“Jangan pergi…”rintih
Zeril Iskandar perlahan tanpa memandang wajah Nur Adriana. Kepalanya masih
berat untuk memandang ke kanan dan kiri.
Matanya yang terbuka sedikit itu
merenung syiling atas. Dia ingin sekali melihat wajah perempuan yang telah
membantunya disaat dia sakit. Tetapi, apakan daya, dia tidak mampu berbuat
begitu.
Nur Adriana yang sedari
tadi kaku, berjalan menghampiri Zeril Iskandar. Dia dengan apa yang dikatakan
Zeril Iskandar. Biar betul mamat ni tak kasi aku pergi? Apa motif sebenar dia
berkata begitu? Nak suruh aku duduk sini temankan dia ke?
“Zeril, maafkan saya
sebab tak dapat temankan awak. Saya kena balik. Ayah saya dah tunggu saya kat
rumah. Saya harap awak faham dengan situasi saya.”katanya lembut. Tidak guna
lagi dia bercakap kasar kepada lelaki ini.
“Jangan pergi…please.”rintih Zeril Iskandar lagi. Dia
bukan sahaja mahu perempuan ini menemaninya bahkan dia mahu berterima kasih
kepada perempuan ini kerana sudi menyelamatkan nyawanya. Dia mula berasa
menyesal dengan apa yang dia telah berapa hari lepas. Minum arak dan makan pil
yang haram dari segi syarak membuatkan dirinya hilang kawalan diri. Ini semua
disebabkan tekanan yang diberikan Irma Amanda kepadanya. Jika tidak, dia tidak
kan sentuh dua benda haram itu.
Nur Adriana terdiam.
Hah! Masalah baru dah timbul. Zeril Iskandar nak aku temankan dia? Aku dahlah
nak balik ni. Dia pulak cakap macam tu. Tak ke haru namanya? Dahlah kejap lagi
Datin Zafiah dan mamat sengal tu nak datang! Kalau mamat sengal tu tengok aku
dalam bilik ni, memang kena penampar sulunglah jawabnya. Aku dahlah kurang ajar
dengan dia.
“Saya perlu balik. Tak
ada gunanya saya temankan awak kat sini. Saya tolong hantarkan awak sampai sini
dah cukup baik. Lagipun, kejap lagi mama awak datang. Mama awak yang akan
temankan awak selepas ni. So, apa guna saya duduk sini lagi. Segala-galanya
telah selesai. Awak pun dah sedar.”
“Mama aku? Dia
nak…datang?”bergetar suara Zeril Iskandar apabila mendengar perkataan mama.
Maknanya mama dah tahulah yang aku masuk hospital. Ni mesti perempuan depan aku
ni bagi tahu mama. Habislah aku kalau mama tahu aku minum arak dengan makan pil
ekstasi. Mesti mama marah sungguh-sungguh kat aku.detiknya dalam hati.
Nur Adriana mengangguk.
“Yup. Saya telefon mama awak tadi. Awak jangan salah anggap pada saya. Saya
takkan bagi tahu mama awak yang awak minum arak dengan makan pil haram tu. Saya
just call mama awak nak beritahu yang
awak ada kat hospital ni. Rahsia pasal arak dan pil tu saya takkan bongkarkan.
Percayalah cakap saya.”kata Nur Adriana dengan yakin sekali.
“Baguslah macam tu.
Harap rahsia tu akan tersimpan kukuh. Saya tak nak mama saya sedih sebab saya
buat benda tak baik dibelakang dia. Saya tahu saya salah sebab tinggalkan dia
tanpa sebab. Saya kecewa masa tu. Disebabkan seorang perempuan, saya tak balik
rumah. Disebabkan perempuan jugalah saya mula menjebakkan diri dari semua
ni.”sayu suara lelaki ini meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Nur Adriana
yang mendengar berasa kesian pula mendengar cerita lelaki ini. Benarlah
tekaannya. Zeril Iskandar merana disebabkan seorang perempuan.
“Dahlah awak. Baik awak
berehat. Saya nak balik dah ni. Mama awak nak datang tu. Saya tak boleh
lama-lama kat sini. Kunci kereta awak saya dah letak kat tepi badan awak. Sorry ye sebab saya berehat kat dalam
kereta mewah awak tu. Jangan marah erk? Saya minta maaf kalau buat awak marah
selama saya kita berjumpa secara tak sengaja ni.”
Bibir Zeril Iskandar
bergetar saat Nur Adriana menuturkan kata maaf. Sesungguhnya perempuan ini
terlalu jujur dengan setiap kata-katanya. Apa yang dikatakan semuanya secara
terus-terang. Tidak sedikit pun menipu. Dia akui, sewaktu matanya masih
terpejam…dia dapat menangkap suara perempuan ini dibilik belakang.
“Betul kau nak pergi?
Tak nak tunggu sampai mama aku datang?”Matanya mengerling kearah Nur Adriana.
Cepat betul perempuan ni nak pergi. Aku keseorangan lagilah jawabnya…
Erk! Zeril Iskandar ni
macam tak nak bagi aku pergi je. Aku kat sini dah rasa serba-salah pulak tengok mata dia yang tertoleh kat arah aku.
Bagaikan merayu-rayu agar aku tidak keluar dari bilik kecemasan ni.
“Saya rasa tak perlu
kut. Tunang saya dah nak datang tu. Awak tunggu ajelah mama awak datang. Saya
mintak diri dululah ye. Assalamualaikum…selamat tinggal Zeril Iskandar.”Tanpa
menanti balas dari Zeril Iskandar, dia segera keluar dari bilik itu. Tidak sanggup
dia melihat wajah sedih Zeril Iskandar yang mengharapkan dia kekal berada
disisinya. Dia tidak sanggup!
Cukuplah sampai disini
sahaja pertemuan mereka berdua.Cukuplah…
Zeril Iskandar
memejamkan matanya. Tanpa dipinta, airmata mengalir dipipinya. Ini kali pertama
dia bersedih terhadap perempuan yang baru dikenali. Tidak sempat untuk
mengucapkan maaf kepada perempuan itu, dia sudah pergi meninggalkan dirinya.
Dia langsung tidak
terfikir untuk menanyakan nama perempuan itu tadi. Semuanya berlaku secara pantas.
Fikirannya hanya satu. Cuba untuk memujuk perempun itu supaya menemankan dia
disini. Tadi pun dia hanya memanggil ‘kau’ sahaja. Hish! Kalau aku tahu nama
dia, boleh aku kata kat mama nanti yang perempuan itulah yang membantu
menyelamatkan nyawanya.
Selamat tinggal
perempuan…itu sahaja yang mampu diucapkan. Dia kembali memejamkan mata. Biarlah
perempuan itu pergi. Dia baring diatas katil ini dengan fikiran yang kosong.
***
Diluar pintu bilik
kecemasan, Nur Adriana meninjau Zeril Iskandar disebalik cermin kecil yang ada
dipintu bilik itu. Sebak rasanya apabila melihat airmata lelaki itu jatuh.
Walaupun bukan dihadapannya, namun dia rasakan yang Zeril Iskandar betul-betul
memerlukan dirinya. Dia pulak yang rasa bersalah kerana meninggalkan Zeril
Iskandar keseorangan dibilik itu.
Hmm..apa boleh buat.
Aku nak jaga dia walaupun sekejap, tapi hati ni dah berkobar-kobar untuk pulang
ke rumah. Dia sudah berjanji kepada Prof.Dr.Azmi tadi, sekarang di mungkiri
pulak janji itu.
Dia mahu keluar dari
sini secepat mungkin. Balik ke rumah dan memulakan kehidupan seperti biasa.
Badannya berpaling ke depan semula dengan muka yang menunduk ke bawah. Walaupun
sayu, dia tetap akan meneruskan janjinya untuk pulang ke rumah. Selepas ini,
dia akan menelefon Wan Zubair untuk membawanya keluar dari hospital ini.
“Ehem…ehem…cik adik,
sedih ye?”kata satu suara yang membuatkan dia mengangkat muka lalu berpaling ke
kiri. Mulutnya terlopong melihat wajah yang segar itu. Terangkat bahunya kerana
terperanjat. Nasib baik dia tidak melatah. Rupa-rupanyaWan Zubair yang
bersuara!
“Abang, bila abang
sampai?! Sayang terkejut tau.”Nur Adriana mengusap dada. Dia gembira kerana
tunangnya datang tepat pada masanya. Tidak perlulah dia tunggu disini terlalu
lama.
Wan Zubair
tersengih-sengih. Dia suka melihat tunangnya terkejut. Tunangnya terkejut mesti
terangkat kedua-dua bahu. Nampak cute sangat.
“Abang baru aje sampai.
Abang ingat nak temankan sayang kat bilik tu.”katanya dengan nada bersungguh.
Jari telunjuknya dihalakan ke bilik Zeril Iskandar. “Sayang keluar ni nak pergi
mana? Prof.Dr.Azmi dah balik ke?”
Hati Nur Adriana
kembali tenang. Tengok muka tunangnya sudah cukup untuk menghilangkan rasa sayu
yang terbuku dihatinya sejak tadi.
“Cepatnya abang sampai
sini! Mandi kerbau erk?”usiknya selamba. Dia gembira saat ini. Sudah lama dia
tidak bergurau dengan tunang sendiri.
Wan Zubair ketawa
berdekah-dekah. Nakal betul sayang dia ini. Tapi bagus jugak dia berperangai
seperti ini. Dia suka usikan dan gurauan yang ditonjolkan tunangnya. Tidak
seperti yang sebelum-sebelum ini. Masam dan sedih saja mukanya.
“Amboi!! Dah pandai
bergurau pulak sayang abang ni. Abang dah mandilah. Bau wangi lagi tau. Sayang
tu dah mandi sangat ke?”Kali ini ketawanya lebih kuat. Kata orang tak mandi,
diri sendiri tu mandi sangat ke? Baju dah macam peminta sedekah aje. Selekeh
betul!
Nur Adriana
menjengilkan mata. Dia mencekak pinggang. Sengaja dia menunjukkan marah kepada
Wan Zubair. Tunangnya pun ada je nak mengenakan dia.
“Hesy! Sayang memanglah
tak mandi lagi. Sajalah tu buat-buat tak tahu. Tak nak kawan, huh!Nur Adriana
mula menunjukkan protes. Merajuk dengan tunangnya. Dia berpusing membelakangkan
Wan Zubair. Kakinya mula melangkah meninggalkan tunangnya. Merajuklah katakan!
Padahal saja je nak uji. Hehehe…
“Eheh…sayang! Nak pergi
mana pulak tu?”Wan Zubair tiba-tiba merasa risau. Dia merajuk dengan akulah tu!
Dia mula berlari anak.
Nur Adriana melangkah
lebih laju. Biarkan Wan Zubair berlari mendapatkan dirinya.
“Haa! Dapat pun
tangkap! Nak lari mana sayang??ujar Wan Zubair manja.Tatkala dia merapati Nur
Adriana, segera dia memaut pinggang tunangnya. Nur Adriana terkesima. Tangkas
betul Wan Zubair berlari. Maknanya tunangnya sayang kat dialah! Dia pun
mestilah sayang kat tunang sendiri!
“Hesy!! Apa ni main
pegang-pegang pinggang sayang ni. Malu tau orang lain nampak.”Nur Adriana
memukul manja tangan Wan Zubair agar melepaskan pautannya. Dia tidak suka
lelaki bukan mahram menyentuh tubuh badannya.
Wan Zubair mengekek
ketawa. Tau pun rasa malu! Dia melepaskan pautannya. “Dah tahu malu, kenapa
buat-buat merajuk dengan abang? Abang cakap aje. Itu pun nak merajuk ke?”
Nur Adriana membuat
mulut muncung. Matanya menjeling tajam ke tunangnya. “Eleh, dia pun merajuk,
cakap je orang.Huh!”cebiknya.
“Abang tak merajuk tapi
abang marah bila Zeril Iskandar pegang tangan sayang. Sayang tu je yang
mengada-ngada sampai lari tinggalkan abang.”
“Dahlah. Tak nak cakap
pasal ni lagi. Sayang saja je nak bergurau dengan abang. Lepas ni sayang rasa
sayang balik rumahlah. Nak mandi, nak jumpa ayah. Abang hantar sayang balik
boleh?”
Berkerut dahi Wan
Zubair mendengar permintaan tunangnya. Dia terdiam seketika. Biar betul sayang
aku nak balik rumah hari ini? Tunangnya dah fikir masak-masak ke nak balik
rumah sekarang?
“Abang ni, kita tanya
dia boleh buat diam pulak.”rungutnya sambil mulut dimuncungkan.
“Haa?”Wan Zubair
tersedar. Dia malu sendiri. Pelbagai persoalan yang terbit difikirannya hingga
terlupa orang tersayang disebelah.
“Sayang tanya abang,
abang tanya sayang balik. Hesy! Luku kepala tu karang baru tau!”ugut Nur
Adriana mengangkat tangan kanannya.
“Abang bukan apa…abang
cuma terkejut je bila sayang cakap nak balik rumah, nak jumpa ayah. Sayang dah
betul-betul bersedia nak balik rumah ke?”tanya Wan Zubair ingin kepastian.
Nur Adriana tersenyum
lebar. “Betullah, abang. Sayang dah tak sabar sangat nak balik rumah. Dah lama
tau sayang tak jumpa ayah. Kalau sayang jumpa ayah, sayang nak peluh ayah
kuat-kuat. Bagi ayah tak bernafas.Hehe…”guraunya.
“Uikss…sampai nak bagi
ayah tak bernafas? Sayang jangan…tak pasal-pasal masuk penjara kali kedua
nanti.”usiknya selamba diselangi dengan nada sinis. Nur Adriana berdebar.
Bab-bab penjara ni yang paling dia tak suka dengar ni. Baru nak merasa
kehidupan yang selesa diluar penjara, tunangnya mengungkit pula.
“Abang boleh tak jangan
sentuh lagi pasal penjara lagi? Sakit telinga, hati, jantung sayang
mendengarnya.
Abang cakap pasal penjara lagi…sayang tak nak hiraukan abang
lagi. Sampai bila-bila.”ugutnya. Tinggi sedikit suaranya.
“Dahlah…dahlah. Sayang
janganlah emosional sangat. Jomlah. Abang hantar sayang balik. Abang faham
sayang rindukan ayah sayang. Ayah sayang…ayah abang jugak kan?”pujuk Wan
Zubair.
“Kita gerak sekarang
ye? Sayang tak nak mama Zeril Iskandar tahu wajah sayang macam mana.”pintanya
penuh pengharapan. Tadi pembantu peribadi yang sengal itu kata akan datang
secepat mungkin.
“Mama Zeril tahulah ni
anak dia masuk hospital?”tanya Wan Zubair ingin meminta kepastian. Nur Adriana
mengangguk. “Aah. Sayang telefon mama dia tadi. Oklah tu mama dia nak datang,
daripada sayang kena jaga dia sampai dia sihat. Eeii…tak naklah sayang jaga
dia. Dia kan anak orang kaya, mesti mama dia bawa orang gaji jaga dia.”
“Baguslah kalau sayang
fahami situasi yang sebenarnya. Sayang tu milik abang. Kalau sayang jaga dia,
hati dia terpaut kat sayang pulak. Ingat abang suka ke tengok korang
berdua-duan kat dalam bilik tu? Abang boleh sakit jantung macam dia tau kalau
sayang asyik tengok muka dia je. Ini abang cakap secara jujur tau. Abang tak
suka sayang rapat dengan lelaki lain. Bukan tak suka je…benci
sekali.”sambungnya lagi.
“Hesy!Sampai macam tu
sekali abang ni. Dahlah. Cakap banyak-banyak kat sini tak bergerak pulak kaki
ni. Jom abang! Bawa Sayang balik rumah. Sayang tak sabar dah ni.”kata Nur
Adriana dengan wajah gembira. Tiada muka masam dan muncung panjang di bibir.
“Wah!! Bersemangat
betul sayang abang ni. Abang pun bertambah semangat nak hantar sayang balik.
Tapi sebelum tu, kita pergi makan dulu ye. Sayang mesti lapar kan?”soal Wan
Zubair.
“Aah. Sayang laparlah.”rengek
Nur Adriana manja. Dia mengusap perutnya yang makin kempis itu. Sejak dia
keluar dari penjara , perutnya tidak dijaga dengan rapi. Dalam sehari, hanya
sekali sahaja dia makan. Itu pun dia perlu berjimat cermat menyimpan duitnya
yang semakin habis. Jika dulu semasa di alam pekerjaan, penjagaan makanan dan
kesihatanlah yang paling dititikberatkan.
“Okay…okay. Sayang
tunggu kat lobi utama dulu, abang pergi ambik kereta abang bawa pergi situ.
Kereta abang ada kat parking staff. Dalam masa sepuluh minit, abang sampai
depan lobi tu ye. Abang pergi dulu tau.”pohon Wan Zubair. Nur Adriana tersenyum
gembira. Membiarkan Wan Zubair mengambil keretanya.
Yahoo! Kejap lagi
makan! Ini yang aku rasa nak makan banyak-banyak ni. Hehe…orang kebulurlah
katakan. Akan ku paksa tunangku membeli makanan banyak-banyak!
***
Seperti yang
dijanjikan, Nur Adriana menanti tunangnya membawa kereta di depan lobi utama.
Dikemaskan rambut yang nampak agak bersememeh dan kusut itu dengan serapi yang
mungkin. Beg tangan yang tetap utuh dibahu kirinya dibetulkan agar kelihatan
stabil. Biarlah orang nak labelkan dia selekeh ke atau perempuan tak mandi ke,
dia tidak kesah. Asalkan hatinya senang dan gembira. Biarkan hari ini sahaja
dia nampak selekeh dan bau badan kurang enak, esok lusa duduk kat rumah badan
bau wangi balik. Dah lama jugak dia tidak menggunakan minyak wangi ditubuh. Tak
apa. Nanti balik, akan ku wangikan balik badanku ini.
Dia menunggu tunangnya
di depan pintu automatik lobi utama itu dengan senyuman yang lebar. Tidak sabar
rasanya hendak menikmati makanan yang lazat dan yang paling penting…balik ke
rumah sendiri!
Sebelum dia
melangkahkan kaki diluar tadi, dia perasan ada seorang jururawat yang berada di
kaunter depan unit kecemasan ini merenungnya tajam. Pelik jugak dia melihat
tingkah laku perempuan itu. Ada yang tak kena ke dengan muka aku ni? Ke dia tak
puas hati sebab nampak aku bawa kereta mewah zeril Iskandar
tadi?Hmm..lantaklah. Nak pandang tajam ke aku tak kesah. Janji aku dah keluar
dari hospital ni.
Apabila mengingatkan
kembali berapa jam yang lalu, sewaktu dia tidur di kereta mewah milik Zeril
Iskandar, dirinya rasa amat bertuah. Tidur di kereta yang eksklusif memberikan
satu kepuasan di hati. Angan-angannya untuk membawa kereta mewah tercapai juga.
Dia memandang kereta mewah Zeril Iskandar disudut tepi pokok-pokok rendang itu.
Disitulah dia berehat tadi.
Hampir sepuluh minit
berlalu, dia mula geram. Mana pulak tunang aku ni? Lama betul ambik kereta.
Matanya melilau mencari
kereta Wan Zubair. Sedang asyik dia mencari kelibat tunangnya, sebuah kereta
Mercedes Brabus datang tepat-tepat di hadapannya.Dia buat tak layan. Sekarang
fokusnya hanya Wan Zubair sahaja.
Seorang lelaki telah
keluar dari kereta itu. Memakai kot hitam disertai baju putih didalam
menampakkan gaya eksklusif pada diri lelaki itu. Lelaki itu berlari anak dan
memintanya agar memberi peluang untuk membuka kereta.
“Maaf, cik. Sila ketepi
sikit. Saya nak buka kereta.”kata lelaki itu hormat. Uikss…ingatkan kereta ni
milik lelaki itu. Rupa-rupanya dia tersilap meneka. Pasti orang VVIP ni dan
lelaki itu pasti pembantunya.
“Silakan…”katanya
dengan lembut.
Pintu kereta belakang
dibuka dengan hormat. Seorang wanita yang dianggarkan umur 50 tahun keluar dari
kereta mewah itu. Nampak macam Datin je ni. Siap bimbit beg tangan kat lengan
lagi.
Gulp! Datin? Tertelan
air liurnya seketika.
Alamak! Takkan dua
orang manusia dihadapannya ialah Datin Zafiah dan pembantu peribadi Datin
Zafiah?!!
Ya Allah! Berilah aku
kekuatan. Janganlah si lelaki sengal ni cam suara aku. Aku tak nak nak!!
BERSAMBUNG.... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan