Selasa, 30 April 2013

BAB 29 Pulanglah Padaku



 “Ibu…cepat kemas barang ye. Kita dah nak balik.”ujar Dhia ketika ibunya sedang sibuk menelaah buku agama diatas katil.

Puan Suria berkerut dahi. Dia terus menutup buku yang dibaca. “Balik? Tak sampai tiga hari kita kat sini dah nak balik? Ibu tak puas lagi bercuti kat sini.”

“Ibu, Dhia pun tak puas bercuti kat Pulau Besar ni tapi kita terpaksa balik sebab abang Razree risaukan nenek kat rumah.”katanya dengan berterus-terang.

“Kenapa dengan Puan Hadijah?”hatinya mula tidak sedap.

“Nenek sakit. Hari tu Dhia pergi rumah nenek sebab dia pening kepala.”

Puan Suria risau. “Kalau macam tu, kita balik cepat sikitlah. Ibu risau pulak bila Dhia cakap Puan Hadijah sakit.”

“Dhia dah siap kemas barang-barang Dhia.”dia mengangkat beg kepunyaannya lalu di letakkan ke atas katil. “Dhia nak pergi tukar baju dulu.”dia terus masuk ke dalam bilik air dan menukar baju.

Puan Suria dengan tergesa-gesa memasukkan pakaian kotor dan kain telekung yang disangkut ke dalam begnya. Jika boleh, dia ingin terbang ke rumah Puan Hadijah sekarang juga dan menjaga wanita berusia itu.

 

*****

            Dhia dan Puan Suria menanti ketibaan Razree dan setiausahanya di depan warung yang berdekatan. Selang 10 minit kemudian, mereka berdua sampai dihadapan mereka dengan membawa beg masing-masing.

“Abang dah tempah satu bot laju. Hanya untuk kita berempat. Lebih cepat lebih bagus. Naik feri kena ikut jadual.”

            “Kalau itu kata abang, marilah kita pergi. Nanti pasang surut, bot tak boleh bergerak pulak.”ajak Dhia. Puan Suria dan setiausaha abang Razree hanya mengikut dari belakang manakala dia dan lelaki itu didepan.

Sampainya mereka berempat di Jeti Umbai, seorang pemandu bot telah bersedia menunggu mereka. Kesemua beg yang berada digenggaman mereka diletakkan dengan cermat di belakang tempat duduk penumpang oleh pemandu bot tersebut.

Mujur pasang surut tidak berlaku pada waktu mereka menaiki bot laju.

Puan Suria dan setiausaha Razree mula menaiki bot laju. Mereka duduk dibelakang pemandu bot manakala Dhia dan Razree duduk dibelakang mereka berdua.

Dhia yang agak ralat dengan kawasan perairan segera memaut lengan abang Razree yang duduk disebelahnya. Dia takut untuk memandang ke bawah pulau. Takut ada binatang buas seperti buaya yang tiba-tiba datang menerjah mereka.

Razree tersenyum manis apabila Dhia memegang lengannya lantas dia menepuk tangan perempuan itu lembut supaya tenang sepanjang perjalanan nanti.

“Dhia jangan takut ye. Abang ada kat sebelah.”ujar Razree lembut.

Dhia mengangguk. Dia pantas menutup mata setelah bost laju itu memulakan perjalanan. Perasaan takutnya begitu memuncak ketika ini.

Puan Suria yang berada didepan mengerling sekilas ke belakang sesaat sebelum beralih ke depan semula. Dilihat anaknya sedang memaut lengan Razree.

Alangkah indah jika mereka dapat bersatu.bisiknya dalam hati. Dia dapat merasakan yang Razree seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sesuai untuk anaknya. Namun dia faham, hati anaknya masih kebal untuk bersatu atau menjalinkan hubungan dengan sesiapapun.

Dalam hati dia berfikir, apa yang Dhia mahukan lagi dari Muzaffar? Bukankah lelaki itu membenci anaknya? Bukankah lebih elok jika mereka berhubung ditalian daripada berjumpa? Dia seboleh mungkin tidak mahu sesuatu berlaku pada anaknya. Cukuplah anaknya dimaki dan dihina oleh keluarga Muzaffar. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali!

******

Alhamdulilah, setelah empat puluh minit duduk di atas bot laju, mereka berempat sampai di Kompleks Melaka Sentral, sebuah terminal bas yang berkonsepkan KLIA dengan menaiki sebuah teksi.

Didalam teksi tadi, mereka terpaksa berhimpit supaya masing-masing mempunyai ruang untuk duduk. Razree duduk didepan sementara yang Dhia, Puan Suria dan setiausahanya duduk bertiga dibelakang.

“Dhia dan mak cik jangan bimbang. Perjalanan balik ke Kuala Lumpur saya tanggung.”kata Razree setelah masuk didalam terminal itu.

Dhia termangu. “Abang ni biar betul? Banyak tu nak kena tanggung. Dahlah tadi abang bayar duit naik bot laju tu. Sekarang ni abang nak bayar duit tiket pulak? Saya rasa tak sedap hatilah kalau macam tu.”

“Abang kan bos, bos kan banyak gaji jadi tak payah nak risaulah kalau abang tanggung kos balik Kuala lumpur. Lagipun bukannya mahal pun harga tiket. Macam beli aiskrim aje.”kata Razree dengan nada riak.

Dhia mencebik. “Eeii…berlagaknya lelaki ni. Allah tarik balik kesenangan abang tu, nak? Cakap macam dia paling kaya.”

Razree tersentap. “Opss…sorry kalau abang berlagak.”dia menutup mulutnya. “Ya Allah, maafkan hambamu ini.”monolognya sendiri sambil memejamkan mata.

Dhia tersenyum. “Pandai pun muhasabah diri.”dalam hati dia terpikat dengan cara percakapan abang Razree. Gaya percakapannya tatkala berhadapan dengan perempuan penuh sopan-santun. Contoh terdekat yang dia nampak setakat ini, ibunya dan setiausaha lelaki itu.

“Abang beli tiket, kita orang duduk kat sana dulu ye. “kata Dhia sambil tangannya menunding kearah kerusi yang masih tiada pengunjung itu. Kakinya mula melangkah bersama ibu dan setiausaha abang Razree ke tempat duduk yang masih lagi kosong namun tangan Razree pantas menangkap pergelangan tangannya.

Hampir terdorong badan dia ke badan sasa lelaki itu. “Abang! Apa ni?!”terjerit dia disitu. Hendak marah lelaki itu, dia tidak mampu. Abang Razree terlalu baik padanya. Tidak sampai hati dia mahu memarahi lelaki itu dihadapan ibu dan Dahlia.

“Biar ibu dengan Dahlia duduk kat kerusi dulu. Dhia temankan abang beli tiket ye.”pujuk Razree lembut.

“Ibu dengan Dahlia duduk dulu. Dhia pergi temankan Razree kejap.”ujar Dhia dengan senyuman sungging. Dia sebenarnya malas nak teman lelaki itu membeli tiket. Kepalanya masih lagi dalam keadaan pening. Bot laju dan  teksi yang dinaiki tadi memberikan kesan sampingan terhadap kepalanya.

Puan Suria membalas dengan senyuman sebelum dia mengajak setiausaha Razree mengikutnya ke tempat duduk. Dia gembira melihat keakraban Dhia dan Razree yang bagai pinang dibelah dua.

Setelah Dhia melihat ibunya dan setiausaha abang Razree pergi ke tempat yang dituju, dia terus bermuka masam didepan lelaki itu.“Apalah abang ni. Main tarik aje tangan orang.”rengusnya. “Kalau nak suruh temankan, cakap ajelah. Ni main tarik-tarik pulak.”dia memuncungkan bibir tanda tidak berpuas hati.

“Ala…ala…marahnya sayang abang ni.”Razree tersengih. Dia suka bergurau dengan perempuan ini.

“Siapa sayang abang? Eeii…gedik!”dia menjeling lelaki itu. Dia berjalan sambil menghentak kaki ke tempat membeli tiket. Razree hanya senyum melebar melihat telatah Dhia.

“Dhia nak pergi mana tu? Nak beli tiket ke?”usiknya.

Kaku kakinya di depan jual tiket Melaka-Kuala Lumpur. Kepalanya dipusingkan mengadap lelaki itu. “Mana ada Dhia nak beli tiket, Dhia nak tengok ada lelaki hensem tak yang jadi penjual tiket. Kalau ada, Dhia nak mengorat.”perli Dhia.

Razree berdiri disebelah Dhia. “Amboi…dekat sebelah dia ni tak nak pulak mengorat. Abang punyalah hensem macam model catwalk, dia pergi cari lain pulak.”Razree menayang muka cemberutnya. Sengaja dia tayang muka sebegitu untuk mendapat perhatian daripada Dhia.

“Abang hensem ke? Rasa macam tak aje.”dia mengusik lelaki itu walhal dalam hati dia kagum dengan kekacakan lelaki itu yang tampak sempurna dimatanya.

“Abang tak hensem ke?”dia meneliti dirinya sendiri. Rasa-rasanya dia boleh dikategorikan lelaki idaman Malaya.gumamnya. Mata Dhia dah kabur ke sampai tak boleh nilai yang dia kacak. “Kalau Dhia kata abang tak hensem, kenapa ada gadis-gadis kat sekitar terminal ni pandang abang? Itu maknanya diorang syok kat abanglah tu.”jawabnya dengan dengan nada bangga.

“Eeii…diorang yang tengok abang tu sakit mata kut.”katanya dengan sedikit cemburu. Abang Razree memang lelaki idaman malaya. Bertuah siapa yang dapat berkasih dengan lelaki itu. Dia janda. Mana layak untuk mendapat lelaki sekacak abang Razree.

“Abang pergilah beli tiket dulu. Dhia tunggu kat sini.”

“Yalah, Dhia tunggu sini. Jangan kemana-mana.”kata Razree sebelum dia beratur membeli tiket. Agak panjang juga pengunjung yang beratur untuk membeli tiket. Dia terpaksa berdiri di barisan belakang.

Agak lama juga dia menunggu, dia mengarahkan Dhia berdiri disampingnya. Dia rasa bosan kerana tiada sesiapa yang boleh berbual dengannya. Kan best jika Dhia berbual dengannya.

“Dhia dah tunggu kat situ yang abang nak panggil Dhia buat apa?”dia menghentak salah satu kakinya. Razree tersengih mendengarnya.

“Dhia duduklah sebelah abang. Abang bosanlah kalau takde kawan nak diajak berborak.”dia menarik rapat Dhia ke sebelahnya.

Dhia mencebik geram. Mulutnya terkumat-kamit mengkritik lelaki itu. Dengan setiausaha sendiri, tak nak pulak diajak berborak.gerutunya.

Razree tergelak dalam hati melihat tingkah Dhia yang seakan-akan tidak suka berdiri disebelahnya. Namun dia tidak peduli dengan itu semua.

Apa yang penting, Dhia berada disampingnya…

*****

“Dhia…Dhia!!”kejut Razree setelah melihat perempuan itu sedang leka tidur dibahunya didalam bas yang mereka berempat naiki. Langsir kecil yang ditutup sebentar tadi dibuka semula bagi menerangkan kawasan tempat duduknya.

Puan Suria dan Dahlia duduk dibahagian depan manakala mereka berdua duduk bersama di bahagian tengah. Dia tidak sangka yang Dhia terlentok dibahunya. Bukan main lena perempuan itu tidur. Terpaksalah dia menjadi ‘bantal’ kepada perempuan itu.

“Dhia, bangunlah. Kita dah nak sampai ni.”bisik Razree di cuping telinga Dhia. Tetapi perempuan itu masih berdegil. Matanya masih lagi tidak dibuka.

‘Hmm…biarlah dia tidur kat bahu aku. Best jugak bila Dhia tidur sebelah aku ni.’dia tersenyum sendiri.

Ibu Dhia tiada disisi Dhia memberinya peluang untuk dia menguak rambut Dhia yang terjatuh ke bahagian muka. Ditarik rambut itu lalu diselak ke belakang. Sementelah, dia sempat menghidu rambut Dhia yang wangi mengharum. Mungkin perempuan ini menggunakan perapi bagi menambah keharuman rambut.desisnya.

Sudah lama dia tidak merasa sebahagia ini. Bersama Dhia, dia dapat merasai kebahagiaan itu.

Adakah dia telah jatuh hati pada Dhia?

Hanya dirinya sahaja yang mampu merungkaikan perasaan itu…

*****

Bas yang mereka berempat naiki sudah pun sampai ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dengan hati yang terpaksa, dia mengejutkan Dhia bangun walaupun dia seboleh mungkin ingin perempuan itu terlentok dibahunya sampai bila-bila.

“Dah sampai ke bang?”mata Dhia yang terpejam tadi dibuka perlahan. Terkebil-kebil matanya memandang sekeliling. Ditenyeh matanya berapa kali supaya tidak kelihatan kabur.

“Dah sampai pun. Penumpang kebanyakannya dah turun bas. Kita aje belum turun. Nasib baik pemandu bas tak marah kita berdua duduk lama-lama kat sini.”

Dhia yang perasan kepalanya terletak elok diatas bahu lelaki itu pantas duduk menegak. “Sorry bang. Tak perasan Dhia tidur dekat bahu abang.”dia malu. Ingin saja dia memukul kepalanya kerana tidur berbantalkan bahu lelaki itu.

“It’s okay, Dhia. Abang ingat nak suruh Dhia tidur lama sikit kat bahu abang.”sakat Razree.

Dhia bertambah malu. “Abang ni, ada-ada aje.”rengusnya. Dia bangun dari tempat duduknya. Dahlah! Kita turun bawah. Dhia tak sabar nak balik rumah dan jumpa…”katanya berhenti disitu. Takkan nak sebut nama Muzaffar depan abang Razree kan?

“Hish, turun ajelah!”dia terus bergerak meninggalkan Razree yang kelihatan terpingga-pingga dengan dirinya.

“Eh, Dhia. Tinggalkan abang pulak kat sini. Kita penat tunggu dia bangun, dia main pergi aje”dia turut bangun dan mengejar Dhia yang tergesa-gesa mengambil beg dan barang-barang yang lain.

*****

“Marilah mak cik, Dhia. Raz hantar korang berdua balik rumah.”katanya setelah meletakkan barang-barang kepunyaannya ke dalam bonet kereta Camry miliknya.. Setiausahanya, Dahlia telah pun pulang ke rumah menaiki keretanya sendiri yang terletak elok ditempat parking.

“Mak cik rasa tak perlu kut. Teksi ada kat depan tempat parking tu. Kami balik naik teksi ajelah.”dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan Razree lagi. Cukuplah dia menampung perbelanjaan dan tiket untuk balik ke Kuala lumpur.

“Aah lah bang. Biar ajelah kita orang balik sendiri. Abang baliklah dulu. Nanti kita pandai-pandailah nak naik teksi.”sampuk Dhia. Dia malas sebenarnya mahu balik dengan lelaki ini. Rasa malunya kerana tidur dibahu lelaki itu masih segar di ingatan.

