Isnin, 15 April 2013

BAB 24 Pulanglah Padaku



Muzaffar Ikram memerhatikan wajah ibunya yang sedang terpejam rapat diatas katil di hospital yang sama dia dirawat.
Sudah berapa hari dia menjaga ibunya yang terlantar sakit. Alhamdulilah, setelah beberapa hari dia disini, kaki dan luka yang ada dibadan sudah mulai hilang. Dapatlah dia menjaga ibunya yang sakit tenat ini. Kata doktor, ibunya menghidap penyakit strok kesan jatuh dibawah tangga. Bahagian sebelah kanan badan ibunya tidak boleh digerakkan dan berfungsi dengan baik.
Menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga ibu tatkala ibunya terlantar disini, cuma apa yang dihairankan adalah isterinya. Dimana Mariana pergi? Batang hidung perempuan itu langsung tidak muncul setelah ibunya terlantar di sakit di wad neurologi ini. Adakah isterinya yang menyebabkan ibunya jatuh tangga? Jika benarlah perempuan itu yang lakukan, dia tidak akan teragak-agak menceraikan isterinya itu.
“Ibu bukalah mata. Ini Muz lah.”bisik ke telinga ibu tersayang. Sebelah tangannya yang tidak berbalut menyentuh lembut tangan ibunya yang masih kaku tidak bergerak itu.
Tiba-tiba, muncul tiga orang polis dari belakangnya. Dia terkejut. Rasanya ibu jatuh tangga mungkin menjadi kes polis ni.fikirnya. Muzaffar segera bangkit dari kerusi.
“Maafkan kami kerana menggangu encik. Kami dapat tahu beberapa hari yang lepas mak cik ini jatuh ditimpa tangga kan?”
“Benar, encik. Tapi saya tak tahu siapa suspek yang terlibat menjatuhkan ibu saya.”
“Hasil daripada rakaman CCTV yang berada ditingkat dua ini, kami dapati ada seorang perempuan telah menepis tangan mak cik ini lalu jatuh berguling-guling ke tingkat bawah.”
Muzaffar Ikram terperanjat besar. “Seorang perempuan?”dadanya mula berdegup kencang. Adakah benar telahannya tadi?
“Ya encik. Seorang perempuan. Ini gambarnya…,”tunjuk pegawai polis itu.
Lama dia menatap dua wajah perempuan yang agak kelam didalam gambar itu. Satu ibunya dan satu lagi…Mariana! Memang tidak sah lagi perempuan itu yang membuat ibunya jadi begini! Astagfirullahalazim…kenapa perempuan itu jahat sangat?!!
“Ini isteri saya encik.”jawabnya dengan sedikt tergagap-gagap. Terketar-ketar tangannya melihat gambar itu.
“Isteri encik?”pegawai polis itu sedikit terkejut.
“Nampaknya kami terpaksa menahan isteri encik untuk siasatan selanjutnya.”
“Baguslah kalau macam tu.”Muzaffar Ikram merasa lega. “Saya harap polis mengambil tindakan undang-undang terhadap dia.”tegas nada suaranya.
“Encik tahu dia ada dimana sekarang?”soal pegawai polis itu.
“Saya tak pasti dia ada dimana sekarang. Tapi saya harap polis boleh ikut saya ke rumah saya. Mungkin dia ada disana.”ajaknya dengan bersungguh-sungguh. Biasanya hari sabtu dan ahad, perempuan itu akan keluar berjalan-jalan dengannya. Bila dia tiada dirumah, mungkin perempuan itu tinggal dirumah dan menemankan ibunya.
Padanlah muka kau, Mariana!katanya dalam hati.
“Kalau macam itu, mari kita ke sana.”pengawai itu memberi kata putus untuk bersama-sama Muzaffar ke rumah lelaki itu.
“Ibu, Muz nak balik rumah kejap. Nanti Muz datang balik.”katanya sendiri. Tangan ibunya dikucup lembut.
Seminit selepas itu, mereka berempat berlalu meninggalkan wad yang dihuni ibunya.
****
Tengah hari yang mula memancarkan cahaya terang menimbulkan kegelisahan dihati Nur Imani. Dia berhenti di pondok keselamatan club Golden Sun lalu dengan segera dia menelefon Rayyan Zikri.
“Awak kat mana ni? Kata nak keluar?”muncung mulut Nur Imani menjawab. Bengang pulak rasanya apabila teman lelaki memberi banyak alasan. Kata nak keluarlah, itulah, inilah. Macam-macam!! Dahlah dia ada showcase kat club Golden Sun hari ini.
“Sorrylah sayang…Ray ada hal ni. Nanti bila hal ni dah settle, kita keluar jalan-jalan erk? Ray kat sini busy lah…,”ujar lembut. Berharap kekasih hati memahami keadaannya disini.
“Awak ni…kata teman lelaki saya? Nak jadikan saya isterilah, apalah…tapi bila nak keluar berdua, awak bagi banyak sangat alasan. Kalau macam tu, baik kita tak payah ada apa-apa hubungan!”tempiknya ditalian. Geram betul apabila kekasih hati tiada didepan mata. Ingin saja dia mentutp telefon namun dia tahu segeram-geramnya pada Rayyan Zikri, sayang dan cinta pada lelaki itu semakin bercambah walaupun baru sahaja beberapa hari menjalinkan hubungan cinta.
Rayyan Zikri menghela nafas panjang. Nasiblah dapat teman wanita seperti Nur Imani ini. Tak sangka gadis itu agak garang selepas mereka bercinta. Macam manalah kalau nenek tahu yang Nur Imani bukan seperti gadis-gadis diluar sana yang bersikap sopan-santun? Pasti di reject gadis itu untuk menjadi suri rumahtangganya!
“Awak jangan cakap macam tu. Ray kan teman lelaki awak.”jawabnya perlahan. “Kalau macam tu, Ray batalkan ajelah rancangan nak cari kawan Ray tu. Kita keluar ye.”putus Rayyan Zikri. Dia seboleh mungkin ingin mengambil hati teman wanitanya.
“Kawan awak? Siapa?”
“Adalah…”sepatah dia menjawab. Dia takkan menyebut nama Dhia didepan teman wanitanya. Seorang gadis akan cemburu jika teman lelaki menyebut nama gadis lain.
“Lelaki ke perempuan?”cemburu Nur Imani mula bergelodak. Rayyan Zikri sebut perkataan perempuan, dia akan bermasam muka dengan lelaki itu!
“Eh, kawan Ray mestilah lelaki.”tipunya. Padahal sahabatnya kini hanya seorang sahaja iaitu Dhia.
“Betul ni?”tanya Nur Imani inginkan kepastian.
“Betul.”ya allah, ampunkanlah hambamu kerana terpaksa menipu.bisik hatinya.
“Kita keluar ye. Awak ambik saya kat Kuchai Lama tau.”
“Eh, Kuchai Lama? Awak buat apa pergi situ?”Rayyan Zikri pelik.
“Saya makan dengan Natasha tadi kat Warung Ikan Bakar. Awak datang ajelah sini ye. Saya tunggu awak kat jejantas sebelah Club Golden Sun.”sebenarnya nama Natasha itu hanya ideanya sahaja. Manalah ada Natasha kat sini? Dia kan sibuk dengan teman lelakinya itu.
Rayyan Zikri terasa pelik. Bukan main jauh teman wanitanya pergi makan. “Awak tunggu ajelah kat situ. Nanti Ray datang. Ray sekarang ni ada kat Sungai Besi. Lima belas minit lagi Ray sampai.”
“Okey, saya tunggu. Sayang awak.”balasnya manja sebelum menutup telefon.
Kejap lagi teman lelakinya akan sampai. Baju yang berkelip-kelip ini perlu ditukar kepada baju yang lebih sopan. Mujur dia membawa baju spare untuk kegunaan peribadi. Tidaklah Rayyan Zikri mengesyaki apa-apa tentang dirinya sebagai penyanyi kelab malam di club Golden Sun!
Langkahnya menuju masuk ke lobi utama club Golden Sun itu dan terus menukar baju yang ada didalam begnya…
*****
Semasa di Melaka, Razree menelefon nenek sambil menceritakan Dhia ada disampingnya. Nenek ditalian agak terkejut namun dia berasa lega kerana Dhia ada bersamanya.
“Raz, nenek mintak tolonglah jaga Dhia baik-baik kat sana. Terima kasih sebab sudi bagi tahu nenek yang Dhia ada kat Raz.”syukur alhamdulilah kerana Dhia ada disisi cucunya. Dapatlah cucunya mengaga Dhia dengan baik.
“Insyallah, nenek.  Raz akan jaga Dhia sebaik-baiknya. Cuma Raz harap satu aje dari nenek. Tolonglah jangan bagi tahu Ray yang Dhia ada dengan Raz. Dhia cakap dengan Raz yang dia masih marahkan Ray.”
Puan Hadijah terpempan. “Dhia ada cerita apa yang berlaku hari tu?”
“Ada nek. Dhia cakap pada Raz yang Ray sakitkan hati dia sebab tu dia membawa diri sampai ke Melaka.”ujarnya.
“Kesian nenek dengan Dhia, Pasti dia terluka dengan kata-kata Ray.”balas Puan Hadijah dengan suara yang sayu. “Raz, masa Raz ada dengan Dhia sekarang ni, Ray tolong sampaikan permintaan nenek ye.”pinta Puan Hadijah penuh pengharapan. Razree sudah pelik.
“Permintaan apa nek?”
“Nenek nak kamu pujuk si Dhia tu supaya dia kerja dengan kamu. Nenek tengok kehidupan dia sekarang ni, nenek bertambah susah hati pulak.”
“Nenek nak Dhia kerja dengan Raz? Raz boleh aje. Lagilah Raz bertambah suka. Tapi kan nek, sebelum ni Dhia tak pernah mintak kerja kat tempat lain ke? Dia kan dah ada kelulusan?”
Puan Hadijah mengeluh lemah. “Dhia sebenarnya dah mintak kat satu tempat ni. Sepatutnya rabu minggu depan Dhia kena pergi interview. Entah macam mana, resume dia dah dibuang kat dalam tong sampah. Puan Halimah dengan anak dia yang buat. Kesian Dhia.”
“Resume Dhia dah kena buang? Astagfirullahalazim…”mengucap panjang Razree mendengarnya. Sanggup keluarga Muzaffar memperlakukan Dhia sebegitu. Hati busuk betul!!
“Habis tu, tak dapatlah dia nak pergi interview tu?”sambungnya lagi.
“Tak dapat, Raz. Punah segala harapan dia nak bekerja balik setelah diberhentikan kerja. Raz tolong pujuk Dhia tau supaya dia dapat bekerja di syarikat nenek. Nenek harap sangat-sangat.”pintanya.
“Insyallah, nek. Raz janji. Kat sini, Raz akan pujuk dan gembirakan hati Dhia.
“Nenek takde kat situ. Tak boleh nak tolong pujuk sekali. Raz lah harapan nenek.”ungkapnya penuh pengharapan.
Razree bertekad! Dia akan memujuk Dhia supaya bekerja dengannya. Itu harapannya kini…

           



6 ulasan:

lee jee joong berkata...

Agak2 abg ray ada hati kat dhia tak? Hehehecpt la kantoi si imani tu

Nur Daeya berkata...

insyallah..akan terkantoi jgk si imani tu..hihi

kak ida berkata...

rasanya si gadis imani ni dah melampau sgtkan..hopefully Dhia setuju untuk berkerja ngan nenek dan dibawah satu bumbung dengan abang rayyan..dan hopefully cinta mereka akan mekar bila selalu berdampingan bersama..kan

Nur Daeya berkata...

insyallah Dhia akan bekerja dengan abg rayyan..
tp psal cinta tu kne fikirkn blik sbb htinya msih sakit...hmm..

Tanpa Nama berkata...

Pulang padaku...pd rayyan or pd muz??? Plsss xyah la muz tu

Tanpa Nama berkata...

insyallah bukan muz ye..hehe