Datin Zafiah tersenyum gembira melihat pengumuman
mengenai kehilangan anaknya, Zeril Iskandar di kaca televisyen. Senang hatinya
dengan pengumuman itu. Tidaklah terlampau banyak sangat kerja untuk mencari
anaknya. Habuan yang diberikan juga amatlah berbaloi.
Gerenti ramai yang suka
dengan habuan yang berjumlah RM 10,000.
Butang merah remote control ditekannya. Kini dia
perlu menelefon pengawal peribadinya, Hadzrul Affendi yang masih lagi di stesen
tv10 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan kehilangan anaknya.
Hadzrul yang sedang berbincang dengan salah seorang
pengurus di bahagian komunikasi tv10 terdiam seketika apabila bunyi deringan
telefon bimbitnya menganggu perbincangannya. Tertera di cermin telefon
bimbitnya, Datin Zafiah. Hadzrul hanya tersenyum.
“Sebentar ya Encik Rozaiman, Datin call.”Hadzrul
segera keluar dari bilik dengan keadaan tergesa-gesa.
Pengurus itu hanya mengangguk. Dibiarkan tetamunya
menjawab panggilan.
Setelah Hadzrul keluar dari bilik itu, terus telinganya melekap pada telefon bimbitnya. Suara Datin Zafiah kedengaran.
“Assalamualaikum Hadz, macamana dengan perbincangan
tu, berjalan lancar?”soal Datin Zafiah.
“Waalaikumsalam, Datin. Kami masih dalam proses
perbincangan lagi. Saya dah cakap dengan dia, kita akan bayar duit itu dalam
2-3 hari lagi.”jelas Hadzrul.
“Bagus. Cakap dengan dia, sorry sebab terlampau
excited sangat nak buat pengumuman pasal kehilangan Zeril hari ini. Kata dengan
dia, jangan risau. Duit akan diberi juga pada dia nanti. Suruh dia umumkan
setiap kali berita utama berlangsung sampai Zeril dijumpai ya, Hadz.”pesan
Datin Zafiah.
“Baik Datin. Lepas ini saya akan beritahu pada
Encik Rozaiman tentang hal ini.”ucapnya dalam nada hormat.
“Oh ya, sebelum terlupa. Pastikan awak pesan pada
Encik Rozaiman supaya sebarkan kepada umum yang saya amat memerlukan penjaga
anak saya yang terlantar sakit. Cakap macam itu aje. Apa-apa hal, just call me
back, ok?”jawab Datin Zafiah lembut.
“Saya faham, Datin. Assalamualaikum.”ucap Hadzrul
sebelum menutup telefon. Dia masuk semula ke bilik yang tertera nama pengurus.
“Waalaikumsalam.”
Datin Zafiah masih risau dengan keadaan anaknya
yang tidak tentu arah itu. Sekejap ada dirumah, sekejap tiada.Semenjak teman
wanita Zeril Iskandar, Irma Amanda menghilangkan diri daripada anaknya, terus
anaknya menjadi tidak siuman sejak kebelakangan ini. Ada sahaja perkara yang
tidak dijangka berlaku.
Sudah banyak kali pembantu untuk menjaga anaknya
dicari, tapi semuanya lesap! Katanya tidak tahan dengan sikap Zeril Iskandar
yang suka memaki hamun dan suka menjerit.
Masuk kali ini sudah 20 orang yang bekerja sebagai
penjaga khas kepada Zeril Iskandar. Kesemuanya perempuan yang umur bawah 25
tahun. Namun, tidak semua berjaya memulihkan anaknya. Tidak tahan katanya. Dia
pasrah.
Dia sanggup berkorban duit demi menyembuhkan
kembali anaknya. Biarlah berhabis duit, dia tidak kisah kerana anaknya lebih
penting dari segala-galanya. Bukan dia tidak mahu menyuruh pembantu rumahnya
menjaga anaknya, tapi dia mahu pembantu rumahnya membuat kerja yang telah
ditetapkan sahaja. Pembantu rumah kerjanya tidak sama dengan penjaga khas.
Penjaga khas ini dia lagi istimewa dari pembantu rumah. Apa-apa hal yang
terjadi pada anaknya, penjaga khaslah yang akan menyelesaikannya.
Sengaja dia tidak mencari penjaga khas lelaki.
Takut nanti bila anaknya marah dan memaki hamun, tidak pasal-pasal muka Zeril
Iskandar kena tumbuk dengan penjaga
khas itu. Dia tidak mahu perkara sedemikian berlaku. Dia sayang anaknya. Siapa
yang tidak sayang anak kan?
Mungkin dia orang pertama dalam sejarah yang
membuat pengumuman tentang pencarian penjaga khas semata-mata untuk anaknya
yang sakit. Tidak mengapalah. Biarlah orang awam
memandang sinis terhadapnya. Asalkan, apa yang dia buat itu ikhlas demi
menyembuhkan anak sendiri dari membuat perkara yang tidak baik.
Dalam beberapa hari ini dia yakin, pasti ramai yang
akan menelefonnya demi menjaga anaknya. Yalah, dia menayangkan gambar anaknya
yang handsome itu pada umum, semestinya ramai perempuan yang tertarik.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2.00 petang.
Datin Zafiah menepuk dahinya. Alamak! Leka sangat tengok berita tadi, lupa
pulak nak sembahyang zohor. “Dia bangun dari sofa yang didudukinya. Terus dia
menuju ke biliknya di tingkat atas dan menunaikan kewajipan yang wajib itu.
********
Setelah puas makan masak lemak ikan masin
kegemarannya di warung tadi, terus Nur Adriana memasuki semula lorong kecil
yang dilalui sebentar tadi, tempat dia merehatkan diri walaupun hanyalah
seketika. Dia masih lagi berjalan berjingkit-jingkit. Namun, untuk mendapatkan
kepastian tentang wajah yang dipaparkan di televisyen tadi, dia kembali semula
ke sini. Mana tahu, pemuda itulah yang dicari-cari oleh Datin Zafiah!
Senyap-senyap dia masuk dan melalui jalan short-cut
itu, berharap wajah pemuda yang menjerit dan menghalaunya tadi masih ada
disitu. Namun dirinya hampa. Kelibat pemuda itu sudah tiada didepannya.
Ke mana pulak mamat ni pergi? Hanya tin-tin arak
dan pil ekstasi yang masih ada disitu. Tak sanggup dia mahu pegang benda-benda
haram ni.
Nur Adriana mengeluh buat kesekian kalinya.
Ingatkan dia akan melihat wajah pemuda itu. Nak buat macamana kalau bukan
rezeki kita nak dapat habuan tu.
Dia keluar dari situ dengan perasaan
hampa.Terbayang juga difikirannya jika dia mendapat wang sebanyak RM10,000 itu.
Wow! Boleh shopping balik ni!detik hatinya.
Kalau ibu tiri aku tahu aku ada wang sebanyak itu,
mesti dia nak mintak macam-macam kat aku. Ambil kesempatanlah katakan! Kalau
dapat pun, dia tak terhinginlah nak bagi duit itu pada mak tirinya.Baik dia
sedekah pada fakir miskin. Lagi berkat.
Tapi dia masih buntu memikirkan kemana harus dia tinggal. Hari sudah petang. Selepas ini nak berteduh kat mana pulak? Hendak bermalam di lorong kecil ini dia takut sebab kebanyakan lelaki akan singgah ke sini.
Selalunya waktu malam tiba, kebanyakan lelaki akan singgah di lorong-lorong kecil ini.
********
Terhuyung-hayang Zeril Iskandar berjalan menuju ke keretanya yang terletak tidak jauh dari tempat dia berehat tadi. Kedudukan keretanya berada ditengah-tengah jalan lorong kecil itu. Bila tiada satu pun penghuni yang melalui lorong kecil itu, dapatlah jugak dia meletak kereta ditengah jalan.
Hari ini dia tiada langsung tiada mood untuk bercakap dengan orang. Telefonnya sengaja di off kan supaya tiada yang akan menganggu dan mencarinya.Disebabkan ada seorang perempuan yang menganggunya tidur selepas meminum 10 tin arak dan menelan pil ekstasi dalam kuantiti yang agak banyak, dia jadi bengang. Ingatkan bila dah makan pil ekstasi tu, dia boleh release tension, tapi bila perempuan itu datang secara tiba-tiba dan mengejutkannya, dia jadi baran. Itu pasallah dia menjerit macam orang kurang siuman. Tak guna betul perempuan tu! Kalau aku jumpa dia semula, memang aku tampar terus muka dia.
Ada baiknya dia berehat sebentar didalam kereta sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain, dia tidak mahu pulang ke rumah dalam masa beberapa hari ini. Buat dia tension aje! Biarlah dia tenang dulu. Kalau dia balik rumah saja, mesti dia akan mendengar bebelan dari ibunya.
Dulu, hampir keseluruhan biliknya dipenuhi dengan gambar-gambar Irma Amanda yang cantik tersenyum. Dia memang suka menangkap gambar teman wanitanya dan sebab itulah dia sanggup membeli frame dalam kuantiti yang agak banyak semata-mata untuk meletakkan gambar perempuan yang disayanginya.
Tapi itu dulu, sekarang gambar-gambar perempuan itu sudah dibuang dan dia tidak mahu mengingati nama dan wajah perempuan itu lagi.
Tapi betul ke dia takkan mengingati nama Irma
Amanda lagi? Hanya Zeril Iskandar yang ada jawapannya…
*********
Terpaku Nur Adriana melihat sebuah kereta yang
berada ditengah-tengah jalan semasa dia sedang melalui jalan keluar . Bukan
kereta yang biasa orang awam pakai, ini kereta mewah yang jarang-jarang orang
Malaysia pakai. Lamborghini Aventador! Harga sebuah kereta ini pun membuatkan
air liurnya tersekat. RM 1.2 juta! Dia dapat info pasal kereta mewah ini pun
sebelum dia disumbat ke dalam penjara. Sempat juga dia melihat gambar kereta
ini di carian google ditelefon bimbitnya.
Fuh..Kalaulah dia dapat bawa kereta tu, memang
ramai yang akan jeles. Terutama mak tirinya.Tapi itu hanya angan-angan yang
akan ada dalam mimpi saja. Entah bila angan-angan untuk membawa kereta mewah
seperti yang berada dihadapannya ini akan tercapai.
Nur Adriana mendekati kereta mewah itu . Dia ingin
menyentuh kereta itu. Tidak dapat bawa, sentuh pun jadilah. Siapa pulak yang
bawa kereta mewah ini? Dia hairan dan pelik. Dipandang belakang, kiri dan
kanannya. Rasa-rasanya memang tiada penghuni disitu. Jadi siapa pemilik yang
sebenarnya? Takkanlah pemuda yang dia jumpa tadi kot? Sebab dia rasa hanya dia
dan pemuda tadilah yang ada dalam lorong kecil itu.
Nur Adriana terfikir. Jika benarlah pemuda itu anak
Datin Zafiah, seperti yang tertera di kaca tv tadi, dia akan lekas-lekas
menelefon Datin tersebut dan memberitahu anaknya berada di lorong kecil ini.
Dia tersengih-sengih keseorangan. Pastinya habuan
itu akan menjadi miliknya hari ini. Moodnya akan ceria sebagaimana dia ceria
bila pegawai penjara itu membuat pengumuman yang dia akan keluar penjara
semalam.
Ditundukkan badannya sedikit dan memegang cermin
kereta mewah yang berwarna silver
itu. Memang dahsyat betul kereta ini! Dahlah cantik, menarik perhatian
pulak tu.
Sudah berkurangan sakit yang dialaminya. Tadi bukan
main sakit. Sampai kaki jalan berjingkit. Selepas ini, bolehlah dia berjalan
seperti biasa dan memakai kasut tumit tingginya semula. Kejap lagi dia akan
singgah di kedai yang berdekatan untuk membeli plaster.
Hampir sahaja Zeril Iskandar tiba di keretanya, dia
terkaku. Matanya terbeliak. Perempuan tak guna itu masih ada lagi di lorong
kecil ini? Memang tak faham bahasa betullah perempuan tak guna tu!
Dia geram. Perempuan ini berani sentuh kereta dia?
Tak guna! Kereta Lamborghini edisi terbaru tu. Tercalar sikit dia memang akan
memberontak secara habis-habisan.
“Hoi, perempuan tak guna!”suara dari belakangnya
mengejutkan Nur Adriana yang sedang meneliti dan menyentuh kereta mewah itu.
Terangkat kening Nur Adriana ketika itu.
Adakah itu suara pemuda yang memarahinya tadi?
Nur Adriana memusing ke belakang. Terkejut dia
melihat wajah pemuda itu yang seiras dengan pemuda di tv tadi. Maknanya betullah
pemuda ini yang dicari-cari Datin Zafiah. Dalam diam dia menyimpan hasrat untuk
mencari telefon awam yang ada disekitar ini.
Kejap lagi dia akan segera menelefon Datin Zafiah
untuk melaporkan bahawa anaknya kini berada dengannya.Kelu lidahnya untuk membalas.
dengan pemuda itu.Bukan ke dia tidur kat belakang tadi? Kenapa pulak dia datang
kat sini semata-mata nak tengok kereta mewah ini? Adakah pemuda itu mempunyai
perasaan teruja sepertinya yang suka memandang dan melihat kereta mewah?
“Kau buat apa kat sini hah perempuan? Tak reti-reti
nak berambus ke dari kawasan ni?”jerkah Zeril Iskandar. Matanya membulat
memerhatikan perempuan dihadapannya ini.
Terbeliak mata Nur Adriana apabila mendengar ayat
kasar dari pemuda itu. Pemuda ni memang nak kena dengan aku. Tak habis-habis
asyik nak marah orang aje. Tak marah, menjerit. Nasib baik dia bukan suami aku,
kalau tidak telinga aku boleh jadi bernanah sebab asyik dengar teriakan dari
dia aje.
“Awak ni kenapa? Suka hati sayalah nak duduk mana
pun. Ini bukan kawasan awak sampai nak arahkan saya berambus dari
sini.”jawapannya dibalas dengan agak kasar. Dia bersandar dikereta mewah itu.
Nak tengok pemuda itu jeles ke tak tengok dia bersandar pada kereta mewah itu.
Zeril Iskandar bengang. Hatinya panas melihat
perempuan tak guna itu menyandar disebalik keretanya. Dengan kasar, dia menolak
Nur Adriana sehingga jatuh tersembam.
“Apa ni. Sakitlah!”marah Nur Adriana. Ini sudah
kali kedua dia jatuh tersembam. Mamat ni memang kurang ajar betullah.
Sedap-sedap dia aje nak tolak badan orang. Aku ni perempuan tau tak! Hormatlah
sikit!
Zeril Iskandar mendengus kasar. Memang patut pun
perempuan aku tolak. Tak pasal-pasal nanti kereta aku ni kotor pulak. Nak
mencuci pulak satu hal.
“Ini kereta aku. Apa hak kau nak sentuh-sentuh kereta
aku ni. Kau tak layak nak pegang, apatah lagi nak sentuh, faham!jerkah Zeril
Iskandar lagi.
Nur Adriana terkedu. Tak sangka kereta idaman aku
ni milik pemuda dihadapannya. Dia bangun semula dengan kekuatan yang masih
menebal dalam dirinya.
“Oh, Kereta ini awak punya. Nur Adriana mencebik.
Huh! Kenapalah saya tak terfikir dari tadi ya ini kereta awak. Kalau saya tahu
dari awal-awal lagi, masa awak tengah syok pejam mata tadi, patutnya saya dah
seluk poket awak ambil kuncik kereta. Bolehlah saya merasa bawa kereta mewah
kan?”Sengaja dia menyakitkan hati pemuda itu. Tadi dia dimarahi dengan teruk,
sekarang ini dia mahu membalas apa yang pemuda dihadapannya buat pada dia tadi.
“Apa kau cakap? Kau nak ambil kereta aku?
“kemarahan Zeril Iskandar makin memuncak. Fikirannya yang masih dalam keadaan
longlai tadi kini hilang dengan tiba-tiba apabila perempuan ini mahu membalas
kata. Masing-masing tidak mahu mengalah.
“Yup. Sebab kereta ni cantik sangat-sangat.I like
it!”dua ibu jari Nur Adriana ditunjukkan pada Zeril Iskandar.
“Mengada-ngada!”Menyampah dia tengok perempuan
dihadapannya. Rasa bencinya pada perempuan ini makin meluap-luap.
Nur Adriana mencebik lagi.“Awak kata saya
mengada-ngada? Hei! Tolong sikit. Saya yang mengada-ngada ataupun awak? Dahlah
menghilangkan diri, buat ibu sendiri risau pulak tu. Ingat saya tak tahu?
Zeril tergamam. Mana perempuan ini tahu yang dia
menghilangkan diri dari mamanya? Perempuan ni siapa sebenarnya? Pelik..pelik..
“Kau cakap apa ni ? Bila masa pulak aku
menghilangkan diri? Kau jangan memandai nak buat cerita dongeng pulak kat
sini.” Kesabarannya makin menipis.
“Awak ingat saya tak tahu awak siapa?dengan angkuh
Nur Adriana berkata.
Sememangnya lelaki ini perlu diajar. Tak payah nak
tunjuk diri itu bagus sangatlah!
“Wei, perempuan. Kau jangan macam-macam ya. Aku dah
hilang sabar dengan sikap kau ni. Baik kau blah sekarang, kalau tidak, aku
kerjakan kau cukup-cukup!ugut Zeril Iskandar.
“Saya takkan keluar dari sini sehingga saya dapat
jawapan dari awak.”Nur Adriana akan tunggu juga jawapan dari mamat ego ini.
“Jangan naikkan kemarahan aku boleh tak? Apa yang
kau tahu tentang aku? Ini first time aku jumpa kau tau. So, kau jangan nak
memandai sangatlah yang kau tahu sangat tentang diri aku.”
“Awak anak Datin Zafiah kan?soal Nur Adriana.
Zeril Iskandar tersentak apabila nama mamanya
disebut. Macamana pulak perempuan ni boleh kenal mama aku? Rasanya aku tak
pernah tengok muka perempuan ni.
“Mana kau tahu? Siapa yang cakap?
“Saya tahu sendirilah. Awak hilangkan diri kan?
“Apa yang kau cuba cakapkan ni perempuan? Bila masa
pulak aku hilangkan diri. Aku just keluar ambik angin aje.
“Awak tahu tak ibu awak risaukan awak sampai dia
suruh stesen tv buat pengumuman pasal kehilangan awak. Satu Malaysia dah tahu
pasal awak tau. Baik awak balik sekarang. Lagi lambat awak balik, lagi risaulah
ibu awak.
“Ah! Aku peduli apa. Yang penting aku tak nak
stress duduk rumah tu.”lahlah katakan. Sengaja dia berkata begitu pada
perempuan dihadapannya. Tidak mahu mengalahlah katakan. Namun, jauh disudut hatinya,
dia terharu dapat mama yang begitu mengambil berat akan dirinya. Menyesal dia
keluar tanpa keizinan mamanya. Mamanya tidak mahu dia keluar buat masa ini
kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.
Disebabkan perempuan yang bernama
Irma Amanda lah aku jadi begini!
“Stress sampai makan benda-benda yang haram disisi
agama? Macam tu?
“Hei. Kenapa kau nak tahu sangat ni. Aku tak ganggu
hidup kau kan, so kau jangan nak ganggu hidup aku. Baik kau blah sekarang!
“Hmm..tak apa. Saya akan pergi. Tapi ingat! Saya akan
datang dalam hidup awak sedikit masa lagi. Tunggu ajelah. Selamat tinggal mamat
ego!ucap Nur Adriana dengan nada sinis. Beg galas dicapai lalu dia pergi dari
situ. Dipandang sekilas mamat ego itu dengan mulut yang sengaja dicebikkan.
Zeril Iskandar menarik nafas panjang. Baguslah
kalau perempuan itu sedar yang dia perlu pergi dari sini. Tidak perlu
serabutkan kepalanya lagi dengan perempuan itu. Dia masuk ke dalam kereta
dengan kelegaan. Ada baiknya dia berehat didalam kereta sebelum meneruskan
perjalanan ke tempat lain.
BERSAMBUNG... ;D
1 ulasan:
eahehe...camner taktik adriana nk soh zeril balik umah kn....hehe suspen gak nih....
Catat Ulasan