Selasa, 16 April 2013

BAB 3 Kasihku Buatmu...



Suaminya yang sedang tidur nyenyak ditatap penuh kasih. Sudah tiga hari dia tidur bertemankan suaminya. Dia rasa bahagia. Bahagia yang sukar diungkap dengan kata-kata. Namun, keindahan yang mereka angankan akan punah selepas ini.
Mesej dari doktor yang merawat suaminya membuatkan dia gelisah tidak menentu. Teringat dia pesanan ringkas yang dibaca ditelefon suaminya tadi. Suaminya tidak tahu dia memegang telefonnya.
“Izzat, hope u bleh balik dlm masa dua hari lgi. Ibu u call I tadi. Dia tanya pasal keadaan u…”
Kata-kata itu merunsingkan Aimi Husna. Dia sukar untuk melelapkan mata. Maknanya suami dia kena balik rumah asallah ni? Ya Allah, rasa tak sanggup nak melepaskan suamiku pergi dari diriku.
Inilah yang harus dia tanggung sekarang! Kahwin lari dengan suami yang berkedudukan tinggi. Kahwin senyap-senyap pulak tu! Apakah tanggapan ibu mertuanya nanti apabila mendapat tahu anaknya mengahwini orang kebanyakan seperti dia? Pasti dirinya akan dicemuh dan dihina sehabis mungkin! Dari gaya cerita yang ditonjolkan suaminya, jelaslah yang ibu mertuanya mempunyai sikap yang amat cerewet!
Bagaimana dia mahu meneruskan  hidup pada hari yang mendatang tanpa suaminya disisi? Dia sudah semakin selesa dengan gelaran isteri ini. Jika boleh, dia mahu suaminya terus disisinya namun apa boleh dia buat? Ibu mertuanya sudah menunggu kepulangan suaminya.
Lengan suaminya dirangkul erat bagai tidak mahu lepas. Malam ini dia rasa susah untuk melelapkan mata. Fikirannya terganggu dengan pesan ringkas yang diberikan doktor suaminya tadi.
“Abang, kalaulah sayang ada kuasa, sayang nak aje hentikkan masa supaya kita dapat bersama lebih lama lagi. Tapi sayang tak boleh nak buat semua tu. Kuasa itu milik Allah. Sayang rasa tak sanggup nak berpisah dengan abang.”sayu suaranya menahan sebak yang amat.
Mohd Hafizat mengeliat sedikit apabila terasa ada yang menganggu lenanya. Aimi Husna segera meleraikan rangkulannya tadi. Dia mengadap siling bilik. Kedua belah tangannya diletak ke atas perut. Sambil merenung siling bilik, sambil itu dia mengelamun.
Ke mana arah tuju perkahwinan mereka selepas ini? Adakah masih kekal ataupun berantakan?
Berantakan? Ya Allah, minta dijauhkanlah…tak sanggup dia nak berpisah dengan suaminya apatah lagi diceraikan.
“Sayang, kenapa tak tidur lagi ni?”tiba-tiba suaminya bangun. Kuyu matanya sewaktu bercakap dengan isteri tersayang.
Aimi Husna tiba-tiba bangkit dari pembaringan. “Sayang tak dapat tidurlah. Abang sambunglah tidur tu. Kejap lagi sayang kejut abang bangun subuh.”ditepuk manja lengan suaminya.
“Hmm…”Mohd Haffizat menyambung tidurnya kembali. Dia terlalu mengantuk. Dibiarkan isterinya membuat hal sendiri.
Aimi Husna tersenyum nipis. Abang…abang...”dia mengelengkan kepala. Comelnya abang tidur,desisnya. Dia mengelus pipi suaminya. Dilihat suaminya tersenyum sedikit. Dia baring semula.
I love you more than you love me…,”bisiknya telus di telinga suaminya. Dikucup lembut. Ayat cinta yang diungkapkan suaminya sebelum kahwin dulu diucapkan semula.
Matanya terasa mengantuk. Dia terus tertidur tanpa memikirkan apa-apa perkara yang merunsingkannya. Tidurnya malam ini hanya bermimpikan suaminya…
*****
Mohd Haffizat menguap lalu matanya digosok perlahan. Comforter yang menyelebungi dirinya ditarik ketepi.  Jam loceng telefonnya berbunyi memaksanya bangun dan ingin menutup alarm itu. Tatkala dia menyentuh skrin telefon Blackberry Torch, dia terus membuka peti pesanannya.
Alangkah terkejutnya dia, satu pesanan ringkas yang belum dibaca lagi sudah ditatap oleh orang lain! Siapa lagi kalau bukan isterinya!!
Dia membaca pesanan ringkas itu. Doktor yang merawatnya menyuruh dia pulang secepat mungkin. Hmm…balik? Habislah sayang dia keseorangan disini.
“Sayang…,”ucapnya dengan mengerakkan tubuh isterinya.
Aimi Husna bagaikan terkena renjatan elektrik terus membuka matanya.
Mohd Haffizat tersenyum nipis. “Sayang bangun…dah nak pukul enam setengah ni.”dia memaksa sayangnya untuk bangun.
“Haa?”tenggelam timbul suaranya membalas. Matanya dikecilkan sedikit. Cahaya yang agak terang diruang biliknya menyakitkan mata.
“Bangun…kata nak solat dengan abang sama-sama.”pujuknya lembut.
“Hmm…”hanya itu yang diucapkan Aimi Husna. Matanya ditenyeh berkali-kali. Kantuknya masih lagi terasa. Itulah padahnya tidur lambat! Kan dah bangun lewat. Dia bangun dengan terpaksa.
“Kejap ye bang. Sayang ambikkan kerusi roda jap.”dia bangkit dari katil dan berjalan terhuyung-hayang. Kepalanya berulang kali menunduk tatkala mata ditutup. Mengantuk…mengantuk…Rambutnya yang sengaja dilepaskan semasa tidur mungkin sudah kusut-masai sekarang.
Lantaklah! Bukan suami aku tegur pun.bisiknya dalam hati.
“Sayang…jalanlah betul-betul.”tegur suaminya. “Rambut dah macam hantu pontianak abang tengok.”usiknya walaupun suara serak. Kelakar jugak isterinya bila bangun tidur.
Aimi Husna terkesima. Terus sahaja badannya berdiri tegak bagaikan seorang askar yang sedang membuat kawat.
“Sayang mengantuklah…”
“Sayang tidur pukul berapa semalam?”
“Nak dekat pukul dua baru sayang tidur.”dia membuka kerusi roda yang diselitkan di tepi laci meja lampunya lalu dia mengarahkan suaminya agar duduk di situ. Suaminya hanya menurut perintah. Perlahan-lahan dia mengangkat kakinya. Isterinya membantu dia duduk di kerusi roda itu.
Lantas, isterinya membawa dia terus ke bilik air. “Abang ambiklah air sembahyang dulu. Sayang ambik air sembahyang kat singki bawah.”dengan suara yang lemah, dia berlalu ke bawah.
Mohd Haffizat tersentak! Apa kena pulak dengan isteri dia ni? Lain macam pulak perangai dia pagi-pagi buta ni.desisnya.
Terus dia mengambil air sembahyang didalam bilik air. Hatinya masih gundah-gulana dengan perangai isterinya.
*****
Aimi Husna menangis teresak-esak di depan singki. Air paip yang mengalir turun ke bawah singki itu diambil lalu disimbah-simbah hingga penuh air dimuka.
Jarang benar airmatanya tumpah pada waktu pagi-pagi begini. Hari ini dalam sejarah, dia menangis di waktu pagi. Dia menangis kerana bersebab! Bila terpandang sahaja riak wajah suaminya, hatinya berasa sebak. Itu yang membuatkan dia menangis pagi-pagi ini.
“Lagi dua hari aje aku dapat tengok muka dia. Lepas ni entah dapat tengok entah tidak. Argh!”katanya sendirian.
“Mukanya diraup kasar agar airmatanya tidak terkesan oleh suaminya. Dia tidak mahu airmatanya dilihat suami tercinta. Biarlah dia menangis dalam diam. Jika suaminya tahu pasti dia mahu bertanya pelbagai soalan yang terbuku dihatinya.
“Sayang…sayang!!laung Mohd Haffizat dari tingkat atas. “Lamanya ambik wuduk sayang oii…Abang dah sudah ni.”
Aimi Husna tersentak. Alamak, dia dah panggil.desisnya. Lantas dia berlari naik ke atas. Baik dia ambil air wuduk di bilik airnya.
“Lamanya sayang ambik wuduk kat bawah. Abang ambik wuduk tak sampai pun lima minit. Sayang buat apa kat bawah tu?”
“Sayang tak buat apa-apa. Air sembahyang pun tak ambik lagi.”balasnya pantas. “Sayang ambik air sembahyang kejap.”ucapnya seraya masuk ke bilik air.
Mohd Haffizat yang sudah memakai kopiah dikepala bertambah pelik dengan sikap isterinya. Soalan yang ditanya langsung tidak dijawab isterinya. Ini mesti pasal mesej yang doktor bagi tu.tekanya. Dia mengerakkan kerusi roda kearah kiblat. Dia tidak akan sembahyang selagi isterinya tidak turut serta berada disebelahnya.           
Bukan senang nak dapat sembahyang berjemaah ni. Tinggal lagi dua hari aje dia kat sini. Jadi dia akan mengunakan sebaik-baiknya dua hari ini untuk bersama isteri tersayang.
Aimi Husna keluar dari bilik air setelah mengambil wuduk. Kepalanya disarungkan telekung yang tersangkut di penyangkut baju pintu biliknya.
“Jomlah, bang. Kita sembahyang.”ajaknya. Dia mula berdiri tegak dibelakang suaminya yang sudah duduk dihadapan. Sejadah sudah terbentang diatas lantai.
Mohd Haffizat mengelengkan kepala sambil mengeluh. Terasa hati dengan tingkah isterinya yang agak suam-suam kuku padanya.
Tangannya mula mengangkat takbir setelah berniat menunaikan solat subuh berjemaah. Kini, dia hanya menumpukan perhatiannya kepada sembahyang sahaja. Selepas ini, tahulah dia nak bersoal siasat tentang apa yang melanda fikiran isterinya.
****
Kepala Mohd Haffizat bertambah serabut. Lain yang dirancang, lain yang dapat! Dia baru nak menyelongkar permasalahan yang terjadi pada isterinya namun apa yang dia dapat? Senyap!
Isterinya mendiamkan diri selepas mencium tangannya. Langsung muka dia tidak ditatap. Apa salahnya sehingga isterinya jadi begitu? Dia tidak suka isterinya membuat muka monyok dalam masa dua hari ini.
Jika berterusan muka monyok isterinya, lagi susahlah hatinya untuk pergi dari rumah ini. Tekadnya dalam beberapa hari sebelum dia pulang ke rumah, dia mahu membahagiakan isterinya.
Setelah pagi memancarkan sinar, Mohd Haffizat sedaya upaya memujuk isterinya agar bercakap dengannya. Namun sepatah perkataan langsung tidak terkeluar dibibir isterinya. Dia rasa bengang.
            Tiba-tiba akalnya menjentik untuk membuat sesuatu yang diluar dugaan. Biarlah dia menanggung kesakitannya. Asalkan isterinya bercakap dengannya!!
            Kakinya mula mencecah ke lantai. Tangannya ditekap ke besi penghadang kerusi roda. Dia mula bangkit walaupun kakinya terasa amatlah sakit. Dia cuba tabahkan diri.
Bismillahirrahmanirahim…
Akhirnya dapat jugak dia berdiri. Namun itu hanya sesaat cuma. Kakinya yang tidak stabil terjelepok menyembah lantai simen itu.
Aimi Husna tergamam di atas katil. Majalah yang ditatap tadi terus diletak ketepi. Rakus kakinya berjalan menghampiri suami yang sudah jatuh dilantai.
“Astagfirullahazim, abang!!jeritnya kuat. Dia mula takut dan resah. Dirangkul tubuh suaminya dan memeluknya erat.
“Abang kenapa buat perkara bodoh ni?”Aimi Husna menengking suaminya. “Dah tahu kaki tu sakit, nak buat macam ni buat apa? Nak bagi kaki tu sakit ke?!!”
“Maafkan abang, sayang. Abang terpaksa lakukan semua ni sebab abang nak sayang bercakap dengan abang. Abang tak suka sayang mendiamkan diri.”ujarnya dengan nada sayu.
“Cakap ajelah dengan sayang. Buat apa nak buat sampai macam ni sekali? Abang tahu tak sayang risau dengan abang?”
“Kalau sayang risau dengan abang, kenapa sayang tak nak cakap dengan abang?”
Soalan itu tidak dijawab. Aimi Husna kembali mendiamkan diri. Dia mengangkat tubuh suaminya ke kerusi roda.
”Sayang tak jawab soalan abang lagi!”
Aimi Husna menghela nafas keras. Dia duduk diatas katil sambil berdepan dengan suaminya “Mana ada sayang tak cakap dengan abang? Kalau sayang tak cakap, sayang akan mendiamkan diri dan mogok dengan abang sampai abang balik rumah nanti!”
“Oh, sayang dah tahulah ni abang nak balik rumah asal abang?”
“Kalau dah tahu kenapa tanya lagi?”Aimi Husna menjeling.
“Abang masih bersabar dengan sikap sayang. Buat masa ni, abang tak nak lemparkan kemarahan abang kat sayang sebab apa? Sebab apa sayang kat sayang…Bukan sayang sikit. Tapi sayang sepenuh jiwa raga abang. Kalau sayang tak puas hati, just tell me! Bukan bermasam muka dengan abang. Abang tak suka!”luahnya.
Aimi Husna merenung dalam wajah suami tercinta. Begitu luhur ucapan suaminya.
“Sayang mintak maaf. Sayang salah dalam hal ni.”dia memegang lembut lengan suaminya. “Dah kurang sakit kaki abang ?”
“Sakit lagi tapi abang boleh tahan lagi.”
“Kalau kaki tu masih sakit, sayang call doktor yang rawat abang tu ye.”
“Tak payah. Sayang ada pun dah cukup rawat kaki abang. Dah kurang sikit sakitnya.”
“Lain kali jangan buat macam tu lagi ye. Tak pasal-pasal terkeluar perkataan bodoh tu. Fikir dengan bijak sebelum melakukan sesuatu bang.”nasihatnya. “ Abang jatuh tu melibatkan hidup dan mati abang. Kalau sayang tak cepat-cepat tangkap tadi, memang abang masuk hospital buat kali kedua nanti.”sambungnya lagi.
“Sayang abang ni suka bagi nasihat. Sekarang ni, abang nak bagi permintaan kat sayang pulak.”
Aimi Husna menghampiri wajah suaminya penuh kasih. “Permintaan apa, bang?”katanya penuh menggoda.
Mohd Haffizat berdebar. Naluri kelakiannya berkocak tatkala wajahnya dekat dengan wajah isterinya .“Jangan tinggalkan abang. Itu sahaja permintaan abang buat masa ini.”
Aimi Husna berpaling wajahnya. Kendur wajahnya tatkala mendengar permintaan itu.
“Kenapa, sayang?”
“Sayang takkan sekali-kali tinggalkan abang dan sayang akan setia walaupun abang akan pulang ke rumah asal.”itu janjinya. Lengan suaminya dipaut erat.
“Sayang memang isteri yang setia.”Mohd Haffizat tersenyum. Dia mengusap rambut panjang isterinya.
                   “Nampaknya kita terpaksa berpisah.”ujar Aimi Husna dengan nada sebak.

           “Sayang…tolong jangan sebut perkataan berpisah tu. Abang rasa sebak sangat.”Mohd Haffizat mengetap bibir. Dia terpaksa menahan airmatanya daripada terkeluar. Dia tidak mahu isterinya menangis sekali.

          “Sayang tak sangka begitu cepat masa berlalu. Baru beberapa hari aje kita berkahwin, abang dah kena balik rumah abang.”Aimi Husna mengusap ubun-ubun kepala suaminya. Demi Allah! Dia begitu sayang dan cintakan suaminya. Namun dia pasrah. Suaminya harus pulang ke rumah asalnya.

         “Abang terpaksa sayang…kalau ikutkan abang tak nak berjauhan dengan sayang tapi abang tak mampu nak lakukan.”

          Airmata Aimi Husna tumpah jua akhirnya. “Abang janji dengan sayang yang abang akan jenguk sayang bila abang ada waktu terluang?”

          Mohd Haffizat terdiam. Dia berfikir sejenak. Dapatkah dia bertemu dengan isterinya selepas dia pulang ke rumah? Semenjak dia kemalangan jalan raya, ibunya terlalu mengongkong pergerakannya sehingga apa yang dibuat, semuanya ingin tahu.

        “Abang tak dapat berjanji apa-apa buat masa ini. Tapi insyallah, abang akan jenguk sayang. Harap sayang faham. Sayang, abang kan dah cakap, jangan nangis. Kenapa sayang menangis jugak?”

      “Sayang sayang abang…”dia terus memeluk tubuh suaminya dengan erat.



4 ulasan:

lee jee joong berkata...

Bleh ke lepas nak jenguk isteri dia?? Mcm tl bleh je lps ni

Unknown berkata...

mmg x boleh rasanya kak..
ibu d terlalu mengongkong d..

Unknown berkata...

Tp kalu dah sayang, pasti boleh....

Tanpa Nama berkata...

boleh kak anne..tp jmpe dlm sembunyi2 ajelah..