Selasa, 7 Mei 2013

BAB 33 Pulanglah Padaku



Hari rabu tiba jua. Dhia bersiap lebih awal untuk menghilangkan keresahan didalam dirinya. Dia agak terkejut apabila teman lelakinya menghadiahkan dia sepasang baju kurung peplum pendek berwarna ungu untuk dipakai buat pertama kali sempena bekerja di syarikat Hadijah Production Sdn Bhd pada malam sebelum dia bertugas.
Untuk tidak menghampakan kekasihnya, dia memakai baju kurung peplum tersebut. Mujur pakaian itu melepasi punggungnya. Jika tidak, memang dia tidak akan memakai baju itu.
 “Dhia dah siap ke? Ibu dah buat sarapan ni. Marilah turun makan!”laung Puan Suria dari ruang meja makan.
“Kejap, ibu. Bagi Dhia sepuluh minit.”jerit Dhia dari tingkat atas. Terburu-buru dia mencalitkan gincu di bibir mungilnya diiringi dengan setempek bedak. Dia harus tampak cantik hari ini. Hari pertama seharusnya menjadi yang terbaik untuk menentukan hari-hari seterusnya.
Puan Suria menggumam lalu dipandang wajah Razree yang duduk disebelahnya. “Dah namanya perempuan Raz, siap pun lambat.”tiba-tiba Puan Suria bangun dari tempat duduknya. “ Raz minumlah dulu. Mak cik nak sidai pakaian kat ampaian kejap.”ujarnya sambil meminta diri untuk ke beranda sebentar.
“Baiklah mak cik. Dah habis sidai pakaian tu, jangan lupa jemput makan dengan kami sekali, mak cik.” Kata Razree telus.
Puan Suria tersenyum nipis. “Yelah…mak cik keluar dululah.”dia mengangkat bakul pakaian yang terletak elok di atas lantai lalu dibawa keluar.
Razree menghirup milo panas yang dihidangkan didepannya dengan menghembus berkali-kali air itu supaya terasa suam dan boleh diminum seperti biasa. Sambil minum, matanya mengerling ke tingkat atas. Mana tahu Dhia akan keluar selepas ini. Sudahlah semalam dia bermimpi untuk melihat Dhia memakai baju kurung peplum yang diberinya malam tadi.
“Ibu, kasut Dhia yang Dhia pakai masa baru balik sini kat mana?” tanya Dhia setelah dia tergesa-gesa keluar dari bilik dan mengunci pintu. Dia takut Razree memarahinya kerana terlalu lambat bersiap. Dia segera turun meniti satu persatu anak tangga.
“Hish, ibu ni mana? Orang tanya tak jawab pulak.”rengusnya perlahan. Dia menyandang beg tangannya di lengan.
Tatkala Dhia meniti ke anak tangga terakhir, dia terkedu melihat kekasihnya di meja makan. “Abang! Bila abang sampai?”dadanya berdebar. Sepatutnya dia mengawal cara percakapannya tadi ke suara yang lebih lembut.
Tidak berkelip-kelip mata Razree merenung kekasih hatinya. “Sayang cantik sangat hari ini.”dia tidak membalas pertanyaan kekasihnya sebaliknya dia memuji keindahan yang terpamer dihadapan matanya. Namun, terdetik rasa cemburu kerana Dhia kelihatan begitu anggun. Takut pekerja lelaki di syarikat yang dia bekerja akan memikat kekasih hatinya.
Jangan haraplah pekerja aku boleh pikat Dhia. bisiknya dalam hati.
Dhia mengetap bibir. Segannya muncul kembali. “Abang ni orang  tanya lain, dia jawab lain.”katanya dengan nada manja. Dia menghampiri Razree. “Abang bila sampai? Tak telefon dulu pun.”
Razree mengembalikan lamunannya ke alam nyata. “Abang baru aje sampai. Abang tak nak ganggu Dhia bersiap.”ujarnya dengan mesra. “Duduklah Dhia, kita makan sama-sama.”ajaknya lantas membukakan kerusi disebelahnya.
Dhia tersenyum. Dia seakan tuan puteri yang dilayan tuan putera pula. Siap bukakan kerusi lagi! Hish…lelaki ni memang betul-betul gentlemen lah. Sesak nafas dibuatnya! Desisnya.
“Ibu mana, bang?”soal Dhia setelah dia duduk bersebelahan dengan abang Razree. Dia menghirup air milo yang sudah diletakkan awal-awal lagi di depannya.
“Mak cik pergi sidai baju. Kejap lagi mak cik masuklah tu.”
“Dhia dah bersedia nak bertugas sebagai pekerja baru abang?” Razree tersengih nakal.
“Awal-awal lagi dah bersedia”. katanya separuh mengejek. “Tapi Dhia rasa berdebarlah bila first time kerja kat tempat baru. Dhia cepat kekok dengan orang baru. Macam dulu, Dhia keluar dengan Ray aje bila lunch hour. Ni Dhia tak tahu pulak nak keluar makan dengan siapa nanti.”
“Semestinya keluar makan dengan abanglah. Mana boleh keluar makan dengan orang lain? Tapi kan, abang musykillah hubungan Dhia dengan adik abang.”katanya dengan nada berbaur cemburu. “Dhia pernah suka kat Ray semenjak Dhia berpisah dengan Muzaffar tak?”dia menopang dagu diatas meja sambil matanya memandang Dhia.
Dhia terpempam. Aik? Soalan panas ini. Baik dia tukar topik sebelum cemburu lelaki ini menjelma.gumamnya. Dia akui dihatinya pernah tersimpan satu perasaan halus buat Rayyan Zikri ketika lelaki itu menghampiri dirinya. Namun dia mengerti yang perempuan berstatus janda seperti dia mana mungkin layak berdamping dengan lelaki bujang seperti sahabatnya.
Biarlah perasaan suka kepada sahabatnya terpendam dihati. Tidak perlulah diuar-uarkan kepada orang sekeliling.
“Dhia dah habis minum, jomlah kita gerak!”arah Dhia seraya bangun dari kerusi.
Razree terkedu. “Eh, Dhia tak jawab soalan abang lagi. Mana aci!”
“Aci kat India. Dah…dah…karang lambat pulak masuk office. Nanti lambat masuk kena marah pulak dengan majikan kat situ.”sinis Dhia menjawab. Razree terpinga-pinga mendengarnya. Bukankah dia majikan di syarikat yang bakal Dhia bekerja?
Dhia meninggalkan kekasihnya di situ lalu dia keluar mencari kasut di rak bersebelahan dengan pintu masuk rumahnya.
Mujur kasut tinggi dua inci yang dipakai dulu masih boleh diguna dan kekal cantik sehingga kini. Memang padanlah kasut tumit tingginya yang berwarna hitam dipadankan dengan baju kurung peplumnya yang bewarna ungu.
Razree yang tidak mahu keseorangan di dalam rumah segera keluar mendapatkan Dhia. “Tak nak tunggu abang pun.” Dia mencebirkan bibir. “Abang yang bawa kereta hantar Dhia tapi Dhia yang mendahului abang. Pelik…pelik…”dia memakai kasut kulit miliknya.
Ibu yang sedang mengambil lebihan pakaian didalam bakul terhenti tingkahnya tatkala Dhia menghampiri dirinya. “Amboi, tak makan dengan ibu lagi dah nak pergi?”tanya Puan Suria sambil merenung pakaian anaknya yang tampak agak berseri-seri.
“Bukan tak nak makan dengan ibu tapi Dhia takut terlambat masuk office. Lagipun pekerja baru kena tunjukkan personaliti yang bagus. Kan, bang?”dia melirik manja kearah Razree. Razree tersenyum.
 “Anak ibu semangat nak pergi kerja ni. Cantik anak ibu.”Puan Suria tersengih. “Haa..Raz, kata nak makan sekali?”dia memandang wajah Razree pula yang juga tampak hebat bersut hitam.
Razree tersengih. Dia membalas pandangan Puan Suria. “Maafkan Raz, mak cik sebab tak dapat nak makan bersama mak cik. Dhia dah tak sabar nak pergi kerja tu. Raz terpaksa bawa Dhia pergi office sekarang. Takut jammed.”
“Betul jugak kata kamu tu Raz. Pagi-pagi begini memang ramai yang pergi kerja awal. Lebih baik kamu berdua pergi sekarang. Raz jaga Dhia elok-elok ye.”pesan Puan Suria kepada lelaki itu. Dia percayakan cucu Puan Hadijah seratus peratus untuk menjaga anaknya.
“Ibu ni, Dhia dah besarlah. Buat apa nak dijaga lagi.”cemberut wajahnya. Razree terkekeh ketawa.
Dhia mencebirkan bibirnya. “Dhia memang dah besar tapi perangai macam budak kecik! Degil sangat!”bebel Puan Suria.
Apalah ibu ni. Cakap kelemahan anak sendiri kat depan kekasih. Malu tau! Dhia menggerutu dalam hati.
Razree menganggukkan kepalanya sedikit lalu tersenyum kepada Puan Suria. “Mak cik, kami pergi dululah. Lagi lima minit nak pukul lapan ni. Takut terlambat masuk ofis pulak. Kami pergi dulu ye, mak cik.”katanya penuh sopan. Hendak memikat bakal ibu mertualah katakan…
“Dhia pergi dulu ye ibu, assalmualaikum…”dia menyalami ibunya lalu dikucup lembut pipi gebu perempuan itu.
“Waalaikumsalam…” balas Puan Suria. Dengan rela hati dia melepaskan anaknya pergi ke kerja bersama Razree. Gembira hatinya melihat pasangan itu yang nampak secocok apabila berdampingan.
Pakaian yang masih belum dijemur lagi terus diambil dari bakul setelah kereta Razree meninggalkan rumahnya.
****
“Nenek call!”
 Razree menunjukkan skrin telefon bimbit miliknya di depan Dhia setelah berada di lampu isyarat berwarna merah. Dhia hanya menyuruh dia menjawab sahaja panggilan itu tanpa bersoal apa-apa.
“Kita orang baru nak gerak ni, nenek. Nenek jangan risau. Bila dah sampai nanti, Raz tahu nak bagi kerja apa kat Dhia.”dia menjeling kekasih hatinya yang sedang melihat pemandangan di cermin tatkala dia sedang berbual dengan nenek.
Dhia yang mendengar namanya disebut segera mengalihkan pandangannya ke wajah abang Razree. Dia jadi leka untuk mendengar perbualan mereka berdua.
Razree menoleh sekilas ke wajah Dhia. Dia tahu Dhia mahu mendengar perbualannya diantara nenek setelah nenek menyebut nama Dhia. Dia melihat skrin telefonnya lalu menukar ke pembesar suara agar Dhia dapat mendengar dengan jelas.
“Hati-hati memandu Raz. Kamu tu bawa anak orang. Kan berlanggar dengan kereta lain, tak pasal-pasal masuk hospital.”bebel Puan Hadijah.
Dhia tersengih mendengarnya. Tadi dia kena membebel sekarang ni kekasih dia pula. Padan muka! Gelaknya dalam hati.
“Raz tahulah nek. Raz kan dah lama berkecimpung dalam bawa kereta ni. Raz tahulah jalan baik-baik.”
“Dhia kat sebelah kan? Nenek nak cakap dengan dia kejap. Kamu pandu aje kereta tu. Biar nenek cakap dengan Dhia pulak.”
Razree mengubah pembesar suara itu kepada yang asal. Dia terus menyerahkan telefon bimbitnya kepada Dhia. Lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Dia terus menggerakkan keretanya.
Dhia dengan teragak-agak mengambilnya lalu ditekapkan ke telinga.
“Assalamualaikum nenek. Dhia ni.”jawabnya dengan agak gugup.
Puan Hadijah ditalian tersenyum riang. “Waalaikumsalam Dhia. Nenek cuma nak tanya kamu sihat ke tidak. Nenek gembira kamu dapat kerja kat syarikat nenek. Lainlah macam cucu nenek yang lagi seorang tu. Malas sangat nak cari kerja baru.” Kata-kata itu ditujukan kepada Rayyan Zikri sebenarnya. Sudah sebulan lebih cucunya tidak mengambil peluang mencari pekerjaan. Hendak menyuruh dia bekerja di syarikatnya, cucunya tidak mahu.
Dhia tersenyum sumbing. “Dhia sihat aje, nenek. Err…Ray tahu ke Dhia kerja kat syarikat nenek ni?”soalnya dengan nada suara yang kendur. Razree mengerling sekilas ke wajahnya sebelum memfokuskan pemanduannya.
“Buat apa Ray nak tahu. Tak payah tahu pun takpe. Buang masa nenek aje nak cakap dengan Ray. Kamu kerjalah elok-elok nanti…”kata-kata itu terhenti dengan sendirinya apabila talian tiba-tiba mati.
“Eh, kenapa pulak ni?”Dhia melihat skrin telefon milik kekasihnya. Tiada nama nenek kelihatan di skrin itu lagi. Yang ada hanyalah background yang bertemakan awan biru sahaja.
“Kenapa, Dhia?” soalan Dhia dibalas soalan Razree.
“Entah. Tiba-tiba aje nenek letak telefon.”dia memegang telefon bimbit kekasihnya.
“Mungkin ada orang panggil nenek kut. Itu yang dia terputus tiba-tiba.”
“Hmm…”dia merenung semula ke cermin tingkap. Baru hendak berbual lama dengan nenek. Hari itu bukannya dia dapat meluangkan masa bersama nenek pun.
Tapi dia rasa hairan, kenapa terhenti talian itu begitu sahaja? Takkan sahabatnya merampas telefon dari nenek kut? Hatinya mula tidak sedap. Dia sudah mula membuat andaian yang bukan-bukan.
*****
            Bilik mesyuarat yang berhampiran dengan bilik Razree menjadi tempat untuk memperkenalkan Dhia kepada pekerja-pekerja di bahagian pengurusan. Dhia agak kekok sedikit namun langkah dan gerak tubuhnya menyakinkan pekerja yang rata-ratanya pekerja yang berjantina perempuan. Hanya sebahagian sahaja pekerja lelaki. Dia tidak sanggup memandang pekerja lelaki di situ kerana raut wajah kekasihnya yang agak bengis itu
            Raut wajah serius kekasihnya mengundang debar dihatinya. Agak menakutkan apabila melihat wajah itu duduk di kerusi yang paling hadapan sekali kelihatan tegang. Beginikah sikap sebenar kekasihnya ketika didalam pejabat? Seram juga jika dapat majikan yang sebegini garang!
            Razree berdiri tegak sambil memerhatikan setiap pekerja yang berada di bilik ini termasuklah Dhia. Dhia tersenyum manis kepadanya namun dia tetap dengan raut muka yang masa.
“Pada pekerja lelaki yang bekerja di bahagian pengurusan ini, saya ingatkan sekali lagi.  Jangan berani mengorat pekerja baru saya sebab pekerja baru itu milik saya. Kalau saya tahu ada yang berani tackle makwe saya, saya tak teragak-agak untuk pecat pekerja itu. Ada faham pekerja lelaki?”tegas nada suara Razree.
Kesemua pekerja yang berjantina lelaki hanya mengangguk tanda faham dengan apa yang diperkatakan majikannya.
Dhia menggeleng kepalanya berulang kali. Dahsyat juga kekasihnya memberi amaran kepada pekerja lelaki yang ada di sini.
Razree menahan ketawa didalam hati. Dia terpaksa bertindak serius kepada pekerja-pekerja di syarikat ini untuk membuktikan cinta dan kasih sayangnya kepada Dhia. Jika dia tidak mengambil tindakan yang tegas, sudah pasti pekerja lelaki di sini akan mengambil peluang untuk memikat kekasihnya.
Jari telunjuknya terarah ke Dhia yang bagaikan terkaku mendengar ucapannya.
“Untuk kekasih hati saya, kalau abang tahu Dhia melayan pekerja lelaki terlebih mesra kat sini, abang akan potong gaji Dhia untuk setahun. Dhia ingat pesan abang ni.”
Dhia ternganga. Abang Razree ini dah terputus wayar dalam otak ke sampai cakap begitu sekali?
Apalah nasib dapat teman lelaki macam ini…
*****
Rayyan Zikri merenung tajam wajah nenek yang sedang menunduk diatas perabot kayu jati yang berada di ruang tamu. Langsung wajah berusia itu tidak memandang wajahnya. Tahu pun takut bila kena marah dengan dia!
“Nenek dah pandai simpan rahsia pada Ray kan? Ray tak pernah sedikit pun nak berahsia dengan nenek. Hati Ray sedih sangat bila nenek sembunyikan Dhia kerja dengan abang. Apa semua ni nenek? Ray tak berhak ke tahu?! Jerkah Rayyan Zikri tanpa sedikit pun berbudi bahasa kepada wanita berusia itu.
Puan Hadijah mengangkat wajah. Kepalanya tidak boleh mendengar sebarang herdikan atau jerkahan dari sekeliling. Dengar sahaja, kepalanya jadi pening tiba-tiba. Sampai hati cucunya berkelakuan biadap terhadapnya.
“Nenek bukan tak nak bagi tahu tapi…”gugup Puan Hadijah menjawab.
“Tapi apa?”jerkahnya lagi. “Telinga Ray tak pekaklah nenek untuk dengar apa yang nenek cakapkan. Nenek cakap Ray tak payah tahu pun takpe kan? Dah tua-tua pun tak reti nak berkata jujur. Bustard!”terluncur perkataan kasar itu dibibirnya. Dia mendengus. Dia puas! Puas kerana dapat memarahi nenek yang kini terdiam membisu mendengar kata-katanya.
Kepala Puan Hadijah terasa berputar-putar. Dia tidak dapat menerima kata-kata kasar daripada cucunya. Sakit kepalanya tidak dapat ditahan lagi.
Akhirnya, dia rebah di atas perabot yang didudukinya.
Rayyan Zikri terpana. Mulutnya ternganga luas. Tidak menjangkakan situasi ini akan berlaku didepannya.
Ya Allah! Apa dia dah buat ni?


11 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

knapa prangai ray tu pelik sngat.. huh, ksian nek

Eijan berkata...

Tension betul dgn perangai tak semenggah Ray ni...langsung x hormat org tua....
Harap lepas ni dia insaf Lah hendaknya...

lee jee joong berkata...

La nape ray tu jd kurang ajar. Kot ye pun tak puas hati tgk la tu nenek ke imani. Kalau imani tu nak pekik tengking takpe la ni nenek. Yg jaga dia. Huh

nur daeya berkata...

adik ruunna, d marah nenek sebab nenek rahsiakan Dhia keje kt syarikt nenek.
**truskn membaca karya2 eya k.. ;)

nur daeya berkata...

kak eijan..
eya pn tension bila mnulis psal d..hehe..
eya geram jgk ngn sikap d yg x reti2 nk ckp soapn sntun dpn nenek d..main marah aje orang yg lbih tua..

nur daeya berkata...

kak eida syg, ray kurang ajar sbb nenek x bgthu d yg dhia dh keje.
Fikiran Ray tgh kusut lah skrg ni kak.. ;)
harap dia bertaubat satu hari nnt

idA berkata...

kenapakah seorg cucu yg disyg sepenuh hati dibesarkan dengan penuh kasih syg,,berlaku sgh biadap dan berkasar dengan nenek yg tidak pernah lekang menyayanginya.. siapakah Dhia pada Rayyan sedangkan dia telah membuang jauh minah tu dari hidupnya bila dia memilih gadis lain untuk bercouple dengannya mengapa dia harus mengambil tahu akan hal si Dhia pula..kan..apa akan berlaku bila Dhia dan Razree tahu yg nenek Halijah pengsan disebabkan oleh diri Rayyan..adakah Rayyan tidak ada otak untuk memikirkan kenapa nek Halijah melakukan itu semua..

nur daeya berkata...

kak ida..ternyata fikiran Rayyan pd waktu ini agak berserabut kak..Dhia diketepikan pada mse yg sme d rasa sunyi bila Dhia tiada disisi

Nana Nn berkata...

adoyai.....ray...ray...
cemburu punya pasal, jadi kurang ajar pulak....
nape lah buruk beno perangai....hish...hish...hish...

kalau mcm ini, mmg patut dhia x milih rayyan, perangai mcm longkang..

kn dh sentap....

eya,
baik cepat buat cite nk menyejukkan api membara ni..... :)

nur daeya berkata...

INSYALLAH...Rayyan akan berubah.. tunggu ye..

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Nak tanya kenapa bab 30 hingga bab 32 tak boleh baca ya.