Sudah sampai masanya dia pulang ke rumah. Tidak perlu dia
berada di sini lagi. Orang yang disayangi Zeril Iskandar sudah tiba. Siapa lagi
kalau bukan Datin Zafiah? Mungkin sudah suratan perbualan itu merupakan yang
terakhir bagi mereka berdua. Walaupun dia takkan bertemu Zeril Iskandar lagi,
hatinya tetap tersemat kukuh nama Zeril Iskandar Bin Muhd Shamin. Dia tahu nama ayah Zeril Iskandar pun melalui kad pengenalan yang ada dalam dompet lelaki itu.
Kakinya bagaikan digam
kuat. Serasa tidak mahu melangkah pergi
dari sini. Namun, dia terpaksa pergi juga. Jika dia berdiri di sini, apa yang
dia dapat? Nak dengar suara Zeril Iskandar sekali lagi?Mana boleh! Pintu bilik
Zeril Iskandar pun dah tertutup rapat.
Sebelum dia keluar dari
hospital ini, dia menjengulkan kepalanya sedikit memerhatikan bilik Zeril
Iskandar yang tertutup rapat itu. Pasti dia akan rindu bilik itu. Bilik yang
membawa kenangan manis bersama dia dan Zeril Iskandar.
Apa yang berlaku pada
lelaki itu sekarang ye? Adakah Zeril Iskandar mencarinya disaat ini?Teringin
dia hendak tahu. Tetapi dia tahu, dia bukan sesiapapun dalam hidup Zeril
Iskandar. Jika orang yang disayangi sudah berada didepan mata, orang lain
dilupakan.
Dengan terpaksa, dia
melangkahkan kakinya keluar dari hospital ini.
Sekali lagi dia ucapkan
selamat tinggal pada Zeril Iskandar dengan nada sebak yang mencengkam jiwa.
****
Prof. Dr.Azmi sedaya
upaya cuba mententeramkan Zeril Iskandar namun apa yang dibuat semuanya tidak
menampakkan hasil . Pesakitnya tetap mahukan Nur Adriana. Apa boleh buat?
Lelaki sepertinya memerlukan seorang perempuan sebagai semangat untuk
meneruskan kehidupan. Dan dia sudah mendapat semangat itu. Semangatnya adalah
isterinya. Begitu juga dengan Zeril Iskandar, dia memerlukan Nur Adriana
sebagai semangatnya.
Lagi berapa minit lagi
Zeril Iskandar akan menjalani pembedahan. Lelaki itu bagaikan kurang siuman.
Adakah dia perlu memanggil doktor Wan Zubair yang berada di bilik pembedahan
untuk mencari Nur Adriana?
Masa sudah terlalu
suntuk. Mereka tak boleh lewat menjalankan pembedahan terhadap Zeril Iskandar.
Dia sudah buntu mencari idea untuk mendiamkan pesakit ini. Dibiarkan Zeril
Iskandar meluahkan apa yang terpendam di sudut hatinya.
“Zeril tak kira,
mama. Apapun yang terjadi Nur Adriana
tak boleh jauh dari Zeril. Zeril perlukan dia, mama!!”laungnya dengan kuat. Dia
sudah menjadi seperti manusia yang kurang siuman. Terpekik melolong memanggil
nama perempuan kesayangannya.
Datin Zafiah terasa
mahu menangis di saat itu juga. Di mana lagi dia perlu mencari Nur Adriana?
“Zeril, bawa bersabar
sayang. Nur Adriana kejap lagi datanglah tu.”pujuknya. Susah hati melihat
anaknya yang kelihatan tertekan itu.
Zeril Iskandar mahu
melepaskan diri dari pegangan Prof.Dr.Azmi tetapi kudratnya tidak kuat untuk
melawan doktor lelaki itu. Hanya cara ini yang dia dapat meluahkan rasanya.
Menjerit sekuat hatinya.
“Nur Adriana!!”lantang
suaranya bergema. Nama perempuan itu bergema di dalam bilik.
“Masya-Allah,
anakku.”menitis airmata Datin Zafiah. Hebat betul perempuan yang bernama Nur
Adriana sehingga anaknya berkali-berkali memanggil perempuan itu. Dia harus
mencari Nur Adriana walaubagaimana cara sekalipun.
“Nurse, bagi saya jarum
suntikan.”arah Prof.Dr.Azmi. Dia tak boleh bersabar lagi.Dengan jarum itu dia
boleh mengurangkan tekanan Zeril Iskandar. Nurse yang menjadi pembantu kepada
doktor lelaki ini segera mengangguk. Jarum suntikan yang mengandungi ubat bius
diberikan kepada doktor itu.
Tanpa menunggu lagi,
Prof.Dr.Azmi segera memasukkan jarum suntikan itu ke lengan Zeril Iskandar.
Meraung Zeril Iskandar sekuat hatinya. Datin Zafiah tergamam. Doktor lelaki itu
buat apa pada anaknya sehingga dia meraung sebegitu kuat?
“Datin jangan bimbang.
Ini prosedur yang perlu dilakukan sebelum pembedahan. Kami tak boleh bertangguh
lagi. Ubat bius perlu diberikan pada Zeril Iskandar bagi mengurangkan kesakitan
semasa pembedahan nanti.”ujarnya.
Datin Zafiah lega.
Anaknya pun dah mula mendiamkan diri. Nampaknya kesan ubat bius ni berhasil
pada Zeril Iskandar. Tak adalah anaknya menjerit bagai orang gila tadi.
“Mama, Zeril
pening.”adunya perlahan. Suaranya tidak selantang tadi. Badannya tiba-tiba jadi
tidak bermaya. Kepalanya pula terasa pening. Dia memejamkan mata.
Datin Zafiah mengelus
lembut rambut anaknya.“Zeril, berehat sayang. Zeril tak boleh cakap banyak.
Kejap lagi Zeril nak kena bedah kan? Si, anak mama kena rehat.”dia cuba
mengambil hati anaknya agar dia tidak lagi menyebut nama Nur Adriana. Bukan dia
tidak mahu Zeril Iskandar memanggil nama perempuan itu tetapi dia khuatir
anaknya akan menjerit sekali lagi nama perempuan itu.
“Zeril nak Adriana,
mama. Adriana…”suaranya makin lemah dan makin lemah.
Prof.Dr.Azmi mengeluh.
Nampaknya usaha untuk memadamkan nama Nur Adriana dalam hati Zeril Iskandar
buat seketika tidak berjaya. Mujur pesakitnya ini sudah tidak menjerit lagi.
Jika tidak, boleh pening kepala dia dengan karenah Zeril Iskandar.
Begitu berharga sekali
Nur Adriana di mata Zeril Iskandar.
Tidak semena-mena,
seorang lelaki merempuh masuk dari luar. Ketiga-tiga insan yang berdiri di
bilik itu terkejut.
“Maaf,
menganggu.”lelaki itu meminta maaf. Tak sedar lelaki itu diperhatikan tiga
orang yang berdiri di bilik itu.
“Lain kali masuk ketuk
pintu dulu, Madz Hazrul. Buat kami terkejut aje.”sedikit marah dalam nada Datin
Zafiah. “Ada panggilan dari saya ke?”soalnya.
Prof.Dr.Azmi dan nurse
yang perasan itu bukan masalah mereka segera melakukan kerja-kerja yang
tergendala. Sebentar lagi Prof.Dr.Azmi akan turut serta menyertai pembedahan
itu. Baju kot putih yang dipakai sekarang akan digantikan dengan pakaian
berwarna hijau.
Madz Hazrul
menunduk.“Maafkan saya, Datin. Silap saya Datin sebab masuk sini tanpa ketuk
pintu terlebih dahulu. Sebenarnya, saya ada perkara nak beritahu,
Datin.”ujarnya dengan sedikit gelabah.
Datin Zafiah memandang
Prof.Dr.Azmi dan nurse itu dengan satu pandangan bermakna. Dia berharap dengan
pandangan itu mereka berdua akan mengerti maksudnya.
“Kami keluar dululah,
Datin. Nak siapkan apa yang patut.”tunduk mereka berdua serentak.
Usai mereka keluar,
Madz Hazrul memulakan bicara. Suaranya seakan berbisik.
“Datin, tadi saya
nampak Nur Adriana sedang berdiri di sebalik dinding lorong masuk ke bilik
Zeril Iskandar.”
“Hah? Kamu nampak dia?
Kenapa kamu tak kejar dia?”balas Datin Zafiah dengan suara perlahan.
Terperanjat jugak dia apabila mendapat tahu pembantu peribadinya berjumpa Nur
Adriana
“Saya nak kejar tapi
sebelum tu saya nak mohon pada Datin agar saya boleh serahkan duit RM 10,000
kepada Nur Adriana.”
“Itu bagus.”Datin
Zafiah menganggukkan kepala. “Baik awak pergi sekarang sebab saya takut awak
tak dapat cari dia. Awak kalau senang, dapatkan maklumat tentang keluarga dia
dan apa yang mereka sekeluarga buat, faham?”jawabnya.
Bagi Madz Hazrul, ini
merupakan satu tugas yang sukar dia buat sebenarnya. Nak dapatkan maklumat Nur
Adriana bukan perkara mudah. Perempuan itu ibarat biskut chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak ada. Susah betul dia hendak
berjumpa depan mata dengan perempuan itu. Ini peluang sudah terbuka luas, dia
akan mencari Nur Adriana sampai dapat!
“Terima kasih, Datin.
Ini telefon Datin. Kalau ada apa-apa, Datin call saya.”cakapnya dengan
tergopoh-gapah.
“Awak pergi sekarang,
cepat-cepat!”paksa Datin Zafiah segera.
Madz Hazrul mengangguk
cepat. Lantas dia berlalu pergi. Tumpuannya sekarang adalah Nur Adriana.
Datin Zafiah merenung
dalam wajah anaknya yang kini memejamkan mata. “Sayang, nanti mama dapatkan Nur
Adriana untuk kamu ye. Sayang kena kuat tau.”ujarnya dengan suara bergetar. Tak
kira apa jua yang berlaku, dia harus berjumpa dengan Nur Adriana juga.
****
Cepat-cepat Madz Hazrul
membawa kereta Mercedes Brabus keluar dari hospital itu. Dia rasa Nur Adriana
baru sahaja keluar dari hospital ini sebab tadi dia baru melihat perempuan itu
berapa minit yang lepas. Dia pasti Nur Adriana masih berada dalam kawasan
tempat letak kereta. Kepalanya dijengukkan ke kanan dan kiri agar kelibat
perempuan itu dapat dicari.
Hah, itu dia!! Senyuman
Madz Hazrul mengukir senyuman lebar. Dia sudah nampak Nur Adriana. Tidak susah
rupanya untuk mengecam perempuan ini. Kat tempat parking rupanya dia letak
kereta. Ingatkan kat depan lobi tadi.
“Nur Adriana, kita
berjumpa lagi!”katanya dengan senyuman terukir di bibir. Cermin mata hitam yang
tersangkut di baju kot hitamnya dipakai.
Kereta mewah itu
dijauhkan sedikit agar Nur Adriana tidak mengenali dirinya. Serasanya perempuan
itu pernah bertembung dengannya sewaktu berada di lobi utama unit kecemasan
hospital ini. Mungkin Nur Adriana ingat-ingat lupa wajahnya namun dia tidak
sekali-kali melupakan wajah itu.
Kereta perempuan itu
sudah mula bergerak meninggalkan kawasan parking itu. Dia pun apalagi…ikut sama
la. Tak sabarnya nak jumpa perempuan tu. Mesti Nur Adriana terkejut tengok dia
depan mata.
*****
Nur Adriana memandang
side mirror kanan untuk melihat kereta dibelakangnya. Kedudukan di tengah
highway memaksanya menoleh sekejap ke side mirror itu.
Matanya membulat
seketika. Tumpuannya terarah pada satu kereta mewah di belakangnya. Rasanya dia
pernah melihat kereta itu. Tapi di mana ye?
Hendak berhenti dia
tidak boleh. Dia berada di tengah jalan highway tu.
Hmm…tak payah fikirlah
siapa pemilik kereta tu. Fokus pemanduan, Nur Adriana!
Dia memandu dengan
tenang. Kereta di belakang tidak dipedulikan lagi.
Di dalam kereta, Madz
Hazrul mula gelabah. Nur Adriana dah tahu ke kereta mewah ni milik Datin
Zafiah? Kenapa kereta perempuan itu bergerak perlahan? Dia tengok kereta ni kat
side mirror ke?getusnya. Dia dah mula takut. Janganlah Nur Adriana perasan
kereta ni.
*****
Di dalam bilik
pembedahan, Wan Zubair sudah sedia memakai baju bedah yang berwarna hijau
disertakan dengan face mask. Lagi
berapa minit dia akan membedah jantung Zeril Iskandar. Badannya menggeletar.
Harap pembedahan ini akan berjalan lancar dan dapat memulihkan Zeril Iskandar.
Tidak sempat dia hendak
berjumpa Zeril Iskandar. Banyak kerja di dalam bilik pembedahan ini yang perlu
dilunaskan. Lagipun dia antara dua doktor yang akan mengendalikan pembedahan
ini. Doktor yang seorang lagi ialah Prof.Dr.Azmi.
“Kelengkapan semua dah
siap, nurse?”
“Dah, doktor Wan. Lepas
ni bolehlah kita jalankan pembedahan itu.”
“Prof. Dr.Azmi masih
dalam bilik Zeril Iskandar ke?”
“Ya, doktor. Prof.
Dr.Azmi ada dalam bilik pesakit itu. Pembantu Prof.Dr.Azmi ada beritahu saya
pesakit yang akan menjalani pembedahan jantung ini menjadi kurang waras tadi.”
“Kurang waras?”Wan
Zubair berkerut dahi. Kenapa dengan Zeril Iskandar? Dia trauma ke nak buat
pembedahan?desisnya. “What’s wrong?”
“Pesakit itu menjerit
kuat-kuat dan memanggil nama seorang perempuan.”jawab nurse itu dengan tenang.
Wan Zubair membulatkan
mata. “Seorang perempuan?”dia syak peremmpuan yang disebutkan Zeril Iskandar
ialah Nur Adriana. Mana mungkin perempuan lain yang akan meniti di bibir lelaki
itu. Hanya Nur Adriana seorang sahaja!
“Benar, doktor. Mujur
Prof.Dr. Azmi dah bagi ubat bius pada pesakit itu. Sekarang ni, dia tengah
berehat.”jawabnya lagi.
Zeril…Zeril. Lelaki
apalah sanggup menjerit macam tu sekali disebabkan seorang perempuan? Dia yang
baru putus tunang dengan Nur Adriana pun tak pernah menjerit-jerit bagai orang
gila.
*****
“Datin, masa untuk
Zeril Iskandar buat pembedahan sudah tiba, saya perlu bawa dia masuk ke unit
kardiologi.”kata Prof.Dr.Azmi sebaik sahaja selesai berpakaian bedah. Pakaian
Zeril Iskandar sudah ditukar oleh jururawat lelaki yang bertugas.
Datin Zafiah menahan
rasa sebak dihati. Anaknya dah nak masuk bilih bedah. Dia rasa takut sekirannya
terjadi apa-apa yang kurang enak pada Zeril Iskandar. Minta-mintak semuanya
selamat.
“Ya Allah, selamatkanlah
anakku…,”katanya dengan suara yang perlahan. Dia memegang erat tangan anaknya.
Prof.Dr.Azmi memahami perasaan seorang ibu
seperti Datin Zafiah.
“Sabar, Datin.
Insya-allah, anak Datin akan selamat.”pujuk Prof.Dr.Azmi.
Zeril Iskandar dibawa
jururawat yang bertugas. Katilnya ditolak perlahan. Matanya layu akibat
disuntik ubat bius tadi. Datin Zafiah masih setia memegang tangan anaknya.
“Mama. Doakan
Zeril.”lirih suaranya berkata.
“Ye sayang, mama akan
doakan anak mama. Sayang kena kuat.”tangisannya mula kedengaran. Dia tidak malu
untuk menangis di khalayak ramai. Biarlah orang tahu yang dia bersedih.
“Mama jangan
sedih-sedih. Zeril tak suka mama sedih.”sambung lagi. Nada suara Zeril Iskandar
masih tidak berubah.
Datin Zafiah mengelap
airmatanya yang mengalir deras itu. “Mama takkan sedih. Lepas ni mama tak nak
Zeril sakit lagi. Mama hanya ada Zeril seorang aje.”pesannya.
Tiba di unit
kardiologi, jantung Datin Zafiah berdegup kencang. Masanya dah tiba!
“Maafkan saya, Datin.
Sekarang dah sampai masanya.”tegur Prof.Dr.Azmi. Pintu bilik pembedahan dibuka.
Kelihatan doktor Wan Zubair serta pembantu yang lain sudah bersedia untuk
menjalani pembedahan itu.
Datin Zafiah berdebar.
“Zeril, mama tak dapat nak temankan Zeril masuk dalam. Mama dapat tunggu kat
luar aje.”ujarnya sayu. “Mama akan tunggu Zeril sampai Zeril keluar dari bilik
bedah.”
“Sayang…mama.”kata
Zeril Iskandar dengan nada yang cukup perlahan. Matanya kembali terpejam.
Jururawat bertugas
menolak katil bergerak itu masuk ke dalam bilik bedah. Prof.Dr.Azmi dan yang
lain segera masuk ke dalam lalu pintu ditutup rapat.
Datin Zafiah terduduk
di atas lantai. Sedihnya Ya Allah! Kata-kata sayang anaknya makin membuatkan
hatinya bertambah pilu.
Anak mama, please be strong!
2 ulasan:
sedih la.. sob sob
smbng lgi♥
sedih ke dik?hmm..
bab ni sdih skit..sian Zeril Iskandar
Catat Ulasan