Jendela tingkap dikuak
selebar mungkin. Berharap akan ada angin menjengah masuk ke biliknya. Kepalanya
didongakkan ke atas..Langit yang luas dan tidak bertepi itu memberikan satu
rasa ketenangan dalam dirinya.Fikiran yang bercelaru sejak tadi menjadi lapang.
Indahnya ciptaan Allah.
Mengingatkan kembali
kenangan terindah bersama bekas suaminya, Dhia berasa sedih. Semuanya punah
begitu sahaja. Akuinya, bukan mudah memegang
title janda. Masyarakat akan memandang serong kepadanya. Dia tidak mahu
perkara sebegitu berlaku padanya.
Dalam beberapa hari
lagi, dia akan memfailkan perceraian dipejabat Majlis Agama Islam. Tempat yang
sama sewaktu Muzaffar melafazkan akad nikah didepan kadi.
Dhia mengeluh. Dua hari
lagi dia akan bekerja seperti biasa. Perlu ke dia beritahu pada kawan
sepejabatnya yang dia telah diceraikan secara mengejut? Nanti heboh pula satu
bangunan pejabat itu.
“Nurul
Haifa Nadhiya telah diceraikan secara mengejut oleh pemegang saham
terbesar
syarikat kita.’’
Dhia tidak sanggup
mendengarnya. Dia tidak mahu diperlekehkan rakan sepejabat. Biarlah dirahsiakan
dari semua lebih baik dari membongkarkannya. Matanya masih memandang langit.
‘Ya Allah, mungkin setakat ini sahaja jodohku dengan Muzaffar. Berikan hambamu
ini kekuatan yang bukan sedikit, tetapi melimpah-ruah.’Airmatanya keluar jua
akhirnya. Puan ?? yang berdiri disebalik pintu mengetap bibir kuat. Sedih
apabila anaknya diperlakukan sedemikian rupa. Hatinya tersayat dengan luahan
dari Dhia.
“Dhia..ibu juga
sentiasa berdoa agar anak ibu ini memperolehi kebahagiaan didunia dan
akhirat.”Dhia tersentak. Badannya berpaling ke belakang. Ibu! Airmatanya dilap
pantas. Tidak mahu ibu tahu apa yang sedang diluahkan apabila dia keseorangan
disini..
“Sini sayang..dekat
pada ibu.”Puan Suria mendepakan kedua tangannya. Sayang pada anaknya makin
bertambah-tambah. Janjinya, dia akan memberikan kasih sayang yang tidak
terhingga pada Dhia, anak tunggalnya.
“Ibu..”Pantas Dhia
berlari mendapatkan ibunya. Dipeluk tubuh itu seerat mungkin. Teresak-esak Dhia
menangis. Puan Suria membalasnya sambil tersenyum. Rambut anaknya diusap
lembut. Sudah lama dia tidak memeluk anaknya dengan erat sebegini.
“Dhia kata dengan ibu,
Dhia tak nak nangis. Siap berjanji dengan ibu lagi. Mana pergi janji Dhia tu?
Takkan dah lupa kot?”gurau Puan Suria. Ayat itu membuatkan Dhia bertambah sedih.
Dhia melepaskan pelukan. Ingatkan ibunya akan memahami perasaan anaknya.
Nampaknya tidak. Airmatanya laju membasahi pipi. Dia merebahkan diri diatas
katil. Ditekup mukanya ke bantal bersaiz empat segi yang berwarna pink itu.
Dilepaskan semua kesedihannya disitu.
Puan Suria mula rasa
bersalah. Tidak sepatutnya dia berkata seperti itu. Ingatkan bila ada gurauan
tadi, anaknya akan ketawa dan tersenyum. Ini lain pulak jadinya. Dia melabuhkan
badannya ke sisi katil. Diusap-usap kembali rambut anaknya yang panjang itu.
Sayang, maafkan Ibu.
Ibu saja nak hilangkan kesedihan dihati Dhia. Dah, tak mahu nangis-nangis lagi.
Dhia dah besar panjang kan? Dah boleh berfikir mana yang baik dan buruk. Apa
yang berlaku sekarang, jadikan ia pengajaran supaya kita lebih kuat pada masa
akan datang. Cuba Dhia pandang ibu, luahkan pada ibu apa yang Dhia pendamkan
lagi didalam hati tu. Please, Dhia. Wake
up! Kata Puan Suria dengan penuh semangat. Dalam diam, Dhia mengerti apa
yang diperkatakan ibunya. Dia bangun. Bantal yang menekup mukanya tadi dibiar
disitu. Jelas kelihatan kesan air mata dibantal pink itu. Apa yang penting..perasaannya harus diluahkan
segera dan tidak perlu dipendamkan lagi.
Ibu, maafkan Dhia
jugak. Malam-malam begini sudah buat drama sedih. Dhia pun tak tahu kenapa Dhia
emotional sangat.” Dhia ketawa
sedikit walaupun airmatanya masih lagi turun ke pipi. Puan Suria mengelap tubir
mata anaknya. Dalam kesedihan pun, sempat lagi ketawa kecil. Dhia..Dhia..
Puan Suria melihat jam
didinding sudah menunjukkan pukul 10 malam. Nampaknya dia perlu menyuruh
anaknya tidur awal. Esok merupakan hari pertama Dhia menaiki pengangkutan awam
dan dia tidak mahu anaknya bangun lambat untuk ke tempat kerja.
Hmm..esok anak Ibu
kerja kan? So, kenalah tidur awal-awal sebab Dhia dah cakap dengan Ibu yang
Dhia nak naik pengangkutan awam.”jelas Puan Suria. Dhia mengeluh lagi. Betul
juga apa yang ibu katakan. Ingatkan nak suruh Rayyan saja yang hantar dia pergi
dan balik mulai esok sebab mereka memang bekerja ditempat yang sama tapi awal-awal
lagi Rayyan sudah memprotes. Katanya ingin merehatkan diri sepuas-puasnya. Tak
lama mana pun, adalah dalam seminggu!
Dhia tahu pasti Rayyan
ada agenda yang tersembunyi yang cuba disorokkan dari pengetahuannya. Tapi dia tahu, cuti lama itu semestinya ingin
jalan-jalan cari teman wanita! Bukan dia tidak tahu perangai Rayyan itu. Semua
perempuan cantik yang lalu didepannya ingin dikenalinya. Memang secara
dalamannya, Rayyan memang seorang menghargai sahabatnya, tapi secara luarannya
pula..nampak perempuan cantik aje, sahabat dipinggirkan. Itulah Rayyan Zikri
yang dikenalinya. Hanya dia sahajalah kawan perempuan yang paling rapat setakat
ini.
“Dah cari baju kerja?”
“Belum lagi. Dhia tak
sempat nak keluarkan baju dalam bagasi tu.”jawabnya selamba.
Mata Puan Suria
membulat.“Tak sempat? Masyallah. Dhia dok peram lama-lama dalam beg tu buat
apa? Nak bagi baju tu bau masam ke?Habis tu macamana nak pergi kerja esok?”
Dhia mencebik“Ala, Ibu.
Dalam almari ada lagi baju Dhia yang lama-lama tu. Nanti Dhia pakailah apa yang
ada dalam almari tu.”
“Dhia jangan nak
mengada. Pergi ambil baju dalam bagasi tu. Pergi basuh sekarang, cepat!”arah
Puan Suria. Muncung mulut Dhia mendengar arahan dari ibunya. Rasa malas pulak
nak basuh baju malam-malam macam ini. Dia bingkas bangun dari katil.Dengan
langkah malas, bagasi diambil dalam almari.
“Hmm..apa nak jadi
dengan anak Ibu ni. Dah dua hari Dhia rehat kat rumah, tak basuh-basuh lagi
baju tu. Anak dara tak boleh macam ni tau.” Dhia memandang ibunya tajam.
“Bukan anak dara lagi Ibu.
Dah dapat status janda pun.”Dhia mengeluarkan bagasinya dari almari bewarna
coklat itu. Memang benar kata ibunya yang baju miliknya sendiri tidak banyak
didalam almari. Hampir kesemuanya ditinggalkan dirumah bekas suaminya. Bila
difikirkan kembali, dia mahu mengambil kesemua bajunya yang tertinggal disitu.
Tapi, seganlah pulak nak pergi situ semula. Nanti tak pasal-pasal bertembung
dengan bekas ibu mertua dan Mariana. Kunci rumahstill dalam simpanannya. Insyallah, suatu hari nanti dia akan
pulangkan semula kunci itu kepada pemiliknya. Siapa lagi kalau bukan Muzaffar.
“Ibu nak tanya Dhia
sesuatu ni.Hal personal sikit.” Dhia
tersentak. Bagasinya diangkut dan dibawa ke atas katil. Zip bagasi dibuka sambil matanya merenung
wajah ibunya. “ Personal? Bukan semua
Ibu dah tahu ke? Takkan Dhia tak pernah cakap dengan Ibu selama ni.”
“Dhia memanglah pernah
cakap pada Ibu. Tapi melalui telefon aje. Ibu nak juga kepastian tentang
hubungan Dhia dengan si Muz tu.”
“Maksud Ibu,hubungan
kelamin kami berdua, begitu? Puan Suria
mengetap bibirnya. Jangan anaknya malu
sudah dengan soalan berapi itu. Sengaja ditanya soalan begitu. Hendak melihat
sejauh mana kesungguhan Dhia dalam menjawab soalan sebegini. Biasanya,
perempuan memang malu dalam bab-bab hubungan kelamin ini.
“Aah. Macamana? Dhia
pernah kata dengan Ibu dulu yang Muzaffar hanya sentuh Dhia saja. Tapi tak
pernah ‘bersama’ pun. Maknanya, selama ini Dhia tak pernah mengandunglah ni?”
“Dhia memang nak baby,
Ibu. Cuma belum ada kesempatan lagi.”
“Semenjak kamu kahwin
dengan si Muz tu, Ibu dapat rasakan yang anak ibu ni suka sangat merahsiakan
hal rumahtangga. Kenapa Dhia? Ibu tak layak ke nak tahu apa yang ada didalam
dan luar Dhia?”
“Ibu, bukan semua Dhia
perlu beritahu. Ada yang terlalu personal
sampai Dhia tak boleh nak buka mulut. Nanti ada pulak yang memandang rendah.”
“Muz mandul ke sampai
sekarang tak ada anak? Ibu tengok Muz tu orangnya ‘subur’ aje. Tergaru-garu
kepala Dhia yang tidak gatal itu dengan ayat berani ibunya. Dia pulak yang malu
sendiri. Nasib baik tiada orang lelaki yang mendengar.
Dhia membiarkan
bagasinya diatas katil itu. Pantas, dia duduk disisi ibunya sambil mengenggam
erat tangan sang ibu yang sudah berusia 50 tahun itu.
Ibu, actually Muz ada beritahu Dhia yang dia.
Sebelum kahwin tu, dia ada cakap dengan Dhia yang dia hanya boleh sentuh aje
tapi tak boleh ‘bersama’. Dhia faham. Apa yang kami boleh buat, hanya mampu
berserah. Dulu ada juga pergi jumpa doktor, nak tengok apa masalah pada sperma
dia.”jujur Dhia berkata. Biarlah, percakapan ini hanya dia dan ibunya sahaja.
Mana ada orang lain dirumah ini selain mereka berdua.
“Habis tu, doktor cakap
apa?”tanya Puan Suria ingin tahu. Direnung mata anaknya.
“Doktor cakap, Muz ada
masalah mutasi genetik dari mama dan papa. Itu sebab sampai sekarang Dhia tak
boleh berikan cucu pada ibu.Dalam erti kata lain, mati pucuk.”Dhia
berterus-terang juga akhirnya.
“Maafkan Dhia ya, Ibu sebab tak dapat bagi ibu
cucu.”luahnya.
Puan Suria mengusap
pipi Dhia lembut.“Tak mengapa. Itu adalah salah satu dugaan yang Allah berikan
pada Muz dan Dhia sebenarnya. Sekarang ni Dhia dah pun diceraikan. Ibu berdoa
agar Dhia dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan boleh berikan Ibu
cucu, bukan sikit. Tapi banyak tau! Gurau Puan Suria. Dhia tergelak kecil. Tahu
yang Ibu ingin mengembirakannya.
‘Terima kasih, Ya
Allah!’
*****
Pintu bilik Dhia
diketuk bertalu-talu. Jam di dinding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Namun,
anaknya masih tak bangun-bangun juga. Penat sangat ke menyidai baju kat ampaian
semalam sampai liat nak bangun?
Mata Dhia terbuka
sedikit. Siapa pulak yang kejut ni?katanya sendirian. Dia masih lagi dalam
keadaan mamai.
Dhia, Ibu ni.
Bangun-bangun. Solat subuh. Kejap lagi kamu nak pergi kerja kan?jerit Puan
Suria dari luar.
Hmm..dah pukul berapa
ni?soalnya sendiri. Terpisat-pisat matanya memandang jam di dinding. Pukul
6.00? Mata dia terbeliak. Alamak! Aku dah terlambat bangun. Kejap lagi nak naik
bas. Rayyan pulak tak dapat ambil. Hisy! Rayyan pun satu. Masa first day nak
masuk office pun sempat lagi nak cuti.
“Cepat, Dhia. Nanti
kamu lambat.”Laung Puan Suria.
Dhia apalagi, terus
mengambil tuala dan pakaian yang telah digosok semalam masuk ke bilik air
dengan tergesa-gesa.
Sepuluh minit kemudian,
Dhia menarik nafas lega setelah keluar dari bilik air. Nasib baik baju
kurungnya dah siap gosok. Tak adalah terkejar-kejar sangat.. Baju kurungnya
diambil dalam almari dan dipakai.
*****
Selesai berpakaian,
Dhia membuka tingkap bilik. Waktu pagi begini,bagus juga kalau angin masuk ke
dalam biliknya.
‘Ah..segarnya.’Disedut
udara sepuas-puasnya. Semalam tengok langit, hari ini sedut udara pulak. Dia
memandang pula ke bawah. Dilihat banyak tanaman yang ibu sudah hasilkan.
Kebanyakannya cili api dan buah jambu.
Waktu pagi bakal
menyinar sebentar lagi. Sekarang ini masih dalam keadaan gelap. Orang yang
pergi bekerja pun masih tidak ramai dilaluan rumahnya. Dia saja yang beria
sangat nak pergi awal pagi. Hendak buat macamana, kerja dia bukan dekat. Jauh
sangat. Dalam area Selangor.
Dirinya khusyuk
memerhati kawasan sekeliling rumahnya. Yalah, dah lama tidak pulang ke rumah.
Rindukan suasana nyaman begini.
Sedang asyik menikmati
udara segar di jendela, matanya menangkap kelibat seorang lelaki di depan pintu
pagar rumahnya. Siapa itu? Dia tidak pasti. Takkan Rayyan kot? Kalau Rayyan,
dia akan bawa kereta. Tapi ini lain. Dia hanya jalan kaki sahaja. Dhia melihat
lelaki itu meletakkan sekeping surat dicelah-celah pagar.
Aik? Bukan ke peti
surat memang sudah tersedia ditepi pagar. Mengapa harus diletakkan disitu?
Surat untuk siapa tu? Pagi-pagi lagi dah bagi surat. Penting sangat ke?.
Matanya masih tidak
beralih arah. Diperhatikan sahaja kelakuan lelaki yang mencurigakan itu.
Terniat pulak dihati ingin memanggil lelaki itu. Namun tidak berjaya. Lelaki
itu berlari dalam keadaan tergesa-gesa.
“Encik, encik!Laung
Dhiat sekuatnya. Makin pelik pulak Dhia melihat lelaki itu berlari. Dia
terkoncoh-koncoh turun ke bawah. Puan Suria yang sedang menuang air didalam
cawan terkejut dengan perilaku anaknya yang agak terburu-buru itu.
“Dhia, kenapa laju
sangat Dhia turun tangga ni? Jatuh nanti tak pasal-pasal kena cuti kerja.
Kenapa sayang?”
“Tadi, Dhia tengok ada
seorang lelaki dia letakkan surat kat celah-celah pagar depan rumah. Dhia nak
pergi tengoklah ni.”Dhia sudah sampai ke depan pintu utama rumahnya. Dia mahu
keluar tetapi dihalang ibunya.
“Cuba bawa bertenang.
Dhia tak boleh gelabah sangat. Nanti pengsan, ibu juga yang susah nanti.”tegur
Puan Suria tenang.
Dhia menarik nafas
panjang. Betul jugak cakap ibunya. Dia ni memang cepat gelabah sikit.Tak boleh
lihat atau dengar secara mengejut, mesti pengsan punyalah.
“Anak ibu dah siap kan.
Jom, makan. Isi perut dulu. Nanti kejap lagi kita tengok surat tu kat luar.
Meh, makan dulu.”ajak Puan Suria dengan penuh kasih sayang.
“Baik, ibu. Tapi sekejap
aje tau Dhia makan. Entah kenapa Dhia rasa berdebar-debar pulak sekarang ni?.
Ditekan dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Yang pasti, dia mahu lihat surat
itu.
“Ala, mesti surat dari
bos Dhia tu. Dah, jom makan. Nanti lewat pulak nak pergi kerja.”arah Puan
Suria.
“Hmm..baiklah, ibu.”
Dhia terus pergi ke meja makan. Duduk disebelah ibunya sambil memenangkan diri
dengan meminum air teh panas yang dibuat ibunya. Dihirup perlahan-lahan.
Tertanya-tanya juga dia
didalam hati. Surat apakah itu?
BERSAMBUNG... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan