Turun
naik nafas Khuzairi tatkala mendengar penjelasan Kyra yang dirasakan seperti
menghempap batu diatas kepalanya.
“
Kyra memang suka buat abang macam ni kan? Abang cintakan Kyra tapi Kyra tak
pernah hargai pun rasa cinta abang pada Kyra! Bila abang boleh dapat semula
cinta yang ada dalam diri Kyra tu, hah?!”
Kyra
terasa gegendang telinganya seakan mahu pecah kerana mendengar Khuzairi
menjerit terlalu kuat ketika dia menjelaskan situasi yang sebenarnya. Baginya,
lebih baik dia dimarahi Khuzairi supaya bekas suaminya itu tidak terlalu
menaruh harapan untuk mendapatkannya semula. Terpaksalah dia menadah telinganya
untuk mendengar segala kemarahan yang terkeluar dari mulut Khuzairi.
“
Awak, saya minta maaf sekali lagi.” Kyra menundukkan kepala sambil mengucapkan
kata maaf. Dia mengaku dia bersalah kerana buat Khuzairi terlalu berharap
padanya.
“
Jadi Kyra sanggup kahwin dengan lelaki badak sumbu tu daripada berkahwin dengan
abang semula?” tengking Khuzairi. Sedikit pun dia tidak menghiraukan kata maaf
tersebut. Hatinya terluka. Insan yang dicintai telah meranapkan harapannya
untuk bersatu semula.
“
Kyra sanggup kahwin dengan dia asalkan tak bersama awak lagi.” jawab Kyra
dengan tenang.
Khuzairi
ketawa sinis. Mulutnya dicebikkan sambil tangan kanannya digenggam kuat. “ How
could you, Kyra. Sanggup Kyra buat abang macam ni!”
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Kyra. Kyra terkedu. Bibirnya bergetar. Khuzairi
menamparnya dikhalayak ramai? Lelaki ini memang bukan lelaki yang baik untuk
dijadikan suami! Dasar lelaki hipokrit!
“
Bagus awak tampar saya, Khuzairi. Ini bermakna, lagi cerah peluang saya untuk tidak
berkahwin dengan awak. Selamat jalan, daun kucai.” kata Kyra dengan menyebut
nama gelaran yang diberi buat bekas suaminya itu. Kyra memegang pipinya sambil
berpaling ke belakang. Biarpun dia dimalukan didepan khalayak ramai, jauh
disudut hatinya dia gembira kerana berjaya memberitahu Khuzairi tentang
perasaan yang sebenarnya. Dia tidak mahu menipu lagi. Cukuplah sekali dia
berkahwin dengan lelaki itu.
Cukuplah…
Tanpa
berlengah lagi, dia berjalan pantas meninggalkan Khuzairi dan mengambil teksi
yang ada di kawasan syarikat Slim World itu. Apa yang berada di fikirannya kini
hanyalah ke rumah ibu kandungnya yang terletak di Bandar Tun Razak. Dia mahu
berehat di sana tanpa memikirkan sebarang masalah.
Khuzairi
mengetuk pintu keretanya. Rasa marahnya berbuku di sanubarinya. Tunggu Kyra,
aku akan pastikan kita bersama semula! Tekadnya dalam hati.
****
Abdul
Fatah memanggung kepala sambil menutup mata. Jiwanya jadi tidak tenang
memikirkan apa yang diperkatakan Kyra sebentar tadi. Sememangnya dia kecewa
kerana Kyra memilih Khuzairi berbanding dirinya.
Teringin
sekali dia mahu tahu apakah hubungan sebenar Khuzairi dengan Kyra. Apakah
mereka berdua sebelum ini pernah bercinta ataupun Khuzairi sahaja yang syok
sukakan Kyra?
Belum
pernah dia rasa sebegini sedih. Jika dulu dia pernah ditinggalkan kerana
badannya yang tembam. Teringat lagi kata-kata bekas tunangnya, Nur Alia yang
menguris sanubarinya.
“
Memang awak kaya, tapi awak gemuk! Saya
tak nak bersuamikan lelaki yang gemuk. Nanti orang ejek. Saya tak suka diejek!”
Begitulah
ayat yang masih melekat di dalam fikirannya semasa Nur Alia hendak memutuskan
tali pertunangannya. Memang dia bersyukur sangat kerana jodohnya dan Nur Alia
berhenti setakat itu sahaja.
Semasa
perkenalannya dengan Nur Alia, gadis itu tidak pernah memperlekehkan imejnya. Dia
rasa terharu. Bukan senang untuk gadis kurus dan bertudung seperti Nur Alia
menerima lelaki yang gemuk dan tembam sepertinya. Namun selepas beberapa bulan
mereka mengikat tali pertunangan, sikap Nur Alia mula merubah seratus peratus!
Dia jadi kecewa yang amat sangat.
Sebab
itulah jika dia berada di pejabat, dia sering termenung di jendela yang berada
dibelakang kerusi ofisnya. Dari jendela itu, dia dapat melihat keseluruhan
tubuh badannya.
Walaupun
dia bekerja di tempat yang melangsingkan badan namun semangatnya untuk
menguruskan badan masih pudar. Dia bekerja di syarikat ibunya pun kerana mahu
bebas bergerak ke mana-mana yang dia suka. Itu sebablah dia bekerja di bawah
pimpinan ibu.
Bekerja
di Slim World, dia rasa bersyukur
sangat kepada Tuhan kerana menemukannya dengan Kyra. Perang dingin yang berlaku
ketika pertemuan pertama kali memberikannya keceriaan yang sudah lama tidak
muncul dalam dirinya. Dia suka kenakan Kyra dan jika boleh hari-hari dia mahu
kenakan wanita itu.
Malangnya
hari ini, Kyra sudah pergi meninggalkannya dan tidak mahu menjadi duta dalam
syarikat Slim World lagi. Itulah yang
membingungkannya sekarang. Dia sudah
buntu untuk meraih cinta Kyra. Sudah terang-terangan Kyra tidak menyukai
dirinya. Cara apa lagi yang sesuai untuk Kyra terus bersetuju mengahwini
dirinya? Abdul Fatah meraup rambutnya ke belakang. Rambutnya yang terbelah
tengah diusap kasar.
“
Hai anak ibu… tadi bukan main ceria aje wajahnya. Kenapa sayang?” ucap Puan Faridah
setelah dia menutup pintu bilik anaknya. Dia tidak perlu mengetuk pintu bilik
anaknya.
Abdul
Fatah tersentak. Kepalanya diangkat lalu dia mula mengukirkan senyuman nipis
ketika ibunya masuk ke dalam biliknya. “ Nothing,
ibu.”
Puan
Faridah mencemik setelah dia duduk didepan anaknya. “ Yalah tu tak ada apa-apa.
Muka nampak masam, senyum tu macam terpaksa aje. Ini mesti ada apa-apa ni.
Cakaplah pada ibu. Mana tahu ibu boleh selesaikan.” Walaupun dia sibuk di
tingkat atas namun dia tetap tidak mengabaikan anaknya di sini. Hanya Abdul
Fatah lah tempat dia memberikan kasih sayang. Suaminya sudah dua tahun
meninggal dunia dan sehingga kini dia tidak pernah memikirkan untuk mencari
pengganti suaminya.
Abdul
Fatah mengambil kedua-dua belah tangan ibunya lalu digenggam erat. Puan Faridah
tersentak. “ Fatah nak bagi tahu ibu sesuatu ke?”
Abdul
Fatah mengeluh lalu dia meleraikan genggaman itu. Dia bangun sambil merenung
jendela biliknya. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam kocek seluar. “ Ibu,
kalau Fatah cakap ni ibu jangan marah ya.” ucap Abdul Fatah tanpa memandang
wajah ibunya.
Puan
Faridah berpeluk tubuh. “ Cakaplah, Fatah. Ibu janji ibu takkan marah.”
“
Fatah nak minta kebenaran ibu untuk berkahwin dengan Kyra boleh?”
Puan
Faridah terus terbangun dari kerusi yang didudukinya. “ Apa?!”
Abdul
Fatah memaling ke belakang lalu dia menatap wajah ibunya. “ Ibu kata ibu takkan
marah kan kalau Fatah cakap macam tu?”
Puan
Faridah mendekati anaknya lalu memegang tubuh badan anaknya yang tembam itu. “
Cik Kyra yang jadi duta Slim World
tu? Ibu tak percayalah dia nak kahwin dengan Fatah. Mana sepadan!”
“
Sampai hati ibu cakap kami tak sepadan. Kata-kata ibu tu buat Fatah ingat pada
Nur Alia semula. Salah ke orang tembam macam Fatah ni berkahwin dengan orang
yang kurus macam Kyra?” Abdul Fatah terasa hati dengan kata-kata ibunya
Puan
Faridah mengeluh berat. Tidak sepatutnya dia mengatakan pada anaknya
sebegitu. “ Maafkan ibu ya sayang. Ibu
terlanjur bicara. Kalau betul Fatah sukakan Kyra, kahwinlah. Ibu setuju.”
Akhirnya dia akur. Anaknya memerlukan kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi dia
tidak akan membantah sekirannya Kyra menjadi menantunya.
“
Tapi Kyra setuju ke nak kahwin dengan kamu? Ibu tengok dia macam tak berapa
suka aje dengan kamu. Masa ibu masuk nak bagi cek tadi, muka Kyra tu masam aje
bila tengok muka Fatah.”
“
Dia memang tak sukakan Fatah pun.” Selamba sahaja Abdul Fatah menjawab.
“
Dah tu, kenapa nak teruskan juga kahwin dengan Cik Kyra tu? Ibu tak nak kalau
kamu berdua dah kahwin nanti, selalu bergaduh. Cukuplah ibu kesalkan perangai
si Alia tu yang nak putuskan pertunangan kamu berdua. “ Teringatkan Nur Alia,
dia jadi benci dengan gadis itu. Harap sahaja bertudung tapi mulutnya masya
Allah, pedas betul! Sanggup dia kata anaknya gemuk? Jika dia berada didepan Nur
Alia sewaktu gadis itu ingin memutuskan pertunangan dengan anaknya, pipi gadis
itu akan ditampar sekuat hatinya. Baru dia rasa puas!
“
Fatah cintakan Kyra ibu. Fatah rasa sunyi kalau dia tak ada kat sisi Fatah. She’s everything to me, ibu.” Luah Abdul
Fatah tanpa rasa segan lagi.
Puan
Faridah merasa kagum dengan anaknya kerana tidak takut untuk meluahkan rasa
sayang dan cintanya kepada Kyra. Harapannya agar anaknya akan kekal hingga ke
hujung nyawa bersama Kyra. Insyallah. Doanya dalam hati.
“
Jadi apa masalahnya sekarang? Ibu tak nampak pun apa masalahnya sampai muka
anak ibu ni masam aje. Ibu kan dah setuju Fatah kahwin dengan Cik Kyra tu.”
Abdul
Fatah bergerak pula ke sofa tiga berangkai yang baru sahaja Kyra baring dan
duduk sebentar tadi. Dia mengusap sayang sofa tersebut. “ Fatah nak kahwin
dengan Kyra minggu depan tapi Fatah tak ada cara macam mana nak bagi dia terus
setuju untuk kahwin dengan Fatah. Ibu ada cara tak nak bagi Kyra terus setuju
nak kahwin dengan Fatah? Fatah dah buntu ni.”
“
Siapa suruh Fatah buat keputusan terburu-buru? Kan dah buntu jadinya. Ibu ada
cadangan nak buat Cik Kyra tu setuju kahwin dengan Fatah.”
Mata
Abdul Fatah bersinar. Dia menyentuh bahu ibunya. “ Apa dia ibu, cakaplah.” Berkobar-kobar
semangat Abdul Fatah saat ini. Nak kahwin dengan Kyra lah katakan!
“
Tapi cadangan ibu ni akan dibuat minggu depan tau. Bukan hari ni. Fatah setuju
aje, ibu akan terus buat.”
“
Fatah akan terus setuju. Asalkan dapat kahwin dengan Kyra minggu depan.” Yakin sekali
Abdul Fatah menjawab.
“
Amboi anak ibu ni. Semangat sungguh!” Mereka bersama-sama ketawa.
“
Tapi apa yang ibu nak buat? Fatah nak tahu sangat ni.”
“
Macam ni jalan ceritanya…” Puan Faridah berbisik manja di telinga Abdul Fatah.
Diceritakan apa yang berselirat di fikirannya kepada anaknya.
“
Haa… macam mana cadangan ibu? Brilliant
tak?” kata Puan Faridah usai menceritakan cadangannya.
Abdul
Fatah mengelengkan kepala dengan cadangan ibu yang dirasakan diluar kotak
fikirannya. “ Tak membazir ke ibu? Fatah rasa banyak nak guna duit tu.”
“
Ala, membazir apanya! Demi anak ibu, ibu sanggup keluarkan semua duit ibu.”
Puan Faridah menepuk bahu anaknya dengan lembut.
“
Terima kasih, ibu. Fatah harap Kyra akan terus setuju untuk kahwin dengan
Fatah lepas ibu laksanakan rancangan tu.” Perlahan sahaja suara Abdul Fatah.
Puan
Faridah tersenyum simpul. " Tapi Fatah kena buat sesuatu untuk ibu kalau nak ibu tolong Fatah. Ibu tak nak
orang pandang rendah dengan anak ibu lepas kahwin dengan Kyra nanti. Ibu nak
korang sama-sama sepadan bila berjalan di luar sana.”
Abdul
Fatah mengerutkan dahi. “ Ibu nak Fatah buat sesuatu? Buat apa?” Dadanya mula
berdebar.
Puan
Faridah tersenyum. “ Ibu nak Fatah kurus dalam masa empat bulan ni dan jadi duta Slim World bersama Cik Kyra.”
Abdul
Fatah membuntangkan mata. “ What?!”
4 ulasan:
apalah rancangan ibu fatah tu ya..tertanya2 best2 nak lagi :)
hehe...insyallah esok eya bg ya kak... tq tau sbb bg komen! hehe
What !!?? Hahahaha .. Trima jelaa Fatah oii .. Bukn sng nk jd DUTA SLIM WORLD .. Untk pikat Kyra jgk .. Hehehehe .. Lau akk laa dpt offer jd DUTA .. Memg xtolakk .. Hehehehe
hehe...insyallah Fatah terima kak...mmg bkn snang nk jd duta kn kak...
Catat Ulasan