“Mak
cik, pujuklah Dhia tu. Saya dah pujuk Dhia tapi dia tak ambik peduli pun. Mak
cik ajelah harapan saya untuk bagi Dhia setuju dengan permintaan yang nenek
bagi.”
“Mak
cik pun memang harapkan dia kerja. Kalau tunggu berapa bulan lagi baru nak
dapat kerja, tak ada duitlah dia nak tampung diri sendiri. Duit mak cik pun
bukannya banyak mana nak tampung Dhia tu.”
“Haa,
itu yang bagus!”Razree menghentak perlahan tangannya ke meja. “Puan Suria
sedikit terkejut dengan hentakan itu.
“Sorry,
mak cik. Raz terlampau excited.”dia tersengih. “Raz lagi suka kalau ada kawan
Raz yang bekerja kat tempat nenek tu. Tambah-tambah lagi Dhia. Raz memang
suka!”
“Apapun
nenek mesti bekerja keras untuk pujuk Dhia supaya dia kerja dengan Raz.”tekannya.
“Insyallah.
Mak cik akan cuba sedaya upaya. Lagipun mak cik memang bersetuju dia kerja
balik. Bukan senang nak dapat kan pekerjaan sekarang ni tanpa resume.”
“Nenek
terlalu berharap sangat Dhia kerja kat syarikat nenek. Dah lama nenek cakap
dengan Dhia tapi Dhia buat tak endah aje dengan apa yang nenek cakap.”
“Raz
jangan risau. Mak cik akan cakap dengan dia bila balik bilik nanti.”Puan Suria
memberi kata putus. “Mak cik rasa mak cik balik dululah. Dah nak mahgrib ni.
Kesian Dhia tinggal sorang dalam chalet tu. Dia dahlah jenis penakut sikit bila
tinggal kat tempat baru.”dia mula bangun dari tempat duduk.
“Dah
besar-besar pun penakut jugak?”dalam hati Razree geli hati. Kini dia baru tahu
kelemahan Dhia.
“Itulah
kelemahan Dhia, Raz. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya.Mak cik balik
dulu ye. Nanti kalau dia dah bagi jawapan, nenek bagi tahu Raz.”
“Alright mak cik. Saya tunggu jawapan
yang positif.”
Puan
Suria tersenyum. Dia mengakhiri bicara dengan salam sebelum melangkah pergi
meninggalkan Razree.
*****
Dhia
mengalunkan zikir setelah selesai sembahyang maghrib. Keadaan diluar yang sudah
gelap menakutkannya. Dia tidak biasa duduk ditempat baru. Ada baiknya dia
mengalunkan zikir supaya dapat menenangkan dan mengurangan kegelisahannya duduk
ditempat baru ini.
Ibunya
dari petang tadi masih di warung. Dia ditinggalkan keseorangan di chalet ini.
Dari petang tadi tidak menjamu selera, dia terasa lapar. Harap ibu bawa balik
makanan untuknya.
Sedang
khusyuk berzikir, tiba-tiba pintu chalet diketuk dari luar. Dia terperanjat.
Segera dia bangkit dari tempat yang dia duduk.
“Siapa
tu?”tanya dia sedikit menjerit.
“Ibulah…,”jawabnya
Puan Suria dari luar.
Ibu?fuh…lega.
Mujur ibu yang mengetuk pintu. Dia takut orang yang tidak dikenali tadi yang
mengetuk pintu chalet ini.
Pintu
chalet dikuak lebar. Ibunya sudah
berada didepan mata. Namun, dia pelik. Mengapa riak wajah ibu serius? Nak kata
dia buat salah, tak adalah pulak. Hari ini dia jarang cakap dengan ibu. Masanya
lebih kepada menikmati keindahan pulau.
Kedua
tangan ibunya kelihatan kosong. Dia menelan airliur. Maknanya memang tiada
makananlah untuk dia. Perut dah lapar sangat ni.gerutunya dalam hati.
Pintu
ditutup semula. “Lamanya ibu makan kat warung tadi.”dia memulakan bicara dengan
lembut agar muka ibunya berubah ceria. Tetapi lain pulak yang jadi, ibunya yang
serius bertambah serius pulak.
“Ibu
nak sembahyang dulu.”acuh tak acuh ibunya menjawab.Dalam hati dia nak tergelak
sebenarnya dengan reaksi yang ditunjukkan pada anaknya. Sekali-sekala buat muka
serius kat anaknya apa salahnya kan? Dia segera masuk ke bilik air setelah
tudung diletakkan ke atas katil.
Dhia
mengangkat kening seakan-akan ziana zain. Pelik pulak aku tengok ibu ni. Apa
tak kena pulak ni?bisiknya dalam hati. Dia membuka telekung lalu dilipat elok
dan diletakkan ke penyidai yang disediakan.
Selepas
ibunya selesai solat, dia akan duduk dekat ibu dan bertanya mengapa ibunya
bermuram durja.
****
“Ibu
dah selesai solat?”ujar Dhia dengan nada lembut.
“Hmm…”itu
sahaja yang dijawab ibunya. Dhia tersentak.
“Meh
sini ibu. Duduk tepi Dhia”dia menepuk katil yang mereka berdua tidur.
Puan
Suria membuat selamba. Dia melipat sejadah dan telekung ditempat yang
disediakan.
“Ibu
ni kenapa? Dhia tanya ibu tak jawab pun soalan yang Dhia tanya. Apa masalah ibu
sebenarnya?”dia tiba-tiba melenting. Geram betul bila orang tanya tak nak jawab
ni! Sabar ajelah!
“Dhia
jangan nak kurang ajar dengan ibu.”marah Puan Suria tiba-tiba.
Dhia
mencebik. “Pandai pulak ibu nak menjawab. Dhia tanya baik-baik ibu tak nak
jawab.”
“Tunggulah
ibu habis sembahyang dulu.”marahnya lagi. “Ibu bukan tak nak jawab soalan Dhia
tu, tapi ibu penat. Tak larat nak cakap lebih-lebih.”
Dhia
memuncungkan bibir. “Kalau ye pun ibu penat, takkanlah buat muka monyok aje
bila masuk sini. Penat sepatutnya simpan kat dalam hati. Bukannya tonjolkan
muka macam tu.”
“Patut
ibu buat muka manis aje bila masuk sini. Dhia tunggu aje ibu dari tadi.Ibu
pergi mana sampai malam baru balik? Takkan bersiar-siar cari ayah baru Dhia
kut?”usik Dhia. Merah muka ibunya apabila anaknya berkata begitu.
“Kamu
jangan nak memandai. Ibu tak terasa pun nak cari ayah baru. Ayah kamu tu cinta
terakhir ibu. Tak ada sesiapa pun yang boleh ganti tempat ayah kamu kat hati
ibu.”luah Puan Suria. Baginya, suaminya adalah insan terbaik yang pernah dikenalinya.
“Ibu
jiwanglah…”usiknya lagi. “Haa..kan best kalau raut wajah ibu ceria macam ni.
Tak adalah monyok aje.”
“Kalau
Dhia nak ibu ceria kat depan Dhia, Dhia kena ikut cakap ibu.”
Dhia
menjongketkan kening. Lain macam saja percakapan ibu kali ini. Dadanya
berdebar. Permintaan apa yang ibu mahukan darinya?
“Ibu
buat Dhia rasa berdebar pulak. Apa yang ibu nak cakap sebenarnya?”
“Ibu
cakap ni demi kepentingan Dhia. Ibu nak Dhia bahagia.”mata Puan Suria merenung
mata redup anaknya yang tampak gelisah dengan soalannya.
“Ibu
cakap apa ni? Dhia tak fahamlah…”matanya turut membalas pandangan ibu.
“Ibu
nak Dhia kerja semula. Ini permintaan ibu yang Dhia tak boleh bantah sama
sekali.”tegas nada sura Puan Suria.
Dhia
tergamam. “Aaa…pa… yang ibu cakap ni?”mulutnya tergagap-gagap. “Dhia tak
bersedia lagi nak kerja, ibu. Biarlah Dhia duduk rumah jaga ibu.”
Adakah
abang Razree telah berjumpa dengan ibunya dan memberitahu tentang kerja yang
ditawarkan nenek? Jika benar abang Razree yang memaklumkan kepada ibunya,
memang nak kena luku kepala lelaki
itu!
“Abang
Razree yang cakap dengan ibu ke?”
“Kenapa
kalau abang Razree cakap dengan ibu? Tak salah kan?”sindir Puan Suria. “Kalau
Raz tak cakap dengan ibu, memang sampai bila-bila Dhia tak nak kerja kan?”
“Dhia
bukan tak nak kerja, Dhia nak peroleh ketenangan dulu sebelum Dhia kerja
nanti.”
“Dhia
tak boleh membantah cakap ibu. Ibu cakap kerja…kerja! Jangan bagi banyak alasan
yang tak munasabah!”tegas suara ibunya. Langsung dia tidak memberi anaknya
menjawab setiap kata-katanya.
Dhia
mengenggam erat tangan ibunya. “ Ibu, Dhia bukan tak nak kerja. Dhia akan kerja
jugak satu hari nanti. Dhia tak nak harapkan orang lain tolong Dhia dapatkan
pekerjaan untuk Dhia. Tahulah Dhia nak cari sendiri.”jelasnya.
Puan
Suria menolak tangan anaknya lalu dia berdiri memandang jendela. Dhia terkedu.
“Syarikat
mana nak terima pekerja kalau resume tak
ada? Dhia kena fikir, kebanyakan syarikat sekarang mementingkan pengalaman.
Kalau takde resume tu, mereka takkan
percaya Dhia ada pengalaman sebelum ini.”
Dhia
terkebil-kebil memandang ibunya. “Ibu tahu resume
Dhia dah tak ada? Eeii…Dhia geram betullah dengan abang Razree tu. Semua hal
dia nak bagi tahu ibu.”rungutnya.
“Tak
salah kan ibu nak tahu semua? Mujur Raz bagi tahu ibu. Kalau tak sampai tahun
depan pun ibu takkan tahu. Makin menyirap darah ibu bila tahu bekas suami kamu
yang buang resume kamu tu. Kalau
ikutkan, malam ni ibu nak balik Kuala Lumpur sekarang jugak. Dah lama ibu tak
tarik rambut orang ni.”dengusnya.
“Mungkin
ada hikmah disebalik semua ni, ibu. Biarlah Dhia teruskan kehidupan Dhia tanpa
pekerjaan. Bila Dhia rasa dah puas, Dhia akan bekerja semula.”
“Ibu
tak suka jawapan kamu. Ibu cakap kerja…kerja!”tegas nada suara ibunya
membuatkan dia tersentak.
“Ibu
tak boleh paksa Dhia. Dhia berhak tentukan kehidupan Dhia sendiri.”bangkangnya.
“Sampai
Dhia dah tak ada duit baru Dhia nak cari kerja? Kerja apa yang sesuai untuk
orang yang tak ada resume macam Dhia? Cleaner?”
“Kerja
tu memang tak ada resume. Kalau
Dhia nak kerja, jadilah cleaner? Ibu sokong sangat!”kata Puan Suria dengan
sinis.
Dhia
terdiam.
“Dhia
fikir baik-baik apa yang ibu cakapkan ni. Ibu fikirkan masa depan Dhia. Ibu nak
Dhia berjaya. Ibu nak Dhia buktikan pada keluarga bekas mertua Dhia tu yang
Dhia boleh berjaya walaupun ada status janda.”
Dhia
menundukkan wajahnya. “Maafkan Dhia sebab bagi alasan yang tak munasabah, ibu.
Terima kasih sebab sudi bagi semangat kat Dhia untuk Dhia terus mara ke
hadapan. Ibu memang seorang ibu yang baik.”
“Jadi,
Dhia setuju tak dengan tawaran Puan Hadijah tu?”
Dhia
mengangguk pantas. “Dhia setuju. Untuk lihat ibu ceria, Dhia setuju.”
Puan
Suria tersenyum melebar. “Ini yang baru dikatakan anak ibu.”dia merangkul erat
tubuh anaknya. “Esok Dhia pergi jumpa Razree. Cakap dengan dia yang kamu setuju
kerja kat syarikat Puan Hadijah. Ibu yakin dia mesti gembira dengan persetujuan
kamu tu.”
“Dhia
rasa nak jumpa dia malam inilah ibu. Lagi cepat Dhia bagi tahu abang Razree,
lagi bagus dia maklumkan pada nenek.”
“Kamu
bukan takut gelap ke? Kat luar tu dah gelap sangat. Nanti kamu balik tersesat
pulak.”
Dhia
seram sejuk. “Eh, betul cakap ibu tu. Dhia ni penakut sikit. Esok ajelah Dhia
bagi tahu.”dia memegang perutnya yang berkeroncong itu. “Ibu, Dhia laparlah.
Dari petang tadi Dhia tak makan.”
“Laa…awat
anak ibu tak cakap? Perut kosong tak elok dibiarkan lama-lama. Kenapa Dhia tak
check kat dalam beg ibu? Ibu bawakan nasi putih dengan rendang.”dia rasa
bersalah pula kerana tidak perihatin dengan pemakanan anaknya. Itulah dia! Leka
sangat kat warung tadi sampai lupa nak tanya anaknya dah makan ke belum.
Mata
Dhia membulat. “Rendang? Wah…favourite Dhia tu.”dia menelan airliur banyak
kali. “Ibu temankan Dhia makan ye. Dhia dah lapar sangat ni.”dia
merengek manja. Apa salahnya dia bermanja dengan ibu kan? Dulu dengan Muzaffar,
bekas suaminya tidak hargai dirinya, kini biarlah dia merasa kasih sayang
ibunya pula…
****
Dari
hari ke hari, Rayyan Zikri semakin pelik dengan sikap Nur Imani. Perangainya
makin hari makin membosankan dia. Dalam hati dia sebenarnya dia risau dengan
keadaan gadis itu yang kerap kali busy di tempat kerja.
Kebiasaannya
cikgu bekerja hari isnin hingga jumaat, ini kekasihnya bekerja isnin hingga
ahad! Mana dia tidak panas hati. Dia teringin nak tahu skekasihnya berkerja di
mana, tetapi ditahan dulu keinginannya untuk mencari dimana Nur Imani kerja.
Mahu
mengajak Nur Imani keluar malam pun memang susah sejak kebelakangan ini. Bila
telefon, kata busy, busy dan busy!! Sabar ajelah…
“Awak
kat mana ni? Dah berapa hari kita tak keluar bersama. Ray rindu kat awaklah.”rungutnya.
Nur
Imani yang berada di club terpingga-terpingga apabila mendapat panggilan
daripada kekasih hati. Agak bingit telingannya mendengar bunyi-bunyi sumbang
dalam club yang dia bekerja ini.
Hari
ini dia perlu mempersiapkan diri seawal mungkin. Dia perlu ‘mengembirakan’ hati
tetamu korporat yang hadir ke club itu.
“Sorry
Ray. Saya busy sikit lah. Ada banyak kerja saya nak buat kat tempat kerja ni.
Awak bersabar ye, nanti kita keluar sama-sama dalam masa terdekat ni.”katanya
cuba menenagkan perasaan kekasih hati.
Rayyan
Zikri mengeluh dalam talian. Terdengar hembusan nafas yang agak kuat dari
dirinya. “Sampai bila Ray perlu bersabar awak? Ray rindu kat awak tau.”balasnya
dengan nada manja.
Nur
Imani turut mengeluh sambil mencekak pinggang. “Awak, fahamilah situasi saya
sebagai guru. Guru kan selalu sibuk kat sekolah. Banyak benda saya perlu
uruskan kat sekolah.”
Rayyan
terdiam dengan memuncungkan bibirnya. “ Awak set kan tarikh, bila kita boleh
keluar sama-sama?”
“Awak
ni, saya dah cakap sabar kan? Kenapa awak tak boleh bersabar? Tunggulah saya
habis kerja dulu. Asyik nak ajak keluar aje!”marah Nur Imani. Geram betul dia
ada kekasih yang suka memaksa ni!
Rayyan
Zikri terpaku tanpa kata. “Awak…kenapa awak marah Ray? Ray cakap elok-elok
kan?”dia mula baran.
“Awak
macam memaksa saya aje. Saya dah cakap berkali-kali. Sabar, sabar! Nanti dah
siap semua kita keluarlah.”Nur Imani pun turut melontarkan kemarahannya.
Rayyan
Zikri terpempam. “Ray terasa hati dengan sikap awak yang tiba-tiba marahkan
Ray. Takpelah. Awak buatlah kerja awak tu dengan sebaik-baiknya. Ray takkan
ganggu awak!”dia lantas menutup telefon. Dia bengang dan terasa dengan sikap
kekasihnya yang tidak mengambil endah akan dirinya. Dia sahaja yang terlalu
mengambil berat akan hal gadis itu.
Nur
Imani terkaku. Dia melihat skrin telefonnya yang sudah hilang nama kekasih
hatinya. Timbul pula rasa bersalah dalam dirinya.
Susahnya
ada awek yang busy ni…keluh Rayyan Zikri dalam diam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan