“Apa?!!”terjerit Datin Zafiah
ditalian apabila Nur Adriana memaklumkan yang Zeril Iskandar masuk ke hospital.
Terbangun dia dari kerusi meja makan itu.
Nur Adriana sudah mula
gelabah. Mesti Datin marah dia lepas ni.
Dia pun sengal jugak. Patutnya dia memberitahu pada Datin Zafiah supaya dia
datang ke hospital dan menjaga anaknya.
“Kenapa dengan anak saya, Nur
Adriana? Apa yang buat dia sampai masuk hospital? Dia accident ke?”bertubi-tubi
soalan dari Datin Zafiah membuatkan dia tertelan air liur.
“Err…saya tak boleh nak cakap
kenapa, Datin. Tapi, Datin jangan bimbang. Saya akan jaga dia sebaik mungkin.”
“Awak nak jaga dia?Huh! Saya
tak boleh sabar lagi. Awak bagi tahu saya, apa nama hospital Zeril. Saya nak
ambil dia bawa balik rumah. Saya nak harapkan awak jaga dia, tut..tut..anak
saya dah masuk hospital. Tak boleh diharap langsung!”marah Datin Zafiah. Nur Adriana
terdiam. Kan dah kena marah! Tapi, bukan
salahnya dia sampai Zeril terlantar kat hospital ni.
“Datin, jangan salah anggap.
Ini bukan salah saya. Salah anak Datin jugak sampai…,”mati kutu Nur Adriana
mahu meneruskan kata. Takkan dia nak beritahu yang anaknya minum arak dan makan
pil ekstasi. Nanti meraung pulak Datin tu sebab anak dia makan dan minum benda
yang haram.
“Sampai apa? Oh…awak nak
salahkan anak saya lah ni. Patutlah awak telefon guna telefon awam. Awak nak
duit dari anak saya kan sampai Zeril Iskandar tak balik rumah. Awak nak culik
dia ke?”sambung Datin Zafiah dengan kemarahan yang memuncak. Dia tidak boleh
membiarkan perempuan ini sewenang-wenangnya mendapat wang dari anaknya. Satu
sen pun dia takkan bagi!
“Datin, bukan itu maksud
saya.”kata Dhia perlahan. Ingatkan bila telefon Datin Zafiah, dia akan berasa
lega. Ini tidak, bertambah gelisah.
“Awak jangan sampai saya call
polis sebab awak buat anak saya accident.”ugut Datin Zafiah. Nur Adriana
terdiam. Sudah hilang kewarasan ke Datin ni sampai nak call polis bagai? Dia
tak salah apa-apa pun.
“Datin! Datin ni kenapa
sampai nak membabitkan polis dalam hal ini? Saya perempuan yang masih ada
rendah diri dan maruah. Saya dah cukup baik jaga anak Datin sampai sekarang.
Saya bukannya nak sangat jaga anak Datin ni. Tapi, saya terpaksa! Saya yang
hantar dia sampai ke hospital. Dia bukan accident, dia sakit jantung. Datin
ambil jelah anak Datin ni bawa balik rumah. Saya tak nak jaga dia lagi.”marah
Nur Adriana pula. Orang dah cakap baik-baik, dibalas pulak dengan kasar. Apa?
Dia ingat aku ni perempuan jahat ke
sampai nak culik anak dia.
“Zeril Iskandar sakit
jantung?!!”.Terlepas gagang telefon yang dipegangnya. Dia terduduk. Madz Hazrul
yang sejak tadi mendiamkan diri disebelah Datin Zafiah tergamam apabila Datin
Zafiah melepaskan telefon bimbitnya.
“Datin…are you okay?”Madz
Hazrul mengambil telefon bimbit yang sudah berada diatas lantai. Nasib baik
telefon itu tidak dihentak dengan kuat. Kalau tidak, habis rosak. Perempuan tu
ada cakap benda yang tak elok ke kat bos aku?
Datin Zafiah mendiamkan diri.
Hatinya bagai ditusuk pilu. Anaknya masuk hospital satu hal. Lepas tu,
perempuan ni pulak cakap yang Zeril Iskandar menghidap penyakit jantung. Sebab
apa anaknya mendapat penyakit begitu pun dia tidak tahu. Adakah anaknya terlalu
merindui Irma Amanda sehingga terjadinya sakit jantung itu?
“Saya tak mahu cakap dengan
dia. Awak tolong jawab bagi pihak saya.”balas Datin Hadijah tanpa mengendahkan
pertanyaan Madz Hazrul. Dia mahu masuk ke bilik. Menenangkan fikiran, hati dan
jiwa.
Datin Zafiah menolak kerusi
yang di duduk lalu dia bangun meninggalkan Madz Hazrul keseorangan disitu.
Nur Adriana terdengar bunyi
jatuh dihujung talian. Telefon Datin Zafiah jatuh ke? Mesti dia terkejut aku
cakap anak dia sakit jantung. Tu yang sampai jatuh telefon. Tapi memang betul
kan anak dia sakit? Kalau tak bagi tahu, Datin sumpah seranah aku pulak.
“Hello…hello?”Nur Adriana
bersuara setelah beberapa ketika. Dah rosak betul ke telefon dia ni?
Madz Hazrul yang mendengar
suara sayup-sayup di telefon yang dipegangnya segera melekapkan ke pipi.
“Hello! Maafkan saya sebab lambat menjawab. Awak Nur Adriana yang telefon Datin
Zafiah kan?
Erk? Suara lelaki mana pulak
ni? Takkan Datin Zafiah dah bertukar suara lelaki kut?
“Memang saya Nur Adriana.
Saya nak cakap dengan Datin sekarang ni. Siapa ni?”
Madz Hazrul tergelak kecil.
Perempuan ni memang membuat hatinya terpautlah. Dengar suara pun dah rasa
kelakar. Macam mana lah kalau jumpa depan-depan erk? Mesti lagi kelam-kabut
suaranya.
“Saya pembantu peribadi Datin
Zafiah, saya pernah cakap dengan awak sebelum ni. Masa tu awak call sebab Zeril
Iskandar ada dengan awak. So, how about Tuan Zeril Iskandar sekarang? Saya dengar dia ada di hospital.
Boleh saya tahu hospital tu kat mana. Senang sikit nak pergi jenguk Tuan
Zeril.”
“Awak dengar tadi? Telinga
lintah betullah awak ni. Semuanya nak dengar. Tak mengapalah, nanti saya
beritahu Datin Zafiah bila dia sudi cakap dengan saya.”
“Saya sebagai pembantu
peribadi kepada Datin Zafiah haruslah tahu apa yang dikatakan. Takkan saya nak
mendiamkan diri. Apa guna saya jadi pembantu peribadi kalau tak tahu hal yang
berkaitan dengan bos sendiri.”katanya sedikit tegas. Terpempan Nur Adriana
mendengar jawapan itu.
“Yalah…yalah, pembantu
peribadi.”perilnya tanpa rasa malu.
“Saya tak boleh cakap
lama-lama ni. Awak bagi aje alamat hospital yang menempatkan Tuan Zeril
Iskandar duduk, insya-allah saya dan
Datin Zafiah akan ke sana.”
Nur Adriana termalu sendiri.
Nampaknya pembantu peribadi Datin Zafiah ini agak tegas orangnya. Lelaki ini
mesti tak kahwin lagi. Itu sebab suaranya tegas saja. Perempuan zaman moden
sepertinya mana suka lelaki yang terlampau tegas.
“Alamatnya…,”belum Nur
Adriana memberi alamat hospital, pembantu peribadi itu menyuruhnya menunggu
sebentar. Nak ambil pen dan kertas katanya. Haii…terpaksalah tunggu kejap
jawabnya.
Setelah dua minit
tercari-cari pen dan kertas, akhirnya dia jumpa juga. Telefon diatas meja
digapai semula lalu dia kembali melekapkan telefon ke pipi.
“Maaf. Saya lambat sedikit.
Apa nama dan alamat hospital tu?”soal Madz Hazrul . Nur Adriana yang masih
setia dihujung talian mencebik geram. Lambat betul lelaki ni! Orang kat sini
dah berminit tunggu.
“Alamatnya…Hospital Serdang,
Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor
Darul Ehsan, Malaysia.”gurau Nur Adriana. Sengaja dia menyebut nama
Malaysia. Lelaki ni cakap terlalu tegas
sangat. Macam manalah nak dapat awek kalau asyik tegas aje. Eheh…aku ni
memandai aje cakap dia tak ada awek.
Mana tahu, dia dah kahwin ke?Hehe…aku pun bengong jugak.
Madz Hazrul yang menulis nama
dan alamat hospital itu terkesima apabila nama Hospital Serdang meniti dibibir
Nur Adriana.
“Wait. Hospital Serdang? Awak
ada kat hospital Serdang ke?”tanya Madz Hazrul
tidak sabar. Pen dan kertas ditolak ke tepi lalu dia melabuhkan punggung
ke kerusi yang diduduki Datin Zafiah tadi.
“Betullah. Kalau tak, saya
takkan bagi awak almat sebenar tu.”Dalam diam, dia meluat dengan pembantu
peribadi Datin Zafiah. Dah terang-terang kan dia sebut Hospital Serdang,
mestilah betul.
“Bagus…bagus! Sekarang jugak
saya akan arahkan Datin Zafiah ke sana!.”kata Madz Hazrul teruja. Nampknya
penantian mencari Tuan Zeril Iskandar akan berakhir selepas ini.
“Amboi! Cepatnya awak nak
datang sini.”jawab Nur Adriana . Selepas ini, dia tidak akan berjumpa Zeril Iskandar lagi. Tapi, bagus jugak mereka
datang. Lagi cepat, lagi bagus! Tak payah aku jaga mamat ni lagi.
Nanti aku
kena cakap dengan Prof.Dr.Azmi yang aku tak boleh jaga si Zeril lagi sebab mama
dia nak datang ambil.
“Saya akan ke sana secepat
mungkin sebab rumah Datin Zafiah berhampiran dengan Hospital Serdang tu.
Mungkin lepas satu jam, kami akan ke sana mengambil Zeril Iskandar pulang ke
rumah.”
Terlopong Nur Adriana
mendengarnya. Tak sangka rumah Datin Zafiah tu dekat dengan hospital ni.
Kalautak dah lama aku hantar Zeril Isandar tu kat rumah dia. Nampaknya, dia
kena keluar dari hospital ni cepat-cepat. Biar jelah si Zeril tu sorang-sorang.
Lagipun dia mesti tak sedar aku keluar
dari bilik ni. Orang tidurlah katakan.
“Memang bagus awak datang
sekarang. Saya pun tak nak jaga Tuan Zeril Iskandar awak tu.”Ambik lah dia
cepat-cepat. Saya tak heran pun.”sindir Nur Adriana. Selepas ini, dia akan keluar dari kehidupan
Zeril Iskandar. “Datang cepat sikit ye. Saya ada banyak hal lain nak kena
buat.”sambungnya lagi. Waktu dah tengah hari ni. Kejap lagi nak zuhur. Dia
mandi pun belum lagi. Hesy…kalau orang lain dekat dengan aku ni, mesti ramai
yang buat signal busuk.
“Perangai awak memang dari kecik macam ni ke? Cakap tak ada budi
bahasa langsung?”
Nur Adriana sudah mengepal
tangan. Mulutnya diketap geram. Makin dia meluat dengan lelaki ini. Hishh…kalau aku jumpa dia depan mata,
memang dah kena silat sulung aku ni.cebiknya didalam hati.
“Awak ni, kenapa haa? Tetiba
aje nak cakap saya tak ada budi bahasa?
Awak pun apa kurangnya?
Perangai tak semenggah. Ada hati nak menilai
orang.”cebiknya lagi. Dia cukup pantang apabila ada orang menilai
keperibadiaan orang lain.
Madz hazrul mendengus geram.
Sepatutnya dia tidak perlu memuji suara perempuan ini sewaktu pertama kali
berhubung. Dasar perempuan tak ada akhlak! Dia merapatkan bibirnya ke telefon
Datin Zafiah.
Perempuan seperti Nur Adriana ini tidak perlu bagi muka sangat.
“Kau tak boleh cakap
baik-baik ke perempuan? Aku dah lama tak tampar muka orang. Lama sangat. “sinis
suaranya disertai dengan nada yang
sedikit tinggi.
Nur Adriana tersentak. Lelaki
ni mengingatkannya pada Zeril Iskandar apabila berada dilorong gelap dua hari
yang lalu. Waktu itu, dia sedang duduk bersandar ditepi dinding yang
berhampiran dengan tangga.
Marah betul si Zeril tu apabila dia memegang lengan
lelaki itu.
“Wah!! Dah cakap kasar
nampaknya si pembantu peribadi Datin Zafiah ni. Huh! Kalau kau nak tampar aku,
marilah datang sini. Kau tampar aku, aku silat kau balik.”gertak Nur Adriana
dengan nada yang sama seperti Madz hazrul.
Madz Hazrul bangun dari
kerusi. Perempuan ni memang dah melampau!
“Woi, perempuan! Kalau aku
datang sana nanti, muka kau aku nak jumpa dulu. “nyaring suaranya. Nasib baik
Datin Zafiah sudah berada dibilik dan tidak mendengar apa yang diperkatakan.
Jika tidak, memang gaji aku kena potonglah jawabnya. “Aku memang geram betul
dengan kau ni . Kau tunggu kedatangan aku nanti.
Kau tunggulah!.”
Nur Adriana mula rasa nak
ketawa. Kalau lelaki ni datang kat sini pun, masa tu dia dah blah dari hospital
ni. Nak main ugut-ugut pulak. Pirahh!!
“Hah?Aku tak dengar lah kau
cakap apa?Kau nak jumpa aku? Betul ke aku tak salah dengar ni?Haha…Sorrylah
wahai encik. Masa kau dah datang tu, aku dah tak ada. Kau bukannya kenal muka aku pun kalau kau
datang sini. Dahlah, aku nak letak
telefon dulu. Kau jagalah Tuan kau tu dengan baik ye.
Aku tutup telefon dulu ye. Daa…,”ucapnya sinis
sebelum dia menghempaskan telefon.
Baru puas hati dia! Nak
gertak-gerak aku konon! Ingat aku takut dengan ugutan kau?
Boleh blahlah!!!
“Kau!!”
Madz Hazrul mengucap panjang
apabila mendengar talian disana sudah tidak berbunyi lagi. Dia benar-benar
tidak berpuas hati dengan perempuan itu. Lebih baik dia arahkan Datin Zafiah
agar ke hospital dengan segera. Dapat
jumpa perempuan tu kejap lagi, akan ku ‘belasah’ kau cukup-cukup! Tak takut?
Huh! Ku tunggu kedatangan aku.
Tunggu ye wahai cik Nur
Adriana! Aku datang sekejap je lagi…
****
“Lepas ni, aku dah tak tengok
muka kau lagi.”ujar Nur Adriana sambil matanya galak meneliti seraut wajah
Zeril Iskandar yang masih lena dibuai mimpi.
Selesai dia menamatkan perbualan yang bagaikan ‘perang’, dia terus menuju ke katil pesakit yang
menempatkan Zeril Iskandar. Kesian pulak dia melihat sekujur tubuh yang gagah
terdampar dikatil pesakit. Lama jugak lelaki ini tidur. Ingatkan tadi Zeril ni
dah sedar terus dan boleh bercakap seperti biasa. Ini lain pulak jadinya. Tak
bukak mata langsung!
“Aku harap kau berubahlah
lepas sihat nanti. Jangan makan pil
haram dan minum arak lagi. Kau tu dah ada penyakit. Aku tak nak kau mati
awal.. Ingat tau apa yang aku kata ni! Bagi aku, mungkin kau makan ubat and
minum arak tu sebab kau stress, tu yang jadi sampai macam ni. Eh, aku cakap
seorang diri pulak.
“nasihatnya diiringi dengan ketawa kecil. Dia bagi nasihat
pada orang yang sedang tidur. Manalah dia nak dengar. Bengong jugak aku ni.
“Dahlah, aku nak chow dulu. Nak jumpa ayah aku. Kau jaga
diri tau. Jangan marah orang teruk sangat. Nanti jantung kau bertambah teruk
pulak. Aku pergi dulu tau. Selamat tinggal Zeril Iskandar!”katanya perlahan.
Kunci kereta yang dipegang selama sehari diletakkan dengan cermat disisi Zeril
Iskandar. Terselit jugak rasa sedih dihati kerana membiarkan Zeril Iskandar
keseorangan disini tanpa ditemani sesiapa. Tapi, bila difikir balik, kejap lagi
mamat kurang ajar dan Datin Zafiah nak datang sini. Tak adalah Zeril duduk sini
sorang-sorang. Ada jugak yang datang tengok-tengokkan dia.
Dia berpaling mengadap pintu
keluar bilik kecemasan ini. Langkahnya perlu diteruskan. Dia tidak perlu
berpaling ke belakang lagi. Sebaik sahaja keluar dari pintu bilik kecemasan ini
sahaja, kehidupannya akan bermula seperti biasa. Tiada nama Zeril Iskandar,
tiada nama Datin Zafiah dan tiada lagi nama Madz Hazrul. Yang ada, hanyalah Wan
Zubair dihatinya.
Tiba-tiba…
“Awak….,”suara perlahan dari
belakang terkedu . Err…Zeril Iskandar
dah sedar?? Aku tak mimpi disiang hari kan?
BERSAMBUNG.... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan