Pucat
wajah Zeril Iskandar mengundang sebak dihati Datin Zafiah. Naluri seorang ibu
yang ingin melihat anaknya tersenyum ke arahnya tatkala tiba di bilik kecemasan
nampaknya tidak kesampaian. Anaknya kaku tidak bergerak .Apa yang dilihat, cuma
nafasnya yang berhembus keluar dari bibir nipis itu. Dia jadi semakin risau melihat
mata anaknya yang masih lagi tidak terbuka.
“Hazrul,
apa kata nurse tadi?”soalnya tanpa
berpaling ke belakang. Matanya ralit memerhatikan sekujur tubuh badan anaknya
yang tidak bergerak.
“Dalam
masa dua puluh minit lagi, doktor itu akan sampai ke sini.”balasnya sambil
menunduk hormat. Datin Zafiah mengeluh sedikit.
“Hmm…lama
jugak tu. Awak boleh tolong saya dapatkan tuala dan sedikit air paip? Saya nak
bersihkan badan anak saya.”
“Baik,
Datin.”akur dengan arahan itu, Madz Hazrul segera melangkah keluar meninggalkan
bilik kecemasan itu. Datin Zafiah mengangguk.
Matanya
tertangkap pada selimut yang tidak rapi pada tubuh anaknya. Diangkat
perlahan-lahan lalu dibawa naik keatas. Tatkala itu, dia terdengar satu bunyi
yang muncul dibawah selimut itu. Dia melihat segugus kunci yang berada ditepi
badan Zeril Iskandar. Terpana dia seketika.
“Kunci
kereta Zeril ni.” Dibelek-belek kunci kereta anaknya yang .“Kenapa mesti ada
kat sini ?”soalnya sendiri. Digenggam kuci kereta itu lalu diletakkan didalam
beg tangannya yang berwarna coklat itu.
Takkan
Nur Adriana yang letak sini kut?tekanya dalam diam.
Beberapa
minit kemudian, Madz Hazrul masuk ke dalam bilik ini semula dengan membawa
tuala dan bekas kecil yang mengandungi air paip lalu diserahkan kepada bosnya.
Datin
Zafiah mengambilnya dan tanpa membuang masa dia membenamkan tuala putih itu
kedalam air jernih yang diberi Madz Hazrul. Diperah tuala itu kemudian
perlahan-lahan dibawanya ke muka Zeril iskandar yang pucat tidak bermaya itu. Wajah anaknya dilap dengan penuh sayang.
Harapannya,
biarlah anaknya cepat sedar dan bisa melakukan pembedahan itu secepat mungkin.
Dia tidak mahu penyakit anaknya melarat seperti suaminya, Datuk Ismadi yang
meninggal dunia empat tahun lalu. Penyakit jantung yang dialami suaminya terlalu
berat sehingga doktor mengatakan jantungnya tidak dapat dirawat lagi. Hanya
tunggu masa untuk mati sahaja. Memang dia sedih waktu itu tapi dia pasrah.
Biarlah suaminya mati dalam keadaan tenang.
“Datin…”ujar
Madz Hazrul perlahan.
Datin
Zafiah menoleh sekilas ke belakang.”Kenapa, Hazrul?”
“Sekejap
lagi nurse akan datang check nadi dan jantung Tuan Zeril selepas Datin selesai
mengelap Tuan Zeril.”
“Ooo..saya
dah nak habis lap ni. Awak panggil dia datang sini. Lagipun bagus jugak dia
check kadar denyutan jantung anak saya. Saya pun bukannya tahu sangat pasal
kadar denyutan manusia ni.”balasnya. Dia meletakkan bekas kecil itu diatas laci
sebelah katil anaknya. Tuala itu diletakkan ke tepi.
“Baik,
Datin. Saya panggil dia.sekarang.”tunduknya seperti biasa lalu dia melangkah
keluar.
“Sayang
mama…bangunlah. Mama datang ni. Tak nak tengok muka mama ke? Asyik pejam je
mata tu dari tadi. Bukaklah mata, sayang.”katanya lembut. Rambut Zeril Iskandar
diusap perlahan.
“Nak
tak mama ajak Irma Amanda datang temankan Zeril?Mama tahu Zeril pasti suka
punya.”sambungnya lagi. Namun Zeril Iskandar tidak juga membukakan mata. Dia
hampa. Idea apa yang boleh buat anaknya bangun ye?fikirnya dalam diam.
Entahlah!
Dia buntu mencari idea untuk membangunkan anaknya. Malas hendak berfikir, dia
duduk dikerusi bersebelahan katil anaknya.
“Takpelah.
Sayang mesti sakit sangat kan sampai tak boleh bukak mata? Rehatlah. Mama duduk
sini temankan Zeril.”
Zeril
Iskandar sebenarnya sudah lama membuka mata tapi disebabkan perempuan yang membantunya
sudah pergi meninggalkan dirinya, dia kembali memejamkan mata. Entah kenapa,
dia amat perlukan kehadiran Nur Adriana disisinya.
Untuk
tidak menghampakan mamanya, kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Bila sudah
lama matanya dipejamkan, kelopak matanya seakan-akan malas mahu membuka
seluasnya. Rasa sakit mata apabila ternampak cahaya yang terang benderang
didalam bilik ini.
Air
liurnya ditelan kuat. Suaranya mula berkumandang memeranjatkan mama yang leka
merenungnya tanpa rasa jemu.
“Perempuan…”nama
itu pulak yang muncul dibibirnya.
Datin
Zafiah bangun segera. Pipi anaknya dielus lembut. “Anak mama dah bangun.
Rindunya anak mama ni! Dipeluk tubuh anaknya yang kaku tidak bergerak itu.
Gembira hatinya Zeril Iskandar dapat bersuara semula. Tetapi dia pelik. Kenapa
anaknya sebut perempuan?Tak sebut nama mama?
“Perempuan…”ulang
Zeril Iskandar sekali lagi. Datin Zafiah tergamam. Hesy! Perempuan mana pulak
ni? Irma Amanda ke?Ataupun…Nur Adriana yang anaknya panggil perempuan itu?
Dadanya
berombak kencang. Dia geram apabila anaknya tidak sebut ‘mama’! Hatinya sakit.
“Perempuan
mana ni, sayang?Irma Amanda ke Zeril panggil perempuan tadi?”Diusap semula
rambut anaknya.
“Bukan,
ma. Jangan sebut nama perempuan tu didepan Zeril lagi. Zeril benci
dia!”ungkapnya perlahan. Terhenti pelakuan dia untuk mengusap rambut anaknya.
Dia berdiri tegak. Mulutnya diketap rapat.
“Habis
tu?Nur Adriana ke perempuan yang Zeril sebutkan tadi?Betul tak apa yang mama
cakapkan ni?”
“Nur
Adriana? Siapa pemilik nama tu? Zeril kenal ke?”
“Zeril
jangan buat-buat tak kenal siapa Nur Adriana tu. Dia yang hantar Zeril ke sini.
Takkan nama dia pun tak tahu?”
Zeril
Iskandar membatukan diri. Nur Adriana?Nama perempuan tadi ke?gumamnya. Sungguh
indah nama itu. Jika dia tahu nama perempuan itu Nur Adriana dari awal lagi,
pasti dia tidak akan menuturkan perkataan perempuan lagi.
“Dia
tak bagi tahu nama penuh dia ke?Habis, Zeril panggil dia selama dia ada kat
sini apa? Perempuan?
“Zeril
memang tak tahu nama penuh dia. Zeril panggil dia perempuan sahaja.”balasnya
perlahan. Matanya merenung syiling yang berlampu itu.Bersinar-sinar mematulkan
cahaya.
“Lepas
ni mama tak nak Zeril sebut nama dia lagi. Jangan biarkan nama perempuan tu
muncul dalam kehidupan Zeril lagi.”
“Zeril
akan tetap akan sebut nama dia walaupun mama tak suka. Dia yang banyak tolong
Zeril masa Zeril sakit. Takkan Zeril boleh lupakan orang yang banyak membantu
Zeril?”
“Zeril
dah jatuh hati pada Nur Adriana ke sampai tak boleh lupa sebut nama dia? Mama
yang penat-penat datang ke sini semata-mata nak lihat anak mama tapi apa yang
mama dapat? Sakit hati! Mama sakit hati tau tak?!
Zeril
Iskandar terdiam. Dia bukan jatuh hati pada Nur Adriana tapi dia jatuh hati
pada sikap perempuan itu yang sanggup
membantunya walaupun dijerkah kuat olehnya dua hari lepas.
“Zeril
diam maknanya Zeril suka kat dialah kan? Mama tak sangka, sikap anak mama dah
berubah!
“Dahlah,
ma. Zeril tak nak perkara ni bangkit lagi. Kalau mama tak suka dia, it’s up to
you. Zeril ada hati dan perasaan. Mama tak berhak nak tentukan Zeril suka ke
tak kat seseorang tu. Zeril nak baring kejap. Kalau mama nak balik dulu,
baliklah.”ucapnya. Dari mendengar perkara yang tidak baik dari mulut mama
tentang Nur Adriana, baik dia pejamkan mata, buat-buat tidur lagi baik.
“Zeril!
Mama tak habis cakap lagi.”jawabnya perlahan. Dia kesal kerana tidak memahami
perasaan anaknya. Nur Adriana memang seorang perempuan yang baik. Dia tidak
patut memarahi perempuan itu tadi sewaktu ditalian. Jika dia berjumpa dengan
perempuan itu, dia akan memohon maaf dan tidak akan memarahi perempuan itu
lagi. Itu janjinya.
“Zeril
nak tidur.”mendatar sahaja suaranya.
“Maafkan
mama ye, sayang. Mama terlalu ikutkan hati sangat. Nur Adriana perempuan yang
berhati mulia. Kalau mama jumpa dia, mama akan ucapkan terima kasih dan akan
balas jasa dia sebab dia sudi tolong anak mama.”
Zeril
membuka mata. Hah! Baru mama tahu Nur Adriana tu perempuan yang baik. Tak
sia-sia aku pejamkan mata. Dapatlah aku dengar perkataan maaf dari mama.detik
hatinya.
“Zeril
maafkan, mama. Tapi Zeril nak minta tolong sama mama.”
“Tolong
apa, sayang? Cakap je. Mama sanggup buat apa saja asalkan hati Zeril puas.”
“Zeril
nak mama tolong Zeril carikan Nur Adriana. Entah kenapa, Zeril rasa sedih
sangat bila Nur Adriana tak ada kat sisi Zeril. Dulu Irma Amanda penguat
semangat Zeril tetapi entak kenapa Nur Adriana pulak yang menjadi penguat
semengat baru Zeril.”
“Zeril
jangan risau. Mama akan cari dia sampai dapat. Tapi mama tak pernah tengok muka
dia. Rupa dia macam mana sebab masa mama masuk tadi, kelibat Nur Adriana tak
ada kat sini. Selama Zeril sakit ni, Zeril pernah tengok muka dia tak?”
“Sebelum
Zeril sampai kat sini, Zeril dah tahu macam mana rupa dan gaya dia. Selama dua
hari Zeril kat sini, baju yang sama saja dia pakai. Tak berubah pun. Dia pakai
baju kerja warna biru dan seluar slack warna hitam. Rambut dia agak berserabut
sikit. Rambut dia panjang jugak tapi paras bahu je.”Zeril menerangkan ciri-ciri
yang ada pada Nur Adriana. Itu sahaja yang mampu diterangkan kepada mama.
Tahulah mama untuk mencarinya nanti.
Datin
Zafiah rasa dia pernah tengok pakaian yang Zeril terangkan tadi. Pakai baju
kemeja biru, seluar slack hitam. Mungkinkah orang yang tadi masa didepan pintu
lobi utama tadi? Yang berlari tergesa-gesa menaiki kereta dibelakangnya?
Patutlah
perempuan tu masuk kereta cepat-cepat.
Rupanya dia tahu yang aku ni mama Zeril Iskandar. nasib baik dia sempat
bertembung dengan Nur Adriana. Jika tidak, terpaksalah bagi tahu stesen tv10
tentang perempuan yang ada cirri-ciri seperti yang anaknya sebutkan.
“Mama
rasa mama dah jumpa dia tadi. Baru dua
puluh minit yang lepas. Tapi tak adalah sampai bertegur sapa.”
“Mama
jumpa dia jugak? Bagus jugak tu. Tak payahlah mama susah nak cari dia lagi.”
“Mama
akan cari dia sampai dapat. Mama dah umumkan pada orang awam ditv10, siapa yang
dapat cari anak mama, dia akan dapat habuan. Mama akan tunaikan janji mama tu
bila mama jumpa dia nanti.”
“Zeril
nak bangunlah, mama. Boleh mama tolong angkat badan Zeril? Zeril tak laratlah
nak bangun sorang-sorang.
“Zeril
tak boleh bangun sekarang. Lepas ni, nurse nak check nadi dan jantung Zeril.
Zeril baring je dulu. Nanti lepas dah check tu, Zeril nak bangun, bangun jelah.
Mama tak larang.”
“Tak
sangka Zeril ada masalah jantung. Zeril minta maaf sebab buat mama susah hati.
Lain kali Zeril takkan buat lagi. Zeril janji.”
Datin
Zafiah tersenyum sinis.” Zeril tak payah janji, Janji Zeril mama tak percaya
sangat. Suka berjanji ni ada buruknya juga. Mama sedih bila dapat tahu anak
mama ni sakit jantung macam arwah ayah dulu. Macam mana Zeril boleh dapat sakit
jantung ni? Setahu mama, Zeril takde masalah kesihatan. “
Zeril
Iskandar tergamam. Soalan mama itu memeritkan tekaknya untuk menjawab. Dia kena
rahsiakan sebab apa dia dapat sakit jantung ni dari mama. Kalau tidak, nahas! Teringat
kembali kata-kata Nur Adriana sewaktu perempuan itu mahu beredar dari bilik
ini.
“Awak
jangan bagi tahu mama awak yang awak dapat sakit jantung ni sebab awak
minumarak dan makan pil ekstasi. Nanti tak pasal-pasal mama awak yang dapat
sakit jantung pulak!”
Bila
teringatkan kata-kata Nur Adriana itu, dia janji dia tidak akan membuka pekung
didada. Rahsia tetap rahsia! Biarlah rahsia itu tersimpan kemas saat ini.
Sesudah dia sembuh nanti, dia akan bongkarkan jugak pada mama.
Datin
Zafiah pelik. Aik? Tak bercakap pulak anak dia ni. “Zeril fikirkan apa
ni?Berangan pasal Nur Adriana ye?”tanya Datin Zafiah sambil matanya merenung
wajah Zeril.
Zeril
Iskandar tersedar dari lamunan.”Eh, mana ada, mama. Zeril diam sebab Zeril tak
dapat jawab apa yang mama tanya tadi.”
“Hesy
budak ni! Mama tanya sebab apa Zeril sakit jantung pun tak dapat jawab? Soalan
senang tu..ke ada rahsia yang Zeril sembunyikan dari mama ni?balasnya sambil
mengangkat kening.
Zeril
Iskandar tertelan air liur. Mama ni buat aku bikin suspen betullah! “ Kan Zeril
cakap tadi, tak ada apa-apa…maknanya memang takde apa-apalah yang Zeril
sembunyikan dari mama.”Kenyataan daripada anaknya membuatkan Datin Zafiah lagi
bertambah pelik. Kalau Zeril cakap tak ada apa-apa, kenapa pula raut wajah
Zeril berubah? Ini mesti ada something yang
Zeril rahsiakan ni!
Baru
sahaja Datin Zafiah hendak meneruskan kata, pintu bilik tiba-tiba terkuak luas.
Ditoleh ke belakang.Pembantu peribadinya datang bersama seorang nurse dan
doktor yang ingin dikenalinya.
“Datin,
mereka dah sampai.”ujarnya dengan hormat. Doktor Wan Zubair yang muncul dengan
stetoskop di leher masuk terlebih dahulu. Dihampiri Datin Zafiah dan Zeril
Iskandar .
“Saya,
Doktor Wan Zubair. Doktor yang merawat anak Datin.”Wan Zubair menunduk sedikit.
Bila dah bertemu dengan VVIP ni, kenalah tunduk sedikit, tanda hormat.
Datin
Zafiah mengangguk. Gembira kerana doktor ini datang tepat pada masanya. Wan
Zubair tersenyum mesra . Zeril yang sejak tadi memerhatikan tingkah laku doktor
dihadapannya ni berubah muram. Ini doktor yang rapat dengan Nur Adriana tu kan?
Mana doktor yang lagi satu rawat aku tu?Dia dah balik ke?desisnya dalam hati.
“Bagus.
Awak datang tepat pada masanya. Saya nak cakap pasal pembedahan yang akan
doktor lakukan nanti. Bila pembedahan itu akan dijalankan?”soal Datin Zafiah.
Zeril
Iskandar menoleh kearah mama. Tajam renungannya. Pembedahan? Pembedahan jantung
aku ke? Kenapa aku tak tahu semua ni?!bentaknya dalam diam.
Namun,
mama tetap tidak mengalihkan tumpuannya terhadap doktor itu. Zeril Iskandar
mengetap bibir. Geram mama tidak merenungnya.
“Datin,
sila ikut saya ke bilik belakang. Sebelum saya ingin menjawab soalan Datin itu,
saya akan tunjukkan pada Datin x-ray yang telah kami sediakan untuk Datin
lihat.”balasnya. Datin Zafiah mengangguk. Dia mengangkat beg tangannya dan
mengikut doktor lelaki itu ke bilik belakang. Madz Hazrul turut ikut serta.
“Fatyn,
jangan lupa record berapa kadar
denyutan jantung dan nadi Zeril Iskandar. Bagi pada saya selepas ini.”Fatyn
mengangguk faham. Dia rasa bersalah pulak kerana tidak mencatat berapa kadar
denyutan pesakit lelaki ini. Sebetulnya, dia sibuk dikaunter depan tadi. Ramai
ahli keluarga pesakit yang datang untuk melawat anaknya. Itu sebab dia lupa
untuk mencatatkan kadar denyutan jantung pesakit lelaki ini.
Dia
mulakan tugasnya. Sebagai seorang nurse, dia perlu mengikut arahan doktor. Apa
yang doktor katakana, nurse harus ikut dan tidak membantah.
Zeril
memandang pemergian mama, Hazrul dan doktor Wan Zubair itu dengan pandangan
sebal. Sabar jelah!
***
Nur
Adriana duduk diatas katil yang sudah lama tidak disentuh. Dibelai-belai cadar
berwarna pink itu. Agak lama juga dia tidak menyentuh katil ini. Enam bulan tu!
Tapi dia puas. Puas kerana biliknya masih seperti dahulu. Nasib baik dia
mengunci biliknya. Jika tidak, memang ibu tiri tak sedar diri dengan anak-anak
dia masuk dalam bilik dia.Huh! Jangan harap dia nak bagi tiga beranak tu masuk
dalam bilik dia. Selangkah dia masuk, selangkah jugaklah dia akan mengeluarkan
silatnya.
Tadi
dia menunaikan solat maghrib dengan jiwa yang tenang. Tiada gangguan dari tiga
beranak itu. Walaupun dia mendengar suara tiga beranak itu diluar biliknya, dia
buat don’t know sahaja. Biarlah tiga orang tu nak gossip-gosip pasal dia ke,
dia peduli hapa! Ingat da takut? Sorry sikit! Ini Nur Adriana lah!
Tidak
puas melampiaskan rindu terhadap biliknya, dia membuka pula jendela yang berada
tidak jauh dari katilnya. Ah! Kuatnya angin kat sini. Hembusan udara yang masuk
ke jendelanya membuatkan dia mneghirup udara segar itu. Sesungguhnya, dia kagum
dengan ciptaan Allah!
Matanya
meliar merenung kawasan sekelilng rumahnya. Ada yang berlampu, ada yang tidak.
Lama betul dia tidak bertegur sapa dengan penduduk kampung terutamanya Adibah
dan Noreyn, dua sahabat yang setia menyokongnya dari belakang. Semua yang
berlaku pada dirinya, dua perempuan itulah yang akan dijumpa bagi menceritakan
masalah yang dipendam dihati. Insyallah, dalam berapa hari lagi dia akn bertemu
dua sahabat yang disayanginya itu.
Sedang
asyik melihat keadaan sekeliling, pintu biliknya diketuk kasar. Dia menoleh ke
belakang dan memeluk tubuh. Diperhatikan saja pintu yang diketuk kasar itu.
Semestinya ibu tiri tak guna tu!
Diperhatikan
saja pintu itu berbunyi kuat. Biar perempuan tu rasa bengang sebab aku tak buka
pintu, Huh! Nak tunjuk bagus, konon!
“Woi!!
Bukaklah pintu ni, Dah tak reti nak tolong aku kat dapur ke, bongok?”pekikan
suara Puan Farzana akhirnya muncul juga. Nur Adriana tersenyum sinis. Tau pun
nak bersuara.omelnya perlahan.
Dengan
keberanian yang masih utuh didalam diri, dia berjalan dengan yakin. Sedikit pun
tidak takut pada ibu tirinya itu. Pintu dibuka kasar.
“Hah!
Nak apa malam-malam buta ni?”kata Nur Adriana dengan angkuh sekali. Dlihat dua
adik tirinya duduk bersebelahan dengan ibu tirinya.
Puan
Farzana menjengilkan mata. Dah pandai kurang ajar budak ni. “Huh, kau tanya aku
nak apa? Aku nak kau turun bawah, faham tak?!!jerkahnya.
Nur
Adriana bersikap acuh tak acuh dengan jerkahan ibu tirinya. Dia menguak
rambutnya dengan gaya santai. “ So, what? Saya nak turun ke nak tidur ke, it’s
not your problem!”jawabnya dengan selamba sekali. Dia mengentel-gentelkan
rambutnya.
“Sejak
balik ni kau dah pandai nak lawan kata dengan aku kan? Aku jawab sepatah kau
jawab berjela-jela. Ingatkan bila dah lama duduk kat penjara tu, dah berubah
sikap kau. Ini makin menjadi-jadi pulak sikap kurang ajar kau pada aku?”
“Like
I care…”jawabnya sepatah.
Farah
yang duduk disebelah kanan ibunya mengepal kedua-dua tangannya. Dia bengang.
Kakak tirinya memang nak kena dengan dia. Dah lama tangan dia tak penampar muka
orang. Dengan kekuatan yang ada, tangan kanannya diangkat tinggi lalu dihalakan
ke pipi Nur Adriana. Kuat sekali tamparannya. Puan Farzana dan Fida tergamam.
Nur
Adriana terkesima. Dia ditampar Farah? Matanya membulat. Mulutnya bergetar.
Bibirnya diketap kuat.
“Kau
tampar aku, Farah? Kau tampar aku?! Nur Adriana mula memekik. Geramnya Ya
Allah!
Farah
sudah mula kalut. Takut dengan pekikan kakak tirinya. Dia tahu Nur Adriana
mempunyai kehebatan dalam ilmu persilatan! Janganlah dia tampar aku
balik.detiknya dalam hati.
Nur
Adriana tidak akan berdiam diri. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah
dia tidak akan membiarkan tubuh badannya dipijak-pijak bagai semut.
Tangannya
pula diangkat lalu dihalakan ke pipi Farah. Sama kuatnya dengan tamparan Farah
sebentar tadi.
Tersembam
Farah di atas lantai. Puan Farzana dan Fida terkejut.
Nur
Adriana mencebik. “Baru puas hati aku.” Dia tutup pintu biliknya dengn kasar.
Hatinya puas.
BERSAMBUNG.... :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan