Add caption |
Wan
Zubair memejamkan mata seketika bagi menenangkan fikirannya yang bertambah
kusut dengan permintaan dari Zeril Iskandar.
Nak
jumpa tunang dia?Eh, dia lupa. Nur Adriana sudah memutuskan pertunangan mereka,
selayaknya dia memanggil bekas tunang.Tetapi kenapa hati ini masih tidak boleh
terima pemisahan yang diucapkan Nur Adriana? Dia akan tetap anggap Nur Adriana
tunangnya, tiada siapa yang dapat memisahkan mereka berdua kecuali Tuhan.
“Aku
cakap dengan kau ni. Boleh tak aku mintak kebenaran pada kau untuk jumpa Nur
Adriana?”rayu Zeril Iskandar.
Wan
Zubair terkedu. Zeril Iskandar nak jumpa Nur Adriana?Hesy! Lelaki ni memang tak
puas lagi ke nak cakap dengan tunang dia? Sifat cemburunya datang lagi. Mana
mungkin dia akan membenarkan Nur Adriana bercakap dengan Zeril Iskandar. Tak
boleh…tak boleh…Walaupun Zeril Iskandar mendesaknya untuk bercakap dengan Nur
Adriana, dia tidak akan sekali-kali memberi kebenaran.
Cukuplah pertemuan
terakhir mereka semalam.
“Tak
boleh!”balasnya sepatah. Cukup tegas.
“Kenapa
tak boleh pulak? Aku cuma nak cakap terima kasih dengan Nur Adriana aje.Kau
bukan suami dia sampai kata tak boleh. Kau tak ada hak nak larang aku bercakap
dengan dia! Kau faham tak?!!marah Zeril Iskandar. Pasti doktor lelaki ini
berang apabila dia menyebut nama Nur Adriana. Cemburulah tu. Tapi, apa dia
kisah? Ini hanya permintaan.Bukannya nak suruh Nur Adriana kahwin dengan dia.
Kalau kahwin, lain cerita.
“Aku
kata tak boleh, tak bolehlah! Nur Adriana tu tunang aku! Aku takkan benarkan
lelaki lain bercakap dengan dia termasuk kau!”jerit Wan Zubair sambil tangannya
dituding kearah Zeril Iskandar. Marahnya makin meluap-luap.
Zeril
Iskandar membeliakkan mata. Biar betul doktor lelaki ni? Nur Adriana tu tunang
doktor lelaki dihadapnnya? Nasib Nur Adriana lah dapat lelaki yang kuat cemburu
ni. Dia tak adalah cemburu melampau seperti mana doktor lelaki ini yang cepat
meradang apabila nama kekasih hati disebut lelaki lain.
“Kau
tunang Nur Adriana? Patutlah…”katanya sinis.
“Patutlah
apa?!! Aku tengah tak ada mood pagi-pagi ni. Kau jangan buat aku bikin panas
dengan kau!”bentak Wan Zubair. Sedikit pun tidak menakutkan Zeril Iskandar.
“Patutlah
kau cemburu nak mampus. Tak sangka Nur Adriana tu dah jadi milik kau.”balasnya
dengan nada angkuh sambil tangannya memegang tiub yang terlekat di tangan
kirinya. Tape yang melekat di atas
tiub itu dibetulkan. Lagi sikit tape itu
hendak terbuka.
Wan
Zubair memejamkan mata sekali lagi. Kemarahan yang membara cuba dilepaskan
supaya tidak berlaku kejadian yang lebih teruk. Dia adalah doktor.Doktor
merawat pesakit bukannya menyakitkan pesakit.Nafas ditarik sekuat hati lalu
dihembuskan.
Zeril
Iskandar hairan dengan pelakuan doktor lelaki ini.Siap tutup mata lagi.Doktor
ni berfikir ke apa yang dia cakap tadi?omelnya dalam hati.
“Maafkan
aku. Maafkan aku.”suara Wan Zubair bergetar. Dia cuba untuk menahan kesedihan
di depan Zeril Iskandar namun dia tdak mampu. Air mata lelakinya jatuh jua
akhirnya.
“Doktor
Wan…kau menangis?”Zeril Iskandar berasa bersalah pulak kerana menyakiti doktor
lelaki ini.Dia cakap sinis sangat ke?
Wan
Zubair melutut didepan Zeril Iskandar. Terperanjat besar Zeril Iskandar dengan
keadaan tidak diduga itu. Apahal pulak ni?
“Nur
Adriana dah putuskan pertunangan kami. Aku…aku…tak dapat terima.”Wan Zubair
menahan sendu yang mencengkam dirinya.
Zeril
Iskandar membulatkan mata.Putus tunang? Adakah dia gembira dengan perkhabaran
ini?
“Kau ada
buat salah kat dia ke?”
“Aku
tahu aku salah tapi aku takkan cakap sebab apa Nur Adriana putuskan pertunangan
kami.”sayu suara Wan Zubair.
“Hmm…aku
agak ini semua berpunca pada diri kau. Itu sebab kau melutut depan aku sampai
meleleh air mata kau.”
Wan
Zubair bangun semula. Sememangnya kata-kata Zeril Iskandar adalah
benar.Semuanya salah dia. Dia yang memulakan dulu sehingga terjadi pemutusan
itu.
“Memang
benar, aku salah. Aku masa tu dalam dilema persimpangan. Semuanya berlaku
begitu pantas sampai aku tak duga yang Nur Adriana akan bertindak memutuskan
pertunangan kami.”Dia pegang penghadang besi yang terdapat ditepi Zeril Iskandar
sambil merenung wajah Zeril Iskandar.
“Semua
orang di dalam dunia ini membuat kesalahan. Aku pun ada buat salah jugak. Macam
sekarang, aku rasa bersalah pada Nur Adriana sebab tak sempat nak ucapkan
terima kasih pada dia. Itu yang aku buat permintaan pada kau sebab kau paling
rapat dengan dia. Aku tanamkan niat dalam hati sebelum aku jalani pembedahan
esok, aku berharap dapat bercakap dengan dia. Tak dapat tengok muka dia pun,
cakap kat telefon pun cukuplah. Manalah tahu aku mati masa dalam pembedahan tu.”luah
Zeril Iskandar panjang lebar. Harap doktor lelaki ini dapat memahami isi
hatinya.
Wan
Zubair tertunduk malu. Segan kerana terlampau ikutkan perasaan.
“Maafkan
aku. Nanti aku bagi nombor rumah dia. Dia tak ada telefon buat masa ini.”Wan
Zubair mengukir senyuman. Selepas ini dia akan cuba kurangkan kemarahan dan
memaniskan senyuman.
Zeril
Iskandar tersenyum lega.Akhirnya, doktor lelaki ini sudi memberikan nombor
telefon Nur Adriana. Tak ada nombor telefon Nur Adriana pun tak mengapalah,
nombor rumah pun sudah memadai baginya.
***
Petang
yang memancarkan sinaran membuka mata Nur Adriana untuk melihat pemandangan
indah disekitar taman permainan yang berhampiran dengan rumahnya.
Berayun
di atas buaian ditaman permainan memberikan pengalaman berbeza pada Nur
Adriana.Dia suka apabila dihayun sehingga naik ke atas. Sewaktu kecil, dia suka
ke taman permainan ini. Warna yang berada di taman ini memberikan keceriaan
kepadanya apabila pulang dari sekolah agama.
Tadi dia
sempat singgah ke tempat dia menimba ilmu silat gayung.Kosong dan tiada
penghuni disitu.Almaklumlah, malam baru dibuka untuk pelajar-pelajar
silat.Sememangnya dia suka belajar silat. Silat membuatkan dia dapat
mempertahankan dirinya tidak kira dimana sahaja dia berada dan yang paling
penting mempertahankan diri dari ‘dibuli’ oleh ibu tiri dan dua adik tirinya.
Selang
berapa minit selepas itu, dia menghentikan hayunan buaian.Tak nak penduduk di
sini yang lalu-lalang ke sini nampak dia bermain buaian. Kalau nampak mesti
budak kecil ketawa sebab tengok orang yang dah ‘berusia’ macam dia naik buaian
kat taman permainan.
Turun
sahaja dari buaian itu, dia membetulkan seluarnya yang sedikit ternaik. Seluar
track suit aje pun. Dia bukan macam dulu lagi.Yang tergila-gilakan fesyen yang
elegan. Sekarang ini, hanya simple and just nice pun dah cukup okay!
Selepasni
dia mahu pulang ke rumah. Lenguh kakinya berjalan satu kawasan perumahan sampai
berpeluh tubuh badannya.
***
Masuk
sahaja ke rumah, dia ternampak batang tubuh ibu tirinya yang memandang sinis
kearahnya.
“Wah…wah
mak cik ni. Baru pulang dari berjoging ye?”perli Puan Farzana. Sementara
suaminya belum balik dari surau, ada baiknya dia.
Nur
Adriana menjeling. Entah apa-apa perempuan ni. Ada aje nak kenakan dia. Tapi
dia tak nak layan pun.Bercakaplah dia sorang-sorang.
Selipar
yang dipakai tidak diletakkan kedalam rak malah dibiarkan sahaja diatas lantai
simen. Malas dia nak letak dalam rak kalau perempuan tak sedar ni ni ada depan
dia.
“Tepilah!
Menyibuk aje.”Nur Adriana menjawab acuh tak acuh.Puan Farzana mengelak.
Perempuan tua ni kalau dilayan, makin menjadi-jadi perangainya.
“Hei,
banduan. Kau sedar tak dengan siapa kau bercakap sekarang ni? Perangai tak
senonoh.Dahlah tak nak tolong aku masak kat dapur.Merayau aje kat luar. Ingat
kau queen sangat ke hah?”herdik Puan Farzana setelah Nur Adriana masuk ke dalam
rumah. Geram betul dia dengan perempuan tak reti bahasa ni. Orang cakap
sepatah, dia menjawab berjela-jela.
“Hai…perempuan
ni banyak cakap betullah. Macam burung kakak tua.”ejek Nur Adriana lalu dia naik
meniti tangga menuju ke biliknya. Sudahlah dia penat keliling kawasan perumahan
ditambah pulak dengan mulut pot-pet perempuan tua ni, lagilah dia rasa penat.
Puan
Farzana mencekak pinggang. Eeii..makin berapi kemarahan dia pada perempuan
banduan itu. Mujurlah suaminya lagi berapa minit nak balik rumah kalau tidak,
memang dah kena pelangkung dengan dia ni.
Sabar
dulu…sabar dulu.Biar aje dia masuk dalam bilik.Abang Jamil dah nak balik jadi
dia kena bersikap cool dan tenang.Tak boleh terlalu menonjolkan kemarahan
sangat.
Nur
Adriana tenung seketika wajah ibu tirinya. Aik? Tadi bukan main nak marah
sesangat kat dia, tup-tup perangai dah berubah pulak. Takutlah tu! Cebiknya.
Kunci
bilik diambil dalam poket dan terus dibuka pintu bilik yang berkunci sejak dari
pagi lagi. Dia mahu mandi .Badan yang dibasahi peluh ini perlu dibersihkan
sebelum dia menunaikan solat zohor.
***
Puan
Farzana menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman kasih mesra.Lembut tangan
suaminya dicapai.Tanda hormat pada suami yang dicintai.
Ahmad
Jamil membuka kopiah yang terletak elok diatas kepala.Diberikan kepada
isterinya agar meletak ditempat yang sepatutnya, Perutnya terasa lapar.Dia mahu
makan.Makanan yang berada didewan muafakat tadi langsung tidak diusik malahan
kuih yang dibuat isterinya didewan tadi tidak lalu untuk dimakan.Apabila dia pulang ke rumah, dia langsung tidak
menyentuh makanan mahupun minuman. Apa yang berada difikirannya tadi hanya mahu
tidur.
“Abang
lapar?Saya dah siap masak.” tanya Puan Farzana sebaik sahaja kopiah itu
digantung pada tiang yang bersimen.
“Lapar
jugaklah. Tadi minum air masak aje kat surau.Kuih yang awak buat pagi tadi tak
sempat nak jamah banyak-banyak. Itu yang lapar perut ni.”Ahmad Jamil menyentuh
perut. “ Farah dah bangun? Dari tadi saya tak nampak dia. Awak jangan bagi dia
terperap dalam bilik tu lama sangat. Tak elok. Nanti kalau dibiarkan anak dara
kita tu tak makan, masuk hospital ni.”pesan Ahmad Jamil seraya kakinya bergerak
menuju ke meja makan. Tekaknya sudah mula meronta-ronta untuk memasukkan
makanan ke dalamnya.
Puan
Farzana mengikuti langkah suaminya sehingga sampai ke meja makan.“Farah dah
bangun tadi.Si Adriana tu aje yang tak bangun lagi. Terperap aje dalam bilik
tu. Tak tolong saya buat kerja kat dapur pun.”rungut Puan Farzana diselangi
dengan cebikan. Biar suaminya tahu yang anaknya memang pemalas! Kalau suaminya
marah perempuan tu, mesti dia bengang dengan aku.’katanya dalam hati.
Ahmad
Jamil duduk di kerusi paling hadapan sekali. Dia tersentak. Takkanlah isterinya
tak tahu yang Nur Adriana keluar tadi?
“Awak
jangan memandai, Zana. Mana ada Adriana tu dok terperap aje dalam bilik. Dia
keluar kan? Awak tak nampak ke?”
“Alah,
abang ni. Sebelahkan sangat anak abang tu.”rungutnya lagi. Tak suka lah suami
dia terlalu menangkan sangat si Adrianatu. Benci tau!
Pinggan
kaca diletakkan dihadapan suaminya lalu tangannya menyenduk nasi yang berada
didalam mangkuk bulat itu.
Ahmad
Jamil merenung isterinya.“Ya Allah! Abang mana ada sebelahkan Adriana tu. Fida
dengan Farah kan anak abang jugak. Awak nak cakap kena tengok dulu apa yang
berlaku. Ini tidak, main cakap aje.Abang nampak Adriana kat lorong sebelah
tadi. Dia kata dengan abang dia nak jumpa kawan-kawan dia. Awak pergi mana masa
dia keluar tadi?”soal Ahmad Jamil dengan nada sedikit marah..
Alamak!
Suami dia dah tahulah yang Adriana keluar tadi.Baru nak dengar suaminya marah
perempuan tu, Alih-alih dia yang kena marah.
“Saya
tidur dengan Farah kat luar tadi. Tak perasan yang Adriana keluar.”dia
bermain-main dengan jari jemarinya. Takut untuk bertentang mata dengan
suaminya.Dia tak suka suaminya memarahi dia.
“Itulah
awak. Bila saya keluar, awak tidur kat ruang tamu. Bilik kita tu kan ada. Tidur
ajelah dalam bilik tu.”balasnya perlahan. Nada suara yang seakan marah tadi
diturunkan sedikit.Dia tidak mahu isterinya terasa hati dengan sikapnya.
Mulutnya.
Puan
Farzana terdiam.Dia hanya mendengar teguran suaminya.Rasa bersalah kerana tidak
tidur didalam bilik tadi.Namun, apakan daya kerana kepenatan, dia tidak mampu
untuk merebahkan diri diatas katil empuknya.Sofa diruang tamu jugak yang
menjadi ‘destinasi’ tidurnya.
“Maafkan
Zana, bang. Zana janji Zana tak tidur kat sofa lagi.”Bahu suaminya
dipaut.Meminta simpati agar suaminya dapat menerima kemaafan darinya.
Ahmad
Jamil terkelu tanpa kata.Nak suap nasi pun tak lalu apabila mengenangkan
kemarahan pada isterinya tadi.Pantas tangannya mengelus lembut tangan
isterinya.
“Hmm…lain
kali Zana tidur dalam bilik. Jangan buat abang marah lagi. Dah, jom makan
dengan abang.”ajaknya lembut. Mulutnya sudah mula mengunyah nasi.
Puan
Farzana tersenyum gembira.Senang apabila suaminya tidak memarahi dia lagi.
Tekadnya, tidak akan tidur diruang tamu lagi. Dia duduk bersebelahan dengan
suaminya lalu dengan pantas mengambil pinggan dan menyenduk nasi.Perut dia pun
sudah lapar.Menikmati makanan bersama suaminya amat membahagiakan.
***
Selang
satu jam kemudian, Nur Adriana keluar dari bilik diiringi bakul pakaian di
tangan. Agak lama baju kerja yang dipakainya sebelum dia masuk ke penjara tidak
dimasukkan ke dalam mesin basuh.Dia mahu turun ke bawah.
Tatkala
dia keluar, dia melihat ayah dan perempuan tak guna itu sedang menonton
televisyen di ruang tamu.Dia membentak geram.Sakitnya mata dia tengok perempuan
itu sedang berbaring di riba ayahnya.
Kakinya
berat untuk melangkah.Dia mahu perhatikan saja perlakuan ibu tirinya yang
terlebih ‘mesra’ pada ayahnya.
Tidak
semena-mena, telefon rumah yang berada di atas meja belakang sofa
berbunyi.Cepat-cepat dia berlari mendapatkan telefon itu.Bakul yang dipegang
tadi dilepaskan dan dibiar diatas lantai.Ditekan butang angkat lalu dilekapkan
ke pipi.
Ahmad
Jamil dan Puan Farzana yang sedang khusyuk menonton televisyen itu menoleh ke
belakang.Tidak sangka anaknya turun ke bawah.
“Hello, siapa ni?”suaranya memulakan
perbualan. Matanya galak merenung ibu tirinya yang menjeling tajam ke arahnya.
Zeril
Iskandar terdiam seketika. Alhamdulilah. Nur Adriana yang jawab bukannya orang
lain. “Adriana, saya ni. Zeril Iskandar.”ucapnya lembut. Dia suka dapat
mendengar suara Nur Adriana kembali.
Nur
Adriana tergamam. Zeril Iskandar? Dia telefon rumah ni? Macam mana dia boleh
tahu nombor rumah ni?
“Nur
Adriana…awak dengar tak saya cakap ni?”tanya Zeril Iskandar dengan suara yang
ceria.
Sungguh!
Dia tidak betah untuk mendengar suara Zeril Iskandar.Apa lagi yang lelaki itu
mahukan darinya?
BERSAMBUNG... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan