Khamis, 9 Mei 2013

BAB 35 Pulanglah Padaku



Kau ni kenapa hah? Dah buang tebiat ke apa?” Dhia menjengilkan mata tatkala sahabatnya itu masih tidak berpaling dari melihat dirinya.
            “Aku cuma meluah rasa dan kau tak payah nak takut sangatlah kan kalau aku cakap macam tu. Better kau jauhkan diri daripada abang aku. Korang tak ada ikatan persahabatan pun, tak payahlah sampai nak rapat sangat kan?” sindir Rayyan Zikri. Jelas nada cemburu kelihatan di wajahnya.
            “Biarlah dia nak dekat dengan aku…yang kau susah hati, kenapa?”tempelak Razree yang tiba-tiba muncul dari belakang Dhia.
Dhia yang kelihatan takut-takut itu terus berlari anak dan menyorok di belakang abang Razree sebaik sahaja lelaki itu tiba di depan mereka berdua.
Rayyan Zikri tersentap. “Dia sahabat Ray, salah ke Ray rapat dengan Dhia, abang?”
“Memang salah!”balas Razree tanpa perasaan bersalah. “Dan kenapa kau mesti sentuh teman wanita aku hah?”marahnya lagi.
Rayyan Zikri terpaku. “Err…teman wanita? Dhia teman wanita abang?” tergagap-gagap dia menjawab. Soalan abangnya diketepikan. Dia mencari-cari anak mata Dhia untuk memberi penjelasan namun dia hampa kerana sahabatnya langsung tidak memandang wajahnya.
“Ya, Dhia teman wanita aku dan dia juga bakal isteri aku!”jawab Razree dengan nada tegas dan sedikit bangga. “Kau jangan sesuka hati nak sentuh dia, faham?!”sambungnya lagi.
Rayyan Zikri mengetap bibir menahan rasa sebak di hati. Riak wajahnya bertukar muram. Tanpa berbalas kata dengan abang Razree yang sedang merah padam menahan marah, dia merenung Dhia yang masih bersembunyi dibelakang badan abangnya.
“Dhia, aku tak sangka kau bercinta dengan abang aku. Aku betul-betul tak sangka begitu cepat kau dapat pengganti Muzaffar.” Dhia mengangkat muka. Mata mereka bersatu.
“Tapi satu aje yang aku harapkan dari kau Dhia…”kata-katanya terhenti di situ. Dia tahu kemarahan abangnya pasti menggelegak mendengar kata-katanya yang boleh membuatkan cemburu membuak di dada.
Mata Dhia tidak lepas dari memandang wajah sahabatnya. Dia menanti kata-kata seterusnya dari Rayyan Zikri.
“Jangan tinggalkan aku…”sambung Rayyan Zikri dengan wajah yang penuh pengharapan.
Dhia tunduk merenung batu-batu kecil di bawah kakinya. Perasaannya jadi tidak menentu ketika ini. Rasa bersalah mencengkam diri tatkala sahabatnya mengungkapkan kata-kata ‘hikmat’ itu. Jiwanya jadi tidak tenteram.
Razree mula naik angin. Matanya membulat. “Kurang ajar punya lelaki! Nak berjiwang pulak kat sini dengan awek aku. Ambik kau!”
Satu tamparan kuat tepat mengena pipi adiknya. Rayyan Zikri mengaduh kesakitan. Sesedap hati dia saja mahu berkata sedemikian rupa. Sudah terang lagi bersuluh dia ada didepan mata, lagi mahu mengungkapkan kata-kata ‘jiwang’ itu kepada Dhia.
Rayyan Zikri tidak membalas sebaliknya dia tersenyum sinis. “ Sekali lagi Ray kena tampar oleh dua insan yang ada hubungan dalam hidup Ray. Takpe, ada budi ada balas, insyallah Ray akan balas.”
Razree mengepal penumbuk sementara Dhia menahan teman lelakinya daripada membuat perkara yang tidak dijangka.
“Ray rasa nak mintak diri dululah. Datang sini ingatkan dapat ambil baju berapa helai untuk tidur kat rumah kawan tapi nampaknya tak jadi pula. Okeylah…bye!”katanya dengan nada suara yang kendur. Biarlah mereka berdua tidak mahu berbalas kata dengannya, dia tidak kisah.
Tubuh badannya berpaling semula ke garaj pintu. Dengan hati yang hiba, dia melangkah pergi meninggalkan insan penting di dalam hidupnya tanpa mengambil baju di dalam biliknya. Walaupun kakinya sakit akibat menendang dinding di belakang rumah nenek namun dia tahan! Dia terpaksa bertahan supaya kakinya yang sakit tidak dilihat mereka berdua.
            Razree dan Dhia hanya memandang sepi pemergian Rayyan Zikri. Jika itu yang terbaik buat nenek, biarlah Rayyan Zikri ‘menumpang’ di rumah kawan sementara waktu. Itu lebih baik dari membuat nenek bertambah sakit kepala. Takut nenek pengsan sekali lagi dan tidak pasal-pasal penampar buat kali kedua akan singgah di pipi Rayyan Zikri pula!
*****
Rayyan Zikri datang ke rumah rakannya iaitu Adam Muhammad, yang merupakan teman lelaki kepada Natasha, kawan baik teman wanitanya. Dia menelefon sebelum sampai dirumah lelaki itu. Mana tahu lelaki itu keluar dan balik sehingga lewat malam, tak pasal-pasal dia kena menunggu lama didalam kereta.
Mujur rakannya itu tidak keluar kemana-mana hari ini. Ada peluanglah dia berehat di rumah rakannya itu.
Sorry lah bro, aku terpaksa menumpang kat rumah kau dalam sehari dua ni. Kau tak kisah kan?”kata Rayyan Zikri sebaik sahaja dia menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah rakannya.
Adam Muhammad yang teragak-agak untuk memberi Rayyan Zikri tinggal bersamanya terpaksa mengalah kerana dia tahu rakannya itu dalam keadaan berduka. Dia tahu Rayyan Zikri berduka. Lihat dari riak wajah rakannya yang sedikit kusam itu sudah boleh diagak.
“Aku tak kisah! Asalkan kau selesa duduk kat rumah aku ni. Rumah aku takdelah selesa macam rumah nenek kau. Are okay with that?”tanya dia sambil mempelawa Rayyan Zikri naik ke tingkat atas.
Sure. I’m okay with that. Lagipun aku tak kisah rumah kau macam ni. Bagi aku okey aje.” ini kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah Adam Muhammad.
Dia melihat keadaan bilik rakannya yang tidak seperti biliknya yang berkali-kali ganda lagi besar berbanding bilik ini yang tampak kecil dimatanya.
“Asalkan kau jangan komen kat aku pulak kalau ada bau ‘sensitif’ kat dalam bilik ni.” perli Adam Muhammad. Dia tahu Rayyan Zikri amat sensitif tentang bau-bauan ini.
Rayyan Zikri tergelak kecil. “Kau ni, aku okey lah. Kau jangan risau. Perfume aku dah siapkan dalam poket aku awal-awal.” dia membalas dengan menepuk bahu rakannya.
Kali ini Adam Muhammad yang tergelak kecil. “Kau ni ada-ada aje. Ohh ya, kau tak ada baju nak pakai kan? Apa kata kau pinjam aje baju aku? Lagipun bentuk badan dan tinggi kau hampir sama dengan aku.”
“Good idea! Aku tak sempat tadi nak beli baju kat shopping complex. Nanti kau bagilah berapa helai baju dan seluar. Aku nak mandilah. Dah melekit badan aku kena peluh kat rumah nenek tadi.”
“Bagus jugak tu. Kejap, aku pergi ambil baju dan seluar untuk kau. Kau tunggu dalam bilik ni. Aku pergi bilik aku kat sebelah.”Adam Muhammad tergesa-gesa masuk ke dalam biliknya yang terletak bersebelahan sahaja dengan bilik tetamu.
Rayyan Zikri mengangguk kemudian keatawa kecil dengan telatah rakannya. Dia kembali memandang persekitaran yang terdapat di bilik yang bakal menjadi tempat tidurnya pada malam ini. Penat berdiri, dia duduk diatas katil yang bersaiz sederhana itu.
Sedang ralit memerhatikan apa yang ada di dalam bilik tetamu ini, dia dihidangkan dengan sesuatu yang membuat mukanya bertambah keruh. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang ini! Apakah benar dia telah ditipu oleh kekasih hatinya?
Dia bangun sesaat dan mengambil kad jemputan yang terletak elok diatas laci sebelah katil. Kad jemputan itu diambil lalu dia merenung tajam setiap kata-kata yang terdapat didalam kad itu.
Adalah dengan ini kami dengan sukacitanya mengajak
Adam Muhammad dan Natasha
Untuk ke majlis jamuan Hi-Tea di kelab Golden Sun pada
Hari Ahad ini.
Nur Imani, penyanyi dari Kelab Golden Sun akan menghiburkan anda dengan lagu-lagu yang terbaik. Jangan lupa datang tau!!

Dia bagaikan tidak percaya dengan semua ini! Bagaimana seorang gadis yang boleh dikategorikan bersopan-santun dalam berpakaian bekerja di sebuah kelab? Dia tidak sangka. Diam-diam Nur Imani berisi! Dia tidak sepatutnya mempercayai gadis itu bulat-bulat.
Patutlah bila dia mengajak gadis itu, dia tidak mahu keluar. Pelbagai alasan diberikan Rupa-rupanya ada udang disebalik batu!
 Direnung semula gambar yang berada di bahagian centre kad jemputan itu. Kebencian pada wujud pada gadis yang bernama Nur Imani. Sepatutnya gadis ini ditikam dengan pisau Rambo agar tidak wujud di dunia ini. Baru puas hatinya!
Kad jemputan itu diletakkan dengan kasar di atas laci itu. Dia menarik nafas panjang. Perasaannya perlu dikawal sebaik mungkin.
“Ray, ni baju kau.” Tidak sampai lima minit, dia masuk ke dalam bilik tetamu namun dia terpempam melihat aksi Rayyan Zikri yang sudah berubah riak wajah.
“Ray, kau kenapa?” dia berjalan berapa langkah sebelum dia duduk bersebelahan dengan rakannya.
“Kau pernah menipu aku tak sebelum ni?”sol Rayyan Zikri dengan mengangkat kening kirinya. Dia sengaja mahu menduga rakannya itu.
Riak wajah Adam Muhammad pula yang berubah secara drastik. “Kau cakap apa ni? Aku tak jelaslah dengan soalan kau.”katanya dengan sedikit teragak-agak.
Rayyan Zikri memegang bahu kanan rakannya yang seakan gelisah dengan pertanyaan spontannya. “Calm down, my friend…aku tanya aje, kenapa kau nampak susah hati?”
“Aku bukan susah hati tapi aku pelik dengan pertanyaan kau bila aku masuk sini. Kau nak cakap apa sebenarnya?”Adam Muhammad masih dengan perasaan gelisahnya.
Rayyan Zikri tersenyum nipis. Dia tahu rakannya tidak berapa memahami pertanyaannya. Mungkin dengan menunjukkan kad jemputan yang dibaca tadi mungkin lelaki disebelahnya akan dapat lebih memahami.
Kad jemputan diatas laci itu diambil semula dengan gaya selamba dan diberikan kepada Adam Muhammad. Dia mengerling sekilas ke wajah rakannya yang tampak terlebih gelisah dengan kad yang dia berikan kepada lelaki itu.
“Err…mana kau dapat kad ni?” terketar-ketar bibir Adam Muhammad membalas. Macam mana dia boleh salah letak kad ini?monolognya dalam hati. Ingatkan kad jemputan ini disimpan didalam biliknya. Habislah dia, Natasha dan Nur Imani kali ini…rahsia dah terbongkar!!
Rayyan Zikri ketawa sinis. “Kau tanya mana aku dapat? Aku dapat kat atas laci ini aje. Takkan sebelum aku sampai rumah kau, kau tak tengok kad jemputan ni dulu hmm? Tak sangka aku ada kawan yang pandai menipu dalam diam. Hebatlah kau! ”dia menepuk kedua-dua belah tangannya.
Adam Muhammad terdiam. Tangannya menggigil memegang kad jemputan itu. Apa yang dia harus katakan pada Rayyan Zikri supaya dia dimaafkan atas kesalahan menipu terhadap rakan sendiri?
“Ray, maafkan akulah sebab menipu kau. Aku terpaksa men…”kata-katanya terhenti di situ apabila Rayyan Zikri menunjukkan jari telunjuk tepat di depan matanya.
“Aku takkan maafkan kau. Aku takkan maafkan kau selagi Natasha dengan Nur Imani tak berterus-terang kepada aku. Ahad ini aku nak kau ajak aku pergi kelab tu. Aku nak tengok sejauh mana kehebatan Nur Imani dalam nyanyian. Jangan sekali-kali bagi tahu diorang, faham? Kalau aku dapat tahu, nahas kau aku kerjakan.”ugut Rayyan Zikri
“Sekarang ni aku tak nak marah kau. Baju yang ada kat tangan kau tu bagi pada aku. Aku nak mandi. Panas membahang dalam badan aku ni!”balasnya dengan sinis sekali. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air dengan kaki yang terjingkit-jingkit.
Adam Muhammad terpaku di atas katil tanpa sebarang jawapan dan balasan. Dadanya seakan mahu pecah mendengar ugutan daripada rakannya. Biarlah dia mendiamkan diri dulu. Dia tidak mahu Rayyan Zikri memukulnya.
Panas membahang yang dimaksudkan adalah kemarahan yang memuncak terhadap tiga insan yang berani menipunya dalam diam. Siapa lagi kalau bukan Adam Muhammad, Natasha dan kekasihnya…Nur Imani?
Layakkah Nur Imani dipanggil kekasih selepas ini?
Rasanya tidak layak lagi kut! Cukuplah setakat ini…

5 ulasan:

Nana Mohd Yasin berkata...

aih....ramalanku benar belaka, razree di bakang....
amek kaw....sedas..dh peluk awek
org berjiwang plak....

sian pulak ray, kaki sakit, hati sakit, jiwa kacau.
dh la kaki berdarah, kna lempang
double, kna tipu awek lagi....
ish3.. sudah jatuh ditimpa tangga
dipatuk ayam dan diberakkan lagi..

kita tgk lepas ni sape lak yg kena
hahahaha....

best giler..... :D

Unknown berkata...

teerrrrbaik pnya KOMEN!! haha

Kesian ni EYA sian kat RAYYAN aje..
mmg dia btul2 kesianlah...eya ttp nakkan d jadi HERO cite ni..x kira!! hehe

Nana Mohd Yasin berkata...

uwaaaaa......
meratap sedey jap,
slamat jalan razree.......
tp nk out of list kn razree,
jgn lh truk sgt ekk....
cian dia....encem tuh.....

yg beno nye, bukan sedey apa la sgt,
sbb encem sgt kna reject, tu aje....

lps ni angkat razree for next hero ekk........ ;)

terbaikk......

Nana Mohd Yasin berkata...

tgk sampai gambo pn dh tukar jadi
loving bird,
mood romantic punya pasal...
hahahahaha...

hatiku kau guris luka.....
ni ayat razree...ke rayyan????
ah.....kompius....
wakakakaka....

Unknown berkata...

xmo rayyan jd hero.baran xbertempat.smbg lg ye