Keputusan Dhia muktamad. Dhia harus
mendapatkan penjelasan dari mulut suaminya. Dengan adanya Rayyan yang sentiasa
berada disisi menghulurkan bantuan tatkala dia dalam kesusahan, dia jadi cukup
kuat untuk berhadapan dengan Muzaffar, Mariana dan Ibu mentuanya.
Langkah mereka berjalan seiringan kembali ke
khemah. Cermin mata hitam yang tersangkut ditengah baju diambil lalu dipakai.
Biar terlindung matanya yang agak basah dengan air mata, agar tidak nampak
terlalu ketara kesedihannya.
Mereka masuk ke bawah khemah yang menempatkan meja
makan pengantin ditengah-tengah. Nampaknya suaminya dan Mariana sedang duduk
bersantap dengan hidangan yang menyelerakan. Termasuk Ibu mentuanya yang duduk
di sebelah kanan Muzaffar.
“Kau rasa, perlu ke aku berjumpa dengan suami aku
sekarang ni?” soalnya sambil memandang sekilas ke arah sahabatnya. Patutkah dia
mengganggu pasangan pengantin itu yang sedang enak menjamu selera? Kalau
berjumpa nanti, hilang pula selera makan madunya melihat mukanya nanti.
Rayyan tersenyum sambil mengamati cermin mata yang
dipakai sahabatnya. “Why not?” Ini peluang kau nak buktikan pada mereka yang
kau tak bersalah.”jawabnya dengan selamba.
Dhia mengangguk setuju. Betul jugak cakap Rayyan.
Inilah peluangnya. Biarlah ibu mentuanya memandang sinis terhadapnya. Dia tidak
kisah tentang itu. Yang penting, dia harus berbincang dengan suaminya.
“Kau tunggu sini. Nanti kalau Muzaffar sudi nak
slow talk dengan aku dekat mana-mana tempat, kau ikut aje aku pergi mana
tau.”pesannya kepada Rayyan sebelum Dhia melangkahkan kaki perlahan-lahan
meninggalkan sahabatnya keseorangan di situ. Sempat juga dia berpaling ke
belakang sebentar dan mengangkat tangan tanda “tunggu”.
Rayyan hanya membalas dengan anggukan sahaja. Terus
dia ke meja panjang yang menempatkan makanan dan minuman. Mahu minum seteguk
gelas air sirap. Sejak sampai di situ tadi, langsung tidak menjamah apa-apa
makanan atau minuman. Sekejap lagi, dia mahu mengajak Dhia makan bersama-sama
dengannya selepas habis perbincangan dengan Muzaffar. Dia sanggup menunggu.
Harap-harap perbincangan Dhia dan Muzaffar berjalan
lancar tanpa pergaduhan.
********
Dengan langkah berani, Dhia menuju ke arah meja
pasangan pengantin itu, biarpun ketika itu semangatnya hanyalah 50-50.
Dhia kini berdiri betul-betul di hadapan suaminya.
Muzaffar yang sedang mengambil lauk mencedok dihadapannya ternyata terkejut dengan
kedatangan isterinya. Sudu yang dipegangnya terjatuh di sisi pinggan berwarna
putih itu. Apatah lagi Mariana dan ibu mentuanya. Mereka benar-benar terkedu
melihat kedatangan Dhia.
Tajam pandangan mata mak mentua dan madunya. Segera
ibu mentuanya bangun dari tempat duduk itu, meninggalkan meja makan pengantin
itu dengan hati yang geram. Muka Mariana sudah berubah menjadi keruh,
menunjukkan rasa benci dengan kedatangan Dhia.
“Anja…” Suara Dhia kedengaran perlahan ketika
memanggil suaminya. Dia bimbang andai tetamu-tetamu VIP yang berada di meja
pengantin itu akan mengesyaki yang dia ialah isteri Muzaffar. Biarlah rahsia
itu tersimpan rapi di hatinya.
Sejak dari dulu lagi, ramai yang tidak tahu bahawa
dia merupakan isteri kepada pengasas syarikat percetakan terkemuka, IPU Press
Sdn Bhd. Bahkan majlis perkahwinan mereka juga diadakan secara senyap-senyap.
Sejak dari awal lagi, dia sudah memberitahu suaminya sebelum mereka berkahwin,
dia mahu membuat majlis seringkas mungkin, hanya di pejabat agama. Ini kerana
bapanya sudah meninggal dunia semenjak dia masih kecil lagi ketika dia berumur
6 tahun. Nasib baik Muzaffar dan ibu mentuanya setuju dengan cadangan yang
diberikan. Akhirnya mereka berkahwin dengan berwalikan hakim.
Selama setahun dia berkorban segala-galanya untuk
membahagiakan suaminya, memberikan yang terbaik dalam setipa layanannya,
rupa-rupanya ini balasan atas kasih sayangnya yang begitu tulus selama ini.
Tapi, apa yang berlaku sekarang ini? Dimana janji dan sumpah setia yang
dilafazkan pada malam perkahwinan mereka dulu yang kononnya tidak akan
berpaling pada perempuan lain? Sepatutnya kata-kata lelaki yang suka bersumpah
seperti suaminya tidak perlu dipercayai! Dasar lelaki tak guna, penipu!
“Kau nak apalagi ni?” Puan Halimah berdiri
betul-betul di sebelah Dhia. Kasar sungguh bahasa ibu mentuanya walaupun tidak
didengari tetamu-tetamu di meja kanan dan kiri yang sedang enak menjamu selera.
. Mariana yang berada di sisi Muzaffar mencebik.
“Padan muka kau, Dhia. Kan dah kena sebijik dengan minah tua tu!” Hatinya puas
melihat adegan yang berlaku di depan matanya. Biar Muzaffar benci nak melihat
muka perempuan itu. Rasakan!
“Dhia nak jumpa suami sendiri. Takkan itu pun tak
boleh, ibu?” balasnya dengan wajah selamba. Tajam matanya memandang wajah ibu
mentua di sebelah.
“Kau tak nampak ke sekarang ni tengah ramai tetamu?
Malam nanti tak boleh ke?” soal Puan Halimah dengan nada geram. “Perempuan ni
dah pandai menjawab sekarang!” Hatinya mendengus.
“Dhia perlukan jawapan sekarang, ibu”jawabnya
dengan berani. Dipandang muka suaminya yang sudah mula keruh. Perkara seperti
ini tidak perlu dilengah-lengahkan lagi.
“Jawapan apa yang kau perlukan lagi? Dah
terang-terang suami kau kahwin dengan Mariana, nak jawapan apalagi?” bentak
Puan Halimah yang nampaknya sudah tawar hati untuk bercakap dengan menantunya
itu. Kalau boleh, dia mahu anaknya menceraikan Dhia sekarang juga. Tapi dia
tahu, hati anaknya masih berbelah-bagi meskipun dua minggu lalu Mariana telah
menceritakan kecurangan Dhia dengan sahabat baik sendiri. CD yang diberi
Mariana telah menjelaskan segala-galanya.
Dhia diam sahaja mendengar jawapan daripada ibu
mentuanya itu. Ketakutan mula menyelubungi dirinya. “Patutkah aku undur diri
dan balik sahaja ke rumah?”bisik hatinya. Dia jadi buntu.
“Dah tak tahu nak jawab apa kan? Lebih baik kau
pergi dari sini, merosakkan majlis anak aku aje!” kata Puan Halimah dengan nada
kasar tetapi perlahan.
Puan Halimah kembali semula ke tempat duduk sebelah
kanan Muzaffar tanpa memandang wajah menantunya. Pantas tangannya mencedok lauk
yang terhidang dihadapannya.
Mariana tersenyum. “Kan dah kena marah. Takkan la minah ni tak faham-faham lagi kot?” bisiknya, sinis.
Dhia masih tidak berganjak dari situ. Nampaknya dia
masih lagi berani berhadapan dengan mak mentuanya. Dia tidak jadi mengundurkan
diri. Direnung wajah ibu mentuanya yang sedikit pun tidak mempedulikan dirinya.
Lalu dia bersuara.”Ibu! Kenapa ibu begitu membenci
Dhia?”
Muzaffar yang berada di situ langsung tidak berkata
apa-apa pun. Usahkan hendak menyokong dirinya, memandang mukanya pun tidak
mahu.
Dhia rasa seperti mahu menangis apabila ibu
mentuanya sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian di depan suami dan madunya.
“Sampai hati ibu!” rintihnya di dalam hati. Nasib baik ibu kandungnya, Puan
Suria tidak mempunyai sikap yang sebegitu. Syukur alhamdulilah, Ya Allah!
Puan Halimah masih tidak memberi sebarang tindak
balas terhadap pertanyaan dari menantunya. Lebih baik dia makan daripada
menghadap menantu yang curang seperti Dhia itu. Diteruskan suapan demi suapan.
“Fine, kalau ibu tak nak jawab.” Dia pasrah. Tujuan
dia datang ke mari situ bukan untuk bertikam lidah dengan mak mentuanya, tapi
untuk berbincang dengan suaminya.
“Anja, sekarang ni sayang nak tanya Anja pulak.” Dihalakan pandangannya tepat ke arah ke muka suaminya.
Muzaffar mengangkat kening. Suapannya berhenti
dengan tiba-tiba. Kacau betul!dengusnya. Pasti Dhia akan bertanyakan tentang
perkahwinan dia dan Mariana yang diadakan secara mendadak itu.
Mungkin dia harus membawa Dhia ke suatu tempat yang
tiada orang ramai agar senang mereka berbincang dan meluahkan perasaan.
Muzaffar mengambil napkin di tepi gelas kaca itu
lalu mengelap mulutnya. Dia bangun dari kerusi, terus menuju ke arah isterinya.
Mariana dan Puan Halimah terkejut dengan tindakan drastik Muzaffar yang
tiba-tiba bangun itu. Dhia apatah lagi, turut tergamam di tempat dia berdiri
itu.
“Mari, ikut aku.” Tegas suara Muzaffar ketika ini.
Panggilan Anja sudah ditukar menjadi aku. Dhia rasa sedih.
Tanpa rasa malu di hadapan tetamu yang ramai,
Muzaffar memaut erat tangan isterinya dengan kasar. Tersentak Dhia dengan
perlakuan suaminya yang agak menakutkannya ketika ini. Adakah sikap Muzaffar
sudah mula berubah selepas berkahwin dengan Mariana? Takkan secepat ini dia
berubah?
*********
Dhia dibawa suaminya ke laman rumah belakang yang
kosong tiada penghuni. Disitulah tempat dia dan Muzaffar berkumpul bersama-sama
ketika cuti bekerja. Rumput yang menghijau memudahkan mereka berbual atau
berbincang dengan tenang.
Pergelangan tangannya yang dipegang suaminya dilepaskan
dengan agak kasar. Terasa sakit apabila dicengkam dengan agak kuat. Suaminya
memang benar-benar sudah berubah dengan mendadak!
“Puas hati kau kan? Puas?” jerkah Muzaffar dengan
kuat. Begitu ketara sekali kemarahan suaminya. Dhia rasa takut. Bimbang nanti
suaminya akan naik tangan pipinya.
“Anja, apa yang sayang dah buat pada anja sampai
Anja marah-marah macam ni? Apa salah sayang pada Anja?”lembut dia menuturkan
kata.
“Argh!”Songkok pengantin yang dipakai Muzaffar
ditarik kasar hingga jatuh ke atas rumput. Dhia tersentak. Nampaknya kemarahan
suaminya semakin menular dan dia perlu meredakannya sekarang!
Dhia menarik nafas. Dipandang raut wajah suaminya
yang masih tegang tanpa senyuman.
“Sayang minta maaf sebab buat Anja marah.”suaranya
berubah kendur. Dia perlu mengalah dalam hal ini. Demi menyelamatkan
rumahtangganya yang seakan-akan mahu punah, dan yang pasti dia mahu suaminya
tetap akan sayangkannya walaupun Muzaffar berkahwin dua. Dalam terpaksa, dia
perlu merelakan Mariana menjadi madunya mulai saat dan hari ini.
“Kau!”Muzaffar tanpa ada perasaan bersalah
melayangkan penampar ke pipi isteri. Tersembam Dhia di atas rumput.
Rayyan yang berdiri di sebalik anjung rumah berlari
dan terus meluru mendapatkan Dhia. Sejak dari tadi lagi, dia hanya mengekori
sahabatnya itu selepas meneguk minuman di meja yang menyediakan makanan tadi.
Dia dah agak, perkara begini mesti akan berlaku juga.
“Dhia!”Badannya dibongkokkan. Lantas kedua-dua bahu
Dhia dipegang dan diangkat badan sahabatnya agar kembali stabil. Muzaffar
betul-betul sudah melampau!
“Sakit..”Dhia memegang pipinya. Terasa ngilu.
Pertama kali dalam sejarah hidupnya, dia ditampar oleh orang yang disayangi.
Pedih di hati hanya Allah yang dapat merasakannya.
Muzaffar mengetap bibirnya. Dirinya tidak sanggup melihat Rayyan memgang isterinya.Dia cemburu!
Sekarang dia mengakui CD yang diberikan kepadanya
melalui Mariana di atas meja pejabatnya pada dua bulan lepas ternyata benar.
