Jumaat, 8 Mac 2013

BAB 22 Berilah Sayang Peluang



Suasana Unit Kecemasan Hospital Serdang kelihatan lengang. Tidak ramai orang awam yang duduk di sekitar unit itu. Mungkin ini peluang terbaik unutk dia menyusup masuk ke dalam bilik yang menempatkan Zeril Iskandar.
Sebelum dia berjumpa Fida tadi, dirinya telah bersiap ala kadar. Buat apa nak pakai cantik-cantik pergi jumpa Zeril Iskandar? Baju t-shirt lengan panjang dan seluar slack hitam dah cukup okey. Dia datang ke sini bukan untuk mempamerkan tubuh badan kepada Zeril Iskandar tetapi mempamerkan dirinya sendiri supaya Zeril Iskandar tahu yang dia adalah perempuan yang biasa-biasa sahaja. Simple dan bukan serabut macam hari tu.
Rambut paras bahunya di ikat satu agar nurse yang mengenalinya pada hari itu tidak cam wajah sebenarnya.
Kereta Myvi miliknya diletak ditempat parking. Tak mahu letak depan lobi. Manalah tahu Wan Zubair ada kat sini. Tak pasal-pasal bekas tunangnya mencari dirinya. Seboleh mungkin dia mahu melarikan diri dari Wan Zubair. Buat apa hendak bertemu lagi jika lelaki itu membenci sikapnya yang kurang sopan kepada ibu tiri?
Dengan membuat muka blurnya, dia masuk dari ruang hadapan lobi utama itu tanpa menghiraukan nurse yang memandangnya dari kaunter utama. Buat don’t know ajelah. Nurse tu bukan orang yang sama pun.olahnya dalam hati.
Apabila berjaya melepasi halangan meloloskan diri dari dipandang tajam nurse di kaunter itu, dia berlari anak masuk ke lorong yang menempatkan bilik Zeril Iskandar. Janganlah Wan Zubair lalu didepannya. Pohonnya dalam hati.
Dikerling dengan ekor matanya. Ke kiri ke kanan dia memandang. Berdebar jugak dadanya jika ada pihak hospital ini mengenalinya. Dia mahu menyelinap masuk ke bilik Zeril Iskandar secepat mungkin.
Nampaknya lorong bilik Zeril tak ada orang lalu-lalang. Bolehlah dia masuk dengan senang hati.
Nafasnya ditarik lalu dihembuskan perlahan. Berdebarnya nak jumpa Zeril Iskandar! Macam nak jumpa suami buat kali pertama dalam bilik pengantin.
Tombol pintu ditarik lalu dibuka. Dia terperanjat bercampur terkejut. Prof.Dr.Azmi ada kat sini. Bersama Zeril Iskandar pulak tu!
“Heii..lady! Where have you been?”Prof.Dr.Azmi gembira dapat bertemu semula dengan Nur Adriana. Zeril Iskandar yang leka bercakap dengan doktor itu terlopong apabila melihat Nur Adriana masuk ke biliknya. Dia bangkit perlahan-lahan. Gembira tidak terkata apabila perempuan yang mula mendapat tempat dihatinya datang tepat pada masanya. Nur Adriana ada berkata padanya petang tadi yang dia akan datang selepas solat isyak.
“Prof, saya tak sangka Prof kerja hari ni. Saya ingatkan bos cuti berapa hari.”
Prof.Dr.Azmi ketawa kecil. Rupanya Nur Adriana masih ingat yang dia mahu cuti beberapa hari kerana ingin merehatkan diri setelah berapa malam tidur dihospital.
“Saya ingatkan nak cuti lagi dua hari tapi saya nak tak nak kena kerja jugak sebab Zeril Iskandar akan jalani pembedahan esok. Alhamdulilah…syukur sebab awak jaga dia kat sini, degupan jantung Zeril Iskandar makin normal. Tapi saya hairan,masa saya ada periksa Zeril Iskandar, batang hidung awak pun saya tak nampak. Awak pergi mana? ”soalnya. Sebelum dia masuk ke dalam bilik Zeril Iskandar, kelibat perempuan ini memang langsung tidak nampak. Nur Adriana dah balik rumah ke?monolognya dalam hati.Dia memandang perempuan itu dengan makna yang mendalam.
Nur Adriana teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Apa dia nak jawab ni?
“Err…saya keluar jumpa kawan tadi.”jawabnya dengan serba salah sambil memandang kearah lain. Dia tahu Zeril Iskandar merenungnya meminta perngertian.
“Prof, Boleh tak saya nak mintak izin pada doktor untuk berbual dengan Nur Adriana. Saya ada hal nak cakap dengan dia.”pinta Zeril Iskandar lembut.
Prof.Dr.Azmi tersenyum. Kata pesakit perlu ditunaikan. Mungkin dia perlu dia keluar sekarang agar tidak menganggu perbualan mereka berdua. Dia datang ke bilik Zeril Iskandar untuk merawat dan memeriksa keadaan jantung pesakit ini bukannya berbual kosong.
“Baiklah, saya keluar dulu.”balasnya cara lembut kemudian dia mengalihkan pandangan ke wajah manis Nur Adriana. “Anyway, Nur Adriana. Terima kasih sebab sudi jadi ‘penjaga khas’ sementara Zeril Iskandar sepanjang saya tiada disini.”
“Eh, Prof. Saya mana ada jaga dia. Saya just tengok apa yang patut aje. Zeril Iskandar yang sembuhkan diri dia sendiri, bukannya saya.”Nur Adriana mengeleng-gelengkan kepala. Memang betullah dia tak jaga Zeril Iskandar. Nak sentuh badan Zeril Iskandar pun dia tak berani apatah lagi nak basahkan muka dan badan lelaki itu. Dia masih tahu batas agama dan dia sebagai perempuan yang berpegang teguh pada agama takkan menyentuh lelaki yang bukan ajnabinya.
Adriana, bukan ke awak dah janji dengan saya dua hari lepas yang awak akan jadi penjaga khas sementara Zeril Iskandar?”tanya Prof.Dr.Azmi. Nur Adriana dah tahu nak kata apa. Dia bersalah jugak sebab ingkari apa yang Prof.Dr.Azmi katakan padanya hari itu.
“Lain kali awak jangan ingkar ye. Mujur keadaan Zeril Iskandar semakin pulih. Baru saya tahu kenapa dia denyutan jantung dia kembali normal. Sebab awak memberi dia semangat seperti yang saya katakan hari itu.”puji Prof.Dr.Azmi.
“Baiklah, Prof. So sorry. Tapi memang saya tak boleh nak jaga dia hari tu sebab keadaan tak mengizinkan.”
Zeril Iskandar merenung kedua-dua manusia dihadapannya. Dia pelik dengan Prof.Dr.Azmi dan Nur Adriana terutama sekali. Nur Adriana ada janji apa-apa dengan doktor lelaki ini ke? Penjaga khas?Prof.Dr.Azmi suruh Nur Adriana menjaga dia ke?Tapi dia tak tahu pun. Apa yang dia tahu Nur Adriana ingin keluar dari sini secepat mungkin kerana tidak mahu mama melihat wajahnya.
“Ehem…ehem.”sengaja dia berdehem untuk mematikan perbualan mereka berdua.
Prof.Dr.Azmi tersengih. Silapnya kerana terlalu banyak berbual dengan Nur Adriana berbanding Zeril Iskandar. Akhirnya dia membuat keputusan untuk keluar dulu sambil tangannya yang memegang fail pesakit Zeril Iskandar.
Zeril Iskandar tersenyum sinis. Tahu pun doktor lelaki tu nak keluar. Banyak berbual sangat. Berbual dengan dia tak nak pulak!
“Tahu pun doktor tu nak keluar.”ujarnya sinis.
Nur Adriana tergelak kecil. “Awak marah ke?”dia merapati lelaki itu kemudian tersenyum.
“Eh, mestilah saya marah. Awak tu kenal saya, bukannya kenal doktor tu pun.”balasnya dengan nada cemburu.
“Eh, saya kenal dialah. Dia kawan saya tau. Tak perlulah nak marah sangat. Takde kaitan dengan awak pun.”jawab Nur Adriana dengan selamba. Buat apa Zeril Iskandar nak marah-marah? Dia bukannya ada kaitan dengan aku pun.omelnya dalam hati.
“Kawan awak? Bila masa pulak awak kenal dia? Setahu saya awak kenal saya dan bekas tunang awak aje kat sini.”
Berubah muka Nur Adriana tatkala Zeril Iskandar mengungkapkan perkataan bekas tunang. “Wan Zubair dah balik ke?”
“Doktor tu dah balik. Dia balik rumah tadi. Ada hal katanya.”jawab Zeril Iskandar perlahan. Nur Adriana terdiam. Dalam diam dia merasa lega kerana bekas tunangnya sudah pulang. Jadi tidak perlulah dia merasa risau lagi.
“Baguslah. Lega hati saya.”raut wajahnya kembali kepada asal. Tujuannya datang ke sini bukannya untuk bermasam muka. Dia mahu menceriakan Zeril Iskandar yang bakal menjalani pembedahan esok. “Awak dah makan?
“Dah. Nurse hantarkan saya makanan tadi. Tak ada spicy langsung. Semuanya kurang pedas.”dengus Zeril Iskandar geram.
Nur Adriana mencebik “ Amboi..awak ingat nurse tu penjaga khas awak kat sini ke?Tolong sikit! Diaorang nak sihatkan pesakit bukannya nak sakitkan pesakit.”tegurnya.
“Saya dah bayar kan?So what?”
“Awak dah bayar? Bila masa pulak awak duit? Dompet awak ada kat saya, macam mana nak bayar?”Diseluk seluar slack yang dipakai lalu diberikan pada Zeril Iskandar.
Zeril Iskandar apalagi. Terlopong mulutnya apabila dompetnya ada pada Nur Adriana. “Awak ambik dompet saya? Kenapa saya tak perasan selama ni dompet saya takde.”
“Kan saya duduk dalam kereta awak hari tu, jadi saya tak perasan ada dompet kat dalam beg saya. Masa tu nurse kat kaunter tu nak maklumat awak tapi saya terlupa nak bagi. Prof.Dr.Azmi nak jumpa saya.”
“Awak duduk dalam kereta saya?”terlopong lagi Zeril Iskandar mendengarnya. Dia memang tak suka orang lain duduk didalam keretanya. Padanya, kereta itubukan untuk dikongsi sesiapa pun. Mama? Mama tak payah nak katalah. Dia ada kereta sendiri. Buat apa nak masuk kereta anak sendiri.
“Sorry sebab tak beritahu awak. Saya bukan saja duduk tapi saya tidur sekali dalam kereta mewah awak. Please. I beg you. Jangan marah,”pinta Nur Adriana. Dia tahu Zeril Iskandar tak suka orang kebanyakan sepertinya duduk di dalam kereta itu.
Zeril Iskandar memejamkan mata sesaat bagi memberikan ketenangan. Sungguh! Dia tak suka orang awam seperti Nur Adriana duduk dan tidur dan keretanya tapi apa boleh dia buat, semuanya dah pun berlaku. Buat apa nak marahkan perempuan yang sudi membantunya tatkala dia dalam kesusahan.
“Saya sebenarnya tak suka orang kebanyakan macam awak ni duduk dalam kereta saya. Tapi awak dah banyak membantu saya, saya maafkan awak. Nanti bila saya dah sihat, tahulah saya suruh pembantu rumah saya bersihkan kereta tu.”Nur Adriana menjengilkan mata. Amboi, lelaki ni! Cakap tak makan saman. Ada jugak yang kena silat ni.cebiknya dalam hati.
“Awak nak saya balik dulu ke atau awak nak saya temankan awak kat sini? Saya datang sini nak temankan awak tau. Sampai hati awak nak bersihkan kereta tu. Apa? Kotor sangat ke tubuh badan orang kebanyakan  macam saya duduk kat kereta awak? Saya pun bukannya suka sangat duduk dalam kereta awak tu. Bau minyak wangi dalam kereta tu macam bau orang baru keluar dari tandas. Busuk giler!”kritik Nur Adriana selamba.
Zeril Iskandar pula menjengilkan mata. Nur Adriana memang seorang perempuan yang kuat kritik rupa-rupanya.
“Wah! Dah pandai kritik-kritik kereta saya. Habis pakaian awak yang berserabut hari tu, awak tak nak cakap pulak yang bau dia macam bau baru keluar dari penjara?Busuk giler tau.”katanya sinis. Bermulalah perbalahan diantara mereka berdua. Masing-masing menunjukkan kritikan.
Nur Adriana mengacip gigi. Geramnya!! Ada ke patut dia cakap bau dia macam baru keluar dari penjara?Eeii…memang nak kena lelaki ni! Nanti kau!
Tangannya dilekapkan ke dahi Zeril Iskandar. Pap! Terbaring Zeril Iskandar tiba-tiba. Dahsyat jugak penangan dia. Baru tolak dah jatuh.
“Adoi…sakitlah. Woi! Kau ni lelaki ke perempuan hah? Main tolak-tolak kepala orang ni. Takde adab ke?”kasar jawapan Zeril Iskandar.Haa…kan dia dah lontarkan balik perkataan kau tu.
Nur Adriana tersenyum sinis. “Haa..baru tahu kan yang saya ni kuat menepuk dahi orang. Awak jangan buat saya tepuk dahi awak sekali lagi. Jangan perlekehkan saya tau!”ujarnya dengan berlagak sekali.
Zeril Iskandar bangkit semula. Sakitnya dahi aku! Desisnya dalam hati. Perempuan ni kasar betullah. Macam lelaki.
“Kau ni apalah. Aku tak sihat ni. Main tekap aje dahi dia kat kepala orang. Aku tekap kat dahi kau pulak nak tak?Biar benjol kepala tu.”sedikit pun tidak menakutkan Nur Adriana malah dia lagi menjelirkan lidah.
“Ingat saya takut?Come lah, pukul kepala saya pulak.”Nur Adriana menapak ke belakang. Memberi ruang untuk Zeril Iskandar berdiri dihadapannya. Namun dia tahu, lelaki itu takkan dapat bangun punya. Nak bangun sendiri pun kena orang tolong.gelaknya dalam diam.
“Argh!!”Zeril Iskandar meledakkan marahnya. Nak balas balik, memang dia tidak kuat. Dia kan sakit, mana boleh bangun.
“Sakit kan? Tulah. Kritik saya lagi. Awak buat saya, siaplah awak saya kerjakan.”
“Awak kasar sangatlah. Patutlah doktor tu putus tunang dengan awak.”balasnya geram. Dia mengosok-gosok dahinya yang dirasakan mula meninggalkan kesan lebam. Tadi kata kau, sekarang mula perkataan awak balik.
“Hah! Lain kali cakap elok-elok ye. Jangan main cakap ikut sedap mulut aje. Kalau awak cakap baik dengan saya, saya akan balas balik dengan suara yang lemah-lembut. Awak faham kan?”kata Nur Adriana lembut.
“Faham.”jawab Zeril Iskandar acuh tak acuh. Hesy! Tadi cakap kasar, sekarang ni cakap lembut pulak. Tapi dia suka dengan telatah Nur Adriana yang agak kasar ini. Takdelah kaku sangat bila bercakap. Kalau perempuan lain bercakap dengan dia, mesti nak tunduk muka. Buat muka seganlah katakan.
“Ok. Saya datang sini nak temankan awak . Mama awak tak ada, Wan Zubair pun tak ada jadi saya akan jaga awak sampai pagi esok.”ucapnya dengan senyuman terukir. Dia duduk disamping Zeril Iskandar.
Bersinar-sinar mata Zeril Iskandar apabila Nur Adriana berjanji untuk menemaninya hingga ke pagi esok. Hilang rasa sakitnya dan timbul perasaan suka pada perempuan ini. Siapkah Nur Adriana sebenarnya? Begitu pantas dia masuk dalam hatiku dan dia suka dengan telatah Nur Adriana yang tidak dibuat-buat.
“Awak sanggup temankan saya sampai pagi esok?”
“Saya sanggup sebab awak dah tunaikan harapan saya untuk tidak berjumpa Wan Zubair dan tunaikan impian saya menaiki kereta mewah awak. Jadi, saya dengan senang hatinya ingin menemani awak sampai awak masuk bilik pembedahan.”
“Betul ni?”
“Betul. Saya janji. Untuk pembedahan esok, saya sanggup lakukan apa saja untuk awak.”
Takkan pasal pembedahan aje awak sanggup temankan saya?Kenapa tak sampai bila-bila. Awak tak sudi ke nak jadi penjaga saya dunia dan akhirat?”
Gulp! Nur Adriana tertunduk malu. Apa yang Zeril Iskandar cakap ni?Malunya dia…Zeril Iskandar ni suka kat dia ke?
Untuk menutup malu, dia segera bangun dari tempat duduk disisi katil Zeril Iskandar. “ Saya nak solat isyak. Awak rehatlah dulu. Nanti saya datang balik.” Dia berpaling kearah pintu. Tak naklah dia pandang muka Zeril Iskandar. Malunya Ya Allah Ya Tuhanku…
“Saya nak sembahyang dengan awak sekali, boleh tak?”pohon Zeril Iskandar. Dia tahu Nur Adriana malu apabila dia berkata yang dia inginkan perempuan itu menjadi penjaga dia dunia dan akhirat.
Gulp! Nur Adriana terpana. Zeril nak sembahyang dengan dia?
Oh, tidak!!

7 ulasan:

lee jee joong berkata...

Dek skt nye :) nak lg nak lg??

Nur Daeya berkata...

sikit akak ckp?haha
nnt ad smbungnnya lagi insyallah..dlm bilik Zeril Iskandar jgk.. ;)

eida wahida berkata...

Cpt2 up next n3 ok...xsbr nk tau crite seterusnya...

Unknown berkata...

nnt eya smbung ye kak..
jgn nirau.. :)

Puteri Eina berkata...

nak....nk lagi smbungan cter uh best2 huhuhu

Unknown berkata...

hehe..adik Ina..nnt akk smbung lg..insyallah..

Unknown berkata...

Sis.. do contact me. I berminat dgn story ni