Kesedihan
yang berlaku pada Dhia hilang
secara tiba-tiba apabila dia berada disini.Kelihatan ramai kawan-kawan Rayyan
yang tidak dikenali secara amnya datang ke sini meriuhkan suasana.Lorong kecil
yang sunyi ini tampak meriah apabila lampu neon bercahaya terang.Berderet-deret
kereta tersusun disertai dengan bunyi deruman yang boleh menaikkan suasana yang
serba meriah ini.Dia cukup teruja dengan keadaan sebegini. Bolehlah dia
berkenalan dengan kawan-kawan Rayyan yang lain.
Tidak jauh dari kereta Rayyan, dia melihat ada
meja kecil yang menampilkan pengacara dan DJ sebagai penghibur malam ini.Betapa
meriahnya lorong sunyi ini.Ramai jugak rakan-rakan Rayyan yang hadir membawa
teman wanita.
Dhia bersendirian ketika ini.Dia bersandar di
bonet belakang kereta Rayyan untuk melihat aksi-aksi yang menghiburkan di
tengah jalan itu.Rayyan telah meninggalkan dia sebentar untuk bersemuka dengan
kawan-kawanya yang akan berlawan nanti.
Dalam
dia bersendirian disitu, Rayyan datang menghampirinya sambil tersenyum.Dhia
turut membalas senyuman itu.
“Aku baru aje berjumpa dengan member-member race aku. Kejap lagi kita
orang nak berlumba dah. Kau okay ke
kalau aku biarkan kau sorang kat sini?”soal Rayyan.
Dhia mengeleng-geleng sambil tersenyum Dia
tidak kisah pun berada disini keseorangan.Sebelum ini pun dia sudah biasa
bersendirian dirumah.Dia datang ke sini pun hanya nak meluangkan masa menonton
perlumbaan Rayyan.Pasti ramai persaingan yang hebat. “Aku tak kisah. Kau lumba
pukul berapa?”
“Tunggu
emcee bagi arahan dulu baru race.
Sekarang ni dia orang nak suruh member-member
yang ada kat sini menari dulu. Bagi meriah sikit lorong ni. Kau nak join tak menari?”Rayyan merenung wajah
Dhia.Nampaknya kesedihan diwajah sahabatnya tidak lagi kelihatan.Dia suka Dhia
yang selalu senyum kepadanya.
Dhia
tergelak kecil.Rayyan ini apalah. Umur dah meningkat ni pun nak suruh ajak
menari. Oh, please!Nak buka langkah
tarian pun dia tiada asas.” Hii… tak naklah aku.Kau pergilah sendiri. Aku
tengok kat sini pun dah okay.”
“Kau ni,
aku bawa kau datang sini nak having fun
with each other. Aku tak nak kau bersedih dan memikirkan hal-hal lama.Kalau
duduk dekat kereta aku tanpa buat apa-apa, tak bermaknalah aku bawa kau datang
sini. Baik kau duduk rumah aje kalau macam itu.”
“Actually, aku tak ada asas menarilah,
Ray. Aku bukannya pandai menari macam kau pun. Kau tahap pro.”
“Haa,
kalau macam tu…aku ajar kau perlahan-lahan macam mana nak menari. Kau ikut aje
step yang aku buat, lama-lama nanti boleh jadi pro macam aku ni!”
“Hesy! Tak naklah. Aku malulah. Segan tau
kalau orang lain tengok aku menari.”jawab Dhia. Dia memang malu pun!
“Buat
apa nak malu, kat sini semua member-member aku la. Ini dikira member-member kau jugaklah. Kau jangan
risau, aku dah bagi intro pasal kau kat dia orang.”balas Ray. Dia tidak suka
Dhia duduk menyepi tanpa ada teman.Dia mahukan Dhia ceria dan bergaul dengan
kebanyakan orang.Lagi ramai Dhia berkawan, dia lagi suka.
Dulu,
kehidupan Dhia agak terhad selepas menjadi isteri orang.Asyik terperuk sahaja
dirumah bersama Muzaffar.Dia mahu mengajak keluar makan pun, kena ajak Muzaffar
jugak.Bukan dia tidak suka makan bertiga, tetapi dia lebih selesa bercakap
dengan Dhia.Bersama muzaffar, dia rasa agak kekok.Walaupun sudah agak lama
mereka bertiga, dia lebih selesa bersahabat dengan Dhia.Dan sekarang, Dhia
hanyalah sahabatnya.Sejak perceraian yang berlaku diantara Muzaffar dan Dhia,
dia sudah putus sahabat pada lelaki yang bernama Muzaffar.Biarlah persahabatan
yang terjalin itu berlalu pergi dan menjadi sejarah.What is past is past…
Setelah
beberapa minit mereka bersembang, sebuah lagu rancak diperdendangkan secara
meluas pada member-member yang hadir.Lagu Girlfriend
nyanyian NSYNC menimbulkan
sorakan pada yang hadir.Rentak lagu itu sahaja sudah menambahkan keghairahan
Rayyan untuk menari.
“Haa..kau
tengok! Emcee dah keluarkan lagu baik
punya! Lagu favourite aku tu”riuh
suara Rayyan .Dia menunding jari ke meja DJ bersaiz kecil itu.Gembira apabila
lagu itu diputarkan.
Dhia menepuk
tangan berulang kali tanda dia suka mendengar lagu itu. Rayyan pun turut
membuat perkara yang sama. Itu lagu kegemaran Rayyan sewaktu di universiti
dulu. Patutlah dia suka lagu tu!
Lagu
untuk lelaki katakan pada perempuan yang dia suka dan ingin menjadikan
perempuan itu sebagai teman wanita.Teringat Dhia bait-bait lagu itu yang
menjadikan Rayyan seperti lupa diri apabila berjumpa dengan perempuan cantik.
Would
you be my Girlfriend?
I like
you, right
Would you be my Girlfriend?
Sesungguhnya,
Rayyan memang pakar memikat perempuan! Dengan bait-bait lagu itu sahaja,
perempuan-perempuan yang mendengar dari mulut Rayyan sendiri pasti akan
terpesona. Tetapi dia tidak! Dia sudah lali dengan kata-kata manis Rayyan yang
dianggap guraun itu.
“Haa..lagu
tengah berjalan tu. Jom! Kita menari kat sana. Dia orang dah mula menari
tu!”Rayyan berasa tidak selesa jika berdiri disini. Dia mahu menari!
“Aku..ehh..”belum
sempat Dhia menjawab, tangan kasar Rayyan menarik lembut tangan Dhia dan
membawa Dhia terus ke tengah-tengah jalan raya itu. Dhia merasakan debaran
didadanya bergerak pantas.Dia terpana apabila Rayyan selamba memegang
tangannya. Rayyan memang pandai buat hati aku berdebar-debar!
Sampai
mereka disitu, Rayyan melepaskan tangan Dhia.Rayyan mula menggerakkan lenggok
tubuh maskulinnya.Dhia mengetap bibir. Orang lain sudah mula melakukan tarian
masing-masing, dia seorang sahaja yang belum melakukan sebarang aksi. Dia rasa
malu disitu.Rayyan masih memaksanya menari.Macam mana aku nak buat? Aku memang
kuno bab-bab ni!
Rayyan
merapatinya. “Buat macam aku, Dhia. Ikut
step kaki aku. Dua belah tangan kau gerakkan. Badan kau, kau lengokkan
sikit.”Rayyan memberi penerangan kepada Dhia step asas menari.Dhia akhirnya menurut arahan Rayyan.Badannya
bergerak sedikit demi sedikit.Rasa seronok pulak bila berbuat begitu. “
Haa..kau lakukan banyak kali. Jangan takut. Just
keep it up. Buat perlahan-lahan, then
bila dah pandai sikit tu, kau cuba lajukan gerak kau.
“Macam
ni?”Dhia sudah menunjukkan apa yang telah dipelajarinya.Dia semakin galak
menggerakkan tubuh badannya. Terpukau Rayyan disitu!
“Yes! That’s my girl!” seronok Rayyan
apabila Dhia sanggup belajar menari daripadanya. Sekejap sahaja sudah tangkap
apa yang diajari.
Tersenyum
lebar apabila Rayyan berkata begitu padanya.Dia merapatkan diri pada
Rayyan.Rayyan hanya tersenyum girang.Mereka berdua bersatu dan menari sepuas
hati.
“Now,weinvitecarracingchampion, RayyanZikrito get onthe
classic caranddancing!”Suara DJ bergema menambahkan sorakan kuat
disekeliling. Rayyan terkejut namanya dipanggil emcee yang bertugas. Terbantut dirinya untuk terus menari dengan
Dhia.Tidak sangka pengacara itu memanggilnya naik ke atas kereta.Mana pernah
dibuat orang menari diatas bumbung kereta?
“Cepatlah
Ray, mereka semua tak sabar nak tengok kau menari.”
Rayyan
menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.Dia pulak yang jadi segan
apabila dirinya mendapat perhatian. “ Aku segan sikit lah. Malu aku menari kat
atas kereta tu. Takkan aku sorang aje kut yang naik atas kereta tu?”
“Hesy, kau ni. Kata tarian kau pro.Pergilah tunjuk kat mereka semua.
Mana tahu ada gadis-gadis cantik yang tertarik dengan kau.”
“Aah.
Betul jugak cakap kau. Better aku
pergi sekarang. Kau tengok tau aku menari macam mana. Nanti aku datang jumpa
kau balik.”akur dengan kata-kata Dhia, dia melangkahkan kakinya ke kereta yang
berwarna merah itu. Denag langkah berhati-hati, dia mengangkat kakinya lalu dia
naik ke atas bumbung kereta klasik itu.
Sorakan
makin kuat.Dhia turut bersorak juga.Kuat suaranya menyebut nama Rayyan. Malam
ini, dia akan gunakan kesempatan yang ada untuk bergembira sepuas-puas hatinya.
“Ahah..Rayyan
dah naik atas kereta tu. Saya akan putarkan semula lagu tadi. Anda
setuju?”jerit DJ itu pada semua.
“Setuju!!”Semua
yang berada disitu menjawab dengan ibu jari tangan diangkat ke langit.
Akhirnya,
lagu Girlfriend dimainkan semula.Riuh
suara-suara nyaring dari sebelah membingitkan telinga Dhia.Ramai betul suka
Rayyan menari.Hatinya terdetik cemburu. Bertuah Rayyan, semua kawan-kawan suka
dengan dia. Aku aje yang tak ramai kawan. Hmm…
Suara
yang kuat dari kawan-kawannya membuatkan Rayyan merasa semangat untuk menari
dengan lebih baik, Rayyan memulakan tariannya.Dhia dan kawan-kawan yang berada
dibawah menari bersama.
Seronoknya
mereka pada malam itu hingga lupa masalah-masalah yang berlaku…
****
Mood
Mariana sudah berubah menjadi lebih ceria malam ini.Nasib baik Muhammad
Hasanuddin sudi membantunya keluar dari ofis ini.Kejam tau Muzaffar sampai
tinggalkan dia keseorangan di tingkat atas.
Dia
keluar dari ofis itu dengan senang hati.Sempat dia mengucapkan terima kasih
kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada syif malam itu sebelum dia
berlalu keluar dari sini.
Nampaknya,
malam ini dia perlu menaiki teksi.Tadi sewaktu dia lambat ke tempat kerja, dia
naik teksi juga.Hmm..tak pasal-pasal kena naik teksi lagi. Buang duit aku
aje.’rungutnya sendiri. Muzaffar memang suami yang tak boleh diharap!
Dia
menunggu teksi di perhentian bas yang tidak jauh dari ofis ini.Dia perlu balik
secepat mungkin.Hatinya tidak puas menatap wajah yang sentiasa membuat hatinya
berdegup laju walaupun dirinya sering dimarahi.
Tak
sabarnya nak balik rumah!
********
“Kamu
semua tunggu dibelakang rumah Muzaffar. Bila dia keluar dari rumah, kamu tahu
apa nak buat kan?Ingat! Kalau kamu mahu saya up gaji kamu, jalankan kerja kamu semua dengan baik. Biar dia rasa
menyesal, faham semua?!Tegas suara Puan Hadijah memberikan arahan kepada empat
orang pekerja bawahannya.Kesemua mereka bertubuh besar.Lagi senang kerja dia
untuk memberi pengajaran kepada Muzaffar.Sebagai bos, apabila dihadapan
pekerja, dia memang tidak boleh terlalu lembut atau bercakap terlalu sopan.
Nanti naik kepala mereka semua!
Mereka
mengangguk. Faham dengan kehendak Puan Hadijah.Apa sahaja perkara yang bos
perlukan, mereka perlu menurutinya tanpa banyak bicara.
“Sudah,
buat apa yang saya suruh, sekarang!”sambung Puan Hadijah lagi. Mereka
mengangguk kali kedua.Dengan hormat, mereka membongkokkan badan dan memberi
tanda hormat. “ Baik, Puan!”ujar mereka semua.
Tanpa
membuang masa, mereka terus berlari ke arah kereta masing-masing dan bergerak
dengan sepantas mungkin.
