Din dan Karim beserta beberapa
pekerja lain datang ke rumah Cik Kyra. Hari ini kerja mereka bukan di pejabat
sebaliknya di rumah duta Slim World itu. Terpaksalah mereka berkerja keras
supaya tiada satu barang pemberian Abdul Fatah di rumah Kyra.
Lori yang mereka naiki sudah sampai
didepan rumah Kyra. Pekerja lain sudah bersiap sedia untuk menurunkan khemah.
Kebanyakkannya pekerja asing yang membantu menurunkan khemah tersebut.
“ Din, tugas kita angkat semua
barang dalam rumah Cik Kyra. Pekerja lain kita turunkan khemah. Amacam? Bagus
tak idea gua?” Karim bagi cadangan. Dalam dua hari ini, banyak pemberian Abdul
Fatah pada Kyra adalah tugas mereka. Jadi sebaiknya tugas mereka mengangkat
semula barang tersebut dan meletakkan di dalam lori yang disewa majikannya itu.
“ Macam ni ar, bro !” Din tunjuk isyarat bagus. Setuju dengan cadangan Karim.
Karim tersengih. Din yang duduk disebelah rakannya cepat-cepat keluar dari
perut lori besar itu dan membuka pintu pagar rumah Kyra. Kali ini lori yang
disewa itu lebih besar berbanding lori yang dibawa dua hari lepas. Barang
pemberian majikannya agak banyak. Jadi lori inilah yang terbaik untuk
mengangkut kesemua sekali barang itu.
Kyra yang sedang melihat
barang-barang pemberian Abdul Fatah di bilik belakang terkejut apabila mendengar
bunyi kenderaan di luar rumahnya. Dia mengerutkan dahi. “ Siapa pula tu? Baru nak tengok
barang-barang mamat tu, ada pula bunyi yang menganggu.” Dia berjalan ke ruang
tamu dengan rasa malas. Tingkap yang samar-samar memang agak susah untuk
melihat siapa yang datang ke rumahnya. Dia ke pintu utama lalu dibuka. Sebuah
lori besar yang berwarna putih masuk ke perkarangan rumahnya.
Paling dia terkejut dengan apa yang berlaku di
luar perkarangan rumahnya. Khemah cantik yang dihiasi dengan bunga mawar putih
di setiap meja untuk tetamu yang hadir mula dibuka satu persatu. Selipar yang
berada di rak kasutnya dicapai lalu cepat-cepat dia berlari ke pintu pagar.
Tidak diendahkan lori yang mula masuk ke dalam rumahnya. Nafasnya terasa sesak.
Kenapa tiba-tiba semua ini berlaku?
Kyra pandang pula lori yang masuk ke rumahnya.
Nampaknya Abdul Fatah menghantar pekerja yang sama untuk menghantar barang
perkahwinan lagi. Dia mengetap bibir. Tak habis-habis lagi ke barang yang Abdul
Fatah mahu berikan padanya?
Lelaki yang mengarahkan pemandu lori
masuk perlahan-lahan ke rumahnya dipanggil. Setelah beberapa hari lelaki itu
berada di rumahnya, dia sudah tahu nama kedua-dua pekerja tersebut. Pekerja
yang memasang khemah di luar agak ramai jadi dia agak sukar untuk mengenali
kesemua pekerja yang datang ke rumahnya. Hanya dua lelaki itu sahaja yang
dikenalinya.
“ Din, awak mari sini kejap!” laung
Kyra sambil tangannya melambai-lambai memaksa Din menghampirinya. Banyak
perkara yang dia ingin tahu dari mulut lelaki itu.
Din mengaru kepalanya yang tidak
gatal. ‘Minah tu nak apa dengan aku pula ni? Malas pula nak dengar dia marah.’Ingatkan
dia nak jumpa Kyra dengan Karim sekali. Nak buat macam mana kalau dia dipanggil
dulu. Terpaksalah dia jumpa
perempuan itu.
“ Nak apa Cik Kyra? Kami banyak
kerja nak buat ni.” itu sahaja alasan terbaik yang dia boleh bagi untuk tidak
terlalu banyak bercakap dengan Kyra. Mereka datang sini hanya untuk mengambil
barang sahaja.
“ Apasal khemah kat depan rumah saya
ni diturunkan? Bukan main susah pasang sampai ke belakang sana, yang turunkan
buat apa?!” Mencerlung mata Kyra apabila mula berbicara dengan Din. Sudahlah
esok hari persandingan dia dan Abdul Fatah, khemah pula diturunkan. Memang
boleh jadi dibuatnya!
Karim sudah turun dari lori dan dia ke berlari
anak membuka pintu lori belakang seluas-luasnya. Dapatlah barang-barang yang
Abdul Fatah berikan pada Kyra dimasukkan dengan senang.
Din tidak menjawab pertanyaan Kyra sebaliknya
dia pergi kearah Karim.
Kyra didepan Din sudah mencekak
pinggang. Marahnya membuak-buak. Sanggup Din tak jawab pertanyaannya? Kurang
asam betul mamat tu!
Dia melihat Karim sudah membuka pintu lori
belakang itu pasti ada lagi benda yang mahu diberikan mamat tembam itu. Apa
lagilah benda yang dia nak bagi tu? gumam Kyra dalam hati.
“ Karim. Gua malas ar nak layan minah ni punya
pertanyaan. Lu cakap ar sama dia.” Din naik ke atas lori tersebut lalu dia
duduk selamba di tepi pintu lori. Kyra mencebik. Berani Din kata dia malas nak
layan pertanyaan aku? Eii… sabar ajelah wahai hati!
“ Maaf Cik Kyra. Saya terpaksa ambil
semua barang-barang yang bos kami berikan pada Cik Kyra. Buat apa nak simpan
barang-barang ni dalam bilik belakang kalau hati Cik Kyra macam terpaksa aje
terima barang yang bos kami bagi.” kata Karim. Dia menjawab bagi pihak Din. Gaya
bahasanya formal sahaja.
“ Habis, macam mana dengan perkahwinan saya
esok?” suara Kyra mula meninggi. Din didalam lori terkejut mendengar nada suara
Kyra manakala Karim pula terkejut.
“ Tak tahu.” Karim mengangkat bahu. Din yang
duduk di dalam lori mula turun ke bawa dan mula rapat pada Karim. Isyarat bagus
mula ditunjukkan dengan mengangkat ibu jarinya. Karim membalas isyarat tersebut
dengan mengangkat jari yang sama.
Kyra mula rasa tertekan. Apakah Abdul Fatah
merasa kecewa dengannya? “ Tolong jangan angkat semua barang yang bos korang
bagi. Biarkan ada kat sini. Korang angkat, saya takkan bersanding dengan bos
korang nanti.” Dalam dia benci dengan pemberian Abdul Fatah, dia rasa sayang
pula untuk memulangkan semua barang-barang itu. Dia pasti harga barang-barang
itu agak mahal. Jika dijual dalam internet pasti dia dapat banyak duit.
“ Ada
gua kesah? Dah Cik Kyra tak suka, kita orang ambil ajelah. Betul tak Din?”
Karim mula berbahasa tidak formal. Insan seperti Kyra tidak layak untuk
bercakap baik. Din di sebelah sudah tersenyum lebar. Gembira kerana gaya bahasa
Karim sempoi sahaja.
Din mengangguk. Mengiakan sahaja apa yang
dikatakan Karim.
“ Gua rasa gua tak banyak masa untuk cakap
dengan Cik Kyra lagi. Kami nak minta izin nak masuk rumah Cik Kyra. Ambil cepat
barang tu lagi bagus. Tak adalah Cik Kyra rasa tak puas hati bila tengok
barang-barang tu kan? Din, kita masuk ar.
Dah lambat ni. Petang nanti banyak kerja lagi nak kena settle.” Karim selamba menarik tangan Din dan menonong masuk ke
dalam rumah Kyra. Din apa lagi, ikut sajalah kata-kata Karim.
Kyra makin tertekan. Khemah luar rumahnya hampir
separuh diturunkan. Din dan Karim pula makin bersemangat untuk mengambil
barang-barang perkahwinannya. Ini tak boleh jadi ni! Dengan rasa tidak puas hati,
Kyra masuk ke bilik belakang. Kolar baju t-shirt yang dipakai kedua-duanya
ditarik dengan selamba ketika kedua-dua lelaki itu sedang sibuk mengangkat pasu
plastik yang mengandungi bunga mawar merah di tepi dinding. Din dan Karim
menjerit sedikit. Hampir tergolek pasu plastik yang dipegang mereka berdua.
“ Woi! Apa hal ni? Tiba-tiba ada tarik baju
gua.” Karim sudah mengamuk, Badannya dipalingkan ke belakang. Wajah Din
mempamerkan riak tidak puas hati.
“ Cik Kyra, tolonglah jangan nak buat kami
marah. Kita orang tak ada masa lah nak layan karenah Cik Kyra yang suka
mengamuk ni. Karim, kita teruskan buat kerja. Jangan layan sangat Cik Kyra ni.”
Din malas nak pandang muka perempuan ini lagi. Makin dipandang makin
menyakitkan hati!
Karim setuju. Dia dan Din mengambil semula pasu
plastik tersebut lalu memaksa Kyra ketepi tetapi Kyra degil. Kedua tangannya menghalang
perjalanan kedua lelaki tersebut.
“ Jangan harap korang dapat keluar dari bilik
ni. Letak balik bunga mawar tu. Letak balik!” jerit Kyra. Dia harap dengan
jeritannya ini akan membuatkan mereka berdua meletakkan semula pasu bunga mawar
merah itu namun sayang jeritannya itu tidak diendahkan kedua-duanya.
“ Ketepilah!” tanpa menggunakan tangannya,
Karim menolak tubuh badan Kyra yang langsing itu dengan bahunya yang agak sasa
itu hingga perempuan itu terjatuh ke lantai. Din disitu sudah tergelak kecil. Padan
muka! Orang nak bawa barang ni keluar pun tak kasi. Kan dah terima padahnya!
Din dan Karim mula keluar dari bilik itu. Tidak
diendahkan langsung Kyra yang menjerit sakit diatas lantai.
Namun, saat mereka keluar dari bilik itu,
dengan tidak disangka-sangka majikannya ada dihadapan mereka. Terlopong besar
mereka berdua kerana terkejut akan kedatangan Abdul Fatah. Berubah riak wajah
Karim dan Din apabila melihat wajah tegang majikannya. Mereka tunduk ke bawah,
tanda bersalah.
“ Kenapa korang buat bakal isteri saya macam
tu? Dah tak boleh cakap elok-elok ke?!” tengking Abdul Fatah. Serius betul
wajah Abdul Fatah. Din dan Karim terdiam. Tidak menjawab.
“ Pergi letak barang-barang ni dalam lori.
Cepat!” arah Abdul Fatah dengan nada menjerit. Din dan Karim mengangguk laju
sebelum mereka bergegas masukkan pasu plastik yang dipegang mereka ke dalam
lori.
“ Dah letak tu pergi tolong pekerja kat luar tu
turunkan khemah. Jangan ambil barang dalam bilik ni sampai saya suruh.” Abdul
Fatah menjerit kuat. Dia berharap Din dan Karim tidak menganggu perbualan
diantara dia dan Kyra.
Selepas dua pekerjanya itu keluar, Abdul Fatah bertindak
mendekati Kyra yang masih duduk di atas lantai. Dahi Kyra berkerut seribu
apabila dia turut sama duduk disebelah perempuan itu.
“ Kyra, sakit ke?” dia cuba kuatkan diri untuk mengawal
nadanya apabila didepan Kyra. Walaupun dia kecewa dengan sikap Kyra namun perasaan
kecewanya itu hanya disimpan dalam hati sahaja.
“ Aku sakitlah! Dah dia tolak badan aku sampai
aku jatuh. Mestilah sakit!” marah Kyra memeluk tubuh sambil mengusap lengannya
yang terasa bengkak itu. Dalam marahnya pada Abdul Fatah, dia sempat melihat
wajah lelaki itu yang agak cengkung di belah pipi. Sakitkah dia? Kyra tiba-tiba
jadi tidak sedap hati.
Abdul Fatah diam seketika. Kyra masih marah
padanya. Dia pula makin kecewa dengan Kyra. Sudah bermacam cara untuk dia
menambat hati Kyra namun tiada satu pun yang mencuit hati wanita itu. Dia sudah
nekad. Apa yang dibincangkan bersama ibunya tadi dipejabat harus diluahkan
didepan Kyra saat ini. Dia tidak mahu menunggu lagi.
Abdul Fatah mula bangun dan berdiri tegak. Kyra
terpaku. Kenapa dengan mamat ni? Tadi bukan main risau aku sakit. Takkan
merajuk kut?
“ Kita tetap akan berkahwin esok, Kyra.” Serius
kata-kata Abdul Fatah tanpa memandang Kyra.
Kyra mencebik. “ Nak kahwin? Kau dah gila ke,
Abdul Fatah? Semua barang kau ambil balik, khemah yang panjang tu kau dah
arahkan pekerja kau turunkan. Nak kahwin apa lagi?”
“ Kita tetap akan kahwin esok.” Tegas Abdul
Fatah menjawab sehingga terkedu Kyra dibuatnya.
“ Kita kahwin di makhamah sahaja. Tapi bukan
esok.” Kyra terkedu lagi. “ Buat masa ni tiada majlis persandingan untuk kita
berdua. Tengah hari esok, Fat akan bawa Kyra ke Makhamah Syariah untuk buat
pendaftaran perkahwinan. Pakai baju biasa sahaja.Fat akan tangguhkan
perkahwinan kita sampai dapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pendaftar
nikah. Fat harap Kyra faham kenapa Fat buat macam ni. Assalamualaikum.” Abdul
Fatah dengan rasa kecewa yang begitu menebal keluar dari rumah Kyra.
Kyra mengetap bibir. Dia mula rasa menyesal. Terlalu
kejamkah aku kerana membuat Abdul Fatah kecewa sampai lelaki itu bertekad untuk
berkahwin di Makhamah Syariah?
Ya Allah, maafkan hambaMu ini kerana sakitkan
hati lelaki yang tidak berputus asa menawan hatiku…
4 ulasan:
To laa Kyra .. Uat kptusn trburu2 .. Mengamukk cm TARZAN jeee tw .. Hati owg xnk jga .. Hmmm .. Hrap brubh laa Kyra yeek .. ;)
tqvm kak Damia syg sbb sudi bg komen pertama hari ini... insyallah KYRA akan menyesal dengan sikapnya melukakan hati FATAH n belajar utk cintakan lelaki itu...hehe
Wlcme sygg .. ;) .. Akk ske .. Ske .. Ske .. Thumbs up dear .. :)
geram jgk dgn kyra ni....hrp Fat sabar yea...caiyok3
Catat Ulasan