Jumaat, 29 November 2013

BAB 9 JANGAN TINGGALKAN AKU


Kyra bangun untuk ke tandas. Perutnya sedikit memulas setelah makan dalam kuantiti yang agak banyak. Waktu majlis dah nak bersurailah baru perutnya meragam. Hai, perut, perut. Baru nak makan sedap-sedap, kau kacau daun. omel Kyra dalam hati.
“ Awak nak pergi mana tu, Cik Kyra?”
“ Apasal pulak nak tahu?” acuh tak acuh sahaja suara Kyra.
“ Tak boleh ke?” berkerut dahi Abdul Fatah.
“ Saya nak pergi tandas, Encik Fatah.” Tekan Kyra. Sabar sajalah bila bercakap dengan orang yang muka serius ni!
“ Kalau macam tu, saya nak ikut awak boleh?” kata Abdul Fatah dengan suara yang sedikit serius.
Kyra ketap bibir. Dia nak ikut aku pergi tandas? Dah gila ke apa mamat ni? Kyra sudah mula seram sejuk. “ Tolong jangan jadi gila Encik Abdul Fatah!” lelaki ini memang dah biul! Nak ikut dia pergi tandas buat apa? Gila… lelaki ni memang dah gila!
“ Saya bukan gila, Cik Kyra. Perut saya sakitlah. Itu yang saya nak ikut awak.”
Berubah riak wajah Kyra.“ Aik? Awak pun sakit perut?” tidak sangka mereka berdua mengalami sakit yang sama.
“ Yalah. Tak nampak ke muka saya ni berkerut menahan sakit ni? Hesy, itu pun mau cakap ka.” Abdul Fatah sempat mencebikkan mulutnya. Dia mula bangun. Perutnya yang mula meragam itu dipegang-pegang.
Kyra terasa bersalah. Nampaknya lelaki itu betul-betul sakit perut. “ Yalah, yalah. Jom. Lambat karang, terburai pulak kat sini.” katanya dengan sinis. Tanpa mempedulikan Abdul Fatah, dia mengorak langkah menuju ke muka pintu dewan besar itu. Jalannya agak laju berbanding biasa. Dibiarkan Abdul Fatah ke belakang.
Namun dia terkejut apabila melihat kelibat Khuzairi yang berdiri di pintu besar itu. Kakinya bergerak perlahan.
“ Kenapa awak ada kat sini, Khuzairi? Majlis dah nak dekat bersurai pun. Tak nak balik ke? Esok awak bukan kerja ke?”
“ Awak masih ambil berat pada saya, Kyra. Erm… saya tunggu awak dari tadi.” Kata-kata itu agak melemaskan diri Kyra. Di bilik persalinan tadi, Khuzairi bukan main marah padanya kerana tidak mahu menerima cinta lelaki itu tapi kenapa lelaki ini sudah bercakap lembut dengannya? Kyra sedikit pelik.
“ Awak balik ajelah. Saya ada hal dengan…”
“ Dengan saya, Encik Khuzairi.” Pintas Abdul Fatah dengan tiba-tiba. Tangan Kyra dipaut kemas. Kyra terkejut. Muka Khuzairi di muka pintu besar itu sudah berubah keruh.
“ Err… saya balik dululah, Kyra. Awak jaga diri.” Tersekat-sekat kata-kata Khuzairi sebelum dia keluar dari dewan besar itu.
Makin pelik Kyra dibuatnya. Kenapa Khuzairi tu tiba-tiba aje jadi macam tu? Belum dia habis bercakap lagi, lelaki itu sudah mula meminta izin untuk pulang. Takkan dia takut dengan Abdul Fatah kut? Desisnya dalam hati.
Kyra mula memandang Abdul Fatah. “ Lepaskan tangan saya boleh tak? Dah tak tahu hukum halal haram ke?” Kyra membulatkan matanya.
Abdul Fatah menarik tangannya. Apabila Kyra bercakap pasal halal dan haram, serta-merta dia rasa bersalah. Tapi perasaan bersalahnya itu hanya dipendam di hati sahaja. Dia membuat riak selamba di depan Kyra.
“ Saya pergi tandas dulu.” Abdul Fatah keluar dari dewan besar itu.
Kyra terpinga-pinga di situ. Kenapa dengan dua mamat ni? Seorang balik macam tu aje bila dia belum habis bercakap, seorang lagi egonya tinggi bila bercakap. Kyra geleng kepala. Boleh jadi gila kalau setiap hari wujud dua lelaki itu dalam hidupnya.
****
 Kyra menarik nafas lega setelah keluar dari tandas. Mujur perutnya tidak lagi meragam seperti setengah jam yang lalu. Jika tidak, terpaksalah dia bermalam di dalam tandas hari ini. Kakinya mula mengorak langkah untuk masuk semula ke dalam dewan.
“ Cik Kyra!” panggil Abdul Fatah tidak berapa jauh dari tandas perempuan.
Opocot!” Hampir tersadung Kyra di atas marmar yang berwarna kelabu itu. Sudahlah dia pakai kasut Ultra high heels dan bergaun labuh. Mujur dia tidak tergelincir apabila berjalan terlalu laju.
“ Awak ni suka terkejutkan saya tau! Awak nak apa lagi dari saya ni?” marah Kyra sambil mencekak pinggang. Geram sungguh dia dengan Abdul Fatah. Suka sangat panggil dia dengan nada terjerit-jerit.
Abdul Fatah beriak selamba. Segaris senyuman langsung tidak meniti dibibirnya. Hanya riak serius sahaja yang ada.
“ Cik Kyra nak pergi mana?”
“ Nak masuk dalamlah, apa lagi.” Mendatar sahaja suara Kyra. Matanya menjeling kearahlelaki bermuka serius itu.
“ Saya nak ikut sekali.”
“ Awak ni memang dah gila eh? Saya nak pergi tandas, awak nak ikut. Saya nak masuk dewan pun awak nak ikut! Dah besar-besar pun nak ikut orang. Gila!” ayat terakhir yang diucapkan Kyra diperlahankan sedikit.
Abdul Fatah menyeluk poketnya lalu dengan selamba berjalan mendekati Kyra. “ Saya risaukan awak, Cik Kyra.” Kyra mengerutkan dahi.
“ Eh, mamat ni. Risaukan kita buat apa? Risaukan diri sendiri tu lagi baguslah. Hee…” Kyra mencebik. Tidak suka berbual terlalu lama dengan Abdul Fatah, dia selamba sahaja masuk ke dalam dewan tanpa menghiraukan lelaki serius itu.
“ Cik, Kyra. Tunggulah!” seru Abdul Fatah sekali lagi namun Kyra tetap tidak mengendahkannya.
Kyra tetap meneruskan jalan. Dia malas mahu melayan lelaki itu lagi.
Abdul Fatah mula mengeluh. Nampaknya hasrat dia untuk mengenakan Kyra tidak kesampaian. Wanita itu tidak mahu melayan dirinya lagi. Hai Fatah, kau sedih ke Cik Kyra yang cantik manis tu tak layan kau? Bisik satu suara. Abdul Fatah jadi bingung. Dia meraup rambutnya ke belakang.
“Ini tak boleh jadi ni! Kau selalu kenakan aku, Cik Kyra.  Lepas ni, kau tahulah nasib kau! Abdul Fatah tersenyum sungging. Dia sudah ada rancangan untuk mengenakan Kyra. Malam ini juga dia akan laksanakan rancangan itu.
****
Kyra memanggung kepala. Duduk di meja bulat tanpa berkata sepatah perkataan telah menimbulkan rasa bosan dalam dirinya. Jam di telefon bimbitnya sudah pukul sepuluh setengah malam. Entah berapa lama dia boleh bertahan di sini.
Puan Faridah yang selang dua kerusi darinya mula perasaan duta barunya itu tidak seceria tadi. Dia bangun sedikit dan duduk disebelah Kyra.
“ Cik Kyra. Something's wrong with you. Can share with me?”
Kyra mengangkat wajahnya lalu dia menoleh kearah Puan Faridah dengan senyuman tipis. “ Nope! Just a little bit tired.”
“ Ooo…” Puan Faridah mengangguk sahaja. “ Kalau macam tu, awak baliklah. Majlis dah nak bersurai pun. Lagipun awak dah berucap kat atas pentas tadi sebagai duta Slim World, itu dah cukup memadai. Baliklah.” Dia menepuk lembut bahu Kyra.
Thanks, Puan.” gembiranya dia tidak terkata apabila Puan Faridah membenarkan dia pulang ke rumah. Selepas ini dapatlah dia berehat sepuas-puasnya di atas katil empuk miliknya. Ah, tak sabarnya!
Kyra mula bangun dari tempat duduk. Mukanya ceria kembali. Tidak seperti tadi. Masam dan lemah sahaja.
Puan Faridah tersenyum. “ Oh ya, Kyra. Esok jangan lupa datang office untuk collect cek fifthy thousand ringgit ya.” Pesannya.
Kyra terkejut. “ Fifthy thousand ringgit? Untuk apa ya, Puan?” dada kyra mula berdebar. Banyak tu duit lima puluh ribu. Sudah lama dia tidak memegang duit sebanyak itu. Wang hantaran yang diberikan Khuzairi setahun yang lepas tidak sebanyak itu.
Fifthy thousand tu adalah bayaran untuk awak sebagai duta syarikat kami untuk setahun. Awak tak baca agreement yang Abdul Fatah uruskan ya?” dia terkedu. Rasanya agreement untuk menjadi duta Slim World tidak pernah diberikan Abdul Fatah. Semalam pun mereka berjumpa tanpa membincangkan agreement.
“ Saya tak baca lagi agreement tu, Puan. Nantilah, kalau ada masa saya jumpa Encik Abdul Fatah untuk bincang pasal agreement tu.”
Agreement tu nanti-nanti baca pun tak apa. Haa, tu anak saya dah sampai. Cik Kyra cakaplah dengan dia pasal agreement tu ya.” Puan Faridah tersenyum. Baru cakap pasal Abdul Fatah, anaknya itu sudah sampai.
“ Anak?” Kyra berpaling ke belakang. Kelibat Abdul Fatah dibelakangnya. Takkanlah lelaki itu merupakan anak Puan Faridah? Aduyai… kepala aku dah mula biul ni. Katanya dalam hati.
“ Ibu, tadi Fatah dengar ibu cakap pasal agreement. Kenapa dengan agreement tu?” Abdul Fatah memandang wajah ibu kandungnya yang masih lagi duduk di meja bulat itu.
Telinga lintah betul mamat ni! Kyra mencebik dalam hati.
“ Ibu bagi tahu pada Cik Kyra tentang bayaran lima puluh ribu sebagai duta Slim World. Fatah tak bagi tahu ke pasal agreement tu dengan Cik Kyra ya?”
“ Belum lagi, ibu. Tak sempat.” Itu sahaja yang Abdul Fatah jawab. Kyra di sebelah sudah menjeling tajam. Mana tak sempatnya! Semalam dia nak jumpa, mengada-ngada pandang tingkap tu. bentak Kyra dalam hati. Ingin sahaja dia meluahkan pada Puan Faridah tentang sikap sebenar anaknya yang sangat serius itu.
“ Puan, saya rasa saya balik dululah. Nanti saya jumpa Puan esok.” Kyra tidak betah untuk terus berdiri di sini bersama Abdul Fatah. Jika boleh, dia mahu pergi jauh dari Abdul Fatah. malas betul nak pandang muka lelaki serius tahap kronik ni. Baik balik rumah tidur lagi bagus! Bisik hati kecilnya.
“ Tunggu, Cik Kyra. Biar saya hantar awak balik.” celah Abdul Fatah.
“ Haa… bagus juga tu! Cik Kyra kata dengan saya tadi Cik Kyra datang naik teksi kan? Balik dengan anak saya pun bagus jugak, selamat sikit.” ujar Puan Faridah dengan muka cerianya.
Kyra kemam bibir. Balik dengan Abdul Fatah? Oh, please! Dia tidak sanggup lagi untuk mengadap lelaki serius ini.
“ Maaflah, Puan. Tadi saya dah telefon kawan saya. Kejap lagi dia datang.” Kyra terpaksa berbohong. Itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk tidak balik dengan Abdul Fatah.
“ Saya balik dulu, Puan. Assalamualaikum.” Dia salam Puan Faridah tanpa sedikit pun memandang wajah Abdul Fatah yang nampak tegang. Biarkan dia! Ingat aku suka dekat dengan dia? katanya dalam hati.
Kyra tersenyum nipis sebelum dia bergerak keluar dari dewan besar itu. Apa yang dia mahukan sekarang ini hanyalah tidur, tidur dan tidur! Badannya sudah letih untuk bercakap banyak.
“ Err… waalaikumsalam. Eh, kenapa dengan Cik Kyra tu? Ibu nak suruh kamu hantarkan dia balik pun dia tak nak ke? Hmm…” Puan Faridah mengelengkan kepala.
“ Ibu berbuallah dengan kawan-kawan ibu dulu ya. Fatah nak hantar dia balik.” Tegas Abdul Fatah. Tanpa banyak bicara, dia bergegas keluar mencari Kyra yang sudah meninggalkan dewan itu. Hatinya tidak tenang selagi dia tidak membawa Kyra pulang ke rumah.
Puan Faridah mengerutkan dahi. Fatah nak hantar Cik Kyra balik? Bukan ke Kyra nak balik dengan kawan dia? Hmm… nampaknya ada sesuatu yang anaknya cuba sembunyikan darinya. Dia kena siasat ni!
***
Abdul Fatah mengarahkan Hanip dan Syawal untuk mencari Kyra sampai jumpa. Dua pekerjanya itu tanpa membantah bergegas mencari Kyra di sekitar lobi utama. Dia pun tidak terkecuali untuk mencari Kyra di situ.
Dia pun tidak faham dengan hatinya. Bila ada kaitan dengan Kyra, dia cepat risau. Bila dengan pekerjanya, tak ada pula dia risau seperti ini. Hai Fatah, takkan kau dah minat kat dia kut? Abdul Fatah mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Ah, aku bukan minat kat dia. Aku cuma nak kenakan dia aje. Abdul Fatah monolog sendiri.
“ Tuan, saya dah jumpa dia kat luar lobi. Syawal ada kat sana dengan dia.” Hanip berkata dengan nada tergesa-gesa.
Abdul Fatah tersenyum lega. Kyra ada kat luar lobi rupanya. Bagus! Ini yang dia makin teruja untuk mengenakan Kyra.
“ Hanip, pinjam kereta awak kejap.”
“ Kereta saya? Nak buat apa Tuan?” Hanip sudah mula rasa gelisah. Keretanya bukannya mewah mana pun. Kereta kancil aje.
Abdul Fatah tergelak kecil. “ Nak pinjamlah. Sekejap aje. Nanti esok saya pulangkan balik.”
Hanip pelik. “ Bukan ke Tuan bawa kereta Mercedes tadi? Kenapa tak nak bawa yang tu?”
“ Hari ni awak bawa balik kereta saya tu. Esok awak pulangkan pada saya kat ofis.”
Hanip teruja tetapi pada masa yang sama dia keliru dengan permintaan majikannya. “ Kereta Tuan kan lagi mewah daripada saya. Kereta saya versi lama Tuan. Seganlah.” Walaupun hatinya meronta-ronta untuk membawa kereta majikannya itu, pada masa yang sama dia malu jika Abdul Fatah membau sesuatu yang kurang enak di dalam keretanya. Keretanya itu bukannya pakai bau-bauan pun.
“ Tak apa. Jangan risau tentang itu. Bak sini kunci kereta awak. Saya nak cepat ni. Nanti terlepas pulak Cik Kyra tu.” Abdul Fatah memberikan kunci keretanya terlebih dahulu sebelum Hanip dengan rela hatinya memberi kunci kereta kancilnya.
“ Saya pergi dulu. Jaga kereta saya baik-baik.” pesan Abdul Fatah dengan sedikit nada tegas.
Hanip mengangguk faham. Wah, malam ini dia naik kereta Mercedes lah! Yahoo!
****
Kyra merayu pada pekerja Abdul Fatah supaya melepaskan dirinya namun lelaki itu tetap bertegas untuk tidak membenarkan dia balik ke rumah. Kyra terasa ingin menjerit tapi dia terpaksa pendamkan kerana agak ramai tetamu kehormat yang sudah mula keluar untuk pulang ke rumah.
“ Tolonglah, Encik. Hari dah larut malam ni. Saya tak nak balik dengan bos kamu. Tolonglah!” rayu Kyra berkali-kali dengan nada suara yang dikawal.
“ Syawal! Awak boleh balik. Kyra biar dengan saya.” sahut Abdul Fatah di cermin  kereta ketika dia sampai di tengah lobi utama.  Bila malam sudah larut, tetamu kenamaan sudah mahu pulang. Kereta-kereta mewah mula menjalar keluar untuk mengambil tetamu-tetamu kehormat tersebut. Dia tanpa rasa malu membawa kereta milik Hanip di ruang legar lobi utama itu. Sengaja dia mahu menguji reaksi Kyra ketika dia membawa kereta itu.
“ Baik, tuan!” Syawal lekas mengangguk. Dia agak terkejut majikannya itu membawa kereta kancil milik rakan sekerjanya tetapi dia tahu pasti lelaki itu ada muslihat yang tersendiri apabila membawa kereta itu.
Mata Kyra tidak berkelip apabila melihat kereta dihadapannya. Kereta kancil! Abdul Fatah naik kereta kancil datang majlis ni? Kyra mengerling ke kiri dan kanan. Ya Allah, ramainya yang tengok kereta murah tu. Malunya aku! jerit Kyra dalam hati.
Abdul Fatah sudah nampak riak gelisah di wajah Kyra namun dia bersikap selamba sahaja. Malam ini dia mahu menghabiskan masanya dengan mengenakan Kyra cukup-cukup!
“ Awak, naiklah cepat. Kereta Mercedes kat belakang nak keluar jugak.” arah Abdul Fatah setelah lelaki itu keluar dari perut kereta. Berubah riak wajah Kyra. Saat ini dia malu tidak terkata. Tidak sangka Abdul Fatah akan memalukan dirinya sebegitu rupa.
Gaun labuh berwarna hitam yang diberi pihak Slim World diangkat sedikit. Ingatkan bila keluar dari Hotel Grand Hyatt ni, Abdul Fatah akan muncul dengan kereta mewah. Yalah, pengurus Slim World kan, mestilah kena pakai kereta yang mewah ya tak?
Kyra menunduk wajahnya berapa saat sebelum dia masuk ke dalam perut kereta ekonomi itu dengan muka masam mencuka. Sedangkan Abdul Fatah yang berdiri di luar kereta sudah tersengih bagai kerang busuk.
Malam ini dia rasakan kemenangan berada di pihaknya. Cik Kyra, malam ni aku akan kenakan kau cukup-cukup. Hehe.” Monolognya sendiri seraya dia masuk ke dalam perut kereta dan membawa Kyra keluar dari hotel mewah itu.



** ALHAMDULILAH... en3 ni siap juga akhirnya... Terima kasih sebab sudi baca sampai ke titisan terakhir. Hope korang enjoy ya! And eya harap korang faham jalan citer yang eya buat kali ni.
** Pada sesiapa yang nak join grup / fb eya. Jomlah kita jadi kawan! ;)
Grup : karyanurdaeya 
Facebook : Nur Daeya

Rabu, 27 November 2013

BAB 8 JANGAN TINGGALKAN AKU


“ Dah lama saya tengok kamu berdua kat dalam bilik ni. Aren’t both of you having affair each other?” sindir Abdul Fatah ketika dia berdiri di depan Kyra dan Khuzairi. Matanya tidak memandang Khuzairi sebaliknya dia merenung tajam wajah Kyra yang agak pucat itu.
Kyra terkedu dengan kata-kata lelaki itu. Walaupun dia bersyukur Abdul Fatah telah menyelamatkan dirinya daripada Khuzairi, namun sikap lelaki itu tetap tidak berubah! Suka buat muka serius. Sakit hati pula Kyra melihatnya.
“ Boleh tak awak keluar dari bilik ini, Encik Abdul Fatah? Hal kami tak ada kena mengena dengan awak.” Kata Khuzairi setelah dia mendapati lelaki yang baru dia bertemu tadi merenung Kyra tanpa berkelip. Dia rasa cemburu. Bukan cemburu yang sedikit. Cemburu yang amat sangat!
Tangan Kyra dirangkul kemas. Khuzairi tahu bila dia sudah pegang tangan mulus itu, Kyra takkan terlepas dari pegangannya.
Kyra terkejut besar. Suka-suka hati aje mamat ni pegang tangan aku. Desisnya dalam hati.
“ Apa awak ni? Main pegang aje tangan saya. Lepaslah!” Kyra mula marah. Khuzairi betul-betul merosakkan moodnya malam ini. Dia berusaha untuk meleraikan pegangan tangan Khuzairi namun apakan daya, tangannya tidak kuat seperti tangan lelaki itu.
Khuzairi tersenyum gembira. Dia berasa puas kerana dapat memegang tangan Kyra. Hmm… makin tak sabar-sabar aku nak dapatkan kau, Kyra yang cantik jelita. Dia senyum lebar.
“ Lepaskan dia, Encik Khuzairi!” Abdul Fatah mula melenting. Dia meluru kearah Khuzairi lalu menarik tangan Kyra daripada dipegang lelaki itu.
Kyra mengaduh sakit apabila Abdul Fatah meleraikan tangannya dengan sedikit kasar. Ya Allah, lelaki ni memang ganas betullah! gumamnya dalam hati.
Kini, Kyra berdiri dibelakang Abdul Fatah. Terbau haruman Giorgio Armani di baju lelaki ini. Dia sedikit terbuai namun hanya seketika cuma. Lelaki itu bertindak menarik tangannya lalu membawanya keluar dari bilik persalinan itu. Dia tergamam!
Khuzairi terkejut yang amat sangat. Nampaknya Abdul Fatah tidak senang dengan apa yang dia lakukan pada Kyra tadi. Adakah lelaki itu menyukai Kyra dalam diam? Oh tidak! Dia tidak layak untuk mendapat tempat dihati Kyra. Hanya aku seorang saja yang layak! jerit Khuzairi dalam hati.
“ Kyra, wait for me!” laung Khuzairi. Dia sudah gila bayang pada Kyra. Apapun yang terjadi, dia harus mendapatkan Kyra daripada Abdul Fatah.
“ Kyra!” laung Khuzairi lagi setelah dia keluar dari bilik persalinan itu. Dia tetap tidak berpuas hati selagi Kyra tidak bersama dengannya.
Tatkala Khuzairi meliar mencari bayang Kyra dan Abdul Fatah di sekitar pentas, satu tumbukan padu hingga di wajahnya ketika dia mengalihkan wajahnya ke kiri. Terjelepok dia jatuh menyembah bumi.
“Auch!” Khuzairi memegang pipinya yang terasa pijar.
“ Puas hati aku, Encik Khuzairi!” Khuzairi tergamam. Abdul Fatah! Berani betul dia tumbuk muka aku. Sakit hatinya dengan perbuatan Abdul Fatah.
“ Bangunlah kalau berani! Datang sini tak ada adab! Ini majlis gala, Encik Khuzairi bukan majlis mengorat perempuan cantik faham!” tengking Abdul Fatah dengan selambanya. Mujur dibelakang pentas ini tidak ada orang yang memerhatikan mereka berdua. Jika tidak, habis reputasinya sebagai anak kepada pengasas Slim World.
Usai dia dan Kyra keluar dari bilik persalinan itu, dia mengarahkan Salma untuk membawa Kyra duduk disebelah ibunya. Sebentar lagi Kyra akan naik ke atas pentas untuk memperkenalkan dirinya sebagai duta Slim World yang baru bersama empat artis yang lain.
“ Mana Kyra aku, hah? Kau buat apa dengan Kyra?”
Perkataan Khuzairi berubah menjadi kasar. Tiada lagi kata-kata hormat yang meluncur dibibirnya buat Abdul Fatah. Lelaki itu baginya tidak perlu dihormati.
Abdul Fatah senyum sinis. Dah berubah panggilan nampaknya Khuzairi ini. Jika lelaki itu boleh cakap kau,aku. Dia apa salahnya kan?
“ Kyra kau? Huh! Sejak bila Kyra tu jadi hak kau hah? Aku rasa kau aje yang melebih, Khuzairi.” Katanya dengan angkuh sekali.
Sakit hati pula Khuzairi mendengarnya. Dia cuba untuk bangun dan berdepan dengan Abdul Fatah namun tumbukan lelaki itu ternyata memberi kesan kepada tubuh badannya. Punggungnya terasa perit. Susah betul nak bangun.
            Abdul Fatah tiba-tiba memanggil dua pekerjanya, Hanip dan Syawal yang berdiri tidak jauh darinya. Sengaja dia membawa dua pekerjanya untuk lebih berhati-hati sekirannya Khuzairi bertindak untuk memukulnya pula.
“ Hanip, Syawal! Bawa lelaki ni duduk kat tempat yang Puan dah sediakan untuk tetamu. Jangan bagi lelaki ni duduk terlalu dekat dengan bahagian pentas. Nanti tak pasal-pasal rosak majlis malam ni!” tegas kata-kata Abdul Fatah. Dalam kata-katanya itu mengandungi makna yang tersirat. Manalah tahu, Khuzairi mahu melarikan Kyra semasa majlis sedang berlangsung.
Hanip dan Syawal akur dengan arahan majikannya. Mereka berdua mendekati Khuzairi dengan riak wajah yang tegang.
Khuzairi terdiam. Nampaknya Abdul Fatah mempunyai pengaruh yang begitu kuat di SlimWorld sehinggakan pekerja-pekerjanya boleh tunduk dengan arahan yang agak ringkas di mulut lelaki itu. Akhirnya, dia terpaksa mengaku hakikat bahawa lelaki ini lebih kuat daripadanya!
Tapi dia tidak akan mengalah untuk menjadikan Kyra hak milik mutlaknya semula. Kyra hanya milik Khuzairi sahaja. Bukan Abdul Fatah atau sesiapa pun! Tekad Khuzairi dalam hati.
****
Saat nama Kyra bergema di seluruh dewan itu, lampu yang berkelipan di sekelilingnya terpadam secara tiba-tiba. Kyra jadi gelabah. Duduk disebelah Chairman Slim World, Puan Faridah pun sudah membuatkan jantungnya berdegup kencang apatah lagi bila namanya diumumkan kepada khalayak bahawa dia adalah duta terbaru Slim World, memang makin berdegup-deguplah jantungnya!
Bila namanya disebut pengacara majlis, maknanya dia terpaksalah naik ke atas pentas untuk memberikan sepatah dua kata. Ya Allah, takutnya aku. Kata Kyra dalam hati. Darah gemuruhnya begitu menebal saat ini. Bermacam-macam perasaan yang muncul dalam dirinya.
“ Kyra, do your best ya! Show them that you are adorable person!” bisik Puan Faridah tatkala Kyra berdiri untuk naik ke atas pentas. Sempat lagi wanita berusia lima puluhan itu memegang kemas tangannya.
Kyra angguk dengan senyum terpaksa. Dengan separuh rela, kakinya melangkah penuh bergaya menyelusuri tetamu kehormat yang berada dibelakangnya sambil mengukir senyuman lebar.
Abdul Fatah yang selesai memberi pengajaran kepada Khuzairi ternampak kelibat Kyra mula menaiki pentas. Setelah dia berpuas hati Hanip dan Syawal membawa Khuzairi ke meja bulat yang disediakan untuk tetamu kehormat, dia kembali ke meja yang ibunya duduk. Ada dua kerusi kosong di meja itu dan dia dengan selambanya duduk di sebelah ibu kandungnya, Puan Faridah.
“ Hah, Fatah. Kamu buat apa kat belakang pentas tadi? Nasib baik Kyra tak mula cakap lagi.”
“ Ala, ibu. Fatah nak periksa belakang pentas tu pun tak boleh ke? Manalah tahu, pekerja kita tak buat kerja.” Abdul Fatah memberi alasan.
“ Yalah tu. Ingat ibu tak tahu yang kamu tak suka pergi majlis ni?” Abdul Fatah terdiam. Ibu ni macam tahu-tahu aje yang aku tak suka majlis macam ni tambahan pulak Kyra tu ada kat sini, lagilah aku tak suka! Kataya dalam hati.
Benci benar dia dengan Kyra. Tapi kalau benci, kenapa mesti kau tolong perempuan mulut bisa tu? Kau dah jatuh cinta pandang pertama kat dia ya? Satu suara yang tidak dikenali membidas kata-katanya. Abdul Fatah kemam bibir.
Jatuh cinta ? Tidak! Tidak sama sekali dia akan jatuh cinta dengan Kyra. Perempuan itu tidak layak untuk bercinta dengannya.
“ Hesy, Fatah ni. Ibu cakap tak nak balas.” Puan Faridah menolak lembut tubuh badan anaknya. “ Ibu tengok muka Kyra lagi bagus. Sejuk sikit hati ibu daripada pandang muka kamu yang serius aje tu.” suara Puan Faridah sedikit merajuk.
Abdul Fatah meraup rambutnya ke belakang. Badannya yang tembam itu disandarkan ke kerusi yang dibaluti dengan kain cream berbentuk reben dibelakangnya sebelum dia memanggungkan kepalanya di atas meja bulat itu. Malam ini dia terasa bosan. Suasana yang gelap ini tidak membawa makna apa-apa kepadanya.
****
“ Jika anda inginkan berat badan yang ideal, datanglah ke Slim World.” Suara penuh yakin seorang duta memberikan ucapan pertamanya di khalayak ramai. Kyra kagum dengan dirinya sendiri. Tidak sangka dia mampu menangani masalah gugupnya di atas pentas.
Tepukan gemuruh diberikan kepadanya. Kyra berdiri di tengah pentas sambil menundukkan wajahnya. Setelah itu, dia tersenyum lebar memandang hadirin yang datang.
Sambil Kyra tersenyum, matanya melekat pada kelibat Khuzairi yang berada nun di meja yang tidak jauh dari muka pintu utama dewan ini. Lelaki itu masam sahaja mukanya. Kyra pasti muka lelaki itu masam kerana dia.
Kyra turun ke bawah setelah selesai semuanya. Ingatkan selepas dia habis berucap, pengacara majlis akan bertanyakan soalan kepadanya tetapi rupanya tidak. Lega juga hatinya kerana tidak ditanya soalan.
Kyra rasa malu apabila ada jurukamera menangkap gambarnya ketika dia berjalan untuk ke meja yang dia duduk tadi. Tapi bila dah pakai cantik ni, dia hanya posing ala kadar sahaja.
Abdul Fatah mengerutkan dahi apabila Kyra berjalan menuju ke meja yang dia duduk. Aik, takkan duduk kat tempat yang sama kut? detik hati kecilnya.
Kyra kembali ke meja yang diduduki Puan Faridah. Malangnya, Abdul Fatah ada sekali di situ. Dia mengeluh perlahan. Rasanya, masa dia berucap tadi, tak nampak pulak kelibat lelaki ini di sini. Bila masa pulak dia muncul kat sini? Bukan tadi kat belakang pentas ke? Kenapa pulak ada kat sini?
“ Ehem, ehem.” Kyra berdehem setelah dia duduk disebelah Abdul Fatah.
Tiada respon daripada Abdul Fatah yang sedang menutup wajahnya diatas meja bulat. Kyra mencebik.  Dia ni tidur ke apa?
Puan Faridah yang berada di sebelah Abdul Fatah meminta diri untuk ke tandas. Kyra hanya tersenyum sahaja.
“ Awak!” panggil Kyra sambil menolak perlahan tubuh Abdul Fatah.
“ Apa?” tanpa menegakkan badannya, Abdul Fatah memalingkan mukanya kearah Kyra. Suara lelaki itu kedengaran perlahan sahaja.
“ Tak malu ke awak menekup muka awak kat meja ni? Malu tau tak orang tengok? Awak sebagai pekerja kenalah tunjukkan prestasi yang bagus pada orang yang hadir malam ni. Bukannya tekup muka macam nak tidur.”
“ Awak siapa nak bagi nasihat pada saya? Suka hati sayalah nak buat apapun.”kata Abdul Fatah dengan suara yang sedikit tinggi.
Kyra terpana. Lelaki ini dah pandai membalas kata dengannya. Dia? Sebagai perempuan, dia tidak boleh nampak lemah di mata lelaki serius ini.
“ Saya siapa? Saya duta Slim World.” Kyra menepis rambutnya yang panjang mengurai

. Ada nada bangga di hujung suaranya.
Abdul Fatah kembali menegakkan badan. “ Saya tak heranlah awak ni duta Slim World ke duta Alam Flora ke, saya secuit pun tak kesah. Saya lagi suka awak menjauhkan diri daripada saya. Mulut laser. Loser!” Abdul Fatah menjuihkan bibirnya sedikit.
Kyra naik berang. Lelaki ini sudah pandai menjawab setiap kata-katanya. Dia mengalihkan wajahnya ke belakang. Riak wajahnya yang bertukar muram menjadi ceria apabila memandang ke belakang. Agak ramai tetamu kehormat yang masih muda datang ke sini. Hensem-hensem pulak tu!
Abdul Fatah mengerling Kyra yang berwajah ceria. Dengan dia, tak ada pulak nak bermanis muka. Hai, Fatah. Kau ni cemburu ke?
 “ Cik Kyra, kalau awak rasa mata awak tu asyik melekat kat orang sana aje, saya sarankan awak duduk ajelah kat sebelah orang tu, kan senang…” bisik Abdul Fatah. Begitu dekat di telinga Kyra.
Kyra terkejut. Jelingan tajam diberikan kepada Abdul Fatah. Hesy! Kenapalah aku kena duduk kat sebelah mamat serius ni? Menyampah aku! gumamnya dalam hati.
“ Awak dengar tak apa yang saya katakan ni, Cik Kyra? Saya lagi suka kalau awak duduk sana. Pergilah sana. Saya izinkan.” kata Abdul Fatah dengan suara yang cukup perlahan.
Kyra senyum terpaksa. “ Wahai Encik Abdul Fatah yang fat lagi tembam, awak ingat saya suka ke duduk dengan awak kat sini? Ikutkan diri saya yang cantik jelita ni, baik saya pergi duduk dengan lelaki kaya kat meja sebelah sana. Saya duduk sini terpaksa aje tau.” Katanya dengan sedikit riak. Padan muka kau, Fatah. Ingat kata-kata dia tu best sangat ke? omelnya dalam hati.

Abdul Fatah kemam bibir. Geramnya dia dengan Kyra. Kemarahannya cuba dikawal sebaik mungkin ketika didalam dewan besar ini. Sempat lagi ya minah ni cakap aku fat? Tunggulah kau, Kyra. Lepas habis majlis ni kau kena dengan aku! Abdul Fatah menjeling Kyra tajam. Dendamnya penuh membara buat perempuan ini.


**ALHAMDULILAH...siap juga akhirnya...sorry kalau citer kali ni x hangat macam yang lepas2
**Pada yang sudi baca tu...eya ucapkan thank you very much ya! 
** Sudi2lah komen ya!
**Kalau sudi, ajaklah kawan2 yang minat novel tu baca karya eya!!



Selasa, 26 November 2013

BAB 7 JANGAN TINGGALKAN AKU


Karpet merah dari luar perkarangan Hotel Grand Hyatt memberi gambaran eksklusif pada tetamu kehormat yang bakal menghadiri Annual Gala Dinner, malam ini. Diiringi dengan lampu-lampu yang ada disekelilingnya, memberikan cahaya berkelipan pada pemakaian tetamu kehormat yang bakal memeriahkan majlis di dalam dewan besar hotel mewah itu.
Di dalam bilik persalinan, Kyra membelek-belek gaun labuh hitam yang menutupi dadanya. Walaupun gaun labuhnya tidak terbelah sehingga ke paras lutut seperti mana artis-artis yang berjalan di karpet merah, Kyra tetap kelihatan anggun dan menawan.
Malam ini, Kyra mahu bersolek ala kadar sahaja. Dia tidak mahu mempamerkan kejelitaan yang terlalu berlebih-lebihan. Dia menjadi duta syarikat Slim World pun kerana ingin berkongsi pengalaman tentang tubuh badannya yang macam ‘beruang’ sewaktu ketika dahulu.
“ Hmm… cantik pun walaupun simple!” monolog Kyra sendiri.
Satu suara dari belakang mengejutkan Kyra yang sedang memandang cermin panjang. “ Kyra, ada tiga artis yang akan bergandingan dengan awak di atas pentas sekejap lagi. Tonjolkan keterampilan awak sebagai duta ya.” kata salah pekerja perempuan Slim World yang diberi nama Salma.
“ Boleh aje.” Itu sahaja jawapan Kyra. Darah gemuruhnya datang lagi. Petang tadi sewaktu dia melangkah masuk ke dalam Hotel Grand Hyatt ini, gemuruhnya datang bertimpa-timpa. Bukan apa, dia tidak sangka dapat masuk ke hotel semewah ini.
Salma berpuas hati dengan jawapan itu. “ Lagi satu, saya cuma nak ingatkan awak masa kat atas pentas nanti, ada seorang pengacara majlis yang akan bertanyakan dua soalan tentang diri awak. Saya nak awak jawab dengan penuh yakin dan jangan malu-malu untuk berkata.”
“ Tanya soalan?” Kyra berdebar-debar. Bab tanya menanya ni yang paling dia lemah sekali! Sudahlah dia ni jenis kelam-kabut sikit bila bercakap. Hishh…. Takutnya Ya Allah!!
“ Yup! Tapi awak jangan takut. Soalan yang akan ditanya tu tak susah mana pun. Awak jangan takut ya.” Salma memberi semangat kepada Kyra.
“ Err… ya.” Teragak-agak Kyra hendak menjawab. “ Tetamu yang datang nanti tak soalan kan?”
Depends.” Jawapan Salma menakutkan Kyra. “ Buat masa ni awak tenangkan diri dulu sebelum naik ke atas pentas sekejap lagi. Saya nak keluar dulu. Nak layan tetamu kehormat kat luar.” Salma memegang bahu Kyra kejap sebelum wanita berusia tiga puluhan itu keluar dari bilik persalinan.
Kyra hanya mengangguk perlahan. Nampaknya malam ini ada sesi soal menyoal buat dirinya. Aduh, apa aku nak jawab ni! Kyra gigit bibir.
Belum habis gemuruhnya didepan cermin, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Kyra merengus. “ Siapa pulak yang kacau aku ni?!” Kyra mempamerkan riak tidak puas hati. Bila orang tengah gemuruhlah, ada orang telefon. Mengacau saja!
Suara Kyra yang sedikit tidak puas hati itu terpaksa di ubah menjadi suara yang lembut apabila dia menatap nama ‘despatch’ di skrin telefon Sonynya. Dia mengangkat dengan gaya malas.
“ Hai, Assalamualaikum…awak kat mana tu?” jawab Kyra acuh tak acuh.
“ Hai awak. Waalaikumsalam. Awak masih simpan nombor saya?” Khalid bersuara ceria dihujung talian.
“ Aaa… ya. Saya kenalah simpan nombor awak sebab awak kan dah banyak tolong saya. Macam mana dengan kad jemputan tu? Dah bagi kat bos awak?”
“ Beres, Cik Kyra. Demi Cik Kyra, apapun saya sanggup buat.” Kyra di hujung talian sudah buat muka toya.
Daripada dia melayan mamat despatch ni bercakap, baik dia tamatkan perbualan ni cepat-cepat. “ Err… Saya banyak kerjalah, awak. By the way, thanks tau sebab sudi tolong saya. Saya hargai pertolongan awak tu. Bye, Assalamualaikum.” Tanpa mendengar balasan kata daripada despatch itu, Kyra awal-awal lagi sudah mematikan talian. Malas hendak bercakap lebih-lebih sebenarnya.
Khalid tersentak dihujung talian. Cepatnya tutup telefon! Baru nak bagi tahu yang aku nak mengorat dia. Cis! Melepas sudaa…bisiknya dalam hati.
****
Khuzairi datang ke Hotel Grand Hyatt pukul lapan malam, setelah menunaikan solat maghrib. Sengaja dia datang sejam lebih awal. Mana tahu ada company besar yang sudi bekerjasama dengan syarikatnya, kan untung tu!
Lampu yang berkelip-kelip di kanan dan kirinya sewaktu berjalan di atas karpet merah membuatkan Khuzairi seakan di majlis Oscar. Tak sangka, Annual Gala Dinner pada malam ini kebanyakannya tetamu-tetamu korporat yang hadir. Paling dia tidak sangka, ada reporter dari pelbagai majalah dan beberapa jurukamera datang ke hotel ini. Dia ingatkan majlis ini sekadar untuk makan malam sahaja.
Kad jemputan yang diberikan Khalid semalam digenggam kemas. Jika ada majlis seperti ini, Khuzairi tahu kad jemputan ataupun surat memang penting bagi menunjukkan yang kita memang tetamu untuk majlis malam itu.
Seorang pekerja hotel yang berdiri di lobi utama mengarahkannya untuk menunjukkan kad jemputan sebagai bukti dia adalah salah seorang tetamu tersebut.
Pekerja hotel itu melihat kad jemputan itu lalu mengangguk. “ Encik Khuzairi. Selamat datang. Sila masuk ke dalam dewan besar ya.” Penuh hormat pekerja itu berkata sambil menundukkan kepala. Kad jemputan itu dikembalikan kepada Khuzairi semula.
Khuzairi tersenyum nipis. Nasib baik dia bawa kad jemputan ni. Kalau tak, memang dia balik awallah malam ni!
Sewaktu Khuzairi mahu berjalan masuk ke dalam dewan besar itu, seorang lelaki bertubuh besar memakai kot hitam datang menghampirinya. Dia sedikit terkejut. Siapa pulak lelaki ni?
“ Encik Khuzairi ke?”
“ Ya saya. Aaa… awak siapa ya?” Khuzairi mengerutkan dahi. Sumpah, dia tidak kenal langsung lelaki ini! Entah macam mana lelaki ini kenal dia pun dia tak tahulah.
“ Oh, maaf. Saya lupa nak memperkenalkan diri saya. Saya Abdul Fatah. Pengurus untuk majlis Annual Gala Dinner malam ini.” Abdul Fatah menghulurkan salam perkenalan.
Khuzairi berjabat tangan dengan lelaki itu. Dia tersenyum nipis. “ Kita pernah bertemu ke sebelum ini?” soalnya dengan tutur kata yang sopan.
“ Kita tak pernah bertegur sapa tapi mama saya ada menunjukkan gambar awak sehari sebelum majlis ini bermula.” Jelas Abdul Fatah.
“ Mama awak?” semakin berkerut dahi Khuzairi.
Abdul Fatah tidak tersenyum sebaliknya mempamerkan muka serius. “ Oh, maafkan saya sekali lagi. Sebenarnya mama saya merupakan Chairman syarikat Slim World. Mama saya mengarahkan duta baru syarikat kami iaitu Amylia Nur Kyra untuk mengajak salah seorang kenalannya untuk memeriahkan majlis malam ini.”
Mengingatkan Kyra, Abdul Fatah terasa hendak mencekik sahaja leher perempuan itu. Ada sahaja ayat yang meluncur di bibir Kyra sehinggakan dia terasa tercabar. Berani betul Kyra berlawan kata dengannya semalam.
Risalah Slim World yang mengandungi wajah Kyra dipegang dengan separuh rela. Dia tahu Kyra memang cantik pada luarannya namun orang yang tidak begitu rapat dengannya tidak tahu sikap sebenar perempuan itu. Mama tidak sepatutnya menawarkan Kyra menjadi duta syarikat mereka. Ramai lagi pengguna yang lagi bagus daripada Kyra.
Seketika, Abdul Fatah merenung gambar Kyra. Wajah itu mampu menambat hati jejaka di luar sana tetapi tidak dia.
Khuzairi didepan Abdul Fatah sudah membuntangkan mata. Kyra lagi?! Khalid memang nak kena dengan aku ni! Kau tunggu Khalid. Aku potong gaji kau esok! katanya dalam hati.
“ Boleh saya tahu Kyra ada kat mana? Saya ada hal nak cakap dengan dia sekejap.” Sengaja Khuzairi berkata dengan nada lembut walhal memang dia mahu menjerit sekuat-kuat hatinya. Kyra, kau memang mencabar keegoan aku sebagai seorang lelaki!
“ Hah?” Abdul Fatah tersentak. Dia mengangkat wajah dan bertembung mata  dengan Khuzairi. “ Sorry, saya tak dengar awak cakap apa tadi.”
Khuzairi mengepal penumbuk. Sabar Khuzairi. Malam ni kau tak boleh terlampau marah. Nanti rosak majlis malam ni. bisik satu suara. Khuzairi menarik nafas panjang lalu meneruskan kata. “ Hmm… saya tanya Kyra kat mana. Kalau dia ada, saya nak jumpa dia sekejap.” Dia mengulangi kata-katanya.
“ Cik Kyra ada kat bilik persalinan belakang pentas dalam dewan. Encik boleh cari dia kat err… ” Abdul Fatah tergamam. Khuzairi dah tak ada! Belum lagi dia habis bercakap, lelaki itu sudah masuk ke dalam dewan. Dia mengelengkan kepalanya berkali-kali. Apa kena dengan Khuzairi tu? Macam ada yang tak kena aje. soal Abdul Fatah dalam hati.  
****
“ Amylia Nur Kyra!”
Khuzairi menyebut nama penuh Kyra ketika dia sampai di belakang pentas dalam dewan itu. Kyra yang masih setia duduk di dalam bilik persalinan itu terkedu apabila suara Khuzairi menjengah telinganya. Mujur dia tidak cepat melatah apabila orang memanggil namanya.
Segera Kyra bangun dari kerusi empuk yang disediakan untuknya lalu dia menghampiri Khuzairi yang nampak seakan tidak puas hati dengannya.
“ Khuzairi. Bila sampai? Tengok saya hari ni, cantik tak?”suara Kyra ceria sahaja tatkala Khuzairi masuk ke dalam bilik persalinannya. Kyra memusingkan badannya tiga ratus enam puluh darjah. Sengaja dia membuat begitu untuk mengembangkan gaun labuh hitamnya.
“ Kenapa aku di ajak ke majlis ni, Kyra? Kau sengaja nak tunjukkan yang kau dah cantik kan?” Kyra menghentikan pergerakannya apabila Khuzairi bertanyakan soalan itu. Tanpa menjawab soalan Khuzairi, dia mengalihkan badannya mengadap cermin. Moodnya bertukar jadi masam.
“Aku tanya baik-baik ni Kyra. Jawablah.” Jika tadi Kyra menghampirinya, kali ini dia pula yang mendekati wanita pujaannya itu.
Kyra tidak bereaksi sebaliknya dia berdiri dan membetul-betulkan gaun labuhnya. Malas nak jawab soalan, buat derk ajelah!
“ Kyra, aku tanya ni. Hmm…” Khuzairi mula terbuai apabila tubuh badannya agak dekat dengan belakang badan Kyra. Terbau haruman di cuping telinga Kyra. Mengasyikkan.
“ Apa ni? Jauhlah sikit bila bercakap tu.”! Kyra mengelak apabila Khuzairi agak rapat dengannya. Agak-agaklah nak rapat sangat!
Khuzairi mula marah. Dia meneliti penampilan Kyra dari atas ke bawah. Memang cantik! Tapi dia mahu kecantikan milik Kyra itu hanya ditunjukkan pada dia sahaja. Bukan orang lain!
“ Kau pakai cantik-cantik ni kau nak tunjuk kat siapa, Kyra? Tubuh badan kau tu milik aku, hak aku!” Khuzairi mula melenting.
“ Hello! Awak siapa nak cakap tubuh badan saya ni milik awak, Encik Khuzairi? Kita bukan suami isteri lagi ya.” Kyra membetulkan mekap ala kadarnya itu tanpa memandang Khuzairi yang tampak segak dengan kemeja biru cair. Lipstik merah jenama Lancome dicalit ke bibir. Menambahkan daya tarikan Kyra pada malam ini.
“ Kau akan tetap akan jadi milik aku. Tunggulah. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku, Amylia Nur Kyra.” Khuzairi berbisik ke telinga Kyra yang berbau harum itu. Sungguh, dia terbuai dengan pewangi yang Kyra gunakan di cuping telinganya. Menusuk hingga ke dasar hatinya.
Kyra menjuihkan bibir. Kata-kata Khuzairi langsung tidak melekat difikirannya. Apa yang penting bagi Kyra, malam ini dia harus menunjukkan kecantikan dan personalitinya sebagai duta Slim World. “ Saya takkan jatuh cinta pada awak. Never! Apatah lagi nak jadi milik awak.”
“ Baiklah, kalau kau tak nak jadi milik aku, aku akan dapatkan kau dengan cara lain. Malam ni aku bertekad. Kau dan aku mesti bersama. Aku takkan biarkan lelaki lain bercinta dengan kau apatah lain untuk mengahwini kau.”
“ Awak dah gila, Encik Khuzairi.” kata-kata Khuzairi sedikit sebanyak menakutkan dirinya.
“ Memang aku dah gila! Aku gilakan kau, Kyra!” Khuzairi pandang Kyra macam nak telan. Kyra jadi gementar. Kenapa dengan Khuzairi malam ni?
“ Encik Khuzairi!”
Mereka berdua serentak berpaling ke belakang apabila nama Khuzairi dipanggil dengan suara yang agak kuat.

Kyra lega. Akhirnya ada juga yang datang selamatkan keadaan. Terima kasih Ya Allah!


**ALHAMDULILAH....setelah siap bertungkus-lumus, akhirnya siap juga. Tak tahulah bagi korang best ke x cerita kali ni. (Hope bestlah ya).
**Pada yang baru jenguk blog eya tu, rajinlah2 lah add ya kat Facebook : Nur Daeya
   dan Group : karyanurdaeya (untuk kenal2 ngn eya.)
**JANGAN Lupa tinggalkan KOMEN ya!! Komen korang amat berharga!! ;)

Isnin, 25 November 2013

BAB 6 JANGAN TINGGALKAN AKU


Khuzairi muncul di rumah Kyra seawal jam lapan pagi. Pada asalnya, dia mahu bergerak terus ke pejabat untuk menandatangani Purchase Order yang diberikan pelanggan namun apabila dia perasan kawasan rumah Kyra tidak jauh dari pejabatnya, ada baiknya dia pergi ke rumah bekas isterinya itu.
Sejak kehadiran Kyra di pejabatnya semalam, fikirannya tidak putus-putus mengingatkan tentang perubahan yang mendadak pada tubuh badan Kyra. Bekas isterinya itu kelihatan sangat cantik sehingga dia teringin untuk melihat wajah Kyra berkali-kali.
            Kyra yang baru hendak mengemas ruang tamu agak terkejut dengan kehadiran Khuzairi di luar rumahnya. Apa lagi lelaki itu mahukan darinya pun dia tidak tahu. Rasanya tidak ada lagi masalah di antara mereka berdua.
            “ Awak buat apa kat sini? Kita kan dah tak ada apa-apa hubungan.”soal Kyra sambil berpeluk tubuh di muka pintu. Suaranya acuh tak acuh sahaja.
            Tanpa menjawab soalan Kyra, Khuzairi tiba-tiba melutut didepannya. Kyra jadi tidak tentu arah. “ Awak ni dah kenapa? Nak bercakap pun nak kena melutut ke?”
            “ Aku melutut kat depan kau ni sebab nak aku nak kau balik kat pangkuan aku.” Ucap Khuzairi dengan terus-terang. Biarlah seluar slacknya di bahagian lutut kotor akibat melutut terlalu lama. Dia tidak kesah. Janji apa yang diinginkan daripada Kyra tertunai juga.
            Kyra mencebik. Nak melamar pun cakap kau aku lagi? Tak ada gaya melamar langsung! “ Encik Khuzairi, daripada awak melutut kat depan saya ni, baik awak melutut kat depan sejadah lagi bagus. Dapat pahala!” terkedu Khuzairi mendengarnya. Wah, sejak Kyra dah kembali kurus, bekas isterinya ini makin bijak berkata-kata sehingga lidahnya kelu untuk meneruskan kata.
            “ Aku serius nak melamar kau balik, Kyra. Pulanglah pada aku semula…”
“ Dah terdesak sangat ke awak nak kembali pada saya semula?” tanya Kyra selamba.
“ Aku memang terdesak nakkan kau balik. Tolonglah Kyra, kembali semula pada aku.” rayu Khuzairi tanpa henti. Wajah Kyra dipandang sayang.
Kyra rasa geli hati. Sanggup lelaki itu melutut di depan pintu rumahnya semata-mata mahu dia kembali semula ke pangkuannya. Oh, please! Dah cakap aku pembunuh masa kat Makhamah Syariah dulu, nak kembali pada aku? bisik Kyra dalam hati.
“ Encik Khuzairi, awak ni dah macam orang gila talak. Tapi maaflah, saya tak berminat nak bersama dengan awak semula. Bila saya dah jadi kurus ni, saya rasa ada baiknya saya cari lelaki yang lebih hensem daripada awak. Maaflah ya.” Kyra tergelak kecil.
Khuzairi menjadi gelisah. Kyra mahu mencari lelaki yang lebih hensem daripadanya? Oh, no! Dia tidak sanggup membiarkan Kyra berdampingan dengan lelaki lain. “ Tak ada peluang ke kita nak bersama semula? Abang betul-betul menyesal sebab ceraikan sayang tiga bulan yang lepas. Abang janji abang takkan sia-siakan Kyra semula.”
Kyra tiba-tiba ketawa kuat. Bagi Kyra, ayat yang dilontarkan Khuzairi semuanya bohong belaka! Abang? Sayang? Huh, nak pujuk baru cakap abang, sayang? “ Oh, kalau saya jadi ‘beruang’ macam dulu, awak sanggup terima saya balik?”
“ Sayang sanggup ke gemukkan badan balik? Abang lagi suka sayang yang sekarang ni. Kurus, cantik, menawan.”puji Khuairi melambung-lambung.
Kyra dah agak dah! Khuzairi nakkan dia balik sebab dia cantik saja. Jangan haraplah aku nak bersama dia balik. Jangan harap! Kyra nekad dengan keputusannya. Biarpun beribu kali Khuzairi mengungkapkan kata cinta ataupun merayu kepadanya untuk bersama semula, dia tidak akan sekali-kali tunduk dengan Khuzairi. Tidak sekali-kali!
“ Maaflah Encik Khuzairi. Untuk pengetahuan awak, hati saya dah betul-betul dah tak boleh nak terima awak masuk dalam hidup saya balik. Awak carilah gadis atau janda yang lebih cantik daripada saya. You’re not my taste. Bye!” Tanpa menghiraukan riak wajah Khuzairi yang sudah berubah kelat, Kyra menutup pintu rumahnya.
Khuzairi bangun dengan perasaan sebal. Kyra betul-betul tidak mempunyai perasaan terhadapnya lagi. Ah, cara apa lagi yang mampu aku buat untuk dapatkan dia balik? gumamnya dalam hati. Kakinya mula mengorak langkah menuju ke kereta Camrynya. Sampai di pintu kereta, Khuzairi sempat memandang keseluruhan rumah Kyra.
Kyra, aku akan dapatkan kau balik. Itu janji aku!
****
Despatch yang diarahkan Kyra untuk memberikan bekal kepada Khuzairi masuk semula ke bilik majikannya itu tanpa disedari Khuzairi yang duduk dimejanya. Waktu itu Khuzairi sedang sibuk meneliti email di computer MACnya.
“ Bos, ada kad jemputan untuk bos.” Despatch itu memulakan kata.
“ Kau lagi?!” Khuzairi mengangkat muka sambil mengigit bibir. Tajam renunganya pada pekerjanya itu.
Despatch itu kelihatan teragak-agak.“ Sorry lah bos. Saya sebagai despatch cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai pekerja saja. Ini kad jemputan untuk bos.  Syarikat Slim World yang bagi.”
Khuzairi lega. Ingatkan pekerjanya itu diarahkan Kyra untuk mengenakannya seperti semalam. “ Aku tahu kau ada kaitan dengan perempuan tu, kau siap kau! Gaji kau aku potong lagi.” ugut Khuzairi.
Despatch itu rasa takut. “ Tak naklah, bos. Saya ni bukannya berduit. Ibu bapa saya kat kampung perlukan duit. Saya janji lepas ni saya tak ada kaitan dengan perempuan cantik tu lagi.” Bersungguh-sungguh despatch itu berkata-kata. Tapi dalam diam, dia tetap ikut arahan Kyra. Perempuan cantik itu telah memberikannya sedikit duit setelah gajinya dipotong semalam.
“ Perempuan cantik? Sempat lagi ya kau kata dia cantik? Hesy!” cemburu Khuzairi meluap-luap. Mana mungkin dia mahu membiarkan Kyra disukai lelaki lain. Tak boleh, tak boleh!
“ Okey, okey. Saya takkan ada kaitan dengan dia lagi. Bos ambil aje surat jemputan ni. Saya keluar dulu.” Despatch itu tidak mahu menyambung bicara dengan majikannya lagi. Dia takut tersalah kata kena potong gaji lagi!
Khuzairi mengambil kad itu dengan kasar ditangan lelaki itu. Seketika dia mula membelek-belek surat jemputan yang berwarna biru gelap itu dengan tanda tanya.
Dengan segala hormatnya, kami menjemput
Encik Muhd Khuzairi Ahmad
Ke majlis Annual Gala Dinner Syarikat kami
Pada tarikh : 25 November 2014
“ Annual Gala Dinner? Untuk aku?” Khuzairi mula berasa pelik. Rasanya ini kali pertama dia mendapat jemputan seperti ini. Sebelum ini dia hanya duduk di rumah sahaja.
“ Pergi ajelah. Hmm…” Khuzairi kembali meneruskan kerjanya seperti biasa. Kad jemputan itu dilupakan buat seketika. Apa yang penting hanyalah kerjanya. Esok baru majlis itu akan berlangsung. Bukannya hari ini.
***
Kyra datang ke Slim World untuk mengesahkan kehadirannya setelah berapa jam Khuzairi keluar dari rumahnya pagi tadi. Kyra tidak sangka setelah tiga bulan menjadi kurus dan langsing, dirinya ditawarkan dari bahagian pengurusan Slim World untuk menjadi salah seorang duta Slim World yang baru. Memang agak mengejutkan dirinya namun dia tahu itu satu kelebihan buatnya untuk menceritakan pengalamannya semasa dia gemuk dulu.
“ Assalamualaikum, selamat pagi. Saya Kyra. Chairman Slim World nak saya bertemu dengan pengurus awak. Dia kat mana sekarang?” soal Kyra kepada receptionist yang berada di kaunter pertanyaan ketika dia sampai di depan lobi utama.
Receptionist itu bangun ketika Kyra bertanya. “Oh, Cik Kyra. Pengurus saya,    Encik Abdul Fatah dah lama menanti Cik kat dalam bilik dia. Mari ikut saya.” pelawa receptionist itu dengan hormatnya.
Kyra tersenyum nipis. Dia ikut sahaja receptionist itu dari belakang. Pengurus Slim World lelaki? Mak oii, tak sangka ada juga pekerja Slim World yang berjantina lelaki. Ingatkan semua pekerja pusat kuruskan badan perempuan sahaja. bisik hatinya.
“ Silakan masuk, Cik Kyra.” Pelawa receptionist itu sekali lagi. Pintu bilik Encik Fatah dibuka seluasnya. Kyra teragak-agak untuk mengangguk sebelum masuk ke dalam bilik pengurus Slim World. Dia senyum nipis sahaja. Bukan dia tidak mahu untuk senyum terlebih hari ini tapi dia rasa debaran jantungnya sedikit lain macam sebelum masuk ke dalam bilik lelaki itu. Entahlah, dia pun tak tahu kenapa berdebar sangat jantung ni.
Kyra berdiri tegak didepan lelaki itu yang sedang merenung ke luar jendela biliknya. Lelaki itu tidak memandangnya langsung.
Aduh, Kyra. Kau kenapa ni? Janganlah gelabah sangat! bisik seseorang yang tidak dikenalinya. Betul juga. Aku ni kenapalah rasa gelabah semacam. Macam tak pernah jumpa lelaki. Katanya dalam hati. Debaran di dada cuba ditenangkan semula.
“ Err… Encik Fatah. Saya Kyra. Chairman Slim World suruh saya datang jumpa Encik pagi ni.” sebagai duta Slim World yang baru, dia kenalah menunjukkan sikap yang baik.
Lelaki itu diam tidak berkutik. Sedikit pun lelaki itu tidak teringin untuk menoleh ke belakang. Masih lagi merenung ke luar jendela. Kyra mengigit bibir.
Apahal dengan mamat ni? Orang panggil buat derkk aje. Eii… kalau aku ada kawan macam ni, memang tak pasal-pasal aku luku kepala dia bagi bengkak. Sabar sajalah wahai hati.
Kyra dengan selambanya berjalan mendekati lelaki itu. Biarlah lelaki itu nak marah ke apa ke. Dia cakap baik-baik, tingkap tu juga yang dia pandang. Hmm… tingkap, tingkap. Kenapalah kau wujud dalam bilik ni. gumam Kyra.
“ Assalamualaikum!” suara Kyra sedikit tinggi. Mengejutkan Abdul Fatah yang sedang mengelamun di luar jendela.
“ Siapa suruh awak berdiri kat sebelah saya? Tepi!” tidak pasal-pasal Abdul Fatah menolak tubuh Kyra dengan sedikit kasar. Hampir tersembam Kyra di kerusi Highback milik lelaki itu.
Kurang ajar punya lelaki! Tak ada adab langsung! omel Kyra dalam hati.
Kyra mengemaskan bajunya yang agak berkedut di bahagian pinggang, kemudian matanya merenung tajam lelaki itu yang tidak sedikit pun memandang kearahnya.
“ Encik Fatah ni tak ada adab ke? Saya bagi salam pun tak nak jawab. Entah apa yang best sangat pandang tingkap pun saya tak tahulah. Bukannya ada perempuan cantik kat luar pun. Saya ni lagi cantik daripada tingkap tu tau.” Marah Kyra bertalu-talu. Bengang betul kalau ada orang tak endahkan kata-katanya.
You better watch you mouth, Cik Kyra!” Abdul Fatah menengking Kyra. Kyra terkaku didepan meja lelaki itu.
“ Apasal pulak? Mulut saya, saya punya sukalah.”marah Kyra lagi. Tidak mahu mengaku kalah.
“ Huh, aku benci perempuan bercakap banyak. Patutnya chairman tak ambil kau sebagai ambassador syarikat ni.” panas hati Abdul Fatah mendengar jawapan Kyra.
Wah, dia ni macam Khuzairi lah pulak! Apa yang lelaki ini cakapkan, mengingatkan dia pada Khuzairi. Sama-sama mulut laser. “ Awak sesedap rasa aje cakap saya ni tak layak. Awak tu, layak ke kerja kat sini sebagai pengurus? Dahlah badan macam beruang. Muka serius aje. Macam manalah chairman boleh ambil awak sebagai pengurus? Ish, ish.” Kyra geleng kepala. Memang patut pun lelaki ni kena sound sedas dengan dia.
Jika diteliti penampilan Abdul Fatah, Kyra merasakan tubuh badan lelaki ini sepertinya tiga bulan yang lepas cuma lelaki ini lebih tinggi daripadanya.
Abdul Fatah berang. Seumur hidupnya, tidak pernah seorang pun menegur tentang tubuh badannya. Inilah kali pertama tubuh badannya ditegur seorang perempuan.
“ Aku gemuk ke aku muka serius ke, itu bukan masalah kau!” tegang wajah Abdul Fatah. Marahnya meruap-ruap sehingga dia rasakan mahu menjerit pada dunia yang dia memang tertekan dengan perempuan dihadapannya ini.
Kyra meneguk air liurnya. Kenapalah aku mesti bertemu dengan pengurus berwajah serius ini? Kenapa?!!
“ Sudahlah, Encik Abdul Fatah. Masa untuk berbual dah tamat. Saya rimaslah berdiri kat sini dengan orang yang berwajah serius macam Encik ni. Anyway, sebelum saya keluar ni, tolonglah cari kerja lain, yang boleh buat wajah awak tu sentiasa tersenyum dengan orang ramai. Dahlah, tak nak cakap banyak. Tata.” Kyra menjeling lelaki itu dengan tajam sebelum dia melangkah penuh yakin keluar dari bilik lelaki itu.
Abdul Fatah didalam bilik sudah menghentak meja dengan kuat. Berdentum bunyinya sehingga receptionist di kaunter pertanyaan dapat mendengarnya walaupun dari jarak jauh.
Kyra mencebik setelah dia menutup pintu bilik lelaki itu. Dia mengerling sekilas ke belakang. Bunyi hentakan meja dapat didengarinya dengan jelas. Marahlah tu!

Lantaklah lelaki tu nak hempas kerusi ke nak hentak meja ke, itu dia punya pasal. Ada aku kesah? kata Kyra dengan suara yang cukup perlahan. Seraya itu, dia keluar dari pejabat Slim World dengan hati yang puas.
Tak sabarnya nak melaram malam esok!


**ALHAMDULILAH...akhirnya siap juga en3 JANGAN TINGGALKAN AKU... sorry ya klao citer kli ni biasa2 aje. Eya buat yg termampu aje. Tak semua akan suka karya kita kan?
** Teruskan membaca karya2 Eya ya...
Pada sesiapa yang ingin mengenali eya lebih dekat, add lah eya di Facebook : Nur Daeya. Insyallah eya akan approved dengan hati yang terbuka.