubungan mereka berdua. Hanya ibu bapa Zaim Irsyad sahaja yang mengetahui hubungan mereka berdua.
Tiga tahun Marina merahsiakan hubungan ini. Papa dan mamanya ada berpesan supaya mencari lelaki yang boleh dijadikan inspirasi dan menjaga empayar syarikat mereka. Jika diteliti pada perwatakan dan ilmu pengetahuan yang ada pada lelaki yang bernama Zaim Irsyad ini, lelaki itu sebenarnya mampu menjaga empayar syarikat mereka cuma untuk dijadikan inspirasi itu dia kena fikir dua kali.
Zaim Irsyad merengus. Fikirannya jadi kusut semula. “ Saya cakap tak payah, tak payahlah!” Zaim Irsyad kembali marah. Terkedu Marina dibuatnya. “ Dahlah, saya nak balik dulu. Ayah saya nak pergi masjid lepas ni. Karang saya balik lambat nanti dia membebel pula sebab guna motor dia. Saya pun sayang awak juga. Assalamualaikum.” Marah-marah Zaim Irsyad pun, lelaki itu sempat mengucap sayang kepada Marina.
Zaim Irsyad sudah melangkah meninggalkan Marina yang masih berdiri tegak di tempat yang mereka duduk tadi dan mula menuju ke motor Modenas milik ayahnya yang terletak di dewan seberguna bersebalahan taman ini. Azan asar akan berkumandang berapa minit lagi jadi dia tidak boleh melengahkan masa. Lambat nanti tak pasal-pasal kena membebel lagi. Mujur rumahnya tidak jauh dari taman ini.
“ Waalaikumsalam.” ucap Marina perlahan. Kepalanya ditundukkan buat seketika. Keadaan riuh-rendah di kawasan taman permainan ini langsung tidak menarik minatnya. Apa yang berlegar difikirannya sekarang ini hanyalah Zaim Irsyad dan kata-kata yang diucapkan lelaki itu sebentar tadi.
Kata-kata itu membuatkan Marina berkobar-kobar mendapatkan Zaim Irsyad yang mula menghidupkan enjin motor Modenas pak cik Talib. “ Awak, tunggu!” jerit Marina.
Zaim Irsyad tergamam. Marina mahu apalagi dengannya? Bukan ke dia sudah kata dia mahu cepat balik. Hurm… gadis ni kadangkala buat aku sakit hati aje dengan perangai dia. gumamnya dalam hati.  Sebahagian orang sekeliling yang berada di kawasan Kampung Malaysia Raya sudah berpaling kearah mereka berdua.
Marina dalam keadaan termengah-mengah ketika dia berjaya bertemu Zaim Irsyad semula.
Zaim Irsyad sudah mencerlung mata. Marah. “ Awak nak apalagi ni? Kan saya dah cakap nanti kita cakap lagi. Awak ni suka buat saya benganglah.” Selamba sahaja Zaim Irsyad menuturkan ayat tersebut.
Tiba-tiba azan asar berkumandang. Zaim Irsyad dan Marina terkejut. Kedua-duanya berpaling kearah masjid yang berhampiran taman permainan. Laungan azan begitu kuat memaksa Marina sedaya upaya menguatkan sedikit suaranya.
Azan yang berkumandang itu sedikit sebanyak memberikan Marina semangat untuk meneruskan kata. “ Awak, saya nak melamar awak jadi suami saya. Kita kahwin. Saya tak sanggup tengok awak macam ni.” Lancar tutur kata Marina. Apabila berjauhan begini, dia rasa dia perlu meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
Zaim Irsyad terperanjat besar sekaligus dia terlopong dengan kata-kata Marina.       Are you kidding?!” 
Pertama kali dalam sejarah hidup Zaim Irsyad, dia mendengar seorang gadis melamar kekasih menjadi pasangan hidup. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang didengarinya sekarang ini. Jika zaman Rasullulah SAW, wanita yang banyak berjasa dalam islam telah melakukannya, siapa lagi kalau bukan Khadijah radhiAllahu `anha Binti Khuwailid yang tanpa segan-silu melamar Rasullulah SAW untuk dijadikan pasangan hidupnya. Adakah Marina juga turut sama mengikuti apa yang wanita kesayangan Rasullulah SAW itu lakukan pada zaman moden ini? Zaim buntu.
Tanpa membalas kata-kata Marina, Zaim Irsyad terus mengerakkan motor Modenas ayahnya.
Marina tergamam. Balik macam itu saja tanpa membalas apa-apa? How could you, Zaim Irsyad!

Selasa, 21 Januari 2014

BAB 30 JANGAN TINGGALKAN AKU ( BAB TERAKHIR – dalam blog)


“ Jangan kacau hidup aku lagi, Muhd Khuzairi. Aku dah tak ada kena-mengena dengan kau lagi. Pergi blah!” tengking Kyra. Terluah ayat kasar di bibirnya. Hanip di sebelahnya sudah terpinga-pinga dengan kelakuan Kyra.
“ Kenapa dengan lelaki ini, Puan? Dia selalu menganggu hidup Puan ya?” soal Hanip sekilas sebelum kepalanya menjengah kearah Muhd Khuzairi yang masih tercegat di pintu pagar rumah Kyra.
Khuzairi melihat lelaki yang berdamping dengan Kyra dengan rasa sakit hati. Huh, ada hati lagi nak buat-buat selamba depan aku. Kalau dah curang dengan isteri orang, mengaku sajalah. Tak payah nak sorok-sorok! cebik Muhd Khuzairi dalam hati.
“ Memang dia selalu menganggu hidup saya, Hanip. Lelaki tak sedar diri memang macam tu.” Kyra masih menggunakan nada yang sama. Muhd Khuzairi sudah seperti mabuk dienggang lalu, orang tak sudi, dia masih hendak lagi. Hesy, tak faham betul dengan mamat sengal ni!
Hanip merenung Muhd Khuzairi dari atas ke bawah. Bentuk badan lelaki ini lebih kurang seperti Abdul Fatah cuma wajah lelaki itu tampak sedikit cengkung dari jauh.
Muhd Khuzairi segera mendekati dua insan di hadapannya itu. Jari telunjuknya tepat kearah Kyra yang bereaksi cemas itu.
“ Siapa tak sedar diri sekarang, Kyra? Kau ke aku? Aku sampai sekarang tak kacau mana-mana perempuan selain kau. Sebab apa? Sebab aku masih sayangkan kau. Huh, kalau Fatah nampak apa yang korang berdua ada kat sini, memang kena cerailah kau sekali lagi Kyra!” angkuh sekali kata-kata Muhd Khuzairi.
Berani lelaki ini mengungkapkan kata-kata sebegitu pada isteri majikannya. Hanip memang tidak boleh bersabar lagi. Lelaki ini patut diajar! “ Berani kau cakap macam tu dengan Puan Kyra? Haa… rasakan penumbuk sulung aku kat muka kau.” Dush! Satu tumbukan padu mengena bibir nipis Muhd Khuzairi sekilas lalu.
Tumbukan itu memberi kesan pada bibir Muhd Khuzairi selepas dia terjelepok jatuh di atas lantai. Mengalir darah di celah gusinya. Kyra terkaku di muka pintu. Timbul rasa kagum pada lelaki yang bernama Hanip ini.
“ Awak baliklah dulu Hanip, kunci dah ada kan? Balik dulu. Nanti keadaan bertambah kecoh. Balik ya.” arah Kyra dengan suara yang begitu cemas. Biarlah dia dan Muhd Khuzairi sahaja yang berada di sini. Dia tidak mahu jiran sekeliling nampak akan pertengkaran yang berlaku.
“ Tak apa ke Puan Kyra? Saya takut lelaki ni mengapa-apakan Puan.” Sememangnya Hanip tidak berapa berkenan dengan Muhd Khuzairi. Pertama kali dia bertemu empat mata dengan lelaki itu, dia sudah mengagak ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki yang bernama Muhd Khuzairi ini. Matanya merenung tajam wajah Muhd Khuzairi.
“ Tak apa. Awak balik aje. balik ya.” Kyra merayu.
“ Tapi…” Hanip tidak berasa sedap hati. Lelaki seperti Muhd Khuzairi memang tidak boleh dipercayai.
Please? ” suara Kyra sedikit meninggi. Marah. Hanip tersentak. Nampaknya dia tidak mampu membantah kata-kata Kyra. Terpaksalah dia berlalu pergi dari perkarangan rumah ini.
“ Kalau begitu, saya pergi dululah.” Hanip keluar dari perkarangan rumah Kyra dalam keadaan tergesa-gesa. Jika Kyra tidak berapa senang dia berada di situ, dia perlu pergi.
Kyra mengeluh panjang. Kesian Hanip, tak pasal-pasal kena marah dengan dia. Wajah cemberut Muhd Khuzairi dipandang tajam. Lelaki itu masih tidak mahu bangun dari situ. Dia jadi bengang.
“ Itulah siapa suruh cakap macam tu lagi, kan dah kena tumbuk!” Kyra menjeling sekaligus dia berpeluk tubuh. Memang dia suka pun Muhd Khuzairi kena tumbuk. Baru dia sedar dengan kata-kata dia itu! Cakap tak serupa bikin, ada hati nak berlagak pula. Kyra sempat lagi mengata Muhd Khuzairi dalam hati.
“ Kau tak nak tolong bangunkan aku ke? Aku kan sakit…” Muhd Khuzairi menghulurkan tangan kanannya kepada Kyra. Mana tahu Kyra mahu menolongnya bangun semula.
“ Bangunlah sendiri. Kita bukan mahram!” Kyra menyedarkan Muhd Khuzairi dengan ayat sinisnya. Kata-kata ibu sudah ditanam dikepala. Sebagai isteri dia perlu menjaga maruah diri dan suami.
Muhd Khuzairi membuat muka kesian. “ Sampai hati kau tak nak tolong aku. Kau dah berubah, Kyra.” perlahan suaranya. Jika diperhatikan dari segi penampilan Kyra yang bertudung sehingga menutup dada membuktikan bahawa wanita dihadapannya ini sudah berubah. Tidak seperti masa mereka masih sebagai suami isteri dahulu. Rambut ditunjuk pada orang sekeliling. Nampaknya peluang untuk memiliki Kyra semula tidak kesampaian.
“Aku memang dah berubah. Kau tak nampak aku  pakai tudung ni? Ke mata kau nampak aku masih berambut lagi?” perli Kyra. Sakit hati dengan setiap ayat yang terkeluar dari mulut lelaki itu. Dari dulu sampailah sekarang, ada sahaja ayat Muhd Khuzairi yang kurang menyenangkan hatinya.
“ Sayang aku lepaskan kau dulu tapi tak apalah, perkara tu dah  lama.”
Bila Muhd Khuzairi mengungkapkan perkataan ‘ lepaskan’ itu, dadanya mula rasa sebak yang teramat sangat. Kerana bayi yang dikandung hilang dalam perutnya secara tiba-tiba, lelaki ini terus menceraikannya dengan talak satu.  Tiba-tiba dia jadi  rindu pada anak di dalam perutnya. “ Baliklah, Khuzairi. Tolonglah jangan datang dalam hidup aku lagi. Aku lelah dengan sikap kau. Pergilah.” rayu Kyra dengan nada hiba. Air matanya jatuh mengalir di celah pipinya. Serta-merta wajahnya menunduk agar tidak nampak terlalu ketara air matanya.
Muhd Khuzairi mula dihimpit rasa bersalah. “ Maafkan aku Kyra. Tujuan aku datang sini bukan untuk menyakitkan hati kau lagi. Sebenarnya aku datang sini untuk menjadi kawan baik  kau. Aku pasrah dan redha jika kau bukan milik aku lagi. Mungkin Allah dah tetapkan kita bukan untuk bersama. Tak  salah  kan kalau kita jadi kawan?” cadangnya.
Kyra pantas mengangkat muka. Dia tergamam. Lidahnya  seakan kelu untuk berkata-kata. Tidak percaya Muhd Khuzairi meluahkan hasrat untuk menjadi kawannya. Perlukah dia bersetuju  dengan cadangan tersebut.?
“ Boleh. Seribu kali aku sudi kawan dengan kau Khuzairi, tapi cukuplah sekadar kawan yang tak bertemu empat mata. Aku rayu pada kau buat kali kedua, tolonglah keluar dari sini. Jangan muncul depan aku lagi.” Kyra merintih.
Muhd Khuzairi rasa terhina. Sekadar kawan tanpa bertemu empat mata? Hurm, apa lagi yang perlu dia buat jika itu kehendak Kyra. “ Baiklah… jika itu permintaan kau, aku terima. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. Semoga kau dah Abdul Fatah gembira.” ucap Muhd Khuzairi perlahan. Tiada lagi terbit kata-kata yang menyakitkan hati lagi. “ Assalamualaikum…” Dia mula berpaling ke belakang dan mengorak langkah  menuju ke kereta Camry miliknya.
Cukuplah sampai di sini sahaja pertemuan mereka berdua.
“ Waalaikumsalam…” Akhirnya Kyra pula yang terjelepok ke atas lantai. Air mata yang turun di pipinya tadi makin lebat mengalir hingga menitik di tudung sarungnya. Kini, semua orang yang disayangi telah tinggalkan dirinya.
I missed you, Abdul Fatah…” monolong Kyra sendiri.
****
Tidak jauh dari beberapa rumah Kyra, Abdul Fatah ligat memerhatikan Kyra dan Muhd Khuzairi yang berdiri di hadapan perkarangan rumah dua tingkat itu membuatkan. Cemburunya menjulang tinggi. Sakit hatinya melihat dua insan itu sedang membalas kata dan merenung mata.
Syawal membawanya datang ke rumah Kyra setengah jam sebelum Atuk dan ibu mertuanya berangkat ke Penang tanpa pengetahuan Hanip. Sanggup dia bersama pemandunya, Syawal tunggu tidak jauh dari rumah Kyra kerana mahu melihat wajah isterinya sebelum dia berangkat ke Singapura.
Paling membuatkan hatinya sakit, Kyra menangis dimuka pintu selepas Muhd Khuzairi meninggalkan perkarangan rumah itu.
“ Syawal, kita gerak sekarang.” arah Abdul Fatah. Wajahnya tegang sahaja. Sekali pandang,  Abdul Fatah sudah macam Hulk yang sedang berkerut menahan marah.
“ Tak nak jumpa Puan Kyra sebelum pergi KLIA dulu bos?” Syawal teragak-agak menyoal majikannya. Marah benar nampaknya majikannya ini.
I said now, now! Jangan banyak soal boleh tak?!” marah benar Abdul Fatah saat ini. Fikirannya berkecamuk. Kerana pertemuan diantara Muhd Khuzairi dan Kyra fikirannya jadi kacau-bilau.
Syawal akur. Tanpa membuang masa lagi, Syawal mula meneruskan perjalanan mengikut laluan kawasan rumah isteri majikannya.KeretaMercedes Benz CLK dibawa laju tanpa sedikit pun berhenti di depan rumah Kyra.
Kyra yang mahu menutup pintu rumahnya mengecilkan mata. Bunyi deruman kereta mewah yang lalu di kawasan rumahnya mematikan niatnya untuk menutup pintu. Rasa dia kenal dengan kereta itu. Takkanlah.. Kyra jadi tidak tentu arah.
Dia berlari keluar dari rumahnya. Matanya masih dikecilkan. Benar, kereta itu memang dikenalinya. Adakah Abdul Fatah melihat ‘drama sebabak’ mereka berdua tadi? Ya Allah, apa yang perlu aku buat ni? Kyra benar-benar rasa cemas.

“ Abdul Fatah… jangan tinggalkan Kyra!!” jerit Kyra kuat. Dia benar-benar rindukan Abdul Fatah. Ya Allah, maafkan aku… Kyra menangis dan terus menangis.

Isnin, 20 Januari 2014

BAB 29 JANGAN TINGGALKAN AKU


Kyra berjalan mundar-mandir di keliling katilnya selepas ibu dan Atuk turun ke ruang tamu. Dia resah. Apa yang Atuk katakan padanya sebentar tadi memang agak mengejutkan dirinya. Kontrak selama setahun bersama Slim World dihentikan serta-merta. Memang diakui, perkhabaran yang dibuat sedikit sebanyak mengembirakan hatinya tetapi apa yang meresahkan hatinya adalah mana dia nak cari duit untuk meneruskan hidupnya dalam tiga bulan ini?
Abdul Fatah ada memaklumkan padanya semalam yang dia akan memberi nafkah zahir setiap bulan seperti biasa. Masalahnya, lelaki itu mana tahu nombor akaun banknya? Belum pernah sekali pun dia menyerahkan nombor akaunnya kepada Abdul Fatah. Propa aje lebih!
“ Habislah, habislah. Mana nak cekau duit ni? Duit aku bukannya banyak mana pun.” Kyra cemas. Mahu telefon Abdul Fatah di Singapura, dia mana tahu kod panggilan negara itu. Kalau tanya ibu dengan Atuk pun, dia orang mana tahu pun pasal kod-kod panggilan seluruh dunia.
Kaki Kyra terhenti di tengah-tengah pintu bilik. “ Apa kata aku pinjam duit kat ibu? Ibu kan dah bersara, tiap-tiap bulan dapat ‘gaji’ daripada kerajaan. Haa… brilliant idea kau Kyra!” Kyra memuji dirinya sendiri.
Sebelum dia turun ke bawah berjumpa ibunya, Kyra membersihkan diri. Dia tidak mahu ibu marahkannya kerana tidak mandi. Sekarang ini dia mahu memadamkan sikap ‘jahat’nya yang lalu, dia mahu berubah menjadi wanita yang sentiasa mengambil berat perihal diri dan keluarga.
Sekarang ini Kyra sudah berubah, bukan macam dulu lagi…
****
Puan Azlina sedang menumbuk cili api sambil sebelah tangannya bercakap dengan seseorang di talian di dapur. Siapa lagi kalau bukan menantunya, Abdul Fatah yang kini dalam perjalanan menaiki kapal terbang menuju ke Singapura.
“ Buatlah apa yang Fatah nak buat. Ibu setuju aje. Fatah jangan risau. Teruskan usaha Fatah untuk kuruskan badan ya. Ibu akan sokong kamu dari belakang. Dahlah, nanti kita cakap lagi ya. Fatah telefonlah ibu lepas balik Penang nanti. Nak cakap banyak-banyak kat sini, nanti Kyra dengar pula perbualan kita ni. Fatah jaga diri baik-baik ya. Jangan lupa balik tau. Assalamualaikum.” ucap Puan Azlina dengan nada tergesa-gesa sebelum dia cepat-cepat mematikan talian. Telefon bimbitnya diletakkan tidak jauh dari singki dalam keadaan terbalik. Dia buat kerja seperti biasa.
Di dalam bilik, Abdul Fatah menggelengkan kepala sambil tersenyum apabila ibu mertuanya selesai bercakap. Cepat betul ibu mertuanya bercakap sampaikan dia mahu memintas ayat pun tidak boleh. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam poket seluar. Luggage bag yang sederhana besar itu ditarik kemudian diletakkan di tepi katil.
Tiket penerbangan ke Singapura sudah ditempah dan flightnya akan berlepas dalam pukul 6.40 petang. Semua kelengkapan untuk ke sana sudah siap. Tunggu hendak berlepas sahaja. Antara Puchong dan KLIA tidaklah jauh mana. Dia akan bergerak sebelum pukul tiga petang.
Sebelum dia berlepas ke KLIA, ada beberapa perkara yang perlu diuruskannya. Salah satunya sudah selesai dan kini dia perlukan Hanip sebagai orang tengah dalam menjayakan rancangannya. Dia tersenyum sekali lagi.
Hanip, lpas ni dtg rmah sy. Urgent!
Abdul Fatah tidak menelefon Hanip sebaliknya dia hanya menghantar pesanan ringkas sahaja kepada lelaki itu. Dia tahu Hanip kini berada di syarikat Slim World. Harapannya Hanip akan datang ke rumahnya selepas ini. Antara Syawal dan Hanip, dia lebih percayakan Hanip. Pekerja itu bijak mengawal situasi. Itu sebab dia kerap kali memanggil Hanip untuk menjayakan rancangannya setiap kali berhadapan dengan Kyra.
Laptop kepunyaannya yang berada diatas meja kerjanya dipandang sayang. Gambar Kyra yang tersenyum menghiasi muka depan laptopnya sama seperti di komputer bilik pejabatnya. Bukan senang mahu mendapatkan gambar ini. Bahagian pipi Kyra yang sedikit tembam itu disentuh.
“ Lepas abang balik Singapura, kita jumpa balik ya Kyra sayang. Abang tak sabar nak dengar suara Kyra semula. Will always love you…” ucap Abdul Fatah dengan nada sebak. Sebenarnya dia sukar untuk mengungkapkan rasa cinta dan sayang pada seseorang perempuan tetapi dengan Kyra, ucapan itu senang dilafazkan.
****
Menjelang pukul tiga petang, Puan Azlina dan bapa sudah bersedia di luar perkarangan rumah Kyra. Teksi limousin yang ditempah Kyra sudah bersedia membawa kedua-duanya ke Penang. Kyra merasa sebak. Tiga hari bersama ibu dan Atuk memberikannya sedikit kegembiraan. Kini, rumahnya kembali menjadi seperti asal. Sunyi.
Kyra salam tangan Atuknya dengan penuh syahdu. Selepas ini dia akan jarang berjumpa dengan Atuknya. “ Atuk jaga diri dan kesihatan ya. Jangan selalu marah-marah tau! Nanti Atuk sakit jantung.” ujarnya dengan nada sebak.
Atuk tersenyum. “ Kyra jangan cakap Atuk sorang aje. Kamu tu pun kena jaga diri dan kesihatan juga. Atuk dengan ibu bukan ada kat sini selalu.” pesan Atuk dengan sedikit tegas.
Kyra menganggukkan kepala. Pesanan Atuk itu akan dijadikan sebagai ingatan di kemudian hari.
“ Ayah, masuk dalam kereta dulu. Ayah tak boleh berlama kat tengah panas ni. Nanti ayah pening kepala.” tegur Puan Azlina. Bapanya hanya mengangguk sebelum lelaki berusia enam puluh tujuh tahun itu masuk ke dalam perut kereta.
“ Ibu…” Kyra pandang wajah ibunya. Tangan ibu digenggam erat. Sejujurnya, dia tidak mahu melepaskan ibu dan Atuk ke Penang namun demi kesihatan Atuk, dia terpaksa turutkan juga.
Puan Azlina sama seperti bapanya, memberi senyuman kepada Kyra. “ Kyra jaga diri baik-baik ya. Kamu tinggal sorang aje lepas ni. Suami kamu kat Singapura. Jaga kelakuan kamu. Apa yang ibu katakan pagi tadi tanamkan dalam hati.”
“ Baik ibu. Kyra akan ingat nasihat ibu.” Bibir Kyra muncung. “ Sedihlah bila ibu dengan Atuk dah tak ada. Siapa nak tinggal dengan Kyra lepas ni. Kyra sorang-sorang aje.”
“ Kamu ni tak payah mengada-ngadalah. Suami kamu kan ada. Nanti dia temanlah kamu, hesy!”
“ Dia ada kat Singapura. Lepas tiga bulan baru balik. Kyra sorang aje kat sini. Ibu temanlah Kyra.” Kyra sengaja buat muka sedih.
Puan Azlina mengeluh. Dah besar pun masih nak bermanja-manja lagi dengan dia.          “ Bertahanlah. Takkan asyik nak berteman aje. Selama ini kamu kan dah biasa duduk sorang-sorang? Buat macam biasa.” Ikutkan hati, dia mahu terus menetap di sini bersama anak kandungnya ini namun dia mengerti bapanya kini sedang sakit. Siapalah yang mahu menjaga bapanya itu selain dirinya? Dialah harapan bapanya sekarang.
“ Okey. Kyra akan buat macam biasa.” Kyra akur. Dalam beberapa bulan ini, kehidupannya akan kembali seperti biasa cuma sikap dan penampilan dirinya sahaja yang berubah. “ Ibu naiklah cepat. Kang tak pasal-pasal mengamuk pemandu tu.” usik Kyra walaupun wajahnya terserlah kesedihan.
Puan Azlina menyentuh bahu Kyra. Nampaknya dia harus bertolak sekarang. Penang bukannya dekat. “ Hmm… ibu nak minta maaf ya sebab tak dapat bagi kamu duit. Ibu betul-betul tak ada duit buat masa sekarang. Banyak duit simpanan ibu gunakan buat beli ubat Atuk. Duit yang ada pada kamu sekarang ibu rasa dah cukup untuk tampung kehidupan seharian kamu cuma berjimat ya takut nanti belum cukup tiga bulan duit kamu dah habis.” Kyra sudah memaklumkan padanya sebentar tadi tentang duit yang mahu digunakan untuk perbelanjaan harian. Dari duit simpanan Kyra yang mencecah lapan ribu ringgit itu, dia rasa cukup untuk tiga bulan ini.
Lagi pula, dia ada berpesan pada Abdul Fatah ketika di talian tengah hari tadi untuk memberikan sedikit wang tunai kepada Kyra sebelum menantunya itu berangkat ke Singapura petang nanti dan Abdul Fatah bersetuju untuk memberikannya. Sengaja dia tidak mahu memberitahu Kyra. Mungkin sekejap lagi akan ada seseorang yang datang ke sini memberikan duit tunai kepada Kyra.
“ Ibu pergi dulu ya. Jaga diri. Nanti ibu datang lagi. Assalamualaikum.” ucap Puan Azlina pada Kyra yang sudah mengalirkan air mata. Dia tersenyum sebelum dia masuk ke dalam teksi limousin itu.
“ Waalaikumsalam.” Air mata Kyra lebat mengalir di pipi. Akhirnya mereka berpisah jua. Tiada lagi nasihat atau teguran ibu yang akan didengarinya dalam masa beberapa bulan ini. Ah, aku keseorangan lagi nampaknya.
Teksi limousin itu mula meninggalkan perkarangan rumahnya. Kyra melambai tangan berkali-kali dari belakang teksi itu. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu.
Tudung sarung pemberian ibunya dijadikan sebagai ‘kain’ lap air matanya. Dia menghembuskan nafas berat. Pintu pagar ditutup rapat sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Sebaik sahaja pintu utama rumahnya ditutup, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dari luar. Terkaku Kyra di situ. Dia mula berpaling ke muka pintu. Siapa pula tu? desis Kyra dalam hati. Dia memulas tombol pintu sebelum membuka sedikit pintu tersebut. Terkejut bukan kepalang apabila melihat insan dihadapannya. Mujur tudung sarungnya masih setia di kepala.
“ Awak… err buat apa datang sini? Bukan ke bos awak dah berangkat ke Singapura?” terketar-ketar mulut Kyra berbicara. Entah kenapa hatinya jadi tidak menentu dengan kedatangan lelaki ini. Harap janganlah ada apa-apa yang berlaku diantara mereka. pohonnya dalam hati.
  “ Saya perlukan sesuatu daripada Puan Kyra.” Begitu tegas sekali suara Hanip. Dia datang ke rumah Kyra bukan mahu berborak panjang dengan wanita itu tetapi dia mahu sampaikan hajat yang diamanahkan Abdul Fatah kepadanya.
Kyra tercengang. Sesuatu? Adakah ‘sesuatu’ itu maksudnya tubuh badannya? Minta simpanglah! Dia tidak mahu serahkan tubuhnya pada mana-mana lelaki. Tubuhnya hanya milik Abdul Fatah. Kyra mula menutup pintu rumahnya. Sepatutnya dia tidak bertemu empat mata dengan lelaki yang bernama Hanip ini.
“ Nanti dulu, Puan.” Hanip melekapkan tangannya di muka pintu. Kyra tergamam. Tertolak sedikit badannya ke belakang. Hampir terlurut tudung putih yang dipakainya.
“ Saya tak perlukan apa-apa daripada awak. Baliklah, jangan ganggu saya.” Sedikit kasar suara Kyra. Sengaja dia berbuat begitu.
“ Saya perlukan Puan Kyra…” belum sempat Hanip menyambung ayatnya, Kyra cepat-cepat memintas.
“ Awak jangan jadi gila, Hanip. Tubuh saya hanya milik Abdul Fatah! Awak balik, balik sekarang sebelum saya telefon polis untuk tangkap awak.” jerit Kyra sepuas hatinya.
Hanip tiba-tiba ketawa besar. Kyra nampaknya sudah salah anggap dengan kata-katanya. Dia perlu perbetulkan keadaan sebelum keadaan bertambah buruk.
“ Saya perlukan Puan Kyra serahkan kunci kereta yang Encik Abdul Fatah bagi pada Puan bukan tubuh Puan.” Hanip sambung ketawa.
Kyra jadi malu sendiri. Nampaknya dia tersalah buat andaian pada Hanip. Tidak pasal-pasal lelaki ini dimarahinya. “ Hurm… lain kali cakap ajelah awak nak kunci kereta. Tak payah nak berformal sangat ayat awak tu. Ini bukan pejabat nak cakap ayat formal.” marahnya. Buat orang takut aje. desisnya dalam hati.
“ Maaf Puan. Mulut saya dah terbiasa cakap formal dengan orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada saya.” Hanip bercakap dengan nada rendah diri.
Kyra berpeluk tubuh. “ Berbalik pada kata-kata awak tadi, apa yang penting sangat kunci kereta saya ni sampai saya perlu bagi pada awak, Hanip?”
“ Saya nak bawa kereta yang dihadiahkan bos saya pada Puan. Takkan nak terbiar aje kereta tu kat rumah Puan Faridah. Nanti berhabuk pula kereta tu sebab terbiar aje tanpa pemandunya.” Dalam kata-kata Hanip, terselit ayat sinis yang membuat Kyra terdiam beberapa saat.
“ Oh… kalau macam tu nanti saya ambil kunci kereta tu kat atas. Awak tunggu kejap. Jangan masuk pula.” Kyra sempat mengusik. Dia mahu naik ke biliknya. Lagi cepat kunci kereta diambil, lagi cepatlah dia dapat kereta itu!
“ Puan Kyra…” Hanip tiba-tiba bersuara. Kyra terpinga-pinga.
“ Ada apa-apa lagi ke?” tanya Kyra.
Hanip mengeluarkan sepucuk sampul surat berwarna putih di dalam poket seluarnya lalu dihulurkan kepada Kyra. Kyra mengerutkan dahi. “ Ini duit untuk Puan Kyra. Tuan bagi tadi.”
Bibir Kyra bergetar. Terasa di mahu menangis di situ juga. Alhamdulilah, dia bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik Abdul Fatah. Pergi ke luar negara masih mengambil berat akan dirinya. Selepas ini dia akan lebih menghargai suaminya itu. Kyra menerima sampul surat itu dengan hati terbuka. Ucapan terima kasih kepada Allah tidak henti-henti di dalam hatinya.
“ Saya naik atas dulu ya. Awak tunggu kejap.” Kyra mengulangi ayatnya semula. Hanip di depan muka pintu hanya mengangguk.
Bergegas Kyra naik ke atas dan mengambil kunci kereta miliknya di dalam beg tangannya. Sampul putih pemberian Abdul Fatah disimpan elok-elok di tepi poket beg tangannya sebelum dia berlari anak turun ke bawah semula.
“ Ini kuncinya. Terima kasih ya sebab sanggup bawa kereta saya ke sini.” Kyra tersenyum lebar.
“ Sama-sama. Itu memang tanggungjawab saya.” Hanip membalas senyuman Kyra.
Well, well, well… tak sangka Kyra dah pandai main kayu tiga sekarang..” ucap Khuzairi di tepi pintu pagar sambil berpeluk tubuh.
Kyra dan Hanip sama-sama berpaling kearah Khuzairi.
Kyra terperanjat besar. Mengapa lelaki itu berada di sini? Apa yang lelaki itu mahukan darinya lagi? Dada Kyra mula bergetar hebat.