Rabu, 17 April 2013

BAB 4 Kasihku Buatmu...



Mohd Haffizat leka meneliti penampilan isterinya yang agak berlainan seperti hari biasa.
“Sayang pakai cantik-cantik ni nak pergi mana? Siap pakai tudung lagi.”wajahnya cemberut. Takkan isterinya nak pergi bekerja kot? Habis tu, dia tinggal soranglah macam ni?
Aimi Husna lengkap berbaju kurung dan bertudung.  Hari ini dia mahu ke satu tempat yang suaminya tidak ketahui. Biarlah ini menjadi rahsianya.
“Sayang nak keluar beli barang jap.”jawabnya dengan senyuman. Dibelek-belek dirinya di cermin. Done! Cantik jugak aku bertudung ye…bisiknya dalam hati.
“Sayang nampak cantik sangat hari ni. Abang ingatkan sayang nak pergi kerja.”wajahnya masih masam.
“Kalau sayang pergi kerja, siapa nak jaga abang? Abang tu bukannya kuat nak bangun pun.”balas Aimi Husna.
“Takkanlah beli barang sampai pakai macam ni? Orang kalau beli barang keperluan tak ada maknanya nak pakai baju kurung berkelip-kelip ni. Sayang nak beli barang kat mana kat mana sebenarnya?”
“Adalah…,”Aimi Husna menjeling manja sambil membetulkan tudungnya.
“Abang nak tahu ni. Manalah tahu driver abang datang nak ambik abang hari ni. Tak dapatlah sayang nak nak tengok muka abang lepas ni.”Mohd Haffizat sengaja buat muka sedih.
Aimi Husna terpempam. “Hah! Abang sajalah tu nak buat sayang sedih kan? Sayang pakai macam ni pun salah ke? Sayang nak melaram sikit pun tak boleh.”
“Bukan tak boleh sayang. Abang suka sayang pakai macam ni. Suka sangat! Tapi takkanlah nak pergi kedai sampai macam ni sekali? Nanti orang lain tengok sayang pelik aje. Macam nak pergi kenduri orang kahwin pulak.”sindirnya.
“Ala, bang. Sayang pakai sekejap aje. Balik dari kedai nanti sayang tak pakai dah.”
Mohd Haffizat mengelengkan kepala. “Tudung tu, bagi abang better pakai terus. Tutup aurat kan wajib bagi seorang perempuan.”
“Sayang tahu…,”Aimi Husna tersenyum.
“Dah tu, kenapa tak nak pakai terus? Kan lebih manis di mata abang?”
Aimi Husna mendengus. “Eeii..abang ni banyak cakaplah. Sayang keluar dululah. Nanti nak masak makanan tengah hari.”usulnya. Dia menghampiri suaminya.
“Ada pulak cakap abang macam tu. Nakal!”dia menarik hidung Aimi Husna sehingga isterinya mengaduh kesakitan.
“Abang ni…merah nanti hidung sayang. Tak nak kawan abang!”rajuknya manja.
“Sayang bukan kawan abang. Sayang isteri abang.”katanya sedikit tegas.
“Sayang pergi dulu ye. Assalamualaikum…”tangan Mohd Haffizat dikucup lembut lalu dicium kedua-dua belah pipi Mohd Haffizat.
“Abang dah tumbuh jambanglah.”Aimi Husna menyentuh jambang yang mula meliar dipipi suaminya.
“Nanti abang cukur bila abang ada masa. Siapa suruh sayang cium pipi abang? Ciumlah bibir abang.”usiknya.
“Eeii...tak senonoh!”Aimi Husna malu sendiri. Kenapalah dia pergi cium pipi suami dia?baik cium tangan aje.gumamnya.
Kunci kereta diambil diatas meja solek lalu dibimbit beg tangannya sambil melambai mesra suaminya yang tidak berganjak diatas katil.
*****
Encik Marzhuki membantu isterinya menghidangkan makanan diatas meja. Hari ini keluarga Haji Osman datang ke rumahnya dan hari ini juga merupakan hari bersejarah bagi keluarganya kerana anaknya dilamar pihak perempuan.
“Abang, letak pinggan sekali kat setiap meja. Nanti tak payah nak bagi satu persatu pinggankat diorang tu."arah Puan Fowzia.
Encik Marzhuki hanya mengikut arahan isterinya.
“Bibik, kau dah siap buat puding ke belum?”
“Saya belum buat lagi non, saya tengah buat air sirap.”takut-takut bibik yang bernama yati itu menjawab.
“Laa…kenapa tak siap lagi? Tinggalkan air tu dulu. Buat puding dulu…diorang nak sampai dah tu.”sedikit marah nada Puan Fowzia.
“Awak ni, ye pun bersabar lah. Kalau paksa siap cepat-cepat nanti tak sedap pulak pudding tu. Bibik tu ka nada kerja lain nak kena buat.”marah Encik Marzhuki.
“Abang ni suka menangkan orang lain. Isteri sendiri asyik disalahkan aje.”dengusnya.
“Bukan saya salahkan awak. Awak tu yang kelam-kabut sangat. Lagipun Haji Osman tu datang lepas zohor nanti. Tak payahlah nak tergopoh-gapah sangat.”
Puan Fowzia mencebik. Dalam diam dia mengkritik sikap suaminya yang terlampau menyokong orang lain daripada isteri sendiri. Salah ke dia nak siapkan cepat-cepat? Bukan senang Haji Osman tu nak datang rumah ni. Bila lelaki itu datang, haruslah dia berikan perkhidmatan yang terbaik kepada keluarga lelaki itu.
“Awak mesti kritik saya dalam diam kan?”
“Mana ada!”dalihnya walaupun itu memang hakikat sebenarnya. Dia mengkritik sikap suaminya.
“Saya kenal awak bukan setahun dua. Dah 26 tahun saya kenal awak. Kekurangan dan lebihan awak semua saya dah tahu.”kata Encik Marzhuki secara sinis.
Puan Fowzia menjeling. “Apa-apa ajelah, bang. Saya cuma nak buat yang terbaik untuk keluarga kita. Haji Osman tu bukan calang-calang orangnya. Kaya pulak tu.
Encik Marzhuki terdiam. Isterinya ini memang sukakan harta! Dia jadi takut.
Selepas itu, mereka terus mendiamkan diri. Kalau masing-masing ingin menegakkan benang yang basah, memang tak siaplah kerja kat dalam rumah ni.
****
Aimi Husna membuat keputusan untuk membeli sebuah Philips Aqua Touch iaitu pencukur untuk lelaki yang amat sesuai dengan suaminya yang mempunyai jambang.             Bukan dia tak suka suaminya berjambang tetapi bila cium kat pipi atau bibir…opss! Nakal jugak aku ni, rasa tak selesa pulak. Walaupun harganya agak mahal namun demi suaminya dia sanggup untuk membelinya.
Pada mulanya dia teragak-agak untuk membelinya. Harga produk ni memang melangkaui fikirannya. Ingatkan lima puluh ringgit sahaja harganya. Rupa-rupanya dua ratus lima puluh sembilan ringgit! Mana tak tersekat airliurnya dikerongkong. Baik dia beli shake yang cukur macam biasa tu.
Namun, bila difikirkan balik, kalau dia beli shake yang jenis manual itu suaminya akan kena luka sekirannya tidak dibuat dengan betul. Mau kurang hensem suaminya nanti!
Sempat juga dia membeli alat perakam digital untuk diberikan kepada suaminya.
Niatnya hanya satu apabila membeli alat perakam itu. Supaya bila suaminya tiada disisinya selepas ini, dapatlah dia mendengar suaranya kata-kata romantik daripadanya. Itu pun sudah memuaskan hatinya.
Setelah selesai semuanya, dia merehatkan diri seketika didalam kereta sebelum memulakan perjalanan pulang ke rumah. Alat perakam digital yang diakui baik kualitinya dicuba.
“Testing…testing one two three…”Aimi Husna tergelak kecil. Macam orang kurang siuman pulak bila bercakap sorang-sorang ni.
“Ehem…ehem…”dia membetulkan tekaknya agar tidak serak.
“Assalamualaikum…Hai abang! Sayang disini…abang tengah buat apa tu? Sayang rindulah kat abang. Abang rindu kat sayang tak?gelaknya.
“Abang kalau kat sana jangan nakal-nakal tau. Sayang kat sini akan setia pada abang walaupun kita kahwin tanpa restu keluarga, sayang tetap bersyukur. Abanglah suami yang paling terbaik pernah sayang kenal.”suaranya mula kedengaran sebak.
“Abang dengar tau sayang nak nyanyi ni. Jangan kritik suara sayang tau.”ujarnya dengan nada manja.
Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kau lah segalanya
Madah digubah
Ketika cinta Masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Punahlah jua kini akhirnya
Dalam nada sebak, dia berkata. “Abang, sedap tak sayang nyanyi? Mesti abang cakap tak sedap kan? Sayang nyanyi ni khas untuk abang. Abang hayatilah bait-bait lagu ni tau. Sayang doakan kaki abang akan pulih nanti.”
“Selamat tinggal abang…”sambungnya lagi. Butang stop ditekan tatkala tangisannya makin kuat. Teresak-esak dia menangis di stereng kereta. Ucapan selamat tinggal itu amat payah untuk diungkapkan. Dia tidak mahu suaminya mengetahui yang dia menangis sewaktu merakamkan suaranya di perakam digital ini. Dia mahu suaminya gembira dan terubat rindunya mendengar suara dia yang ceria ketika berada dirumah asalnya nanti.
****
Sewaktu Aimi Husna pulang ke rumah, barang keperluan yang dibeli diletak diatas meja sementara sebuah plastik yang berisi alat perakam digital disorokkan ke dalam laci kecil bersebelahan TV. Airmata yang menitis tadi sudah hilang dari tubir matanya.
Kakinya laju meniti anak tangga. Dia tahu waktu zohor sudah masuk. “Assalamualaikum, abang…sorry lambat.”dia menghampiri suaminya.
Mohd Haffizat yang sedang membaca buku Mastika tersentak apabila mendengar suara isterinya.
“Sebetulnya sayang pergi mana ni? Dah nak dekat Zohor baru balik. Abang risau sangat-sangat.”luahnya.
“Abang…maafkan sayang. Tadi jammed kat kawasan Jalan Tun Razak. Itu yang sayang balik lambat ni. Ada kemalangan kat sana.”
“Abang ingat sayang kemalanganlah tadi.”Mohd Haffizat mengurut dada.
“Abang ni fikir bukan-bukan aje.”digenggam tangan suaminya. “Abang, sayang ada belikan sesuatu untuk abang.”
“Apa dia?”kening Mohd Haffizat terangkat.
“Tara!!”dengan terujanya Aimi Husna menunjukkan pencukur elektrik yang dibelinya tadi. “Saya nak cukur jambang abang kat pipi tu. Dah berserabai sayang tengok.”dia mengusap pipi suaminya penuh kasih.
“Laa…sayang belikan abang benda ni? Abang ingat sayang belikan abang baju untuk abang pakai. Kat rumah ni, abang asyik pakai baju yang sama aje. Rasa tak selesalah…”rungut suaminya.
Aimi Husna tersengih. “Sayang lupalah nak belikan abang baju sebab sayang terlampau leka dengan…,”belum sempat dia meneruskan kata, dia terus menekup mulutnya. Adoi..dia terlebih cakaplah pulak. Mujur dia tak cakap pasal alat perakam tadi kalau tak tak ada kejutan buat suaminya nanti.
“Amboi, sayang…cakap pun terhenti. Sayang leka dengan apa tadi? Cakaplah dengan abang.”
“Eheh..mana ada. Sayang cuma terlampau leka dengan baju baby kat kedai baby shop aje tadi.”hah! Alasan terbaik yang dia main taram aje.
“Oh..patutlah. leka dengan pakaian baby rupanya. Dah tak sabar nak ada baby dengan abang ke ni?” Mohd Haffizat mengeletek pinggang ramping isterinya.
Aimi Husna kegelian. “Memang tak sabar. Tapi abang sakit so sayang sabar dululah ye…”ujarnya manja.
Mohd Haffizat senyum melebar. “Abang dah tak sabar nak ada anak dengan sayang.”ucapnya sambil mengucup tangan isterinya.
“Tunggu ye, bang. Insyallah kalau ada rezeki, kita akan ada anak juga akhirnya. Biar abang sihat sepenuhnya baru kita fikirkan tentang anak.”jelasnya dengan nada sebak.
Anak? Entahlah. Dia pun tidak tahu bila mereka akan mempunyai anak. Suaminya akan meninggalkan dirinya, mana mungkin dia akan memperolehi anak?





6 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

smbng lagi.. sedih :(

Unknown berkata...

hehe..sedih ke dik?sian..

Unknown berkata...

Eya....buat jiwa akk kacau...

lee jee joong berkata...

Wah sedihnya :( lagi dek

Unknown berkata...

kak Anne, jiwa akk kacau?sian2..hihi

Tanpa Nama berkata...

kak eida..sedih ke kak?hehe..