Wan
Zubair menonong masuk ke rumah tanpa mempedulikan ibu yang sedang bersandar di
sofa tiga berangkai itu. Dia letih untuk bercakap buat masa ini. Sengaja dia
pulang awal ke rumah untuk menangkan hatinya yang kusut dengan pertunan
“Zubair!
Duduk sini. Mama nak cakap sikit dengan kamu.”tegas suara ibunya, Puan Kamariah
Adnan memberikan arahan.
Terhenti
langkahnya. Dia berpusing badan menghadap ibunya. “ Apalagi, ibu? Zubair penat
ni.”jawabnya acuh tak acuh. Dia malas mahu duduk. Sesungguhnya, dia tidak betah
untuk berdiri lama di sini. Dia tahu ibunya akan membebel tentang dirinya yang
masih lagi tidak dapat melupakan Nur Adriana.
“Zubair
ada jumpa Nur Adriana ke tadi?”soal ibunya dengan wajah tegang. Wan Zubair
mengetap bibir. Terkaku dia di situ. Mana ibu dia dapat info ni? Hish.
Kusut…kusut.
“Ibu
tanya ni jawablah!”pekiknya. Sakit telinga Wan Zubair mendengarnya.
“Zubair
jumpa dia. Kenapa ibu tanya? Ibu tak suka ke Zubair jumpa dia semula?”dia
menjeling sekilas pada ibunya.
“Memang
ibu tak suka. Bukan setakat tak suka aje. Ibu benci tahu tak?!!”pekiknya lagi.
Lantang suaranya berbicara.
“Ibu
kalau nak cakap dengan Zubair, jangan jerit kuat sangat. Zubair tak
suka.”Tegurnya. Sikap ibunya yang suka memekik itulah yang paling dia tidak
suka. Dari dia kecil hingga masuk ke alam dewasa, ibu tetap menggunakan nada
yang sama ketika memarahinya. Sakit telinga dia mendengar. Itu yang dia malas
mahu mendengar bebelan ibunya.
“Ibu
peduli apa! Janji hati ibu puas. Dah terang-terang perempuan tu curi duit
syarikat, kamu masih lagi nak berkawan dengan dia.”rengusnya.
“Dia
bukan kawan, ibu. Dia tunang Zubair.”katanya perlahan. Walaupun Nur Adriana
sudah menegaskan bahawa mereka sudah putus tunang, dia tetap tidak mahu
memutuskan pertunangan itu.
“Huh,
tunang? Kamu gila ke apa? Dia bukan tunang kamu. Dia bekas tunang kamu!” Wan
Zubair merenung tajam ibunya. “ Dia masih tunang Zubair. Ibu tak boleh
menindakkan perhubungan kami.”
Tiba-tiba
Puan Kamariah Adnan ketawa besar. “Tunang Zubair? Huh! Dah putus tunang pun
masih nak anggap dia tunang?”
Sekali
lagi Wan Zubair terkaku. “Siapa beritahu ibu yang kami dah putus tunang?”nak
kata ayah Nur Adriana, tidak mungkin. Ketika dia berada di rumah Nur Adriana
pagi tadi, kelibat bakal ayah mertuanya langsung tidak kelihatan.
Takkan
ibu tiri Nur Adriana yang cakap kut?tekanya dalam hati.
“Tak
ada siapa-siapa yang beritahu kamu berdua dah putus tunang. Ibu yang
putuskan sendiri pertunangan kamu
berdua.”katanya dengan angkuh sekali.
Beg
bimbitnya digenggam kuat. Bibirnya bergetar. “Apa yang ibu cakapkan ni? Ibu
putuskan pertunangan kami berdua? Sejak bila?” bertubi-tubi soalan ditujukkan
pada ibunya. Dia rasa mahu menangis di situ juga.
Puan
Kamariah tersenyum sinis. “Sebelum dia masuk penjara lagi ibu dah putuskan
pertunangan kamu. Jangan cakap sebab apa ibu putuskan.”balasnya dengan nada
angkuh.
“Sampai
hati ibu buat Zubair macam ini. Sampai hati, ibu!!”dia pula yang menjerit
kearah ibunya. Dengan pantas, dia naik ke bilik. Fikirannya kusut.
Puan
Kamariah tersenyum kemenangan. Akhirnya anaknya dapat tahu jugak pertunangan
mereka yang lama terputus. Selepas ini, dia berharap agar nama Nur Adriana
tidak akan meniti dibibir anaknya.
Bencinya
dia pada perempuan banduan itu.
*****
Nur
Adriana bangun dari tempat sembahyangnya. Walaupun kurang selesa sembahyang di
atas lantai tanpa dibentangkan permaidani, dia gagahkan diri untuk bersolat
jugak di sini. Dia membuka telekung dan diletakkan di lengan. Selepas ini, dia
akan memulangkan semula kepada surau.
“Awak,
dah habis solat?”wajahnya dipalingkan kearah Zeril Iskandar. Dia terkedu. Zeril
Iskandar menitiskan airmata! Apa dah jadi pada lelaki ini? Apa yang membuatkan
dia bersedih?fikirannya sarat dengan persoalan. Dia jatuh kesian pada lelaki
ini. Mesti ada sesuatu yang buat dia menangis.
“Awak
tak apa-apa ke?”tanya dia dengan riak risau. Nak sentuh bahu lelaki itu untuk
memberi kekuatan, dia tiada daya. Islam mengharamkan lelaki dan perempuan
bersentuhan.
Sendu
suara Zeril Iskandar membuatkan dia bertambah gelisah. Awak jangan menangis.
Cuba luahkan pada saya apa yang buat awak bersedih? Saya sedia
mendengar.”ujarnya.
“Saya
takut,”ujar Zeril Iskandar. Sendunya makin kuat.
“Shh…awak
jangan menangis. Kalau awak tak bercerita pada saya, manalah saya tahu apa yang
tersirat dalam hati awak. Tiba-tiba awak menangis tanpa beritahu perkara
sebenar mestilah saya hairan. Cerita pada saya. Saya akan dengar luahan hati
awak.”jawabnya. Dia bersedia mendengar segala-galanya dari mulut lelaki ini.
“Saya
dapat rasakan yang saya tak akan melihat dunia hari esok.”Nur Adriana mengeluh.
Itu ke yang Zeril Iskandar hendak luahkan padanya?
“Awak
cakap apa ni?”Nur Adriana mula berang. “Awak jangan fikir negatif, boleh tak!
Esok awak akan jalani pembedahan dan awak kena tanamkan sikap positif dalam
diri awak supaya awak akan sembuh dan menjalani kehidupan luar seperti biasa.”
“Saya
takut sangat. Mana tahu ini kali terakhir saya berjumpa awak.”sayu suaranya.
Nur
Adriana mengeluh. Zeril Iskandar ni berminat dengan dia ke? Ayat yang diterima
sebelum ini jelas menunjukkan lelaki ini mempunyai minat terhadapnya. Entahlah,
dia rasa pelik dengan gelagat lelaki ini apabila berhadapan dengannya.
Mengada-ngada dan suka mengusiknya. Dia suka dengan sikap Zeril Iskandar
sekarang tapi hatinya belum dapat terima lelaki seperti ini. Dia tidak layak
untuk didampingi lelaki baik. Sikap kasarnya telah diketahui Wan Zubair dan
kini dia dibenci oleh bekas tunangnya. Apa boleh buat, semuanya telah
ditentukan qadak dan qadar. Kita mampu merancang, Allah yang menentukan.
“Saya
tak layak nak marah awak. Saya boleh tegur aje. Awak menangis keluar airmata
darah sekalipun, awak tetap kena menghadapi kenyataan yang esok awak akan buat
pembedahan tu jugak. Dahlah, jangan menangis. Nanti Prof. masuk dia tengok awak
nangis mesti dia gelak kat awak.”
Zeril
Iskandar mengesat airmatanya. Dia merenung wajah perempuan yang mendapat tempat
dihatinya. “Awak temankan saya masa pembedahan tu nanti, boleh? Saya perlukan
semangat awak. Perasaan takut saya akan hilang apabila saya tengok muka awak
kat depan saya.”
Nur
Adriana panggung kepala. Kata hatinya memang tak silap lagi. Zeril Iskandar
memang ada hati padanya.
“Awak
suka kat saya ke?”dia merenung dalam wajah lelaki itu. Meminta kepastian
tentang apa yang Zeril Iskandar katakan tadi.
Zeril
Iskandar mengetap bibir. Perlukah dia menjawab pertanyaan itu? Hesy! Tak
boleh…tak boleh. Dia perlu pendam perasaan suka itu dulu. Hendak khabarkan
sekarang dia takut Nur Adriana akan lari meninggalkan dia. Bukan senang nak
berjumpa dengan perempuan ini.
“Mana
adalah.”tepisnya laju. “Saya cakap macam tu pun awak kata saya suka kat awak?
Merepeklah awak ni.”tingkahnya.
“Habis
tu yang awak beria-ria nak sangat saya teman awak sampai masuk dalam bilik
pembedahan tu kenapa? Awak ingat pelawat dibenarkan masuk ke dalam bilik tu?
Tak boleh tau!”rengusnya.
“Saya
nak awak temankan aje. Bagi semangat pada diri saya.”
“Panggil
ajelah mama awak tu jadi ‘semangat’ awak.
Saya nak jadi ‘semangat’ awak buat apa pulak? Saya takde kaitan dengan
awak tau.”cebiknya.
“Awak
akan ada kaitan dengan saya selepas ini.”ucapnya penuh perasaan.
Nur
Adriana mendengus geram. “Merepek! Saya tak nak ada kaitan dengan awaklah. Awak
ni ada-ada ajelah. Kalau suka kat saya, cakap ajelah. Tak payah nak selindung.”
“Saya
nak jadikan awak sebagai penjaga khas saya selepas saya tamat jalani
pembedahan. Itu pun kalau awak tak keberatan.”Nur Adriana tersentak. Penjaga
khas? Dia jadi penjaga khas Zeril Iskandar?
“Penjaga
khas? Eeii..tak naklah saya.”dia mengelat. “Kalau awak nak, awak ambik aje orang
gaji kat rumah awak tu. Kan ramai?”ujarnya sinis. Zeril Iskandar kan orang
kaya, mestilah ramai pembantu rumah. Nak jadikan dia pembantu rumah buat apa?
Dia bukannya ada asas nak ‘menjaga’ orang pun. Diri sendiri pun tak terjaga!
“Awak
dah hampakan hati saya.”lirih suaranya.
Nur
Adriana hairan. “Eheh. Apa pulak saya hampakan hati awak? Saya cakap secara
jujur. Awak mesti ada ramai pembantu rumah kan? Pilihlah ajelah. Tak payah
ambik saya. Saya takde basic pun dalam menjaga orang ni.”
“Tapi
saya perlukan awak. Awak jadilah penjaga khas saya. Saya janji saya akan
naikkan gaji awak.”pintanya dengan tulus.
Nur
Adriana mengeluh. Perlukah dia menerimanya? Dia buntu. Zeril Iskandar terlalu
berharap padanya. Dia seboleh mungkin ingin jauhkan diri pada lelaki ini.
Tetapi, semakin dia menjauhkan diri, semakin rapatlah dia pada Zeril Iskandar.
Sekarang
ini, dia tidak mahu memberikan sebarang jawapan. Biarlah jawapan itu dibiarkan
sepi. Apa yang penting, dia perlu memulangkan telekung yang dipinjam tadi. Tak
pulangkan nanti, orang lain tak dapat nak guna pulak. Dia bangun dari kerusi.
“Beri
saya peluang untuk membuat keputusan. Saya nak pulangkan telekung ni kejap.
Awak rehatlah.”katanya perlahan. Dia terus keluar dari bilik itu tanpa
memandang muka lelaki itu.
Zeril
Iskandar tertunduk bisu. Sampai hati Nur Adriana tidak memberikan jawapan yang
diharap-harapkan. Adakah dia terlalu mendesak Nur Adriana sehingga perempuan
itu berlalu begitu sahaja.
Please,
Nur Adriana! Jadilah penjaga khasku…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan