Khamis, 18 April 2013

BAB 26 Pulanglah Padaku...



Muzaffar Ikram panas hati melihat lelaki yang berada disebelah isterinya itu. Diterpa lelaki yang berada disebelah isterinya dan mencekak kolar kemeja yang dipakai lelaki itu. Tanpa menunggu lagi, tangannya menumbuk pipi lelaki itu.
“Woi, apa ni?!!jerkah Adam. Terjelepok Adam ke lantai. Mungkin selepas ini ada kesan pada pipinya. Dia bangkit untuk membalas balik apa yang suami Mariana lakukan padanya namun dia sedar polis ada dibelakang lelaki itu.
Tiga polis dibelakang Muzaffar ingin menghalang daripada Muzaffar dari menumbuk lelaki itu tetapi tidak sempat. Muzaffar Ikram lebih cepat bertindak.
             “Puas hati aku!”rengusnya. Bangga kerana dapat menumbuk lelaki itu walaupun tangan sebelahnya sakit.
“Abang, Adam ni datang untuk…,”belum sempat Mariana meneruskan kata dan memberi alasan, satu tamparan hinggap di pipi Mariana membuatkan perempuan itu terkedu.
Muzaffar Ikram puas. Lega hatinya dapat menampar isterinya.  Tangannya yang sakit tidak menghalangnya untuk melepaskan kegeramannya. Jika kedua-dua tangannya pulih seperti biasa, ingin saja ‘membelasah’ isterinya. Marahnya kini begitu memuncak.
“Abang! Kenapa tampar saya? Saya tak buat apa-apa pun.”pijar pipi Mariana menahan sakit.
Muzaffar mendengus. “Kau tak payah nak buat drama depan aku! Aku dah dengar segala-galanya.”tempiknya. “Dasar perempuan curang. Menyesal aku kahwin dengan kau!”tempiknya kuat.
“Abang dah salah anggap. Adam ni hanya kawan biasa aje.”dalihnya. Dia menjadi takut dengan sikap suaminya yang sudah berubah mendadak.
Satu tamparan hinggap di pipi isterinya buat kali kedua. Mariana terkedu sekali lagi. Terus jatuh tersembam dirinya diatas lantai.
“Aku ceraikan kau bukan talak satu…tapi talak tiga!!”lantang Muzaffar Ikram bersuara mengejutkan tiga polis yang berada belakangnya termasuk Adam.
Mariana terlopong mendengarnya. Dia kehilangan suara tatkala ucapan itu diungkapkan. Tangisannya mula berlagu pilu.
“Tidak!!”jeritnya sambil menangis. Dia menekup mukanya dilantai.
“Mariana, bangun. Jangan menangis, sayang. Pedulikan kata-kata lelaki ini. Kita keluar dari sini.”pujuk Adam agar Mariana dapat mengurangkan tangisannya.
Makin kuat tangisan Mariana. Kepalanya tidak boleh dengar apa yang diperkatakan kekasih gelapnya. Dia tidak dapat menerima perpisahan ini.
Seraya itu, dia terus memeluk kaki kanan suaminya. “Abang, maafkanlah saya. Saya masih sayangkan abang lagi.”rayunya dengan esak tangis yang mengalir ditubir matanya namun Muzaffar tidak mengendahkan rayuan tersebut. Kaki jantannya kuat menepis tubuh bekas isterinya.
“Sayang penipu!”bentaknya. “Oh, bukan main beria-ria kau cakap Dhia tu perempuan curang dulu tapi dah terbalik pulak. Tak sangka kau curang belakang aku. Memang kau dasar perempuan bangsat!”
“Abang…maafkanlah saya.”dia kembali memeluk lutut suaminya namun Muzaffar bertindak pantas dengan menjauhkan dirinya.
Anggota polis yang tercongok berdiri di belakang Muzaffar Ikram cepat-cepat menangkap pergelangan tangan Mariana dan mengari tangan perempuan itu.
Mariana terkaku. “Buat apa polis datang sini, bang? Apa kaitan polis ni dengan abang?”dia cuak. Tangan dia sudah digari.
“Maaf puan. Kami perlu menahan Puan untuk siasatan lanjut mengenai kes Puan Halimah terjatuh di Hospital Unviersiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).”tegas jawapan anggota polis itu.
Mariana dibangunkan anggota polis itu. Dia terpinga-pinga.
“Bukan saya buat, bukan saya!”nafinya walaupun hakikatnya dia yang melakukannya.
“Kami ada bukti yang Puan lakukan. Sekarang ni jangan cakap banyak. Ikut kami ke balai!”sedikit tinggi suara anggota polis itu menakutkan Mariana. Perempuan atau lelaki yang membuat kesalahan tidak boleh bersikap lembut nanti dia ambil kesempatan!
“Rasakan! Biar kau masuk penjara lagi bagus! Orang macam kau tak layak hidup dengan aku.”Muzaffar mula menyesali perpisahannya dengan Dhia, bekas isterinya yang terdahulu. Jika masa dapat diputarkan kembali, dia tidak akan sekali-kali menceraikan perempuan yang bernama Nurl Haifa Nadhiya. Hanya perempuan itu yang memahami dirinya. Dia mula rasa bersalah kerana menceraikan perempuan itu.
Harap aku boleh jumpa dia semula.bisiknya dalam hati.
“Abang, saya tak salah. Saya tak salah!!”jerit Mariana bagai orang kurang siuman. Anggota polis segera membawa Mariana keluar.
Muzaffar Ikram tidak menghiraukan teriakan Mariana malah dia membuat selamba saja.
“Haa, yang kau berdiri tercongok kat sini, dah tak reti nak balik rumah ke?”perlinya sinis kepada Adam.
Adam mendengus. “Aku akan balik. Tapi jangan ingat aku akan berdiam diri. Apa yang kau buat pada Mariana aku akan balas balik!”
Muzaffar Ikram ketawa berdekah-dekah. “Kau nak buat apa kat aku hah? Dah terang lagi bersuluh yang perempuan tak guna tu curang belakang aku, yang kau nak support dia sangat buat apa? Sedar-sedarlah diri tu sikit. Kau balas dendam pada orang yang salah.”katanya dengan nada angkuh.
Jari telunjuk Adam tepat dibatang hidung lelaki didepannya namun Muzaffar bijak menepis. Keningnya terangkat.
“Kau yang patut sedar siapa diri kau! Dahlah mati pucuk. Siapa yang kahwin dengan kau selepas ini pasti menyesal! Jangan nak tunjuk berlagaklah wahai Encik Muzaffar Ikram!”dia menjelir lidah.
Muzaffar Ikram mengacip gigi. Dia tahu aku mati pucuk?Habis…habislah aku! Sepatutnya orang lain tak boleh tahu. Kenapa dia ni boleh tahu? Adakah Mariana sudah tahu akan penyakitnya? Cis! Perempuan tak guna. Sanggup dia burukkan aku.gerutunya dalam diam. Dia harus menyembunyikan penyakitnya daripada diketahui lelaki ini.
“Bila pulak aku ada penyakit tu? Kau jangan memadai dan buat cerita.”
Tadi lelaki itu ketawa. Sekarang gilirannya pulak. “Jangan ingat aku tak tahulah, bro.”sinisnya. Kakinya menuju ke peti surat kecil yang mengandungi surat dari hospital tadi. “Kalau kau tak percaya, ni hah! Aku boleh tunjuk bukti yang kau tu mati pucuk.”ditekan perkataan mati pucuk itu. Dilempar surat itu ke muka bekas suami Mariana. Biar lelaki itu rasa sakit hati!
Terketar-ketar bibir Muzaffar Ikram dibuatnya. Dibaca segala isi didalam surat itu. Ya, surat itu memang miliknya!
Ya, Allah! Kenapa aku tak sedar surat ni?dia mengucap panjang didalam hati. Menyesal dia tak tengok betul-betul surat-surat yang diberikan posmen. Kalau tidak, memang surat ini sudah disorok ataupun dibakar agar mariana tidak tahu penyakitnya.
“Dah puas baca?”Adam tersenyum sinis. “ Aku tabik dengan kau bro sebab walaupun kau mati pucuk, kau tetap disayangi Mariana. Aku, apa yang aku dapat? Aku nak cinta daripada dia, tapi dia tetap nak kau jugak. Hebat jugak orang yang mati pucuk macam kau ye. Orang yang ‘normal’ macam aku pun tak boleh dapat cinta dia.”sindirnya tanpa rasa takut.
Berdesing telinga muzaffar Ikram mendengarnya. Tidak semena-mena, dia menumbuk muka Adam. Dia mula panas hati dengan lelaki ini.
Jatuh tersembam Adam disitu.
“Blah kau dari sini! Blah!!”pekiknya dengan suara yang lantang.
Cukup pantang bagi dirinya bila berkali-kali telinganya mendengar perkataan mati pucuk. Tambah-tambah lagi lelaki ini yang sengaja mahu memperendahkan dirinya.
Adam pantas meluru keluar dengan sedikit darah yang mengalir dicelah bibirnya. Hebat jugak penangan bekas suami Mariana, katanya dalam diam.
Muzaffar Ikram menutup pintu dengan kasar kemudian dia duduk disofa dengan helaan nafas. Dia mengeluh panjang sambil kepalanya mengadap siling rumahnya.
Apalah nasibku ini?Hmm…
*****
Nenek mengeluh saat cucunya tidak berjaya memujuk Dhia. Dia berdoa supaya Dhia dapat bekerja di syarikatnya namun harapan itu punah setelah Razree mengatakan yang Dhia masih belum beri keputusan.
“Laa…kenapa Raz cakap Raz call nenek? Kan Dhia dah merajuk. Dia tu dahlah sensitif sikit lepas bercerai ni. Macam-macam dah berlaku kat dia.”
“Raz minta maaf nenek. Raz baru tahu sikap dia yang cepat sensitif bila Raz cakap pasal tawaran bekerja. Bila Raz tanya soalan pasal kerja, dia tak nak jawab.”
Puan Hadijah mendengus. “Raz, nenek harap Raz pujuklah Dhia tu selagi Raz ada kat situ dengan Dhia.”
“Raz bila dah tahu perangai Dhia macam tu, Raz rasa ada baiknya kita biarkan dia bertenang dulu, lepas dia dah rasa okey, baru Raz cakap.”
“Tapi nenek tak boleh sabar, Raz! Nenek kalau boleh nak Dhia tu bekerja di syarikat nenek. Nenek tak mahu dia macam tu aje sampai bila-bila.”
“Raz faham perasaan nenek. Tapi Raz tak tahu nak cakap macam mana lagi supaya Dhia setuju kerja dengan Raz. Nenek cuba bagi cadangan supaya Dhia setuju?”
“Cadangan? Kejap, nenek fikir dulu.” Puan Hadijah berfikir seketika. Razree hanya menunggu jawapan daripada nenek.
Setelah berapa saat berlalu, nenek mendapat satu idea. “Okey, nenek dah dapat idea. Apa kata nenek cakap dengan mak cik Suria? Mak cik Suria bila cakap dengan nenek, mesti dia tak membantah punya. Nanti nenek cakap dengan mak cik Suria kamu bila mereka berdua dah balik nanti.
             “Raz rasa, ada baiknya biar Raz cakap dengan mak cik Suria. Dia kan ada kat sini, senanglah Raz nak ajak dia berbual.”
“Mak cik Suria dia ada kat mana sekarang?”
“Mak Cik Suria tengah menjamu selera kat warung Pulau Besar bersama dengan secretary saya. Dhia kat dalam bilik. Mungkin tengah berehat kut? Nanti saya cakap dengan mak cik Suria ye.”Razree memberi kata putus.
“Okeylah kalau macam tu. Nenek harapkan kamu aje sekarang ni? Dahlah. Nenek nak rehat dulu. Kepala ni asyik pening aje. Semalam pening, hari ni pun pening lagi.”
Razree mula risau. “Nenek, pergilah berehat. Bila Raz dah balik Kuala Lumpur nanti, Raz akan jenguk nenek.”
“Hmm…nenek nak rehat dululah. Jaga diri kat sana Raz.”
“Nenek yang wajib jaga diri. Raz tahu jaga diri Raz sendiri.”nasihatnya kepada nenek. Ini kali pertama dia memberi nasihat kepada neneknya sendiri. “Raz mintak diri dululah ye. Insyallah, Raz akan bagi berita gembira kat nenek. Assalamualaikum…,”katanya dengan hormat.
Selepas ini, tahulah dia hendak memujuk mak cik Suria!
Mak cik Suria, Razree datang ni!!dia tersengih sendirian lalu membawa diri ke warung yang mak cik Suria sedang menjamu selera.







6 ulasan:

lee jee joong berkata...

best ... nak lagi nak lagi kali ni kes nak pujuk mak dhia plak ngan muzz dah salah langkah.. padan muka

Unknown berkata...

padan muka Muz!! hehe
ske sgt kata CERAI! hehe

Ruunna Qizbal berkata...

nak lagiiiii :)

Unknown berkata...

hehe..nnt akk bg ye yunk.. ;)

kak ida berkata...

pergh..hukum karma dah berlaku pada mariaana..tetapi adakah itu sudah mencukupi untuk menebus semua tuduhan yg telah diberikan kepada Dhia..dan adakah Muz..akan mencari dan merayu pada Dhia agar kembali pada dirinya..kalau akak ditempat Dhia..sekali dia melafazkan kata kata kesat dan menyakitkan hati itu dan perilakunya yg berkawen dengan Mariana dan memalukan nya dengan menuduhnya curang dan sekaligus melafazkan kata talak didepan org ramai..akak tak akan toleh kembali..kalau dia boleh melakukan begitu pada akak..biarlah akak berlalu pergi..tak guna nak menegakkan cinta lama mereka..

Unknown berkata...

Tidak cukup kak ida..
Dhia takkan berpaling pada Muz lagi..
ssah utk seorang perempuan yg diceraikn secara tiba-tiba...