Jumaat, 22 Mac 2013

BAB 28 Berilah Sayang Peluang



Sampai sahaja masuk di Side Walk Café, Nur Adriana terkesima. Wow! Tak sangka banyak jenis  kek dan pastri kat sini. Yummy…yummy…dia menjilat bibir. Bagaikan sedang makan kek di situ.
Setelah dia puas melihat kek dan pastri yang cantik tersusun di dalam locker, langkahnya segera diatur mengikuti Madz Hazrul yang leka berbual dengan penyambut wanita tadi dari belakang.
Hesy! Tak habis-habis berbual lagi ke diorang ni?dengusnya geram. Nak kata dia cemburu, jangan haraplah. Buat apa nak cemburu? Bukan dia ada apa-apa ikatan dengan lelaki ni pun. Yang buat dia bengang sekarang ni, ada ke patut lelaki tu tinggalkan dia jauh ke belakang?  Sabar ajelah hati. Kalau ikutkan, memang kaki dia dah gerak balik rumah.
Dari melihat lelaki itu dan wanita itu berbual, lebih baik dia melihat sekeliling café ini. Lagi bagus!
Tatkala matanya sibuk memerhatikan reka bentuk dinding di dalam café itu, suara Madz Hazrul kedengaran dari depan. Segera dia memerhatikan tingkah dua manusia itu. Matanya ralit melihat wanita di sebelah lelaki itu dengan senyuman yang bagaikan dibuat-buat tatkala lelaki itu sedang bercakap dengannya. Dalam hati, rasa nak buka aje rambut wanita tu yang bersanggul kemas. Gedik giler! Tahulah lelaki tu hensem, tak payahlah nak senyum sampai macam tu sekali.
“Huh! Menyampah aku!”cebiknya.
Nice meeting you, miss. Hope to see you later.”kata Madz Hazrul dengan wajah ceria.
Wanita itu mengangguk dan membalas kata-kata Madz Hazrul dengan senyuman yang mampu membuat Nur Adriana naik meluat!
Nice meeting you too. I need to go right now. So, have a nice day!”kata-kata terakhir itu memberikan keceriaan pada wajah Nur Adriana. Tahu pun nak berambus dari sini!omelnya dalam hati.
Wanita itu berpaling ke arahnya dan berlalu pergi tanpa sedikit pun memandangnya. Dia tak kisah pun! Lagi cepat wanita ni keluar, lagi cepat dia dapat cakap dengan lelaki itu.
Usai wanita itu keluar, Nur Adriana cepat-cepat meluru ke Madz Hazrul. Dengan senyuman tak ikhlasnya, dia memulakan bicara.
“Dah puas bermeeting dengan wanita tu? Aku baru ingat nak balik rumah tadi. Punyalah lama nak menunggu korang habis bercakap.”perlinya tanpa rasa takut.
Madz Hazrul ketawa kecil sambil kakinya bergerak ke sebuah meja bulat yang diperbuat daripada kayu.
“Kenapa kau ketawa? Aku cakap serius ni.”tegas suara Nur Adriana berkata. Bengang pulak dia tengok lelaki ni ketawa. Eeii…geramnya!!
Have a seat!”pelawa Madz Hazrul mesra tanpa menjawab soalan perempuan itu.
Nur Adriana mengangkat kening. Terus dia melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang terukir cantik di belakang badannya.
Seorang pelayan lelaki yang memakai baju seperti chef datang kearah mereka berdua dengan membawa coffee table book.
Satu coffee table book diberikan kepada Madz Hazrul dan satu lagi untuknya. Dia membuka menu itu. Terpegun dia melihat menu-menu yang dihidangkan. Harga pun, mesti gempak punya!
May I have your order, please?”soal pelayan itu sambil memandang ke arah Madz Hazrul.
Madz Hazrul menilik menu yang berada di tangannya menjawab. “ Sure. Give me a sandwich with…hmm…Mocha Ice Blended.”balasnya kepada pelayan itu.
Pelayan itu hanya mengangguk. Segera menu yang dipesan dicatit ke dalam satu buku kecil.
And you, miss?”soalnya pula kepadaku. Dia tersentak. Hai…ingatkan tak nak tanya dia tadi. Madz Hazrul memandangnya pulak.
“Just give me a cup of tea.”jawabnya. Malas mahu makan kat sini. Lebih baik dia makan kat rumah.
“Noted. Thank you.”ujarnya dengan menundukkan kepalanya sedikit sebelum dia berlalu pergi membawa dua coffee table book yang diberikan tadi kepada mereka.
“Boleh tahan jugak bahasa inggeris kau ni. Aku ingat kau low standard dalam bahasa tu.”sindir Madz Hazrul sekaligus menampakkan sengihannya.
Nur Adriana mengerutkan dahi. ‘Huh, sabar ajelah aku dengan dia ni.’ katanya perlahan. Nak menengking lelaki ini, nanti apa pulak kata pengunjung yang datang sini. “ Kalau kau nak tengok aku tendang ‘angry bird’ kau tu depan orang ramai, baik kau cakap elok-elok.”gertaknya.
Madz Hazrul tergelak kecil. “Aku cabar kau sekarang ni. Buatlah! Aku nak tengok kehebatan kau menendang aku.” ujarnya dengan satu jelingan maut. Dia tahu Nur Adriana sengaja mengertaknya.
Mimik muka Nur Adriana berubah. “ Kau saja buat aku panas hati dengan kau. Hesy!”rengusnya. Dia saja aje nak gertak lelaki itu. Mana mungkin dia buat di tempat awam.
“Agak-agaklah nak buat kat tempat awam kan?”sindir lelaki itu. “Aku tak sangka kau ni bekas pesilat. Patutlah kasar semacam.”
Juling mata Nur Adriana mendengarnya. “ Like I care. Aku perempuan kasar ke, perempuan sopan ke…asalkan aku tak kacau hidup orang.”jawabnya dengan sinis.
Madz Hazrul tergelak. “ Kau ni sensitif jugak ye. Betullah cakap ibu kau tadi walaupun kau nampak kasar di luar tapi dalam hati ada taman.”
“Cakap biar berlapik, brader. Aku takdelah kasar mana. Sesuka hati kau aje nak menilai orang.”rengusnya lagi. “Aku balik karang, baru padan muka!”gertaknya.
Madz Hazrul mengetap bibir. Dia akui, kesilapan itu datang darinya. Jika dia tidak bercakap kasar dari tadi, ayat ‘balik’ itu takkan muncul di mulut perempuan itu.
“Maafkan aku, okey. Aku mengaku mulut aku memang takde insurans.” pohon Madz Hazrul telus.
Mata Nur Adriana terkebil-kebil. Amboi! Cepat betul mamat ni mintak maaf. Cakap sikit dah takut? Memang sahlah dia takut aku lari.”gumamnya.
“Aku pe…,” baru nak sambung ayat seterusnya, Madz Hazrul pantas meletakkan jari telunjuk di bibir. Menyuruhnya diam. Pelayan yang datang mengambil pesanan tadi datang membawa hidangan.
Nak tak nak, dia terpaksalah diam.
“Your order Mister, Miss…,”ujar pelayan lelaki itu dengan hormat. Di atas meja telah tersedia secawan tea, sandwich dan Mocha Ice Blended.
“Thank you.”ucap mereka berdua serentak.
Pelayan lelaki itu mengangguk lalu terus meneruskan kerjanya seperti biasa.
Madz Hazrul dengan selambanya mengambil sandwich di pinggannya lalu di kerat dua. Setelah itu, diambil pulak pinggan kecil di bawah cawan Nur Adriana dan meletakkan makanan berkhasiat itu diatasnya.
“Jemput makan. Aku tahu kau lapar.”pelawa Madz Hazrul.
Nur Adriana merenung dalam lelaki didepannya. Mamat ni apa kena hah? Semua pasal aku, dia tahu. Dia lapar ke, dia bekas pesilat ke..semua lelaki tu nak tahu. Ada jugak yang kena debik ni!
“Makanlah. Renung muka aku lama-lama, kau jatuh cinta pulak.”usik Madz Hazrul. .Dia mengunyah sandwich yang dikerat tadi lalu dinikmati sepuasya.
Nur Adriana mengacip gigi sambil matanya tidak lekang dari memandang Madz Hazrul. Jelingan maut diberikan.kepada lelaki itu. Sandwich yang berada di pinggan langsug tidak berkutik.
Madz Hazrul perasan perempuan itu memandangnya. Tapi sebab apa pulak perempuan ni mesti pandang dia macam tu? Macam nak telan aku hidup-hidup! Nak kata aku cakap kasar, takdelah pulak. Something wrong with her ke?fikirnya.
“Laa…tak makan lagi ke? Aku dah nak habis makan ni. Sedap giler wa cakap lu.”guraunya. Gerunnya dia tegok wajah perempuan ini.
“Boleh aku tanya kau sesuatu?”soal Nur Adriana serius. Riak wajahnya seperti ingin menerkam orang. Takutnya…
“Aik? Serius benar aku tengok kau ni. Apehal?”
“Kau umur berapa?”
Madz Hazrul yang sedang meneguk Mochanya tersedak. Tanpa sedar, kedua-dua bahunya bergerak serentak lalu dia ketawa kuat. Orang yang datang makan disini memandang kearah mereka berdua.
Nur Adriana mengerutkan dahi. Lelaki ini bertambah pelik! “Aku cakap serius ni, kenapa kau gelak macam pontianak mengilai?”masih serius riak wajahnya.
“Pertanyaan kau tu buat aku gelak. Muka serius betul tapi bila tanya soalan macam cikgu tanya murid. Lawak…lawak.”
“Aku tanya betul-betullah. Umur kau berapa?”sengaja dia bertanya tentang umur lelaki itu. Dia tidak mahu bercakap kasar dengan orang yang lebih tua darinya. Kalau ibu tirinya, lainlah. Perempuan tak guna tu memang tak boleh berlemah-lembut.
“Umur aku 29 tahun. Hah! Sekarang kau dah tahu umur aku. Umur kau pulak berapa?”
Nur Adriana tergamam. 29 tahun? Maknanya lelaki ini lebih tua darinya! Aduh…patut aku cakap sopan sikit tadi. Nasib kaulah, Nur Adriana!
“26 tahun.”jawabnya sambil menundukkan kepala.Dia rasa bersalah kerana meninggikan suara pada orang yang lebih tua tiga tahun darinya.
“What? 26 tahun? Impossible!”jawabnya dengan wajah yang seakan tidak percaya.
Nur Adriana mengangkat muka. “Kenapa abang cakap macam tu? Umur saya memang 26 tahun dan itu memang bukan impossible!”jawabnya dengan sedikit geram.
“Wah! Dah tukar jadi abang pulak.”kata Madz Hazrul teruja. Dah lama sangat dirinya tidak dipanggil abang. Rasa dirinya dihargai oleh seorang adik. “ Umur kau tu macam tak sepadan dengan diri kau. Kau nampak macam wanita yang berumur 50 tahun.”
“Abang!”Nur Adriana mengetap bibir. Madz Hazrul rasa terbuai apabila Nur Adriana memanggilnya abang. Panggillah abang sekali lagi, Nur Adriana…
“Aku gurau ajelah. Kau nampak muda tapi raut wajah kau yang menampakkan diri kau bagaikan seorang perempuan tua yang berumur 50 tahun. Berkerut sana sini. Orang cakap sikit, nak melenting. Cuba jadi perempuan yang lemah-lembut. Baru lelaki suka.”
Nur Adriana tertunduk malu. Selama ini dia memang suka melenting pun. Tapi dia tak pernah tunjukkan attitude yang kurang sopan pada orang lain selain ibu tirinya.
“Saya mintak maaf kalau perwatakan yang saya tonjolkan pada abang sedikit kasar. Saya ada sebab jadi begitu.”
“Perwatakan mencerminkan keperibadiaan seseorang. Aku harap kau boleh berubah dan jangan jadi perempuan kasar. Dahlah, makan cepat. Aku nak bagi tahu kau sesuatu yang penting.”
Hah! Yang itu dia paling nantikan! Perkara penting apa yang lelaki ini mahu bincangkan? Lebih baik dia cepat-cepat habiskan sandwich ni. Tak sabar betul dia nak tahu apa yang lelaki itu bakal katakan padanya. Dengan sampul surat yang berada di bawah tangan lelaki itu, menambahkan lagi tanda tanya dia.
“Saya makan dulu, bang.”ucapnya sebelum dia menjamu selera. Dari malam semalam dia tidak makan. Bila dah dapat peluang makan ni, dia akan makan sepuas hatinya. Lagipun, saiz sandwich ni memang agak panjang.
“Makanlah. Abang tengok.” Madz Hazrul mengelengkan kepala. Dia tersalah cakap. “Aku takkan tengok kau makan.”ujarnya sambil matanya meliar memerhati sekeliling Side Walk Café ini.
Nur Adriana menikmati makanan itu sepuasnya. Gembiranya dia dapat makan.
*****
“Alhamdulilah…dah habis makan pun. Amacam? Sedap tak sandwich tu?”tanya Madz Hazrul setelah Nur Adriana menghabiskan makanannya.
Nur Adriana tersenyum. “ Sedap, bang. Rasa tak puas makan lagi.”
“Aik? Lapar sangat ke kau ni? Nak aku order satu lagi ke?”duga Madz Hazrul.
“Eh, tak payahlah.”Nur Adriana mengelengkan kepala. Padahal dalam hati dia nak makan lagi. “Sekarang ni saya nak tahu sangat apa yang abang nak bagi tahu pada saya.”dia meletakkan piring dan cawan ke tepi.
“Kau tak sabar nak tahu ke?”
“Semestinya! Dari tadi saya tunggu apa yang abang nak cakapkan pada saya.”jawabnya pantas.
Madz Hazrul ketawa. “ Jenis tak sabar jugak kau ni. Anyway…,”sampul surat ditepinya dicapai lalu dihulurkan pada Nur Adriana. “Ni untuk kau.”
Nur Adriana tergamam. “Untuk saya?” dengan segera dia membuka sampul itu. Terkejut gila dia melihat isi dalam surat ini. Tepat sangkaannya! Sampul surat ini mengandungi sejumlah wang yang dibalut kemas. Adakah ini habuan yang Datin Zafiah janjikan pada orang ramai hari itu?
“Untuk cik Nur Adriana yang sudi membantu Tuan kami iaitu Tuan Zeril Iskandar.”jawab Madz Hazrul dengan formal. Dia datang bertemu dengan Nur Adriana bukanlah untuk perbalahan atau bergelak ketawa tetapi memberikan sejumlah wang yang telah ditetapkan Datin Zafiah kepada sesiapa yang sudi memberitahu Tuan Zeril Iskandar berada di mana.
Tangan Nur Adriana gementar. Sudah lama dia tidak memegang duit sebanyak ini. Kali terakhir dia memgang duit yang banyak pun ketika dia mengambil duit RM 7,800 Puan Kamariah Adnan, bakal ibu mertuanya yang tidak jadi.
“Kau mesti gembira dapat duit sebanyak ini.” ujar Madz Hazrul sinis. Dia pun sukakan duit jugak namun dia tahu duit bukanlah segala-galanya.
“Mestilah saya gembira. Siapa yang tak gembira kalau dapat duit kan?” matanya bersinar. Selepas ini bolehlah dia membayar hutang-hutang yang tertunggak.
Madz Hazrul mengeluh. Perempuan ini memang sukakan duit. Sepatutnya Datin Zafiah menetapkan RM 1,000 sahaja. Duit RM 10,000 terlalu banyak untuk diberikan kepada sembarangan orang.
“Hah! Aku nak cakap lagi satu ni.”
“Apa dia?” katanya sambil mengira satu persatu duit disitu. Dia tidak kisah berapa jumlahnya. Apa yang penting dia dapat melunaskan semua bil rumah nanti.
“Ya pun, janganlah kira duit depan orang ramai. Kau tak nampak ke orang tengah tengok kau pegang duit?”dengan pantas dia merampas duit yang dipegang Nur Adriana.
“Oh yeke ada orang tengok saya pegang duit?”sengihnya. “Sorry, bang. Saya cuma excited pegang duit banyak ni. Tak pernah saya pegang duit banyak-banyak ni. Bak lah sini duit tu balik. Abang ni main rampas aje.”sungutnya.
“Aku nak cakap ni, kau kena dengar baik-baik. Ini peluang kau dan aku harap kau takkan sia-siakan peluang ini.”kata Madz Hazrul dengan serius.
Nur Adriana mengerutkan dahi. “ Apa benda abang cakap ni? Saya tak fahamlah.”
“Ehem…ehem.”dia berdehem sekejap sebelum meneruskan ayat. “ Dalam sampul surat tu, mungkin kau tak perasan, ada diselitkan satu surat tawaran untuk menjadi penjaga khas Tuan Zeril Iskandar di rumah agam Datin Zafiah. Maksud aku, selepas dia keluar dari bilik pembedahan ini, aku nak kau jaga dia seperti isteri menjaga makan pakai suami.
“Apa?!!” mata Nur Adriana terbeliak besar. Soalan yang sama ditujukan kepadanya. Hari itu Prof.Dr.Azmi yang memaksanya menjaga Zeril Iskandar dan sekarang ini Madz Hazrul pula yang mengarahkan dia menjadi penjaga khas lelaki itu.
Adakah patut dia menerimanya atau lupakan sahaja tawaran itu?
***
Datin Zafiah setia menanti anaknya di luar bilik pembedahan unit kardiologi. Sebagai seorang insan yang bergelar ibu, kerisauan dalam diri bertambah-tambah sehingga  makan dan minum dilupakan.
“Mintak-mintaklah Zeril selamat.”katanya sendiri. Sudah sejam setengah anaknya berada di dalam, dan dia tidak selangkah pun bergerak kemana-mana.
Matanya mengerling ke kiri. Berharap Madz Hazrul dapat  menemaninya disini namun kelibat pembantu peribadinyanya tidak kelihatan. Mujur  orang sembarangan  tidak  dibenarkan lalu di lorong ini. Jika tidak, pasti riuh-rendah suara-suara pelawat yang datang ke hospital ini.
“Hmm…Madz Hazrul dah jumpa ke belum Nur Adriana tu? Harap-harap duit tu dah ada kat tangan Nur Adriana sekarang ni.”gumamnya.
Tidak semena-mena, pintu bilik pembedahan unit kardiologi terbuka. Kelihatan Doktor Wan Zubair keluar dengan baju yang dipenuhi darah di bahagian lengan dan tangan yang dilitupi dengan glove.
Cepat-cepat Datin Zafiah bangun dan menghampiri doktor lelaki itu.
“Doktor, macam mana keadaan anak saya? Dia okay kan?”tanya dia dengan nada risau.
Wan Zubair membuka face mask dan membuangnya di tong sampah yang terletak elok ditepi bilik pembedahan ini. Satu keluhan terbit di bibirnya merungsingkan Datin Zafiah yang begitu bersemangat untuk mengetahui keadaan Zeril Iskandar.
“Doktor, anak saya okey kan?”tanya Datin Zafiah balik semula. Takutnya dia nak tahu jawapan dari doktor lelaki itu.
Wan Zubair menundukkan muka. “ Anak Datin tenat sekarang ni.”raut wajahnya bertukar duka.
Terjelepok Datin Zafiah disitu.
Anak mama!!



7 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

alo tenat plak.. :(
smbng lgi♥

Nur Daeya berkata...

sian Zeril..d tenat bersebab..hihi

lee jee joong berkata...

Bersebab?sbb ape eya?? Dup dap ni nak lg . Sian adriana suruh madz temankan adriana masukkan duit kat dlm bank dia jd lg selamat dan kuarkan skt je tuk hutang . hehe risau mak tiri gelap dunia duit tuduh mcm2 plak

Nur Daeya berkata...

d tenat sebab..tut tut..nnt eya smbung!haha..

mak tiri d 2 mmg ske fikir negatif!hehe

onnie areyou berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
onnie areyou berkata...

Oh No.. !!! cepat suruh Adriana msk dlm OT temankan Zeril....

Unknown berkata...

hehe..rse2 d pg hospital 2 blik ke x?
tggu..bab seterusnya..