*******
“Rasanya
aku patut balik sekarang. Takut ibu risau pulak.”Dikerling jam ditangan
kananya. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. ‘Hmm…memang patut pun
aku balik.’gumamnya sendiri. Dia bangun dari
Setelah
dua jam Muzaffar berehat di hotel mini yang terletak berdekatan dengan
syarikatnya, dia sudah membuat keputusan untuk balik berehat dirumah. Dia
sempat membasahkan diri di hotel itu supaya badannya tidak terlalu melekit dan
berbau.Baju kot hitamnya yang terletak diatas katil diangkat lalu dipegang erat
di tangan.Malas dia hendak memakai kot pada waktu malam begini. Buat dia rimas!
Selesai
menyerahkan kad biliknya, dia bergegas memasuki kereta. Dia perlu cepat! Nanti
ibunya membebel!
Enjin
kereta dibuka lalu dia meneruskan perjalanan seperti biasa.
Dua
puluh minit kemudian, sebaik sahaja keretanya sampai dipersimpangan kecil
ditepi rumahnya, dia melihat rumahnya gelap.Dia keluar dari kereta.Pandangannya
melekat pada rumahnya sendiri.Gelap dan tidak bercahaya.
‘Aik?
Tak ada orang ke dalam rumah ni? Mana ibu?’monolog Muzaffar sendiri. Dia segera
mengeluarkan telefon bimbitnya ddalam poket.Baik dia telefon ibunya.Mana tahu,
ibunya berada dirumah mak saudaranya, Mak Ngah Najiha.
Puan
Halimah yang sedang menjamu selera bersama kakaknya, Asmah Najiha dimeja makan
terhenti apabila mendengar bunyi deringan didalam begnya.Dia pasti panggilan
itu dari anaknya, Muzaffar.Tiada orang lain yang akan menelefonnya kecuali
Muzaffar dan Mariana“Jiha, aku pergi jawab telefon kejap ye. Anak aku call.”Puan Halimah bangun dari tempat
duduknya. Dibawa sekali beg tangannya lalu dia pergi ke dapur. Hal anak-beranak
orang lain tidak boleh tahu.
Mesti
anaknya hairan kenapa dia tiada dirumah.Dia sengaja keluar senyap-senyap tanpa
beritahu Muzaffar kerana dia terlalu bosan duduk dirumah anaknya.Anak dan
menantunya, Mariana terlalu sibuk di ofis.Dia sahaja yang ditinggalkan
berseorangan. Mungkin lagi beberapa hari dia akan pulang ke rumahnya di
Senawang. Rindu kawasan rumah yang bercirikan tradisional itu.
“Assalamualaikum,
Muz. Ada apacall ibu ni?”suaranya
seakan berbisik. Tidak terlalu kuat dan tinggi.
Muzaffar
yang mendengar suara ibunya berasa lega. Jawab pun ibu! “ Ibu kat mana ni?Muz tengok rumah ni
gelap-gelita. Tak ada orang pun.”Puan Halimah terdiam.Dia berasa bersalah pulak
tidak beritahu anaknya awal-awal yang dia keluar rumah.
“Muz,
ibu ada kat rumah Mak Ngah Najiha. Dia ajak ibu datang sini. Ibu bukan tak nak
beritahu Muz yang Ibu datang sini, tapi bila Ibu tengok Muz asyik busy aje, ibu keluar la
senyap-senyap.”alasan terbaik diberikan pada anaknya.
Kan dah
agak! Ibu mesti ada kat rumah Mak Ngah Najiha. “ Lain kali ibu call Muz dulu sebelum nak pergi mana-mana.
Muz risau tau kalau ibu tak ada depan mata Muz. Ibu balik cepat ye.”
“Hmm…Ibu
rasa ibu tidur kat rumah Mak Ngah Najiha lah, Muz. Dah malam ni. Ibu takut nak
naik teksi malam-malam begini.Lebik baik ibu tidur rumah Mak Ngah Najiha. ”
“Ibu tak
nak balik? Habis Muz nak makan apa? Mariana bukan nak masakkan untuk Muz. Muz
dah lapar sangat ni. Perut pun dah mula berkeroncong.Dari pagi tadi Muz tak
sentuh makanan pun. Muz laparlah, Ibu.”rengek Muzaffar. Tadi dia hanya minum
dua gelas air kosong. Hendak menyuruh Mariana membelikan makanan untuknya di
warung depan ofis, dia segan kerana adegan yang terjadi tengah hari tadi. Ada
ke patut si Mariana tu boleh cium bibir dia tanpa rasa malu.
“Ibu dah
simpankan sikit lauk untuk Muz kat atas meja tu. Ibu dah masak tengah hari tadi
sebelum Ibu keluar pergi rumah Mak Ngah Najiha.Ibu tak masak banyak
pun.Cukup-cukup untuk kamu berdua. ”
“Betul
ke, ibu? Ini yang Muz tak sabar nak masuk rumah ni.”kata Muzaffar dengan
teruja. Masakan ibunya memang mantap!
“Betul.
Mariana tak balik sekali ke dengan kamu? Ibu tak dengar pun suara dia kat
situ.”soal Puan Halimah, ingin tahu.
“Err..”Muzaffar
memegang dahinya. Dia gelisah pula bila ibunya tanya soalan sebegitu. “Dia tak
balik sama dengan Muz, ibu. Muz tinggalkan dia kat ofis. Kerja dia tak siap
lagi.”balasnya takut-takut.
“Hesy,
Muz ni..sampai hati kamu tinggalkan Mariana sorang-sorang kat situ. Nanti dia
nak balik dengan siapa? Takkan dengan teksi kut?”
“Dia
tahulah balik sendiri, ibu. Mariana tu tahulah jaga diri dia sendiri.”
Betul
telahannya. Selama ini, anaknya jarang mendekatkan diri pada Mariana. Bila
Mariana mendekatkan diri pada Muzaffar, Muzaffar akan bertindak menjauhkan
diri. Adakah Muzaffar kesal menceraikan Dhia?
Kesian
pulak dia pada menantu barunya. Harap-harap menantunya pulang ke rumah dengan
selamat…
*****
Dalam
asyik Muzaffar dan Puan Halimah berbicara di telefon bimbit, Muzaffar tidak
sedar ada yang memerhatikannya dari jauh.Empat orang lelaki yang diarahkan Puan
Hadijah sudah menyorok di belakang rumah Muzaffar.Mereka sudah bersiap sedia
memakai mask hitam agar Muzaffar
tidak mengesyaki muka mereka berempat.
“Kita
tunggu dia habis berbual dulu, nanti kita terus serang dia, faham?”kata salah
seorang dari empat rakan lain yang mengetuai operasi ini. Tegas nadanya memberi
arahan.Mata mereka berempat terus tertumpu pada lelaki yang bernama Muzaffar.
“Oklah,
Ibu. Muz tak boleh cakap banyak ni. Lama sangat duduk kat ofis tadi, sampai
lenguh-lenguh badan.Muz nak mandi dulu, nak segarkan badan lepas tu baru
makan.Muz masuk dulu ye.Ibu jaga diri baik-baik. Jangan lupa balik tau!”pesan
Muzaffar.
Mereka
yang tercegat dibelakang rumah saling berpandangan sambil menganggukkan kepala.
Sudah tiba masanya untuk menghapuskan lelaki keparat itu! Mereka berempat
melangkah secara senyap-senyap untuk ke bahagian utama rumah Muzaffar.
“Ok. Ibu
takkan lama kat rumah Mak Ngah Najiha kamu.Insyaallah, ibu akan balik esok
kalau tak ada apa-apa halangan. Ibu nak tutup telefon ni, nak sambung makan,
kamu jaga diri baik-baik!”Sebagai seorang ibu, dia sekadar mengingatkan anaknya
agar menjaga kesihatan.
Belum
sempat Muzaffar membalas kata-kata dari ibunya, dia diserang dari
belakang.Bajunya ditarik kasar.Muzaffar ditumbuk dengan kuat hingga dia jatuh
tersembam ke tanah. Berdarah bibirnya. Telefon bimbitnya jatuh menyembah
bumi.Terbuka semua aksesori telefon bimbit Blackberry itu. Berkecai semuanya.
“Hello,
Muz…Muz!!”Puan Halimah mula risau.Suara Muzaffar tidak kedengaran.Nama anaknya
tidak muncul diruang telefon bimbitnya.Terus hilang tiba-tiba.Apa dah jadi pada
anaknya?Kenapa tiada balasan daripada anaknya?Apakah ada orang datang
mengacaunya? Tapi siapa?
Soalan
itu berlegar-legar difikirannya.Dia tidak mahu apa-apa berlaku pada anaknya.
Sakit jantungnya nanti jika dia mengetahui anaknya di apa-apakan oleh orang
lain. Dia seboleh mungkin mahu tahu apa yang terjadi pada Muzaffar sekarang.
Asmah
Najiha yang sudah selesai makan menuju ke dapur untuk membasuh pinggan dan
cawan.Tatkala dia baru masuk ke dapur, dia ternampak adiknya seakan-akan gelisah.Ada
yang tidak kena ke?Dia menghampiri adiknya.Pinggan yang berada diatas dulang
bersama cawan dipegang erat.Takut terhempas pula.
“Kau
kenapa, Ima? Muka kau gelisah semacam aje. Apa yang tak kena?”
Dipandang
wajah kakaknya.Perasaan risau mula menular dalam diri. “Aku risaulah, waktu dia
belum balas kata-kata aku tadi, telefon dia terus tutup. Aku risaulah, Ima.
Takut ada orang pukul dia ke.”luahnya dengan nada risau.
“Dia dah
sampai rumah ke?”tanya kakaknya. Dulang ditatang dan dibawa ke singki.Tangannya
perlu dibasuh.Rimas pulak jika dibiarkan tangan itu dipenuhi dengan lauk yang
bercampuran.
Puan
Halimah mengangguk. “Baru aje sampai rumah. Aku betul-betul risaulah, Ima.” Dia
melihat semula cermin temlefon bimbitnya. Kosong! Tiada panggilan kedua daripada
anaknya.Dirinya teramat menyesal datang ke rumah kakaknya tanpa beritahu
Muzaffar.Sepatutnya, dia duduk dirumah Muzaffar sahaja. Tak perlu pergi ke
mana-mana.”luahnya lagi.
Asmah
Najiha selesai membasuh pinggan dan cawan.Tangannya direnjis-renjis agar tidak
air tidak menitik ke lantai.Dilap tangannya menggunakan tuala Good Morning yang tersadai ditingkap
singki.Sesudah itu, dia menghampiri adiknya. “Cuba kau try call menantu kau tu. Kut-kut dia dah sampai rumah ke, mana kita
tahu.”
“Betul
jugak kata kau. Baik aku call Mariana
suruh dia balik cepat-cepat.” Untuk tidak membuang masa lagi, dia menekan keypad telefon bimbit yang digenggam
erat.Dicari perkataan contacts di
telefon bimbit Nokia nya. Tertera nama Mariana disitu. Segera dia menekan
butang hijau. Asmah Najiha yang berdiri disebelahnya berlalu kembali ke depan.
Malas hendak menganggu perbualan diantara mereka berdua.
Mariana
yang berada didalam teksi tersentak apabila begnya terasa bergetar.Dia membuka
begnya lalu dia mengambil telefonnya.Tingkahnya sedikit gopoh. Takut orang yang
menelefonnya akan memutuskan talian.
“Ibu?
Perempuan ni nak apa dengan aku?”dengus Mariana geram. Jarinya menyentuh skrin
telefon.Telefon dilekapkan ke pipi.
“Kenapa
ibu telefon saya ni? Saya nak balik rumahlah ni.”jawabnya dengan nada kurang
sopan.Tidak suka jika ibu mentuanya membebel malam-malam begini.Dia merenung ke
luar tingkap.Sudah masuk ke dalam Alam Damai, kejap lagi sampailah dia ke
rumah.
“Kamu
dah nak sampai rumah ke Mariana?”
“A’ah,
ibu. Dah nak sampai rumah ni. Jangan risau, nanti saya balik.”
“Ibu tak
ada kat rumah sekarang ni, kamu tengok-tengokkan suami kamu kat rumah. Entah
apa dah jadi kat dia tu. Ibu harap kamu cepat-cepatlah balik.”pohon Puan
Halimah dengan nada gusar.
“Hah!
Abang kenapa, ibu? Dia sakit ke?”Mariana pula yang mula risau.
“Hesy!
Tak adalah sampai sakit.Dia baru aje sampai rumah tadi.Ibu baru aje selesai
cakap dengan dia. Ibu takut sesuatu terjadi pada suami kamu. Cepat balik
tau.”sambungnya lagi.
“Okay,
ibu. Saya dah masuk simpang Alam Damai ni. Saya tutup telefon dulu.
Assalamualaikum!”Pantas dia menekan butang merah.Dia duduk menegak lalu berkata
kepada pemandu teksi didepannya.
“Encik,
laju sikit bawa kereta ni. Saya dah lambat ni.”arah Mariana.
BERSAMBUNG.... ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan