Duduk berdua-duaan
dibilik belakang bersama Prof.Dr.Azmi membuatkan Nur Adriana berasa gelisah.
Hatinya berasa tidak enak apabila duduk bersama dengan lelaki yang baru
dikenalinya. Dia ingin keluar dari situ, namun dia tahu Prof.Dr.Azmi memerlukan
pertolongannya. Tetapi, dia hairan.
Baru pertama kali berjumpa, takkan senang
betul Prof.Dr.Azmi ingin meminta bantuannya.
Bantuan apa yang Prof.Dr.Azmi perlukan, dia pun tidak tahu.
“Terima kasih sebab
sudi luangkan masa bersama saya.”kata Prof.Dr.Azmi dengan senyuman melebar. Nur Adriana mengangguk perlahan
sambil bibirnya turut mengukir senyuman.
“Saya ajak awak ke sini
bukan untuk berbual kosong dengan awak, tapi saya perlukan bantuan awak dari
sudut peribadi.”jelas maksud sebenar dia membawa Nur Adriana ke sini.
Nur
Adriana mengerutkan dahi. Tidak mengerti maksud Prof.Dr.Azmi.
Prof.Dr.Azmi tergelak
kecil.”Tak faham ye?”sambungnya lagi. Nur Adriana mengelengkan kepala. Manalah
dia pernah dengar bantuan dari sudut peribadi. Setakat bantuan yang biasa-biasa
adalah. Prof.Dr.Azmi merenung tepat wajah Nur Adriana.
“Maksud saya, saya
perlukan bantuan awak untuk memulihkan kesihatan dari segi mental dan fizikal
Zeril Iskandar. Saya rasa awaklah yang paling sesuai untuk membantu saya bagi
memulihkan kesihatan Zeril Iskandar.”Ayat itu membuatkan Nur Adriana
terperanjat besar. Ingatkan dia disuruh menelefon mama Zeril iskandar dan
mendapatkan maklumat penuh berkaitan Zeril Iskandar. Rupanya tidak.
“Tapi, kenapa mesti
saya?”kata Nur Adriana. Suaranya sedikit tinggi. Dia memang tidak suka orang
menyuruhnya tanpa sebab yang kukuh. Apa? Nak suruh pulihkan sakit Zeril mental
dan fizikal? Oh, please! Aku mana
tahu bab-bab pulih memulihkan ni. “Tak ada orang lain ke Prof boleh suruh? Saya
tolong hantar dia sampai ke hospital ini pun dah cukup baik. ”cebik Nur
Adriana.
“Mungkin awak marah
bila saya cakap pasal ni. Tapi awak kena tahu, Zeril Iskandar tu sakit tenat.
Tak lama lagi dia kena buat pembedahan. Mana ada perempuan disisi dia sekarang
ni? Hanya awak, Nur Adriana.”luah Prof.Dr.Azmi lembut.
Nur Adriana mula bangun
dari tempat duduk itu. Dia bengang. Kenapa aku perlu masuk dalam kehidupan
Zeril Iskandar dalam dua hari ini? Dia mahu balik rumah dengan tenang. Dia mahu
jumpa ayahnya!
“Saya tak boleh bantu,
Prof. Apa yang saya lakukan untuk tolong selamatkan nyawa Zeril Iskandar
biarlah sampai di sini sahaja. Saya tak mahu ada kaitan lagi dengan Zeril
Iskandar. Kalau Prof mahu…”Kertas kosong dan pensil yang berada diatas meja
mesin radiologi segera diambil tanpa meminta izin. Ditulis nombor Datin Zafiah
sebesar-besarnya lalu dengan selambanya diletakkan ke dalam tangan
Prof.Dr.Azmi. “Prof telefonlah mama dia. Saya nak keluar dulu.”kata Nur Adriana
dengan tenang. Baik dia keluar dari sini
sebelum Prof.Dr.Azmi
berkata yang tidak sepatutnya. Dia berpaling ke belakang. Langkahnya
diatur untuk keluar dari bilik belakang ini. Namun, tangan Prof.Dr.Azmi pantas
menangkap tangan Nur Adriana. Kejap pautannya. Dia tidak mahu Nur Adriana
keluar dari bilik itu sehingga mulut perempuan itu mengatakan ‘Ya, saya akan
membantu’.
Terkejut besar apabila
Prof.Dr.Azmi memegang tangannya. Lama dia terkaku disitu. Pandangannya melekap
pada sebening mata Prof.Dr.Azmi. Dia memang pantang jika ada lelaki yang berani
memegang tangannya.
Tadi Zeril Iskandar, sekarang Prof.Dr.Azmi pulak. Mereka
ingat tangan dia ni sesuka hati aje boleh pegang-pegang? Sorry sikit! Aku ada maruah diri tau! Nur Adriana mengacip
giginya. Memang dia bengang saat ini.
“Lepaskan aku
lah!”tangannya direntap kasar. Terlepas tangan Nur Adriana dari pegangan
Pengurus Jabatan Trauma & Kecemasan itu. Dia mengadap Prof.Dr.Azmi semula.
Terkedu Prof.Dr.Azmi di situ. Sambung Nur Adriana lagi. “Yang kau berani sangat
nak pegang tangan aku, kenapa? Bini kat rumah dah tak boleh pegang lebih-lebih
ke?”sindir Nur Adriana dengan tajam sekali. Perkataan saya telah ditukar
seratus peratus kepada kau. Peduli apa dia! Lelaki sebegini patut diajar. Main
pegang-pegang pulak!
Prof.Dr.Azmi mendiamkan
diri seketika. Apabila Nur Adriana memarahinya, bagaikan muncul satu kuasa yang
amat kuat di dalam tubuhnya untuk menentang perempuan dihadapannya. Sebagai
lelaki, dia tidak mahu mengalah. Perempuan ini hanya pandai berkata-kata
sahaja. Dia sebagai lelaki tidak boleh berdiam diri! Lelaki perlu tonjolkan kekuatan
agar perempuan tahu yang lelaki
bukannya lemah. Dia menarik nafas lalu dihembuskan secara perlahan-lahan.
Sebelum dia berkata-kata, dia perlu tenangkan diri dulu.
“Please, cik Nur Adriana…sila duduk semula. Kita perlu
berbincang.”tuturnya lembut. Biar lembut dulu, jika Nur Adriana berkasar
dengannya, dia akan mulakan kekasaran itu!
“Tak payah! Aku tak
perlukan pujuk rayu kau. Menyesal sangat aku masuk dalam hal ni. Aku nak
balik.”ucap Nur Adriana dengan nada tinggi. Tak perlu dia hendak mendengar
segala rayuan atau pujukan dari doktor tak sedar diri ini. Prof.Dr.Azmi sudah
hilang sabar. Cakap lembut pun, perempuan ni tetap dengan perangai degilnya.
Dia merentap kasar tangan Nur Adriana. Memang perempuan degil sebegini tak
boleh cakap lembut-lembut.
Nur Adriana tergamam!
Sekali lagi tangannya disentuh. Apabila dia melihat mata Prof.Dr.Azmi yang
kelihatan merah itu, dia jadi takut.
“Kau duduk
sekarang…duduk!!”garang sekali lontaran suara Prof.Dr.Azmi. Terkejut Nur
Adriana tanpa kata. Jantungnya seakan-akan berhenti, tiada denyutan. Ternyata,
kesabaran Prof.Dr.Azmi sudah menipis dikala ini. Perkataan ‘kau’ pula yang
meniti di bibir dia. Cakap baik-baik tak nak dengar!.
Nur Adriana akur. Dia
duduk semula dikerusi yang dia duduk tadi dengan ketapan di bibir. Nampaknya
kemarahan lelaki lebih hebat berbanding perempuan. Muka Nur Adriana tunduk
membisu.
“Aku cakap baik-baik,
nak minta bantuan daripada kau…kau jual mahal pulak. Harap muka sahaja cantik,
hati busuk macam tong sampah!”kata-kata kesat dilemparkan Prof.Dr.Azmi dengan selambanya.
Nur Adriana mengangkat muka. Menggigil badannya mendengar perkataan itu.Aku
dikatakan hati busuk macam tong sampah? Doktor ni memang mulut tu nak kena cili
dengan aku, baru dia diam kut.
“Dah cukup baik aku
dengar arahan kau. Yang kau sesedap rasa kata aku hati busuk macam tong sampah
tu, kau ingat kau bagus sangat ke? Kau pun harap aje muka kau hensem, tapi
perangai mengalahkan bapak gorilla yang tengah mengaum. Sedarlah
diri tu sikit. Aku ni pelawat yang datang ke hospital ni semata-mata nak hantar
orang yang sakit. Ramai lagi perempuan lain yang kau boleh cari. Haa..nurse-nurse kat sini kan ramai perempuan. Kau ambil
ajelah nurse-nurse kat luar tu bagi
‘semangat’ pada Zeril Iskandar. Apa susah?”balas Nur Adriana sambil dia
berpeluk tubuh dikerusi itu. Sudah hilang rasa takutnya.
Prof.Dr.Azmi tanpa rasa
segan-silu merapatkan wajahnya kepada Nur Adriana. Terbeliak mata Nur Adriana.
Apalah doktor ni nak buat kat aku pulak ni?Aduh! Segannya mata dia bertembung
rapat dengan mata doktor ni. Doktor ni tak ada rasa segan langsung ke?
“Aku tak perlukan
mereka semua. Aku perlukan kau untuk bantu aku. Kau faham tak?”kata
Prof.Dr.Azmi dengan nada lantang. Air liur Prof.Dr.Azmi sedikit menitik ke
wajahnya apabila jeritan lelaki itu begitu hampir dengan muka. Dia rasa tidak
selesa.
Nur Adriana mula
berdiri. Tidak betah mukanya terlalu hampir dengan doktor itu. Dia mencekak
pinggang.“Aku tak nak faham dan tak hingin
nak faham! Kenapa kau perlukan bantuan aku? Aku pun baru aje kenal mamat tu,
kau pulak beria-ria nak suruh aku jaga dia. Aku bukannya pandai bab-bab bagi
semangat kat orang ni. Melunturkan semangat orang adalah!”balasnya dengan nada
yang sama.
Perbalahan sudah mula
tercetus. Hanya mereka berdua yang berada disitu. Orang awam mahupun pelawat
yang datang sedikit pun tidak mendengar apa yang mereka gaduhkan.
Prof.Dr.Azmi
menghentakkan tangan ke meja dengan kuat. Dia betul-betul geram. Perempuan ini
masih berdegil rupanya. Macam manalah doktor Wan Zubair boleh terpikat dengan
perempuan berkepala batu ini? Degilnya..Masya-allah!
Nur Adriana mencebikkan
bibir. Dia marahlah tu!
Nafas Prof.Dr.Azmi
dihela kuat.“Kau nak tahu kenapa aku beria-ria suruh kau bantu pulihkan mental
dan fizikal Zeril Iskandar? Kau tak tahu kan?”dikerling wajah Nur Adriana yang
berdiri tegak itu dengan pandangan tajam. “Sebab aku rasakan kau adalah
satu-satunya perempuan yang boleh menurunkan kadar denyutan pantas pada jantung
Zeril Iskandar. Cuba kau ingat balik, masa kau cakap dengan dia tadi…dia sentuh
tangan kau secara tiba-tiba. Sepatutnya tangan dia tak boleh bergerak dan masih
memerlukan pantauan dari aku dan doktor Wan Zubair. Macam mana tangan dia boleh
bergerak dengan sepantas itu?
Sebab dia faham apa yang kau katakan.”sambungnya
lagi dengan panjang lebar. Nur Adriana menjelingkan mata. Takkan sebab itu
sahaja yang dia beria-ria suruh aku bantu si Zeril tu?
Prof.Dr.Azmi bangun
dari tempat duduknya. Jam di dinding bilik ini dipandang sekilas. Sudah
menunjukkan pukul 11 pagi. Selepas ini, dia perlu balik ke rumah. Merehatkan
diri. Pasti isterinya merindui dirinya.
Rasanya dia perlu mengalah dalam hal
ini. Tanpa diduga, dia melutut dihadapan Nur Adriana. Demi pesakit yang bernama
Zeril Iskandar, dia sanggup melutut di depan perempuan ini asalkan perempuan
ini bersetuju untuk membantu dirinya dan memulihkan Zeril Iskandar.
Nur Adriana tergamam.
Biar betul doktor ni sampai melutut kat depan aku ni? Gaya macam nak melamar
sahaja. Dia mula rasa gelabah.
“Nur Adriana, aku pohon
pada kau…sekali ini aje. Aku tak minta banyak. Aku harap kau terimalah bantuan
aku. Sekali seumur hidup!. Lepas ini aku takkan minta apa-apa bantuan dari kau.
Please?”Kedua-dua tangan Prof.Dr.Azmi
dinaikkan ke atas kepala. Merayu sungguh-sungguh dia ni!
“Err..kenapa kau
melutut macam ni sekali. Aku pulak yang jadi segan. Bangunlah…!”pinta Nur
Adriana. ‘Nasib baik tak ada orang kat sini. Kalau tak, malu aku!’detik
hatinya.
“Aku takkan bangun
selagi kau tak cakap yang kau akan bantu dia. Biarlah lutut aku sakit. Asalkan
aku dapat persetujuan daripada kau, Nur Adriana.”kelu lidah Nur Adriana apabila
Prof.Dr.Azmi berkata sedemikian rupa.
‘Hesy…tak faham
betullah aku dengan doktor ni. Ada jugak spesies doktor yang tak faham
bahasa.’omelnya dalam hati.
Prof.Dr.Azmi
mendongakkan kepalanya. Memandang seraut wajah Nur Adriana yang masih
kebingungan. Mungkin perempuan ini sedang memikirkan apa yang dia perkatakan.
‘Harap-harap perempuan ni setujulah dengan permintaan aku. Lutut aku dah sakit
ni. Tak pasal-pasal ‘jam’ bila bangun nanti.’
Nur Adriana memikirkan
kata-kata Prof.Dr.Azmi. Buat apa nak panjang-panjangkan lagi cerita ini.
Bertambah bergaduh lagi adalah. Baik dia akhiri pergaduhan ini dengan menerima
sahaja bantuan Prof.Dr.Azmi.
“Saya terima permohonan
doktor untuk bantu pulihkan Zeril Iskandar. Tapi beserta syarat!”katanya dengan
nada riak. Keningnya diangkat tinggi. Tiada perkataan kau dan aku lagi.
Memanglah dia setuju. Tapi setuju mesti ada syaratnya. Tiada syarat, tak ada
maknalah bantuan ini.
Prof.Dr.Azmi mula
bangun. Sakitnya melutut kat atas lantai ni. Mesti merah betisnya akibat duduk
melutut terlalu lama sangat. “Apa dia?”soalnya. Berkerut dahinya apabila dia
menegakkan badan. Dia sempat memautkan tangannya di kerusi mesin radiologi itu.
Bagi menstabilkan diri. Dalam diam dia lega kerana tiada lagi perkataan kau dan
aku.
“Doktor jangan beritahu
doktor Wan Zubair pasal hal ni. Saya tak suka tengok muka dia masam dan
cemberut. Biarkan dia tak tahu yang saya terima bantuan dari doktor. Lebih baik
merahsiakan daripada membongkarkan. Biarlah saya dan doktor aje yang tahu
tentang hal ini.”
“Itu saja syaratnya.
Tak ada syarat lain?”
Nur Adriana
mengeleng-gelengkan kepala. Prof.Dr.Azmi tersenyum simpul. Syarat yang
diberikan tunang doktor Wan Zubair bukanlah payah mana. Dia janji mulutnya akan
sentiasa berjaga-jaga apabila melibatkan hal ini.
“Kalau macam itu,
baguslah. Saya rasa, lebih baik saya balik dulu. Isteri saya dah lama tunggu
kat rumah. Awak tengok-tengokkan Zeril Iskandar sepanjang saya tiada di sini.
Jika doktor Wan Zubair marah awak sebab awak jaga Zeril Iskandar, cakap sahaja
saya yang suruh sebab nurse lain sibuk uruskan pesakit.”balasnya dengan
lembut.
Nur Adriana mengangguk.
Mengerti dengan apa yang dikatakan Prof.Dr.Azmi. “Sebelum doktor balik, saya
nak pinjam telefon kat atas meja tu. Yang tu…,”jari telunjuknya menghala ke
meja mesin radiologi itu. Sudah lama diperhatikan telefon itu. Tadi dia
berkira-kira untuk menelefon Datin Zafiah, namun dia lupa nak ambil telefon
dari Wan Zubair disebabkan doktor di depannya ingin berbincang sesuatu
dengannya. Telefon dah ada didepan mata, biarlah dia gunakan peluang untuk
menggunakannya. Hendak ke pondok telefon, kakinya terasa malas mahu melangkah.
“Oh, awak nak pinjam
telefon ini?”Prof.Dr.Azmi memandang telefon yang diperkatakan Nur Adriana.
Segera dia mengambil telefon tersebut. Telefon direct line yang selalu digunakan bagi menghubungkan dengan doktor
dan bahagian receptionist di kaunter
lobi utama.
“Boleh ke?”Nur Adriana
berasa segan pula untuk meminjam. Kalau doktor ni bagi, senanglah kerja dia.
“Boleh, apa salahnya.
Awak nak telefon siapa?”
“Actually, saya nak telefon mama Zeril Iskandar. Nak minta
persetujuan dari dia tentang pembedahan Zeril Iskandar. Kan doktor yang cakap
tadi pasal pembedahan Zeril Iskandar yang perlu dilaksanakan secepat
mungkin?Saya rasa inilah peluangnya untuk saya telefon mama Zeril Iskandar.”
“Idea yang bagus! Awak
buatlah yang terbaik supaya mama Zeril Iskandar setuju untuk melakukan
pembedahan. Lagi cepat lagi bagus.”
“Baiklah. Saya akan
cuba usahakan yang terbaik.”balas Nur Adriana sambil tersenyum nipis. Dia perlu
berani untuk bercakap dengan Datin Zafiah. Biarlah dia kena marah sekalipun
didalam telefon. Dia tak kisah! Duit yang ditawarkan pun tidak diharapkan lagi.
Prof.Dr.Azmi mengangguk
faham.“Kalau macam tu, teruskan apa yang awak nak buat. Saya nak balik
ni.”ujarnya sambil kot labuh berwarna putih di tubuh ditanggalkan. Sesudah itu,
dia meletakkan kot putihnya itu dicelah lengan. Dia memandang wajah Nur
Adriana. “Anyway…apa yang berlaku
tadi, kira kosong-kosong la ye. Saya harap kita boleh berkawan baik selepas
ini. Terima kasih sekali lagi sebab sudi membantu saya dalam hal ini.”
Nur Adriana melebarkan
senyuman. “Kawan? Sure, boleh. Saya
pun nak ucapkan terima kasih sebab sudi rawat Zeril Iskandar dari tengah malam
tadi hinggalah ke pagi ini. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas segala
kebaikan doktor.”
“Insyallah. Semua yang
berlaku ada hikmahnya.”balas Prof.Dr.Azmi tenang. “Friends?” tangan kanannya
dihulurkan pada Nur Adriana. Tanda mahu berkawan.
Nur Adriana
menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak boleh membalas huluran itu. Doktor ini
bukan mahramnya. Prof.Dr.Azmi hairan. Kenapa Nur Adriana tidak mahu menyambut huluran
persahabatan darinya?
Bila dia berfikir
semula, tahulah dia mengapa Nur Adriana tidak mahu menyambut huluran salam itu.
Nur Adriana sememangnya perempuan yang berpegang teguh pada agama. Dia menarik
semula tangannya. Dia menanti kata Nur Adriana seterusnya.
“We’re friends right now.”
Prof.Dr.Azmi
mengangguk. Dia tersenyum melebar. Mereka menjadi kawan juga akhirnya…
*****
Puan Farzana menutup
telefon dengan kasar. Perasaan sebal yang menggunung memuncak apabila mendengar
kata-kata daripada warden Penjara Wanita Kajang baru sekejap tadi. Ayah Nur
Adriana..yang sedang membaca surat khabar METRO diatas meja makan tersentak
apabila telefon rumah di tepi televisyen tutup kasar. Dia lantas melipat surat
khabar itu dan seraya menghampiri isterinya. Bengang pula rasanya apabila
isterinya sesuka hati menghentak telefon itu dengan kasar. Nak beli telefon
baru, dia mana ada duit. Nak harapkan anak kandungnya, Nur Adriana…dia masih
belum pulang. Rasanya dah lebih enam bulan dia duduk di penjara. Sepatutnya dia
dah balik ke rumah. Tapi, dimana anaknya berada?
“Kenapa dengan awak ni?
Pagi-pagi macam ini dah naik angin. Lepas tu, sesuka hati awak aje hentak
telefon tu tanpa rasa belas kasihan. Oii, Puan Farzana. Kita bukannya berduit
nak beli barang kehendak lagi.”marah Haji Ahmad. Geram betul dia dengan sikap
isterinya. Pagi-pagi lagi dah buat hatinya panas. Duit simpanan yang diberi Nur
Adriana hampir habis. Dia perlu berjimat mulai sekarang. Dulu, mungkin mereka
agak mewah apabila Nur Adriana tidak putus-putus memberikannya duit setiap
bulan, sekarang ini Nur Adriana tidak bekerja. Mana mungkin dia boleh
berbelanja sakan lagi. Cukuplah pembaziran yang dilakukan isterinya.
“Saya benganglah,
bang.”luahnya dengan riak sedih. Saja nak buat muka sedih didepan suaminya.
“Kenapa ni? Apa yang
buat awak bengang sampai hentak telefon dengan kasar?”soal Haji Ahmad sambil
mencekak pinggang.
Puan Farzana memandang
suaminya.“Abang tahu tak, Nur Adriana dah balik semalam. Baru kejap tadi warden
Penjara wanita Kajang telefon saya. Sampai hati dia tak telefon
kita.”sambungnya lagi. Masih lagi dalam nada sedih.
Haji Ahmad tercengang.
“Anak kita dah balik?”Dia bersyukur. Akhirnya, Nur Adriana keluar jugak dari
penjara. Tak sabar hendak memeluk anak tunggalnya itu. Puan Farzana yang melihat
keceriaan yang terpancar di wajah suaminya, mencebikkan bibir. Nur Adriana tak
layak jadi anak aku. Anak aku ada dua orang aje tau!
“Aah. Dah balik. Tapi
dia tak telefon pun kata yang dia dah balik. Saya sedih tau.” Mulutnya sengaja
dimuncungkan. Buat-buat merajuk kerana Nur Adriana tidak memaklumkan kepada
mereka yang dia akan pulang. Padahal, dalam hati… menyampah aku dengan anak tak
guna tu! Tak balik lagi bagus. Memalukan keluarga sendiri aje!.
Tapi, kalau tak balik
pun susah jugak! Siapa nak tampung semua bil-bil dalam rumah ni? Dalam keluarga
ini, Nur Adriana sahajalah yang paling berpangkat besar. Anak-anaknya hanya
bekerja di operator kilang. Gaji pun seciput aje. Mana cukup nak tampung seisi
rumah ini. Lagipun, sepanjang Nur Adriana tiada…suami dia yang membayar segala
bil-bil rumah ini. Suaminya ada memberitahu setiap kali Nur Adriana mendapat
gaji, dia akan serahkan separuh wangnya untuk kegunaan rumah.
merapatkan diri pada isterinya. Dia mencengkam
bahu isterinya dengan lembut. Menenangkan hati isterinya yang nampak kesedihan.
“Awak janganlah sedih.
Abang kan ada. Nanti dia tahulah nak balik rumah ni.”pujuk dengan
sungguh-sungguh. Dia memeluk erat tubuh isterinya. Memberikan kekuatan.
“Saya harap dia akan
balik ke rumah ini secepat mungkin. Saya rindu dia.”balas Puan Farzana. Dalam
suaminya memeluk dirinya, lidahnya dijelirkan sedikit. ‘Tak ingin aku nak rindu
dia? Pirah!!’
Haji Ahmad tersenyum
lebar. Dia terharu mendapat isteri yang sudi menyayangi anaknya. Dia akan
sayang perempuan ini sampai ke bila-bila…
BERSAMBUNG.... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan