Jumaat, 3 Mei 2013

BAB 31 Pulanglah Padaku



Apabila malam menjelma, Razree menghentikan keretanya di luar garaj kediaman neneknya. Seorang pengawal keselamatan yang agak berusia berdiri di tepi garaj segera menunduk hormat padanya. Dia turut sama menundukkan mukanya sedikit tanda hormat kepada pengawal keselamatan yang bernama Pak Mat.
“Assalamualaikum, Pak mat. Pak Mat apa khabar?”ucapnya sambil mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. Sudah agak lama mereka berdua tidak berjumpa. Dalam semua pekerja yang berada di kediaman neneknya, Pak Mat yang paling rapat dengannya.
“Waalaikumsalam Raz. Alhamdulilah, Pak Mat sihat aje.”jawab Pak Mat. “Dah lama Pak Mat tak jumpa kamu semenjak kamu tinggal kat tempat lain. Bagaimana keadaan rumah yang kamu duduk tu? Selesa?”
Razree menghela nafas sedikit. “Bolehlah, Pak Mat. Walaupun rumah yang saya duduk tu tak berapa selesa macam rumah nenek ni tapi saya bersyukur sebab dekat dengan tempat kerja.”ujarnya.
“Baguslah kalau macam tu. Jimat duit minyak kan?”gurau Pak Mat seraya ketawa kecil. Razree turut tergelak sama.
Apabila ketawa mereka berhenti, Razree ingin meminta diri untuk masuk ke dalam. “Pak Mat, ada masa kita berbual lagi. Nenek mesti dah tunggu kedatangan saya. Pak cik kerja baik-baik ye.”katanya dengan penuh hormat sambil memegang bahu Pak Mat.
Pak Mat tersenyum. Dia gembira kerana Razree sudi berbual dengannya. Bukan macam cucu Puan Hadijah yang lagi seorang itu, susah sangat nak diajak berbual. “Masuklah Raz, Pak Mat rasa Puan Hadijah dah lama tunggu tu.”
Razree mengangguk perlahan. Lantas, dia masuk ke dalam ke dalam kereta dan terus masuk ke dalam setelah Pak Mat membantunya membuka garaj besi itu.
*****
Razree meletakkan kereta miliknya di tengah-tengah kediaman neneknya. Kelihatan tiga pengawal yang bertugas sedang berdiri di depan pintu.
Keadaan masih tidak berubah. Masih seperti lapan bulan yang lalu.bisiknya dalam hati. Keindahan rumah neneknya masih tidak berubah. Tetap cantik seperti dulu.
“Tuan!”kata salah seorang pengawal yang bertugas didepan pintu itu. Pengawal yang bernama Talib itu menuju kearahnya sementara dua pengawal yang lain bergerak menuju dihadapannya dengan tundukan hormat. Di hatinya terselit rasa bangga kerana ketiga-tiga pegawal itu mempunyai rasa hormat terhadapnya walaupun jarak umur mereka hampir sama.
“Puan Hadijah tunggu Tuan dibiliknya. Silakan.”pelawa pengawal yang bernama Muhd Samad itu. Razree mengangguk dan terus memberikan kunci kereta kepada seorang lagi pengawal keselamatan yang bernama Azli Ahmad.
Azli Ahmad mengambil kunci kereta dari tangan cucu Puan Hadijah lalu dia bergegas masuk ke dalam kereta Camry milik lelaki itu manakala seorang lagi pengawal berdiri di tepi pintu semula untuk menjaga kawasan luar kediaman Puan Hadijah.
Talib membawanya terus ke dalam bilik Puan Hadijah. Ketika sampai di pintu bilik Puan Hadijah, Talib mengetuk pintu bilik majikannya lalu memberi ruang kepada cucu majikannya untuk masuk ke dalam.
“Nenek!”tanpa salam Razree terus meluru kearah neneknya yang sedang bersandar di katil. Dia memeluk neneknya yang agak tidak bermaya itu. Talib yang  berdiri di pintu tidak mahu menganggu perbualan diantara majikan dan cucunya segera beredar dari situ. Tugasnya sebagai seorang pengawal di rumah ini perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
“Cucu nenek!”dia membalas pelukan Razree. Rindu pada cucunya yang sulung ini. Sudah berapa bulan mereka tidak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa pun sewaktu Razree meluahkan hasrat kepadanya untuk berpindah ke rumah baru.
Pada mulanya dia membangkang habis niat Razree itu namun dia sedar Razree mungkin tertekan dengan sikapnya yang suka mengongkong dan mengambil peluang untuk berpindah ke rumah lain.
“Baru sekarang ni nenek dapat jumpa Raz. Cakap kat telefon hari tu rasa macam tak puas aje. Raz datang rumah nenek, nenek rasa bersyukur sangat. Tak adalah nenek rasa sunyi sangat.”
“Nenek sunyi ke?”dia merenggangkan pelukannya. “Ray mana nek?”
Puan Hadijah mengeluh kesah. “Ray? Nenek tak tahulah nak jadi apa dengan dia sekarang. Susah betul nak nampak dia kat rumah sejak kebelakangan ni. Perangai dia makin hari makin teruk nenek tengok. Nak jenguk nenek kat dalam bilik ni susah betul. Duduk sama-sama kat rumah ni tapi langsung tak nak tanya khabar nenek. Asyik pentingkan Nur Imani aje.”
Razree mengerutkan dahi. “Nur Imani?  Siapa tu?”
“Nur Imani tu teman wanita Ray. Hish! Nenek memang tak berkenan betul dengan budak tu. Mana sesuai budak tu nak digandingkan dengan Ray. Jauh panggang dari api!” dengus Puan Hadijah perlahan.
Razree mengukir senyuman nipis. Inilah perangai nenek yang paling tidak disukai selain dari sikap mengongkong. Suka pentingkan darjat! Bagaimanalah dia mahu memberitahu pada nenek yang dia sudah cinta dan sayangkan Dhia? Adakah nenek akan membantah sekeras-kerasnya pilihan hati dia?
“Biarlah Ray ada teman wanita nek. Dia kan dah dewasa. Biarlah dia bina kehidupan sendiri.”ujar Razree tanpa rasa takut.
“Tapi hati nenek tak sedaplah bila tengok budak yang nama Nur Imani tu. Nenek rasa macam ada sesuatu yang buat nenek tak suka dengan dia.”luah Puan Hadijah. Semenjak gadis yang bernama Nur Imani itu datang ke rumahnya, hatinya tiba-tiba kurang senang dengan gadis itu. Walaupun pakaian gadis itu tampak sopan dimatanya namun dia tetap tidak senang dengan gadis itu.
“Nenek kalau asyik rasa tak sedap hati tengok seseorang tu, lagi pening kepala nenek. Nenek dah makan ubat ke belum?” Razree pantas menukar topik. Dia seboleh mungkin tidak mahu mengusutkan kepala nenek dengan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan mereka berdua. Selimut yang berada di atas kaki nenek dinaikkan hingga ke paras perut.
“Tadi nenek dah makan ubat. Dah kurang sikit rasa pening. Raz balik dengan Dhia ke tadi?”
“Aah, nek. Raz hantar Dhia dengan mak cik balik rumah tadi. Tak sampai hati pulak nak bagi diorang naik teksi. Dahlah tambang teksi makin mahal sekarang ni. Raz ada kereta ni, baik Raz hantar diorang balik.”jelas Razree.
“Bagus jugak tu.”Puan Hadijah tersenyum. “Bagaimana dengan keputusan Dhia? Jadi dia kerja kat syarikat nenek?”
“Alhamdulilah nek. Dia setuju kerja dengan company kita. Bukan main payah nak pujuk si Dhia tu. Nasib baik mak cik Suria bagi dia nasihat kaw-kaw punya, kalau tak…tak merasalah Raz nak kerja sebumbung dengan dia.”
Pun Hadijah teruja mendengarnya. Sesaat kemudian dia mengeluh. “Nenek kesian dengan Dhia. Semenjak dia diceraikan dengan si Muz tu, kehidupan dia dah jadi tunggang terbalik. Ada aje yang menimpa diri dia. Tapi nenek tabik dengan Dhia sebab dia perempuan yang cekal lepas diceraikan dengan Muz. Nenek harap dia akan jumpa dengan lelaki yang lebih baik dari si Muz tu.”
Razree terdiam mendengar luahan hati neneknya. Sampai begitu sekali sayang nenek pada Dhia namun hatinya terluka tatkala nenek mengatakan yang Dhia akan berjumpa dengan lelaki lain. Tidak sekali-kali dia akan membiarkan lelaki lain mendapat tempat dihati perempuan kesayangannya. Biarlah dia seorang sahaja yang menghuni hati Dhia . Hanya dia sahaja!
“Bila nenek dah dapat perkhabaran gembira ni, nenek rasa nenek perlu tunaikan hajat nenek yang nenek dah simpan beberapa hari yang lepas. Nenek rasa inilah masanya untuk nenek tunaikan hasrat nenek itu.”
Razree terpaku. “Hajat? Hajat apa tu nek?” dadanya berdebar. Jangan kata nenek mahu menyerahkan syarikat kepunyaan nenek itu kepada dirinya? Jika itulah hasrat nenek, dia tak sanggup! Bukan senang mahu uruskan syarikat nenek yang mempunyai berapa ratus orang pekerja.
“Nenek nak buat kenduri doa selamat hari ahad ni. Raz jemputlah kawan-kawan Raz datang nanti. Jangan lupa ajak Dhia dan Puan Suria tau.”kata Puan Hadijah dengan suara yang ceria.
Razree mengukir senyuman manis. “ Untuk nenek, Raz sanggup buat apa saja.” dia gembira melihat riak wajah nenek yang ceria. “Lepas ni Raz pergi rumah Dhia semula.”hatinya bersuka-ria. Sekali lagi dia akan ke rumah Dhia. Ini peluang terbaiknya untuk berjumpa dengan Dhia semula.
*****
“Raz minta maaf sebab datang ke rumah Dhia buat kali ketiga.”ucapnya sewaktu dia bertandang sekali lagi ke rumah Dhia.
Dhia yang ketika itu sudah mahu terlelap terpaksa mengagahkan diri untuk berdepan dengan abang Razree. Mujur ibunya sudah tidur awal. Tidaklah ibunya tahu yang lelaki itu datang ke sini.
“Eh, tak apa. Dhia memang suka orang datang rumah ni. Tambah-tambah lagi abang yang datang. Lagilah Dhia suka.” sindir Dia sambil menyengetkan mulut.
“Amboi, mulut tu. Abang cili karang baru tahu.”
“Eh, sempat lagi abang beli cili ye? Mana cili bang tu? Dhia tak nampak pun?” dia menjelingkan mata.
Razree ketawa berdekah-dekah. “Dhia ni mengadalah. Ingat abang nak cili mulut Dhia ke? Abang nak cium mulut Dhia lagi adalah.”
Dhia membuka muka cemberutnya. “Dah mula dah perangai tak semenggah dia tu.”ejeknya.
“Dhia yang mulakan dulu. Abang cakap baik-baik, sopan santun aje tapi Dhia cakap dengan abang macam nak berperang!”Razree ketawa lagi.
“Eeii…abang ni. Dah malam macam ni pun nak bergurau lagi ke? Cakaplah, abang datang kat sini nak cakap apa? Dhia dah mengantuk ni.” Sengaja mulutnya menguap. Tanda mahu lelaki itu beredar dari rumahnya.
“Nenek ajak Dhia dengan mak cik Suria pergi rumah nenek ahad ni. Kat rumah nenek ada buat majlis doa selamat. Dhia pergi dengan abang ye?”rayunya.
Dhia terdiam sejenak. Memikirkan tentang majlis yang akan di buat nenek nanti. Adakah Rayyan Zikri akan turut serta dalam kenduri itu? Semestinya lelaki itu kena pergi. Dah nama cucu Puan Hadijah kan? Pasti lelaki itu akan turut serta.
“Ray ada kat sana sekali ke nanti?”
“Nenek cakap dengan abang tadi, Ray dah jarang melekat kat rumah semenjak dia ada teman wanita ni. Abang rasa dia tak pergi kut. Dhia tahulah kan perangai adik abang tu macam mana? Dia bukannya pergi majlis kenduri yang berkaitan keagamaan ni. Selalu lepak kat luar dari duduk kat rumah.”
Dhia mengeluh kelegaan. Betul juga cakap abang Razree ini. Rayyan Zikri memang susah nak pergi majlis keagamaan macam kenduri doa selamat itu. Dia bernasib baik kerana sahabatnya itu tidak ada dirumah itu nanti. Tidaklah dia sakit telinga mendegar bebelan dan kemarahan dari lelaki itu.
Argh! Lega…lega…!
“Kalau macam tu, Dhia pergilah dengan abang. Abang jemput Dhia awal sikit ye. Dapatlah Dhia tolong pembantu nenek kat dapur masak untuk kenduri tu nanti.”
Razree tersengih mendengarnya. “Dhia, kat rumah nenek tu dah ramai pembantu rumah. Tukang masak pun ada sekali. Dhia tak payahlah nak meringankan sangat tangan Dhia tu nak membantu pekerja-pekerja nenek kat dapur. Biarlah diorang buat kerja dia. Dhia duduk aje dengan abang. Lagi best!”dia menunjukkan kedua-dua ibu jarinya didepan Dhia.
“Semuanya dengan abang. Bilalah Dhia nak merasa bersendirian?”
“Dhia mana boleh bersendirian lagi, Dhia kan bakal menjadi milik abang.”ujar Razree dengan nada romantis.
Dhia terkedu seketika. Nampaknya abang Razree dah diserang ‘penyakit angin kus-kus’! Cakap sikit, mulalah nak berbalas ayat romantik.
“Abang akan menanti Dhia sehingga Dhia cakap ‘Dhia terima abang sebagai kekasih Dhia.’ Abang takkan berputus asa. Abang kalau sayang seseorang tu, abang akan sayang sepenuh hati abang. Abang tak main-main dalam soal cinta ni.”kata Razree dengan tegas.
Airliur Dhia bagaikan tersekat dikerongkong. Dia mengetap bibir, kuat. Nampaknya abang Razree memang mengharapkan dia menjadi kekasihnya. Apa jawapan terbaik yang perlu diberikan kepada lelaki ini? Ya atau tidak?gumamnya. Fikirannya kembali kacau.
“Dhia rasa Dhia nak masuk dalam dululah. Dah malam sangat ni. Nanti ibu nampak kita berbual kat sini, ibu marah Dhia pulak. Dhia masuk dululah.”katanya seraya mahu meminta diri.
Razree pantas menangkap pergelangan tangan Dhia. “Dhia tak bagi jawapan kat abang lagi. Abang rasa tak puas hati selagi tak dapat jawapan dari mulut Dhia.”hatinya tidak senang selagi bibir Dhia tidak mengucapkan ‘Dhia terima abang’. Aduh, kenapalah aku kemaruk sangat dengan jawapan Dhia ni? Ish..ish…
“Dhia tak ada jawapan untuk lamaran abang buat masa sekarang. Mungkin Dhia akan bagi abang jawapan itu pada hari ahad nanti.”kendur suara Dhia membalas. Dia merungkaikan pegangan itu dan berlari anak masuk ke dalam. Dia tidak mahu mendengar apa-apa pertanyaan dari lelaki itu selepas ini.
Razree terpana. Matanya terkebil-kebil mendengar jawapan Dhia. Maknanya Dhia akan memberi jawapan padanya ahad ini? Itu sudah bagus! Dia akan berdoa supaya Dhia akan menerima lamarannya.
            Terus dia pulang dengan hati yang gembira.
*****
            Dua hari kemudian, berlangsunglah majlis kenduri doa selamat yang dibuat Puan Hadijah. Kebanyakan tetamu yang hadir datang dari masjid setelah selesai solat isyak. Ada juga sebahagian pekerja-pekerja di syarikat nenek yang hadir untuk memeriahkan majlis doa selamat.
            Dhia, Puan Suria dan Puan Hadijah duduk bersimpuh di belakang ruang tamu. Sementara Razree yang segak berbaju melayu duduk bersebelahan dengan iman yang mengetuai bacaan doa selamat.
            Dua puluh minit kemudian, doa selamat selesai dibacakan oleh imam yang bertugas. Razree bangun dan menjemput kesemua yang hadir menjamu selera dengan apa yang dihidangkan pada malam ini.
            Dhia membawa sebahagian pinggan yang diletakkan diatas meja belakang dan diberikan kepada abang Razree dengan senyuman yang manis. Dia tahu lelaki itu pasti tidak sabar-sabar untuk mengetahui jawapan dari mulutnya.
            Sebentar lagi dia akan mengajak lelaki itu berbual di luar setelah acara makan buat tetamu yang hadir selesai.
            Baru dia hendak mengambil sebahagian pinggan lagi dan memberikan kepada abang Razree, Razree sudah terlebih dahulu menyapanya dan mengambil pinggan
            “Kejap lagi abang nak jumpa Dhia kat belakang rumah nenek dalam sepuluh minit lagi. Abang tunggu…”kata Razree perlahan. Dia sudah tidak sabar menanti jawapan dari mulut Dhia.
            Kaku Dhia di tempat dia berdiri. Mujur pinggan yang dipegang tadi sudah diberikan kepada lelaki itu kalau tidak pasti pecah berderai. Dadanya berdebar-debar ketika ini.
            ******
            Dhia menunggu di belakang rumah nenek dengan perasaan gementar yang amat sangat. Selepas ini, dia perlu memberi jawapan dari abang Razree.
Apa jawapan yang patut dia berikan ye? Argh! Kusutnya kepala!!
Dhia berjalan mundar-mandir di situ. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Kepalanya benar-benar runsing!
Tidak semena-mena, satu suara dari belakang mmengejutkannya. “ Dhia, kau buat apa kat sini?!”
Dhia tersentak. Dia berpaling ke belakang dengan mata yang terkebil-kebil. Tergamam dia disitu. Rayyan Zikri? Alamak…macam mana lelaki boleh ada kat sini? Habislah aku…gerutunya dalam hati.
“Eh, Ray! Dah lama tak jumpa kau.”suaranya sengaja diceriakan walhal dalam hati dia gelisah teramat. “Aku ingatkan kau tak turut serta dalam majlis ni.”tergagap-gagap suara Dhia ketika ini.
             “Aku tanya kau sekali lagi. Kau buat apa kat rumah nenek ni?” marah Rayyan Zikri. Dia betul-betul terkejut sahabatnya datang ke rumah nenek.
Majlis doa selamat yand berlangsung dirumah nenek langsung tidak memberi keseronokan pada dirinya. Malam ini dia ingin keluar dengan Nur Imani namun harapannya luntur apabila teman wanitanya itu sibuk di luar daerah. Ada kem muafakat bersama pelajar katanya. Dia dengan berat hati terpaksa merelakan teman wanitanya pergi.
             Dhia terdiam membisu. Aduhai…apa dia nak jawab ni? bisiknya dalam hati. Dia mengetap bibir tanda dia sukar untuk memberikan jawapan kepada lelaki itu.
“Kau tak dengar ke apa aku cakap?” lantang Rayyan Zikri bersuara. Dia mendekati sahabatnya dengan renungan mata yang tajam.
Dhia memejamkan mata sesaat. Perangai sahabatnya masih tidak berubah. Masih lagi suka memarahi dan cepat panas baran jika soalan yang ditanya tidak dijawab.
“Aku bawa dia ke sini, kenapa?”tegur satu suara dari belakang Dhia. Terpana Rayyan Zikri di situ.
“Abang Raz!” lidah Rayyan Zikri tiba-tiba menjadi kelu. Dia penasaran. Apa hubungan sebenar abangnya dengan Dhia? Kenapa mereka kelihatan begitu rapat? Dia dilanda cemburu secara tiba-tiba.
“Jom, Dhia. Kita cakap kat tempat lain. Menyesal abang ajak Dhia datang sini. kat belakang rumah nenek!” Razree mengambil pergelangan tangan Dhia dan terus beredar dari situ.
Dhia hanya mengikut langkah lelaki itu. Bagus juga lelaki itu datang ‘menyelamatkan’ dia di sini. Tidaklah dia rasa takut apabila berdepan secara berdua dengan Rayyan Zikri.
Rayyan Zikri berjauh hati dengan sikap sahabatnya. Dengan hati yang membengkak, dia menendang sekuat hati dinding di belakang rumah nenek. Dia mengaduh kesakitan akibat terlalu kuat menendang dinding itu.
Namun kesakitan yang dialaminya kini tidak seteruk hatinya yang kini tercalar dengan sikap Dhia yang kini sudah berubah seratus peratus!

10 ulasan:

yattie nurlissa berkata...

nice.....go eya go...hehehe....teruskan sis! (y)

Nana Mohd Yasin berkata...

menarik....
tertarik....
kau mmg da bomb.....hahaha....

best..best...best..
padan muka ray.....
sian razree....
kompius dhia....

kita tunggu....
takdir penentu segala.....

I like.....

Eijan berkata...

Ada beberapa kesalahan :
Ayat tergantung,
"Keindahan rumah neneknya masih...'

'Kena ceraikan' sepatutnya 'diceraikan'

Ada juga typo error....semak semula

Tapi mmg nak Ray cemburu bila Razzee & Dhia bersama...cepat2 sambung

Eijan berkata...

"Rayyan Zikri turut tergelak sama" kat sini patutnya Razzee

Unknown berkata...

kak yattie..
alhamdulilah..tq allah!
insyallah eya akn truskn.. ;)

Unknown berkata...

kak Nana..
insyallah dhia akn bg jwpn yg trbaik ko mmg da bomb! haha

Unknown berkata...

kak eijan..
eya btulkn blik ye..
tq sbb bgthu..

Afifah Yusof berkata...

waaahhh... best, best.. :D
Padan muka Ray. tak suka perangai dia macam tu.

i like abang Raz... hahaa... chaiyok! chaiyok! Terima kasih Eya :)

Unknown berkata...

skrang ni mmg dh ramai yg boikot si Ray tu..haha..
skrg ni target eya nk stukan Dhia dan Razree aje.. ;)

Unknown berkata...

PADAN MUKA.