Dhia memang curang dan bukti sudah ada didepan matanya. Apa yang kurang pada
dirinya sehingga isterinya bertindak mencari orang lain? Sahabatnya pulak tu!
Dia perlu berpatah balik ke khemah bagi meneruskan
acara makan di meja pengantin. Nanti apa pulak kata tetamu VIP yang bersantap
dengan mereka sekali? Takkan nak cakap yang aku tengah bergaduh laki bini kat
belakang laman ni kan?
Songkok pengantin yang dijatuhkkan sebentar tadi di
atas rumput diangkat semula. Dikibas-kibas songkok itu agar tiada kekotoran
melekat disitu. Kerongsang yang berada ditengah-tengah songkok itu dibetulkan
semula kedudukannya. Kemudian dia memakainya semula.
Tanpa memandang muka Rayyan dan isterinya, Muzaffar
dengan selambanya melangkah kaki ke pagar utama untuk keluar. Namun dengan
secara tiba-tiba, Rayyan bangun dan memegang bahu kanannya. Dhia dibiarkan
duduk diatas rumput itu.
“Apa sentuh-sentuh ni?”Dia rasa rimas dengan
sentuhan Rayyan dibahunya. Bila rasa marah didalam hati, semuanya yang
berkaitan dengan diri sahabatnya tidak elok dimatanya.
“Wait! Jangan pergi dulu. Kita perlu berbincang.”terangnya.
“Kau nak bincang apa? Tiada apa yang perlu
dibincangkan lagi.”kasar suaranya. Pandangan mereka bersatu.
“Ok. Straight to the point! Kenapa kau kahwin tak beritahu isteri kau sendiri?”soalnya dengan agak kasar. Jika Muzaffar berkata kasar kepadanya, kenapa tidak dia? Pasal Dhia, dia tidak kisah mempertaruhkan maruahnya dengan bergaduh dikhayalak ramai. Apa guna sahabat kalau tidak ditunjukkan sikap sayang?
Muzaffar tergelak kecil.“Perlu ke aku beritahu pada
perempuan curang ini yang aku kahwin dengan Mariana?”Jari telunjuk kanan
Muzaffar yang ditujukkan ke arah Dhia membuatkan Rayyan terasa ingin menumbuk
sahabatnya disaat itu juga!
“What are talking about?”Terbeliak matanya
mendengar kata Muzaffar. Nampaknya kemarahan Rayyan sudah sampai ke
kemuncaknya.
Dhia jadi takut. Janganlah Rayyan memulakan
pergaduhan semata-mata ingin mempertahankan dia.
Tak sangka suaminya menggelarkan dirinya sebagai
perempuan curang. Tapi, bila masa pulak aku curang dibelakang suami
sendiri?Setahunya, dia pergi seminar ke Melaka bersama Rayyan. Tidak ada lelaki
lain yang merapatinya selain sahabatnya. Takkanlah Muzaffar marah sebab dia
keluar bersama Rayyan? Sedih rasanya bila suami yang dicintai berkata demikian.
Tadi ibu mentuanya, ini suaminya pulak yang mengungkapkan kata-kata yang tidak
enak didengar.Dengan semangat yang hampir luntur, dia bangkit dari situ.
Pipinya dipegang.
Ternyata bukan sahaja pipinya yang sakit,
darah pekat mengalir dicelah-celah pelipisnya.
“Anja, sanggup Anja menuduh sayang perempuan
curang. Apa yang membuatkan Anja berubah sikap sampai muka sayang tak mahu
dipandang lagi?”Airmatanya sudah mengalir keluar.
“Jangan berani kau menuturkan perkataan Anja lagi.
Jijik aku mendengarnya.” Kata Muzaffar dengan nada angkuh.
“Anja!”matanya terbeliak. Ya Allah, apa yang telah
terjadi kepada suamiku ini?Dia kata jijik?Astagfirullahalazim…
“Sampai hati Anja berkata begitu! Apa salah sayang
sampai Anja langsung tidak mahu dengar penjelasan dari sayang? Sayang ingatkan
bila balik ke rumah ini, dapatlah sayang merasa kasih sayang dari Anja selama
dua minggu sayang berada diseminar. Tapi bila balik rumah ni, tak sangka sayang
dapat kejutan yang menyakitkan.”luahnya dengan nada kesal. Mukannya
ditundukkan.
“Terkejut kan dengan apa yang berlaku hari
ini?”Serta-merta kepala Dhia tegak kembali. Ibu mentuanya! Mariana pun turut
serta berada disisi Puan Halimah. Mungkin kedatangan mereka berdua akan
menghentamnya dengan lebih teruk lagi.
“Mak cik jangan campur urusan kami disini.”Sedaya
mungkin Rayyan menjawabnya. Rasa hormat pada perempuan yang bernama Puan
Halimah ini semakin luntur.
“ Ray, kenapa kurang ajar dengan Mak cik? Mana
sikap hormat Ray terhadap Mak cik selama ini? Takkan sebab Ray dah bercinta
dengan perempuan ni sampai rasa hormat tu hilang?”
Dhia terkejut. Bila pulak kami bercinta? Dia dan
Rayyan berpandangan sesama sendiri. Ini mesti ada orang yang dengki dengan
persahabatan mereka yang telah lama wujud selama ini.
Adakah Mariana yang menjadi dalang kepada
pergelutan rumahtangga Muzaffar dan Dhia yang selama ini bahagia tanpa apa-apa
pergaduhan?Persoalan itu dibiarkan dulu. Apa yang penting sekarang, Rayyan
perlu menjawab soalan Puan Halimah dulu.
“Mak cik, Ray tak pernah pun bercinta dengan Dhia,
kami hanya kawan sahaja. Tak lebih dari itu.”jelasnya.
“Eleh, mulut kata lain, hati kata lain.”Mariana
pula mencelah. Mulutnya dicebikkan.
Rayyan membeliakkan mata. Nampaknya perempuan
perampas ni dah mula tunjuk taring dihadapannya. Dulu dia diperkenalkan oleh
Muzaffar sebagai pembantu peribadi di IPA Press Sdn Bhd. Muka nampak baik.
Cakap bukan main sopan bila dia datang menjenguk
sahabatnya di office. Tapi bila perempuan itu
berkahwin dengan Muzaffar, sikap baik itu hilang dengan serta-merta.
“Kau diam Mariana. Jangan nak jadi penyibuk kat
sini!” jerkahnya.
Muzaffar yang sejak tadi hanya mendiamkan diri mula
bersuara. Dia mahu pergaduhan ini habis disini sahaja. Dia tidak mahu para
tetamu dapat menangkap pergaduhan mereka disini.
“Ok, straight to the point. Sejujurnya, aku tak
sangka kawan baik aku sejak dari kecil dalam diam menaruh hati pada isteri aku.
CD yang seseorang berikan pada aku telah membuktikan segalanya. So, apa gunanya
lagi kalau aku pegang title suami kepada Nurul Haifa Nadhiya kan?Puan Halimah
dan Mariana tersenyum sesama sendiri.
Hal ini perlu ditamatkan dengan segera. Keputusan
sudah lama dibuat dan tidak perlu dilengah-lengahkan lagi supaya tidak berlaku
perselisihan faham diantara dia dan isterinya lagi.
Terlopong Dhia mendengarnya. Dia tidak mahu perkara
yang paling dibenci Allah s.w.t diperdengarkan ditelingannya. Dia tidak sanggup
mendengar semua itu. Pastinya ibu mentua dan Mariana akan bersorak kegirangan
selepas ini!
“Ya Allah, bantulah hambamu ini.”bisik hatinya.
Airmata Dhia sekali lagi jatuh mengalir. Matanya
dipejam rapat. Cuba mencari kekuatan.
“CD apa yang kau cakapkan ini Muz? I cannot
understand.”Rayyan mengeleng kepala. Tanda tidak faham dengan apa yang cuba
disampaikan sahabatnya itu.
“Aku takkan tunjukkan pada kau apa yang terkandung
dalam CD tu.Apa yang aku tahu, kau dua orang telah menipu aku dalam diam! Bibir
Muzaffar terketar-ketar menahan marah. Sudah sampai masanya perkataan itu
dituturkan kepada isterinya.Muzaffar menarik nafas panjang sebelum memandang
Dhia dengan pandangan yang tajam.
“Dengan ini, aku Mohd Muzaffar Ikram Bin Arshad
menceraikan Nurul Haifa Nadhiya dengan talak satu. Bersaksikan ibuku dan isteri
baruku, Nur Mariana.”ucapnya dengan jelas. Ini bermakna Dhia bukan isterinya
lagi buat selama-lamanya.
Rayyan terkaku disitu. Manakala Dhia pula dengan
tidak semena-mena jatuh tersembam diatas rumput. Pengsan.
Dengan muka yang agak serius, Muzaffar terus
melangkahkan kakinya meninggalkan Rayyan dan Dhia diiringi dengan senyuman
sinis dari Puan Halimah dan Mariana. Mereka terus pergi dengan hati yang
lapang.
“Astagfirullahalazim! Kenapa nasib kau jadi begini
Dhia? Please, bangun!”Rayyan resah. Dipaut kedua-dua bahu Dhia dengan erat lalu
tanpa segan-silu dipeluknya badan sahabatnya itu. Tidak patut Muzaffar
melafazkan cerai terhadap Dhia. Tidakkah Muzaffar tahu yang dia sangat bertuah
memiliki isteri yang sangat menyayanginya sepenuh hati. Kalau dirinya menjadi
Muzaffar, dia akan menjaga Dhia bagaikan menatang minyak yang penuh.
Ketara sungguh airmata dipipi Dhia apabila mata
sahabatnya masih terpejam. Hari ini sahaja sudah berapa kali sahabatnya itu
menangis dan menangis. Kejam sungguh hati mereka semua. Janjinya, dia tidak
akan menjalinkan apa-apa hubungan persahabatan atau kekeluargaan dengan
Muzaffar dan Puan Halimah. Biarlah tamat disini sahaja.
“Muzaffar. Kau bukan sahabat aku lagi.”Itu tekadnya
mulai hari ini.Lantas, dikendong Dhia yang masih tidak sedarkan diri itu keluar
dari rumah itu.
*******
Sewaktu di pertengahan jalan, Dhia tersedar.
Terkelip-kelip matanya melihat manusia yang berada dihadapannya. Rayyan!
Terbeliak matanya. Muka dia dan sahabatnya terasa hampir. Takkan sahabatnya itu
sedang mendukung dia?
“Kat mana aku ni?”soalnya kepada Rayyan Terus dia
turun dengan sendirinya. Malu dirinya didukung oleh orang bukan mahramnya.
“Err..”Rayyan rasa mulutnya terkunci untuk bersoal
jawab dengan Dhia.
“Kau kat luar.”jawabnya dengan agak tergagap gagap.
“Eh, bukan aku dibawa Muz..”Mulutnya secara
tiba-tiba dikatup Rayyan. Tersentak Dhia dibuatnya.
“Hish! Apa ni. Malulah”Segan dirinya dibuat begitu
didepan orang ramai.
Dhia tahu sahabatnya itu tidak mahu dia mengimbas
kembali apa yang berlaku sebentar tadi. Dirinya sudah diceraikan talak satu
oleh suaminya. Apa boleh buat.Mungkin jodoh dia dan bekas suaminya tidak
kesampaian hingga ke akhir hayat.Fikirannya hanya satu. Pasrah dengan dugaan
yang berlaku pada dirinya. Mulakan hidup baru dan tidak menoleh kebelakang
lagi.Walaupun rasa sedih dengan kehilangan suami yang amat dicintainya, dia
tidak akan tunjukkan kesedihan itu didepan Rayyan. Biarlah sahabatnya itu tahu
yang dia tabah dengan apa yang berlaku.
“Dhia, aku harap kau tabah ya. Ada hikmahnya apa
yang berlaku pada hari ini.” Kata-katanya itu terbit dari hati yang ikhlas
sebagai seorang sahabat.
“It’s okay. Jangan risau. Aku akan kuat dan tabah
dengan semua ini.”
“Betul ni?”
“Yup!”Sengaja diceriakan suaranya bagi sahabatnya
tidak berfikiran yang bukan-bukan.Senyuman terukir dibibir Rayyan.
“Kalau macam tu, aku bawa kau keluar dari sini
nak?soalnya.
“Pergi mana?”Dhia pelik.
“Pergi rumah ibu kau la.”jawabnya selamba. Mesti Dhia
suka apabila menyebut nama ibu kandungnya, Puan Suria.
“Biar betul?”Teruja Dhia bila mendengar perkataan
ibu. Selepas ini Rayyan akan menghantarnya tinggal dirumah ibunya. Hatinya
tidaklah rasa terlalu sakit sangat.
Rayyan hanya mengangguk.
“Tapi sebelum tu, aku nak buat sesuatu kat sini.
Kau ikut aku ya?”katanya dengan nada gembira. Dia tidak mahu sedih buat masa
ini. Biarlah kesedihannya ditangisi keseorangan.
“Buat apa?”Pelik pulak bila mendengar Dhia hendak
membuat sesuatu disini. Janganlah dibuat yang bukan-bukan.
“Adalah. Jom!”Dia menarik tangan Rayyan
mengekorinya hingga masuk ke khemah.
***************
“Kau dengar tu..”
Rayyan memandang Dhia dengan pandangan yang sukar
ditafsirkan. Biar betul Dhia nak menyanyi time-time begini? Tak pernah dibuat
orang! Perempuan lain kalau baru diceraikan mesti menangis, meraung dan
seangkatan dengannya. Ini tidak, nak menyanyi?
Dia nampak Dhia langsung tidak tertekan dengan
perpisahan yang berlaku. Malah tersenyum dan gembira sahaja. Tapi biar betul
Dhia nak menyanyi? Tidak pernah sekalipun dia mendengar sahabatnya itu
menyanyi.
“Sekarang jam tangan saya sudah menunjukkan pukul 4
petang. Tetamu sudah pun mula berkurangan. So, para tetamu yang still ada di
sini, apa kata kita jemput salah seorang tetamu yang boleh menghiburkan kita
semua dengan sebuah lagu di dalam khemah ini.” Pengacara majlis itu dengan
wajah ceria mengumumkannya.
Dengan penuh semangat didada, Dhia meninggalkan
sahabatnya disitu dan melangkahkan kakinya ke arah pengacara majlis itu.
“Encik, saya mahu nyanyi.”Confident dia menuturkan
kata. Terpaku para tetamu disitu termasuk Muzaffar, Mariana dan Puan Halimah
yang masih lagi berada di meja makan pengantin bila Dhia betul-betul berada
dihadapan emcee tersebut.
“Ok. Nama awak siapa? Awak nak nyanyi lagu
apa?”soal pengacara majlis itu. Mikrofon ditangan emcee itu diunjurkan kepada
Dhia. Tapi dia tidak menyambut malah dibisikkan sesuatu ke telinga emcee
tersebut.
Rayyan yang memandang dari jauh hanya
mengeleng-gelengkan kepala. Lagu apalah yang Dhia nak nyanyi sangat tu?Harap
sedaplah suara sahabatnya itu nak menyanyi didepan orang ramai ni. Nanti ramai
tetamu yang tutup telinga pulak kalau Dhia nyanyi tak sedap.
“Tanpa membuang masa, Cik Nadhiya akan
memperdendangkan lagu nun jauh dari Indonesia yang dinyanyikan oleh penyanyi
Desy Ratnasari, Tenda Biru.” Dihulurkan mikrofon yang berwarna hitam itu kepada
Dhia.
Dia tidak
memberitahu nama penuhnya kepada emcee kerana tidak mahu tetamu mengenalinya
sebagai isteri Muzaffar. Opss, silap! Bukan isteri lagi, tapi bekas isteri.
“Lagu ini saya tujukan khas buat bekas suami saya
yang kini sedang berbahagia bersama isteri kedua. Diharap mereka berbahagia
hendaknya dan cepat-cepatlah menimang cahaya mata.Tepukan gemuruh dari para
tetamu dan Rayyan yang menonton nyanyiannya membuatkan dirinya semakin
bersemangat untuk menyanyi kan lagu itu tanpa rasa malu.Di meja makan
pengantin, Dhia sempat melihat bekas suaminya yang tertunduk. Dia tahu,
Muzaffar tidak mahu melihat mukannya lagi. Tidak mengapalah. Dia bukan suamiku lagi,
buat apa nak terhegeh-hegeh kan?
Dia memandang pula wajah Mariana dan Puan Halimah
yang dilihat keruh. Mesti tak puas hati dirinya menyanyi didepan para tetamu.
Biarlah… Sekarang ini aku hanya tetamu sahaja. Korang tak layak nak marah aku
lagi”cebiknya dalam diam.
Lagu yang bakal dinyanyikan sudah mula mengeluarkan
rentak dari radio. Dhia menarik nafas. Air liurnya ditelan sebelum mendekatkan
mikrofon yang diberikan emcee tadi ke mulutnya.
Tak sengaja
lewat depan rumahmu
Ku melihat
ada tenda biru
Dihiasi
indahnya janur kuning
Hati bertanya
pernikahan siapa
Tak percaya
tapi ini terjadi
Kau
bersanding duduk dipelaminan
Airmata jatuh
tak tertahankan
Kau khianati
cinta suci ini
Tanpa
undangan diriku kau lupakan
Tanpa putusan
diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara
kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa
kau buat ku merana
Ku tak
percaya dirimu tega
Nodai cinta
khianati cinta
Diulang rangkap lagu itu sebanyak tiga kali.
Setelah tamat lagu itu, dia mengucapkan “Thank you.” kepada tetamu yang sudi
mendengar suaranya.Kepalanya ditundukkan. Mikrofon diserahkan semula kepada
emcee dihadapannya. Tepukan gemuruh sekali lagi bergema. Dhia hanya tersenyum.
Lalu dia melangkahkan kaki ke arah sahabatnya.
Lagu yang dinyanyikan tadi diharap dapat
menyedarkan bekas suaminya betapa menyesalnya menceraikan dia yang langsung
tidak pernah mengkhianati cinta yang diberikan.
Dhia kembali ke sahabatnya dengan senyuman. Rayyan
turut ikut sama tersenyum.
“Wah! Tak sangka sedap jugak kau nyanyi ya. Boleh
buat aku tak tidur malam ni.”Rayyan tersengih nakal.
“Apasal pulak sampai tak boleh tidur?”Dhia merasa
pelik. Rayyan ni memang suka bergurau. Tapi gurauan itulah yang membuatkan dia
senang sekali bersahabat dengan Rayyan Zikri.
“Suara kau tu mengkagumkan aku. Malam nanti mesti
aku angau nak dengar suara kau lagi.”Rayyan tersengih lagi. Jujur di dalam
hati, dia akui suara Dhia seakan-akan artis Dayang Nurfaizah. Mendayu-mendayu
aje.
Dhia membeliakkan mata.“Nakalnya dia. Cubit karang,
nak?”ugutnya.
“Please, tak nak. I tak nak! Biru nanti tangan I” Kedengaran
manja suara sahabatnya. Dia tergelak kecil. Geli pulak bila Rayyan berkata
dengan nada manja dengannya.
“Tau takut. Jom, kita keluar dari sini. Majlis ni
pun nampaknya dah kekurangan tetamu. Better, kita keluar sekarang.”ajaknya
tanpa berlengah lagi. Dia perlu keluar dari sini secepat mungkin.
Biarlah pakaian miliknya ditinggalkan dirumah ini.
Terpulang pada mereka nak buang bajunya atau sedekahkan pada orang luar, dia
tidak kisah. Nasib baik didalam kereta sahabatnya masih ada pakaian yang dibawa
ke seminar itu. Tidaklah dia membuang duit mahu membeli baju baru lagi.
“Let’s go.” Terus mereka melangkah seiringan keluar
dari khemah itu dan menuju ke tempat letak kereta Rayyan tanpa memandang ke
belakang lagi.Kali ini mereka benar-benar keluar dari rumah itu dengan hati
yang lapang.
“Stop kejap”.Tangan Rayyan menahan Dhia dari
melangkah. Dia tergamam. Fuh! Nasib baik tak terkena bahagian dadanya. Kalau
tidak, mana nak letak muka ni…
“ What’s wrong?”Bertambah pelik Dhia dengan
sahabatnya ini.
“Err..kau tak nak ambil baju kau kat rumah kau
ke?”katanya dengan tergagap-gagap. Takut Dhia terasa hati pula. Sebenarnya dia
tidak mahu menambahkan lagi tekanan di fikiran sahabatnya.
Dhia tersenyum. Nampaknya Rayyan masih takut-takut
mahu bercakap tentang tadi. “Mungkin dia takut aku sedih lagi kot.” Detik hati
kecilnya.
“Hmm..beg aku dah ada kat dalam kereta kau. Rasanya
tak payah kot nak ambil baju-baju kat rumah tu lagi. Bila aku tinggal dengan
ibu aku nanti, aku akan beli la baju sedikit demi sedikit. Lagipun ada hikmah
aku pergi seminar selama 2 minggu. Dapatlah bawa baju banyak sikit
kan?jelasnya.
Rayyan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan
sahabatnya. Sampainya di tempat parking keretanya, ditekan train key Volvo C70
miliknya dan dibuka pintu kereta. Mereka masuk kedalam kereta. Rayyan duduk
ditempat pemandu, manakala Dhia duduk disebelahnya.
Enjin kereta berbunyi. Stereng kereta dipegang.
Harapannya, biarlah penderitaan yang dihadapi Dhia cukup setakat ini sahaja.
Selamat tinggal Muzaffar dan Puan Halimah…
Kereta milik Rayyan terus meluncur pergi
meninggalkan rumah yang meninggalkan kisah pahit dalam hidup Dhia.
BERSAMBUNG... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan