“Mana dia ni? Tak
datang lagi ke?”Muzaffar gigit kuku. Ke hulu ke hilir dia menanti pasangan
curang itu datang ke tempatnya. Jam didinding sudah menunjukkan pukul 2 petang.
Namun tetap tidak kunjung tiba. Tirai tingkap ditarik sehingga menampakkan
cahaya luar. Waktu petang yang menyinar menyilaukan matanya.
Muzaffar tidak berpuas
hati. Dia menundukkan kepalanya menghadap ke bawah. Ingin melihat samada
pasangan itu sudah sampai ke belum.
‘Tak ada pun!’ Muzaffar
mendengus geram. Sia- sia sahaja dia memberi duit kepada Rahim tadi. Ingatkan
rancangannya sudah hampir berjaya dan bolehlah dia bersorak sepuas-puasnya.
Tiba-tiba pintu diketuk
dari luar. Siapa lagi kalau bukan Mariana!
“Masuk!”laung Muzaffar.
Mariana masuk dengan wajah kelatnya. Merajuklah tu!
“Abang ni
kenapa?Gelisah tak tentu pasal?”Mariana meletakkan file ke atas meja suaminya.
Waktu petang beginilah nak buat muka tension. Ingat dia tidak stress jugak ke?
Sepatutnya dia tidak perlu datang hari ini. Masih dalam mood honeymoon lah katakan! Belum puas
meluangkan masa bersama Muzaffar.
“Ah! Diamlah! Saya
tengah rungsing sekarang.”Muzaffar membentak dengan menumbuk dinding putih
bersih dihadapan Mariana dengan selamba. Membuatkan Mariana tergamam dengan
perbuatan sang suami.
“Abang ingat saya tak
rungsing ke tengok abang macam ini? Saya lagi rungsing tau tak? Dahlah abang
tak bangunkan saya pagi tadi. Lepas tu pergi kerja tanpa beritahu saya.
Bencilah macam ini!”rungut Mariana dengan bibir tersungging di tepi. Terserlah
sifat manjanya.
Dalam hati, Muzaffar
menyumpah seranah Mariana yang dirasakan keterlaluan sifat mengada-ngadanya.
Hari itu terlampau gedik dihadapan tetamu masa pembukaan hadiah bersama
keluarga, sekarang ini dikeluarkan pulak wajah mengada-ngada di hadapannya.
Memang hatinya yang tadi gundah-gelana dengan ketidakhadiran Dhia dan Rayyan,
bercambah menjadi panas dengan sikap isteri yang baru dikahwininya.
“Kau jangan buat aku
hilang sabar dengan kau Mariana. Baik kau
keluar sekarang!!”Marah Muzaffar tanpa belas kasihan. Perkataan awak
saya telah ditukar menjadi kau aku. Memang padanlah muka Mariana. Tak
pasal-pasal kena sound direct depan
suami sendiri. Nasib baik pintu dah tutup rapat, kalau tidak mana nak letak
muka yang cuteini.
Mariana tergamam!
Sumpah dia tidak mahu membuat suaminya marah lagi. Garang betullah Muzaffar ni.
“Erk..saya keluar dulu
lah. Nanti saya masuk balik ya?”Mariana merapati Muzaffar yang merah padam
mukanya. Abang jangan marah-marah.. tak hensemlah kalau macam ni. Muah! Sesaat,
bibir Mariana bersatu dengan bibir Muzaffar. Mata Muzaffar terbeliak.
“Kau ni kenapa hah? Dah
buang tebiat main cium-cium ni?” Geram Muzaffar dengan isterinya. Marah diatas
tindakan drastik Mariana yang keterlaluan itu.
Mariana hanya
tersenyum. “Ala abang ni.. kita kan dah kahwin,”Mariana menyentuh kot suaminya.
Kelihatan segak dan sangat maskulin. Dahlah hari itu tak dapat bermanja
lebih-lebih dalam bilik.Sebab itu dia jadi begini. Terlalu obses dengan si
suami menyebabkan dia menjadi terlalu manja dan mengada-ngada. Sebelum
berkahwin, dia tidak pernah menunjukkan sifat mengada-ngada atau manja
dihadapan orang ramai.
“Apa ni?” Ditepis
tangan Mariana kasar.Dia tidak suka hendak bermanja-manja dengan perempuan ini.
“Abang ni..garang
sangatlah. Cuba calm downsikit. Saya
kan isteri abang. Tak baik tau marah pada isteri, nanti Tuhan marah.”Mariana
cuba juga untuk bersuara lembut pada suaminya. Muzaffar hanya memalingkan muka.
Tetapi Mariana pantas memegang wajah suaminya yang makin muram itu.
Mariana tersenyum.
Bibirnya didekatkan ke pipi Muzaffar. Diciumnya dengan penuh asyik. Kemudian
dia terus keluar dari bilik Muzaffar. Ditutup pintu bilik suaminya rapat-rapat.
Muzaffar
apalagi..terkakulah jawabnya.
***
‘Hehe..kan dah kena
cium!’Mariana tersengih-sengih sendirian. Dia kembali semula ke tempat
duduknya. Ingin meneruskan kerjanya yang
terbengkalai. Indahnya peristiwa tadi!
“Amboi-amboi..tersengih-sengih
ni..ada apa-apa ke yang berlaku kat bilik bos tadi”?perli Zizie dengan
selamba.Dia bersandar dimeja depan Mariana yang tiada penghuni. Waktu
sebeginilah masa yang sesuai untuk berbicara dengan musuh ketatnya, siapa lagi
kalau bukan Mariana! Pekerja yang lain sudah pergi makan diluar, tinggallah dia
dan Mariana sahaja.
Apabila tiba waktu
rehat sahaja, Zizie tidak teragak-agak untuk singgah ke pejabat yang Mariana
bekerja. Sengaja untuk berlawan mulut. Mulut Mariana pun boleh tahan laser!
Namun, hari ini dia tidak mahu berlawan mulut, dia mahu tahu akan sesuatu yang
perlu dijelaskan oleh Mariana. Dia akan mengugut musuhnya supaya berkata jujur.
Hanya dia sahaja yang tahu akan hal itu.
Mukanya diangkat.
Zizie!
Hish! Perempuan ni main
masuk aje. Nampak Muzaffar nanti, pasti dia akan marah. Dia tidak suka pekerja
dari department lain menganggu pekerja didalam pejabat ini.
Mariana memandang Zizie
tajam. Rasa macam nak terkam pun ada. Mulut..berbisa betul!
Diari yang dipegang
dihempas kuat.“Kau kenapa, hah? Dah tak ada kerja nak buat ke? Asyik nak ganggu
orang aje. Pergilah turun, sibuk aje datang department
orang”.katanya dengan agak kasar.Wajah Zizie bertukar kelat.Wah! Nampaknya
perempuan ini sudah pandai meninggikan suara kepadanya.
“Aku memang ada kerja.
Banyak sangat.Tapi kerja aku tak adalah mengedik dengan bos sendiri!”Zizie
mencebikkan bibir. Muka Mariana terasa bahang. Amboi..perempuan ni memang nak
kena sekeh kepala dengan aku. Dasar perempuan biadap.
Mariana bangun dari
tempat duduknya. Dia berpeluk tubuh mengadap musuh tradisinya. “So what? Aku gedik ke apa ke, itu bukan
masalah kau!”Dicebikkan bibir. Tanda meluat dengan orang didepannya.
“Huh! Dasar perempuan
tak sedar diri! Cik Mariana oii.. Aku tak adalah sampai menggatal sampai kahwin
dengan suami orang.” Sindir Zizie dengan pedas sekali.
“Weh, cakap tu
baik-baik sikit ya. Aku cili mulut kau nanti baru tahu.”Mariana sudah panas
hati. Sindiran dari Zizie amat menyakitkan jiwa dan raganya.
“Eleh. Cakap berlagak
sangat. Kau ingat aku tak tahu yang kau dah kahwin dengan orang dalam bilik
tu.”Tangan Zizie dihalakan ke bilik Muzaffar. Mariana terkejut yang amat
sangat. Mana perempuan sial ni tahu? Aduh..baru nak rahsiakan, dah ada orang
tahu awal-awal.
“Diam-diam ubi berisi
ya kau ni.”sambungnya lagi.
Mariana memandang wajah
perempuan itu dengan muka yang bengis. Bagai mahu diikat perempuan itu di tali
gantung. Biar mampus lagi senang!
“
Mana kau tahu? Jangan memandai nak tuduh aku kahwin dengan En. Muzaffar ya.
Sorry
sikit!”
Tergelak kecil Zizie
disitu.“Semua rahsia kau dalam kocek aku lah. Kau tak payahlah nak berahsia
sangat. Aku seorang aje yang tahu hal ini.”katanya dengan nada berlagak.
Sambungnya lagi.“Bukan
ke aku duduk berhampiran dengan rumah En. Muzaffar? Takkan kau tak ingat Pak
Ali, pengawal keselamatan kat kawasan rumah tu? Dialah ayah aku.”jawabnya
dengan jujur. Buat apa hendak malu ayah kandung bekerja sebagai pengawal
keselamatan?. Kalau macam orang lain pasti malu punya. Semuanya nak
sembunyikan!
Pak Ali? Pengawal
keselamatan tu?Mariana mengetap bibir. Habislah! Dia dah tahu rahsia aku.
Err.. Zizie kau baik
kan. Kau takkan beritahu sesiapapun kan yang aku dah kahwin dengan
En.Muzaffar?Tergagap-gagap suara Mariana ketika itu. Dia merapati Zizie dengan
wajah yang kelat.
Zizie tersenyum.
Perangkapnya mengena! Dia akan cuba selidik sedikit demi sedikit apa yang
disembunyikan Mariana.
“Kalau kau tak nak aku beritahu
orang, kau ikut cakap aku. Apa yang aku tanya..kau mesti jawab dengan
jujur.”Zizie mengugut.
Mariana mengangguk
lemah. Terpaksa bersetuju sedangkan didalam hati memberontak hebat. Dia memang
tidak suka perempuan didepannya ini. Tetapi dia terpaksa menceritakan
kesemuanya pada musuhnya demi kebaikan dia. Dia tidak mahu diceraikan Muzaffar.
Dia takut akan hal itu. Sayangnya menggunung pada Muzaffar.
“Nanti aku beritahu kau
semuanya.”katanya dengan perlahan.
“Great! Itu yang aku
nak dengar dari mulut kau. Esok, lunch
hour..kau jangan pergi makan dekat luar. Aku jumpa kau kat bahagian
production. Tunggu aku di bilik stor. Oklah, aku nak sambung kerja aku yang
tergendala tadi. Daa..”Zizie melangkah pergitanpa berpaling ke belakang.
***
Pintu Rayyan diketuk
berulang kali tanpa henti. Puan Hadijah bengang. Sudah petang begini masih
tidur lagi! Apa nak jadi dengan cucunya pun tak tahulah.
Rayyan Zikri, bangun
cepat!! Nenek ada perkara mustahak nak cakap ni. Buka pintu sekarang!! Jerit
Puan Hadijah dari luar. Hidayat Romli hanya mendiamkan diri di belakang Puan
Hadijah. Dia hanya menundukkan muka. Rasa bersalah kerana tidak mengejutkan
Tuan Muda lebih awal.
Rayyan masih lagi tidak
sedarkan diri. Leka dengan dunia fantasi didalam tidurnya. Bantal peluk panjang
dikepit agar tidurnya lebih nyenyak. Suara dari luar tidak dihiraukan.
Muka Puan Hadijah merah
membahang. Nafasnya turun naik. Marahnya pada Rayyan semalam masih tidak padam.
Ditambah pula dengan perkara yang begitu mengejutkannya pada hari ini.
Baru sebentar tadi,
pengawal keselamatan yang duduk di garaj pintu utama telah memberikannya sampul surat bersaiz A3. Tertera disitu nama
cucunya dimuka hadapan menggunakan tulisan tangan. Ketika itu, dia sedang
membuat perjumpaan dengan seluruh pembantu rumah yang bekerja dirumah ini.
Hatinya betul-betul tersentap apabila membaca surat yang diberi. Itu yang
membuatkan moodnya tidak berapa elok. Bergegas dia naik ke tangga untuk
berjumpa Rayyan. Tetapi cucunya buat hal pulak. Nak kata terasa hati dengannya
berkenaan album yang diambil secara sengaja di laci Rayyan pun ada jugak.
Mungkin pasal itu yang membuatkannya tidak keluar langsung dari bilik.
Apapun, surat yang
diterimanya tadi membuatkan dia tidak dapat menahan sabar untuk berjumpa
cucunya. Dia perlukan keterangan dari Rayyan berkenaan surat itu.
Diberhentikan kerja?
Huh! Baru beberapa hari balik dari oustation dah kena berhenti? ‘Baik’ punya
cucu! Kita suruh dia kerja dengan abang kandung sendiri, dia tidak mahu. Banyak
sangat alasan. Nah! Sekarang kau terima akibat sebab buat nenek kau macam ini.
Rayyan!! Nenek cakap
bangun..bangunlah!! Kenapa degil sangat ni? Memang nak kena piat telinga
tu.”jeritnya lagi. Ketukannya masih kuat seperti tadi. Tidak bersahut juga.
Lantas, dia mendapat
satu idea. Baik dia buka pintu bilik ini sendiri. Kunci setiap bilik dirumah
besar ini memang dipegangnya. Puan Hadijah berpaling menghadap Hidayat Romli
yang masih menundukkan muka. Bila dah kena membebel tadi sebab tidak kejutkan
cucunya lebih awal, itu yang tidak banyak bercakap. Sebelahkan sangat cucunya.
Hidayat, ambil kunci
bilik Tuan Muda dalam bilik saya, sekarang!tegas suara Puan Hadijah memberikan
arahan. Hidayat Romli mengangkat muka dengan riak takut-takut. Dia hanya
mengangguk dan bergegas ke bilik bosnya.
Puan Hadijah
mencebikkan bibir. Dia berpaling semula ke pintu bilik cucunya. Nenek masuk
bilik Ray lepas ni ya. Tak sabar nak kena piat-piat telinga’katanya sendirian.
Ini Puan, kunci bilik
Tuan Muda. Hidayat Romli menyerahkan segugus kunci kepada Puan Hadijah.
Diambil segugus kunci
itu lalu dipilih kunci yang bersesuaian dengan pintu bilik cucunya.
“Awak turun bawah dulu,
buat apa yang patut.”pesan Puan Hadijah pada Hidayat Romli yang menundukkan
kepala. “Kata dengan mereka semua, jangan sekali-kali ganggu saya dengan Tuan
Muda. Ingkar arahan, potong gaji”.katanya tanpa rasa bersalah. Kali ini lebih tegas pesanan Puan Hadijah.
Memang dia tidak mahu diganggu. Apabila perkara yang benar-benar mustahak
berlaku pada cucu-cucunya, dia tidak akan membenarkan sesiapapun yang tiada
kaitan dengan ahli keluargannya masuk campur. Private is private!??
Hidayat Romli
mengangguk. Tanda faham dengan apa yang diperkatakan majikannya. Terus dia
turun ke bawah tanpa banyak soal.
Puan Hadijah membuka
pintu bilik Rayyan dengan agak kasar. Sampul surat yang dipegang dicampak ke
muka cucunya. Baru puas hatinya!
Rayyan yang memejamkan
mata tadi membeliakkan mata tatkala ada sesuatu benda yang jatuh ke mukanya.
Apa benda ni? Rayyan bangun dengan keadaan terpinga-pinga. Sampul surat? Untuk
dia ke? Matanya menghadap neneknya yang berpeluk tubuh ditepi katilnya.
Alamak, nenek!
Aduhai…tak habis-habis nak ganggu ketenteraman aku. Hish! Geram betullah.
Hidayat memang nak kena dengan aku ni. Dah cakap jangan sesiapa ganggu aku nak
tidur, last-last ada juga yang ganggu. Nanti kau!
Nenek nak apa kacau
orang tengah tidur ni?Ganggulah. Ray nak tidur pun tak selesa.”suara Rayyan
tidak ceria. Merajuklah katakan! Bantal yang dikepit tadi diletakkan ke tepi.
Puan Hadijah
membeliakkan mata. Dengan kasar, dia memulas telinga cucunya yang main cakap
lepas sahaja. Tidak hormat langsung orang tua!
Rayyan yang terkejut
dengan tindakan neneknya itu mengaduh kesakitan. Nyaring suaranya. “Apa ni nek,
main cubit telinga Ray? Sakitlah! Pantas dia menarik tangan neneknya dari ??
“Tahu pulak Ray rasa
sakit. Hati nenek ni lagi sakit tahu tak! Bukan main nenek ketuk pintu
kuat-kuat, tapi tak dibuka juga pintu tu. Dah petang macam ini pun masih
mengantuk lagi? Kamu pergi mana semalam?”soal Puan Hadijah dengan nada kasar.
Dia mencekak pinggang. Marahnya bukan sedikit, tapi menjulang hingga naik ke
kepala.
Rayyan terkejut yang
amat sangat. Masam mukanya. Macamana nenek boleh tahu pulak ni?Digaru kepalanya
yang tidak gatal itu.
“Mana ada Ray keluarlah
nek. Main tuduh aje.”Rayyan menafikan kenyataan neneknya, walaupun sebenarnya
memang dia keluar secara senyap malam tadi. Bosan duduk dirumah. Ingin mencari
ketenangan. Semalam dia mengajak teman seperjuangan semasa di universiti dahulu
berlumba kereta di jalan raya yang tiada satu pun kenderaan keluar masuk.
Ditambah pula dengan gadis-gadis yang cantik yang datang menemani, dirinya rasa
bagaikan berada dikayangan.
“Mana ada Ray kata?
CCTV yang tunjukkan pada nenek yang kamu keluar semalam. Oh, patutlah tidur
sampai ke petang. Pergi keluar rupanya. Jangan nak berdolak-dalih lagi. Nenek
tahu semuanya. Wah, dah pandai tipu nenek sekarang. Sejak bila kamu dah pandai
menipu ni?”
Puan Hadijah menarik
nafas panjang.
“Nenek sedih dengan
sikap kamu, Ray. Kamu dah berubah! Tak macam dulu lagi. Kamu dah pandai nak
sorokkan sesuatu dari nenek”.sambungnya lagi. Airmatanya jatuh tanpa disedari.
Rayyan yang perasan dengan keadaan itu, segera bangun dari katilnya. Rasa
bersalah menghantui dirinya.
“Nek?”Rayyan memaut
bahu neneknya sambil tangannya mengusap airmata yang mengalir laju dipipi wajah
tua itu. “Nenek, maafkan Ray. Bukan Ray tak mahu beritahu nenek yang Ray keluar
semalam. Masa tu kan dah pukul 12 tengah malam, takkan Ray nak kejutkan nenek
bangun dari tidur. Pasal album tu, Ray akui yang Ray memang merajuk. Ray tak
suka ada orang sentuh barang peribadi Ray. Nenek kena faham, Ray sorokkan
sesuatu perkara tu ada sebabnya.”jelasnya.
Puan Hadijah terdiam
seketika. Matanya mengerling sampul surat yang berada dikatil cucunya. Ditepis
tangan Rayyan yang memaut bahunya dan mencapai sampul surat itu lalu diletakkan
didepan wajah Rayyan.
Rayyan tersentak.
Surat apa ni nek?Rayyan
pelik.
“Bacalah. Kamu akan
tahu apa yang terkandung didalam surat itu.”Tanpa memandang wajah Rayyan, Puan
Hadijah duduk dikatil sambil tangannya menyusun bantal-bantal yang berselerak.
Rayyan mengambil surat
itu. Dibaca dengan penuh teliti. Tiba di tajuk utama surat itu, matanya
terbeliak, tangannya menggigil. Dia diberhentikan kerja?
“Siapa bagi surat ni
nek?”Terketar-ketar mulut Rayyan berbicara.
Puan Hadijah memandang
cucunya. “Pengawal keselamatan yang bagi tadi pada nenek. Nenek buka sampul
surat tu. Bila nenek baca, kamu kena diberhentikan serta-merta. Kamu ada buat
silap ke masa pergi outstation dulu?
Rayyan mengelengkan
kepala. “Ray rasa tak pernah buat salah masa oustation kat Melaka tu. Ray hanya
dengar ceramah sahaja. Tak buat apa-apa pun. Kenapa pulak Mr.Antonio tiba-tiba
nak berhentikan Ray? Itu yang Ray pelik sekarang ni.
Sedang asyik memikirkan
surat yang diberikan, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi nyaring diatas laci
sebelah katil. Rayyan dan Puan Hadijah
sama-sama terkejut.
“Siapa pulak tu?”Puan
Hadijah menjengukkan kepalanya. Ingin melihat siapa yang menelefon cucunya.
“Dhia, nek.”jawab
Rayyan dengan jujur.
Puan Hadijah tersenyum.
Dhia, tidak mengapa. Jika perempuan lain, memang sRayyan sengaja cari nahaslah!
“Nenek keluar dululah. Nanti ganggu pulak perbualan kamu berdua. Kejap lagi
nenek masuk balik kamu balik.” Rayyan mengangguk.
Puan Hadijah sengaja berkata
begitu padahal dia ingin mendengar apa yang diperkatakan Dhia dan cucunya.
Baginya, semua perkara yang berkaitan cucunya wajib dia ketahui. Terus dia
keluar dari bilik Rayyan. Dia berdiri disebalik pintu. Telinganya didekatkan ke
pintu bilik Rayyan.
Rayyan menarik nafas
panjang.‘Fuh! Selamat nenek dah keluar.’Butang hijau ditekan laju. Badannya
mengadap tingkap bilik. Telinganya dilekapkan pada telefon bimbit Galaxy Note nya.
“Assalamualaikum
Ray..aku ni.”suara Dhia kedengaran seperti baru lepas menangis. Serak-serak
basah.
“Waalaikumsalam. Dhia,
kenapa dengan kau? Something wrong?”Rayyan
mula risau.
“Hah? Aku? Mana ada
apa-apa.”Dhia sedaya-upaya menafikan. Nak beritahu Rayyan ke tidak tentang dia
diberhentikan kerja?
Rayyan menarik nafas
lega. Nasib baik tidak berlaku apa-apa pada sahabatnya.
“Yang kau telefon aku
ni, buat apa? Mesti ada something
yang kau nak beritahu aku kan?”soal Rayyan. Biasa Dhia tidak akan call jika
tiada hal penting. Ini pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan Dhia.
“Err..mana ada. Aku nak
telefon kau sebab nak tahu kau sihat ke tak. Itu sahaja.”Dhia menafikan soalan
dari Rayyan. Padahal dia ingin meluahkan perasaan terpendam pada sahabatnya itu
mengenai surat dan CD yang diterimanya awal pagi tadi.
“Aku sihat aje kat
sini. Dhia, sebelum itu…aku nak beritahu kau sesuatu yang amat penting. Penting
sangat-sangat.”
“Apa dia yang penting
sangat tu? Boleh aku tahu?”Takkan Rayyan dapat surat yang sama sepertinya?
“Actually, aku dapat
surat dari Mr. Antonio tadi. Aku dah diberhentikan kerja.”
“What?! Kau kena berhenti kerja jugak?Aku pun kena berhenti jugak.
Baru pagi tadi aku terima surat berhenti kerja.”
Rayyan terkejut yang
amat sangat. Matanya membulat. “Kau pun sama jugak?”
“Aah. Aku dapat surat
itu pagi tadi. Ada seorang lelaki yang letakkan sampul surat kat celah pagar
rumah aku. Bila aku baca surat tu, aku tak sangka aku diberhentikan kerja
serta-merta. Masa tu aku tak fikir apa-apa dah, terus pengsan.” Jelasnya dengan
panjang lebar.
“Kau pengsan?Rayyan
terkejut lagi. Kau okey tak ni?”
“Aku okey. Cuma
sedihdengan sikap Muzaffar yang masih lagi tidak berpuas hati dengan aku. Dalam
surat itu, dia selitkan sekali CD. Tadi aku sempat tengok apa isi kandungan
dalam CD tu, ada gambar kita berdua. Mungkin CD itu sengaja diberikan pada aku
untuk menunjukkan bukti bahawa aku curang dengan dia.”Dhia memang kesal dengan
sikap Muzaffar yang tidak mempercayainya.
“Aku tak sangka dia
gunakan pendekatan ini dengan memberhentikan aku kerja. Aku ingatkan surat dari
Puan Kamelia, rupanya dari Muzaffar.”
“Maksud kau, Muzaffar
yang bagi surat tu pada kau, begitu?”
“Yup. Aku tahu pun
lepas ibu aku tengok kat letterhead surat
tu. Ada nama syarikat dia. Dalam diam dia perbodohkan aku. Gunakan nama bos aku
dalam surat tu. Padahal dia yang buat. ”Dhia tergelak kecil. Walhal, hatinya
ingin menangis. Sanggup Muzaffar berdendam begitu sekali.
“Tapi, dalam surat aku,
tak ada letterheadmacam kau. Dia
tulis macam biasa aje.” Rayyan melihat surat itu semula.
“Manalah tahu, si
Muzaffar suruh bos kau yang tulis surat. Dia kan berkawan baik dengan Mr.
Antonio tu. Takkan kau tak tahu, kawan rapat dalam business tu.”
“Ya tak ya jugak. Betul
kata kau. Mesti Mr. Antonio berpakat dengan jantan keparat tu nak balas dendam
pada aku. “ Akhirnya, Rayyan tahu. Muzaffar lah punca segala-galanya. “Habis
tu, kau nak buat apa sekarang? Takkan nak berdiam diri kot? Buatlah sesuatu
bagi dia menyesal sebab ceraikan kau!”ujar Rayyan penuh semangat.
“Aku tak mampu nak
berbuat apa-apa, Ray. Aku harap kau faham dengan keadaan aku sekarang.”Fikirannya
tidak akan tenteram selagi memikirkan soal Muzaffar.“Biarlah… Allah sahaja yang
akan membalas perbuatan dia. Aku nak tenangkan diri aku dulu kat rumah ni.
Malas nak fikir pasal dia lagi.”
Jangan macam ni, Dhia.
Kau kata nak tunjukkan pada bekas suami kau yang kau adalah wanita yang kuat.
Takkan nak mengalah sebelum berperang? Ini bukan Dhia yang aku kenal.” Sengaja
dia berkata begitu untuk menaikkan semangat sahabatnya.
“Ray, aku bukan Nurul
Haifa Nadhiya yang kau kenali dulu. Dulu lain sekarang lain. Aku tahu,
Ray. Buat masa ini, biarlah aku
tenangkan diri aku. Aku tak boleh nak tengok muka dia. Nanti aku menangis.”Dhia
mengetap bibir. Air matanya turun dipipi.
“Dhia..”belum sempat
Rayyan meneruskan ayatnya, Dhia menyambung. Mungkin dia perlu tamatkan segera
perbualan ini. Segera dikesat air matanya. Kepalanya terasa berpinar-pinar.
Selepas ini dia mahu berehat.
“Okay lah, Ray. Itu aje
yang mampu aku katakan setakat ini. Aku nak rehat dulu.Pening kepala lah. Kau
jaga diri baik-baik ya. Aku tak dapat cakap banyak ni, nanti aku call kau
balik.”ujar Dhia sebelum mematikan talian.Terus dia merebahkan diri diatas
katil empuk miliknya.
Rayyan mengeluh hampa.
Dipandang telefon itu dengan rasa kecewa dihati. Baru hendak meneruskan
perbualan lebih lanjut, Dhia sudah tutup telefon. Dia kesian dengan nasib yang
dilalui Dhia.Nasib baik neneknya tidak mendengar perbualan diantara dia dan
Dhia. Dia tidak mahu nenek tahu yang Dhia sudah bercerai. Biarlah rahsia itu
tersimpan rapi didalam hati. Kalau tidak ada orang yang bercakap, rahsia tidak
akan terbongkar.
Tiba-tiba pintu bilik
terkuak dari luar. Rayyan terkejut besar. Nenek!
BERSAMBUNG... :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan