Jumaat, 1 Mac 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 16




“Adriana, Farah, Fida! Kamu buat apa dalam bilik tu? Meh sini makan dengan ayah.”jerit Ahmad Jamil apabila melihat ketiga-tiga anaknya tidak kelihatan di meja makan. Isterinya sedang sibuk mengukus kuih talam di dapur.Hendak mengajak makan sekali, dia takut tempahan itu lambat hantar pulak.Lagipun yang order kuih dari isterinya kejap lagi nak sampai.Tidak sampai hati nak mengajak isterinya makan sekali.Biarlah isterinya habis kerja dulu.

“Ya, ayah. Fida keluar ni.”jawab Fida yang tergesa-gesa keluar dari biliknya. Hari ini dia tak boleh lambat ke kilang.Bosnya akan datang untuk memeriksa pekerja-pekerja yang bekerja di bahagian kilang.

“Aik, Fida. Yang kamu tergesa-gesa ni dah nak pergi kerja ke? Awal lagi kan kilang bukak?”Ahmad Jamil tersenyum melihat anak tirinya yang sedikit kelam-kabut itu keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Dengan beg sandang yang terletak elok diatas bahu, dia rasa mungkin anaknya ada perkara penting di kilang.

“Hari ni bos Fida nak datang kat kilang. Itu yang kena datang awal. Fida nak kena bantu kawan-kawan Fida yang lain bersihkan apa yang patut.”balasnya sambil mengambil cawan yang tertangkup diatas piring bulat. Jag yang mengandungi air teh susu itu dituangkan ke dalam cawan lalu dihirup perlaha-lahan.

“Farah tak bangun lagi?”tanya Ahmad Jamil setelah menyedari anak tiri yang bongsu itu tidak keluar dari bilik Fida.

Fida terdiam. Dia tidak tahu nak menjawab apa. Sepatutnya Farah mengikutnya pergi kerja bersama namun pasal semalam ditampar kakak tirinya, adiknya terpaksa cuti.

“Farah batuk, bang. Dia tak pergi kerja hari ni.”sampuk Puan Farzana yang tiba-tiba datang ke meja makan membawa baki kuih talam yang disediakan tadi. Diletak cermat diatas meja.

Tersekat kerongkong Fida apabila mendengar ibunya berkata begitu. Dia rasa Farah okay je dalam bilik tadi. Siap tidur terlentang lagi.Nak kata batuk, tak ada pulak. Ish! Ibu ni memang suka kelentong ayah.
“Dah siap kerja awak kat dapur tu? Diaorang datang pukul berapa?”soal Ahmad Jamil sambil menghirup air teh susu ditangan.

“Saya rasa diorang tak datang kut, bang. Katanya ada kerja sikit kat dewan muafakat tu.Nak buat persediaan untuk tetamu yang hadir.Abang hantarkan boleh?Nak harapkan saya, jangan haraplah. Saya tak pandai nak bawak motor.”usul Puan Farzana kepada suaminya.

Ahmad Jamil tersentak. Orang yang tempah tu tak datang?Aduhai…baru nak berehat lepas ni.keluhnya dalam diam.

“Kejap lagi saya hantarlah.”katanya perlahan. Cawan yang dipegang diletakkan kembali ke atas meja.
Fida yang sedari diam dari tadi mencelah. “Ibu, ayah. Fida nak pergi dululah. Dah lambat ni. Takut terlepas bas pulak.”Dikemaskan baju kilangnya yang berwarna biru itu sebelum menyalami kedua-dua ibu bapanya.
“Eh, kamu tak naik kereta kak Adriana ke? Bukan ke selalu kamu bawak pergi kerja?”Ahmad Jamil baru terperasan yang hari ni Fida tidak mengambil kunci kereta Myvi milik Nur Adriana yang tersangkut elok di dinding putih bersih itu. Biasanya, Fida yang sering membawa kereta Myvi itu ke tempat kerja semenjak Nur Adriana dimasukkan ke penjara.

“Takpelah, ayah. Bila kakak Adriana dah balik rumah ni, saya seganlah nak guna kereta dia lagi. Biarlah saya berdikari naik bas.”

“Apa pulak nak disegannya? Kakak kamu jugak kan? Guna je. Nanti bila kak Adriana dah turun bawah nanti, pandai-pandailah ayah cakap dengan kakak kamu tu.”pujuk ayahnya.

Fida terharu. Bertuah dia dapat ayah tiri yang memahami.Harap kak Adriana tak memaki hamun dia bila balik nanti. Guna kereta orang tapi tak beritahu pemilik kereta tu yang kita nak guna, siapa yang tak marah kan?

“Baiklah, ayah. Fida pergi kerja dulu la. Jammed pulak nanti highway tu. Ayah jangan  lupa cakap dengan kak Adriana ye.”pesan Fida sebelum dia mengambil gugusan kunci kereta yang tersangkut elok di dinding dan melangkah keluar dari rumah. Dia pergi dia senang hati. Ayah ada untuk pujuk kak Adriana, jadi dia tak perlulah susah hati lagi.

***
“Huargh!!Mulut Nur Adriana terbuka luas saat bangun dari tidur.Mengantuk tak hilang lagi gamaknya.Tapi dia terpaksa bangun.Dia perlu menunjukkan diri pada ayah dan ibu tiri tak guna tu yang dia sudah berubah. Peraturan yang diamalkan dari penjara akan digunakan sebaik-baiknya setelah keluar dari penjara. Bangun awal, sembahyang kena jaga, sikap kena control apabila berdepan dengan orang. Haa! Sikap kena control tu akan berlaku apabila di berdepan dengan ayahnya dan orang yang baik dengannya sahaja. Manusia yang bertalamkan dua muka seperti ibu tirinya dan dua anak dia yang lain tu, sikapnya tidak akan berubah malah sikapnya menjadi lebih teruk berbanding asal.

Kain tuala diambil ditempat gantung belakang pintu lalu disangkut ke bahu.Malas betul nak mandi tapi dia terpaksa gagahkan jugak. Dia mahu nampak segar.

Kakinya melangkah ke bilik air yang berada berdekatan dengan katilnya.Baru hendak masuk, dia teringat sesuatu. Fida dengan Farah pergi kerja waktu macam ni kan? Dia dah mula takut.Takut ayahnya dapat kesan perubahan pada muka Farah.Mintak-mintaklah Farah dapat bagi alasan yang logik sikit.

Diorang dah pergi kerja ke?omelnya perlahan. Tadi dengar suara Fida.Suara Farah pulak dia tak dengar langsung. Farah cuti ke hari ni? Sebelum dia mandi, dia kena siasat dulu samada diorang adik beradik tu dah pergi kerja ke belum.Lantas, dia keluar tanpa belum sempat membersihkan badan.

Tanpa turun ke bawah, dia melihat ayahnya sedang enak menjamu selera ditemani isteri tersayang di meja makan.Eeii..apa yang dia melalut ni. Isteri tersayang? Jangan haraplah perempuan tu nak jadi isteri tersayang. Isteri perampas adalah!

“Ayah!”Nur Adriana bersuara riang.

Ahmad Jamil yang sedang asyik menjamah kuih talam buatan isterinya berpaling ke belakang tatkala suara anak perempuannya kedengaran di corong telinga. Puan Farzana turut sama menoleh tetapi hanya seketika. Dia benci untuk mendengar suara itu.Baik dia makan lagi bagus.

“Haa, anak ayah! Baru bangun? Ayah panggil Adriana tadi suruh keluar makan sama dengan ayah. Adriana buat apa kat dalam tu?”

Huh! Mestilah tidur terbongkang dalam bilik tu.jawab Puan Farzana dalam hati.Dia mencebik dalam diam.

“Adriana baru bangunlah ayah. Lepas ni nak mandi pulak. Fida dengan Farah mana, ayah?”Sebetulnya dia bukan hendak berbicara terlalu lama dengan ayahnya tetapi dia hendak siasat betul ke tak diorang dah pergi kerja.

“Fida dah pergi kerja. Farah pulak cuti hari ni.”jawab Ahmad Jamil dengan senyuman manis. 

“Farah cuti? Dia tak sihat ke?”tanya Nur Adriana. Dia mengangkat kening.

“Ibu kata Farah batuk. Tu yang tak pergi kerja hari ni.”

Nur Adriana memandang ibu tirinya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Huh! Tak sangka perempuan tak guna tu tipu ayah dia. Pandai betul dia cari jawapan munasabah.

Puan Farzana perasan Nur Adriana memandangnya namun dia tidak menghiraukan pandangan itu.Dia makan dengan selamba.Mukanya ditundukkan sedikit.

“Ayah, Adriana mandi dululah. Badan dah bau busuk.”guraunya. Dia cuba menukar topik untuk masuk ke dalam dan mandi. Fida dah pergi kerja, Farah tinggal kat rumah.Dapatlah dia bersemuka dengan dua beranak itu.

“Pergilah. Kejap lagi turun makan ye. Ibu kamu masak kuih talam sedap tau!”puji Ahmad Jamil. Puan Farzana tersenyum senang.Suaminya puji kuih talam dia sedap? Wow! Ini yang buat hati dia kembang setaman ni.

“Tengok dululah macam mana. Adriana tak suka sangat kuih talam ni. Bila makan, rasa macam jadi talam dua muka pulak. Kat luar baik, kat dalam…masyaallah!”guraunya lagi. Direnung ibu tirinya sekali lagi dengan cebikan dibibir.

Senyuman gembira atas pujian suaminya mati tatkala perempuan itu menyebut talam dua muka. Hesy! Ada jugak yang kena hempuk dengan lesung batu perempuan ni. Memandai aje cakap kuih ni bila makan macam talam dua muka.rungut Puan Farzana dalam hati.

“Apalah anak ayah ni. Dahlah…pergi mandi.Nanti turun makan tau.Ayah nak siap pergi hantar kuih kat dewan muafakat. Ada mesyuarat kat sana.”Ahmad Jamil bangun dari tempat duduk manakala Puan Farzana masih setia duduk disitu.Dia perlu bersiap.Jubah putih yang dipakai perlu ditukar.Takkan nak pergi hantar kuih pakai jubah putih pulak?Nanti kotor pulak baju dia. Baik dia menukar baju yang lebih ringkas supaya lebih senang bergerak.

Nur Adriana mengangguk faham.Dia terus masuk ke biliknya tanpa berkata apa-apa.Baik dia mandi dari tengok muka perempuan tak guna tu.

***
Didalam bilik kecemasan, Wan Zubair berdiri disisi Zeril Iskandar yang sudah boleh bangun tanpa dibantu orang lain. Cuma untuk berjalan, langkah Zeril Iskandar masih lemah.

“Kau kenal aku lagi kan Zeril Iskandar?”



“Takkan aku tak kenal kau. Kau kan doktor yang rawat aku selama aku sakit ni.” Pandang Zeril Iskandar dengan ekor matanya.Dia tahu doktor ini ada relationship dengan Nur Adriana.Masakan tidak, doktor lelaki ini memanggil Nur Adriana sayang sewaktu dia menangkap tangan Nur Adriana semalam.Hatinya luluh, jiwanya rapuh apabila dia mengetahui yang Nur Adriana sudah berpunya.Baru ingin menyunting bunga ditaman, ada orang yang telah merampasnya.Kecewa lagi dia nampaknya.Mungkin dia tiada jodoh untuk mengenali rapat Nur Adriana.


“Kalau kau tau aku doktor dan kau jugak tau yang diri kau tu ada penyakit, kenapa kau masih lagi berdegil tak nak lakukan pembedahan?”soal Wan Zubair dengan sedikit kasar nada bahasanya.

Zeril Iskandar mengeluh.Sedikit pun dia tidak marah dengan kenyataan yang dilemparkan doktor lelaki itu.Mesti mama dah bagi tahu doktor ini awal-awal. Kalau tidak, takkan doktor ni boleh tahu yang dia tak nak buat pembedahan?

“Aku tak suka pembedahan. Pembedahan menyakitkan tubuh badan aku.”jawabnya terus terang.
Wan Zubair ketawa kecil. “Mudahnya jawapan kau! Cuma aku keliru sikit dengan jawapan yang kau bagi tu. Kau tak suka pembedahan tapi kau suka nak mati awal kan?”kata Wan Zubair tanpa berlapik.

Terkedu Zeril Iskandar disitu. Mati? Doktor lelaki ni memang suka menakutkan dialah. Ada ke patut doktor tu cakap mati depan dia. Dahlah dia sensitif bab mati ni. Mati memang dia ingati tapi dia tak terfikir pulak yang mati ni ada kaitan dengan pembedahan. Biasanya, bila dah buat pembedahan, selepas itu pasti akan sihat semula. Dia bukannya tidak sukakan pembedahan cuma dia takut kesan yang akan dialami selepas pembedahan itu. Pasti ada parut di dada setelah sihat nanti.Itu yang membuatkan dia takut. Dadanya yang bersih tanpa sebarang cacat cela akan mempunyai kesan parut?Ohno! Dia tidak sanggup menghadapi saat itu.

“Aku tahu kau terkejut dengan kata-kata aku kan? Tapi tulah hakikat yang kau kena terima. Jika kau tak lakukan pembedahan, kau akan mati dan jika kau lakukan pembedahan, kau akan selamat. Orang kaya macam kau ni mesti tak suka mati awal kan?”sambung Wan Zubair lagi.

“Mulut kau kurang ajar jugak kan?Macam manalah Nur Adriana boleh sangkut dengan kau ni.Ish…ish…ish..”

“Kau tau nama tunang aku? Siapa beritahu kau?”Wan Zubair pelik. Rasanya tak pernah Nur Adriana bercakap dengan Zeril Iskandar. Ada yang dia tak tahu ke pasal mereka ni bila dia tiada dihospital tadi?Dia mula panas hati.

Maknanya Nur Adriana ni tunangan oranglah?Aduh…melepas…melepas.

“Aku tahu sendirilah. Yang kau muka cemberut macam tu, kenapa? Tak suka ke aku tahu nama tunang kau?”

“Bukan…bukan.”Wan Zubair mengeleng kepala. Nampaknya dia perlu bersemuka semula dengan Nur Adriana. Menjelaskan apa yang berlaku diantara tunangnya dan Zeril Iskandar.Kepalanya sedikit rungsing. Dia mahu berjumpa dengan tunangnya sementara menunggu jawapan dari Zeril Iskandar. Hendak menelefon, Nur Adriana bukannya nak onkan telefon.

“Aku keluar dululah. Kau fikirkan apa yang aku cakapkan tadi. Kalau kau tak nak mati awal, kau kena bersedia dari sekarang dan kalau kau fikir kau nak mati cepat dan buat mama kau kecewa dengan tindakan kau, aku tak boleh fikir apa dah. Itu jantung kau, aku sebagai doktor hanya mampu merawat.”jelasnya. Dia keluar dengan perasaan hampa.

Zeril Iskandar hairan. Takde angin takde ribut, tiba-tiba doktor lelaki ni berubah sikap, apahal? Dia ada cakap apa-apa yang salah ke?

Matanya memandang pemergian doktor Wan Zubair itu dengan persoalan yang perlu dijawabnya sendiri.
Adakah dia perlu setuju sahaja dengan pembedahan ini?

Hanya dia yang mampu jawabnya!


BERSAMBUNG....;D














Tiada ulasan: