Isnin, 10 Jun 2013

BAB 1 DIRIKU BUKAN MATERIALISTIK!



Sebaik sahaja kaki Nur Khaleeda jejak di kedai Poh Kong, matanya terbeliak melihat barang kemas yang dipamerkan di dalam kaca yang dikhaskan untuk meletakkan rantai dan cincin. Dia terpukau melihat keadaan itu. Rasa tidak percaya dia akan singgah di kedai itu buat kali kedua.
Dikerling suaminya, Amysar Shah yang jelas menunjukkan ketidakpuashatian sebaik sahaja mereka berdua masuk ke sini. Dia mencebir.
“Abang…kenapa buat muka moyok ni? Tak hensemlah suami Eda kalau tak senyum.”rengeknya manja. Dia menyentuh kedua-dua bahu suaminya dan mempamerkan segaris senyuman lebar.
Namun, suaminya masih tidak senyum. Muka lelaki itu tetap seperti tadi. Dia hampa. Mahu merajuk, dia rasa itu bukan jalan penyelesaiannya. Dia yang memaksa suaminya datang ke sini. Takkan nak balik tiba-tiba kan? Nanti tak dapatlah dia nak tunjukkan barang kemas yang dibeli kepada teman sepejabatnya.
“Abang tak sukalah pergi sini. Kan bang dah cakap banyak kali. Pakai apa yang ada. Barang kemas yang ada kat rumah tu tak berkarat lagi. Buat apa nak beli yang baru, kan membazir tu.”marah Amysar Shah dengan nada perlahan. Dia berusaha untuk tidak menjatuhkan maruah isterinya di kedai ini.
“Ala, abang. Sekali aje. Dah lama Eda tak merasa pakai barang kemas baru. Eda cemburulah tengok kawan-kawan pejabat Eda pakai barang kemas yang terbaru. Eda pun nak pakai jugak.”
Nur Khaleeda merengus. Dia tidak berpuas hati pada pendapat suaminya. Biarlah dia mahu membeli barang kemas. Apa salahnya jika tubuh badannya disaluti dengan barang kemas yang berkilauan?
Amysar Shah mengeluh perlahan. Isterinya ini ada sahaja peelnya. Baginya, tidak perlulah membeli barang kemas terlalu banyak. Pencuri dan peragut sudah ramai di kota metropolitan ini. Itu yang ditakutinya sekarang.
“Eda ni suka menjawab. Abang dah marah banyak kali pasal barang kemas ni, Eda tetap tak dengar juga. Degil! Abang bukannya banyak duit nak beli barang kemas lagi. Tunggulah gaji abang masuk dulu. Nanti abang belikan.”Amysar Shah berjanji walaupun pada hakikatnya dia tidak sanggup membelikan isterinya barang kemas lagi.
Berapa bulan yang sudah, dia terpaksa mengikat perut semata-mata untuk membelikan seutas rantai putih yang mempunyai nama mereka berdua, khas untuk isterinya ketika ulang tahun mereka yang ke dua. Gajinya sebagai pekerja penjawat awam tidak mampu untuk melunaskan hajat isterinya yang telah berapa kali tertunggak.
Kini, dia terpaksa mengikat perut buat kali kedua. Tak dapat makan dengan kawan-kawan kat office pun tidak mengapalah. Janji hasrat isterinya dapat ditunaikan.
“Ala, abang ni. Kalau tak cukup, Eda boleh tambahkan sikit. Eda janji lepas ni Eda tak mintak barang kemas dari abang lagi. Eda promise!”janji Nur Khaleeda. Dia tidak pasti samada janjinya itu benar-benar dari lubuk hatinya atau tidak. Apa yang penting, barang kemas pasti menjadi miliknya hari ini jugak!
“Tak payah nak promise dengan abang. Dah, pergi ambil duit ni, beli apa yang Eda nak. Ini aje yang mampu abang bagi. Kalau tak cukup, Eda pandai-pandailah tambah sendiri.”ujar Amysar Shah sambil memberi beberapa keping not lima puluh kepada isterinya sebelum dia melangkahkan kaki untuk keluar dari kedai yang tidak mempunyai sebarang makna baginya. Lebih baik dia berehat di dalam kereta lagi bagus!
Nur Khaleeda memuncungkan bibir. “Habis Eda beli sorang-sorang lah ni? Abang ni, bukan nak temankan pun.”katanya setelah suaminya bergerak keluar dari situ.
“Tapi tak apalah. Abang tak ada pun tak apa. Eda boleh pilih barang kemas yang Eda nak!”sambungnya lagi dengan mata yang bersinar. Dapatlah dia membeli barang kemas yang dia mahukan.
Segera dia menghampiri kaca yang mempamerkan barang kemas itu dan tersenyum kepada pekerja disitu.
Tak sabarnya nak tunjukkan pada rakan-rakan sepejabatnya esok!
*****
Nur Khaleeda menekan interkom diatas mejanya lalu dipanggil dua rakan sepejabat yang paling akrab sepanjang empat tahun dia bekerja di syarikat percetakan yang diberi nama Percetakan Puncak Gemilang Sdn Bhd iaitu Nora Abdullah dan Fatimah Wahab.
Pagi yang bercahaya ini seharusnya dimulakan dengan menunjuk koleksi barang kemas terbarunya. Apalagi kalau bukan gelang dan cincin!
Nora Abdullah dan Fatimah Wahab sama-sama mengetuk pintu bilik rakan sepejabatnya setelah menerima panggilan daripada rakannya tadi.
“Korang tengok ni. Cantik kan gelang dengan cincin yang aku beli semalam? Anggun gitu.”Dengan bangga Nur Khaleeda mempamerkan gelang berwarna emas dan cincin yang dibelinya semalam kepada rakan-rakan pejabatnya yang tekun memerhati ukiran yang berada di tangan kanannya.
‘Mesti diorang cemburu tengok aku dapat beli gelang dengan cincin ni.’bisiknya dalam hati.
“Cantik. Tapi mana kau dapat duit nak beli gelang dengan cincin ni? Mahal tu. Aku nak beli gelang dengan cincin macam kau pun aku tak mampu. Inikan pula kau yang beli.”sampuk Nora, rakan pejabatnya yang bermulut becok. 
“Aah lah Eda. Suami kau bukannya orang kaya pun. Kau pernah bagi tahu aku yang suami kau kerja biasa-biasa aje. Aku hairan lah jugak. Gaji tak sampai tiga ribu, bila beli gelang dengan cincin nak dekat lima ribu.”sampuk seorang lagi rakannya yang bernama Fatimah.
Nur Khaleeda menyengetkan mulut. Eeii…mulut perempuan ni takde insurans langsung! Ada jugak kena masuk cili api dalam mulut tu. Biar pedih tak payah bercakap lagi!gumamnya.
“Korang ni…kalau bercakap mesti tak fikir dulu kan? Suami aku memanglah tak banyak duit tapi dia ikat perut semata-mata nak belikan aku barang kemas. Itu tandanya suami aku sayangkan aku.”kata Nur Khaleeda sambil tersenyum-senyum.
“Suami korang mesti dah lama tak beli barang kemas kan? Aku setiap tahun dapat barang kemas tau.”sambungnya lagi dengan nada riak.
Nora dan Fatimah saling berpandangan. Entah apa yang best pasal barang kemas pun mereka tidak tahu. Rakan pejabatnya yang seorang ini memang ratu barang kemas di dalam syarikat yang mereka bekerja. Setiap kali suaminya menghadiahkan barang kemas, rakannya pasti menunjukkan kepada mereka berdua.
Semakin lama rakannya menunjukkan barang kemas itu, semakin jelik mereka berdua mahu melihatnya. Mereka juga mempunyai barang kemas namun tidaklah sampai menunjuk atau mempamerkan di dalam pejabat. Hanya pada hari tertentu sahaja mereka pakai.
            “Kau tak takut kena ragut ke? Gelang dengan cincin kau kan mahal, kalau peragut rompak gelang kau. Menyesal tak sudahlah kau jawabnya.”ucap Nora diiringi sindiran. Fatimah disebelah mengangguk. Mengiyakan apa yang rakannya katakan.
            Nur Khaleeda naik berang. Mereka ini harapkan nama saja rakan pejabat tapi mulut tak boleh nak jaga. “Korang ni, mulut boleh tahan puaka jugak kan? Korang ingat peragut nak curi ke gelang aku yang mahal ni? Langkah mayat aku dululah beb! Lengan baju aku yang panjang ni peragut takkan nampaklah.”balas Nur Khaleeda dengan berlagak.
            Nora dan Fatimah sekali lagi berpandangan. Mereka berdua menggelengkan kepala dengan sikap rakannya yng satu ini. Berapa kali mereka membebel, memberi nasihat tetap tak jalan jugak. Rakannya terlalu riak setiap kali berbicara dengan mereka berdua.
            “Kau jangan riak sangat, Eda. Tak pasal-pasal Allah tarik balik nikmat yang Dia dah bagi pada kau selama ni. Kita orang cuma nak nasihatkan kau. Dahlah, aku dengan Nora nak sambung buat kerja. Kau jangan khusyuk sangat tengok gelang baru tu. Tak siap kerja, balik lewatlah maknanya.”pesan Fatimah sebelum dia mengajak Nora untuk balik ke bilik masing-masing.
            Nur Khaleeda menjuih lidahnya sedikit setelah rakan-rakan pejabatnya berlalu dari biliknya. Ada dia hairan dengan setiap kata-kata rakan-rakannya? Tak ada maknanya! Sekelumit nasihat yang diberi pun tidak masuk ke fikirannya. Sekelumit pun tarak!

           

Jumaat, 7 Jun 2013

BAB 45 PULANGLAH PADAKU (BAB TERAKHIR)




            Dhia, Rayyan Zikri dan Razree duduk menghadap nenek yang berdiri di depan mereka bertiga. Dia duduk di tengah sofa manakala Rayyan Zikri di kanan dan Abang Razree di kiri. Dia ada menyuruh nenek untuk duduk namun wanita berusia itu pantas menggeleng laju.
            “Kamu tahu apa yang nenek nak cakapkan pada kamu bertiga?”
            “Tak tahu nenek.” Mereka bertiga menggeleng serentak.
            “Nenek rasa peluang yang ada bersama kamu bertiga ni takkan nenek sia-siakan.”
            “Nenek nak cakap apa sebenarnya? Ray tak fahamlah.”sampuk Rayyan Zikri dengan nada suara yang lembut. Sekarang ini, dia mahu bercakap lembut sahaja dengan nenek. Kalau cakap kasar, tak pasal-pasal nenek pengsan sekali lagi!.
Dhia dan Razree hanya mendiamkan diri sahaja di saat ini. Tekun mereka berdua memandang nenek.
            Puan Hadijah tersenyum nipis. “Nenek dah buat keputusan nak carikan jodoh untuk Razree.”
            “Hah?” mereka bertiga terlopong mendengarnya. Razree bangkit dari sofa. Dia tidak berpuas hati dengan keputusan nenek.
            “Nenek nak kahwinkan Raz dengan orang lain? Habis Dhia ni Raz nak letak mana? Takkan Raz nak kena berpisah dengan Dhia kot? Mana boleh!”
            “ Biar Dhia kahwin dengan orang lain. Raz nanti nenek carikan.”Puan Hadijah memberi kata putus.
            Dhia tercengang. ‘Nenek nak suruh aku kahwin dengan orang lain? Sia-sia ajelah ada hubungan dengan Abang Razree kalau macam tu’gumamnya dalam hati. Ternyata nenek tidak suka dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Apa sebabnya pun dia tidak pasti.
            “Kenapa kau diamkan diri, Dhia? Pakwe kau tengah marah tu. Kau sedap-sedap aje buat do no kat sini.”bisik Rayyan Zikri sambil menyiku lengan sahabatnya yang diam tidak berkutik. Jika dia di tempat abangnya, pasti dia akan menentang habis-habisan kata-kata nenek.
“Hesy…kau diam ajelah. Aku tak nak jawab apa-apa. Nanti timbul pula masalah.”getus Dhia dengan cebikan di bibir. Sahabatnya ini bukannya mahu membela abangnya, lagi nak berdiam diri. Nenek pun satu, apa yang dia buat semuanya kena ikut. Patutlah Abang Razree dengan Rayyan Zikri tidak suka terlalu rapat sangat dengan nenek.
“Hmm..ikut kaulah. Aku tak nak campur.”dia mengangkat bahu. Malas mahu melayan ‘drama’ didepannya. Lagi baik dia berdiam diri.
“Raz tak setuju. Apa nak jadi…jadilah! Raz tetap takkan berganjak daripada keputusan Raz.”kata Razree penuh yakin. Salah ke dia buat keputusan sebegitu? Rasanya dia sudah membuat keputusan yang tepat. Mengapa nenek harus membantah saat ini?
            “Dah tak ada perempuan lain yang boleh kamu cari? Kenapa mesti kamu pilih Dhia?”ujar Puan Hadijah dengan nada tidak berpuas hati.

            “Salah ke saya nak bahagiakan hidup dia semula? Dhia kekasih saya. Takkan saya nak biarkan dia keseorangan tanpa belaian seorang suami?”

            Dhia hanya mampu mendiamkan diri tatkala mendengar ‘pertelingkahan’ diantara nenek dan kekasihnya manakala Rayyan Zikri sibuk membaca satu persatu ayat di dalam surat khabar.

            “Nenek tetap tak setuju kamu kahwin dengan Dhia. Carilah perempuan lain yang
sepadan dengan kamu.”kata Puan Hadijah dengan tegas. Masih lagi tidak berputus asa dengan cadangan untuk menjodohkan Razree dengan perempuan lain.

            Razree mengeluh seketika sebelum meneruskan bicara. “Nenek, Dhia lah perempuan yang sepadan dan secocok untuk digandingkan dengan Raz. Tak perlulah Raz cari perempuan lain untuk menakluki hati Raz. Cukuplah Dhia seorang sahaja. Nenek tolonglah jangan nak kongkong hidup Raz lagi. Biarlah Raz tentukan kebahagiaan Raz sendiri. Full stop!"
            Dhia mengeluh mendengar bait-bait ayat yang dituturkan kekasihnya. Begitu tulus sekali lelaki itu menyakinkan dirinya adalah suri di hari lelaki itu. Namun mengapa sehingga kini hatinya masih belum terbuka buat lelaki itu?
            “Nenek tetap tak setuju! Nenek tetap akan carikan kamu perempuan lain untuk dijadikan isteri. Apa nak jadi, jadilah.”
            Razree pantas menekup telinga. “Raz tak nak dengar semua tu. Raz tak nak dengar!!”jeritnya kuat.
            Puan Hadijah dan Rayyan Zikri tersentak melihat Razree menjerit.
            Dhia tergamam mendengarnya. Segera dia bangkit dari sofa dan mendekati Abang Razree.
            “Abang, bawa bertenang. Tak mengapalah kalau itu pilihan nenek. Dhia redha. Abang carilah perempuan yang lebih baik dari Dhia. Dhia janda aje abang. Kat luar lagi ramai perempuan lain yang sedondon dengan abang.”
            “Abang tak nak dengar!!”jeritnya sekali lagi. Pantas Razree mencekup lengan Dhia dan menarik Dhia keluar dari situ. Sekarang ini, dia tidak mahu mendengar apa-apa. Biarlah nenek nak cakap apapun, dia tetap dengan keputusannya untuk mengahwini Dhia!
            “Err..Dhia cuma nak...” belum sempat dia menyambung bicara, tangannya sudah ditarik kasar kekasihnya. Dia terpaksa mengikut. Sempat lagi dia memandang nenek dan sahabatnya yang terpinga-pinga melihat dia dan Abang Razree keluar dari situ.
            “Eh, Dhia!”serentak Puan Hadijah dan Rayyan Zikri menyapa Dhia. Tapi, perempuan itu sudah meninggalkan mereka berdua.
            “Tengoklah tu. Nenek suruh dia cari perempuan lain, dia tetap mahukan Dhia. Nenek tahulah Dhia tu perempuan yang baik. Salah ke nenek nak tentukan hidup dia?”
            Rayyan Zikri mengeleng-gelengkan kepala mendengar rungutan nenek. Dalam hati dia merasa nenek tidak patut membuat sebegitu terhadap abangnya. Dia tidak berani meluahkan apa-apa takut berlaku pertelingkahan diantara mereka berdua pula nanti.
            “Ray dapat rasakan abang cintakan Dhia sepenuh hati. Kalau tak, takkan dia sanggup bawa Dhia keluar dari sini semata-mata untuk tak nak dengar apa yang nenek katakan pada dia. Biar ajelah abang tentukan hidup dia sendiri.”
            Walaupun jiwanya pedih kerana Dhia dicintai abangnya namun dia pasrah. Mungkin Dhia bukan jodohnya.
            “Nenek tak suka dia orang bersatu. Nenek hanya mahukan Ray dan Dhia jadi suami isteri. Bukan Raz. Nenek dah lama berhajat semenjak Dhia diceraikan Muz beberapa bulan lepas.”
            Anak tekak Rayyan Zikri seakan mahu tersembul keluar. Nenek mahu dia dan Dhia jadi suami isteri?
Nenek ni biar betul?!
*****
Sebaik sahaja masuk di kawasan perumahan Dhia, Razree membuka radio bagi menghilangkan bosannya. Tidak sangka lagu kegemarannya muncul ketika dia baru membuka radio.
Ku cari di mana…kau letak hati mu
            Kerna bersamamu…ada penawarnya
            Hanya kepadamu tempat ku mengadu
            Usah kau berpaling…
Baru hendak menghayati lagu Ziana Zain di radio, Dhia sudah menutup radio. Razree merenung perempuan itu tajam.
“Kenapa tutup radio tu, buka ajelah. Lagu favourite abang tu.”jawab Razree dengan nada mendatar.
            “Tutup ajelah. Dah maghrib ni.”acuh tak acuh Dhia berkata. Tangannya disandarkan ke tingkap. Ketika ini, dia malas mahu berbicara satu patah perkataan pun dengan lelaki disebelahnya. Hatinya masih sakit.
“ Hmm…”dia terpaksa akur. Waktu-waktu begini lebih elok jika diperdengarkan ayat Al-Quran sebagai penenang jiwa.
Sampai sahaja di depan rumah Dhia, Razree menghentikkan kereta lalu dia memandang lama wajah kekasihnya yang muram.
Dhia tidak betah membalas pandang dengan kekasihnya. Oleh itu dia segera membuka pintu untuk keluar. Rasanya tidak perlulah dia membalas kata dengan lelaki itu. Hatinya memang sakit. Dia perlukan ketenangan.
“Dhia masuk rumah dulu. Jaga diri.”dikerling sekilas wajah Abang Razree lalu dia menapak keluar dari kereta tersebut.
Razree mengeluh hampa. Kekasihnya pasti sedang merajuk dengan dirinya berkenaan tadi. Dia segera berpaling kearah cermin tingkap lalu terbukalah cermin itu sehingga ke penghujung.
            “Dhia, malam nanti abang call. Jangan tutup telefon. Abang sayang Dhia…”ucapnya dengan sayu. Harap-harap Dhia dapat mendengarnya.
Dhia yang mahu menutup pagar rumah tersentak apabila Abang Razree berkata sesuatu padanya. Dia merenung lelaki itu.
“Hmm…tengoklah macam mana nanti.”kata Dhia acuh tidak acuh. Dia segera masuk ke dalam rumah tanpa menunggu balasan jawapan kekasihnya.
Razree mengetap bibir. “Kenapalah hati Dhia begitu sukar untuk dimengerti?”keluhnya perlahan.
*****
Selepas makan malam bersama mama tercinta, dia masuk ke bilik dengan langkah longlai. Hari ini memang banyak situasi dan perkara yang tidak terduga berlaku pada dirinya. Bekas suami dan bekas ibu mertuanya meninggal, bantu sahabatnya pergi hospital dan yang terbaru nenek membantah dia danAbang Razree bersama.
“Hmm…patutnya dari hari tu aku cakap pada abang Razree yang aku tak nak jalinkan sebarang hubungan. Tengok sekarang, nenek tak suka . Apalah nasibku…hmm…”keluh Dhia sesudah badannya terlentang diatas katil.
Matanya dikalihkan ke telefon bimbit disebelahnya yang tidak terusik dari tadi.
“Kata nak call, tak call pun…,”keluh Dhia lagi. Itu yang dia sukar untuk mempercayai orang disekeliling. Harap janji sahaja di mulut. Tunaikan entah bila pun dia tidak tahu.
Syiling atas direnung dengan pandangan kosong. Malam ini dia rasa bosan yang amat sangat. Ingatkan dia mahu berbual dengan Rayyan Zikri tetapi mengenangkan kejadian sebentar tadi dirumah nenek, dia jadi malu pula.
Tut…tut…
Dhia segera mengalihkan pemerhatiannya terhadap telefon bimbit disebelah. Dengan malas dia mengambil telefon tersebut dengan rasa terpaksa. Hah, dah agak dah! Mesti Abang Razree yang call.
“Hai…baru nak call ke? Ingatkan tak nak call tadi.”katanya sendiri sambil merenung skrin telefon. Dia mengangkat dengan satu keluhan yang terbit di bibir.
“Hmm…”
“Hmm aje? Assalamualaikum tak ada ke?”sedikit terasa Razree dengan suara Dhia yang seakan-akan tidak mahu bercakap dengannya. Malam ini, seboleh mungkin dia mahu memujuk Dhia dan mengharapkan Dhia akan memenuhi hajatnya yang terpendam dalam beberapa hari ini.
“Abang dah cakap assalamualaikum…Dhia jawablah waalaikumsalam. Jawab juga kan?”keluhnya lagi. Sudah berapa kali dia mengeluh. Jika dikira, hampir tiga kali dia mengeluh di dalam bilik. Dhia…Dhia…
“Dhia masih marahkan abang kan?”bisik Razree perlahan. “Kalau Dhia marahkan abang, abang rasa serba salah sangat. Please Dhia…jangan marah abang.”
Dhia terdiam di hujung talian. Dia serba salah. Rasa sakit hatinya pada lelaki ini sudah mula berkurangan.
“Dhia…cakaplah dengan abang. Abang nak sangat dengar suara Dhia malam ni. Abang rindu sangat kat Dhia.”Razree sudah menukar suaranya lebih lembut.
Dhia mengetap bibir. Lelaki ini masih tidak puas memujuknya. Dia semakin serba salah.
“Dhia…”ucap Razree tidak berputus asa. Dia akan bercakap sehingga Dhia menjawab bicaranya.
“Abang nak cakap apa ni? Dhia mengantuk lah Esok nak kerja.”sengaja Dhia memberi alasan supaya Abang Razree mematikan talian
Razree mengerutkan dahi. “Baru pukul sembilan, Dhia nak tidur? Cepatnya!”rungutnya. Esok dia pun kerja juga tapi tak adalah tidur dalam waktu begini.
“Dhia pening kepala. Itu yang nak tidur cepat.”
“Dhia pening kepala pasal hal tadi ke? Maaflah…abang tak ada niat nak marah Dhia teruk-teruk. Abang marah Dhia sebab abang cemburu Dhia dengan adik abang.”
“Dia sakit abang. Dhia tahu Ray sakit pun lepas dia telefon Dhia petang tadi. Kaki dia tak mampu nak handle kereta, Dhia tolonglah dia bawa dia terus ke hospital. Bukannya dia ajak Dhia pergi melepak pun. Takkan lah Dhia nak melepak lepas majlis pengebumian kan?
“Abang faham…,”
“Abang tak pernah faham Dhia pun. Apa yang Dhia buat semua tak kena dimata abang. Jujur Dhia cakap, bila abang marah Dhia…Dhia rasa hati ni dah tertutup buat lelaki.”terus-terang Dhia meluahkan isi hatinya.
Razree pula yang terdiam.
“Apa yang nenek cakap tu memang betul. Mungkin abang perlu cari perempuan lain yang lebih sesuai untuk berdamping dengan abang. Dhia memang tak layak.”
“Please Dhia…stop it!”kata Razree dengan nada perlahan. Malam yang dingin ini dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.
“Dhia rasa lebih elok kalau Dhia tak kahwin buat masa sekarang. Biarlah Dhia bersendiri dulu.”
“Kalau Dhia tak nak kahwin dengan abang, abang akan kelar pergelangan tangan abang malam ini. Abang tak main-main.”gertak Razree. Dia tidak main-main dalam hal ini. Dia sanggup membunuh dirinya sendiri sekiranya dia tidak dapat memilik sekeping hati Dhia.
Dhia membulatkan mata. “Abang cakap apa ni? Takkan sebab Dhia nak suruh abang cari perempuan lain, abang nak bunuh diri sendiri? Nonsense!”
“Nonsense?”Razree gelak kuat. Dhia terpana mendengar ketawa kekasihnya yang cukup kuat. Lelaki ni dah gila ke apa?
“Disebelah tangan abang ada pisau. Abang tak main-main dalam hal ni. Kalau tak percaya pisau ada kat tangan abang, abang boleh bagi melalui instagram.”
“Abang, apa semua ni?! What’s wrong with you hah? Dah hilang akal ke apa sampai buat macam tu?”tempelak Dhia. Pada masa yang sama, dia mula berasa takut dengan kekasihnya. Lelaki itu seperti orang hilang akal malam ini!
“Dhia yang buat abang jadi macam ni. Dhia yang jadikan abang dalam situasi begini. Abang sayangkan Dhia. Dhia tak pernah ke nak faham perasaan abang hah? Abang cuma nak kahwin dengan Dhia aje. Dhia tolonglah cakap setuju. Abang tak sabar nak kahwin dengan Dhia ni.”
Dhia kaget. Jawapan apa yang perlu diberikan padanya? Setuju atau tidak?
Jika dia memberikan jawapan tidak setuju kepada lelaki itu, habislah riwayat lelaki itu sekejap lagi. Eeii..resahnya dia ketika ini. Kenapalah Abang Razree mengugutnya sebegitu rupa? Tak boleh bersabar lelaki itu dalam membuat keputusan?
“Err…Dhia setuju.”akhirnya dia terpaksa memberi kata putus kepada lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu mati kerana dia!
“Yeayy..Dhia setuju!! Abang sayang Dhia!!”
Tertunai juga hasrat Razree untuk memperisterikan kekasih hatinya. Gembira sakanlah dia malam ini!


Khamis, 6 Jun 2013

BAB 44 PULANGLAH PADAKU



“Lepas ni kau hantar aku kat Palace Hotel. Aku nak tidur sana.”
Selamba sahaja Rayyan Zikri berkata setelah keluar dari kawasan Bandar Tun Razak. Menambahkan rasa jengkel dihati Dhia.
Tadi, mereka sempat singgah di tanah perkuburan Allahyarham Muzaffar Ikram dan Allahyarhamah ibu Halimah usai mengambil ubat di kaunter. Rayyan Zikri mendesaknya untuk berjumpa sekali lagi dengan dua mayat tersebut. Dia terpaksa akur.
Tidak sangka sahabatnya sudi meluangkan masa untuk menyedekahkan al-fatihah kepada dua mayat itu. Dalam hati dia berasa kagum.
Walaupun sahabatnya kurang mendalami ilmu agama tetapi dia yakin suatu hari nanti lelaki ini pasti akan berubah menjadi lebih baik.
“Kau ingat aku drebar kau nak hantar pergi tempat yang kau nak?”sindir Dhia pedas.
Rayyan Zikri langsung tidak terasa. “Tempat mana lagi aku nak tidur selain hotel? Aku nak balik jumpa nenek tapi nenek sampai ke hari ni tak call aku. Marah lagilah tu.”dia mengerling tajam kearah Dhia yang sedang fokus memandu.
“Nenek tak marah kau lagilah.”Mendatar sahaja suara Dhia.
Memang benar, nenek tidak memarahi sahabatnya lagi cuma nenek masih kesal dengan sikap sahabatnya yang masih degil dan tidak mendengar kata.
“Kalau tak marah, kenapa nenek tak call aku? Busy sangat ke nenek sampai tak ada peluang nak call cucu dia ni?”
“Eheh, kenapa pula nenek yang kena call kau dulu? Sepatutnya kau yang call nenek. Dia yang buat salah, orang lain pula yang kena call dulu.”Dhia menjeling.
Rayyan Zikri diam. Betul juga cakap sahabatnya. Ada benarnya dia menelefon nenek dulu. Tunggulah bila dia tiba di Palace Hotel nanti, dia akan bersungguh-sungguh meminta maaf kepada nenek didalam telefon.
“Bila dah sampai hotel, aku call nenek. Kau jangan risau.”kata Rayyan Zikri dengan yakin.
“Buat apa kau nak pergi hotel? Kau balik ajelah rumah nenek.”
“Kau ni…aku seganlah. Lebih baik aku duduk hotel dulu. Bila nenek rindukan aku, baru aku balik kat rumah tu semula.”
“Segan?”Dhia tergelak kecil. “Lelaki macam kau ni nak segan buat apa? Kata lelaki tak takut pada sebarang halangan. Takkan jumpa nenek sendiri pun nak segan? Apalah…”
“Eleh…kau cakap senanglah. Aku yang alami situasi ni. Bukannya kau. Cuba kau ada kat tempat aku mesti kau rasa segan yang amat sangat.”
Dhia mencemik. Ingat dia seoranglah itu yang pernah alami.“Aku pun pernah alamilah. Kau dah lupa ke masa kat wedding bekas suami aku yang aku pergi depan meja makan pengantin tu? Takkan dah lupa kut?”
“Ya tak ya juga. Berani betul kau pergi kat dia orang. Kalau perempuan lainlah…aku rasa bila dah tamat majlis kahwin baru pergi jumpa kut.”
“Haa…dah tu? Jangan cakap aku tak pernah alamilah kan?”kata Dhia dengan riak bangga.
Rayyan tersenyum mengejek. “Yalah, cik Adriana dah mengalaminya.”
“So, where are we? Nak terus ke hotel ke ataupun nak balik rumah nenek?”Tanya Dhia sewaktu mereka berdua melalui kawasan Taman Sungai Besi.
Rayyan Zikri berfikir sebentar sebelum meneruskan bicara. “Aku rasa aku kena balik rumah nenek. Aku dah bertaubat tak nak hancurkan hati nenek lagi.”janjinya penuh yakin.
Dhia terasa mahu menghentikan kereta di tengah jalan raya ini. Stereng kereta dipegang kuat.‘Ray nak balik rumah nenek? Biar betul?!’bisik hatinya.
“Kau dengar ke tak apa aku cakap ni? Kau buat-buat tak dengar, aku tidur kat hotel ajelah malam ni.”gertak Rayyan Zikri. Dia mahu menduga sejauh mana telinga Dhia mendengar apa yang dikatakannya.
“Err…betul kau nak balik ni? Kau tak tipu kan?”kata Dhia dengan nada teruja. Dia memandang sejenak wajah sahabatnya.
“Betullah.”ujar Rayyan Zikri selamba.
“Happynya aku bila kau cakap nak balik. Nenek mesti terkejut tengok kau kejap lagi. Sukanya aku…,”ucap Dhia dengan senyuman melebar.
“Ewah…dia yang teruja pula. Macam dia yang duduk rumah nenek.”perli Rayyan Zikri.
“ Salah ke aku teruja? Tak kacau hidup kau kan?” Dhia menjeling sekilas sambil menyindir.
Rayyan Zikri mencebirkan bibir. Ada saja ayat Dhia yang tidak dapat dibalas olehnya.
“Yalah…kau menang.”Rayyan Zikri menjelirkan lidah. Seronok rasanya dapat berbual dengan Dhia. Tidaklah dia kesunyian dan kebosanan. Sudahlah dalam beberapa hari ini dia kurang bercakap dengan orang sekeliling.
Dhia mendabik dada. Dia kalau membalas ayat, memang dialah juara!
Masuk sahaja di kawasan Alam Damai, Dhia merenung sahabatnya yang asyik memerhatikan panorama di luar tingkap.
 “Kau dah bersedia nak jumpa nenek?”tanya Dhia dengan bersungguh-sungguh.
Rayyan Zikri tersentak. Lantas dia berpaling ke kanan. “Kau tanya aku?”
“Mestilah, mana ada orang lain dalam kereta ni selain kau.”Dhia mencebik.
Mata mereka bertembung. Rayyan Zikri mengambil peluang untuk mengherot sedikit mendekati Dhia. Dhia terpana.
 “Aku akan bersedia asalkan kau ada di sisi aku…disamping aku.”luahnya dengan nada berbisik. Terkedu Dhia mendengar ayat ‘belaian jiwa’ itu. Terdetik satu rasa di hatinya tatkala ini. Adakah perasaan gundah-gelana ataupun perasaan cinta?
Tidak! Dia tidak memerlukan perasaan cinta ketika ini. Cukuplah rasa gundah-gelana yang menikam di kalbu. Biarlah dia setia pada yang satu. Setia pada Mohd Razree.
Menghilangkan rasa gundah-gulana di hati, dia meluku kepala sahabatnya.
Rayyan Zikri mengaduh sakit. “Apa ni Dhia? Kau ni…aku cakap jiwang sikit, kau mulalah buat benda tak senonoh.”sengaja  Rayyan Zikri memarahi sahabatnya walhal dia marah-marah sayang sebenarnya!
“Bila pulak aku nak buat benda tak senonoh? Kau jangan merepek ye. Aku luku kepala kau sekali lagi baru kau tahu! Ke, kau nak rasa tak cubitan ‘pedas’ yang dari tangan aku ni…hmm?”duga Dhia dengan nada marah.
Rayyan Zikri menjuihkan bibir. Sahabatnya marah memang dia tidak pernah ambil kesah. Kemarahan Dhia ibarat angin yang bersepoi-sepoi pergi tanpa kembali.
“ Ada aku kesah? Aku lelaki. Lelaki lagi kuat daripada perempuan.”katanya dengan riak bangga.
“Alah, lelaki memang kuat tapi tetap tak boleh lawan kasih sayang perempuan. Sekali perempuan memujuk, sekali itu jugalah lelaki akan cair dengan pujukan perempuan.”dia juga tidak mahu mengalah.
“Haa…kalau macam tu, kasih sayang kau pada aku bertambah ke dah berkurang sikit sejak kau couple dengan abang aku? Cuba jawab.”
Lidah Dhia terus kelu untuk menjawabnya!
****
Tepat pukul enam setengah petang, mereka berdua memasuki kawasan rumah nenek yang tersergam indah itu set. Beberapa pengawal keselamatan sedang berdiri tegak di bahagian depan rumah nenek.
Fuh! Kat rumah dia, mana nak ada pengawal keselamatan macam kat rumah nenek ini. Kalau ada pun, peronda satu kawasan kampung itu sajalah yang ada!.
Dhia keluar mendahului Rayyan Zikri bagi membukakan pintu sahabatnya.
“Kau jalan perlahan-lahan. Jatuh nanti.”kata Dhia setelah sahabatnya keluar dari kereta. Sempat lagi dia membetulkan selendang yang dipakainya.
“Kau tak nak papah aku ke?”duga Rayyan Zikri. Dia tahu Dhia amat menitik beratkan hukum agama, jadi dia mahu menduga samada sahabatnya mahu memapah dirinya lagi atau tidak.
“Tak payah nak mengada-ngada sangatlah kan? Itulah…siapa suruh tak nak ambil tongkat tadi, kan dah kena jalan terjingkit-jingkit. Padan muka!”gelak Dhia sambil mencekak pinggang. Dah tahu tongkat banyak kegunaan untuk pesakit macam sahabatnya, lagi lelaki itu tidak mahu menggunakannya.
            Rayyan Zikri memuncungkan bibir. Merajuk! Walhah dia mahu ketawa dengan tingkah Dhia yang mencekak pinggang. Lagak sahabatnya seakan seorang ibu memarahi anaknya yang tidak mahu mendengar kata.
            “Aku masuk dululah. Kau pergilah letak kereta aku kat side belakang.”
            “Pergilah. Pujuk nenek sungguh-sungguh tau!”kata Dhia dengan semangat sekali. Terserlah kecomalan Dhia disitu.
            Hati Rayyan Zikri terasa berdebar-debar. ‘Kenapalah Dhia bukan isteri aku. Comelnya dia…’bisik hatinya.
Lantaran itu, dia meninggalkan Dhia di depan kereta miliknya. Dia masuk ke dalam rumah setelah memberi salam kepada beberapa pengawal keselamatan di situ.
Dhia memerhatikan Rayyan Zikri masuk ke dalam rumah sebelum dia memarkirkan kereta sahabatnya di belakang rumah nenek.
*****
“Eh, abang tak balik lagi?”Dhia terkejut melihat Abang Razree di ruang tamu utama kediaman rumah nenek. Ketika ini, kekasihnya sedang menyelak helaian surat khabar di sofa yang mempunyai satu tempat duduk. Dia duduk bersebelahan di perabot yang tersedia.
“Dhia pergi mana tadi?” balas Razree dengan nada mendatar, tanpa melihat wajah kekasih hatinya. Hatinya sakit.
“Err…kenapa abang tanya macam tu? Dhia kan pergi tanah perkuburan…,”jawab Dhia dengan nada takut-takut. ‘Apahal dengan mamat ni? Marah dengan aku ke sebab bawa Rayyan Zikri ke rumah nenek?’soalnya dalam hati. Dia duduk menegak.
Nafas Razree tercungap-cungap. Lantas, dia menutup surat khabar itu dengan kasar sekali dan mencampaknya di atas lantai. Dhia terpinga-pinga.
“Err…Abang macam marah aje. Dhia ada buat salah ke?”soalnya lambat-lambat.
“Maunya abang tak marah! Abang ingatkan Dhia pergi tanah perkuburan terus balik ke rumah. Ini tidak, terus datang sini bawa Ray pergi rumah nenek. Dhia tipu abang ke sebenarnya?”tempik Razree kuat.
Terkedu Dhia di situ. “Dhia bukan sengaja bawa Ray balik sini, abang. Dhia bawa dia balik sini ada sebab…,”perlahan suaranya menjawab.
“Sebab apa?” Razree mencekak pinggang. “ Sebab kesian dia sakit? Begitu?!”tempik Razree lagi. Marahnya memuncak ketika ini.
“Abang…memanglah Ray sakit tapi abang kena faham. Ray kan cucu nenek. Salah ke dia balik sini?”
“Memang salah! Dhia terkedu lagi. “Untuk apa dia balik semula ke sini? Nak sakitkan hati nenek lagi?”tempik Razree lagi.
Dhia tidak boleh bersabar lagi. Kesabarannya makin menipis. Ada ke patut dia dia dimarahi sebegitu sekali? Ini tak boleh jadi!
“Abang!!”Dhia bangkit seraya mencekak pinggang.
Razree membulatkan mata. ‘Dhia marah aku?’monolongnya dalam hati.
“Yang Abang terlampau marahkan sangat si Ray tu kenapa? Dia kan adik abang. Biarlah dia balik sini. Kalau tak suka dia, cakap aje terus-terang. Biar Dhia bawa dia balik rumah Dhia lagi bagus!”tempik Dhia dengan semangat sekali.

Razree membulatkan mata tatkala mendengar ayat terakhir kekasihnya. “Dhia nak ajak Dhia tinggal sekali dengan Dhia?”
“Yalah. Daripada orang tak suka dia duduk sini, baik dia tinggal dengan Dhia. Huh!”dengus Dhia dengan kemarahan berapi.
“Apa kecoh-kecoh ni hah? Bergaduh laki bini ke?”sampuk satu suara yang bernada sindiran dari puncak tangga. Mereka berdua segera berpaling ke belakang.
“Nenek!”kata mereka berdua serentak.
Puan Hadijah turun satu persatu anak tangga diikuti cucunya, Rayyan Zikri yang sedang memaut lengannya erat.
“Hati-hati Ray.”ujar Puan Hadijah penuh berhemah.
Didalam hati, Dhia bersorak kegembiraan melihat dua insan yang disayanginya berbaik semula. ‘Alhamdulilah…’bisik hatinya.
Tatkala itu, Razree segera menarik lengan Dhia mendekatinya.
Dhia tergamam. Hembusan nafas Abang Razree dapat hidunya dengan jarak dekat.
Rayyan Zikri yang berada diatas berdetak rasa cemburu yang menggila. Berani abangnya memegang Dhia?!
“Dah jadi suami isteri ke kamu berdua ni sampai nak dekat-dekat? Dah tak tahu hukum agama lagi?”sindir Puan Hadijah lagi. Kali ini lebih pedas.
Rayyan Zikri yang masih lagi berada disebelah nenek tersenyum sumbing.
Dhia segera meleraikan pautan dari kekasihnya. “Maafkan Dhia, nenek.”lekas-lekas Dhia menunduk manakala Razree kaku seperti tugu tidak bergerak.
“Nenek nak cakap dengan kamu berdua.”Mereka berdua terperanjat.
Rayyan Zikri menarik nafas lega kerana nenek tidak menyebut namanya. Tak adalah dia mendengar ceramah dari nenek lagi selepas ini. Cukuplah dekat bilik tadi. Berdesing-desing telinganya menahan kata-kata nenek yang agak pedas itu.
“Termasuk kamu juga, Ray.”
“Hah?”mulut Rayyan Zikri terlopong. “Ray pun kena juga ke?!”
‘Aduhai…apalagi nenek nak ‘ceramah’ kan ni? Geramnya!!