Selasa, 16 Julai 2013

BAB 2 DIRIKU BUKAN MATERIALISTIK!




Nur Khaleeda membelek-belek majalah Wanita yang memaparkan banyak iklan kecantikan yang sesuai untuk dirinya di ruang rehat pekerja. Mana tahu ada produk yang sesuai untuk dirinya. Yalah, waktu muda begini kenalah cantik. Kalau tak cantik, suami lari!
Sewaktu asyik membelek setiap helaian majalah itu, matanya tertancap pada satu produk mencantikkan wajah yang menampilkan arits popular sebagai duta produk. Dia jadi berminat. Tengok harga pun tak adalah mahal sangat. Boleh beli ni.desisnya.
Nombor telefon pembekal produk kesihatan diambil didail supaya dapat bercakap terus dengan orang yang membekalkan produk tersebut. Cepat tempah, cepat dapatkan? Mana tahu, suaminya akan lebih tergoda dengan mukanya yang serba cantik ini selepas dia memakai produk itu nanti.
“ Assalamualaikum….hai saya Eda. Saya dapat nombor telefon awak ni daripada majalah Wanita. Betul ke awak ni pengedar produk Skincerity?”lemah-lembut Nur Khaleeda bercakap. Walhal, dirinya bukan seperti itu.
“Waalaikumsalam. Ya, saya memang salah seorang pengedarnya. Cik berminat nak beli produk kami? Produk kami menawarkan harga yang lebih murah berbanding produk lain. Kualitinya setanding dengan produk antarabangsa.”aduh! dah mula dah promosi produk dia…macam cakap iklan pun ada jugak!
“Err…ya, ya. Saya memang berminat nak beli, tapi cawangan yang terdekat di daerah lembah kelang ada tak? Saya tinggal kat area KL, so kalau dapat cepat lagi bagus. Teringin pulak saya nak cuba produk tu.”
“Memang cawangan kami ada di Kuala Lumpur. Kalau cik berminat, kami akan hantarkan seorang pengedar ke tempat cik untuk memperkenalkan produk Skincerity ini.
“ Bagus jugak tu. Saya sekarang ni ada kat ofis, jadi sesuai sangatlah kalau nak perkenalkan produk tu.”
“ Maaf cik, saya rasa tak sesuai nak tunjukkan produk tu kat ofis. Takut menganggu kerja cik. Saya rasa baik saya hantar pengedar tu kat rumah cik aje.”
“Tak apa…tak apa. Awak hantar aje pengedar tu kat ofis saya. Kalauboleh, saya nak produk tu hari ini jugak.”
Terpaksalah pembekal itu bersetuju walaupun secara dasarnya dia berat hati untuk pergi ke pejabat pembeli itu namun dia terpaksa. Kehendak pelanggan haruslah diutamakan. Itulah moto syarikat kecantikan mereka selama ini.
“Baiklah kalau macam tu. Kat mana syarikat cik? Dalam masa satu jam lagi, pengedar saya akan sampai di tempat cik.”
Nur Khaleeda tersenyum gembira. Dapatlah dia menggunakan produk kecantikan itu hari ini. Cepat-cepat alamat pejabatnya diberikan. “Datang secepat yang mungkin ya. Nanti saya akan cakap pada receptionist tentang kedatangan salah seorang pekerja awak ya.”
“Hmm…oklah kalau macam tu. Sejam lagi pengedar syarikat kami akan sampai ke tempat cik. Terima kasih kerana sudi membeli produk kami. Assalamualaikum…”ucap pembekal itu seraya meletakkan telefon.
Nur Khaleeda berpuas hati. Gembira kerana hajatnya untuk mendapatkan kulit yang cantik termakbul jugak. Mesti cik abang akan tergoda dengan kulit muka aku ni. Desisnya.
Pantas dia keluar dari bilik rehat pekerja itu dan berjumpa receptionist.  Tak sabarnya nak pakai produk baru!
*****
Setelah sejam kemudian, pengedar yang ditunggu telah tiba. Nur Khaleeda teruja. Dibawa pengedar itu masuk ke dalam biliknya. Semua client yang ingin bertemu dengannya ditunda ke hari lain. Apa yang penting padanya adalah produk kecantikan.
“Silakan duduk Encik…”pelawa Nur Khaleeda dengan senyum lebar. Nampaknya pengedar produk kecantikan kali ini adalah lelaki. Tak sangka ya ada jugak kaum lelaki yang sudi menjual produk kecantikan kaum perempuan ini. Hensem pulak tu!
“Terima kasih. Nama saya Ahmad Aidil. Panggil Aidil aje.”pintas lelaki itu.
“Silakan duduk, Encik Aidil.” Nur Khaleeda senyum sahaja. Maklumlah, lelaki hensem didepan mata, kenalah senyum selalu. Matanya tidak berganjak dari memandang lelaki yang hitam manis itu. Nampak sweet aje muka dia ni.
Lelaki itu duduk sambil meletakkan produk jualan syarikatnya diatas meja kemudian matanya dialihkan ke perempuan yang duduk didepannya.
“Sekarang saya akan mulakan pengenalan kepada produk kami yang terbaru dipasaran iaitu Skincerity. Untuk mengekalkan kecantikan pada raut wajah cik, saya sarankan agar cik gunakan produk ini agar kedutan di wajah cik akan hilang serta-merta.”kata Aidil sambil menunjukkan botol bulat berwarna biru.
“Ooo…maknanya produk ni hilangkan kedutanlah ya? Berapa lama dia ambil masa untuk hapuskan kedutan dimuka?”
“Insyallah dalam dua minggu akan hilang sedikit demi sedikit kedutan di wajah cik. Macam kat muka cik sekarang, saya dapat lihat ada sedikit kedutan dibawah mata. Mungkin cik boleh amalkan produk ini setiap hari supaya kedutan itu akan hilang dan menyerikan wajah cik.”
Nur Khaleeda menyentuh bawah matanya. Tajam betul mata Aidil ni. Sempat lagi tengok bawah mata dia. Desisnya. Malu pulak rasanya lelaki tengok kedutan perempuan ni.
Dia mula mengambil produk ditangan Aidil tanpa segan-silu. Aidil sedikit terkejut tetapi dibiarkan sahaja.
“Ooo…berapa harga produk ni?” Nur Khaleeda pula menunjukkan produk itu kepada Aidil.
“Kini, kami sedang mempromosikan satu set produk syarikat kami. Jika cik beli satu set produk Skincerity, kami akan menawarkan diskaun lima puluh percent dan memberi kad keahlian percuma sebagai member produk kami.”
Mata Nur Khaleeda membulat. Wow! Banyaknya tawaran menarik. Dah ada yang jual murah, apalagi…beli ajelah kan? Mana tahu kalau beli lagi sekali boleh kurangkan lagi harga?
“ Saya beli ajelah Aidil. Memang murah pun. Saya bayar melalui cash lah ya?”Nur Khaleeda mula mengambil beg tangannya lalu menyelongkar dompetnya. Harap-harap cukuplah untuk membayar produk ini.
“Berapa harganya Aidil?”
“Tiga ratus setengah untuk satu set produk Skincerity.” Aidil mula mengeluarkan produk-produk keluaran syarikat mereka yang lain dalam beg galasnya. Yang produk tadi tu hanya memperkenalkan produk sahaja.
“Nah!”Nur Khaleeda segera menghulurkan duit tiga ratus lima puluh ringgit kepada Aidil. Setelah itu, satu set produk kecantikan Skincerity itu diberikan kepadanya.
“Terima kasih cik kerana menggunakan produk syarikat kami.  Jika cik…”
“Cik Eda.”
“Oh. Jika Cik Eda berpuas hati dengan produk syarikat kami, silalah hubungi di nombor yang sama. Saya keluar dulu ya.”Aidil meminta diri untuk keluar dari pejabat Cik Eda. Tidak manis rasanya berbual didalam pejabat yang tidak mempunyai ramai orang.
“Eh…eh. Tunggu dulu, Aidil.”Nur Khaleeda pantas bangun.
“Ya, kenapa?”
“Hmm…saya nak nombor telefon awak boleh tak?”kening kanan Aidil terangkat.
“Err…bukan ke nombor syarikat kami dah ada pada cik? Saya rasa nombor saya tak ada pun tak apa.”perempuan didepannya ini mengada-ngadalah pulak.
“Ala…bolehlah Aidil. Manalah tahu, produk ni berkesan. Boleh saya rekomen kat rakan-rakan saya.”idea itu sahaja yang muncul dibenaknya ketika ini. Sebenarnya dia mahu berkenalan dengan lelaki itu. Mana tahu lelaki itu single lagi. Boleh kenal-kenal kan?
“Ohh…”panjang bunyi ‘O’ dibibir Aidil. Dia ingatkan perempuan itu nak mengoratnya tadi.
“Ni business card saya. Ada apa-apa masalah berkaitan produk ini, boleh telefon dinombor yang tertera.”Aidil mengunjurkan kad perniagaaannya kepada pembeli tersebut.
Nur Khaleeda tersenyum gembira. “Terima kasih, Aidil. Nanti kalau ada apa-apa Eda call. Jangan tak angkat tau!”dengan suara gedik dan manjanya, dia menjawab. Matanya sempat lagi mengenyitkan mata.
Aidil tersentak. Nampaknya perempuan ini gatal jugak rupanya. Selama dia menjadi pengedar untuk produk Skincerity ini, belum pernah sekali pun pembeli seperti perempuan didepannya mengenyitkan mata.
“Err…saya pergi dulu ya. Assalamualaikum!”ucap Aidil seraya mengalas begnya dan terus keluar dari bilik perempuan itu. Tidak sanggup dia berlama didalam bilik itu.
“Waalaikumsalam.”Nur Khaleeda melambai tangan. Dia mengangkat tangannya setinggi yang mungkin namun dia hampa lelaki itu tidak menoleh ke belakang lagi. Tapi tak mengapa, nombor telefon lelaki itu ada ditangan. Senanglah dia nak contact lelaki itu nanti!
‘Nur Khaleeda, kau dah ada suami pun masih nak bergatal jugak!’monolognya sendiri.
******
Pulang dari rumah, Nur Khaleeda terkejut kasut suaminya ada di rak kasut. Maknanya suaminya pulang lebih awal daripadanya. Ala…baru nak menyorokkan produk-produk ni, abang dah balik. Harap-harap janganlah abang marah ya tengok barang ni. Detiknya.
Dia masuk dengan memberi salam. Matanya sempat dikerlingkan ke kiri dan kanan. Mana tahu suaminya ada disitu.
“Ehem…ehem!”mata Nur Khaleed membulat apabila mendengar deheman dari arah belakang. Hampir terjatuh produk kecantikan yang dibeli tadi. Mujur dia tidak cepat melatah.
“Baru balik? Pergi mana tadi?”
Suara Amysar Shah yang sinis itu membuatkan kepala Nur Khaleeda tertunduk ke bawah.
“Aik? Abang cakap sikit dah tunduk bawah. Ini apa ni?” Suara suaminya yang kedengaran tegas itu menakutkan dirinya. Habislah aku…gumamnya.
“Abang cakap ni. Naiklah muka tu keatas. Pandang abang.”
“Beli apa tu?”terangkat kening Amysar Shah apabila melihat produk yang ada ditangan isterinya. Dia sudah tahu produk apa yang ada pada isterinya namun sengaja ditanya semula. Geram betul dengan sikap isterinya ini. Kalau boleh, semua produk kecantikan yang ada kat Malaysia ni dia nak beli.
Bila dah beli, bukannya nak pakai. Terbiar aje produk tu tanpa diusik.
“ Eda beli produk kurangkan kedut. Kenapa abang tanya? Tak salah kan Eda beli produk ni?”tiba-tiba dia bersikap berani berlawan kata dengan suaminya.
Amysar Shah mencekak pinggang. Wah…dah pandai melawan cakap ni. “ Sejak bila Eda pandai lawan cakap abang ni? Abang tunggu dari pukul enam tadi nak ajak Eda pergi pasar malam. Mana Eda pergi sebenarnya ni?”
“Eda beli nilah takkan abang tak nampak kot?Nur Khaleeda mengunjurkan produk kecantikan yang dipegang betul-betul dimata suaminya.
Amsyar Shah mengeluh panjang. Makin kurang ajar nampaknya isteri dia ni.
“Abang selalu cakap dengan Eda, beli barang ikut kemampuan aje. Tengok sekarang, duit Eda dah tinggal sikit. Beli barang mahal-mahal nak buat apa? Tak bawa ke kubur pun.”sindir Amysar Shah sinis.

             “Dah barang tu sesuai dengan Eda, beli ajelah. Lagipun barang mahal kan lagi berkualiti. Bukan macam barang murah kat pasar malam tu. Tak berkualiti langsung!”Nur Khaleeda mencebik. Sudah lama dia tidak berkunjung ke pasar malam semenjak dia dinaikkan pangkat. Baginya, barang di pasar malam no class!

             Amysar Shah merenung wajah isterinya yang seakan tidak berpuas hati dengannya. “ Eda kena ingat, Allah akan tarik bila-bila masa aje nikmat yang Eda dapat tu. Eda jangan nak riak sangatlah dengan apa yang Eda dapat sekarang.”

             “Abang suka bagi nasihat macam rakan-rakan Eda kat pejabat tu. Eda tak sukalah. Biarlah Eda nak beli apa yang Eda suka. Bukannya korang bayar pun.”jawab Nur Khaleeda selamba. Tidak terdetik sedikit pun nasihat yang diberikan suaminya apatah lagi rakan-rakan sepejabatnya.

             Amysar Shah mengeluh buat kesekian kalinya. ‘Susahnya nak lenturkan sikap isteriku ini.’bisiknya dalam hati.