Jumaat, 5 April 2013

BAB 34 Berilah Sayang Peluang



“Abang, temankan saya pergi satu tempat boleh?”ajak Puan Farzana sambil mengelus rambut Nur Adriana. Anak tirinya tidur bertemankan airmata yang masih mengalir di pipi. Dia rasa sebak.
“Awak nak pergi mana pulak ni? Anak kita kan tengah sakit ni.”rengus Ahmad Jamil kepada isterinya. Waktu ini pulaklah dia nak keluar.
“Bukan apa, bang. Saya tak puas hati selagi perkara ni tak selesai.”terang Puan Farzana.
“Awak nak cari si Zubair tu ke?”ujarnya sinis. “Tak payahlah. Dia dah hilang entah ke mana. Kita nak jejak dia pun bukan dia ada kat rumah.”
“Bukan itu maksud saya, bang. Buat apa saya nak jumpa Wan Zubair tu setelah dia buat anak kita macam ni? “katanya geram. “Saya nak jumpa ibu Zubair tu. Ada hal saya nak bincang dengan dia!”sambungnya dengan nada tegas.
Ahmad Jamil tersentak. “Awak nak jumpa ibu dia?”tanya dia pelik. “Buat apa?”
“Ada sesuatu yang saya nak selesaikan dengan ibu Zubair tu.”
“Bukan dah lama ke awak tak berjumpa dia?”
“Betul!”dia menarik nafas. “Saya tak jumpa dia tapi saya bercakap dengan dia di telefon.”
Mulut Ahmad Jamil terlopong. “Ooo…patutlah selama ni bil elektrik naik mendadak! Awak guna rupanya!”marah Ahmad Jamil.
Puan Farzana segera menutup mulut suaminya. Menyuruh diam. Takut anak tirinya dapat mendengar perbulan mereka berdua. Ya! Dia akui. Bil telefon meningkat kerana kecenderungannya menelefon Puan Kamariah Adnan, teman sekutunya yang berniat jahat untuk mengenakan Nur Adriana. Ketika Nur Adriana masih lagi di dalam penjara, mereka selalu berbual dan berbincang tentang rancangan yang bakal dilaksanakan apabila Nur Adriana pulang ke rumah nanti.
Sekarang, anak tirinya telah kembali ke rumah dan dia mula rasakan kejahatan yang terpendam selama ini telah terburai. Seboleh mungkin dia tidak mahu ‘bekerjasama’ dengan Puan Kamariah Adnan lagi.
Tetapi kini, kebencian pada anak tirinya sudah tiada lagi. Dia makin sayangkan anak tirinya. Bertuah rasanya apabila dia dipanggil ibu oleh Nur Adriana. Berlimpah-limpah kasih sayang terhadap anak tirinya.
“Abang cakap kuat-kuat, nanti Adriana jagalah! Diam ajelah mulut tu!”
Ahmad Jamil rasa lelah tatkala isterinya menekup mulutnya. Dengan pantas dia menarik kuat tangan isterinya. Hampir terjatuh Puan Farzana dari katil anak tirinya yang agak tinggi itu. “Awak ni…saya sesak nafas tahu tak? Awak nak saya mati awal ke?!!”marah Ahmad Jamil.
Terdiam Puan Farzana disitu. Kemarahan yang ditonjolkan suami menakutkan dia. Kuasa veto dia dah maii dah!!
“Maaf…maaf! Saya salah. Abang maafkan Zana erk?”pintanya lembut. Tangan suaminya dielus lembut. Mungkin dengan cara ini akan melembutkan suaminya semula.
Ahmad Jamil pula yang mendiamkan diri. Akhirnya dia mengalah dengan pujukan isterinya.
Siapa tak sayang bini oii!!
****
Ahmad Jamil terpaksa mengambil kunci kereta yang tersangkut di dinding bilik anaknya secara senyap-senyap untuk keluar ke rumah Puan Kamariah Adnan. Janganlah Nur Adriana bangun selagi mereka tidak pulang ke rumah.
Pintu rumah di kunci sebaik mungkin. Kalau tak kunci karang, pencuri masuk pulak rumah ni. Dahlah tiada penghuni dekat ruang tamu. Adriana pulak tidur kat atas.
Harap Fida dan Farah balik awal hari ini. Takde lah dia rasa gelisah tinggalkan rumah ni. Lagipun hari dah petang. Kejap lagi nak masuk maghrib.
Setelah setengah jam menyeberangi highway, akhirnya mereka sampai juga di rumah bekas bakal mertuanya. Rumah dua tingkat yang tersergam indah itu tampak suram di mata mereka berdua. Yalah, rumah besar. Tapi penghuni macam tak ada aje kat dalam rumah ni. Kereta volkswagen Wan Zubair pun tiada di perkarangan rumah. Kalau rumah ni tak ada orang, baik mereka pergi dari sini.
“Awak ajelah jumpa dia tu. Saya tak nak jumpa dia.”Ahmad Jamil mengeleng-gelengkan kepalanya. Hendak melihat wajah Puan Kamariah Adnan pun rasanya dia tidak mampu. Wanita berumur lima puluh tahun itu lebih garang darinya. Kali terakhir mereka berjumpa pun sewaktu di makhamah bagi pembicaraan anaknya yang mencuri
Puan Farzana mengeluh kecil. “Habis, abang nak duduk mana?”
Ahmad Jamil tersengih. “Dah ada kereta, duduk ajelah dalam kereta. Tak mau sabang duduk kat rumah tu. Benci pulak abang nak tengok muka wanita tua tu.”
“Abang ni…ya pun temanlah saya masuk sekali. Saya tak biasalah masuk sorang-sorang dalam rumah ni. Kalau abang temankan, Zana berani sikit.”
“Eleh! Dia yang datang sini, kita pulak yang nak kena temankan.”sinis Ahmad Jamil bersuara.
Puan Farzana sedih. “Abang ni!! Orang nak suruh dia temankan, dia banyak songeh pulak. Tak nak kawan abang! Huh!”dia berlalu keluar dari kereta tanpa memandang langsung wajah suaminya.
Ahmad Jamil terkekek ketawa. “Mengada-ngada betul isteri aku ni.”kepalanya digelengkan. Dia bersandar di kerusi pemandu sambil melelapkan mata. Lebih baik dia berehat sebentar sementara menanti kedatangan isterinya semula ke kereta ini.
*****
Puan Farzana menarik nafas sebelum mengetuk pintu rumah Puan Kamariah Adnan. Agak lama jugak tak bersemuka dengan wanita itu secara depan-depan.
Tok! Tok! Tok!
Berapa kali selepas diketuk, akhirnya muncul jugak Puan Kamariah Adnan. Terpamer riak wajah terkejut di wajah wanita berusia itu.
“Kau, Zana?!”terlopong mulutnya seketika. Terkebil-kebil matanya memandang wanita yang berkain batik itu. Takkan dia datang dekat rumah yang besar ni pakai kain batik aje? Merepek…merepek…
“Aah, saya!”katanya dengan sengihan melebar.
“Kau datang sini buat apa?”tergagap-gagap suara wanita berusia itu. Mata Puan Kamariah Adnan dikecilkan. Kelihatan sebuah kereta Myvi tersadai di luar garaj rumah. Kereta itu setahunya milik Nur Adriana.
‘Tak sangka bekas banduan tu kasi mak tiri dia pakai kereta dia. Kalau aku, aku takkan bagi musuh aku naik kereta aku.’katanya dalam hati.
“Saya datang sini tak boleh ke?”Puan Farzana mengangkat kening.
“Err…bukan tak boleh. Tapi aku pelik dengan cara pakaian kau tu. Rumah kau dengan rumah aku jauh kan? Kau tak boleh datang sini pakai elok-elok ke? Malu tau jiran sebelah nampak cara pakaian kau macam ni.”kritik Puan Kamariah Adnan.
“Okey apa pakai baju macam ni. Tutup aurat lagi.”diperhatikan pakaiannya dari atas ke bawah. Nak kata menjolok mata, tak ada pulak.
Mata Puan Kamariah Adnan juling naik ke atas sambil mencekak pinggang. Tak faham bahasa jugak orang tua ni. Orang kata lain dia jawab lain. “Hmm…apa-apa ajelah kau ni. Sekarang ni aku tanya kau balik semula. Kau datang sini nak cakap apa sebenarnya? Bukan ke ada telefon sebagai pengantara? Buat susah-susah aje kau datang sini.”
“Saya sebenarnya nak beritahu Puan sesuatu ni. Tapi saya harap Puan jangan tersentuh hati pulak tau!”
“Kalau ye pun nak bercakap, masuklah dalam dulu. Suami kau ada kat luar tu. Nanti dia keluar kereta, tak pasal-pasal dia dengar perbualan kita.”
“Ala, cakap kat sini pun takpe. Saya tak boleh lama ni. Kejap lagi suami saya kena pergi masjid kat kawasan perumahan saya tu. Ada ceramah katanya.”
Puan Kamariah Adnan mendengus. “Cakaplah. Apa kau nak cakap sekarang? Kata tak boleh lama.”dia mencekak pinggang.
“Saya sebenarnya nak…,”kata Puan Farzana terhenti disitu. Dia tersengih-sengih.
Mata Puan Kamariah Adnan menjuling naik ke atas. “Cakaplah! Apa dia?!! Bosanlah aku dengar kau cakap lambat-lambat ni.”rungutnya.
Puan Farzana mengepal tumbuknya. Ini masanya! Tidak semena-mena, tangan kanannya melayang di pipi wanita berusia itu. Rasakan!
Puan Kamariah Adnan terpana! Dia ditampar oleh orang yang bersubahat dengannya selama ini! Apa sudah jadi? Adakah wanita didepannya sudah mula menyayangi anak tirinya? Dia sudah mula risau.
“Ini balasan sebab anak kau tampar anak tiri aku tadi.”jawabnya dengan nada riak.
“Anak aku?”tergagap-gagap dia berkata.
“Anak aku tampar Nur Adriana?”Memang sahlah yang wanita ini sudah berbaik semula dengan bekas banduan itu! Aduh…sakit jugak tamparan wanita berusia ini. Tapi dia hairan. Bila masa pulak Wan Zubair datang rumah wanita ini?Rasanya anak dia mengepalai satu pembedahan di hospital. Mana mungkin anaknya datang ke rumah wanita ini!
“Tak mungkin dia datang rumah kau. Tak mungkin!”
Puan Farzana tergelak kecil. “Anak kau siap bagi bunga ros kat anak tiri aku. Tapi apa yang dia dapat? Penampar!”bulat matanya. “Sebab itulah aku datang sini nak balas balik apa yang anak kau dah buat pada anak tiri aku!”balasnya angkuh.
“Kau datang sini semata-mata nak balas dendam atas apa yang anak aku buat? Kau dalam diam pengkhianat! Kata bersekongkol dengan aku tapi kau sebelahkan dia!”lantang Puan Kamariah Adnan bersuara. Geramnya terhadap wanita berusia ini mula membara.
“Itu saja tujuan aku datang sini.”balasnya dengan riak. “So, aku nak balik sekarang. Aku harap kita jangan berjumpa lagi. Kau dan aku dah takde apa-apa hubungan lagi. Kau dan aku musuh!”terus dia berlalu pergi tanpa menyalami wanita itu. Tiada gunanya jika bersalam dengan keluarga yang tiada sikap hormat-menghormati.
Puan Kamariah Adnan menjerit sekuat-kuat hatinya. Kemarahannya makin memuncak saat ini. Dendamnya pada keluarga itu makin membara. Dulu dia hanya berdendam dengan Nur Adriana sahaja. Kini, seluruh keluarga itu didendaminya.
“Kau tunggulah nanti. Aku akan balas balik apa yang kau buat pada aku! Kau tunggu ajelah!!”jeritnya sekuat hati.
****
Traffic light yang berwarna merah membolehkan dia berbual sementara dengan isteri tersayang.
 “Dahsyat juga penangan isteri abang ye. Tak sangka isteri abang kuat menampar orang.”usik Ahmad Jamil sambil mengerling isteri tersayang disebelah.
Puan Farzana tersengih. Tadi dia serius sewaktu di rumah Puan Kamariah Adnan. Sekarang ni dia gembira dengan usikan dari suaminya.
“Zana ingatkan abang tidur mati tadi dalam kereta.”perli isterinya.
“Abang pejam mata aje. Bila abang dengar Puan Kamariah Adnan menjerit tu, mata abang terus terbuka besar. Tak sangka jugaklah isteri abang ni tampar dia.”
“Zana balas balik apa yang patut Zana balas. Keluarga macam diorang tu mana boleh dibawa runding. Salah sikit, penampar hinggap di muka.”gerutunya.
“Mujur keluarga kita tak macam tu.”Ahmad Jamil tersenyum.
“Abang, bawaklah laju sikit. Lagi berapa minit nak maghrib. Zana takut Adriana terjaga pulak nanti.”jam kereta sudah menunjukkan pukul enam empat puluh lima malam. Lagi berapa minit lagi azan akan berkumandang. Dia tidak mahu suaminya terlewat ke surau.
Ahmad Jamil tersenyum lebar. “Sayang betul Zana dengan anak abang tu. Ini yang abang bertambah sayang ni.”dia mencubit manja pipi isterinya sewaktu traffic light bertukar warna hijau. Dia terus memandu dengan tenang.
“Abang, bawaklah laju sikit. Dah nak masuk maghrib ni.”paksa Puan Farzana.
Ahmad Jamil tersenyum. “Abang bawak lajulah ni. Jangan salahkan abang kalau kita  accident. Awak nak kita accident ke?”dia menjeling isterinya.
Puan Farzana menepuk lembut bahu suaminya yang sedang leka memegang stereng kereta. “Abang ni…cakap yang bukan-bukan pulak bila tengah bawak kereta ni. Kang accident betul-betul, baru padan muka abang!”dia pulak rasa gelisah. Mana tahu ajal menjemput mereka berdua hari ini. Hatinya mula berasa tidak sedap.
Mintak-mintaklah tiada apa yang berlaku, Ya Allah!”pohonnya dalam hati. Dia memejamkan mata.
Tersengih Ahmad Jamil dibuatnya. Dia menukar ke gear empat. Selepas ini dia akan menuruni bukit yang agak tinggi. Dia sempat memandang isterinya yang nampak agak kalut itu.
Takut sangat!getusnya dalam hati. Dia meneruskan perjalanan dengan tenang.
Tiba di pertengahan bukit, dia dapat merasakan brek keretanya tidak dapat berfungsi dengan elok. Puas dia tarik dan tolak brek tersebut. Tapi tak ada kesan pun. Dia pun mula rasa gelabah. “Eheh, kenapa ni?”dia kalut.
Sudah agak lama dia menaiki kereta anaknya. Dia tidak biasa memandu kereta jenis auto. Sepanjang anaknya berada dipenjara, dia yang sering ke workshop untuk memastikan kereta anaknya dalam keadaan terjaga. Ada jugak dia suruh Fida pergi ke bengkel, tapi dia tidak mahu. Segan katanya.
“Abang!!”mata Puan Farzana terbuka luas. Apa yang ditakutinya bakal berlaku. Astagfirullahalazim. Kau selamatkanlah nyawa kami berdua, Ya Allah! Pohonnya tanpa henti.
“Brek tak berfungsi lah.”
“Abang jangan….Zana takut ni.”dia hendak membantu tetapi dia tidak tahu mana satu brek dan mana satu pedal.
Beberapa kereta di hadapannya menambahkan kegelisahan di hati mereka berdua.
Tidak sempat Ahmad Jamil berbuat apa-apa, kereta Myvi itu berlanggar dengan sebuah kereta dihadapan. Kedua-dua mereka terdorong ke depan.
Akhirnya mereka pasrah. Ajal dan maut di tangan tuhan…
****
Datin Zafiah mengeluh resah. Satu persatu masalah timbul dalam hidupnya sejak kebelakangan ini. Dia terpaksa berpatah balik ke hospital semula untuk mengetahui situasi Zeril Iskandar. Anaknya sudah keluar dari bilik pembedahan dan dimasukkan ke dalam wad pesakit khas. Dia yang memaksa doktor memberikan satu bilik khas untuk anaknya berehat. Wang ada, semuanya jalan seperti biasa.
“Doktor, saya rasa lebih elok saya bawa Zeril Iskandar pulang. Saya susah hati jika anak saya takde depan mata. Biarlah saya jaga dia dirumah.”itu tekadnya sekarang ini. Menjaga anaknya sehingga sihat seperti biasa.
“Datin, dalam kondisi Zeril Iskandar sekarang, kami tak benarkan dia pulang ke rumah. Datin kena faham. Anak Datin memerlukan jagaan rapi. Disini semua doktor pakar ada untuk memberikan rawatan terbaik kepada anak Datin.”jelas Prof.Dr.Azmi
“Doktor, tolonglah!! Saya sanggup bagi berapa saja asalkan doktor benarkan anak saya tinggal di rumah.”pinta Datin Zafiah penuh pengharapan. Dia tetap berharap agar anaknya dapat pulang ke rumah.
Prof.Dr.Azmi mengeluh. Seorang ibu pastinya tidak akan membiarkan anaknya keseorangan di hospital ini tanpa ditemani sesiapa. Jika dia sebagai ibu, dia pun akan turut melakukan perkara yang sama. Merayu dan terus merayu.
“Baiklah. Saya akan benarkan Zeril Iskandar pulang ke rumah.”
Datin Zafiah lega.
“Tapi ada syaratnya!” terdiam Datin Zafiah disitu.
Syarat apa pulak ni?

7 ulasan:

Eijan berkata...

Sebenarnya akak lebih suka nak tau perkembangan Zeril & Adriana....dah beberapa bab x ada perkembangan hubungan mereka berdua....please cepatkan n3 mereka berdua ye....

Unknown berkata...

ok kak..Zeril n adriana akn kmbli slpas bab ni..jgn bimbang k..

eifa berkata...

dahsyat gak mak tiri adriana nih. dpt penampar free mak zubair. hehe

Tanpa Nama berkata...

hehe..balas balik kak..dia geramlah bila anak tiri d ditampar..

Ruunna Qizbal berkata...

smbng lgii

Unknown berkata...

hehe..dik, lpas ni episod last! x boleh nk smbung2 lg..hehe

Riezzki berkata...

sis novel ni dh d terbitkn ke terbitan mne.
kalo dh kluar leh bgtaw no pon 0178706973