Rayyan sampai dirumah
Dhia tepat pukul 8 malam.Selepas makan dan mandi dirumah, dia terus bergerak ke
rumah Dhia.Ada perlunya dia berjumpa Dhia untuk mengetahui keadaannya sihat
atau sebaliknya.Dibeli sedikit buah-buahan ta??
Apabila dia keluar dari
kereta, dia melihat tingkap bilik Dhia.Gelap dan tidak bercahaya.Takkan Dhia
tidur awal kut?Kalau dia tidur, buat penatlah aku datang sini.Dipandang pula
tingkap pintu depan. Ada pulak cahaya!
“Mak cik oh Mak
cik!!Laung Rayyan kuat.Garaj pintu utama digerakkan berkali-kali.Bagi orang
rumah tahu yang dia datang ke sini.Sebenarnya pintu garaj tidak berkunci, dia
sengaja tidak mahu??
‘Aik?Takkan tak ada
orang kut? Mana pergi semua orang dalam ni? Dah keluar ke?’monolognya sendiri.
Patutnya dia telefon Dhia dulu sebelum datang ke sini.Ini tidak, main datang
sesuka hati.
Hmm…rasa tak ada orang kut. Better aku chow dulu.
Baru sahaja kakinya
hendak beredar dari rumah dua tingkat itu, tiba-tiba pintu rumah Dhia
terbuka.Rayyan berpaling semula menghadap rumah Dhia.Tertancap matanya
memerhati sekujur tubuh Dhia didepan pintu utama.
“Eh, kau Ray.Aku
ingatkan siapa tadi.”Dhia datang kearah Rayyan dengan memakai selipar.
Rambutnya agak kusut masai. Dia hanya memakai seluar short-pants sahaja
disertai t-shirt longgar.
Dhia membuka pintu
garaj.Rayyan dengan senang hati masuk sambil tangannya memegang erat dua
plastik yang berisi buah-buahan.
“Awalnya kau tidur
Dhia. Baru pukul berapa aje pun.” Rayyan mengerling jam ditangan. Lagi lima minit lagi tepat pukul 8.15 malam.
Penat sangat ke Dhia ni sampai tidur awal? Tapi dia buat apa? Bukan ke dia kata
kat aku yang dia pening kepala? Kalau pening kepala, mesti rehat??
“Aku tak buat apa-apa
pun. Tengok tv aje. Bosanlah.”Dhia mengeluh.Rambut yang kusut-masai dibetulkan
agar tampak rapi didepan Rayyan.Dia mengajak Rayyan supaya berdiri didepan
pintu utama.
“Aku ingatkan kau tidur
tadi.Tengok bilik kau gelap aje. Itu yang aku rasa kau tidur tu. Ibu kau
mana?”Rayyan meletakkan dua plastik buah-buahan itu diatas meja sebelah rak
kasut.Waktu malam begini, dia malas nak masuk rumah Dhia, takut orang sebelah
pandang serong.Tak pasal-pasal jiran pergi telefon pejabat agama.
“Ibu aku?Dia pergi
surau. Sembahyang kat sana. Kejap lagi ada ceramah agama.”balasnya lemah.
“Kau tak nak pergi
pulak?”
“Aku?Hmm…tak kut.
Pening kepala lah.”Dhia melabuhkan punggung ke lantai pintu utama.Rayyan hanya
berdiri tegak dihadapannya.Hendak ajak sahabatnya masuk kedalam rumah, dia
segan.Kalau ibunya ada, tak apalah juga.Ini dia dan Rayyan sahaja.Memang tidak
elok lah.
“Haa…aku ada belikan
buah-buahan untuk kau.Buah naga.”Rayyan mengambil kembali plastik buah-buahan
diatas meja.Diberi plastik itu kepada Dhia.
“Buah naga? Buat susah
kau aje belikan buah ni. Anyway, thanks a
lot.”Dhia memerhatikan buah kesukaannya didalam plastik berwarna hijau
itu.Saiz buah itu agak besar.Makan seorang memang tak mampu. Nanti dia akan
suruh ibunya membuat air buah naga.
“It’s okay. Lagipun bukannya mahal pun buah ni.”Rayyan tersenyum
lebar.
Dhia bangun dari
situ.Dua plastik buah naga dibawa masuk ke dalam rumah. Diletakkan ke atas meja panjang yang berwarna coklat.
Sempat juga dia tersenyum.Ambil berat juga Rayyan kat aku.Sesudah
meletakkannya, dia seraya ke pintu utama kembali.Salah satu kerusi dari meja
panjang itu diangkat lalu dibawa bersama.
“Yang kau datang rumah
aku ni takkan nak bagi buah aje kot. Mesti ada something yang kau nak tahu
kan?”Dhia memberikan kerusi berwarna coklat itu kepada Rayyan.Rayyan
mengambilnya dan terus duduk.Dia pula setia duduk di lantai pintu utama.
“Sorry lah. Aku tak boleh bawa kau masuk dalam rumah.Tak elok.Nanti
orang nampak.Kau tahulah, penduduk kat sini ramai yang memerhati. “
“Aku tak kisah.Lagipun
bukannya aku lama pun kat sini.Lepas ni aku ada hal kat luar kejap.”
“Kau nak racing ke?”soal Dhia.
“Eh, kau macam
tahu-tahu aje aku nak pergi racing.Sebelum
racing tu, aku nak jumpa kawan-kawan
kita.Hari itu aku dah jumpa dia orang.Adam aje aku tak jumpa lagi.”
“Bestnya dapat jumpa
member lama.Aku dah lama tak jumpa mereka semua.Entah dia orang ingat aku lagi
ke tidak. Yalah, kau tau kan bila dah ada suami ni, tak boleh keluar ke sana ke
mari. Semua kena ikut kata dia. Haa..yang kau cakap Adam tu, kenapa dia tak
datang? Biasa kalau ada ‘pertaruhan’ antara member-member kita semua, dia ikut
kan? Asal pulak dia tak ikut?Sakit ke?”
“Hish!Tak ada maknanya
dia sakit.Dia sekarang ada kat overseas.Buat apa, itu aku tak tahu.”
“Oh..patutlah aku tak
nampak dia masa kat kenduri kahwin Muzaffar hari tu. Rupa-rupanya pergi overseas.”Dhia mengangguk.
Rayyan meneliti mata
Dhia yang seakan-akan baru lepas menangis.“Dhia…kau sedih lagi ke?Aku tengok
mata kau sembaplah. Baru lepas nangis ke?”
“Kau macam tahu-tahu
aje yang aku nangis. Yup! Aku baru lepas nangis.Menangis sebab pening kepala.
Tak ada sebab lain pun.”
“Kau ni, kita kawan dah
lama. Kau ingat aku tak tahu apa yang ada dalam hati kau tu?Aku pasti, kau
menangis ni bukan sebab sakit kepala. Sakit hati, betul tak? Itu pasal bila kau
sakit hati,kepala kau jadi pening.”
“Ray, kau sahabat yang
memahami aku.Memang betul aku sakit hati.Pening kepala itu alasan sahaja. Jujur
lah aku katakan, aku tak puas hati pasal surat berhenti kerja tu. Muz memang
betul-betul nak menduga aku lah.”
“Hmm..selepas kau
bercerai ni, makin banyak dugaan yang kau dapat. Aku harap kau bersabar
aje.Mungkin hari ini kau dalam keadaan bersedih, mana tahu esok lusa kau akan
menemui kebahagiaan.”
“Aku sebenarnya tak
tahu macam mana nak balas balik apa yang dia buat kat aku.Aku tak ada idea
untuk itu.Semuanya berjalan dengan pantas.”
“Kau jangan risau,
Dhia.Sekarang ni kita berdua tak perlu buat apa-apa.”Belum sempat Rayyan
menyambung, Dhia sudah menyampuk.
“Ish! Kau ni. Takkan
sampai tak buat apa-apa kut? Mana adil! Dia dah buat hidup aku terumbang-ambing
lepas tu kau sedap-sedap aje cakap yang kita tak payah buat apa-apa?Dhia
merengus.
Rayyan
mengeleng-gelengkan kepala..Belum habis ayat lagi, Dhia dah menyampuk.
Dhia…Dhia…
“Kau ni, dengarlah apa
yang aku nak cakapkan.Actually, kita
tak perlu berbuat apa-apa sebab ada orang yang akan membantu kita dalam hal
ini. Orang yang rapat dengan kita.Dia dah beritahu aku petang tadi, jangan buat
apa-apa yang tak sepatutnya.Sebab dia dah tahu nak buat apa pada Muz tu.”
Siapa?Aku kenal ke
orang tu?
Rayyan tersenyum
lebar.”Kau kenal orang tu sangat-sangat. Dia adalah….nenek aku!
Dhia tergamam.“Nenek
kau?Impossible!”Nenek Hadijah seorang
yang sukar diduga!
“Mungkin kau tak
percaya, tapi aku yakin nenek aku mampu buat dia jatuh tersungkur.
“Kau beritahu nenek
tentang hal ini?”
“Bukan aku yang
beritahu.Dia yang dengar sendiri.Bila aku cakap dengan kau masa tu, dia dah
keluar bilik.Aku tak perasan pulak dia masuk bilik lepas aku habis bercakap
dengan kau.Masa itu aku terkejut sangat.Nenek nangis kau tahu. Dia marah aku
sebab tak bagitahu yang kau dah diceraikan jantan keparat tu. Nasib baik nenek
tak marah aku.Dia nangis sekejap aje pun.Lepas tu, dia faham dan ambil tindakan
seterusnya.”tutur Rayyan tenang.
“Hmm..aku bersyukur
sebab ada orang yang masih sudi tolong aku. Aku hampir-hampir putus asa.Ibu aku
ajelah yang paling memahami aku setakat ini.
“Aku tak memahami kau
ke?Tadi kata aku sahabat yang memahami. Peliklah aku dengan kau ni, Dhia.”
Dhia ketawa kecil.”Kau
memang memahami aku.Tapi memahami masa kau jumpa aku ajelah. Yang ibu aku ni,
dia ada setiap masa disamping aku. Itu yang aku cakap dialah yang paling
memahami aku.Kau orang ke second lah.”
Tanpa disedari, azan
isyak telah berkumandang. Leka bersembang sampai tidak sedar azan berdekatan
dengan rumahnya telah berkumandang.Dhia
mengisyaratkan agar Rayyan berhenti bercakap.Beri peluang untuk azan berkumandang
hingga ke akhir ayat.Rayyan hanya mendiamkan diri.
Usai azan telah
selesai, Dhia tersenyum memandang Rayyan yang mati kutu melihat dia mendiamkan
diri.Dia tahu sahabatnya tidak pernah ambil tahu hal ini.Nampak saja remeh,
namun bila menghayati secara perlahan, kita dapat rasakan betapa syahdunya azan
bergema. Menyebut nama Allah disertai dengan kebesaran dan keagungan, Ya Allah!
Sememangnya azan lagi sedap dari lagu-lagu yang selalu kita dengar…
“Haa..sekarang dah
boleh cakap.”Dhia tersengih-sengih.
“Kau ni…aku tak habis
cakap lagi, kau suka mencelah.”
“Eei..kau ni,
hormatilah azan. Lagipun azan lagi sedap dari suara kau. Dahlah, lepas ni aku
nak pergi solat isyak. Nak join aku tak?Dhia cuba menduga Rayyan yang sudah
berubah wajah. Tak nak sembahyanglah tu!
“Err..aku…aku…”Rayyan
menunduk sedikit. Dhia tergelak kecil.Dia mula bangun.Punggungnya agak sakit
apabila duduk lama dilantai.Pening kepalanya sudah mula berkurangan.
“Aku tahu kau gelisah
bila aku tanya soalan yang sukar kau nak jawab. Aku nak naik dululah.Kau dah
nak keluar kan?soal Dhia selamba.
Rayyan bangun dari
kerusi coklat itu.Kelakar juga bila dia duduk didepan pintu utama sambil
berbual dengan Dhia.Tak pernah dibuat orang, tetamu duduk didepan pintu.
“Aku nak keluar ni. Aku
tengok kau dah kurang sikit pening kepala tu. Nak join aku tak pergi racing?Aku tak ada temanlah nak pergi
sana.”
Dhia menjadi teruja
sekejap.”Okay jugak tu. Dah lama aku tak menghiburkan diri dalam sukan lasak
ni.Tapi kau kena tunggu aku kejap.Dalam pukul 9 baru aku siap.Aku nak mandi
lepas tu solat.Dari petang tadi aku tak mandi. Bau masam dah baju aku ni.”
Rayyan tergelak
kuat.”Patutlah masa aku tegur kau tadi, aku dapat rasa bau something yang
uwekk…nak muntah den!”guraunya selamba.
Dhia menghampiri Rayyan
lalu ditampar lembut bahu sahabatnya.” Kau ni, agak-agaklah sampai nak muntah.
Bau badan aku tak adalah masam sangat. Kau sengaja kan? Aku tak nak pergi, baru
kau tahu.”Dhia cuba mengugut Rayyan. Main lepas cakap aje lelaki ni!
“Hehehe…mana adalah.Tak
adalah bau masam mana.Adalah bau wangi sikit.Tapi dua peratus sahaja. Yang
lebihnya bau masam! Guraunya lagi.Rayyan
menapak kaki ke belakang. Dia tahu yang Dhia geram apabila dia berkata
begitu.Dia mahu lari, tapi sahabatnya lebih pantas menangkap kolar t-shirtnya.
Dhia membeliakkan
mata.Dipandang muka Rayyan yang sudah tersengih-sengih itu.Sahabatnya memang
suka mengusik betullah!” Eeii..kau ni kan, dah lama tak rasa cubitan dari
tangan aku kan?”
Rayyan menepis tangan
Dhia yang mencekak lehernya sedari tadi.Takut dia hendak merasa cubitan dari
tangan Dhia, lengannya masih mempunyai kesan lebam.
“Kau janganlah cubit
aku.Aku tahu aku salah sebab cakap kau bau masam.Jangan cubit aku okay?Dah kau
pergilah mandi dan solat dulu.Aku tunggu dalam kereta.”balasnya dengan nada??
“Haa..tahu takut. Kau
usik aku lagi, aku cubit kau kuat-kuat.”tegas Dhia tanpa senyuman.
“Baik, bos!Aku masuk
kereta dulu, ya.Kau pergilah buat kerja kau dulu.Pakai cantik-cantik sikit.
Jangan pakai macam yang kau pakai sekarang ni. Berserabai aku tengok!”
“Yalah, yalah!Aku masuk
dalam dulu.”Dhia masuk ke dalam rumah dan menutup pintu sementara Rayyan sudah
berpatah balik ke keretanya.
***
Mariana meletakkan
kedua kakinya ke atas meja. File yang bertingkat-tingkat itu langsung tidak
disentuh. Malam yang se??mengambarkan dirinya tidak ceria. Hendak turun ke
bawah, dia tidak mampu.Awal-awal lagi Muzaffar telah memerintahkan pengawal
keselamatan di lobi utama agar tidak membenarkan dia balik selagi dia tidak
menyiapkan kerja.
Hampeh betul lah
Muzaffar tu! Aku baru aje nak balik rumah nak bermanja dengan dia, dia tak kasi
aku balik pulak. Sengal betullah Muzaffar ni! Hatinya panas dengan sikap
Muzaffar yang masih tidak boleh menerimanya.
“Hesy, aku bosanlah.Nak
buat kerja, malas pulak tangan aku nak taip.Macam mana aku nak loloskan diri
dari sini.Dahlah orang tak ada kat sini. Aku tinggal sorang pulak
tu.”monolognya sendiri. Teramatlah bosan hidupnya hari ini. Nak call ibu
mertuanya, nanti Muzaffar marah pula. Nak call siapa ya yang boleh selamatkan
aku dari duduk tempat ni?
Hah! Aku tahu siapa
yang patut aku call.Kakinya diturunkan ke bawah.Dia menggunakan direct line
diatas meja.Lalu dia menekan nombor yang sepatutnya dia hubungi. Siapa lagi
kalau bukan Adam Muhammad!
Senyuman Mariana
melebar sampai ke telinga. Dia menunggu jawapan dari sana. Harap-harap dia
angkat telefon.
Adam Muhammad yang
sedang bergelak ketawa dengan seorang perempuan disebuah café terhenti apabila
ada seorang menghubunginya.Dia melihat pada cermin telefon bimbit
itu.Rasa-rasanya ini bukan nombor French. Ini pasti dari Malaysia!
“Excuse me, I got to go. My friend call me.”Adam Muhammad mula
bangun dari tempat duduknya.Hari ini dia keluar bertemu dengan kawan barunya,
Hasanuddin.
“My pleasure. Later, you see me okay? I have gifts from client to share
with you.”
Adam Muhammad hanya
mengangguk.Tanpa menunggu lagi, dia keluar dari café itu. Sudah setengah jam
dia berada disitu. Elok juga jika dia beredar dari situ.
Hampir tiga minggu dia
berada disini, dia sudah mendapat sedikit ketenangan.Hendak pulang ke Malaysia,
belum masanya lagi.Hatinya masih sakit.Kawan baik sanggup berkahwin dengan
kekasih hati. Si Mariana pun satu! Dah ada kekasih pun, masih lagi suka kat
Muzaffar.
Mariana pernah
meluahkan padanya yang dia hanyalah kekasih gelap sahaja.Tidak lebih dari
itu.Mungkin dia hanya bertepuk sebelah tangan.Tetapi, Mariana takkan tak boleh
sedar.Kasih sayang yang dicurahkan selama ini, adakah tidak cukup untuk
menembusi hati Mariana?Kenapa lah Mariana terlalu obses dengan Muzaffar.Dia pun
kacak juga walaupun kulit sawo matang. Orang French pun boleh terpikat, takkan
Mariana tak terasa apa-apa pada dirinya?
Butang hijau ditekan.
Sayup suara yang ada dihujung sana. Sekarang ini di Malaysia waktu malam,
ditempatnya pula pada waktu tengah hari.
“Adam? Ana ni..”tanpa
salam dan ucapan selamat, terus Mariana mengungkapkan kata.
“Ana? Are you, Mariana?”Adam sedikit terkejut
apabila orang yang sering dinantikan menelefinnya kembali.Agak lama dia tidak
mendengar suara Mariana.
“Hahaha..you still remember me. Long time no see haa…”Mariana
tergelak kecil.
“I ingat. You buat apacall I ni?”
“Wah!Ingat lagi bahasa
Malaysia ya, Adam.I ingatkan bila dah tiga minggu kat French, you dah lupa
bahasa kebangsaan.”Mariana cuba mengusik kekasih gelapnya. Adakah Adam Muhammad
masih sedih diatas perkahwinan mengejut diantara dia dan Muzaffar?
“I ingat lagi. You
cakaplah you nak apa. I tak boleh lama ni, kejap lagi nak jumpa client.”
“Ohh, you buat business kat sana? Pandai you, ya. Tak
beritahu I pun.”kata Mariana dengan sedikit merajuk.
“Buat apa you nak tahu,
you kan dah kahwin.”ada nada rajuk dalam kata-kata Adam Muhammad. Sememangnya
dia merajuk dengan Mariana! Itu yang membawanya ke sini.Puan Hadijah sudah
mengetahuinya.Sengaja dia tidak memberitahu Rayyan dan Muzaffar dia pergi ke
mana, takut mereka mencari dia nanti.
“You ni…jangan begini.
I dah kahwin pun, I tetap sayangkan you.”Mariana sedikit merengek.
“Kalau you sayangkan I,
you takkan kahwin dengan Muzaffar.
Mariana mencebik.
Aduhai…waktu orang tengah stress lah dia nak cakap pasal sayang-sayang ni. Baik
aku tak payah telefon dia tadi.
“You… kalau you balik
Malaysia, I akan jelaskan segala-galanya. This time isn’t right to talk about
love. I nak you tolong I.”
Adam Muhammad sedikit
kecewa mendengar kenyataan dari Dhia.Baru hendak bermanja-manja.Mariana pula
tak suka.
“Okay lah. Straight to the
point. What do you want before I off this phone?”tegas suara Adam Muhammad
ketika ini.
“I dalam ofis ni.
Muzaffar tak benarkan I balik selagi kerja tak siap. I nak you tolong I supaya
I boleh keluar dari department ni.”suara Mariana dibuat-buat sedih. Harap Adam
Muhammad dapat menolongnya.Dialah harapan untuk dia keluar dari sini.
“I nak tolong you?Are you kidding? I’m still in French you
know.”riana tersenyum.
Adam Muhammad
mendiamkan diri buat seketika. Memikirkan sama ada dia boleh membantu Mariana
ataupun tidak.
“You nak I tolong apa
ni?”
Mariana mula
menjelaskan apa yang sudah tersirat difikirannya sejak tadi kepada Adam
Muhammad.
“What?!!” You ni, nanti Muzaffar tahu…habis I tau. You ni memandai
aje bagi idea mengarut.”
“I bukan bagi idea
mengarut.I rasa itu sahaja idea yang terbaik setakat ini. You tahu kan, I
sorang aje kat sini. Tak ada orang pun nak teman I. I nak balik cepat ni. Nanti
ibu mertua I membebel pulak kalau I balik lambat. You sanggup kan buat demi
I?”rengek manja Mariana mula kedengaran. Adam Muhammad memejamkan mata.Suara
Mariana itulah yang membuatkan dia angau sehingga kini.
“Okay. You bagi nombor
telefon dia, nanti I call dia.”jawab Adam Muhammad tenang. Sudah mendengar
suara manja perempuan itu, dia rasa dirinya mendapat sedikit ketenangan dalam
dirinya.
“Macam itu lah I nak
dengar.Ini yang I bertambah sayang you. Ini nombor dia. Jangan lupa call,okay? I nak kemas meja kejap. Thank
you ya sebab tolong I waktu-waktu emergency ni. You jaga diri.Jangan lupa
pulang ke Malaysia.”
“Baiklah. You pun jaga
diri jugak. Insya Allah, I akan pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat ni.
Buat masa sekarang, belum lagi. Okaylah, I
got to go. I kena call dia. You jangan melencong ke tempat lain. Balik
terus ke rumah.”pesan Adam Muhammad.
“Fine. Okay, bye.”tanpa menunggu ucapan salam dari Adam, Mariana
terus menutup telefon. Dia bangun dari kerusi. Dia perlu mengemas apa yang
patut sebelum balik ke rumah. Kerja-kerja yang terbengkalai akan dilaknsanakan
esok. Badannya sudah terasa penat yang amat sangat.
Akhirnya..aku dapat
jugak pulang ke rumah!
****
Hish! Lama betul dia ni
bersiap. Dah pukul berapa ni. Tak pasal-pasal aku tak dapat racing dengan
kawan-kawan yang lain. Alahai, Dhia oii…cepatlah siap.Aku dah lambat
ni.’omelnya sendiri.Memang dia sudah lambat.Hari itu dia berlawan pada waktu
orang ramai sedang tidur nyenyak di rumah. Sengaja dia menggunakan highway yang
sunyi sebagai medan perlawanan.
Rayyan bersandar
dikereta.Sambil itu, dia memeriksa inbox nya. Tertera nama Hasanuddin di situ.
Alamak, mesti dia marah aku lambat ni. Rayyan merengus. Menunggu Dhia bagaikan
menanti ??.Dia berpaling mengadap rumah dua tingkat itu.Dhia masih tidak juga
keluar. Hish! Manalah dia ni? Aku dah tak sabar nak race ni. Baik aku tak payah
ajak dia tadi.
Hatinya tidak boleh
bersabar lagi. Dhia ni memang nak kena dengan aku! Aduhai..perempuan ni kalau
bersiap, memakan masa berjam-jam.Kakinya laju sahaja bergerak ke masuk ke rumah
Dhia.Baru sahaja hendak menapak masuk ke rumah Dhia, dia terkaku didepan pintu
pagar. Dia melihat Dhia keluar dengan berpakaian t-shirt dan seluar track suit.
Nampak cute apabila sahabatnya berpakaian seperti itu.Sudah lama Dhia tidak
keluar bersama dengannya pada waktu malam.Ini kali pertama Dhia keluar bersama
selepas berkahwin dengan Muzaffar.
Dulu mereka bertiga ada
juga keluar pada waktu malam.Masa itu mereka masih lagi berkawan baik.Sekarang,
semuanya sudah berubah.Muzaffar pun tidak melibatkan diri dalam kegiatan pada
waktu malam.
“Baru nak keluar?Tengah
basuh baju ke?sindir Rayyan. Dhia tersenyum.Tahu itu satu sindiran buatnya.Dia
bukan sengaja nak keluar lambat, tapi dia tidak tahu pakaian yang mana harus
dipakai.
“Hesy, kau ni. Sindir
agak-agak lah.Aku tak tahu mana satu aku nak pakai. Cari punya cari, aku jumpa
lah baju ni. Kau rasa sesuai tak?”Dhia meneliti pakaiannya dari atas sampai ke
bawah.Cekak rambut yang berbentuk rama-rama diatas kepalanya dibetulkan agar
tidak senget.
“Okaylah tu, Hasanuddin
message aku tadi.Dia suruh cepat.Nanti tak dapat race lagi.”
“Ya ke?Sorry-sorry.Jom lah cepat.Nanti aku
kempunan pulak nak tengok kau race.”
Rayyan mencebik didepan
kereta Mitubish nya. “Tulah, siapa suruh kau lambat siap?Kan kita dah lambat?”
“Eeii…kau ni salahkan
aku aje.Salahkan diri kau jugak.Jangan cakap orang aje.”Dhia turut sama
mencebik. Dalam dia geram dengan sikap Rayyan itu, dia teruja melihat kereta
yang dibawa sahabatnya. Memang sesuai untuk race lah! Dipegang bumbung atas
kereta Rayyan.
“Kau bawa kereta ni
nenek tahu tak?”soal Dhia. Tanpa ditunggu lagi, dia terus masuk ke dalam kereta
bersama Rayyan.
Rayyan
menggeleng.”Nenek tak tahu aku nak pergi race.Aku just cakap dengan nenek yang
aku nak jumpa kau aje. Dia tak tahu aku pakai kereta ni. Kalau dia tahu, memang
kena piat telingalah jawabnya.”
“Kalau nenek tahu,
mampus kau. Aku tak nak bantu.”Dhia tergelak kecil.Rayyan sudah masam muka.Dia
tarik seat belt nya sambil memandang Dhia.
“Kau ni, kata sahabat.
Kalau sahabat, mestilah kena tolong dan memahami kan?”Usai memakai seat belt,
dia memanaskan enjin dulu sebelum bergerak ke tempat yang dituju.
Dhia membalas pandangan
Rayyan yang kelihatan masam itu.Seketika, dia tersenyum melihat muka Rayyan
yang keruh.Dia faham situasi yang dialami Rayyan. Agak sukar hendak meminta
keizinan dari nenek Hadijah untuk keluar
malam. Dia pun sudah lama kenal sama nenek Rayyan itu. Terlalu menjaga
keselamatan cucunya.
“Okey.Aku tolong cakap
dengan nenek.Demi kau, aku sanggup!”kata Dhia dengan yakin sekali.
“Betul ni?Jangan cakap
kat mulut aje. Tapi kesudahannya, haprak!Streng
kereta dipegang. Perjalanan akan dimulakan.
“Iya! Aku akan tolong
kau. Dah, cepatlah jalan.Sekarang kita jangan fikirkan soal nenek okay?Aku tak
sabar nak tengok kau race.”
Rayyan kembali
tersenyum. Dhia memang seorang sahabat yang memahami
dirinya.“Betul…betul…betul…” Dhia tergelak.
Rayyan meneruskan
perjalanan dengan tenang.Tanpa gundah-gelana tentang neneknya lagi. Adanya
Dhia, semuanya selamat…
BERSAMBUNG... ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan