Isnin, 6 Mei 2013

BAB 32 Pulanglah Padaku



Dhia dan Razree duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di bahagian luar kediaman nenek. Kerusi itulah yang menjadi tempat untuk mereka berbual setelah Rayyan Zikri muncul dibelakang rumah nenek. Salah seorang pembantu rumah  membawa dua cawan teh sebagaimana yang telah diarahkan Razree sebelum mereka sampai ke sini.
Agak sunyi kawasan disini. Tidak ramai yang lalu-lalang di kawasan ini.  Cahaya lampu yang samar-samar menimbulkan sedikit ketakutan kepada Dhia yang kini berdua sahaja dengan cucu Puan Hadijah. Seperti yang diketahui, jika berdua akan muncul orang ketiga iaitu syaitan.
“Minum dulu, Dhia.”pelawa Razree mesra. Dia tahu Dhia masih lagi dalam keadaan takut sementelah adiknya, Rayyan Zikri ada di belakang rumah nenek. Mujur dia muncul tepa pada masanya.
Dhia memandang lelaki itu lalu tersenyum nipis. Cawan yang dipegang disuakan kepada lelaki itu agar turut sama menikmati minuman. “Abang pun minum jugak.”
Dengan sekali hirup, Razree meletakkan semula diatas piring yang disediakan. Ruang kerusi yang dilihat ada kekosongan segera diletakkan disitu. Diperhatikan sahaja gelagat Dhia menikmati cawan itu sehingga dia tersedar lelaki itu merenungnya. Dia meletakkan cawan diatas ruang yang masih kosong sepertimana yang dilakukan lelaki itu
“Kenapa abang tengok Dhia? Ada yang tak kena ke?”
 “Takdelah. Abang cuma perhatikan Dhia minum aje.”Razree tersenyum. “Tengok tu, minum air sampai tak sedar kat bibir tu ada air meleleh.”dia mengelap sekilas setitik air the yang ada di tepi bibir perempuan itu.
Dhia mengelak. “Abang ni, Dhia boleh lap sendirilah.”Razree tersenyum lagi.
“Biarlah abang lapkan. Lagipun Dhia bukannya perasan air teh tu ada kat tepi bibir Dhia. Ini pun baru abang cakap dengan Dhia kalau tak, mesti sampai balik pun mesti Dhia tak perasan.” Razree tersengih nakal.
Dhia menyentuh sekeliling bibirnya. Takut ada lagi kesan air teh yang wujud disitu. Dahlah dia minum sampai ke titisan terakhir air teh itu. Itu tandanya haus sangat tu!desisnya.
“Patutnya abang bawa Dhia duduk kat ruang tamu aje. Tak payahlah sampai bawa ke sini. Nanti apa pulak kata tetamu yang hadir kat rumah nenek. Lagipun kita bukannya ada ikatan apa-apa pun sampai nak berdua-duaan macam ni. Lainlah kalau kita dah kahwin.”Dhia mengetap bibir. Suaranya tiba-tiba berubah kendur apabila tiba di ayat terakhir.
Razree berdehem sesaat. “Kahwin? Abang suka dengar perkataan tu. Kita kahwin ajelah senang. Dapatlah kita dapat duduk berdua macam ni. Lagi dekat pun boleh. Sekarang ni dua cawan yang kita minum ni menjadi ‘halangan’ untuk kita duduk lebih dekat. Dhia dah fikirkan apa yang abang cakap semalam?”
Dhia memandang ke tepi sambil mengetap bibir. Apa yang dia nak cakap ni? Ya atau tidak? Kalau ya, pasti lelaki itu akan gembira sakan. Jika tidak pula, pasti lelaki itu akan kecewa padanya dan tidak mahu bersua muka dengannya lagi. Dia suka berkawan dengan lelaki ini semenjak Rayyan Zikri seakan-akan meminggirkan dirinya. Kerana lelaki disebelahnya, wajah cerianya muncul kembali.
“Abang nak tahu jawapan Dhia?”mata mereka bersatu.
“Dah dua hari abang tunggu jawapan Dhia tapi abang tahan sebab nak bagi Dhia fikir masak-masak. Kalau Dhia rasa abang tak sesuai jadi pasangan hidup Dhia, ok fine. Abang rela dan abang terpaksa buang perasaan suka yang wujud dihati abang sejak berapa hari yang lepas. Abang tak nak terluka untuk hari-hari yang seterusnya.”
Dhia jadi sayu mendengarnya. Nampaknya abang Razree tutlus menyukainya. “Betul abang suka kat Dhia?”dia masih lagi samar-samar dengan jawapan yang diberikan lelaki itu.
“Abang bukan setakat suka tapi abang cinta dan sayangkan Dhia.”tiba-tiba Razree bertindak mengambil tangannya lalu dikucup lama. Dhia terpana. Pantas dia menarik tangannya.
Razree terkedu. “Maafkan abang sebab cium tangan Dhia.”
“Dhia dah fikir masak-masak dan Dhia rasa Dhia dah buat keputusan yang tepat.”
Razree berdebar-debar. Harap-harap jadilah…
“Dhia terima abang jadi kekasih Dhia.”
Mulut Razree ternganga luas. Dia mengosok matanya berkali-kali. Seakan tidak percaya dengan jawapan yang diterima.
“Cuba Dhia ulang sekali lagi. Abang nak dengar.”dia mendekatkan telinganya di wajah Dhia. Dhia tersentak. Dia menarik nafas panjang lalu dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga lelaki itu.
“Dhia terima abang jadi kekasih Dhia dengan seikhlas hati bukan kerana terpaksa tetapi dengan rela hati.”bisik Dhia dengan nada gugup.
Razree terkedu sekali lagi. Dia benar-benar terpana dengan ayat itu. Airliurnya ditelan berkali-kali.
            “Betul Dhia terima abang?”
            “Betul.”dia tersipu-sipu malu.Hujung kain tudung diambilnya lalu diditutup sebahagian wajahnya.
            Razree mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana memberinya peluang untuk bercinta sekali lagi.
            Alhamdulilah…semoga mereka berdua kekal berpasangan hingga ke jannah.doanya dalam hati.
*****
            Rayyan Zikri terpana melihat adegan romantik yang berlaku diantara Dhia dan abangnya tidak jauh dari pintu masuk rumah nenek. Hatinya kecewa dengan sikap Dhia dan abangnya. Tidak sangka dalam Dhia bermuram durja, perempuan itu ‘bermesra’ dengan abangnya yang tiba-tiba muncul hari ini di kenduri doa selamat yang dianjurkan mereka.           
            Rasa-rasanya dia dan abang sudah lama tidak bersua muka apatah lagi hendak bercakap ditalian. Mengapa lelaki itu muncul secara tiba-tiba dirumah nenek? Adakah nenek yang menjemput abangnya datang ke sini?
            Yang peliknya, abangnya ada mengatakan yang dia yang membawa sahabatnya ke sini. Sejak bila mereka berjumpa? Hatinya mula berasa tidak enak. Dia tidak boleh biarkan Dhia berkawan rapat dengan abangnya. Dhia itu sahabatnya, bukan sahabatnya abangnya!
            Jangan sekali-kali kau dapat berkawan dengan Dhia, abang Raz! dia mengepal penumbuk dan mendengus. Terus dia masuk ke dalam rumah dengan kaki yang terjingkit-jingkit.
*****
Masuk sahaja ke dalam rumah, orang pertama yang Rayyan Zikri jumpa adalah neneknya yang sedang berbual dengan ibu Dhia . Dia mengeluh kesah. Kaki yang sakit ini perlu berjalan seperti biasa agar nenek tidak terlalu risau dengan keadaannya. Jika nenek tahu, pasti nenek akan membawanya ke hospital.
Walaupun kakinya teramat sakit ketika ini, dia mengagahkan diri agar nenek tidak melihat sebarang kelukaan pada kakinya.
Puan Hadijah menghentikan perbualannya dengan Puan Suria dan apabila ternampak cucunya yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Dia jadi pelik. Bila masa pulak cucunya ada di sini? Setahunya Rayyan Zikri sukar untuk hadir ke majlis keagamaan seperti ini. Adakah cucunya sudah mula berubah? Jika benarlah telahannya, alhamdulilah…
“Nenek tak sangka Ray ada kat sini. Bila Ray balik?”soal Puan Hadijah dengan mesra. Malam ini cucunya hanya mengenakan baju kemeja dan seluar slack sahaja, tidak seperti tetamu-tetamu lelaki yang hadir pada malam ini yang rata-ratanya memakai baju melayu serta bersampin.
Hmm…bilalah cucunya ini mahu memakai baju melayu seperti lelaki lain? tanya dia dalam hati. Sudah lama baju melayu tidak tersarung di tubuh cucunya yang satu ini. Seringkali cucunya memakai kemeja dan seluar slack.
“Ray penatlah. Ray nak rehat kat dalam bilik.” Soalan nenek tidak berapa diendahkan. Apa yang ada difikirannya sekarang ini hanyalah mahu menenangkan mental yang agak berserabut didalam kepalanya.
“Ray jangan macam tu, nanti apa pulak kata tetamu bila Ray buat endah tak endah aje dengan diorang.”
“Nenek aje yang fikir macam tu. Ray rasa tak ada apa-apa pun. Dahlah, Ray nak masuk bilik dulu. Jangan ganggu Ray lepas Ray masuk bilik. Ray tak mahu diganggu.”ujarnya sebelum kakinya perlahan-lahan bergerak naik ke bilik.
Puan Hadijah terasa. Sedihnya dapat cucu yang begini degil. Apa yang dikatakan semua mahu dibantah. Nasib Nur Imani lah dapat teman lelaki seperti ini.
Cucunya sudah berkira-kira mahu naik ke atas namun dia tergamam seketika melihat gerak langkah cucunya ketika meniti anak tangga. Kaki Ray ada masalah ke? Telahnya sendiri. Terus dia bergerak menghampiri Rayyan Zikri dan memegang bahu cucunya. Kaki cucunya ditilik penuh teliti. Dia agak terperanjat melihat kaki cucunya yang kebiru-biruan dan sedikit darah mengalir ditepi kaki cucunya.
Rayyan Zikri terkejut. Dia lantas berpaling ke belakang. “Apa lagi nek…?” acuh tidak acuh dia menyoal.
“Kenapa kaki Ray berdarah ni?”soal Puan Hadijah penuh risau. Kepalanya ditundukkan sedikit. Dia jadi takut melihat kaki cucunya itu. Sudah pasti akan meninggalkan kesan pada kaki cucunya nanti. Mungkin selepas ini dia akan menelefon doktor peribadinya untuk merawat kaki cucunya.
“Biarlah kaki ni berdarah ke tidak. Kaki Ray yang sakit, bukan kaki nenek.”acuh tidak acuh Rayyan Zikri menjawab. Terjungkit-jungkit dia bergerak meniti anak tangga dan terus masuk ke dalam bilik. Malas mahu menyertai sekumpulan tetamu yang sedang enak menikmati hidangan di ruang tamu.
Puan Hadijah terdiam. Dia kaku di situ. Kenapalah dengan cucu aku ni?gumamnya. Rasanya dia tak buat apa-apa pun. Cara cakap dia pun baik-baik saja. Apa yang membuatkan cucunya bingung pun dia tidak dapat mengenal pasti. Malam ini dia agak sibuk melayan tetamu jadi perkara yang berkaitan dengan cucunya tidak diendahkan.
Didalam bilik, Rayyan Zikri membaling bantal dan cadar yang terletak elok diatas katilnya dengan kasar diatas lantai. Hatinya memang sakit ketika ini. Gara-gara Dhia pergi bersama abangnya, cemburunya menular secara tiba-tiba.
“Kenapa dengan aku ni? Kenapa hati aku sakit sangat bila Dhia pergi kat abang Raz?”soalnya sendiri. Rambutnya diraup kasar.
“Aku dah jatuh cinta pada sahabat sendiri ke?”soalnya lagi. Tubuhnya dibaringkan di katil tanpa bantal. Wajahnya merenung siling yang kosong tanpa sebarang lampu sebelum dipejamkan mata. Kakinya dijulurkan ke bawah tanpa diangkat ke atas. Insyallah dia akan meletak minyak angin di kaki pada keesokan harinya.
Biarlah hati ini tenang dulu dari memikirkan tentang sahabatnya dan bermimpi yang indah tentang hubungannya dengan Nur Imani…
****
Razree menghantar Dhia dan ibunya balik ke rumah setelah selesai majlis doa selamat yang dibuat nenek. Malam ini, hatinya dipalit dengan kegembiraan dan keceriaan tatkala Dhia sudi menerimanya.
Di dalam kereta tadi, dia telah meluahkan hasratnya kepada Puan Suria untuk mengambil Dhia sebagai teman istimewa dihatinya. Dhia yang duduk disebelahnya kelihatan malu-malu apabila dia berkata soal hati dan perasaan didepan Puan Suria tanpa perasaan segan. Itulah bukti cinta dia kepada perempuan yang bernama Nurul Haifa Nadhiya.
Alhamdulilah, dengan kuasa tuhan ibu Dhia bersetuju mereka berdua menjalinkan hubungan namun hatinya sedikit berdebar tatkala teringatkan nenek di rumah. Adakah nenek akan setuju mereka berdua menjalinkan hubungan?
Berserabut juga kepala dia untuk memikirkan tentang keputusan nenek tapi dia yakin nenek pasti akan setuju mereka berdua bersatu. Nenek sayangkan Dhia dan nenek juga mahukan Dhia bahagia setelah diceraikan. Dia akan menyakinkan nenek bahawa dia menyintai Dhia.
“Mak cik masuk dulu, korang berboraklah apa yang patut.”kata Puan Suria dengan memberi keizinan untuk mereka berbual. Dia seronok melihat pasangan ini. Dalam hati dia berharap agar pasangan ini akan cepat disatukan.
Dhia malu-malu. “Takpelah, ibu. Kita masuk sekali ye.”ajaknya yang masih lagi dalam keadaan segan. Dia menarik tangan ibu untuk masuk sekali dengannya namun ibu pantas meleraikan pautannya. Dhia menjungkitkan kening.
“Biarlah korang berbual dulu. Kan hari ni hari pertama korang bercinta.”ucap Puan Suria diselangi dengan sengihan. Dia memohon diri untuk masuk ke dalam terlebih dahulu. Razree tersenyum simpul. Bertuahnya dia jika dia mendapat ibu mertua sebegini sporting. Desisnya.
Dhia berpaling ke tempat lain manakala Razree tidak jemu-jemu memerhatikan kekasih hatinya yang mengalih pandangannya dari memandang dirinya.
“Dhia, janganlah malu macam kita baru pertama kali kenal. Dah jadi kekasih kan, buat apa nak segan lagi. Pandang sini, tengok muka abang yang hensem ni.” Dhia tersengih sendiri dibelakang teman lelakinya lalu dia berpaling dengan mengetap bibirnya. Malu beb!
“Abang buat Dhia malu aje dalam kereta tadi. Nasib baik ibu terima tau kalau tak, meranalah abang!”
“Eh, abang cakap depan mak cik pun dah kira okey. Kalau pendamkan hubungan ni lama-lama, tak pasal-pasal mak cik Suria carikan lelaki lain untuk Dhia. Abang tak rela tau.”
Dhia tergelak kecil. “Abang memang lelaki yang berani. Dhia suka semangat abang.”pujinya.
Razree kembang setaman. Bangga dengan statement yang meniti dibibir kekasihnya. “Suka semangat abang aje? Suka kat abang?” tadi di rumah nenek, Dhia hanya bersetuju untuk menerima dia sebagai kekasih hati tapi tidak pula bercakap tentang perasaan.
Dhia menarik nafas dalam. Apa dia nak jawab ini? “Dhia suka abang tapi Dhia harap abang faham yang hati Dhia masih tertutup buat insan yang bernama lelaki semenjak Muzaffar ceraikan Dhia. ” dia terpaksa berkata jujur. Memang diakui dia boleh menerima abang Razree namun bukan seratus peratus penerimaan itu!
Razree sedikit berjauh hati. “Maknanya Dhia tak cintakan abanglah ni?” sayu suaranya kedengaran. Dia terasa ingin menitiskan airmata tetapi sebagai lelaki dia harus kuat.
“Dhia tak cakap Dhia tak cintakan abang. Dhia cakap hati Dhia masih tertutup buat seorang lelaki dan bila Dhia sudah menjadi kekasih rasmi abang, Dhia akan belajar mencintai abang dan abang kena buat Dhia mencintai abang. Sekarang ni Dhia sukakan abang, jadi abang kena buat Dhia cintakan abang pulak.”
Razree memikirkan seketika logik yang Dhia berikan padanya. Benarkah cinta akan hadir di sudut hati kekasihnya setelah hati Dhia tertutup buat seorang lelaki? Mampukah dia membuat Dhia mencintainya?
Insyallah…dengan semangat dan keyakinan yang terbit dihatinya, dia akan berusah sebaik mungkin untuk membuat Dhia mencintainya.
“Dhia terpaksa buat pengakuan ni sebab Dhia tak nak abang terluka dikemudian hari. Abang berilah Dhia peluang untuk mencintai abang dan insyallah Dhia akan menerima cinta abang seikhlas hati Dhia suatu hari nanti.”jelasnya.
Razree merenung Dhia tidak berkelip. “Abang akan beri Dhia masa untuk belajar mencintai abang dan abang akan tunggu saat itu. Abang akan buat Dhia cintakan abang.”
“Terima kasih abang. Terima kasih kerana memahami diri Dhia. Berlaku jujur lebih baik dari menipu. Dhia tak nak tipu abang dan Dhia harap abang buat Dhia cintakan abang selepas ini. Dhia harap abang akan terima segala kebaikan dan kelemahan yang ada pada diri Dhia.”
“Abang akan terima segala kekurangan dan kelebihan Dhia. Janji Dhia bersama abang dan abang akan gembirakan hati Dhia.”katanya dengan suara yang sebak.
“I love you, Dhia.”ucapnya tanpa dipendam lagi. Malam inilah malam yang tepat untuk dia meluhkan rasa cintanya kepada Dhia. Biarlah Dhia tidak membalas kata-kata cintanya tetapi dia berharap Dhia akan mengucapkan perkataan itu dihadapannya.
Dhia mengetap bibir sambil menitiskan airmata. Sebak rasanya apabila mendengar ucapan cinta dari seorang lelaki yang bernama Razree. Terharu dirinya apabila dicintai oleh seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Abang…Dhia akan belajar mencintai abang. Abang tunggu sajalah saat itu. Saat Dhia mencintai abang! Jeritnya dalam hati.








7 ulasan:

kak ida berkata...

tulusnya cinta mamat tu kat Dhia..akak harap Dhia kan membuka hatinya utk mencintai abang Raz dengan sepenuh hatinya tanpa menoleh kembali kebelakang dan berfikir mengenai bekas suaminya maupun rayyan simangkuk sengal tu ..

nur daeya berkata...

tulus kan?
hope dhia akan trbuka hatinya nnt utk menerima cinta Dhia..

ZH berkata...

Suka Raz ngan Dhia!!!! Mintak-mintak cam tu lah sampai akhirnya ya Eya.... padan muka Ray.

Unknown berkata...

jln citer mmg dh ada sejak dr awal lg kak ZH, jdi eya x boleh nk ckp skrg yg Dhia n Razree akn berkekalan smpai ke akhir hayat.

Afifah Yusof berkata...

waaa.... yes! akhirnya Dhia terima Raz... suka sangat!

tapi Ray macam nak kacau pula. janganlah dia buat benda jahat.

Unknown berkata...

hehe..biasalah kak..hero mne ske klao heroin d pergi ngn lelaki lain kan kak?

Nana Mohd Yasin berkata...

alhamdulillah ada juga peluang dhia bercinta ngan abg razree.....
rama2 sdg berkembangan di tmn hati ni...
jgn diya trima abg razree sbb keciwa ngan rayyan plak....

hahaha.... cian rayyan makan hati...
panas baran tul lah rayyan ni....
ubah lah sikap awak tu rayyan, sembahyang x nak apa daa......

apa agaknya next ekk....
sukenya....suke suke suke....