Dhia, Rayyan Zikri dan Razree duduk menghadap nenek yang
berdiri di depan mereka bertiga. Dia duduk di tengah sofa manakala Rayyan Zikri
di kanan dan Abang Razree di kiri. Dia ada menyuruh nenek untuk duduk namun
wanita berusia itu pantas menggeleng laju.
“Kamu tahu apa yang nenek nak cakapkan pada kamu
bertiga?”
“Tak tahu nenek.” Mereka bertiga menggeleng serentak.
“Nenek rasa peluang yang ada bersama kamu bertiga ni
takkan nenek sia-siakan.”
“Nenek nak cakap apa sebenarnya? Ray tak fahamlah.”sampuk
Rayyan Zikri dengan nada suara yang lembut. Sekarang ini, dia mahu bercakap
lembut sahaja dengan nenek. Kalau cakap kasar, tak pasal-pasal nenek pengsan
sekali lagi!.
Dhia dan
Razree hanya mendiamkan diri sahaja di saat ini. Tekun mereka berdua memandang
nenek.
Puan Hadijah tersenyum nipis. “Nenek dah buat keputusan
nak carikan jodoh untuk Razree.”
“Hah?” mereka bertiga terlopong mendengarnya. Razree
bangkit dari sofa. Dia tidak berpuas hati dengan keputusan nenek.
“Nenek nak kahwinkan Raz dengan orang lain? Habis Dhia ni
Raz nak letak mana? Takkan Raz nak kena berpisah dengan Dhia kot? Mana boleh!”
“ Biar Dhia kahwin dengan orang lain. Raz nanti nenek
carikan.”Puan Hadijah memberi kata putus.
Dhia tercengang. ‘Nenek nak suruh aku kahwin dengan orang
lain? Sia-sia ajelah ada hubungan dengan Abang Razree kalau macam tu’gumamnya
dalam hati. Ternyata nenek tidak suka dia menjalinkan hubungan dengan lelaki
itu. Apa sebabnya pun dia tidak pasti.
“Kenapa kau diamkan diri, Dhia? Pakwe kau tengah marah
tu. Kau sedap-sedap aje buat do no
kat sini.”bisik Rayyan Zikri sambil menyiku lengan sahabatnya yang diam tidak
berkutik. Jika dia di tempat abangnya, pasti dia akan menentang habis-habisan
kata-kata nenek.
“Hesy…kau
diam ajelah. Aku tak nak jawab apa-apa. Nanti timbul pula masalah.”getus Dhia
dengan cebikan di bibir. Sahabatnya ini bukannya mahu membela abangnya, lagi
nak berdiam diri. Nenek pun satu, apa yang dia buat semuanya kena ikut.
Patutlah Abang Razree dengan Rayyan Zikri tidak suka terlalu rapat sangat
dengan nenek.
“Hmm..ikut
kaulah. Aku tak nak campur.”dia mengangkat bahu. Malas mahu melayan ‘drama’
didepannya. Lagi baik dia berdiam diri.
“Raz tak
setuju. Apa nak jadi…jadilah! Raz tetap takkan berganjak daripada keputusan Raz.”kata
Razree penuh yakin. Salah ke dia buat keputusan sebegitu? Rasanya dia sudah
membuat keputusan yang tepat. Mengapa nenek harus membantah saat ini?
“Dah
tak ada perempuan lain yang boleh kamu cari? Kenapa mesti kamu pilih Dhia?”ujar
Puan Hadijah dengan nada tidak berpuas hati.
“Salah ke saya nak bahagiakan hidup dia semula? Dhia kekasih saya. Takkan saya nak biarkan dia keseorangan tanpa belaian seorang suami?”
Dhia hanya mampu mendiamkan diri tatkala mendengar ‘pertelingkahan’ diantara nenek dan kekasihnya manakala Rayyan Zikri sibuk membaca satu persatu ayat di dalam surat khabar.
“Nenek tetap tak setuju kamu kahwin dengan Dhia. Carilah perempuan lain yang
sepadan dengan kamu.”kata Puan Hadijah dengan tegas. Masih lagi tidak berputus asa dengan cadangan untuk menjodohkan Razree dengan perempuan lain.
Razree mengeluh seketika sebelum meneruskan bicara. “Nenek, Dhia lah perempuan yang sepadan dan secocok untuk digandingkan dengan Raz. Tak perlulah Raz cari perempuan lain untuk menakluki hati Raz. Cukuplah Dhia seorang sahaja. Nenek tolonglah jangan nak kongkong hidup Raz lagi. Biarlah Raz tentukan kebahagiaan Raz sendiri. Full stop!"
“Salah ke saya nak bahagiakan hidup dia semula? Dhia kekasih saya. Takkan saya nak biarkan dia keseorangan tanpa belaian seorang suami?”
Dhia hanya mampu mendiamkan diri tatkala mendengar ‘pertelingkahan’ diantara nenek dan kekasihnya manakala Rayyan Zikri sibuk membaca satu persatu ayat di dalam surat khabar.
“Nenek tetap tak setuju kamu kahwin dengan Dhia. Carilah perempuan lain yang
sepadan dengan kamu.”kata Puan Hadijah dengan tegas. Masih lagi tidak berputus asa dengan cadangan untuk menjodohkan Razree dengan perempuan lain.
Razree mengeluh seketika sebelum meneruskan bicara. “Nenek, Dhia lah perempuan yang sepadan dan secocok untuk digandingkan dengan Raz. Tak perlulah Raz cari perempuan lain untuk menakluki hati Raz. Cukuplah Dhia seorang sahaja. Nenek tolonglah jangan nak kongkong hidup Raz lagi. Biarlah Raz tentukan kebahagiaan Raz sendiri. Full stop!"
Dhia mengeluh mendengar bait-bait ayat yang dituturkan
kekasihnya. Begitu tulus sekali lelaki itu menyakinkan dirinya adalah suri di
hari lelaki itu. Namun mengapa sehingga kini hatinya masih belum terbuka buat
lelaki itu?
“Nenek tetap tak setuju! Nenek tetap akan carikan kamu
perempuan lain untuk dijadikan isteri. Apa nak jadi, jadilah.”
Razree pantas menekup telinga. “Raz tak nak dengar semua
tu. Raz tak nak dengar!!”jeritnya kuat.
Puan Hadijah dan Rayyan Zikri tersentak melihat Razree
menjerit.
Dhia tergamam mendengarnya. Segera dia bangkit dari sofa
dan mendekati Abang Razree.
“Abang, bawa bertenang. Tak mengapalah kalau itu pilihan
nenek. Dhia redha. Abang carilah perempuan yang lebih baik dari Dhia. Dhia
janda aje abang. Kat luar lagi ramai perempuan lain yang sedondon dengan abang.”
“Abang tak nak dengar!!”jeritnya sekali lagi. Pantas
Razree mencekup lengan Dhia dan menarik Dhia keluar dari situ. Sekarang ini,
dia tidak mahu mendengar apa-apa. Biarlah nenek nak cakap apapun, dia tetap
dengan keputusannya untuk mengahwini Dhia!
“Err..Dhia cuma nak...” belum sempat dia menyambung
bicara, tangannya sudah ditarik kasar kekasihnya. Dia terpaksa mengikut. Sempat
lagi dia memandang nenek dan sahabatnya yang terpinga-pinga melihat dia dan
Abang Razree keluar dari situ.
“Eh, Dhia!”serentak Puan Hadijah dan Rayyan Zikri menyapa
Dhia. Tapi, perempuan itu sudah meninggalkan mereka berdua.
“Tengoklah tu. Nenek suruh dia cari perempuan lain, dia
tetap mahukan Dhia. Nenek tahulah Dhia tu perempuan yang baik. Salah ke nenek
nak tentukan hidup dia?”
Rayyan Zikri mengeleng-gelengkan kepala mendengar
rungutan nenek. Dalam hati dia merasa nenek tidak patut membuat sebegitu
terhadap abangnya. Dia tidak berani meluahkan apa-apa takut berlaku
pertelingkahan diantara mereka berdua pula nanti.
“Ray dapat rasakan abang cintakan Dhia sepenuh hati.
Kalau tak, takkan dia sanggup bawa Dhia keluar dari sini semata-mata untuk tak
nak dengar apa yang nenek katakan pada dia. Biar ajelah abang tentukan hidup
dia sendiri.”
Walaupun jiwanya pedih kerana Dhia dicintai abangnya
namun dia pasrah. Mungkin Dhia bukan jodohnya.
“Nenek tak suka dia orang bersatu. Nenek hanya mahukan
Ray dan Dhia jadi suami isteri. Bukan Raz. Nenek dah lama berhajat semenjak
Dhia diceraikan Muz beberapa bulan lepas.”
Anak tekak Rayyan Zikri seakan mahu tersembul keluar.
Nenek mahu dia dan Dhia jadi suami isteri?
Nenek ni
biar betul?!
*****
Sebaik sahaja masuk di
kawasan perumahan Dhia, Razree membuka radio bagi menghilangkan bosannya. Tidak sangka lagu
kegemarannya muncul ketika dia baru membuka radio.
Ku cari
di mana…kau letak hati mu
Kerna bersamamu…ada penawarnya
Hanya kepadamu tempat ku mengadu
Usah kau berpaling…
Baru hendak menghayati lagu
Ziana Zain di radio, Dhia sudah menutup radio. Razree merenung perempuan itu
tajam.
“Kenapa tutup radio tu, buka
ajelah. Lagu favourite abang tu.”jawab Razree dengan nada mendatar.
“Tutup ajelah. Dah maghrib ni.”acuh tak acuh Dhia
berkata. Tangannya disandarkan ke tingkap. Ketika ini, dia malas mahu berbicara
satu patah perkataan pun dengan lelaki disebelahnya. Hatinya masih sakit.
“ Hmm…”dia terpaksa akur.
Waktu-waktu begini lebih elok jika diperdengarkan ayat Al-Quran sebagai
penenang jiwa.
Sampai sahaja di depan rumah
Dhia, Razree menghentikkan kereta lalu dia memandang lama wajah kekasihnya yang
muram.
Dhia tidak betah membalas
pandang dengan kekasihnya. Oleh itu dia segera membuka pintu untuk keluar.
Rasanya tidak perlulah dia membalas kata dengan lelaki itu. Hatinya memang
sakit. Dia perlukan ketenangan.
“Dhia masuk rumah dulu. Jaga
diri.”dikerling sekilas wajah Abang Razree lalu dia menapak keluar dari kereta
tersebut.
Razree mengeluh hampa.
Kekasihnya pasti sedang merajuk dengan dirinya berkenaan tadi. Dia segera
berpaling kearah cermin tingkap lalu terbukalah cermin itu sehingga ke
penghujung.
“Dhia, malam nanti abang call. Jangan tutup telefon.
Abang sayang Dhia…”ucapnya dengan sayu. Harap-harap Dhia dapat mendengarnya.
Dhia yang mahu menutup pagar
rumah tersentak apabila Abang Razree berkata sesuatu padanya. Dia merenung
lelaki itu.
“Hmm…tengoklah macam mana
nanti.”kata Dhia acuh tidak acuh. Dia segera masuk ke dalam rumah tanpa
menunggu balasan jawapan kekasihnya.
Razree mengetap bibir.
“Kenapalah hati Dhia begitu sukar untuk dimengerti?”keluhnya perlahan.
*****
Selepas makan malam bersama
mama tercinta, dia masuk ke bilik dengan langkah longlai. Hari ini memang
banyak situasi dan perkara yang tidak terduga berlaku pada dirinya. Bekas suami
dan bekas ibu mertuanya meninggal, bantu sahabatnya pergi hospital dan yang
terbaru nenek membantah dia danAbang Razree bersama.
“Hmm…patutnya dari hari tu
aku cakap pada abang Razree yang aku tak nak jalinkan sebarang hubungan. Tengok
sekarang, nenek tak suka . Apalah nasibku…hmm…”keluh Dhia sesudah badannya
terlentang diatas katil.
Matanya
dikalihkan ke telefon bimbit disebelahnya yang tidak terusik dari tadi.
“Kata nak call, tak call pun…,”keluh Dhia lagi.
Itu yang dia sukar untuk mempercayai orang disekeliling. Harap janji sahaja di
mulut. Tunaikan entah bila pun dia tidak tahu.
Syiling atas direnung dengan pandangan kosong. Malam
ini dia rasa bosan yang amat sangat. Ingatkan dia mahu berbual dengan Rayyan
Zikri tetapi mengenangkan kejadian sebentar tadi dirumah nenek, dia jadi malu
pula.
Tut…tut…
Dhia segera mengalihkan pemerhatiannya terhadap
telefon bimbit disebelah. Dengan malas dia mengambil telefon tersebut dengan
rasa terpaksa. Hah, dah agak dah! Mesti Abang Razree yang call.
“Hai…baru nak call ke? Ingatkan tak nak call
tadi.”katanya sendiri sambil merenung skrin telefon. Dia mengangkat dengan satu
keluhan yang terbit di bibir.
“Hmm…”
“Hmm aje? Assalamualaikum tak ada ke?”sedikit
terasa Razree dengan suara Dhia yang seakan-akan tidak mahu bercakap dengannya.
Malam ini, seboleh mungkin dia mahu memujuk Dhia dan mengharapkan Dhia akan
memenuhi hajatnya yang terpendam dalam beberapa hari ini.
“Abang dah cakap assalamualaikum…Dhia jawablah
waalaikumsalam. Jawab juga kan?”keluhnya lagi. Sudah berapa kali dia mengeluh.
Jika dikira, hampir tiga kali dia mengeluh di dalam bilik. Dhia…Dhia…
“Dhia masih marahkan abang kan?”bisik Razree
perlahan. “Kalau Dhia marahkan abang, abang rasa serba salah sangat. Please
Dhia…jangan marah abang.”
Dhia terdiam di hujung talian. Dia serba salah.
Rasa sakit hatinya pada lelaki ini sudah mula berkurangan.
“Dhia…cakaplah dengan abang. Abang nak sangat
dengar suara Dhia malam ni. Abang rindu sangat kat Dhia.”Razree sudah menukar
suaranya lebih lembut.
Dhia mengetap bibir. Lelaki ini masih tidak
puas memujuknya. Dia semakin serba salah.
“Dhia…”ucap Razree tidak berputus asa. Dia akan
bercakap sehingga Dhia menjawab bicaranya.
“Abang nak cakap apa ni? Dhia mengantuk lah
Esok nak kerja.”sengaja Dhia memberi alasan supaya Abang Razree mematikan
talian
Razree mengerutkan dahi. “Baru pukul sembilan,
Dhia nak tidur? Cepatnya!”rungutnya. Esok dia pun kerja juga tapi tak adalah
tidur dalam waktu begini.
“Dhia pening kepala. Itu yang nak tidur cepat.”
“Dhia pening kepala pasal hal tadi ke?
Maaflah…abang tak ada niat nak marah Dhia teruk-teruk. Abang marah Dhia sebab abang
cemburu Dhia dengan adik abang.”
“Dia sakit abang. Dhia tahu Ray sakit pun lepas
dia telefon Dhia petang tadi. Kaki dia tak mampu nak handle kereta, Dhia
tolonglah dia bawa dia terus ke hospital. Bukannya dia ajak Dhia pergi melepak
pun. Takkan lah Dhia nak melepak lepas majlis pengebumian kan?
“Abang faham…,”
“Abang tak pernah faham Dhia pun. Apa yang Dhia
buat semua tak kena dimata abang. Jujur Dhia cakap, bila abang marah Dhia…Dhia
rasa hati ni dah tertutup buat lelaki.”terus-terang Dhia meluahkan isi hatinya.
Razree pula yang terdiam.
“Apa yang nenek cakap tu memang betul. Mungkin
abang perlu cari perempuan lain yang lebih sesuai untuk berdamping dengan
abang. Dhia memang tak layak.”
“Please Dhia…stop it!”kata Razree dengan nada
perlahan. Malam yang dingin ini dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.
“Dhia rasa lebih elok kalau Dhia tak kahwin
buat masa sekarang. Biarlah Dhia bersendiri dulu.”
“Kalau Dhia tak nak kahwin dengan abang, abang
akan kelar pergelangan tangan abang malam ini. Abang tak main-main.”gertak
Razree. Dia tidak main-main dalam hal ini. Dia sanggup membunuh dirinya sendiri
sekiranya dia tidak dapat memilik sekeping hati Dhia.
Dhia membulatkan mata. “Abang cakap apa ni?
Takkan sebab Dhia nak suruh abang cari perempuan lain, abang nak bunuh diri
sendiri? Nonsense!”
“Nonsense?”Razree gelak kuat. Dhia terpana
mendengar ketawa kekasihnya yang cukup kuat. Lelaki ni dah gila ke apa?
“Disebelah tangan abang ada pisau. Abang tak
main-main dalam hal ni. Kalau tak percaya pisau ada kat tangan abang, abang
boleh bagi melalui instagram.”
“Abang, apa semua ni?! What’s wrong with you
hah? Dah hilang akal ke apa sampai buat macam tu?”tempelak Dhia. Pada masa yang
sama, dia mula berasa takut dengan kekasihnya. Lelaki itu seperti orang hilang
akal malam ini!
“Dhia yang buat abang jadi macam ni. Dhia yang
jadikan abang dalam situasi begini. Abang sayangkan Dhia. Dhia tak pernah ke
nak faham perasaan abang hah? Abang cuma nak kahwin dengan Dhia aje. Dhia
tolonglah cakap setuju. Abang tak sabar nak kahwin dengan Dhia ni.”
Dhia kaget. Jawapan apa yang perlu diberikan
padanya? Setuju atau tidak?
Jika dia memberikan jawapan tidak setuju kepada
lelaki itu, habislah riwayat lelaki itu sekejap lagi. Eeii..resahnya dia ketika
ini. Kenapalah Abang Razree mengugutnya sebegitu rupa? Tak boleh bersabar
lelaki itu dalam membuat keputusan?
“Err…Dhia setuju.”akhirnya dia terpaksa memberi
kata putus kepada lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu mati kerana dia!
“Yeayy..Dhia setuju!! Abang sayang Dhia!!”
Tertunai juga hasrat Razree untuk memperisterikan
kekasih hatinya. Gembira sakanlah dia malam ini!
8 ulasan:
smbng lagiiiii♥
Adik..kak eya x boleh smbung lagi..cite ni dh tamat!!
Ea tak sukelah perenggan last sekali tu...sengal betul Razree ni,sanggup nak kelar tangan sebab tak dapat kahwin dgn Dhia.... :(
ish dah tamat ke..camne dgn cadangan nenek tu..macam tergantung je ending
camtu je ending? Cam tergantung je... Byk lg yg blm terurai...ugut terus terima? Camne dengan nenek? Rayyan? U should bg lebih detail, tak puas hati!
Eya ku sayang...
takkan just like that?
macam mati kena gantung je..
cenggitu jek?????
cam drop dead x best arrrr
tolongggggggg......
yg mana satu pilihan dari lubuk hati?
ni ada yg jadi hantu kang,
nk gi cekik si writer ni..
baik sambung plzzzz....
antara sahabat dan kekasih hati
yg mana dapat mengetarkan hati
razree dan rayyan zikri
mana satu pilihan dhiya ni??????
ah......nak buat rusuhan ...
tak kira....tak kira.....
X KAN DAH HABIS KOT.
akk rase cam tergantung jer pengakhiran nyer dek daeya...smbg lh cikit lg bg puas ati yg baca...hehe soli ek dek termintak lelebih plak...
Catat Ulasan