Razree merenung Dhia tajam. “Abang tak kira, abang nak hantar jugak Dhia dengan mak cik balik.”jawabnya dengan tegas. Dia membuka pintu kereta belakang. Menjemput ibu Dhia masuk ke dalam keretanya.

Dhia menyengetkan bibirnya. Tanda meluat dengan perangai lelaki itu. ‘Kita nak balik, dia pulak yang tergedik-gedik nak hantar. Balik ajelah.’gumamnya dalam hati.

“Tak susahkan Raz ke?”

“Taklah. Raz suka lagi adalah.”Dhia menjeling lelaki itu dengan jelingan maut. Geramnya dia dengan lelaki ini.

Razree dengan senang hatinya mempersilakan Puan Suria masuk ke dalam kereta sementara Dhia duduk didepan sambil menghela nafas panjang. Makin meluat Dhia tengok lelaki itu yang suka tersengih-sengih didepannya. Tak pasal-pasal dia kena duduk depan! Dahlah aku malu dengan dia.gumamnya.

Setelah kedua-duanya masuk dan ditutup pintu dengan cermat, Razree berkata yes!, tanda dia gembira kerana kedua-dua perempuan itu sudi menaiki keretanya.

*****

“Mak cik terhutang budi pada Razree sebab sudi hantar kami balik. Bertuah Puan Hadijah ada cucu yang baik macam Razree ni.”puji Puan Suria tatkala Razree menurunkan beg-beg mereka dari bonet belakang.

Dhia yang duduk disebelah menyengetkan mulut. Amboi ibu…puji sangat si abang Razree tu. Anak dia sendiri tak nak pulak puji!”kritiknya dalam hati.

“Small matter, mak cik. Lagipun kalau mak cik dengan Dhia balik naik teksi sekalipun, tambang mesti mahal punya. Dahlah sekarang kadar tambang teksi mahal. Kalau mak cik dengan Dhia naik teksi dari TBS ke rumah ni, saya kira dah lebih tiga puluh ringgit rasanya.”

“Betul jugak cakap kamu tu Raz. Mak cik bukannya banyak duit nak bayar banyak-banyak ni. Terima kasih sekali lagi ye Raz. Nanti ada masa, datanglah ke rumah mak cik ni.”

“Raz pasti akan datang sebab minggu depan Dhia dah mula kerja. Mungkin Raz akan ambik dia pergi dan balik kut.”cadangnya. Dhia memandang wajah lelaki itu dengan mengacip gigi.

“Bagus jugak tu Raz. Tak adalah mak cik risau kalau dia balik sorang-sorang.”dia lega. Ada juga yang sudi menghulurkan bantuan untuk menghantar anaknya pergi dan balik. Sesungguhnya Razree memang seorang lelaki yang baik.

Razree tersenyum gembira mendengar kata-kata daripada Puan Suria manakala Dhia sudah membuat muka masamnya.

“Kalau macam tu, saya mintak diri dululah ye. Assalamualaikum mak cik…”dia menunduk wajahnya sedikit. Tanda hormat kepada wanita berusia itu.

“Waalaikumsalam…”jawab Puan Suria sebelum dia membuka pintu pagar dan masuk ke dalam rumah membawa begnya. Ditinggalkan Dhia dan Razree berdua-duaan disitu.

“Assalamualaikum untuk Dhia jugak. Jaga diri baik-baik tau. Nanti abang call.”dia mengerakkan jari kelingking dan ibu jarinya ke telinga. Dia mula berjalan memasuki keretanya dan terus berlalu dari situ.

Jika boleh dia ingin berlama dirumah Puan Suria namun dia sedar apa yang penting kini, dia perlu melawat neneknya. Kerisauan bertambah semenjak Dhia memberitahunya yang nenek sering pening kepala.

“Waalaikumsalam…”jawabnya acuh tak acuh. Dia kaku tidak bergerak memandang kereta Camry milik abang Razree meninggalkan kawasan perumahannya.

*****

Muzaffar Ikram keluar dari kereta tatkala melihat seorang lelaki yang menghantar Dhia dan bekas ibu mertuanya ke depan rumah. Dia yang duduk dalam kereta tidak jauh dari rumah ibu mertuanya tidak dapat mengecam siapakah lelaki yang menghantar Dhia dan bekas ibu mertuanya.

Hatinya mula berdetak cemburu. Bukan cemburu yang sedikit. Cemburu yang setinggi gunung Everest! Cepat betul bekas isterinya mendaoat pengganti dirinya

Muzaffar Ikram berlari anak mendapatkan bekas isterinya yang mula menapak masuk ke dalam rumah

“Lama betul kita tak berjumpa kan Dhia?”kata satu suara dari belakang tatkala Dhia berjalan untuk masuk ke rumah.

Dhia berpaling dari belakang. Terperanjat dia dengan insan didepan mata. Muzaffar rupanya!!

“Muzaffar?”tergagap-gagap dia berkata.

Muzaffar tersenyum sinis lalu dia ketawa sedikit. “Oh, masih ingat lagi nama abang. Ingatkan dah luput dalam fikiran tu.”dia mendekati bekas isterinya.

Dhia apalagi, berundur setapak ke belakang apabila bekas suami menghampirinya.

“Dhia apa khabar, sayang?”ujar Muzaffar Ikram dengan nada romantis.

Menggigil tubuh badan Dhia mendengarnya. Sayang? Ya Allah…aku tak bermimpi kan?dia mengeleng-gelengkan kepala sesaat.

“Dhia khabar baik. Sebenarnya Dhia tak sangka Muzaffar boleh datang rumah Dhia. Dhia ingat nak jumpa Muzaffar.”katanya dengan suara yang masih tergagap-gagap.

Mata Muzaffar Ikram bersinar. Dia menjadi teruja. “Dhia nak jumpa abang? Abang tak salah dengar kan?”dia bagaikan orang sasau ketika ini. Jika boleh, dia mahukan Dhia semula. Dia mahu Dhia menjadi isterinya semula!

Dhia mula berasa takut. Bekas suaminya ni dah macam orang gila gamaknya sampai nak dekat dengan dia. Dia berundur setapak lagi ke belakang. “Dhia nak jumpa Muzaffar sebab nak serahkan sesuatu benda pada Muzaffar. Tapi benda tu tertinggal kat atas. Dhia pergi ambik kejap.”itulah alasan terbaik yang diberikan bagi menghilangkan darah gemuruhnya.

Muzaffar Ikram berasa bertambah teruja apabila bekas isterinya ingin memberikan sesuatu kepadanya namun kini dia tidak mahu Dhia jauh darinya. Dia mahu melihat wajah itu dengan lebih dekat.

Untuk tidak mahu bekas isterinya masuk ke dalam rumah, dia segera memaut erat lengan bekas isterinya itu.

Dhia terpana. Darah gemuruhnya yang memuncak tadi hilang tatkala Muzaffar Ikram memegang lengannya. Kini, kemarahan yang menebal dalam dirinya.

“Kenapa ni Muzaffar? Awak tak ada rasa hormat ke?”dia mula bersuara lantang.

“Dhia sayang…maafkan abang. Kita bersatu macam dulu, okey tak?”tangannya masih tidak melepaskan lengan bekas isterinya.

            “Dhia cakap, lepaskan…lepaskanlah!”pekiknya dengan kuat. Dia berang apabila Muzaffar memaut lengannya erat bagai tidak mahu dilepaskan.

“Abang takkan lepaskan Dhia selagi Dhia tak maafkan abang.”dia masih dengan pujukannya.

“Jangan kau berani sentuh dia, Muzaffar!!”tidak semena-mena Razree datang dan menumbuk muka Muzaffar. Terjelepok dia diatas jalan tar  itu.

Muzaffar tergamam. Abang Razree?dia memandang sekujur tubuh lelaki itu dengan renungan yang tajam. Mulutnya mula mengalir darah. “Abang buat apa kat sini?”terketar-ketar bibirnya berkata.

Dhia terkejut. Dalam hati dia berterima kasih kerana lelaki itu datang menyelamatkannya dari dipegang bekas suaminya. Dia lekas menyorok dibelakang abang Razree.Tak sangka abang Razree sanggup datang ke rumahnya semula.

Syukur padaMu Ya Allah!!

“Kau tak payah nak tanya aku buat apa kat sini. Dia teman wanita aku. Kau jangan sentuh dia walau seinci pun. Ada faham?!!”jerkah Razree.

Terpana Muzaffar mendengarnya. Matanya membulat. Bekas isterinya mempunyai hubungan istimewa dengan abang Rayyan Zikri?

Adakah lelaki yang menghantar Dhia dan bekas isterinya adalah abaang Razree?

Oh, tak mungkin!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jumaat, 26 April 2013

BAB 28 Pulanglah Padaku



    Seawal pagi lagi, Dhia sudah menjejakkan kaki di depan pulau chaletnya. Dia sudah menelefon abang Razree untuk menemaninya bersenam sekaligus untuk memaklumkan tentang persetujuannya untuk bekerja di syarikat nenek.

Kini dia mendapat banyak ketenangan setelah menunaikan solat iskthikarah malam tadi. Matanya yang sukar dilelapkan membolehkan dia membuat solat sunat di malam hari. Ternyata selepas solat isthikarah, dia bertambah yakin untuk menyatakan kepada abang Razree yang dia bersetuju untuk menerima tawaran nenek.

Angin yang berhembus-hembus ke arahnya membuatkan Dhia menjadi segar dan lebih tenang. Kedua tangannya dilapangkan agar dia dapat menghirup udara yang nyaman.

“Argh, damainya rasa…”udara disitu disedut sepuas mungkin.

“Ceria nampak?”sampuk satu suara yang berbisik ditelinga kanannya.

Dhia tersentak seraya dia memandang ke belakang dengan mata yang membulat. Abang Razree! Bahunya terenjut sedikit kerana kesan kejutan yang dilakukan lelaki itu lantas ditepuk manja bahu lelaki itu. “Abang ni buat Dhia terkejut aje tau. Cubit karang, lebam lengan tu!”Razree terkekeh-kekeh ketawa.

“Saja abang buat Dhia terkejut sebab abang tahu Dhia tak kuat melatah.”

“Ye pun janganlah sampai bisik kat telinga Dhia. Dhia dahlah geli bab bisik membisik ni.”muncung bibirnya menahan geram.

“Abang kenapa lambat? Dhia dah lama tunggu abang kat sini. Perut pun dah lapar sangat ni…”rengek Dhia. Mulut Razree terlopong mendengarnya.

“Dhia tunggu abang tanpa biar perut tu kosong? Abang dah sarapan kat bilik tadi.” Dhia ternganga. Matanya terkebil-kebil. “Abang dah makan? Dhia tak makan lagi…”kendur suaranya.  

“Haa..itu salah Dhia sebab abaikan perut tu. Lain kali kalau nak jumpa, isi perut tu dulu.”nasihat Razree bagai seorang abang kepada adiknya.

Dhia menundukkan wajah. “Yalah, Dhia salah.”perlahan nada suaranya.

“Dah tahu salah, meh abang temankan Dhia makan sekarang.”dia menarik tangan Dhia dan mengenggamnya.

Dhia berdebar dalam hati. Dipegang erat oleh seorang lelaki yang bukan mahramnya membuatkan dia tidak keruan. Dia mahu melepaskan genggaman lelaki itu namun tangan lelaki itu begitu gagah untuk dia melepaskannya begitu sahaja.Dhia hanya membiarkan tangan itu didalam genggaman lelaki itu sehingga tiba di warung.

*****

            “Makan banyak-banyak Dhia. Abang tengok badan Dhia dah nampak susut sekarang ni.”

            “Amboi bang…sempat lagi tilik bentuk badan Dhia?”dia malu sendiri apabila lelaki menegur tubuh badannya. Terlampau susutkah tubuh badanku? Rasanya macam tak ada yang berubah pun.bisiknya dalam hati.

            “Abang tak tilik tapi abang perhatikan tubuh badan Dhia semenjak kita bersua berapa hari lepas. Dhia banyak masalah ke sebelum ni sampai badan dah tinggal kepeng macam ni?”tanya Razree serius.

            Dhia menyengetkan mulutnya tanda tidak suka akan pertanyaan yang dilontarkan lelaki didepannya. “Abang jangan memandailah. Tak semestinya masalah boleh membuatkan badan kita menjadi susut.”

            “Kalau bukan masalah, sebab apa?”

            “Dhia banyak bersenam. Itu yang menyebabkan badan Dhia kurus keding macam ni.”

“Abang tak rasa macam pasal bersenam ni…”hatinya tidak berasa tenang dengan jawapan ‘bersenam’ itu. Dia dapat rasakan pasti berkaitan dengan masalah dalaman.

Tiba-tiba Dhia menampar tangan kanannya. Dia terasa sakit. "Apa ni, Dhia? Main pukul aje.”

“Abang tulah. Yang tak sedap hati pasal jawapan Dhia buat apa? Dhia cakap benda betullah!”walaupun hakikat sebenarnya dia mengalami masalah tekanan perasaan yang maha hebat. Pelbagai masalah yang membelenggu dirinya. Pandai abang Razree ‘merasa’ apa yang terbuku dihatinya.

“Entahlah, abang rasa tak sedap hati.”

“Abang ni macam pakar kaunseling pulak.”dia menjeling dengan ekor matanya. Dia serba salah kerana terpaksa menyembunyikan masalahnya kepada lelaki itu. Biarlah masalah itu disimpan didalam hati.

“Dhia makan dululah. Perut Dhia dah lapar sangat ni.”dia lantas menukar topik. “Abang pun jemputlah makan sekali.”pelawanya. Lelaki itu dah belanja dia, takkan tak ajak makan sekali kan?

“Hmm…makanlah. Makan banyak-banyak. Biar badan tu berisi sikit.”nasihat Razree. Dia mula menikmati teh susu yang dipesan tadi dengan menghirupnya perlahan-lahan.

Setelah berapa ketika, pandangannya melekat pada wajah Dhia yang sedang khusyuk menikmati makanan. Nampak sangat perempuan ini lapar!

“Makan perlahan-lahan Dhia. Malu sikit makan depan lelaki.”tegurnya.

Dhia mengunyah roti canai hingga masuk ke celah kerongkong. Mujur roti canai yang dimakan tidak terkeluar dari mulutnya. “Sorry, abang. Dhia lapar sangat ni.”dia tersengih-sengih.

“Lapar…lapar jugak. Makan perlahan-lahan ye. Dhia tu perempuan. Abang ni lelaki. Nak makan kena beradab kan?”

“Ya, bang.”akur dengan kata-kata itu, dia mengambil secebis roti canai lalu dikunyah perlahan-lahan. Tidak selaju tadi.

Teh susu yang tinggal separuh diletakkan ke atas meja. “So, macam mana dengan tawaran yang nenek bagi pada Dhia? Abang nak tahu sangat ni.”

“Haa?”dia baru sahaja ingin menikmati makanannya, abang Razree dah tanya soalan ‘pedas’ yang membuatkan dia terkedu sesaat.

“Dhia terima tawaran nenek tapi…”belum sempat Dhia meneruskan kata, lelaki dihadapannya bersorak kegirangan. Dhia mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah lelaki itu.

            “Alhamdulilah. Abang bersyukur ke hadrat Allah, Dhia terima tawaran tu!”Razree meraup wajahnya tanda dia bersyukur diatas persetujuan Dhia menerima tawaran nenek itu.

            “Dhia tahu, abang mesti excited Dhia kerja dengan abang.”

            “Mestilah abang excited! Tak adalah muka abang berkerut aje dalam office tu.”

            “Muka abang berkerut? Kenapa?”tanya Dhia pelik.

            “Abang kalau kat ofis memang serius giler! Muka asyik berkerut aje. Dengan pekerja abang, abang terpaksa buat muka serius kalau tak diorang ambik kesempatan terhadap abang.”

            “Wah, kalau Dhia dah kerja dengan abang, abang memang akan serius dengan Dhia lah ni?”

            “Tak kut . Sebab Dhia kawan abang dan abang akan senyum aje dengan Dhia.”

            “Kesian pekerja abang. Kalau dengan Dhia aje abang senyum nanti diorang mesti tak puas hati dengan Dhia.”ujarnya sambil tersengih-sengih. “Lepas ni, abang senyumlah kat semua pekerja abang. Senyum kan satu sedekah. Asyik serius aje. Pekerja lari nanti.”

            “Kalau Dhia nak abang sentiasa senyum, Dhia kena selalu teman abang makan bila kerja kat ofis nanti.”

            “Itu no hal!”katanya selamba. Ingatkan ada syarat yang dikenakan lelaki ini.

            “Tadi Dhia kata tapi. Tapi apa Dhia?”

            Kelu lidah Dhia untuk menjawabnya. “Dhia memang terima tawaran tu tapi Dhia tak nak nenek gabungkan Dhia dengan Ray dalam satu ofis.”

            Razree tiba-tiba ketawa. “Abang tak cakap apa-apa pun pasal Ray. Dhia teringatkan dia ke?”kata-kata itu membuatkan Dhia tersentap. Langsung dia geleng kepala menafikan.

“Buat apa Dhia nak ingat Ray. Dia pun bukannya ingat kat Dhia pun. Yalah, dia kan dah ada makwe.”katanya dengan suara perlahan. Dia minum air untuk menghilangkan keresahan yang melanda dalam jiwanya.

“Dia dah ada makwe? Biar betul?”mata Razree bersinar-sinar. “Abang macam tak percaya ni.”

“Abang kena percaya. Dia bukan mata keranjang macam dulu lagi. Dia dah berubah. Setia pada yang satu.”ujarnya dengan suara yang perlahan. Dia mengetap bibir. Sahabatnya yang satu itu makin hari makin meminggirkan dirinya. Dia resah jika teman wanita Rayyan Zikri bakal mengambil tempatnya sebagai orang yang paling rapat dengan lelaki itu.

“Impossible!”terkebil-kebil mata Razree dibuatnya. “Abang rasa macam nak baling kerusi yang abang duduk ni kat kepala abang. Abang betul-betul tak percaya dia dah ada makwe. Baguslah kalau dia dah sedar, setia pada yang satu lebih baik.”

Dhia tergelak kecil. “Abang ni, takkanlah sampai nak baling kerusi kat kepala pulak. Nak mati cepat ke?”

“Abang gurau aje. Dah lama abang tak jumpa adik abang sendiri. Abang rindu kat dia.”keluhnya sambil menopang dagu.

“Tulah abang. Kuat kerja sangat sampai lupa nak jenguk adik dengan nenek. Betul tak?”

“Nenek pun abang rindu jugak.”

“Abang jenguk-jenguklah nenek seminggu dua kali. Terubat rindu nenek kat abang nanti.”

“Tengoklah macam mana nanti. Kalau perangai nenek masih macam dulu, abang rasa kena fikir dua kali untuk jenguk nenek.”

“Maksud abang, perangai nenek yang suka mengongkong tu?”

“Pandai pun Dhia teka. Dhia tahu kan perangai nenek macam mana? Suka mengongkong kehidupan cucu-cucu dia? Itu sebab abang susah nak balik rumah sekarang ni”

“Dhia rasa abang tak boleh buat nenek macam tu. Abang tahu tak nenek sejak kebelakangan ni asyik pening kepala? Dhia risau betul tengok keadaan nenek sekarang ni. Hari tu Dhia pergi rumah nenek. Nenek tak sihat.”

“Hah? Nenek tak sihat?”terlopong mulut Razree mendengarnya. “Abang dengar suara nenek okey aje kat dalam telefon.”dadanya berdebar. Risau dirinya mendengar nenek sakit. Walaupun dia tidak suka dengan perangai nenek yang suka mengongkong dirinya, dia tetap mengambil berat akan kesihatan neneknya. Itulah satu-satunya saudara yang dia ada ketika ini selain adiknya, Rayyan Zikri.

“Abang silap. Kat telefon memanglah abang dengar suara nenek macam biasa tapi mana kita tahu kan nenek kawal suara agar abang tak perasan nenek sakit.”

“Abang rasa esok abang nak baliklah. Abang tak sedap hatilah kalau nenek tak sihat.”dia mula bangun dari tempat yang didudukinya.

“Abang nak balik? Kalau macam tu, kita balik sekalilah esok. Dhia pun tak ada apa nak buat kat sini lagi selain mengadap Pulau Besar ni.”dia pun turut bangun. Makanan yang ingin dijamah tadi dibiarkan. Dia tiada keinginan untuk menjamu selera setelah melihat wajah lelaki itu yang kelihatan sedih.

“Great! Kita balik sama-samalah. Nanti kita jenguk nenek sekalilah ye. Abang memang tak sedap hatilah bila dengar nenek sakit.”riak wajah razree bertukar sedih. “Lepas ni abang nak call nenek kejap. Dhia balik bilik dulu ye. Abang nak jumpa setiausaha abang dulu.”

Dhia mengangguk. “Yelah. Dhia balik dulu. Abang jangan sedih. Keadaan nenek masih terkawal saat ini.”dia cuba menenangkan lelaki itu sebelum berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

Razree perlahan-lahan menenangkan dirinya sendiri. Dia memandang kelibat Dhia yang keluar dari warung kecil itu.

Ya Allah! Berilah kesihatan yang baik terhadap nenekku...desisnya dalam hati.

******

Dhia tiba di rumah setelah memenangkan abang Razree yang agak risau apabila mendengar khabar yang kesihatan nenek tidak begitu baik. Dia pun bodoh jugak sebab bagi tahu lelaki itu tentang kesihatan nenek. Sempat juga dia meluku kepala sendiri selepas dia keluar dari warung kecil tadi kerana bercakap pasal kesihatan nenek.

Setelah berjalan berapa minit dari warung, akhirnya kakinya jejak juga ke tempat penginapannya. Kunci chalet yang berada di poket seluarnya dikeluarkan lalu dibuka pintu chalet itu.

Kelibat ibunya yang sedang khusyuk melihat sebuah majalah diatas katil menarik perhatiannya. Dhia menghampiri ibunya lalu dipeluk seerat mungkin. Wajahnya dimaniskan.

“Ibu…”katanya dengan manja. Puan Suria tersenyum manis. Berapa saat selepas itu, dia merenggangkan pelukan anaknya.

“Wah…sayang ibu ni nampaknya gembira bila balik jumpa Razree. Ada apa-apa ke?”usik Puan Suria. Dia senang melihat keceriaan yang terpancar diwajah anaknya. Mungkin ada sesuatu yang diperkatakan Razree hingga anaknya tampak gembira didepannya.

“Dhia dah tunaikan permintaan ibu untuk bekerja disyarikat nenek dan sekarang ni Dhia nak ibu tunaikan permintaan Dhia pulak.”katanya dengan nada ceria.

 Puan Suria menjongketkan kening. “Wah, anak ibu ni dah pandai nak buat permintaan kat ibu ye?”dia mengusik anaknya.

Dhia tersengih. “Ala, ibu. Bagi Dhia adil lah. Dhia dah terima tawaran kerja tu, ibu mintak Dhia tunaikanlah pulak permintaan Dhia ni. Lagipun Dhia mintak satu permintaan aje. Bukannya banyak pun.”dia memuncungkan bibir.

“Okey…okey. Ibu akan tunaikan permintaan Dhia. Dhia nak apa sayang?”dia mengelus rambut anaknya yang agak berserabai itu. Angin kencang di luar pulau chalet ini mungkin membuatkan rambut anaknya sedikit kusut-masai.  

“Dhia sebenarnya nak jumpa Muzaffar lepas kita balik nanti. Harap ibu kasi Dhia jumpa bekas suami Dhia. Puan Suria terkedu mendengarnya.

 “Dhia dah fikir masak-masak?” tanya ibunya lembut.

Dhia tersenyum meleret. Nampaknya ibu cakap lembut ni, bolehlah tu.detiknya dalam hati.

“Dhia rasa Dhia buat keputusan yang tepat. Ibu jangan risau. Dhia jumpa Muzaffar sekejap aje. Cinta Dhia pada bekas suami Dhia tu dah lenyap di hati dan Dhia akan jumpa dia sebagai orang yang Dhia kenalan biasa aje.”

“Pergilah kalau itu yang Dhia inginkan. Dhia dah tunaikan permintaan ibu untuk bekerja semula dah cukup membahagiakan ibu.”

Alhamdulilah…dapat jugak aku bertemu Muzaffar dengan keizinan ibu.bisiknya dalam hati.

 

 

Selasa, 23 April 2013

BAB 6 Kasihku Buatmu...



Mendung yang berarak mungkin bakal menerbitkan hujan lebat sebentar lagi. Baru nak menjengah masuk ke waktu tengah hari, dah nak hujan.
Kuasa Allah…siapa yang boleh menghalang daripada menurunkan hujan…
“Abang, dari pagi tadi tengok TV. Muka sayang abang langsung tak nak tengok.”rungutnya. Dia duduk disebelah suaminya. Dilihat suaminya tidak memandang langsung dirinya sejak dari pagi tadi.
Mohd Haffizat berdebar. Matanya menjeling wajah isteri tersayang sebelum menumpukan perhatian kepada rancangan TV. Benar, dia memang sukar untuk melihat wajah isterinya ketika ini. Bila sahaja terpandang wajah isterinya, dia terasa ingin menangis. Wajah isterinya sudah bertukar kepada yang lebih muram.
“Abang ni kenapa? Pandanglah sayang…”rengek Aimi Husna. Dia betul-betul berharap suaminya akan memandang dirinya namun dia hampa, suaminya bertambah giat menonton TV. Dia mendengus keras.
“Dahlah kalau tak nak pandang muka sayang. Sayang nak masak dulu. Tengah hari abang dah nak gerak balik rumah.”sinis suaranya.
Mohd Haffizat terkedu. Dia segera menarik tangan isterinya namun pantas ditolak isterinya. Mujur tangan yang ditepis isterinya tidak membuatkan dia jatuh tersungkur menyembah bumi. Kalau tidak, masuk hospitallah jawabnya hari ini.
“Sayang, tak nak temankan abang ke?”lembut nada yang dilontarkan Mohd Haffizzat bagi memujuk isterinya.
“Takpelah. Abang teruskan tengok TV kegemaran abang tu. Sayang nak masak sebelum abang balik.”sinis kata-katanya sebelum dia berlalu masuk ke dapur.
Terdiam Mohd Haffizat dibuatnya. Dia menonton TV dengan perasaan bersalah.
Aimi Husna berdiri didepan singki sambil matanya berair keluar. Diketap bibirnya rapat-rapat agar esakannya tidak terdorong keluar. Tangannya memegang kukuh singki didepannya. Namun, airmata bukan mudah untuk pendam. Tiba masa dia akan keluar juga.
Nampaknya dia kalah dalam memendam tangisannya. Airmatanya meluru keluar tanpa ditahan. Sedihnya masya Allah! Kenapa jiwa aku tak tenang sekarang ni?dia mememgang dadanya yang agak berdebar itu.
Diperhatikan jam didinding dapur. Hampir pukul 12 tengah hari. Lagi satu jam 45 minit lagi. Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini…bisiknya dalam hati.
Hari ini dia mahu masak makanan kegemaran suaminya, asam pedas ikan sembilang dan kangkung masak belacan. Walaupun dia tidak sepakar chef terkenal, tapi dia tetap mencuba untuk memuaskan selera suaminya.
Selang sejam kemudian, setelah menanak nasi dan memasak lauk-pauk, dia membawa satu persatu hasil tangannya ke meja ruang tamu yang berbentuk empat segi itu.
“Abang…makanlah. Sayang dah siap masak.”ujar Aimi Husna tanpa berpaling sedikit pun kearah suaminya yang masih lagi setia di depan TV.
“Abang tak nak makan!”rengus Mohd Haffizat tanpa mempedulikan perasaan isterinya.
Terkaku Aimi Husna ditepi meja. “Abang kenapa ni? Sayang ajak elok-elok kan?”dia mula panas membahang dengan tingkah suaminya yang berada diluar sedar. Dah nak balik pun buat perangai. Huh!
“Abang tak nak makan, abang tak nak makan!! Sayang makanlah sorang-sorang. Biarlah abang perut kosong kat sini.”tegas kata-kata suaminya.
Aimi Husna menarik nafas lalu dihembuskan perlahan-lahan. Dia menghampiri suaminya yang sedang ‘berangin’ itu dan memaut tubuh suaminya.
“Abang? What’s wrong with you? Sayang cakap baik-baik kan?”Aimi Husna cuba berlembut dengan suaminya namun suaminya pantas menepis pantas.
Mohd Haffizat memandang tajam wajah isterinya. “Baru sayang nak bercakap dengan penuh kasih sayang kat abang? Dah berapa hari sayang buat abang macam tu. Bila abang cakap, sayang jawab acuh tak acuh. Abang kat sini bukannya lama lagi pun tau. Lagi berapa jam aje lagi doktor tu nak sampai ambik abang. So, jangan bagi abang pergi dengan keadaan berduka.”panjang lebar bebelan suaminya.
Aimi Husna terkedu sekaligus mengucap panjang dengan apa yang dikatakan suaminya.
“Maafkan sayang, abang. Sayang tak bermaksud nak lukakan hati abang.”
“Sayang dah banyak kali ungkapkan kata maaf tapi tetap buat perkara yang sama jugak. Kalau abang mendiamkan mulut sepanjang hari ini, mesti sayang bengang jugak kan?”jantungnya turun naik menahan marah.
Aimi Husna terduduk di sebelah kerusi roda suaminya. “Abang, janganlah menghukum sayang. Sayang tahu sayang dah banyak buat hati abang kesal dengan sikap sayang. Sayang buat macam tu sebenarnya nak dapat perhatian abang sebelum abang balik rumah.”
“Sayang…please don’t be fool.”Aimi Husna terpaku. “Nak dapat perhatian dari abang sekalipun, takkan sampai nak buat muka monyok macam tu? Cubalah ceria sikit. Sayang pergi aje kat abang, abang akan ikhlaskan hati abang menyentuh sayang dengan seikhlas hati. Abang tak marah pun.”sambungnya lagi.
Aimi Husna terdiam seketika sambil tangannya bermain-main dengan baju suaminya.
“Jadi, bagilah abang peluang nak tengok wajah ceria sayang sebelum abang balik.”
Aimi Husna tersenyum simpul. Baru dia tahu kehendak suaminya yang inginkan dia ceria dan gembira.
“Haa…kan sayang abang ni gembira. Barulah abang suka dan bertambah sayang.”dia mencuit dagu isterinya yang agak runcing itu.
“Abang ni pandai mengayat!”muncung bibirnya. “Jangan guna sayang-sayang kat orang lain. Kalau sayang tahu, sayang tak nak kawan abang.”
“Siapa nak kawan dengan sayang? Sayang bukan kawan abang. Sayang isteri abang.”tekan Mohd Haffizat perkataan isteri itu.
Aimi Husna malu-malu kucing. “Abang ni, suka nakal dengan sayang. Ada aje ayat yang sayang tak dapat jawab kata-kata abang tu.”
“Haa…kan abang bekas pensyarah. Memang sayang tak dapatlah nak jawab kata-kata abang.”dia tergelak kecil. “Sayang, jom makan. Nak zohor tu. Kejap lagi abang dah nak balik.”
Aimi Husna terus terdiam membisu apabila suaminya mengungkapkan perkataan balik.
“Sayang, bila abang balik nanti abang harap hubungan kita ni kekal sampai bila-bila. Janji dengan abang yang sayang akan setia dengan abang. Tiada orang yang dapat memisahkan kita kecuali Allah. Hanya dia yag berkuasa menentukan takdir kita dimasa hadapan.”janjinya.
Aimi Husna mengangguk. Dia meramas tangan suaminya. “Abang tak perlu berjanji apa-apa. Sayang tak suka perkataan janji tu.”dia mengeleng tanda tidak suka.
“Yelah…yelah. Abang janji takkan ungkap perkataan janji tu.”
Aimi Husna tersenyum. “Abang, kita makan sama-sama. Perut abang mesti dah lapar kan? Sayang masak makanan kegemaran abang tau.”dia berubah teruja. “Abang wajib makan sebelum abang balik.”
“Kegemaran abang? Lauk apa?”suaminya pula yang teruja.
“Masak asam pedas ikan sembilang dan kangkung masak belacan. Pasti terangkat punya.”Aimi Husna menunjukkan tanda bagus.
“Wow! Abang suka dua lauk tu. Ini yang buat abang nak bawak dua lauk ni balik rumah ibu mertua sayang ni.”dia tersengih.
“Abang jangan memandai. Karang tak pasal-pasal ibu abang rasa pelik pulak ada tupperware kat abang.”
“Ala, bukannya ibu tahu itu tupperware sayang. Nanti kejap lagi sayang bagi sebelum abang balik ye. Abang balik aje rumah, abang nak makan masakan sayang dulu. Masakan ibu abang, abang tolak ke tepi dulu.”dia ketawa mengekeh.
“Fuhyoo…pentingnya masakan sayang ni. Ini yang sayang bertambah-tambah sayang ni.”dia pun turut ketawa sama.
“Lepas ni kita sembahyang sama-sama ye? Sayang dah kemaskan beg abang pagi tadi kan?Nanti doktor tak adalah tunggu lama-lama.”dia menyuap nasi dan lauk pauk yang dimasak isterinya ke dalam mulutnya.
“Dah…”suaranya berubah menjadi kendur.
Mohd Haffizat yang menunduk sedikit ketika makan merenung tajam kearah isterinya. Diambil tangan kirinya dan menghentak sedikit di tepi pinggan isterinya.
Aimi Husna tersentak. “Abang ni, sayang tengah sedap makan tau. Janganlah buat macam tu.”
“Haa..siapa suruh buat suara tak ceria? Abang kan dah kata, dengan abang mesti ceria.”
“Okey…okey. Sayang ceria okey?”dia melebarkan senyumannya sampai ke telinga. Baru puas hati dia dapat kenakan suaminya. Eeii..geram betul dengan suaminya yang cakap pasal balk, balik dan balik! Sabar ajelah wahai hati…
Mohd Haffizat terasa ingin tersedak. Kelakar betul dia melihat raut wajah isterinya yang sebegitu.
“Sayang makanlah cepat. Dah azan zohor ni.”dia kembali mengunyah makanan didalam mulutnya.
“Mana boleh makan cepat-cepat! Tercekik nanti.”dia tampar tangan suaminya lembut.
“Ada aje nak menjawabnya…”kata Mohd Haffizat sinis. Dia makan semula.
Mereka berdua meneruskan makan tanpa sebarang bualan.
Sedang suaminya menikmati makanannya, pandangan Aimi Husna tertoleh ke arahnya. Seketika, dia sempat merenung jam dinding.
Masa semakin terhad…argh, hati. Tenangkanlah hatiku ini…
*****
Tepat jam satu empat puluh lima minit tengah hari, beg pakaian suaminya sudah tersedia di sofa ruang tamu. Selesai dia solat berjemaah bersama suami tercinta, dia terus mengemas barang-barang keperluan suaminya.
Semasa suaminya duduk diatas, dia sempat mengambil hadiah yang berisi perakam suara di laci berdekatan TV. Mujur suaminya tidak nampak hadiah yang bakal diberikan kepada lelaki itu. Kalau tidak, hilanglah susprise!
“Sayang dah ke belum?”jerit Mohd Haffizat dari atas. Dia mahu turun ke bawah. Pakaian yang telah digosok dengan rapi oleh isterinya sudah siap dipakai.
Aimi Husna terkejut. Pantas dia menyorokkan hadiah yang dibeli semalam di dalam beg suaminya.
“Sekejap bang. Lepas ni sayang naik atas.”balasnya sambil menjerit sedikit. Mungkin suaminya menyuruh dia memapah lelaki itu turun ke bawah.
Kebiasaannya, dia akan membawa kerusi roda milik suaminya sebelum dia memapah suaminya turun ke ruang tamu. Hari ini hari terakhir dia memapah suaminya. Kenangan bersama suaminya akan tersemat kukuh di sanubari.
Tatkala Aimi Husna sudah sampai dibiliknya, suaminya bertanya. “Sayang, doktor tu dah sampai ke belum?”
Aimi Husna pantas menggeleng. “Belum lagi, bang. Kejap lagi sampailah tu. Abang dah tak sabar nak balik ke?”tanya dia dengan suara yang perlahan. Ada sedikit sebak dihatinya bila bibirnya menyebut perkataan balik.
Mohd Haffizat mengeleng. “Tak adalah. Ikutkan hati abang, abang tak nak balik kat rumah asal abang tu. Tapi sebab abang kena tunjukkan muka abang kat parents abang, abang terpaksa balik.”
Aimi Husna gembira mendengarnya. Dia faham suaminya memang berat hati mahu melepaskan dirinya keseorangan dirumah ini. Suaminya diangkat lalu diletakkan dengan cermat diatas katil. Kerusi roda kepunyaan suaminya perlu diturunkan dulu.
Tidak semena-mena, rumah teres dua tingkat ini bergema dengan suara nyaring yang pada penilaiannya adalah seorang lelaki.
Takkanlah doktor itu kut?desisnya.
Dada Aimi Husna berdegup kencang daripada kebiasannya.
“Sayang, abang rasa doktor lelaki yang rawat abang dah sampailah…”suara suaminya berubah kendur.
“Sayang pun rasa macam tu jugak.”menggeletar bibirnya menjawab.
“Sayang turunkan kerusi roda ni dulu ye. Nanti sayang papah abang pulak.”katanya dengan bibir yang masih menggeletar. Segera dia turun membawa kerusi roda suaminya turun ke bawah.
Tatkala kerusi roda suaminya sudah menjejakkan ke lantai, dia bergegas pula ke pintu depan rumah. Memang sah, memang tepat! Seorang doktor lelaki yang datang lengkap berjubah putih disertai dengan stetoskop. Dia terpaku memandang lelaki itu. Tampak hensem dan bergaya walaupun sekadar berjubah putih.
“Doktor yang merawat suami saya kan?”tanya sekadar ingin tahu.
“Benar, saya doktor kepada Mohd Haffizat. Saya nak ambik dia bawa balik ke rumah.”balas doktor lelaki itu.
Dalam diam, Aimi Husna terpukau dengan kata-kata doktor lelaki itu yang bergaya dalam pakaian dan percakapan.
Bertahan Aimi…bertahan Aimi…ingat kau dah ada status isteri.bisiknya dalam hati.
“Sebelum tu, nama doktor siapa?”
“Oh, lupa pulak nak kenalkan diri. Saya, Doktor Akil Qayyum.”lelaki itu menghulurkan tangan tanda perkenalan namun Aimi Husna hanya tersenyum.
“Saya, Aimi Husna. Isteri Mohd Haffizat.”mereka berdua tersenyum bersama.
“Sayang, kenapa lama sangat kat bawah tu?”jerit suaminya dengan tiba-tiba.
“Kejap, bang.”dia mula gelabah.
Aimi Husna segera mengambil beg kepunyaan suaminya lalu diserahkan kepada doktor lelaki itu. “Doktor masukkan ni dalam kereta dulu. Saya ambik suami saya kat atas kejap.”
Doktor Aqil Qayyum hanya mengangguk dan tersenyum nipis. Tanpa menunggu sesaat pun, dia membawa beg kepunyaan pesakitnya masuk ke dalam kereta Honda Civicnya.
Aimi Husna segera berlari naik ke atas. Agak sakit kakinya kerana menghentak kuat diatas tangga menuju ke biliknya.
Sampai sahaja dibilik, suaminya duduk menopang dagu diatas katil. Dia tersenyum nipis.
“Abang, kita turun ye. Doktor dah sampai tu.”arah Aimi Husna tergesa-gesa.
“Hmm…”itu sahaja balasan jawapannya.
Aimi Husna memaut rapat kedua-dua bahu suaminya seerat mungkin. Dia perlahan-lahan membawa suaminya turun meniti tangga.
*******
Mohd Haffizat merenung isterinya lama tanpa berkelip. Aimi Husna turut berpandangan sama seperti suaminya. Rasanya mereka berdua tidak mampu untuk berpisah namun takdir sudah menentukan, mereka harus akur.
Doktor Aqil Qayyum hanya duduk didalam kereta. Dia tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga mereka berdua. Biarlah mereka ‘berpisah’ tanpa diganggu atau dikacau pihak lain.
“Abang, kalau dah balik tu, jangan lupakan sayang walaupun sesaat.”dia mengusap pipi suaminya.
“Abang akan tetap ingat sayang. Sayang tu yang abang risaukan. Jangan rapat dengan mana-mana lelaki yang lebih kacak dari abang. Abang merajuk nanti.”
“Sayang akan setia dengan abang aje. Abang suami sayang dan sayang isteri abang.”hatinya mula rasa sebak.
“Perpisahan ini hanyalah sementara. Insyallah, ada masa abang akan jumpa sayang jugak.”
“Janji?”Aimi Husna menunjukkan jari kelingkingnya ke suaminya.
“Janji…”dia menyambungkan jari kelingkingnya ke jari isteri.
Mata Aimi Husna sudah memerah. “Sebelum abang pergi, sayang nak hadiahkan sesuatu untuk abang.”
Mohd Haffizat mengerutkan dahi. “Hadiah? Hadiah apa sayang?”
“Kat belakang badan sayang ni ada hadiah yang sayang nak bagi kat bang. Abang pilih yang kiri ke yang kanan?”teka Aimi Husna dengan sengihan.
“ Waktu abang nak balik ni sayang nak main-main pulak. Kenapa tak nak bagi terus?”
“Abang ni, sayang nak bergurau senda dengan abang pun tak boleh ke?”muncung mulut Aimi Husna.
Mohd Haffizat ketawa. “Okeylah. Abang rasa abang nak pilih kiri.”
“Betul ni nak pilih kiri?”
“Betul…”Mohd Haffizat tersenyum. Dia tidak sabar menanti hadiah yang akan diberikan isterinya. Inilah kali pertama dia mendapat hadiah dari isteri tersayang.
Aimi Husna mengepal tangan kirinya yang kosong itu lalu dihulurkan kepada suaminya. “Tara…ini hadiah untuk abang.”dia ketawa manja.
“Aik? Kosong aje? Abang ingatkan sayang betul-betul nak bagi hadiah kat abang. Sayang tipulah.”
“Sayang bukan tipu abanglah.”rungut Aimi Husna.
“Habis tu, tangan sayang tak ada hadiah pun. Baik sayang bagi diri sayang aje kat abang.”Mohd Haffizat mengusik isterinya.
Merah muka Aimi Husna menahan malu. “Abang ni nakallah.”dia menepuk lembut bahu suaminya. “Sayang tak tipu abang. Hadiah yang sayang nak bagi kata bang sebenarnya adalah…,”dia mengetap bibir sebelum dia dengan beraninya mengucup pipi lelaki itu, lama.
Mohd Haffizat terpana.
“Inilah hadiah sayang untuk abang.”dia menitiskan airmata. Mohd Haffizat mengetap bibir. Terharu isterinya menangis didepannya.
“Sayang ada satu lagi hadiah, tapi sayang letak kat dalam beg abang.”ujarnya.            “Hadiah lagi?”Mohd Haffizat berkerut dahi. “ Nanti abang bukak bila dah sampai rumah ye.”Mata Mohd Haffizat pun turut memerah. Sedih hatinya tatkala melihat isterinya menangis.
Aimi Husna menghentikan suaminya didepan kereta Honda Civic itu.
Dilihat doktor lelaki yang setia menanti kedatangan suaminya sudah keluar dari kereta. Pintu kereta penumpang dibuka luas. Memberi peluang kepada pesakitnya untuk masuk ke dalam.
“Sayang, abang nak pergi dah. Sayang jaga diri elok-elok.”
Aimi Husna mengangguk pantas. “Insyallah…”suaminya mengesat airmatanya yang kian membanjiri pakaiannya. Dia mengetap bibir.
Setelah doktor lelaki itu membawa suaminya masuk ke dalam, airmatanya makin mengalir deras. Tak sanggup membiarkan suaminya pergi dari sisinya.
Pintu kereta telah ditutup. Kerusi roda telah dimasukkan doktor lelaki itu ke bonet belakang kereta.
“Selamat tinggal, sayang…”Mohd Haffizat membuka tingkap sisi kereta. Tangannya melambai-lambai isteri tersayang.
“Selamat tinggal, abang…”dia sempat memaut erat tangan suaminya.
Kereta mula berbunyi. Aimi Husna berdebar. Dia tahu apa maksud kereta berbunyi itu. Itu tandanya kereta akan bergerak. Serasa tangannya tidak mahu dilepaskan di tangan suaminya. Dalam keterpaksaan, dia melepaskan tangan suaminya. Doktor lelaki itu sempat melambai dari tempat duduk hadapan.
Tanpa menunggu lagi, kereta itu terus meninggalkan rumah teresnya. Dia jatuh terjelepok diatas simen itu. Tangisannya menderu-deru. Teringat bait-bait lagu yang dinyanyikan untuk suaminya didalam kereta.
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
“Abang, selamat tinggal….”katanya lirih.