Jumaat, 1 Mac 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 15




Nur Adriana menyentuh perutnya yang kempis itu. Dia terasa lapar pula malam ini. Sejak dari petang tadi perutnya lansung tidak diisi dengan makanan dan minuman. Hendak mencari makanan dibawah, dia malas mahu memandang muka tiga beranak itu.

Akhirnya, terluah juga sifat dendamnya pada tiga beranak itu. Penampar sulung yang diberikan pada Farah membuktikan yang dia bukan perempuan yang boleh dipijak-pijak! Walaupun hatinya puas mengenakan mereka tiga beranak, namun timbul rasa takut pada dirinya jika ayah dapat menangkap tamparan pada pipi Farah. Mana tahu, Farah akan beritahu ayah yang dia tampar muka Farah. Memang nahaslah aku lepas ni!

Ke hulu ke hilir dia berjalan dari depan katil untuk mencari idea bagaimana caranya untuk menutup mulut tiga beranak itu dari membongkarkan rahsia penamparan itu. Adakah dia perlu segera turun ke bawah sebelum ayahnya pulang dari solat isyak? 
Mampukah dia untuk berdepan dengan tiga badigol itu?

Ya, dia mampu! Dia kan perempuan kuat, seharusnya diaperlu memberanikan diri bertentang mata dengan tiga beranak itu, biar senyap diorang tu! Biarlah Puan Farzana a.k.a ibu tiri tak guna tu zip kan mulut dia tu.
Lantas dia membuka pintu sambil dihela nafas panjang.Langkahnya diatur ke kiri, tempat dimana tangga berada.

Seeloknya kakinya menginjak menuruni tangga, matanya melihat tiga beranak itu sedang berbual-bual duduk disofa tiga berangkai tanpa sedikit pun kesan kehadirannya di tangga. Dia apalagi, berhentilah  kakinya untuk mendengar apa yang mereka cakapkan. Ini mesti buka topik pasal aku ni.omelnya.

Telinganya menangkap apa yang tiga beranak itu katakan. Dia mendengar dengan tekun.

“Kalau  ayah  korang balik kejap  lagi, tahulah aku nak bagi tahu ayah korang. Perempuan tu memang dah  melampau! Dasar bekas banduan tak sedar diri. Patut dia tak payah balik lagi bagus. Buat semak je duduk rumah ni. Huh!”marah Puan Farzana sambil tangannya menuam  pipi Farah yang kemerahan bagi mengurangkan kesakitan. Fida yang duduk ditepi sofa mendengar sahaja luahan hati ibunya.


Nur Adriana tahan nafas. Ayat bekas banduan itu menaikkan marahnya. Perempuan tu memang nak kena dengan aku! 



“Macam  mana Farah nak pergi kerja esok kalau pipi ni ada kesan merah? Farah malu tau! Kak Adriana tak patut tampar Farah tadi.”rengeknya kepada Puan Farzana. Fida menepuk perlahan badan adiknya agar menenangkan diri.

Sebagai kakak kepada Fida dan adik tiri kepada  Nur Adriana, dia tidak mampu berlawan  kata mahupun bertepuk tampar dengan kakak tirinya. Diaagak takut dengan kakak tirinya. Muka yang bengis menakutkan dirinya untuk berlawan kata dengan perempuan yang bernama Nur Adriana Binti Ahmad Jamil. Sesungguhnya perempuan itu amat ditakuti dari segi muka dan perawakan yang dibawa.

“Dahlah, Farah. Benda dah jadi pun. Mungkin dia tak sengaja tu.”pujuk Fida. Dia tidak mahu ayah tahu tentang perkara ini. Dia takut malam ini akan menjadi malam yang kacau-bilau. Dia balik rumah bukan untuk bertengkar tetapi untuk merehatkan diri dari tekanan kerja di kilang.

“Yang kau bela sangat perempuan sundal tu kenapa, Fida? Adik kau tengah sakit kan? Patut kau pertahankan adik kau, bukan membela perempuan tu.”bebel Puan Farzana dengan nada marah. Fida terdiam  manakala Farah mengiyakan apa yang ibunya katakan.

Nur Adriana mengepal penumbuk. Kegeramannya pada saat ini terserlah apabila perempuan tua itu memanggilnya perempuan sundal. Tadi perempuan tua itu panggil bekas banduantak sedar diri dan yang terbaru perempuan sundal. Aku memang tak boleh berdiam diri lagi ni. Perempuan tua itu harus aku senyapkan sekarang jugak!

Kakinya dihentak kasar diatas tangga membuatkan tiga beranak itu menoleh laju ke belakang.
Puan Farzana terkaku!

Farah tergamam!

Fida terkesima!

Tiga beranak kini dipersimpangan  dilema. Apa yang difikirkan Fida tadi akhirnya terungkap jua. Kakak tirinya datang dengan  mata yang membulat. Dia rasa takut yang amat sangat. Janganlah rumah ini berlaku pergaduhan!

“Wah…wah…wah!! Sedapnya bicara tiga beranak kat sofa ni.”sinis nada Nur Adriana diiringi tepukan di kedua belah tangannya. Dihampiri sofa tiga berangkai itu dengan pandangan mata yang menyeramkan.
“Kakak, saya mintak maaf.”Fida mula bersuara. Dia bangun dari sofa. Dia takut untuk bertembung mata dengan  kakak tirinya. Mukannya ditundukkan.

“Buat apa kau nak minta maaf  kalau kau tak buat salah? Kau pergi naik atas! Aku nak cakap dengan dua perempuan sundal tak reti bahasa ni.”jerkah Nur Adriana tanpa menghiraukan dua perempuan itu.

Puan Farzana dan Farah masing-masing berpandangan sesama sendiri. Mereka berdua tak sangka Nur Adriana memanggil mereka perempuan sundal. Maknanya perempuan ini tahulah yang mereka sedang bercakap mengenai dia.

Fida mengangkat muka. Kakak Adriana suruh aku naik atas?Aku tak salah dengar kan?

“Pergi cepat!”marah Nur Adriana lagi. Fida akur tanpa berkata apa-apa seraya dia berlari anak masuk ke bilik didepan ruang tamu itu.

Setelah Fida hilang dari pandangannya, dia merenung tajam  dua beranak itu sambil berpeluk tubuh.

“Dah puas korang cakap pasal aku?”pekiknya tanpa rasa takut. Perkataan saya tidak akan wujud lagi selepas ini. Peduli apa dia tu ibu tiri ke adik tiri ke…ada aku takut?

“Kau cakap aku pada mak tiri kau?”Ibu tirinya pula yang memekik. Tuam ais yang dipegang sedari tadi jatuh ke lantai. Namun, dia tetap bereaksi selamba.

“Kalau aku cakap ‘aku’ sekalipun, tak ada orang nak marah aku lah. Ayah aku belum balik dari surau lagi. Suka hati akulah nak panggil kau ke apa ke. Ada aku  kisah?”balasnya dengan kasar sekali.

“Kau ni, kenapa hah? Sedap-sedap je panggil mak tiri kau macam tu. Boleh beradab sikit tak?”celah Farah yang sejak tadi menahan diri untuk membalas kata diantara ibu dan perempuan itu.

“Huh! Dah pandai menjawab adik tiri aku ni.” Nur Adriana mencekak pinggang. “ Hoi, minah! Kalau aku lempang kau buat kali kedua, kau rasa kau dapat ke tak pergi kilang cabuk kau tu?Aku rasa kalau aku lempang kau, boleh tinggal kat wad hospital seminggu ni.”sambungnya lagi. Diakui dalam hati, antara dua adik beradik tirinya, Farah lah yang paling kurang ajar sekali jika bertembung muka dengannya berbanding Fida, yang lebih lembut dalam pertuturan.

“Kau berani lempang dia lepas ni, aku bagi tahu suami aku. Kau ingat aku takut dengan kau ke perempuan sundal?”Puan Farzana menyampuk.Gelaran perempuan sundal masih tidak lekang dibibirnya. Nur Adriana panas hati. Farah kagum  ibunya menyokongnya dari belakang.

“Wah! Nak bagi tahu suami kau? “Nur Adriana tergelak kecil. “Suami kau tu ayah aku. Dia akan  tetap sokong aku walau apa yang terjadi dan  kau jangan  ingat aku takut dengan  kaulah. . Kau pun apa kurangnya. Dasar perempuan perampas suami orang!”jawabnya angkuh.

Terbeliak mata Puan Farzana mendengar perkataan perampas itu. Dia kata aku perampas? Macam  mana dia tahu yang aku rampas ayah dia? Ada orang bagi tahu dia ke?detiknya dalam hati. 

“Kau jangan sesedap mulut cakap aku perampas. Karang tak pasal-pasal tangan aku yang naik kat muka kau!”

Nur Adriana mempamerkan pipinya.“Tamparlah kalau berani! Kalau kau tampar aku, aku cakap kat ayah pulak yang kau tampar aku.”

Puan Farzana terdiam mengetap bibir. Ya tak ya jugak kata perempuan ni. Kalau ada kesan kat pipi dia tu, suami aku tuduh aku yang buat dia. Baik dia jangan buat. Jika tidak, teruk padahnya!

“Takut ke? Haa..baru kau tahu kan langit tu tinggi ke rendah! Aku takkan sekali-kali biarkan kau rapat dengan ayah aku bila aku dah balik dari penjara ni. Ayah aku hanya untuk ibu aku…bukan untuk kau!”baru puas hatinya dapat mengenakan perempuan ini. Tanpa mempedulikan dua beranak itu, dia bergerak masuk ke dapur. Perutnya rasa lapar, tekaknya rasa kering.

“Ibu! Kenapa biarkan perempuan tu sesuka hati je melawan cakap ibu? Kalau Farah jadi ibu, memang Farah dah tampar terus muka dia. Biarlah ayah nak marah sekalipun, Farah tak kisah. Janji apa yang Farah nak, Farah dapat lunaskan.”bisiknya perlahan disisi ibunya.

Puan Farzana mengerling sekilas ke anaknya sambil hatinya dihela nafas panjang.

“Ibu tak boleh tampar dia terus, Farah. Ibu tak nak ayah marah ibu. Ibu sayangkan ayah.”balas Puan Farzana perlahan. Dia tidak boleh bertindak melulu terhadap anak tirinya itu. Dia perlu bersabar.
“Memanglah ibu sayangkan ayah tapi ibu kena fikir,  dia dah melanggar adat sebagai seorang anak tiri. Ibu sanggup ke dengar dia cakap kau, aku setiap hari bila ayah tak ada?”

“Ibu tak nak dengar apa-apa buat masa sekarang, Farah pergilah masuk tidur. Esok nak kerja kan?”Dia menukar topik. Alasannya mudah, tidak mahu memanjangkan isu ini lagi.

Tuam ais yang jatuh ke lantai tadi diambil semula lalu diserahkan kepada anaknya.

“Farah ambik ni, letak kat pipi. Biar dia kurang sikit rasa sakit tu. Kalau ais dah kurang, pergi ambik kat peti ais tu. Ibu nak tunggu ayah kat ruang tamu.  Pukul sembilan setengah kejap lagi ayah kau nak balik tu. Kau pergilah tidur.”

“Ibu ni. Farah tanya ibu tak nak jawab pulak.”rungutnya. Tuam ais dilekapkan ke pipi. Harap-harap kesan merah itu akan hilang. Dia tidak mahu diejek rakan sekerjanya terutama pekerja lelaki di kilang itu yang kebanyakannya suka mengusik pekerja perempuan.

“Aik,Tak habis lagi berbual dua beranak ni? Ingatkan mulut tu dah nak tak bercakap, rupa-rupanya masih aktif lagi mulut tu nak bercakap pasal aku?”sindir Nur Adriana setelah dia keluar dari dapur. Tangannya penuh membawa air fresh orange dan satu bungkus biskut oat crunch untuk dibawa ke dalam bilik. Nak makan kat ruang tamu ni, dua beranak tu tak habis-habis lagi berbincang. Baik dia masuk dalam bilik lagi bagus.

Farah ingin membalas balik kata-kata  kakak tirinya namun ibunya melarang untuk menuturkan sebarang kata, dia terpaksa mengalah.

Nur Adriana meniti anak tangga satu persatu. Matanya sempat mengerling ke belakang dengan cebikan perlahan.

“Huh, anak beranak sama je. Perempuan sundal! 

****
Seawal pagi lagi Datin Zafiah dan pembantu peribadinya, Madz Hazrul sudah terpacak didalam bilik yang menempatkan Zeril Iskandar. Mereka berdua datang kerana ingin memberi kepastian pad Zeril Iskandar mengenai pembedahan yang akan berlangsung dua hari lagi. Namun Datin Zafiah sedikit kesal, anaknya membantah sekeras-kerasnya pembedahan itu. Kata Zeril Iskandar, dia tidak suka pembedahan kerana takut akan kesan yang akan berlaku pada tubuhnya.

Dengan sikap Zeril Iskandar yang memprotes itulah yang membawanya ke doktor Wan Zubair. Mungkin dengan adanya doktor Wan Zubair, Zeril Iskandar akan patuh arahan tersebut dan melakukan pembedahan itu dengan rela.

“Dah puas saya pujuk dia, doktor Wan tapi dia masih macam tu jugak.”keluh Datin Zafiah setelah berapa kali memujuk anaknya untuk melakukan pembedahan namun ditentang habis-habisan.

“Datin kena usaha pujuk dia sampai dapat. Pembedahan untuk pesakit jantung seperti Zeril Iskandar memang tidak boleh ditangguhkan. Kami takut jantung dia akan bertambah teruk dan akan mengakibatkan kematian.”

Datin Zafiah terasa hendak menangis apabila doktor Wan Zubair berkata mengenai kematian. Dia tidak sanggup anaknya mati disebabkan sakit jantung! Tidak! Dia tidak mampu hidup tanpa Zeril Iskandar. Perginya Zeril Iskandar dalam hidupnya, gelap-gelitalah kehidupannya.

“Saya tak mampu memujuk keseorangan, doktor Wan. Jika boleh, saya perlukan doktor Wan turut serta memujuk anak saya supaya bersetuju untuk melakukan pembedahan ini.”

Wan Zubair mengeluh perlahan. Dia kena turut serta pujuk anak dia? Hesy! Dia manalah pandai pujuk-memujuk pesakit ni. Selalunya nurse yang akan menasihati pesakit sekiranya pesakit itu tidak mahu memakan ubat-ubatan yang disediakan doktor. Setakat memujuk tunangnya, dia mampulah. Nur Adriana tu, bukannya pandai bab pujuk-memujuk ni. Semuanya dia kena mulakan dulu.

“Saya sebenarnya tak pandai bab pujuk-memujuk ni, Datin tapi untuk menyelamatkan anak Datin, saya terpaksa lakukan.”

“Baguslah, doktor Wan. Mungkin bila Zeril Iskandar mendengar apa yang doktor Wan katakan,  sikap protes Zeril Iskandar akan hilang serta-merta dan dia akan setuju untuk melakukan pembedahan.”Datin Zafiah bersetuju dengan usul yang diberikan doktor Wan Zubair.

“Saya rasa ada baiknya jika saya yang bercakap sendiri dengan dia secara berdepan. Lagipun, saya belum kenal sepenuhnya Zeril Iskandar ini.”Dia cuba mencari jalan untuk bersemuka dengan Zeril Iskandar secara personal. Selalunya Prof.Dr.Azmi yang memeriksa dan merawat Zeril Iskandar. Dia belum mengenali Zeril Iskandar sepenuhnya.

“Memang bagus sangat, doktor Wan.

Datin Zafiah bersetuju dengan usul yang diberikan doktor Wan Zubair. Cakap secara direct dengan doktor lagi bagus. Memudahkan perbincangan diantara anaknya dan doktor Wan Zubair.

Harap-harap anaknya akan setuju dengan pembedahan tersebut. Amin!



BERSAMBUNG....;D









Tiada ulasan: