Sejak
dari Melaka tadi, diperhatikan saja sahabatnya yang sedang asyik membelek-belek
tali leher berjenama Hugo Boss itu yang dibeli Dhia.Hinggakan dia yang sedang
memandu kereta disebelah pun tidak dihiraukan.
“Sudah-sudahlah
belek tali leher tu..Naik rimas aku tengok.’’katanya setelah berhenti di
traffic light. Rayyan memandang Dhia sekilas.Naik rimas dia dengan tingkah
kawannya yang sedikit ‘angau’ dengan tali leher yang baru dibeli semasa mereka
outstation di Melaka.
Dhia
yang sedang khusyuk membelek tali leher itu terhenti dengan ayat pedas Rayyan
tu.Memang sengaja cari nahas la mamat ni! Diletak tali leher yang dipegang tadi
ketepi dengan kasar.Bengang kerana mengganggu tumpuannya tadi.
“Kau
kenapa?” Dijeling tajam sahabatnya itu.Suka hati dialah nak belek ke nak cium
ke.Bukan dia yang bayar tali leher ni. Takkan tak tahu bukan murah nak beli
tali leher ni.Beratus tahu! Rayyan hanya tersengih.
“Aku
tengok sejak keluar dari kedai Tie shop tadi, tak habis-habis kau dok belek Tie
tu..Nasib baik kau keluar dengan aku, kalau kau keluar dengan kawan yang
lain, habislah..Mesti diorang tinggalkan kau sorang-sorang kat kedai
tu”.
“Geram
la aku dengan kau ni”. Dicubit lengan Rayyan sekuat hati.
Rayyan
yang memegang stereng kereta terus menjerit.Bergema suaranya didalam
kereta.
“Adoi.Sakit
la.Kau asyik cubit lengan aku je kan.Tak ada orang lain ke kau nak
cubit?’’Sudah berapa kali lengannya di jadikan sasaran Dhia untuk dicubit.
Lebam tangannya.
“Padan
muka kau.Dah.Cepat jalan.Traffic light dah warna hijau tu.”arah Dhia.Dibelek
semula tali leher itu. Tersenyum dia mengenangkan hadiah yang akan diberikan
pada suaminya, Muzaffar nanti. Sudah lama Muzaffar tidak hubunginya.Last pun,
masa dia nak berangkat. Suaminya tidak dapat hantar ke Melaka sebab ada hal
yang tak dapat dielakkan. Nasib baik ada Rayyan, kalau tak, siapa nak hantar
aku.
“Yelah.Yelah.”Kereta
mula bergerak meninggalkan traffic light.Masing-masing tidak bersuara.
Sudah
lama dia tidak memberi kejutan pada suaminya. Ada peluang ke Melaka ni, apa
salahnya kalau beli souvenir kan? Dahlah lama aku tak oustation kat Melaka. Dah
hampir dua minggu aku asyik pandang muka Rayyan yang sengal ni saja, nasib baik
seminar tu habis awal. Kalau tak muka suami aku pun dah lupa macam mana
rupanya.
Tapi
entah kenapa Dhia berasa hairan dengan tingkah suaminya sebelum dia berlepas ke
Melaka. Siap minta maaf sambil mencium tangannya.Tapi untuk apa minta maaf?
Muzaffar tidak mengatakan sebabnya cuma yang Muzaffar hanya ucap dengan nada
lirih.
“Kalau
ada apa-apa yang berlaku pada anja, jangan sekali-kali tinggalkan anja”
Dhia
berasa pelik.Biasanya jika ada perkara yang penting atau terlalu confidential,Muzaffar tetap akan
berkongsi dengannya. Tapi perkara apa yang mustahak sangat sampai kena
rahsia.Nak selidik, dia dah nak berangkat.
“Ray,
kau agak-agak, bila boleh sampai?Soalnya.Dhia dah tak sabar nak peluk Muzaffar.
Apa yang anja buat sekarang ya?fikirnya.Rasa rindu mula mengasak hati.Mula
membayangkan kegembiraan yang tidak terkata bila berjumpa suaminya nanti.
“Dah
nak sampai la ni..”Kereta Rayyan terus membelok masuk ke kawasan perumahan
Jalan Anak Gasing. Dhia yang disebelah sudah mempamerkan perasaan terujanya
untuk sampai ke rumah sendiri.
**********
Minyak
wangi Hugo Boss berbau harum disekitar bilik.Terasa bagaikan sedang duduk di
kilang botol minyak wangi.Mengasyikkan.Dipegang botol minyak wangi itu.Lalu
diletakkan di hidung.
“Wanginya..’’disedut
udara yang diselaputi bau harum itu.Tapi bau itulah yang menghancurkan
jiwanya.Dipandang lama botol minyak wangi itu.Dhia jadi geram.Bila difikirkan
kembali, hatinya kembali mendidih marahDigenggam botol itu.Lantas, dengan
selambanya dibaling botol minyak wangi itu ke cermin solek.Berderai kaca cermin
solek itu.
Masuk
ke hari ini, sudah empat botol dipecahkan tanpa rasa takut. Puan Suria yang
sedang menggoreng cucur badak kegemaran Dhia terhenti tatkala terdengar kaca
berderai di tingkat atas.
Dia
menggeleng kepala.” Dhia buat hal lagi!’’Sudah berapa kali cermin solek anaknya
diganti.Nak beli meja solek yang baru, dia tidak mampu.Hanya menggantikan
cermin itu sudah cukup.Dengan pantas, ditutup api kuali.Terus dia berlari ke
tingkat atas.Hatinya rasa tidak tenang.
‘’Dhia..apa
yang pecah tu?’’soal Puan Suria.
Diketuk
kuat pintu bilik anaknya.Takut berlaku sesuatu. Dahlah anaknya yang seorang ni
sudah menjadi kurang waras semenjak ditinggalkan suami.Tapi betulkah Dhia
diceraikan Muzaffar?soalan itu bermain difikiran.Perwatakan yang selama ini
lemah-lembut sudah bertukar agresif. Makin menjadi-jadi kemarahan Dhia.
Memang
sedih dengan apa yang menantunya telah buat pada anaknya. Terkenang kembali
kejadian yang meranapkan kebahagiaan anaknya tahun lepas seperti yang
diceritakan Rayyan tahun lepas.
***********
Rayyan
membelok ke kawasan Damansara Damai..rumah Dhia dan suami merangkap kawan
baiknya juga.Terkejut mereka apabila melihat banyak kereta mewah berkumpul di
sekeliling kawasan perumahannya.
”Eh,
banyak betul kereta mewah kat sini. Ada kenduri ke?soal Rayyan sambil
memandang cermin kereta.Dipandang Dhia sekilas..Dihentikan keretanya.Ingin
mencari port yang sesuai untuk meletak kereta.
Dhia
angkat bahu.‘’Mana aku tahu. Biasanya kalau ada kenduri kat kawasan rumah aku,
pihak masjid akan buat pengumuman jika ada pasangan yang ingin melangsungkan
perkahwinan. Suami aku tak inform pun yang hari ini ada majlis”.Dhia membuka
kaca mata hitamnya. Ingin melihat dengan jelas benarkah ada kenduri di
rumahnya.Memang benar, ada majlis dirumahnya.Siap pasang kanopi lagi!Dhia sudah
rasa lain.
Hatinya tiba-tiba rasa tidak enak.Bagaikan sesuatu akan berlaku.
Dipandang
Dhia semula.“Memang la kau tak dengar, sebab masa tu kau ada kat Melaka bukan
dekat Kuala Lumpur, faham?terasa lawak pulak dengan kata-kata Dhia.
“Mula
la perangai lama dia tu”Dhia mencebik.Mulutnya disengetkan sebelah.
“Perangai
lama aku?”soal Rayyan pelik.Dipandang saja wajah Dhia.
“Perangai
sengal kau tulah.Dari dulu sampai sekarang suka keluarkan ayat yang menyakitkan
hati akuSebab itulah aku cakap perangai kau ni sengal.”
Rayyan
ketawa mengekeh.“Sengal-sengal pun kawan kau jugak tau”.Dhia menjeling.Aku nak
kenakan dia, last-last aku yang kena balik.
“Malas
nak layan kau”Pintu kereta dibuka.Mahu keluar dari kereta. Makin dilayan Rayyan
ni, makin menjadi-jadi perangai sengal dia yang tak akan habis.Diletakkan tali
leher yang dipegang tadi ke tempat duduk belakang.Lantas dia keluar dari situ
tanpa memandang muka Rayyan.Ditutup pintu kereta.
Teringatkan
bagasi dibelakang, Dhia mahu masuk semula ke dalam kereta untuk meminta Rayyan
membuka bonet dibelakang.Tapi mengenangkan ada kenduri dirumahnya, Dhia rasa
lebih elok dibiarkan dahulu. Bila dia sudah bertemu suaminya, baru dia akan
menyuruh Rayyan mengangkat bagasi itu.Dengan senyuman yang menawan, Dhia terus
ke pintu utama.Rayyan yang duduk didalam kereta segera keluar. “Sampai hati aku
ditinggalkan.”
Rayyan
keluar dari kereta.Di kunci keretanya lalu berlari anak menuju ke kawannnya
itu.”Oi..tunggulah aku.” Berlari anak dia mendapatkan Dhia yang berada di pintu
utama.Tetamu yang lalu-lalang memandang saja. Tergelak Dhia melihat kawannya
berlari anak kearahnya. Dia hanya tersengih-sengih.
“Dhia,
takkan kau tak tahu rumah kau ada kenduri kot?Mak mentua kau tak beritahu
ke?bisik Rayyan perlahan ke telinga Dhia sebaik sahaja mereka berada di
pintu utama. Dilihat ramai orang kenamaan dan orang awam menghadiri majlis
ini.Meriah sangat.Macam perkahwinannya pada tahun lepas.Tapi majlis
apa?fikirnya sendiri.
“Manalah
aku tahu..Suami aku pun tak inform.Dahlah dia tak call aku sejak aku dah sampai
Seremban tu.balasnya perlahan. Sampai hati suaminya tak beritahu ada kenduri di
rumah mereka.Telefon nak inform pun tiada. Boleh dia pulang awal dari duduk kat
seminar dengar ceramah yang membuatkannya selalu nak tidur.Tolong apa yang
patut untuk kenduri ini.
“Haa,makin
ramai orang datang rumah kau ni.Aku tengok macam kenduri kahwin pun ada.Dengar
lagu pun dah tahu ada orang kahwin.Tengok tu..”dipandang ke kawasan
kanopi.Kedengaran pengacara majlis lelaki berceloteh dihadapan tetamu yang
sedang makan dengan berpakaian baju batik.
“Aah
la..Aku pun perasan jugak.Tapi siapa pulak nak kahwin?Setahu aku Muzaffar
seorang saja anak tunggal mama sepertinya juga.Abah pulak dah lama
meninggal.’’Bingung kepalanya memikirkan apa yang terjadi
dihadapannya.Takkanlah…Dhia mula berfikiran negatif.
Sambil
kepalanya memikirkan untuk apa kenduri ini diadakan dirumahnya, Dhia ternampak
mak mentuanya, Puan Halimah yang sedang asyik mengarahkan pekerja-pekerja
kenduri mengagihkan pinggan-pinggan yang telah digunakan tetamu ke dalam besen.
Mak mentuanya kelihatan cantik dengan berpakaian jubah ungu. Dhia
tersenyum.Dihampiri mak mentuanya bersama Rayyan yang setia dibelakangnya.
“Assalamualaikum
Mak..”Lembut suara Dhia kedengaran.
Puan
Halimah yang sibuk mengarahkan pekerja kenduri berpaling ke belakang apabila
namanya dipanggil. Tentu Maria, menantunya yang baru. Dia tersenyumTapi apa
yang dilihatnya bukan Maria, tapi Dhia.Terkejut bukan kepalang Puan
Halimah.Berubah riak wajahnya.
Ya
allah!Terkejut Puan Halimah dengan suara yang tidak diduga itu.Dhia dah balik!
Dhia“Eh,mak!kenapa
ni?Dia mula risau dengan keadaan Puan Halimah yang tiba-tiba pengsan
melihatnya.Rayyan yang berada dibelakangnya terkejut sama. Tetamu yang berada
disekeliling mula berkumpul disitu mahu melihat apa yang berlaku pada Tuan
Rumah.
“Apasal
ni?kelam-kabut Rayyan bertanya.Dipangku Puan Halimah di pahanya.Disentuh wajah
mak mentua Dhia.”
“Aku
tak buat apa-apa pun.Just bagi salam saja..”Balasnya. Dhia sudah mula gelabah.
“Makcik..”Dengan
berhati-hati Rayyan menepuk perlahan muka Puan Halimah agar segera bangun.
Tetamu yang berada di situ sudah berkerumun menghampiri Puan Halimah.
“Dhia,
tolong ambilkan air.Cepat!”arah Rayyan. Segera Dhia bangun dari situ dengan
keadaan tergesa-gesa.
Diambil
air suam yang terletak di tempat katering meletakkan makanan dan
minuman.Nah!Segelas cawan air kosong diberikan ke Rayyan.
“Makcik..”Rayyan
mengambil sedikit air dari cawan yang diberikan Dhia sebentar tadi lalu
dilekapkan ke muka Puan Halimah.
“Mak..”panggil
Dhia perlahan. Digoncang lembut bahu mak mertuanya.
Puan
Halimah yang pengsan tadi segera membuka mata.Dilihat ramai orang
disekelilingnya.Betul ke apa yang aku lihat tadi?Dipejam matanya dengan
rapat.Cuba mengingati semula apa yang berlaku sebentar tadi.Memang benar,
menantunya sudah kembali. Aku kena buat sesuatu! Seperti yang dikatakan menantu
barunya, Maria yang Dhia curang di belakang suaminya sendiri.
“Dah
sedar pun..”Lega melihat mak mentuanya sedar dari pengsan. Tetamu yang melihat
tadi beransur pergi ke dalam khemah semula untuk menjamu selera.
Mak..Dhia
ni.Dihulurkan salam ke Puan Halimah.Namun mak mentuanya masih lagi kaku
memandangnya.Diturunkan semula tangannya.
Kenapa
kau balik?Garang Puan Halimah menuturkan kata.Tergamam Dhia mendengarnya.
Rayyan
yang mendengar tergamam sama.Selama Dhia berkahwin dengan Muzaffar, tidak
pernah Puan Halimah segarang itu.Apa yang membuatkan Puan Halimah berubah
sebegitu cepat?Baru dua minggu Dhia meninggalkan Puan Halimah.Takkan cepat
sangat berubah sikap?Fikirnya.
“Ini
kan rumah Dhia mak.”jawabnya dengan senyuman.Dibuka cermin mata
hitamnya.Terserlah mata bundarnya yang cantik itu.Sambungnya lagi.”Lagi pun
seminar habis awalitu yang Dhia balik awal. Ingatkan nak bagi abang susprise
sebab Dhia balik awal. Patutlah abang tak nak telefon Dhia.Buat kenduri
rupanya.” Ujarnya panjang lebar pada Puan Halimah.
Puan
Halimah memandang tajam kearah menantunya.Dia benci melihat wajah itu.Di kala
ini, dia benci melihat dua orang manusia yang sedang berdiri tegak di hadapannya.Rasa
mahu di halau perempuan yang berada di hadapan nya keluar dari rumah
anaknya.Puan Halimah yang berdiam diri dari tadi mula bersuara kasar.
“Ahhh…!!!
Perempuan tak guna.Curang!”Puan Halimah menolak tubuh menantunya sehingga jatuh
terduduk. Punggungnya rasa sakit akibat dijatuh dengan agak kasar.Terus Puan
Halimah berlalu dari situ.Lagi lama dia di situlagi sakit hatinya.
Menitis
airmata Dhia mendengar kata mak mentuanya.Apa salah aku?Kenapa tiba-tiba mak
mertua ku berubah?Di mata Puan Halimah jelas tergambar kemarahan dan benci pada
dirinya.Rayyan yang melihat sahabatnya mula menangis segera menepuk lembut bahu
sahabatnya.
“Sabar
Dhia’’pujuknya.Geram jugak Rayyan dengan sikap Puan Halimah yang secara
tiba-tiba tu naik angin melihat dia dan Dhia di situ.
‘’Aku
tak tahu apa salah aku’’suara Dhia sayu akibat di perlakukan sebegitu oleh Puan
Halimah.
“Dah-dah…Bangun.Jom
kita cari suami kau.”Rayyan membantu mengangkat Dhia dengan berhati-hati.
“Marilah..”Dikesat
airmatanya. Dicapai tangan Rayyan lalu dia berdiri. Matlamat utamanya ingin
berjumpa suaminya.Biarlah mak mentua memarahinya.Janji dapat jumpa suami
tersayang di depan mata.
************
“Sekarang
masanya..haa itu pun mereka, pengantin kita pada hari ini Muzaffar Ikram dan
Mariana.” Ucap pengacara majlis yang berpakaian batik ungu itu.
Sebuah
kereta mewah Volkswagen putih muncul dengan reben merah yang terletak elok di
bahagian depan cermin kereta. Kedengaran kompang dipalu agak kuat.Menandakan
pengantin telah tiba.
Rayyan
dan Dhia yang baru hendak menapak masuk ke pintu belakang,terhenti seketika
apabila mendengar nama yang baru diucapkan oleh pengacara majlis
itu..Tergamam!tidak berkata apa-apa pun! Soalan yang berlegar-legar difikiran
Dhia tadi akhirnya terjawab jua.
BERSAMBUNG... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan