Rabu, 3 April 2013

BAB 33 Berilah Sayang Peluang



Kedatangan yang tidak diduga Wan Zubair memeranjatkan Nur Adriana. Seboleh mungkin dia tidak mahu bersua muka dengan lelaki yang pernah menghuni ruangan hatinya.

Puan Farzana yang berdiri di depan pintu tadi terus melangkah menuju ke dapur semula. Telingannya ditekup. Takut untuk bertembung mata dengan lelaki di depannya. Janganlah Wan Zubair membongkar rahsia tentang adegan tarik-menarik rambut hari itu didepan suaminya. Dia tidak mahu Nur Adriana dimarahi suaminya.

Sejambak bunga ros di tangan lelaki itu membuatkan Nur Adriana terpegun tidak terkata. Sudah lama dia tidak diberi sejamba bunga dari orang tersayang. Dia dapat rasakan lelaki itu menaruh harapan darinya untuk bersatu semula. Tidak mungkin dia akan bersatu semula dengan lelaki itu. Hatinya lebur dek sikap kurang ajar lelaki itu terhadapnya.

“Buat apa kau datang sini lagi, Zubair? Bukan ke Adriana dah putuskan pertunangan korang berdua?”marah Ahmad Jamil tatkala menjejakkan kaki di hadapan bekas tunang anaknya. Dia mencekak pinggang.

Wan Zubair tertunduk. Fahamlah dia yang Nur Adriana sudah maklumkan pada ayahnya mengenai hubungan mereka yang sudah berantakan.

“Saya nak jumpa tunang saya, ayah.”katanya dengan tergagap-gagap. Dia tidak berani mengangkat muka. Posisi lelaki berusia itu terlalu hampir dengannya.

Ahmad Jamil mendengus. “Kau nak jumpa dia lagi buat apa? Nak paksa dia jalinkan hubungan dengan kau semula?”lantang dia bersuara.

Wan Zubair terkilan. Nampaknya kesemua ahli keluarga dalam rumah ini sudah tahu tentang perhubungan mereka berdua. “Saya ikhlas nak jadikan dia isteri saya, ayah. Tak ada perempuan lain yang boleh gantikan tempat Nur Adriana. Hanya dia seorang aje yang ada dalam hati saya.”jawabnya dengan jujur dan ikhlas. Perasaan cinta tidak perlu dipendamkan. Lebih baik semua tahu daripada merahsiakan.

Nur Adriana melongo. Sungguh ikhlas tutur kata bekas tunangnya tapi hatinya dah tak mampu nak letakkan sebaris nama Wan Zubair lagi. Dulu dia sayang pada lelaki itu namun kini perasaan benci yang menular. Sekali hati terguris, sekali itu dia akan membenci.

“Ayah, izinkan Adriana cakap dengan dia sekejap!”pintanya tanpa memandang wajah Wan Zubair. Egonya menebal disaat ini.

Wan Zubair lega. Nur Adriana sudi juga untuk bercakap dengannya. Dia tersenyum sedikit. Walaupun Nur Adriana tidak memandangnya, tetapi dia tahu di luar rumah nanti perempuan itu pasti merenung wajahnya.

“Hmm…”keluh Ahmad Jamil. Dia seboleh mungkin tidak mahu anaknya mendekati lelaki ini namun atas permintaan Nur Adriana, dia terpaksa turutkan.

Nur Adriana dengan jelingan tajamnya, melangkah keluar tanpa sedikit pun memandang wajah Wan Zubair.

Ahmad Jamil yang tidak mahu mendengar perbualan mereka berdua terus menutup pintu.

*****

Nur Adriana keluar dengan hati yang tidak rela. Meskipun dia yang memulakan segala-galanya namun hatinya masih rapuh untuk bertembung dengan lelaki yang bernama Wan Zubair ini.

“Haa, cakaplah kau nak apa sebenarnya?”soal Nur Adriana sambil berpeluk tubuh. Badannya dikalihkan ke sebelah rumah. Wajah Wan Zubair masih lagi tidak dipandang. Kalau pandang pun menyakitkan hati aje!

“Pandanglah muka abang kalau ye pun…,”jawab Wan Zubair dengan nada manja. Sejambak bunga yang digenggam erat sedari tadi diserahkan pada kekasih hati tetapi ditepis Nur Adriana.

Mata Nur Adriana naik ke atas. Tak kuasa dia nak ambik bunga dari lelaki itu. Buat orang meluat aje!gumamnya.

“Sayang tak nak ambik ke bunga ni? Penat abang beli.”pujuk Wan Zubair dengan suara yag menggoda.

Terangkat kening Nur Adriana lalu dijeling lelaki itu tajam. “Ada aku suruh kau beli? Tak ada kan?”cebiknya.

Tertunduk Wan Zubair di atas simen itu. Sebak rasanya apabila bunga yang dibeli tidak diterima.

“Huh, aku cakap sikit nak sedih…aku cakap sikit nak sedih!”rungut Nur Adriana.

Wan Zubair diam membisu. Semakin sebak hatinya tatkala Nur Adriana sanggup berkata kasar terhadapnya.

“Buang masa aku kat sini kalau bercakap sorang-sorang. Baik aku masuk dalam!”Nur Adriana sudah mahu berpatah balik masuk ke dalam rumah. Dia bengang dengan sikap lelaki itu yang bagaikan seorang perempuan yang manja.

Tidak semena-mena, tangannya direntap kuat! Tergamam Nur Adriana dihadapan pintu. Hampir terjatuh dia di situ. Ditoleh ke belakang dan nampaknya Wan Zubair melutut di atas simen dengan menghulurkan sejambak bunga kepadanya.

“Sayang dengarlah apa abang nak cakap dulu, please?!!”rayunya.

Nur Adriana melepaskan pautan dari tangan Wan Zubair dengan kasar sekali. Bunga pun turut jatuh. Wan Zubair terpana. “Kenapa dari tadi kau tak nak cakap, hah? Kau ingat aku cakap dengan tunggul ke?”herdiknya kuat.

Wan Zubair tersentak. Dia datang sini bukan untuk mengherdik atau memaki hamun Nur Adriana tetapi dia datang sini untuk menjernihkan hubungan yang kian berantakan. Dia segera berdiri tegak.

“Abang harap sayang tolong jangan putuskan pertunangan kita! Abang mohon sepuluh jari ampun dan maaf jika abang terkasar bahasa pada sayang. Kita lupakan kisah dulu dan mulakan kehidupan baru dengan lebih bahagia.”sambung Wan Zubair lagi.

 Nur Adriana mencebik. “Baru sekarang kau nak mintak maaf? Kenapa tidak dari hari tu lagi? Kau cakap kau benci aku kan? Bencilah sampai bila-bila! Keturunan kau memang suka membenci orang kan?”tengkingnya tanpa rasa takut.

 Wan Zubair rasa tercabar. Cukup pantang baginya jika ada orang yang mengata yang bukan-bukan terhadap keluarganya.

Pang!! Tanpa ditahan lagi, satu tamparan hinggap di pipi mulus Nur Adriana.

Terjelepok Nur Adriana di atas simen. Pipinya diraup kasar. Sudah lama dia tidak ditampar oleh orang terdekat. Ini kali pertama setelah dia keluar dari penjara, tamparan hinggap di pipinya.

Wan Zubair melihat telapak tangannya seketika. Hasil pukulannya tadi telah meninggalkan kesan pada pipi Nur Adriana. Pantas dia berlari meninggalkan perkarangan rumah itu sebelum terjadi apa-apa yang buruk berlaku padanya. Kereta yang diletak elok di tengah rumah tunangnya lantas meninggalkan rumah itu dengan keadaan kelam-kabut.

“Sakitlah, bongok! Kau takde hati perut langsung!!”jeritnya. Matanya mengekori kereta Wan Zubair meninggalkan perkarangan rumahnya. Giginya dikacip kuat. Pipinya terasa membengkak.

“Ayah!! Tolong Adriana!”jeritan itu menyedarkan Puan Farzana yang sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur. Tergesa-gesa dia ke depan. Pintu dikuak dari dalam. Terkesima dia melihat anak tirinya tersembam di atas simen. Cepat-cepat dia meluru kearah Nur Adriana.

“Ya Allah!! Anakku.”airmatanya mula mengalir. Dia jatuh kasihan pada anak tirinya. Dipeluk tubuh itu dengan seerat mungkin.

Nur Adriana turut sama mengalirkan airmata. “Ibu…kenapa Wan Zubair tampar Adriana?”raungnya. Dia terharu kerana orang yang pertama membantunya adalah ibu tirinya.

“Sabar, sayang. Kesian anak ibu ni. Adriana bangun ye? Kita sapu ubat kat pipi tu. Pipi Adriana dah bengkak ni.”makin kuat pelukan Puan Farzana.

“Adriana sakitlah, ibu.”disentuh semula pipi yang ditampar tadi. Jika ada cermin di depannya, pasti dia dapat melihat kesan ketara pada wajahnya. Hebat jugak penangan Wan Zubair tadi sehingga dia nak melawan balik pun dia tak mampu.

“Astagfirullahalazim! Apa dah jadi dengan anak ayah ni?”sampuk Ahmad Jamil dengan cemas. Terus dia meluru kearah anaknya.

“Dia kena tampar dengan Wan Zubair tadi, bang. Habis bengkak pipi dia Wan Zubair tampar.”kata Puan Farzana berterus-terang.

“Wan Zubair tu memang nak kena dengan aku ni. Makin menjadi perangai budak tu!”dengus Ahmad Jamil geram. “Mari kita bawak masuk Adriana ni. Hari dah nak hujan pulak.”mendung beranak menandakan akan tiba hujan sebentar lagi. Mereka berdua memapah Nur Adriana masuk ke dalam.

****

Wan Zubair memberhentikkan kereta di satu lorong yang sunyi dari pandangan umum. Nafas ditarik kuat bagi menghilangkan tekanan yang bergumpal di dalam badan. Stereng kereta dihentak kuat. Melepaskan tekanan yang sedia ada.

“Kenapalah susah sangat sayang nak mintak maaf? Salah abang pun bukannya sebesar zarah pun. Abang mintak maaf kalau buat sayang terluka dengan sikap abang tadi.”katanya sendiri sambil menyandarkan kepalanya di stereng kereta itu.

Apalagi yang dia perlu buat untuk mendapatkan sekeping hati Nur Adriana yang kini makin dingin terhadapnya?

Susahnya nak tambat hati Nur Adriana…

 

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Benci betul kpd lelaki yg cepat naik tangan kpd kaum wanita...

Nur Daeya berkata...

hehe..smua orang benci kak..
x pe..nnt ad blasan atas apa yg Wan Zubair buat ;)

Ruunna Qizbal berkata...

x suka lelaki nk tngan.. huhu, smbng lgi akak
makin best

Unknown berkata...

hehe..
kak eya akn smbung..
tq sbb sdi jd pmbaca setia

eifa berkata...

suka suki jer nak tampo anak org. belasah jugak wan zubair nih.

Unknown berkata...

haha..nnt adlah balasannya kak Eifa.. ;)