Ahad, 7 April 2013

BAB 35 Berilah Sayang Peluang (BAB TERAKHIR)





Suara azan maghrib bergema di luar rumah. Nur Adriana tersedar dari lena yang panjang. Tak sangka cepatnya masa berlalu sehingga dia leka dengan dunia khayalannya.

Pipi yang ditampar tadi diraup perlahan. Masih terasa kesakitannya hingga ke saat ini. Wan Zubair memang lelaki yang kejam! Sanggup lelaki itu menampar mukanya. Sampai bila-bila pun dia takkan maafkan lelaki itu.

Lampu bilik dibuka agar nampak terang. Malam ini dirasakan agak sunyi. Tiada suara-suara yang mengejutkannya bangun dari tidur.

Pintu dikuak lebar lalu dia memerhatikan sekeliling. “Mana pergi ayah dan ibu ni? Tak nampak pun?”katanya sambil matanya meliar ke kiri dan kanan.

“Ayah, ibu!”laungnya sambil berjalan keluar dari bilik.

 Aik? Macam tak ada orang pun. Kalau keluar, kenapa tak beritahu dia?gumamnya.

Dia menuruni tangga dengan langkah perlahan. Memang sah tak ada orang ni. Gelap nampaknya ruang tamu. Diperhatikan dapur pun turut sama gelap.

Suis lampu utama disebelah telefon rumah dibuka bagi memberi cahaya kepada rumah ini.

“Haa..baru bercahaya rumah ni.”dia tersenyum sedikit.

Sebaik sahaja dia berpaling untuk naik ke bilik untuk menunaikan solat maghrib, tidak semena-mena pintu rumah diketuk. Dia kaget. Siapa pulak tu? Kakinya bergerak menuju ke pintu utama. Tombol pintu dipusingkan lantas dibuka.

“Oh…Fida, Farah rupanya.”dia menarik nafas lega.

“Hai kak Adriana.”tegur Fida dengan nada riang. Manakala Farah hanya masuk tanpa menegurnya. Fida menyalaminya.

“Lambat balik?”Nur Adriana tersenyum.

“Fida dan Farah terlepas bas tadi. Itu yang lambat balik.”balas  Fida setelah menutup pintu rumah. Dia membalas senyuman kakak tirinya. Suka dia mendengar kakak tirinya berkata lembut kepadanya.

“Senyap aje rumah ni. Ibu mana?”matanya memerhatikan kawasan dapur. Kawasan itulah yang sering ibunya ‘melepak’ jika ayah tiada di rumah. Membuat kuih-muih yang ditempah pihak surau sekirannya ada ceramah atau kuliah di masjid.

Nur Adriana menjongketkan bahu. “Entah. Akak tak nampak pun kelibat ibu kat sini. Ibu keluar jumpa kawan kut?”

“Akak, dah lama ibu takde kawan semenjak ibu kahwin dengan ayah. Ibu manalah nak keluar rumah. Asyik melekat kat rumah aje. Kalau keluar rumah pun beli bahan-bahan nak memasak aje.”

Nur Adriana menepuk dahi. “Akak lupalah.”dia tersengih.

“Macam manalah nak ingat kalau dalam hati tu dah berdendam sangat dengan ibu tiri sendiri.”sampuk Farah yang sedang duduk bertenggek diatas kerusi meja makan. Dia meratah ikan goreng yang dimasak ibu.

Nur Adriana mengecilkan mata. “Malam-malam macam ni kau jangan nak cari gaduh dengan aku ye. Dah rindu ke nak makan penampar aku sekali lagi hah?”dia mengacip gigi, geram.

Farah menjuling mata. Kata-kata kakak tirinya langsung tidak diambil pusing. Dia meratah ikan goreng itu sehingga tinggal tulang.

“Sabar, kak.”Fida dengan berani menepuk lembut belakang badan kakak tirinya. Selama ini dia tidak pernah menyentuh seinci badan kakak tirinya. Ini pun kali pertama dia menyentuhnya.

“Aku kalau tak tahan sabar, dah lama aku tampar muka dia tu. Nasib baik hati aku masih boleh bersabar dengan sikap kau.”Nur Adriana menenangkan dirinya. Dia seboleh mungkin cuba untuk  mengawal sikap marahnya. Tetapi saat dia berhadapan dengan adik tirinya yang ini memang dia rasa kemarahannya makin memuncak. Apa yang dia buat semuanya tidak kena dimata gadis itu.

Nur Adriana mengajak adik tirinya duduk di sofa. Teringin untuk berbual lebih lanjut dengan Fida.

“Esok, Fida cuti ke kerja?”

“Biasa, hari sabtu Fida kerja. Maklumlah kerja swasta kena kerja dari hari isnin sampai sabtu. Kenapa akak tanya? Akak nak kerja kat tempat Fida ke?”usiknya.

“Takdelah. Akak saja tanya.”Nur Adriana mengelengkan kepala. Padahal dalam hati dia memang teringin nak bekerja semula. Kerja apapun dia tak kisah.

“Ayah guna kereta akak pergi surau ke?”

Nur Adriana pelik. “Kenapa Fida tanya macam tu? Ayah kan pergi surau naik motor.”

“Motor ayah ada aje kat tepi ampaian tu. Ayah naik kereta akak lah kut.”

Nur Adriana sudah terasa pelik semacam. Ayah keluar dengan ibu ke? Dah malam begini masih tidak balik-balik lagi. Risau pulak hatinya. Inti karipap dan bancuhan tepung untuk dibuat karipap langung tidak diusik. Inikan pula kuih seri muka dalam loyang yang tidak dipotong lagi. Kejap lagi orang surau akan datang mengambil kesemua kuih yang ditempah. Jika tidak disiap, pasti ibu tiriya akan dimarahi.

“Akak tak tahu pulak ayah dengan ibu pergi mana. Tadi akak tidur kat atas. Tak perasan ayah dan ibu keluar pulak.”

Fida menjongketkan kening. Dalam diam, Fida gembira mendengar kakak tirinya memanggil ibu kandungnya…ibu. Adakah kak Adriana sudah memaafkan ibunya? Harap-harap kak Adriana tidak mendendami ibunya lagi.

“Kak, Farah nak masuk bilik dululah. Kalau ibu dah balik, panggil Farah tau.”dia mengendong beg tangannya setelah membasuh tangan di singki. Badannya terasa penat setelah seharian bekerja. Selepas ini dia mahu sembahyang maghrib dan tidur sepuas-puasnya.

“Pergilah. Nanti akak bagi tahu kalau ibu dah balik.”diantara dia dan Farah, Farah yang lebih rapat dengan ibunya.

Apabila kaki Farah baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, ketukan pintu dari luar rumah menghentikkan gerakan kakinya. Dia segera berpaling ke tepi untuk melihat siapakah gerangan yang datang waktu maghrib ini.

“Akak, ada orang ketuk pintu tu. Pergilah bukak.”gesa Farah.

Tatkala Fida mahu bangun membuka pintu, Nur Adriana mengarahkannya duduk. “Takpe. Biar akak bukak.”dia bangun lalu membuka pintu.

Terkejut dia apabila melihat seorang lelaki yang berkain pelekat beserta baju melayu datang ke rumahnya. Takkan lelaki ni datang nak ambil kuih ibu kut? Kuih kat dapur tu tak berusik lagi. Dia pulak yang rasa gelabah. Ceramah dah habis ke? Takkanlah cepat sangat habis ceramah tu?

“Maaflah encik. Ibu saya tak siapkan lagi kuih tu. Dia keluar dari petang tadi tak balik-balik.”belum lelaki itu memulakan bicara, Nur Adriana terlebih dahulu memulakan kata.

Lelaki itu mengelengkan kepala. “Eh, bukan. Saya bukan datang nak ambik kuih. Tapi saya datang nak jumpa cik Nur Adriana.”

Nur Adriana malu. Bukan eh? “Encik nak jumpa saya? Setahu saya, kita tak pernah kenal sebelum ni.”

Fida dan Farah bergerak ke depan pintu. Ingin mengetahui lebih lanjut apa yang mereka berdua bualkan.

 “Kami menjumpai satu sampul yang berisi duit di dalam kereta yang dibawa Ahmad Jamil Bin Abdullah.”diberi sampul itu kepada pemiliknya.Turut serta, kad pengenalan milik pemandu kereta.

Nur Adriana tersenyum simpul. “Ini duit saya.”sampul itu diterima dengan rasa senang hati. Tetapi hatinya mula berasa tidak sedap. Kad pengenalan ayah dia pun ada sama. Kenapa mesti ada kat tangan lelaki ini? Ada apa-apa yang berlaku pada ayahnya ke?

Fida dan Farah ingin melihat sampul berisi duit itu tapi dimasukkan ke dalam seluar tracknya. Mereka berdua mengeluh. Baru nak tengok berapa banyak duit dalam sampul itu tapi kakak tirinya dah sembunyikan.

“Tapi kenapa mesti encik yang bagi sampul ni pada saya? Saya rasa saya simpan dekat satu tempat tersorok dalam kereta tu. Macam mana encik boleh jumpa pulak?”

“Begini, cik Nur Adriana. Saya nak khabarkan sesuatu. Harap cik Nur Adriana bersabar dengan ujianNya.”

Nur Adriana memandang lelaki itu pelik.“Apa yang encik nak cakapkan ni? Saya tak fahamlah.”

“Sebenarnya ayah dan ibu cik Nur Adriana telah menghembuskan nafas terakhir di bawah bukit tadi. Kami telah bawa ke hospital yang berdekatan untuk tindakan lanjut. Kereta Myvi kepunyaan cik Nur Adriana dirempuh kuat oleh sebuah kereta sewaktu ayah cik Nur Adriana turun dari bukit.”jelas lelaki itu.

“Apa?!!”terjerit mereka bertiga serentak.

*****

Malam yang dingin membuatkan hati Datin Zafiah semakin gemuruh untuk mengetahui syarat yang doktor lelaki yang berbual dengannya sebentar tadi. Tatkala doktor lelaki itu berada didepan bilik anaknya, dia mengambil peluang untuk bertanya tentang syarat itu.

“Doktor masih belum menjawab soalan saya lagi. Syarat apa yang doktor ingin katakan pada saya?”katanya kepada Prof.Dr.Azmi.

Prof.Dr.Azmi tersenyum nipis. Nampaknya Datin Zafiah memang tidak sabar untuk mengetahui syarat darinya. “Saya mahu Datin ambil salah seorang dari doktor pakar jantung untuk menjaga Zeril Iskandar di rumah Datin. Datin sanggup ikut syarat saya ni kalau Datin tak nak anak Datin terlantar di sini?”

Datin Zafiah terdiam. Syarat yang dibuat Prof.Dr.Azmi tidak pernah terlintas difikirannya. “Doktor pakar? Saya tak pernah terfikir pun nak ambil doktor pakar menjaga Zeril. Saya ingat kalau saya gajikan penjaga khas, dapatlah penyakit Zeril sembuh secara perlahan-lahan.”

“Datin silap.”pintas Prof.Dr.Azmi. “Tidak semestinya kalau Datin gajikan penjaga khas akan dapat sembuhkan anak Datin. Doktor pakar adalah orang yang sesuai untuk merawat dan menjaga Zeril Iskandar. Datin boleh mengambil penjaga khas untuk menjaga anak Datin tetapi Datin kena ambil jugak seorang doktor untuk menjaga Zeril Iskandar.”

“Siapa doktor pakar yang sesuai untuk jaga anak saya? Doktor ke?”soal Datin Zafiah sambil menunding jari kearah doktor lelaki didepannya.

“Bukan saya.”balas Prof.Dr.Azmi sambil mengelengkan kepala. “Tapi ada seorang lagi doktor yang akan menjaga anak Datin. Nanti saya akan khabarkan siapa namanya. Datin hanya perlu bersabar sahaja.”jelasnya sebelum masuk ke dalam wad yang menempatkan Zeril Iskandar.

Datin Zafiah mengeluh. Nampaknya dia terpaksa menerima syarat doktor lelaki itu. Hendak mengambil Nur Adriana sebagai penjaga khas anaknya, perempuan itu sudah menolak tawarannya. Jadi siapalah yang sudi untuk menjaga Zeril Iskandar? Mahu mengharapkan Irma Amanda sebagai penjaga anaknya, lagilah dia tidak mampu. Zeril Iskandar terlalu bencikan perempuan itu. Harapannya hanya satu.

“Datin!”suara doktor lelaki yang berbicara dengannya tadi bergema di sebalik pintu.

“Ada apa.doktor?”dia mula kalut.

“Anak Datin, Zeril Iskandar…badan dia menggigil secara tiba-tiba!”kata Prof.Dr.Azmi dengan suara yang cemas.

Mata Datin Zafiah terbeliak. Ya Allah! Apa pulak yang berlaku kali ini?

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ehh..last tp not last..

Unknown berkata...

haha..last hnya di novel cetakan nnt! hehe

Puteri Eina berkata...

adesss...apa terjadi seterusnya??????? huhuhu kena tunggu plk cetakan nvel ni huhuhu..

Unknown berkata...

tggu ajelah dik..
dlm brp bulan lg..hihi

Ruunna Qizbal berkata...

ooo habis kat nvl.. haha, ingatkan dkt blog

Unknown berkata...

akak... lambat lagilah nak tunggu ni!! aduh!! daripada syaz.. :)

eida wahida berkata...

Xsbr nk bc di edisi cetak plk..best sgt2..

Unknown berkata...

kak eida x sabo ke nk bce edisi cetak plak?hehe
insyallah, akn dterbitkn nnt

Idha_chunhyang berkata...

Eya...

:( bab 36 mana ?? :( :( :(

:D

Unknown berkata...

Tak dah habis kot.

Tanpa Nama berkata...

ala ..
nape dah last..
xsbar nk baca yg seterusnye..

Tanpa Nama berkata...

Cik lama lagi ke nak tunggu . Bila agaknya versi cetak di buat. Rasanya dah lama I tunggu......tlg cepat la ya...........

someone berkata...

ala, tak best la kalau macam ni. syok-syok baca tapi tak tahu ending dia.

Riezzki berkata...

camne nk dptkn novel ni Sbb nk taw ending pleaseee .........delat mna ye
.

Riezzaki berkata...

novel ni d terbitkn terbitan mne ye ,ilham karangkraf @ fajar pakeer