Nur Adriana jalan mundar-mandir di depan
ayah dan ibu tirinya. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Memikirkan bagaimana
untuk mendapatkan duit dengan banyak. Tiga bulan tak bayar duit elektrik mana
dia tidak baran. Banyak jugak nak kena bayar tu.
“Ayah tak tahu nak cakap macam mana,
Adriana. Pihak TNB akan datang dalam beberapa hari lagi. Kalau ayah tak
jelaskan bil itu dalam masa terdekat, jawabnya ‘berpanas’ lah kita dalam rumah
ni.”Dia mendengar turut terkejut. Tajam matanya memandang
ayahnya.
“Kalau ayah dah tahu, kenapa ayah tak
simpan duit selama Adriana takde ni? Adriana bagi kat ayah untuk bayar kesemua
bil dan barang dalam rumah ni tapi ayah cakap dah tiga bulan tak bayar.”Dia
memang geram dengan ayahnya.
“Ayah memang beli barang keperluan dalam
rumah ni. Tapi duit yang kamu bagi tu tak cukup nak tampung tiga bulan selepas
itu. Kamu masuk penjara enam bulan, ayah guna duit yang kamu bagi tu
cukup-cukup untuk bayar bil api, bil air, bil telefon rumah aje.”jelas Ahmad
Jamil supaya anaknya memahami keadaan mereka sepanjang tiada di rumah ini.
“Ayah bagi kat ibu jugak ke duit yang
Adriana bagi tu?”Nur Adriana menjeling kearah ibu tirinya. Pandangan sinis
dilemparkan kepada perempuan tak guna itu sebelum dia kembali merenung ayahnya.
Puan Farzana tahu yang anak tirinya
memandang tajam kearahnya melarikan mata ke atas. Malas mahu memandang wajah
anak tirinya.
Ahmad Jamil mendekati anaknya. “Mestilah
ayah bagi ibu kamu duit. Kan ibu tanggungjawab ayah.”Dia tahu Nur Adriana masih
belum sepenuhnya dapat menerima isterinya menjadi ibu tirinya. Bagi anaknya,
ibu kandungnya hanya seorang iaitu Puan Halimah. Bukan dua atau seribu. Namun
dia faham, ikatan antara ibu dan anak tidak dapat dipisahkan. Selagi dia hidup,
dia akan cuba untuk mengeratkan hubungan anak dan isteri yang dinikahi empat
tahun dahulu.
“Ayah, kenapa ayah mesti bagi kat ibu
jugak duit tu? Adriana tak sukalah.”rungutnya. “Ayah pun satu. Ikutkan sangat
kata perempuan tak guna tu. Yang perempuan tu pulak mengada-ngada.
Mentang-mentanglah ayah sayang kat dia, semua kehendak dia kena tunaikan. Anak
dia sendiri tak nak pulak bagi duit kat dia.”Dia menunding jari ke ibu tirinya.
Sememangnya perempuan itu tak layak memegang duitnya walau sesen pun!
“Adriana! Kamu kena ingat, ibu adalah
tanggungjawab ayah. Ayah kenalah bagi duit kat dia supaya boleh beli keperluan
dapur dan barang-barang untuk buat kuih. Sekarang ni ayah promote kan kuih-muih ibu kamu kat kawan-kawan ayah. Itu pun dapat
sikit duit. Nak bayar duit bil elektrik, bil air…tak cukup, nak.”Ahmad Jamil
mengeluh. Anak perempuannya yang satu ini suka menggunakan kekerasan setiap
kali bercakap mengenai perkara yang tidak disukainya. Hendak diluntur sikap
‘keras’ itu agak payah kerana sejak azali lagi sikap anak perempuannya itu suka
bercakap kasar.
Puan Farzana tersenyum kemenangan.
Nampaknya suaminya berpihak kepadanya. Padan muka kau Nur Adriana.cebiknya
dalam hati.
Nur Adriana merasakan ada baiknya dia
menghentikan perbalahan ini. Dia tidak mahu memanjangkan cerita.
Pandai-pandailah dia menguruskan sendiri hal TNB itu. Nak harapkan ayahnya
untuk membayar bil elektrik, ayah dah tak ada duit nak tampung. Nak harapkan
perempuan tak guna itu, lagilah dia
“Dahlah, ayah. Adriana malas nak kusutkan
keadaan lagi. Ayah dah cakap terus-terang dah cukup bagus. Tahulah Adriana cari
idea nak bayar bil elektrik nanti.”Dengan malasnya, Nur Adriana mengangkat
bakul pakaian miliknya lalu dibawa ke bahagian belakang rumahnya. Dia mahu
basuh baju.
Ahmad Jamil mengeluh kelegaan melihat
anaknya berlalu begitu sahaja tanpa meneruskan perbualan. Dalam ‘kekasaran’
percakapannya, anaknya bijak mengawal situasi bagi tidak memanjangkan
perbalahan mereka berkenaan isu bil ini.
Bertuah dia mendapat anak seperti Nur
Adriana…
****
Di keheningan malam, tatkala jam di dinding
tepat menunjukkan pukul 8.30 malam…Fida tidak muncul didepan rumah membuatkan
dirinya gelisah. Bercelaru fikirannya kerana tidak nampak kereta kesayangannya
berada didepan rumah. Dah masuk isyak ni. Lepas ni nak kena pergi jumpa Zeril
Iskandar. Janganlah dia merajuk sebab lambat sampai ke sana.
“Hesy! Mana budak ni pergi?Batang hidung
dia pun aku tak nampak?”omelnya sendiri. Dia meramas-ramas rambutnya yang tidak
gatal. Keadaan rambutnya agak berserabut setelah diramas-ramas dengan sedikit
kasar. Matanya melilau mencari bayang kereta Myvi miliknya di luar rumah.
Berharap Fida akan segera pulang dan dia akan berjumpa Zeril Iskandar.
“Yang akak tengok kat luar tu buat
apa?Tak reti-reti nak sembahyang isyak ke?”ujar Farah dibelakang badannya. Nur
Adriana segera berpaling. Terkejut jugak apabila disergah dengan tiba-tiba.
“Lepas ni aku sembahyanglah.”balasnya
dengan kasar. “Yang kau tu baru nak keluar bilik? Dari tadi tak keluar bilik.
Aku ingat kau dah mampus tadi.”perlinya sambil matanya naik ke atas tanda meluat.
“Eh, kak. Saya cakap baik-baik akak balas
kasar. Lantak sayalah nak keluar bilik ke tak. Ini rumah saya jugak.”kasar
jawapan Farah membuatkan dia bengang. Dah pandai dah budak ni berlawan kata.
Ada jugak yang kena sekeh kepala tu.
Nur Adriana ketawa besar. “Kau kata ni
rumah kau?Tolong sikit! Kalau kau mengaku ni rumah kau, kenapa kau tak nak bagi
duit satu sen pun kat mak bapak kau? Bil elektrik ni dah tiga bulan tertunggak
tau tak? Kau senang-senang aje guna elektrik kat rumah ni, lepas tu senang-senang
pulak kau tak nak bayar. Kau ingat bil elektrik ni bayar guna daun?”luahnya
dalam keadaan marah. Sekali-sekala budak ni kena ‘basuh’ sikit otak tu.
Farah terdiam. Apa yang diperkatakan
kakak tirinya benar belaka. Selama dia bekerja di kilang makanan, tidak pernah
sekalipun dia mengeluarkan gajinya untuk membiayai bil elektrik.
“Betul kan apa yang aku cakap ni?Kalau
kau tak nak bagi rumah ni terputus bekalan elektrik, kau tolong bayar sekali.
Aku tak mampu nak bayar sekarang sebab duit aku dah kena rampas dengan
‘penyangak’.”jujur Nur Adriana menjawab.
Penyangak yang dimaksudkan adalah Puan
Kamariah Adnan, bakal ibu mertua yang dalam diam benci padanya. Ingatkan lepas
ikatan pertunangan diantara dia dan Wan Zubair akan beramah-mesra, ini jadi
lain pulak. Lagi bertambah buruk perangai orang tua itu. Mujurlah dia dan Wan
Zubair telah memutuskan pertunangan mereka, jika tidak makin meluat dia dengan
perempuan itu.
“Nanti Farah bagilah.”jawabnya acuh tak
acuh. Sebenarnya dia malas nak bayar bil dalam rumah ni sebab dia tak selalu
sangat ada kat rumah. Kalau balik rumah, bukannya ada kawan pun nak berborak.
Kak Fida pun bukannya suka berbual, mendiamkan diri adalah. Duduk dalam bilik
tu macam duduk sorang-sorang.
“Kau jangan tak bagi pulak. Aku tahu kau
tak bagi, muka kau aku tampar sekali lagi. Ingat tu!”ugut Nur Adriana tanpa
perasaan belas kasihan. Adik tiri da I mana boleh bagi muka sangat. Karang dia
pijak kepala, tak pasa-pasal kehendak dia kena tunaikan.
“Yelah…yelah.”Hilang sudah mood Farah
untuk berada di depan kaca televisyen. Dia terus masuk ke dalam bilik dengan
keluhan berat.
Nur Adriana tersenyum sini. Ugutannya
menjadi. Dia kembali memandang ke luar rumah. Bilalah si Fida ni nak balik
rumah.Hmm…
***
Matanya membulat apabila melihat kereta
kesayangannya berada di luar rumah. Fida dah balik! Yes! Boleh dia keluar lepas
ni jumpa Zeril Iskandar. Cepat-cepat dia berlari ke luar dengan memakai selipar
yang dibiar diatas lantai simen tadi.
Fida yang baru mengunjurkan kaki keluar
dari kereta tergamam melihat kakak tirinya berada didepan pintu kereta pemandu.
Alamak! Habislah aku…katanya dalam hati.
“Kenapa balik lambat?”soal Nur Adriana
tanpa menjawab salam. Kasar nada bunyinya. Dia mencekak pinggang sambil tangan
kanannya diletakkan selamba diatas pintu kereta.
Fida teragak-agak untuk menjawab soalan
itu. Dia tahu kak Adriana pasti marah dia balik lambat. Tapi dia bukan
saja-saja balik lambat. Banyak kerja nak buat kat kilang tu. Dahlah bos datang
hari ni. Kena kemas lagi kilang tu sampai bersih.
“Maafkan saya, kak. Saya bukan sengaja
balik lambat. Tapi ada hal kat kilang tadi.”jawabnya dengan bibir
terketar-ketar .Takut!
Nur Adriana menatap raut wajah adik
tirinya yang agak takut-takut itu. Jauh disudut hatinya, dia bangga. Bangga
kerana dapat mempamerkan kekuatan dan kekasarannya dalam percakapan. Biar dia
tahu yang dia perempuan yang tak boleh direndah-rendahkan.
“Aku tak nak dengar alasan kau tu.
Sekarang ni, kau bawak aku pergi taman kat hujung sana. Aku nak cakap dengan
kau sikit.”arah Nur Adriana seraya masuk ke dalam kereta disebelah tempat duduk
pemandu.
Fida yang takut-takut akur dengan
kehendak kakak tirinya. Dia masuk ke dalam kereta dengan perasaan berbaur. Kak
Adriana nak cakap apa dengan dia? Sebelum ni tak pernah pun mereka berbual.
Masing-masing buat hal sendiri.
Kereta Myvi itu di start kan enjin lalu
dibawa ke tempat yang ingin dituju.
****
“Tak payah keluar. Duduk dalam kereta aje.”jawab
Nur Adriana sesudah sampai di taman. Malam yang hening ini lagi bagus dimulakan
bicara dengan lemah-lembut.
“Akak nak cakap apa dengan saya? Kalau
akak nak marah pasal saya bawak kereta tadi, akak marahlah saya. Saya tahu saya
bersalah sebab tak beritahu akak awal-awal.”Fida menunduk. Dia tak kisah kena
marah sekalipun. Asalkan dia tidak dibenci oleh kakak tirinya.
“Bukan pasal tulah! Kau boleh tak jangan
buat aku spoil mood dengan kau? Aku baru nak bercakap secara baik dengan kau,
kau pergi jawab macam tu pulak.”
Fida mengangkat muka. Kak Adriana nak
berbaik-baik dengan aku ke? Aku tak salah dengar kan?detiknya dalam hati.
“Habis tu, akak nak cakap apa dengan
saya?”
“Sebenarnya, aku nak tanya kau. Kenapa
kau berpihak pada aku semalam? Bukan ke kau sokong penuh ibu kau tu? Setahu
aku, selama ni kau ikut aje apa yang ibu kau cakap.”Nur Adriana berpeluk tubuh.
Soalan ini memang dah lama terbuku dihatinya sejak semalam. Entah kenapa, dia
suka ada orang menyokongnya dari belakang walaupun dia bercakap kasar.
Fida merenung wajah kakak tirinya dengan
senyuman yang terukir dibibir. Ketakutan yang menyelubungi hatinya tadi
terpadam apabila kakak tirinya menyoal dia dengan cara lembut.
“Akak, saya sokong sebab saya tahu akak
tak bersalah dalam hal tu. Ibu yang memulakan segala-galanya. Sejujurnya saya
benci dengan sikap ibu yang suka menengking tanpa usul periksa.”
“Selama ni kan aku tengking kau jugak.
Kau tak marah ke?”
“Saya memang marah tapi setiap perkataan
yang keluar di bibir akak menunjukkan akak tahu apa yang akak cakap tu untuk
sedarkan saya. Saya tak simpan dendam dan saya salute apa yang akak katakan.”
“Kau puji aku ke ni?”Nur Adriana
mengangkat kening.
Fida ketawa kecil.”Eh, tak. Saya bukan
puji akak tapi saya bangga dengan akak. Akak bercakap seperti seorang
motivator. Tegas dan menyakinkan.”
“Dan lagi satu soalan aku, ayah susah nak
lupakan ibu aku tapi kenapa bila ayah kahwin dengan ibu kau empat tahun lalu
dia berubah attitude? Semua benda ayah nak kasi kat dia? Aku tertanya-tanya
jugak, dalam diam ibu kau guna bomoh ke supaya ayah cintakan ibu kau?”
Fida terkaku. Pedasnya soalan kak Adriana.
Kak Adriana kata ibu kau? Ibu kau bukan ibu dia jugak ke? Tapi dia mengerti.
Kak Adriana masih tidak dapat menerima kenyataan yang ibu dia kahwin dengan
ayah kandungnya.
“Ibu tak guna bomoh, kak. Tapi ibu dah
lama suka kat ayah. Semenjak ibu kak Adriana hidup lagi. Bila ibu tahu yang ibu
kak Adriana dah meninggal dunia, ibu ambik peluang melamar depan-depan ayah.
Ibu tak mahu membuang masa lagi. Biasa lelaki yang melamar perempuan kan? Ini
terbalik pulak. Perempuan melamar lelaki. Ibu sanggup pergi rumah ayah
semata-mata untuk mendapatkan kepastian tentang keputusan lamaran yang dibuat.”ulasnya
panjang lebar. Begitu semangat dia bercerita.
Nur Adriana mengelamun sebentar.
Membayangkan ketika dia berada disebelah ayah sewaktu adegan lamaran
berlangsung diantara ayah dan perempuan tak guna itu. Namun, fikirannya tidak
dapat mengingati apa yang berlaku empat tahun dahulu.
“Aku tak ingatlah apa yang berlaku empat
tahun dulu.”jujur dia menjawab.
Fida ketawa kecil. Memanglah akak tak
tahu sebab masa tu akak takde kat rumah, pergi pejabat. Kan akak selalu balik
malam. Fida tahulah sebab Fida ikut ibu melamar ayah.”balasnya.
“Ooo..masa tu aku takdelah ye.”Fida
mengangguk. Dia sanggup cuti kerja pada hari tersebut semata-mata untuk
menemani ibunya ke rumah ayah. Masa itu, muka ibu langsung tidak menunjukkan
riak takut dan segan. Apa yang berada difikirannya pada saat itu hanya mahu
melamar ayah. Waktu itu ayah masih lagi dalam keadaan bersedih mengenangkan
isteri pertama iaitu ibu kepada kak Nur Adriana.
“So, ibu kau bukan perampas lah ye? Aku
ingatkan dia guna bomoh supaya ayah aku suka kat dia.”kurang sikit perasaan
benci pada ibu tirinya.
Fida mengeleng-gelengkan kepala. “Tak,
kak. Kalau akak tengok, ibu tu nampak aje garang tapi jauh disudut hati dia
sayang sangat-sangat kat ayah.”
“Memanglah isteri kena sayangkan suami
dia. Kalau tak sayang, perkahwinan takkan bahagia.”
“So, sekarang ni akak marah dan benci
lagi tak pada ibu Fida?”tanya dia tanpa segan silu.
“Eh, mestilah aku benci dan marah pada
ibu kau. Dahlah dia tarik rambut aku, lepas tu tunang aku nampak aku tarik
rambut ibu kau. Sekarang ni hubungan aku dengan Wan Zubair dah takde apa-apa
lagi. Semuanya dah tamat!”ada nada sebak tatkala dia menuturkan ayat itu. Tapi
dia harus kuat.
“Bukan akak dah lama putus tunang ke?”tanya
Fida. Dia menekup mulutnya. Tersalah cakap daa…
Nur Adriana terkejut. Dia dah lama putus
tunang? “Kau cakap apa ni, Fida? Aku baru aje putus tunang. Memandai aje kau
cakap aku dah lama putus tunang.”
Fida mengeleng pantas. “Sorry, kak.
Tersalah cakap.”Fida memaksa dirinya untuk tidak bercakap tentang hal itu lagi.
Salah cakap, bertimpa-timpa masalah baru yang akan menjelma.
“Hesy! Kau ni. Lain kali jangan cakap
ikut sedap mulut aje. Dahlah. Kita balik. Aku nak keluar lepas ni.”Nur Adriana
memberi arahan sekali lagi.
“Akak nak keluar, pergi mana?”soal Fida
dengan nada hairan. Enjin kereta mula di start. Dia mahu memulakan perjalan
balik ke rumah.
“Adalah. Kalau ayah dan ibu kau bagi tahu
aku pergi mana, cakap aku keluar jumpa kawan lama.”
Fida mengeluh berat. Dia mula suka
berbual dengan kakak tirinya dan dia mahu meneruskan perbualan lagi namun kakak
tirinya hendak keluar pulak. Tertanya-tanya jugak didalam hati…Kak Adriana
jumpa kawan? Kawan mana satu pulak ni? Setahunya, kak Adibah dan Noreeyn sahaja
kawan paling rapat.
Kereta dibawa terus ke rumahnya. Biarlah
kak Adriana nak keluar sekalipun. Apa yang penting, dia bahagia dengan hidupnya
setelah keluar dari penjara. Bekas banduan pun nak gembira jugak kan?
***
Tatkala Fida keluar dari pintu pemandu,
Nur Adriana lekas-lekas masuk dan duduk ditempat pemandu pula. Dia mahu segera
ke hospital. Janji perlu ditunaikan. Sampai sahaja di hospital nanti, tahulah
dia untuk melaksanakan solat Isyak.
Fida memerhatikan pemergiaan kakak
tirinya dengan satu perasaan yang gembira. Alhamdulilah…kakak tirinya sudi
menerima dia sebagai adik tiri. Dia berjanji akan selalu menyokong kakak
tirinya.
Kak Nur Adriana ada berpesan padanya
tentang dia keluar dan pesanan itu akan disampaikan oleh kedua ibu bapanya sebentar
lagi.
Dia melangkah masuk ke rumah dengan hati
yang lapang…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan