Selasa, 19 November 2013

BAB 3 JANGAN TINGGALKAN AKU


Kyra datang ke Makhamah Syariah Petaling Jaya tepat pukul sepuluh setengah pagi dengan menaiki teksi.  Sepatutnya perbicaraan akan berlangsung jam sebelas namun dia sengaja datang setengah jam lebih awal bagi mengurangkan sifat gemuruhnya.
Kyra duduk di luar perkarangan makhamah sebelum perbicaraan berlangsung. Bus stop di luar perkarangan mahkamah menjadi tempatnya untuk duduk buat sementara waktu. Kalau masuk dalam bukannya dia kenal sesiapapun. Baik duduk kat tempat yang tak ramai orang.
Lagipun hari ini memang tak ramai yang datang ke makhamah, jadi memang akan sunyilah kawasan Mahkamah Syariah itu.
Hari ini Kyra mengenakan jubah longgar berwarna hitam serta tudung bawal berwarna kelabu bagi menghormati peraturan yang ditetapkan pihak mahkamah. Walaupun tidak biasa memakai tudung namun dia cuba juga untuk memakainya.
Tidak jauh dari bus stop yang Kyra duduk, sebuah kereta Camry berwarna biru mula memasuki perkarangan mahkamah itu. Kyra mengecilkan mata untuk melihat pemilik kereta itu.
“ Eh, macam kenal aje kereta tu. Takkan dia kut?”  dia bingkas bangun dari tempat duduk besi itu kemudian dia mengekori kereta itu sehingga kereta itu berhenti di tempat parking yang disediakan.
Memang betul kereta itu milik Khuzairi, bekas suaminya. Dia masih ingat lagi nombor plat kereta lelaki itu.
“ Memang betullah dia. Hmm… awalnya datang. Dah tak sabar-sabar nak bercerailah tu.” omelnya sendirian. Dia mula mendekati kereta itu dengan jantung yang penuh berdebar.
Dada Kyra menjadi tidak menentu saat Khuzairi keluar dari kereta. Bekas suaminya tampak segak sekali dengan memakai songkok di kepala beserta baju melayu berwarna merah yang padankan dengan sampin hitam. Turut serta, kaca mata hitam yang begitu menonjolkan ketampanan lelaki itu. Macam nak pergi kahwin pun ada.
“ Ehem, ehem!” sengaja Kyra berdehem untuk mendapat perhatian Khuzairi agar lelaki itu tahu akan kemunculannya di sini.
Baru sahaja Khuzairi ingin melangkah masuk ke dalam mahkamah, dia dikejutkan dengan suara deheman dari belakangnya. Siapa pulak tu? Dia berpusing ke belakang.
Terkejut bukan kepalang kerana Kyra berada disitu. Dia ingatkan bekas isterinya itu tak nak datang kerana masih bersedih dengan perpisahan mereka. Rupanya datang juga.
“ Assalamualaikum!” Kyra memberi salam tanda mahu memulakan bicara.
Waalaikumsalam. Wah, datang jugak kau akhirnya. Ingatkan tak nak datang tadi. Baru aku ingat nak tangguhkan kes cerai ni. Kalau kau datang ni, baguslah. Tak payah tangguh-tangguh lagi.” Khuzairi mendekati Kyra dengan nada berlagak. Kyra yang berada didepan lelaki itu mencemikkan bibir. Menyampah pula Kyra mendengar tone suara Khuzairi. Rasa nak tempeleng saja muka dia tu. gumamnya dalam hati.
“ Ikutkan hati sebenarnya saya malas nak datang sini tapi apa boleh buat, saya tak nak tangguh-tangguh lagi. Lagi cepat bercerai lagi bagus. Itu yang saya datang ni.” Mendatar sahaja suara Kyra. Khuzairi buat muka tak puas hati. Kyra memang nak kena dengan dia ni. dengusnya dalam diam.
“ So, dah tak sabar nak dengar suara aku lafazkan cerai kat depan kau? Aku tahu kau mesti sedih nak berpisah dengan aku kan. Tapi aku nak kau tahu yang aku takkan tarik balik kata-kata aku untuk hidup bersama dengan kau semula. Buat apalah aku nak hidup dengan ‘beruang’ macam kau lagi. Baik aku cari isteri yang macam snow white lagi bagus.” Dengan angkuh sekali Khuzairi berkata-kata. Menambahkan rasa jelik dihati Kyra.
“ Hmm…” hanya itu sahaja yang mampu diucapkan Kyra. Khuzairi masih memanggilnya beruang? Memang Khuzairi nak kena dengan aku ni. bisiknya dalam hati.
“ Kenapa tak nak balas kata-kata aku? Tak betul ke apa yang aku cakapkan tu? Memang betul lagi sahihlah kan badan kau macam beruang. Kalau kau timbang berat badan kau dengan beruang hidup memang nak hampir samalah ya? Haha.” ketawa besar Khuzairi saat ini.
Kyra mengumpal tangan. Dia mula rasa tercabar. Khuzairi ingat dia boleh mengejek  dirinya sesuka hati. Lepas ini kau tahulah nasib kau macam mana, Khuzairi.
Jari telunjuk Kyra betul-betul dituding kearah Khuzairi. Marahnya meluap-luap ketika ini. Benci sungguh dia untuk melihat lelaki itu ketawa sakan kerana memanggilnya beruang. “Keep your mouth shut!” jerkah Kyra.
Ketawa Khuzairi mati secara tiba-tiba apabila Kyra menjerkahnya. Matanya membulat apabila jari telunjuk Kyra betul-betul didepan matanya. Cepat-cepat dia bertindak menepis jari telunjuk itu dengan kasar. “ What should I keep my mouth shut? You better shut your mouth!”
Kyra mencebik. Tangannya yang baru sahaja ditepis Khuzairi diusap perlahan. Sakit juga Khuzairi menepis tangannya. “ I wish I could shut up, but I can't, and I won't.”
Your attitude totally change! Kau bukan Kyra yang aku kenal dulu.”sinis suara Khuzairi.

Yes, I am. So what?! If you don't like my attitude then judge yourself not me.” jika Khuzairi berkata kasar dengannya, kenapa tidak dia? Dia bukan Kyra yang dulu, yang suka mengikut kata-kata suami serta bersetuju dengan apa yang diperkatakan suami. Dia kini adalah Amylia Nur Kyra yang kuat semangatnya.
Ibunya ada berpesan sebelum keluar dari rumah tadi.
“ Kalau Khuzairi marah-marah kamu, kamu lawan dia balik. Jangan biar dia pijak kepala kamu! Tunjukkan ego kamu kat dia. Biar dia tahu kamu tu Kyra yang baru. Jangan dia ingat lepas ceraikan kamu, kamu boleh ikut cakap dia lagi.”
Betul juga kata ibu. Jika dia senyap dan berdiam diri didepan Khuzairi, lelaki itu akan bertambah semangat untuk mengenakan dirinya.
“ Wah, dah pandai beruang ni melawan kata. Tak sangka ya…” sakat Khuzairi.
“ Nama saya Amylia Nur Kyra, bukan beruang.” Tegas sekali nada yang ditonjolkan Kyra.

Khuzairi berbisik ke telinga. Hampir mengena pipi gebu Kyra. “ Aku tetap nak panggil kau beruang jugak. Jangan marah.” Kyra membeliakkan mata. Tanpa diduga Khuzairi, Kyra pantas menolak tubuh Khuzairi dengan kuat sehingga lelaki itu jatuh terjelepok di atas lantai marmar.
“ Hey, apa ni?!” tempelak Khuzairi. Marah betul dia saat ini.
Kyra mengiba-gibas tangannya. Egonya kini memang tinggi melangit. Dia membongkokkan badan. Wajahnya betul-betul di depan muka Khuzairi.“ Jangan nak marahlah sayang. Saya tertolak badan awak aje. Sakit tak?” Kyra tiba-tiba ketawa.
“ Kalau awak panggil saya beruang, apa kata saya panggil awak daun kucai pula? Yalah, nama Khuzairi dengan daun kucai tu kan nak dekat jadi saya rasa elok juga kalau saya panggil nama tu.” bidas Kyra tanpa perasaan. Rasa seronok pula dia memanggil Khuzairi dengan nama daun itu.
“ Kau!” Khuzairi mendengus di atas lantai itu. Berani betul Kyra panggil aku daun kucai? Kurang ajar perempuan ni! Dia mahu bangun tetapi punggungnya terasa sakit.  Dia merenung Kyra tajam. “ Aku tampar mulut kau, bisu karang! Kau jangan berani nak panggil aku daun kucai. Aku tak suka!” tempelak Khuzairi penuh emosi.
Kyra tersenyum sinis. Pandai pula kata tak suka. Habis yang dia panggil aku beruang boleh pulak?
“ Daun kucai janganlah marah. Nanti kalau daun kucai marah, tak ada perempuan nak dekat. Okaylah, waktu nak masuk makhamah dah tiba, saya masuk dulu ya. Lambat nanti Hakim marah.  Bye daun kucai. Kita jumpa kat dalam makhamah ya. See you!” Kyra berkata dengan suara yang menggoda. Setelah itu, dia berjalan masuk ke dalam sebuah bilik perbicaraan tanpa sedikit pun membantu Khuzairi yang masih terduduk di atas lantai marmar itu.
Shit!” Khuzairi menghentak tangannya dengan kuat sekali di atas lantai marmar tanpa menghiraukan akan kesan yang berlaku pada tangannya nanti. Kesabarannya tidak apat ditanggung lagi. Kau tunggulah Kyra, aku akan kenakan kau cukup-cukup! Tekadnya dalam hati.


** Wahai pembaca2 yang eya sayang, hope korang bagilah komen ya. Eya perlukan komen korang.. Kalau ada komen, makin semangatlah eya nak menaip...hehe..
** Dan yang dah baca & teringin nak kenal ngn eya kat FACEBOOK, add lah eya okey!
Insyallah eya akan layan korang baik2! ;)

15 ulasan:

Unknown berkata...

kyra Kena balas kaw2 sket... jgn bg chance dia pijak kita...

Unknown berkata...

kyra ke khuzairi syania? hehe..
klao eya, eya nk kenakan khuzairi aje... haha

Hanae berkata...

best! nk sambungan laagi ^_^ daun kucai jgn mare nnt beruang comel dtg menyerang hhihi... beruang ni kuat + comel tau ^_^ i like beruang hihi~ x saba nk sambungan ^_^

Nur Daeya berkata...

insyallah akk bg smbungannya ya...tunggu...akk pn ske beruang! klao peluk2 boleh jd teman tido...hehehe

Tanpa Nama berkata...

As-Salam..da baca dr bab 1 sampai 3, tp rs musykil sikit, knape kyra perlu dengar/ patuh pada ibu dia? bukan ke sorang istri perlu patuh pada suami tanpa melanggar hukum? sorry la kalau soalan ni x berkaitan..cume, mcm pelik sikit dgn jln crite nye..

Nur Daeya berkata...

Salam...
sorry ya klao jln citer yang eya bwk ni agak pelik sikit.
Sebenarnya Kyra patuh pd arahan ibunya disebabkan Khuzairi telah melafazkan talak satu selepas Kyra tahu yang perutnya sudah tidak ada janin lagi. Selepas talak jatuh, dia menjadi murung dan tertekan. Cerita ni byk cacat celanya tp saya bersyukur sbb awak sudi komen...tq ya

Unknown berkata...

macam ni baru best. xde la asyik mengalah je kan. so eya best.teruskan sebab akk akan terus sokong eya.

Unknown berkata...

alhamdulilah...tqvm kak sbb sdi bce karya eya yg ni! ;)

Nana Mohd Yasin berkata...

bagus Kyra
jadi iron lady
padan muka kucai pencacai tu...

eya......

kita sambung lg......


ps: hisshhhhh..... aku mmg bkn
robot lah......
menci kuasa doplo

Tanpa Nama berkata...

kak Nana!!
Love your komen!

Nana Mohd Yasin berkata...

aku yg dulu
bukanlah yg sekarang
dulu ku disayang
skg ku dilempang

:)

Nana Mohd Yasin berkata...

uishhhhh tanpa nama,
siapakah itu yg bersembunyi
disebalik nama????

ten-q

kita bako dia......

Tanpa Nama berkata...

haha...eyalah kak nana syg...
love your komen!

Unknown berkata...

I likeeee. ..kyra harus pndg kedpn..jgn bg org yg xreti mghargai kita menang . .semangat. .semangat. .

Unknown berkata...

Good. Kyra harus tabah dan jgn mengalah dgn daun kucai tu. Tunjukkan bahawa wanita juga ada ego mrk sendiri dan kuat.