Ahad, 14 April 2013

BAB 2 Kasihku Buatmu...



Lancar mulut Mohd Haffizat apabila membaca akad nikah yang diberikan pegawai jabatan agama tanpa rasa kekok. Empat saksi yang berada dibilik kecil itu hanya tersenyum gembira mendengar akad nikah darinya.

“Dengan ini maka sahlah kamu sebagai pasangan suami isteri. Tahniah saya ucapkan.”kata pegawai jabatan agama yang bernama Ustaz Nabawi.

Aimi Husna menangis teresak-esak. Tanda gembira kerana telah menjadi isteri kepada Mohd Haffizat.

Mohd Haffizat bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah menyempurnakan hajatnya untuk berkahwin dengan Aimi Husna setelah dua tahun memadu kasih tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Alhamdulilah…

Dengan semangat membara untuk mendapatkan title suami dan isteri, mereka sanggup berhempas pulas menelefon orang yang diperlukan untuk menjadi saksi kepada perkahwinan mereka. Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dilakukan sebelum berkahwin telah berjaya dilaksanakan.

Aimi Husna yang tiada wali bertekad untuk  menelefon dua orang saksi di Komleks Darul Kifayah bagi membuktikan yang ibu bapanya telah meninggal dunia. Surat kematian ibu bapa yang diperlukan Jabatan Agama Islam Pahang memang tiada semenjak dia dilahirkan. Makanya, dua saksi diperlukan untuk mengesahkan kematian ibu bapanya.

Setelah selesai urusan perkahwinan didalam bilik Ustaz Nabawi, Aimi Husna menolak kerusi roda suaminya keluar dari bilik itu. Masih terkesan ucapan akad nikah dari Mohd Haffizat tadi. Sejujurnya, dia gembira dengan title baru ini. Title sebagai seorang isteri kepada Mohd Haffizat.

Suaminya tampak gembira setelah semuanya berjalan lancar.Walaupun muka suaminya merah kerana menahan tangisan, namun itu tidak menghalangnya untuk bergembira.

Segan juga untuk bertembung mata dengan suaminya. Maklumlah, baru kahwin kan? Perasaan segan tu memang sudah wujud didalam diri dan tidak boleh dinafikan lagi.

Tatkala mereka sampai di kereta milik Mohd Haffizat, suaminya menoleh kearahnya. Aimi Husna terus mengecilkan mata. Malulah weii!!

“Sayang…kenapa malu dengan abang ni?”Mohd Haffizat melihat isterinya yang tersipu-sipu malu. Tudung yang dikenakan dikepala isterinya nampak sepadan dengan kulit isterinya yang kuning langsat itu.

Aimi Husna tersengih-sengih sambil menutup sebahagian mukanya. Memang dia malu. Malu sangat-sangat! Dia rasa macam tak percaya dapat jadi isteri kepada lelaki yang bernama Mohd Haffizat. Nak kata bermimpi, lelaki itu berada didepan matanya.

“Sayang, abang peliklah tengok sayang ni. Cuba jatuhkan kain tudung tu. Abang nak tengok muka sayang, bukan nak tengok tudung tu.”guraunya sambil menarik hujung tudung isterinya.

Aimi Husna yang masih lagi dengan sifat malunya akur dengan perintah suami yang baru dinikahinya. Dengan perlahan, kain tudung itu melurut ke bawah.

“Cantiknya isteri abang…”puji Mohd Haffizat tanpa berselindung lagi.Dia akui isterinya lebih cantik bertudung. Ayu sahaja wajah isterinya bertudung litup.

“Sayang lebih cantik kalau pakai tudung. Lepas ni sayang pakai ajelah tudung. Tak payah tonjolkan rambut sayang lagi.”

“Sayang rasa belum sampai serulah nak pakai tudung lagi. Tunggulah, bila sayang dah bersedia, sayang akan pakai okey.”

“Itu harapan abang, sayang. Sebagai seorang isteri, sayang kenalah ikut cakap abang. Apa yang abang suruh, sayang buat ye. Abang tak nak sayang disoal diakhirat kelak sebab tak tutup aurat.”lembut suaranya memberikan satu getaran jiwa buat sang isteri.

Aimi Husna terdiam. Suaminya sudah mula memberi ‘ceramah’ kepadanya. Dia suka nasihat itu tetapi agak sukar dia mahu menutup kesemuanya. Tunggulah…bila serunya sampai, insyallah dia akan memakai tudung.

“Sayang dengar tak apa abang cakap ni? Abang tak nak sayang buat pekak aje bila abang cakap pasal aurat ni. Demi abang, sayang sanggup tutup aurat?”tutur kata Mohd Haffizat sedikit tegas.

“Sayang dengar. Tapi sayang tak buat demi abang tau. Sayang buat demi Allah.”dia menaikkan jari telunjuknya ke langit.

Mohd Haffizat terpukau mendengar jawapan isterinya. “Meh sini sayang. Dekat dengan abang kejap.”

Aimi Husna memandang sekeliling sebelum dia merenung wajah suaminya. “Abang nak buat apa? Kalau nak cium pun, bukan kat sini tempatnya. Kan ramai orang mundar-mandir kat sini?”dia malu sendiri.

Mohd Haffizat menarik perlahan tangan isterinya hingga terdorong isterinya menghampiri wajahnya.

“Abang…malulah kat orang ramai. Kalau balik rumah nanti, abang nak cium banyak kali pun tak apa.”

“Abang cuma nak kucup dahi sayang aje. Bukan cium mulut pun…”tanpa mempedulikan orang yang berada disekeliling kawasan itu, dia mengucup lama dahi isterinya penuh kasih.

Aimi Husna tersenyum mendengarnya. Nikmat betul dapat ciuman pertama daripada seorang suami yang baru dikahwini. Dia merelakan kucupan itu. Kasihnya buat suami bertambah mekar dari hari ke hari.

Sayang sayang abang…katanya dalam hati.

*****

Hari pertama duduk sebilik memberikan kepuasan kepada Mohd Haffizat. Tidak perlu lagi dia makan dan tidur dan secara sendirian lagi. Ada Aimi Husna disampingnya, semua itu akan dilakukan berdua-duaan.

Aimi Husna membawa sehelai kain tuala, baju dan seluar suaminya keluar dari almari miliknya. Insyallah, dalam masa terdekat nanti dia akan belikan sebuah almari yang besar bagi menempatkan pakaian milik mereka berdua. Almari yang digunakan terlalu kecil untuk menampung pakaian dia dan suaminya.

“Abang lepas ni pergi mandi ye? Sayang nak turun bawah siapkan makan malam untuk abang.”dielus lembut tangan suaminya sambil menatap mata hitam milik suaminya.

“Sayang tak nak temankan abang mandi?”usiknya. “Abang teringin nak mandi dengan sayang lah. Baru terasa nikmat.”kata-kata itu menggeletek hati Aimi Husna.

“Abang jangan bergurau waktu malam macam ni boleh tak? Sayang masih lagi dalam mood malu tau. Tak biasa lagi dengan keadaan hari pertama perkahwinan. Nanti-nanti kita mandi bersama ye?”hidung suaminya dicuit manja.

Tangan isterinya pantas ditangkap Mohd Haffizat lalu dikucup lembut. Hnedak buat macam mana kalau isteri tak biasa lagi. “Betul nak mandi dengan abang?”

“Betul. Sayang janji.”dia mengangkat tangan bagaikan bersumpah. “Tunggu sayang dah selesa dengan semua ni, baru kita mandi sama-sama ye. Abang jangan risau. Sekarang ni biar sayang bawak abang pergi bilik air. Abang mandi elok-elok tau. Kalau rasa ada problem dalam bilik air tu, abang bagi tahu sayang.”pesan Aimi Husna.

Tersenyum Mohd Haffizat mendengarnya. Tak sia-sia ada isteri yang prihatin akan kesihatan dan keselamatannya.

“Nanti kalau ada apa-apa yang abang perlukan, abang bagi tahu sayang. Sayang pergilah masak untuk abang. Abang dah lapar ni.”rengek Mohd Haffizat sedikit manja.

“Boleh. Tapi abang jangan kritik apa yang sayang masak tau. Sayang masak ala kadar aje. Bukan macam chef terkenal.”

“Okey…okey. Abang takkan kritik tapi abang akan makan dengan berselera sekali. Apa yang sayang masak, abang akan makan.”

Aimi Husna tersenyum gembira. Hatinya lapang mendengar kata-kata yang terbit dimulut suaminya. Segera dia menolak kerusi roda suaminya hingga sampai ke depan pintu bilik air. Dibuka pintu bilik air seluasnya agar suaminya boleh mandi dengan selesa.

“Abang, kat bilik air sayang takde kolam ye macam kat rumah abang. So, don’t expect apa-apa okey.”

“Abang faham dan abang takkan kritik apa-apa yang berkaitan dengan rumah ni.”katanya dengan bersungguh-sungguh. Dia faham dan memahami keadaan golongan kebanyakan seperti isterinya.

“Okeylah. Sayang nak turun bawah dulu. Abang jaga diri. Mandi perlahan-lahan.”pesannya sekali lagi.

Mohd Haffizat mengangguk. “Yelah…nanti cakap banyak-banyak satu kerja pun tak jalan. Abang mandi dulu.”dia mula menolak kerusi rodanya masuk ke bilik air.

Sementara suaminya mandi, Aimi Husna bergegas turun ke bawah untuk menjalankan tugasnya. Sebentar lagi azan isyak akan berkumandang dan kalau boleh dia mahu menunaikan solat buat kali pertamanya sebagai isteri disebelah suaminya. Dia mahu cepat-cepat siap masak dan menunaikan solat bersama-sama suami tercinta.

*****

            “Abang, tadi saya telefon doktor yang merawat kaki anak kita tu. Dia kata dalam beberapa hari lagi, baru kita boleh jenguk Izzat. Saya betul-betul benganglah, bang.”kata Puan Fowzia tatkala sedang menggosok baju suaminya didalam bilik.

Walaupun dia mempunyai orang gaji dirumah, suaminya iaitu Encik Marzukhi tetap memaksanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Katanya, pembantu rumah hanya untuk mengemas apa yang patut sahaja dirumah ini. Bukan membuat segala keperluan suami.

Memang ada terbit ketidakpuashatian pada dirinya mengenai tanggungjawab yang diberikan pada dirinya tetapi lama-kelamaan dia menjadi semakin suka untuk melakukan apa yang suaminya mahukan. Itulah tanda cinta dia kepada lelaki yang bernama Marzhuki Mohd Talib ini.

“Biarlah dia kat sana. Kita tak payah kacau dia. Kalau doktor cakap anak kita dah boleh balik, kita jemputlah dia. Awak tu yang terlampau susah hati sangat.”kata Encik Marzhuki tatkala menyelak surat khabar diatas katil.

“Siapa tak susah hati, bang? Anak kita tu kat hospital. Saya sebagai ibu, mestilah saya nak jenguk anak saya. Kenapa doktor tu  tak kasi saya jenguk Izzat pulak. Saya rasa tak sedap hatilah.”luah Puan Fowzia dengan risau. Dia terlalu mengambil berat tentang anak tunggalnya yang satu ini. Jika boleh, dia mahu anaknya sihat dan cergas seperti dulu.

“Awak tak payah risaulah. Doktor tu nak merawat anak kita supaya dia pulih seperti dulu. Nanti lagi beberapa hari lagi dia baliklah.”

Puan Fowzia menutup seterika sambil mendengus perlahan. Geram pulak bila suaminya cakap macam tiada apa-apa yang berlaku. Baju kerja suaminya digantung kemas didalam almari besar bersebelahan dengan katil mereka. Setelah itu, dia duduk bersandar ditepi suaminya.

“Hmm…abang cakap aje macam tu. Saya sebagai ibu dia rasa risau sangat-sangat. Saya tengok abang macam macam selamba badak aje. Langsung tak ambik berat pasal anak tunggal kita tu.”rungutnya.

Encik Marzhuki segera melipat surat khabar tu dan meletakkan di atas katil. Bengang pula dia dengan tingkah isterinya yang tidak habis-habis risau tak tentu pasal.

“Awak ingat saya tak ambik berat pasal anak kita tu? Saya sayang dia tapi saya tak adalah terlampau kritikal sangat risau pasal Izzat. Awak aje yang terlebih risau.”cebik Encik Marzhuki.

Puan Fowzia memuncungkan bibir. “Saya risau pun tak boleh. Menyampahlah dengan abang ni.”rungutnya lagi.

“Awak kena ingat, syurga dibawah telapak kaki suami. Jangan menyampah dengan saya.”tegas kata-katanya memberi amaran.

Puan Fowzia menarik selimut didepannya lalu dia membaringkan diri. Baik dia tidur dulu. Tenangkan fikiran.

“Nak tidurlah. Cakap dengan abang, satu jawapan pun tak menyenangkan hati saya.”dia berpaling ke kiri daripada mengadap suaminya. Lampu diatas laci ditutup. Serta-merta keadaan dibilik ini menjadi suram.

Encik Marzhuki mengeleng-gelengkan kepala. Isterinya ini memang tak boleh dibawa berbincang. Ada saja jawapan yang menyakitkan hatinya.

“Sebelum saya nak tidur ni, saya nak cakap sesuatu.”katanya sambil baring.

“Apa dia?”jawab Puan Fowzia sepatah.

“Esok kawan saya datang bawak rombongan meminang untuk anak kita tu. Awak buatlah apa yang patut untuk sambut kedatangan mereka tu.”ujarnya sambil menutup lampu disisinya.

Mata Puan Fowzia yang terpejam itu terus terbuka luas tatkala mendengar perkataan meminang. Lantas, dia berpaling kearah suaminya.

“Anak Haji Osman ke, bang?”hari itu suaminya ada memberikan dia sekeping gambar. Tertera sekali nama perempuan itu. Tak salah namanya, Azura Osman.

“A’ah.”jawabnya sepatah. Matanya dipejamkan sewaktu membalas kata dengan isterinya.

“Ya Allah bang…saya berkenan betul dengan anak Haji Osman tu. Dahlah cantik, kaya pulak tu. Bertuah kalau dapat menantu macam anak Haji Osman.”ujarnya dengan senyuman melebar. Dia memang dah lama berkenan dengan anak Haji Osman tu. Walaupun dia hanya melihat gambar anak perempuan Haji Osman yang suaminya berikan kepadanya beberapa hari lalu, dia tetap berasa puas. Asalkan perempuan itu cantik dan berharta. Itu sudah cukup baginya.

Mana mungkin dia mahu mengambil perempuan kebanyakan menjadi menantunya. Dia hanya akan mengambil perempuan yang berharta sahaja!

 

 

7 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

mata duitan betullah mak cik nih.. haha
smbng lagi
best2

Unknown berkata...

hehe..btul2...mata duitan btul!

eida wahida berkata...

Msti sedih plk pasni klu si izzat ni kena paksa kt mak dio srh kawin ngn azura..merana la jwbnye aimi nti..

Unknown berkata...

sedih kan bla dipksa2 ni? izzat hanya setia pada yang satu sahaja iaitu Aimi Husna

Unknown berkata...

boikot mak cik Fowzia..!! eee... mata duitan betul!

Unknown berkata...

hehe..boikot jgn x boikot dik!! hehe

Yazreina berkata...

Hafizzat tu lumpuh ke sekadar patah jer?? Xclear dia sakit camne lah