Khamis, 9 Mei 2013

PULANGLAH PADAKU BAB 9




Airmata tuanya jatuh buat kali kedua. Baginya, apa yang didengar  tadi amat memeritkan hatinya. Seorang perempuan yang dianggap seperti cucunya sendiri telah bercerai tanpa pegetahuannya. Tambah memilukan, dua orang yang disayangi diberhentikan kerja pada hari yang sama! 

“Apa semua ni, Ray?”merembes airmata Puan Hadijah tanpa henti. Terkaku Rayyan ditempat dia berdiri. Aduhai. Ini semua kesalahannya. Bercakap kuat-kuat sehingga orang luar boleh dengar.

“Nek..Ray minta maaf sebab membelakangkan nenek dalam hal-hal yang berkaitan Dhia. Ray tak nak nenek kecewa dengan apa yang Muzaffar telah buat. Rayyan serba-salah sekarang ini bila tengok Dhia jadi begitu. Kehidupannya bertambah perit. Ingatkan Ray nak beritahu nenek masa Ray baru balik dari outstation tu. Tapi bila Ray lihat nenek masuk bilik Ray dan tengok album Ray, perkara itu tak jadi nak maklumkan pada nenek. Semuanya hilang begitu sahaja.”panjang lebar Rayyan menjawab.

“Kesian, Dhia. Muda-muda lagi dah jadi janda.”keluh Puan Hadijah. Airmatanya diseka Rayyan yang berdiri dihadapannya.

“Ini pun salah Ray jugak, nek. Ray terlalu rapat dengan Dhia sehingga Muzaffar sudah berfikiran negatif.”

“Ray, kamu rapat dengan Dhia tidak salah. Tetapi ada hadnya. Mungkin Muzaffar bila tengok kamu berdua terlalu rapat sangat hingga cemburu menguasai dirinya, itu yang sampai ke tahap penceraian.”balas Puan Hadijah lagi.

“Muzaffar tengok melalui CD, nek. Itu yang membuatkan dia menceraikan Dhia tanpa usul periksa.”jawab Rayyan berterus-terang.

“CD? Dari mana dia dapat CD itu?”Puan Hadijah merasa aneh.

“Itu Ray tidak pasti. Ray tak sangka ada orang rakam perbualan kami masa di hotel kelmarin. Dhia yang beritahu Ray tadi.”

“Nenek dengar Dhia dapat CD dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Siapa lelaki itu?”soal Puan Hadijah. Ingin tahu.

“Itu Ray tak berapa pasti. Tapi Ray rasalah, CD itu mesti salah seorang dari kawan Muzaffar. Dia yang hantar pada Dhia tadi. Mahu tunjukkan pada Dhia kesalahan yang dilakukan sehingga wujudnya perceraian itu.”

“Ada lelaki hantar CD pada Dhia? Huh! Apa motif Muzaffar sebenarnya?

“Ray tahu itu adalah satu muslihat dari Muzaffar sendiri untuk melihat Dhia sengsara selepas mereka bercerai. Mungkin Muzaffar tidak berpuas hati melihat ketenangan yang ada pada diri Dhia selepas diceraikan secara drastik.

“Muzaffar memang dah berubah! Dulu masa kecil, selalu nenek ajak dia duduk rumah ini. Main-main dengan kamu. Bila dah besar, perangai dia tak macam dulu dah. Makin teruk!

“Jadi, apa yang kita perlu buat supaya Muzaffar tidak menganggu ketenteraman Dhia lagi nek? Ray takut Muzaffar akan lebih berdendam pada Dhia.”

“Dhia sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini. Muzaffar yang berfikir bukan-bukan. Sekarang ini, Muzaffar dah kahwin dengan Mariana, pembantu peribadi dia.”

“Apa? Mariana? Si perempuan jalang tu?”

“Uiks, nenek kenal dia?”Wah! Neneknya memang pakar dalam bab-bab mengetahu hal orang ni.

“Mana pulak nenek tak kenal dia. Dia kan teman wanita Adam Muhammad, kawan kamu masa kat universiti dulu.

“Adam Muhammad?”Itu memang kawannya. Agak lama juga dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu

“Aah, Adam. Dia tak khabarkan dekat kamu ke yang dia ada teman wanita  yang namanya Nur Mariana? Kamu kata tadi dengan nenek kamu keluar tengah malam kan? Tak jumpa ke si Adam tu?”

“Dia tak ada semalam, nek. Dia pergi luar negara. Nak ambil angin katanya.”

“Huh! Dia mesti frust menonggeng bila Mariana kahwin lain, sebab tu dia pergi ambil angin kat luar negara. Muzaffar ni tak selidik betul-betullah dengan siapa dia berkahwin. Patutnya dia berfikir dua kali sebelum kahwin dengan perempuan jalang tu”.

“Habis tu, macam mana sekarang, nek? Takkan kita nak biarkan Muzaffar tu?”Rayyan mahu tahu pendapat dari neneknya pula.

“Kita tunggu dan lihatlah. Nenek ada satu rancangan.”kata Puan Hadijah dengan bangga.

Dalam diam, Rayyan memuji neneknya yang mengambil berat akan hal yang berkaitan sahabatnya. Nenek memang dahsyat!

“Nenek rasa, patut ke Ray bawa Dhia jumpa si Muzaffar tu?”tanya Rayyan. Dia perlukan pendapat neneknya. 

Nenek mengangkat tangan kemudian digerakkan jari telunjuknya. “Tidak perlu. Ray tak payah bersusah payah nak mengadap lelaki keparat itu. Biar nenek yang uruskan semuanya. Dia menyesal tak nak buat lagi.
Jelas kerisauan terbit diwajah Rayyan. Apa yang nenek nak buat sebetulnya? Takkan dia nak bertumbuk kot?Eh! Mana boleh! Nenek kan dah tua, nak pukul orang pun tak mampu. Setakat piat telinga dan cubit tangan itu dikira boleh lagi. Hmm..risau-risau.

“Lepas ni, Ray nak jumpa Dhia. Ray nak minta keizinan dari nenek untuk keluar. Nenek bagi tak?
“Ray nak jumpa Dhia? Buat apa?

“Ray cuma risaukan keadaan Dhia. Dia tengah berehat kat ruma. Katanya, dia sakit kepala. Jadi Ray nak lawat dia bagi memastikan kesihatan dia tak adalah teruk sangat. So, macam mana, nek? Boleh tak?
“Pergilah. Nenek izinkan. Tapi ingat!”suara Puan Hadijah bertukar tegas. Rayyan tersentak.
Gulp! Nenek dah bagi amaran. Rayyan menelan air liur.

“Jangan nak mengatal jumpa perempuan lain. Nenek dapat tahu, siap kamu!”amaran tegas dari nenek membuatkan air liurnya tersekat dikerongkong. Jangan main-main dengan amaran nenek. Kalau tak ikut, nahaslah!

“Ya, nek. Nenek kena percaya dengan Ray. Ini cucu nenek lah. Mana boleh ingkar arahan!”balas Ray dengan bangga.

“Hah! Tahu pun! Pergi rumah Dhia tu balik pukul berapa?”Aduh! Perangai nenek inilah yang dia paling tidak suka. Asyik nak ambil tahu hal orang lain sahaja.

“Aik? Ray belum pergi dah tanya balik pukul berapa? Nenek ni..Ray belum nak pergi lagilah. Mandi pun belum, nak pergi rumah Dhia buat apa? Ray rasa malam nanti kot Ray nak keluar.”jawabnya.

“Malam? Kenapa nak pergi waktu malam? Sekarang tak nak pergi ke?

“Hmm..tak kot. Ray nak duduk lama sikit kat rumah Dhia. Rindu nak pergi rumah dia.”

“Hish, budak ni! Rumah sendiri ada, nak rindu kat rumah orang buat apa?”kata Puan Hadijah dengan nada tidak berpuas hati. Rumah sebegini besar, nak rindu kat rumah dua tingkat tu buat apa?

“Ala, nek. Sekali aje. Lepas ni Ray tak rindu rumah dia. Ray rindu rumah ini sahaja.”gurau Rayyan.

Yalah..yalah. Tapi ingat apa yang nenek cakap tadi. Jangan sesekali pergi jumpa perempuan lain. Kalau kamu nak kena piat telinga kamu kuat-kuat, kamu buatlah! Nanti nenek potong telinga kamu!

“Ish nenek ni! Potong telinga Ray buat apa. Tak sayang Ray ke?”

“Nenek sayang. Sayang sangat-sangat.”Puan Hadijah menjengilkan mata. Rayyan ketawa besar. Kelakar melihat mata nenek yang membulat itu.

Sudahlah dari melayan kamu, baik nenek pergi solat asar dulu. Lepas ni nenek nak keluar, nenek hendak bertemu seseorang.”Puan Hadijah tersenyum manis.

“Amboi, nek. Senyum-senyum ni..nak jumpa pakwe ya?”Rayyan tersengih-sengih. 

“Aip! Apa Ray ni. Nenek dah tua nak ada pakwe? Tolong sikit! Nenek setia pada yang satu tau. Hanya atuk dihati nenek. Tak ada yang boleh lawan atuk kamu.”
 
“Fuh! Nenek jiwang.”Rayyan ketawa lagi.

“Jiwang? Tak ada maknanya. Dahlah, nenek keluar dulu. Layan kamu lebih-lebih, boleh gila nenek kat sini.
“Hah, nenek keluarlah. Pintu tutup rapat-rapat ya, nek. Rayyan nak mandi.”

“Mandi aje? Sembahyang?”perli Puan Hadijah. Dia menekan perkataan sembahyang.

“Err..”Rayyan tergagap-gagap. Hah! Soalan ini paling susah nak dijawab. Nenek ni, dah tahu orang ‘kurang’ dalam bab tu, lagi dia nak tekankan perkataan tu. Dahlah susah nak jawab soalan tu.

Secara jujurnya, Rayyan akui dia memang kurang dalam bab sembahyang. Bila tiba waktu solat sahaja, dia akan sengaja buat-buat tidak tahu. Tak mengapalah bila dah kahwin nanti, dia akan belajar sikit-sikit tentang solat. Walaupun solat lima waktu ditinggalkan, namun solat jumaat tidak dia tinggalkan. 

“Nenek, Ray mandi dululah.”Rayyan menukar topik. Sengaja soalan nenek tidak dijawab.

“Mengelaklah tu. Nenek keluar dulu lah ya.”Puan Hadijah keluar dari bilik Rayyan dan terus menutup pintu bilik cucunya

“Horayy!! Nenek nak keluar!”Rayyan meloncat-loncat kegembiraan. Petang ini dia boleh buat apa yang dia suka.

****
Mariana mendengus geram. Kerja yang berlambak diatas meja terbengkalai. Gara-gara perempuan yang dibenci mengetahui semua rahsianya. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Dan dia menyesal sangat kerana membuat perkahwinan secara besar-besaran. Patutnya dia membuat kenduri kecil-kecilan di rumah Muzaffar.

“Hish! Perempuan tu memang nak kena dengan aku. Oh..dah pandai nak mengugut aku. Ingat aku takut kalau kau sebarkan pada semua orang yang ada dalam syarikat ini? Huh! Aku tak takutlah. Kalau aku beritahu Muzaffar yang kau masuk dalam pejabat ni, tak pasal-pasal kena fired!

Muzaffar yang tidak keluar bilik sejak dari pagi tadi terus keluar. Ingin berjumpa isterinya.

Apabila pintu bilik ditutup. Muzaffar terkejut melihat meja isterinya yang sedikit berselerak. Mukanya merah membahang.

What’s wrong with you, Mariana?”jerkah Muzaffar. Moodnya memang tidak begitu baik hari ini. Pekerja yang berada disekitar mereka hanya tunduk membisu. Meneruskan kerja masing-masing.

Mariana terkejut. Mukanya serta-merta ditundukkan. Rasa bersalah menghantui diri. 

“Encik Muzaffar..maaf. Saya tak perasan encik Muzaffar keluar dari bilik. Ada apa bos?”Nafasnya ditarik sedalam mungkin. Memang nahaslah kau, Mariana! Dah lewat petang macam ini pun Muzaffar masih dalam keadaan tiada mood.

“Saya tanya awak, awak tanya saya balik? What’s wrong with you, Mariana?”

“Err..maafkan saya, encik Muzaffar. Saya tidak tahu apa salah saya.”takut-takut Mariana memandang wajah suaminya.

“Tak tahu apa salah awak?”Mata Muzaffar membulat. 

Mariana mengerling ke kiri ke kanan. Nampaknya, pekerja yang berada di sini semua memerhatikannya. Malunya aku…

“Kenapa meja awak bersepah macam tongkang pecah? Tak reti nak kemas ke?”jerit Muzaffar tanpa menghiraukan pekerja lain yang memandang tingkahnya.” Hish! Aku cukup pantang betul bila bersepah macam ini.”Muzaffar bercekak pinggang. Marahnya makin memuncak. Semuanya gara-gara Rayyan dan Dhia tidak hadir ke pejabatnya.

“Saya..err..saya”.tergagap-gagap Mariana menuturkan kata. Sesungguhnya Muzaffar terlalu kejam hingga memalukan dirinya.

“Aku tak kira, hari ini aku nak kau balik lewat malam! Siapkan kerja yang tertunggak. Selagi kau tak siapkan kerja kat atas meja kau ni, aku takkan benarkan kau balik, faham?”jeritnya lagi. Muzaffar memberi amaran keras pada isterinya.

Muzaffar terus berlalu pergi tanpa memandang wajah Mariana yang kelihatan tersentap dengan riak wajahnya.

Mariana seperti ingin mengalirkan airmata apabila mendengar ayat Muzaffar yang agak keras ditelinganya. Dia bangun dari tempat duduknya.

“Kenapa dia buat aku macam ini? Sedihnya hati”. Dia menekan dadanya. Ayat dari suaminya memberi impak di hatinya. Terlalu sedih.

“Mariana, kau okay tak ni?salah seorang pekerja yang berdekatan dengan tempat duduk Mariana datang ke meja yang didudukinya.

“Kau pergi! Jangan ganggu aku!!”Mariana pula yang menjerit. Kawan sepejabatnya terkejut. Dia pulak yang kena marah. Segera dia kembali ke tempat asal. Orang nak pujuk, dia pulak yang nak marah-marah. Macam hebat sangat!

Mariana mencampakkan fail diatas meja ke bawah lantai tanpa rasa bersalah. Dia berlari anak masuk ke dalam tandas.  Membiarkan fail dilantai tanpa mengambilnya kembali.

***
Didalam tandas, Mariana berulang kali membasahkan muka tanpa henti. Membiarkan air paip mengalir keluar dari singki. Rambut depannya basah terkena air. Ditatapi mukanya dihadapan cermin. Ada segelintir pekerja dari department lain yang masuk ke dalam tandas wanita itu hanya memerhatikan kelakuan anehnya.

“Aku masih bersabar dengan kau, Muzaffar. Tetapi, kenapa kau tidak memberikan aku peluang untuk mencintai kau? Apa salah aku?” jerit Mariana kuat. Terketar-ketar bibirnya menahan sebak di dada. Dipandang teliti dirinya dicermin tanpa menghiraukan pekerja lain yang sedang membisikkan sesuatu dibelakangnya. Dia boleh melihat apa yang mereka buat dibelakang. Mesti dia orang ingat aku gila.
Mariana berpaling ke belakang. Memandang tajam ke arah mereka yang sedang memerhatikan dirinya.

“Kau, kau dan kau!!Ditunding satu-persatu wajah yang berada dihadapannya. “Tak faham-faham lagi ke nak blah dari sini? Yang kau nak tajamkan telinga kau orang dengar rungutan aku buat apa?”Mariana menjerkah mereka semua.

“Hey! Kita orang bukan saja-saja nak dengar. Tapi, bila kau dah memekak kat sini macam hantu pontianak mengilai, ingat kita orang tak bengang ke? Ini bukan tandas bapak kau, ini tandas awam, faham?”jawab salah seorang pekerja yang dipanggil Mia. 

Mariana mula naik angin. “Kau kata suara aku macam pontianak mengilai?”matanya terbeliak besar.Dah lama aku tak buat orang ni.

Mia ketawa besar. “ Dah tau, buat apa nak tanya lagi? Faham-faham ajelah.”cebiknya. Rakan sekerja Mia yang lain turut sama ketawa. 

Mariana apalagi, terus tangannya hinggap ke wajah pekerja yang mengutuknya tadi. Tamparan yang menyakitkan.

Mia tergamam. “ Kau tampar aku?”Kemarahan Mia makin naik mendadak. Rakan sekerja lain terus keluar tanpa mempedulikan mereka berdua didalam tandas ini. Takut mereka pula yang akan ditampar.
So what? Kau ingat kau bagus sangat?”tempelak Mariana.

“Kurang ajar!”Mia dengan geram membalas balik apa yang Mariana buat sebentar tadi. Rambut Mariana ditarik kuat bagi melepaskan geram. Ketinggian yang sama membuatkan Mia senang menarik rambut Mariana.

“Woi! Sakitlah sial!! Kau tarik rambut aku apahal?”jeritan Mariana begitu nyaring sehingga suaranya boleh didengar diluar.Dia cuba untuk melepaskan tangan perempuan itu dari menarik rambutnya, namun dia gagal. Perempuan itu 

“Huh! Kau yang mula dulu, aku balaslah balik. Perempuan macam kau ni patut tak payah nak kerja kat sini. Baik kau kerja jadi nenek kebayan kat rumah hantu. Lagi bagus!”Mia mencemuh. 

“Sakitlah!! Lepaskan rambut aku!!

“Kau minta maaf balik apa yang kau buat pada aku tadi. Cepat!”

“Aku takkan minta maaf selagi kau tak lepaskan aku. Lagi kau tarik rambut aku, selagi itulah aku takkan minta maaf pada kau.”kuat jeritan Mariana.

“Oh..dah pandai nak main tarik tali ya. Hah! Sekarang kau rasakan pulak penampar sulung aku pada kau.”Mia mengangkat kepala Mariana dengan kasar. Ditegakkan wajah Mariana.

Kau nak rasa sangat kan? Nah! Rasakan penampar sulung aku.

Papp!!terjatuh Mariana dilantai.

Mia menepuk kedua belah tangannya. Dendamnya terbalas jua.

“Padan muka kau!”ejek Mia. Kot hitam yang dipakai dirapikan semula. Dia membetulkan rambutnya dihadapan cermin supaya menjadi seperti asal.



“Lain kali jangan nak tunjuk bagus sangat ya?”Mia terus keluar dari tandas wanita tanpa berpaling lagi.

Argh!! Mariana menjerit sekuat hatinya. Airmata turun membasahi bumi. Kuat esakannya tanpa mempedulikan orang yang mula masuk ke tandas wanita.



BERSAMBUNG... ;)













1 ulasan:

Unknown berkata...

Hahahaha .. Mariana tekanan perasaan .. Huhuhu .. Padan muka .. Rasain !! Hehehehe