Aku terima nikahnya, Amylia Nur Kyra dengan mas kahwinnya
membimbing jalan yang diredhai Allah S.W.T…
Berwalikan Atuk
Kyra iaitu Ahmad Khairil dan dua orang saksi, Kyra dan Abdul Fatah selamat
diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Insan yang paling gembira di dalam bilik
itu semestinya Abdul Fatah.
Dengan hati yang
separuh rela, Kyra terpaksa berjabat salam dengan Abdul Fatah.
Abdul Fatah bukan
main teruja lagi apabila Kyra mencium tangannya. Dia mengambil peluang ini
mencium dahi Kyra. Bukan senang mahu mendapat peluang ini.
Puan Azlina, Atuk
Kyra dan dua saksi yang merupakan saudara terdekat Kyra bersalaman sambil
mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya. Abdul Fatah tidak henti-henti
menguntum senyum lebar manakala Kyra hanya tersenyum pahit. Yalah, kahwin
terpaksa kan?
Ibu Abdul Fatah,
Puan Faridah tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di Singapura ketika
ini bagi mempromosikan syarikatnya.
“ Baguslah kamu
kahwin semula Kyra. Tak adalah kamu sunyi sentiasa. Cepat-cepat dapatkan ibu
cucu ya.” kata Puan Azlina. Dia menepuk lembut bahu anaknya yang anggun berbaju
kebaya berwarna biru gelap itu. Kyra tertunduk malu walaupun mukanya panas membahang kerana ibunya berkata
begitu.
Abdul Fatah yang
perasan Kyra menundukkan muka segera merapati wanita itu lalu digenggam erat
tangannya. Kyra terpaku. Segera dia mengangkat wajah. Mahu sahaja dia menepis
kasar tangan Abdul Fatah namun dia sedar dia berada di depan ibu dan Atuk.
Terpaksalah dia membiarkan lelaki itu memegang tangannya.
“ Insyallah ibu.
Kami akan berusaha untuk berikan ibu cucu tahun ini juga!” Abdul Fatah
mewakilkan Kyra dalam membalas kata-kata ibu mertuanya. Dhia sekali lagi
terpaku tanpa kata. Bibirnya diketap geram. Lelaki ni memang nak kena dengan
aku lepas ni!
Puan Azlina dan
Atuk saling berpandangan sebelum masing-masing tersenyum. Senang dengan
kata-kata Abdul Fatah. Nampaknya Kyra bertuah kerana bersuamikan lelaki yang
sudi menerima Kyra sebagai isteri. Bukan mudah seorang bujang menerima janda
seperti Kyra ini.
“ Fat, boleh kita
cakap kat luar sebentar? Saya ada hal nak cakap dengan awak.” Tutur kata Kyra
lembut sahaja di depan ahli keluarganya. Abdul Fatah pula seakan-akan terpukau
dengan tutur kata Kyra yang begitu menikam kalbunya itu.
“ Pergilah. Kami
tunggu kat sini.” ucap Puan Azlina sambil tersenyum.
***
Kyra dan Abdul
Fatah berdiri tidak jauh dari muka pintu bilik yang menjadi majlis pernikahan
mereka.
Kyra merenung
Abdul Fatah dari atas ke bawah. Walaupun badan suaminya agak tembam namun dia
akui lelaki itu agak comel dan tinggi. Eh, apahal aku tiba-tiba boleh puji dia
ni? Bukan ke aku benci kat dia? kyra mengeleng-gelengkan kepala.
“ Kenapa Kyra
pandang Fat macam tu? Ada yang tak kena ke?”
“ Haa?” Kyra
tersentak.
“ Kyra nak cakap
apa dengan Fat tadi?”
Kyra ketawa
sinis. “ Takkan kau tak tahu apa yang aku nak cakapkan?” Kali ini suara Kyra
berubah kasar. Dengan lelaki ini, dia tidak boleh berlembut.
“ Abang
betul-betul tak tahu.” Abdul Fatah mula menukar panggilannya. Dia mahu Kyra
menghormatinya sebagai suami.
“ Okeylah, straight to the point! “ Kenapa kau bagi
aku mas kahwin macam tu? Aku tak sukalah.” Kyra buat muka tidak puas hati.
“ Tak suka ke mas
kahwin yang abang berikan tu?” Abdul Fatah mengerutkan dahi. Rasanya, itulah
mas kahwin yang paling terbaik yang dia mampu berikan. Dia mahu perkahwinan
mereka bahagia dan diberkati Allah sepanjang hayat.
Abang? Eii…
rasa nak muntah bila dia panggil macam tu. “ Tak sukalah sebab tak ada ringgit
Malaysia kat depan dia.” Kyra mencebik.
“ Tak baik cakap macam tu. Wang bukanlah jaminan untuk bahagia Kyra. Abang bagi mas kahwin tu ikhlas demi Allah S.W.T.” Penuh perasaan Abdul Fatah menjawab.
“ Tapi aku nak duit juga. Aku perlukan duit sangat-sangat.” Kyra separuh merayu. Benar, dia betul-betul perlukan duit untuk membayar duit Abdul Fatah.
“ Tak baik cakap macam tu. Wang bukanlah jaminan untuk bahagia Kyra. Abang bagi mas kahwin tu ikhlas demi Allah S.W.T.” Penuh perasaan Abdul Fatah menjawab.
“ Tapi aku nak duit juga. Aku perlukan duit sangat-sangat.” Kyra separuh merayu. Benar, dia betul-betul perlukan duit untuk membayar duit Abdul Fatah.
Abdul Fatah
tersenyum. “ Boleh aje. Kyra nak duit, abang boleh bagi tapi abang perlukan
sesuatu daripada Kyra.”
Kyra mengeluh
panjang. Tak habis-habis dengan permintaan! Bencinya.
“ Kau nak
apa?” Kyra mencebik.
“ Bila abang
bawa Kyra pergi rumah abang, abang akan bagi tahu permintaan abang.” Abdul
Fatah senyum sebelum dia mengambil tangan Kyra dan membawanya masuk ke dalam
bilik nikah itu semula.
Kyra ikut
sahaja langkah suaminya. Dia terpinga-pinga dengan kata-kata Abdul Fatah.
Rumah? Dia mula rasa seram sejuk. Takkan suaminya mahu meraikan ‘ malam
pertama’ mereka di rumah ibu mertuanya? Oh, tidak!!
****
“ Ibu, Atuk… majlis dah selesai kan? Jadi Fat rasa kita boleh balik sekarang lah. Jemput ibu, Atuk… naik kereta Fat.” pelawa Abdul Fatah penuh hormat. Tangan yang mengenggam jari-jemari Kyra tadi segera dileraikan. Kedua-duanya mengangguk sebelum mereka beredar dari bilik itu.
“ Ibu, Atuk… majlis dah selesai kan? Jadi Fat rasa kita boleh balik sekarang lah. Jemput ibu, Atuk… naik kereta Fat.” pelawa Abdul Fatah penuh hormat. Tangan yang mengenggam jari-jemari Kyra tadi segera dileraikan. Kedua-duanya mengangguk sebelum mereka beredar dari bilik itu.
Kyra tiba-tiba
terasa sayu. Abdul Fatah tadi bukan main pegang tangan dia bagai tak nak lepas.
Bila dah lepas, kenapa hatinya rasa lain macam? ‘ Takkan kau dah mula suka kat
dia Kyra?’ Dia mengelamun seketika. Badannya tegap berdiri di situ tanpa
sedikit pun bergerak ke muka pintu bilik ini.
Penolong Pegawai
Pendaftar Nikah serta yang lain sudah keluar dari bilik ini. Yang tinggal hanya
Kyra dan Abdul Fatah sahaja.
“ Kyra sayang…”
bisik Abdul Fatah dekat di telinga Kyra.
Kyra tersentak.
Dia mencebik ke arah Abdul Fatah dengan wajah meluat. “ Kau kenapa?”
“ Jom keluar.
Semua orang yang ada dalam bilik ni dah keluar dengan selamatnya. Kyra dengan
abang aje tak keluar lagi. Abang tak nak kena kunci dalam bilik sederhana besar
ni.”
“ Sejak bila kau
dah pandai bahasakan diri ‘abang’ ni? Rasanya aku tak pernah suruh kau
bahasakan diri ‘abang’. Depan ibu dan Atuk aku bolehlah kau cakap macam tu,
tapi depan aku kau jangan menggatal nak sebut abang ya. Aku tak suka!” Kyra
mecemuh sebelum dia bergerak keluar dari bilik sederhana besar itu meninggalkan
Abdul Fatah yang sudah berubah riak wajahnya.
“ Kyra tak suka
tapi abang suka…” Abdul Fatah menunduk sesaat sebelum dia cepat-cepat keluar
dari bilik ini. Walaupun jiwanya perit dengan kata-kata yang dibalas isterinya,
namun dia tetap bersabar. Dia yakin, suatu hari nanti Kyra akan menerimanya
sebagai suami yang sah. Dia hanya perlu menunggu sahaja waktu itu.
****
Sekali lagi Kyra
sebal dengan sikap Abdul Fatah kerana lelaki itu menggunakan kereta kancil
sebagai pengangkutan balik mereka. Ikutkan hati, dia balik naik teksi sahaja.
Masa datang ke Pejabat Agama Daerah Gombak tadi pun dia beserta ahli
keluarganya yang lain datang dengan menaiki teksi. Ingatkan Abdul Fatah akan
datang ke sini menggunakan kereta mewah yang merupakan milik ibunya. Tetapi
sayang… kereta kancil juga yang menjadi pengangkutan utama mereka. Hai…
ingatkan dapatlah merasa naik kereta mewah, rupanya tidak.
Kyra berura-ura
untuk duduk dibelakang bersama ibunya namun pantas ditahan Abdul Fatah. Kyra
buat muka tidak puas hati.
“ Ibu dengan Atuk
duduk belakang ya.” Saran Abdul Fatah sekaligus membukakan pintu untuk ibu
mertua dan Atuk. Setelah itu, pintu sebelah pemandu dibuka khas untuk Kyra.
Abdul Fatah perasan raut wajah isterinya memang nampak seperti tidak berpuas
hati dengannya namun dia peduli apa?!
“ Masuk ya Kyra
sayang…” Lembut suara Abdul Fatah meminta Kyra masuk ke dalam kereta. Dia
berjanji pada dirinya bermula saat ini, dia mahu melembutkan suara pada
isterinya.
Kyra pula apa
lagi. Masuk ke dalam perut kereta dengan muka monyok. Abdul Fatah tersenyum
ceria sebelum dia berlari anak masuk ke dalam kereta. Hatinya puas. Hari ini
merupakan hari yang paling bermakna buat dirinya. Dia telah berkahwin dengan
wanita pujaannya dan dia tidak sabar untuk berdua-duaan dengan Kyra di rumahnya
selepas ini!
***
Jika ramai
pengantin mengatakan hari perkahwinan mereka merupakan hari paling bahagia
dalam hidup mereka, Kyra membantah sekeras-kerasnya kata-kata itu. Hari
bahagia? Tak ada maknanya pun! Hari yang mengucar-kacirkan hidupnya adalah!
Mulai petang ini,
katil yang selama ini menjadi miliknya seorang kini telah menjadi milik dia dan
Abdul Fatah! Eeii… tak sukanya!!
Malang nasib
Kyra, ibu dan Atuk telah berhasrat untuk tidur di rumahnya selama tiga hari!
Tiga hari? Maknanya, tiga hari jugalah dia tidur sebilik bersama Abdul Fatah?
Oh no! Dia tidak sanggup. Sudahlah
dia benci lelaki itu. Fikirannya jadi buntu. Dia tidak tahu cara apa lagi yang
terbaik agar lelaki itu tidak tidur bersamanya di bilik malam ini.
Kyra buka pintu
rumah dengan rasa malas. Rasa macam tak nak buka aje pintu ni bila tengok Abdul
Fatah ada sekali. Hurm... dia jadi menyesal sangat kerana berkahwin dengan
mamat gemuk itu.
“ Disebabkan anak
ibu kahwin hari ni, ibu akan masakkan lauk-pauk yang sedap untuk anak ibu ni.
Kyra nak lauk apa? Ibu boleh masakkan.” Sebagai hadiah kerana Kyra sudah
menjadi isteri buat kali kedua, dia sanggup masak apa sahaja untuk anaknya.
Kyra jadi teruja
tiba-tiba. Ibu nak masak sebagai hadiah perkahwinannya? Ini sudah bagus! Sudah
lama dia tidak merasa air tangan ibunya semenjak ibunya berpindah ke Perak untuk
menjaga Atuk yang kini menghidap penyakit jantung.
“ Kyra nak sup
tulang boleh ibu? Dah lama Kyra tak rasa sup tulang ibu yang mantap tu.” rengek
Kyra sambil memaut bahu ibunya. Atuk tergelak kecil manakala Abdul Fatah
seakan-akan terpukau di situ dengan suara Kyra yang kedengaran agak manja
ditelinganya. Teringin juga dia mahu Kyra merengek sebegitu dengannya.
“ Haa… kalau nak
rasa sup tulang buatan ibu, Kyra kena bawa sekali suami Kyra tu pergi pasar.
Beli bahan-bahan untuk buat sup tu, boleh?”
Kyra memuncungkan
bibir. Tidak suka dengan cadangan ibunya yang mahu Abdul Fatah membawanya ke
pasar. Sudahlah dia berniat untuk menjauhkan diri dari lelaki ini, ibunya pula
makin bertindak mahu merapatkan diri dia dan Abdul Fatah!
Abdul Fatah
kelihatan teruja apabila ibu mertuanya menyeru dia untuk pergi bersama Kyra ke
pasar. Agak lama juga dia tidak ke pasar. Rasa-rasanya sudah lebih
berbelas-belas tahun dia tidak ke pasar. Kak Mah, orang gajinya yang sudah
berbelas-belas tahun berkhidmat di rumahnya sahaja yang selama ini ke pasar
untuk membeli bahan-bahan memasak.
Kali ini
peluangnya menjejakkan kaki ke pasar bersama Kyra merupakan peluang yang dia
takkan lepaskan! “ Jom, Kyra. Kita beli bahan-bahan untuk ibu masak.” Tangan
Kyra ditarik untuk masuk ke dalam kereta. Badan Kyra terhuyung-hayang apabila
tangannya dipegang suaminya itu.
“ Kamu tahu ke
nak beli apa yang ibu nak Kyra, Fat? Ibu tak tulis bahan-bahan tu lagi. Bukan
main semangat kamu nak pergi pasar tu Fat. Ya pun, tunggulah dulu.” Atuk di sebelah
ibu sudah galak ketawa manakala Puan Azlina mengeleng-gelengkan kepala.
“ Ayah… moh kita masuk dulu. Ayah kena makan
ubat lepas ni.” Atuk berhenti ketawa tatkala anaknya sudah memberi arahan untuk
makan ubat. Dia menganggukkan kepala dan masuk ke dalam rumah Kyra diikuti
anaknya.
“ Kamu berdua
tukarlah pakaian dulu. Takkan nak pakai baju macam ni pergi pasar?” Puan Azlina
sempat berkata sebelum dia masuk semula ke rumah. Abdul Fatah dan Kyra
masing-masing melihat pakaian tradisional mereka. Abdul Fatah mula mengeluh.
Dia tidak sedar yang dia memakai baju melayu tadi. Sudahlah dia tidak membawa
pakaiannya ke sini. Nampak gayanya terpaksalah dia menyuruh Hanip atau Syawal
membawa pakaiannya ke sini.
Kyra sudah
bersorak gembira di dalam hati apabila melihat wajah Abdul Fatah yang tidak
bermaya itu. Pasti suaminya itu
resah apabila pakaiannya tiada di sini. Haa… nampak gayanya dia pergi pasar
seorang sajalah. Itu lebih baik!
“ Kau tak bawa
baju kan? Biar aku aje yang pergi pasar. Kau duduk rumah.” Selamba sahaja Kyra
berkata begitu. Dia tidak tahu yang Abdul Fatah memang tidak suka Kyra berkata
begitu. Kyra adalah tanggungjawabnya.
“ Kita tak jadi
pergi pasar. Abang nak bawa Kyra pergi rumah abang petang ini. Fat telefon
Hanip kejap.” Abdul Fatah buat muka serius. Dia membelakangkan Kyra dan mula
menelefon Hanip.
Kyra mengerutkan dahi. Buat apa nak
telefon pekerja dia pula? Takkan nak suruh ambil baju kat rumah dia? Alahai,
aku dahlah malas nak pergi rumah dia. Wajah Abdul Fatah direnung dengan
pandangan tidak puas hati. Aku tak nak pergilah! Bentaknya dalam hati.
Ibu sudah keluar
dari rumah dan menghulurkan sekeping kertas yang mengandungi bahan-bahan untuk
membuat sup tulang kepada Kyra. “ Ini bahan-bahannya. Jangan tinggal satu bahan
pun. Nanti tak cukup bahan, tak sedap pula sup tulang tu. Kat rumah kamu ni
bukannya ada banyak bahan pun.”
Abdul Fatah
cepat-cepat mematikan talian sebelum dia memandang arah ibu mertuanya. “ Fat
rasa Fat nak bawa Kyra pergi rumah Fat dululah, ibu. Mungkin malam nanti baru
Fat dan Kyra balik kut. Bahan-bahan untuk buat sup tulang tu nanti pekerja Fat
akan belikan dan bawa ke sini. Ibu masak dulu nanti kami berdua balik dan makan
terus.” Baru sekejap tadi dia menelefon Hanip dan mengarahkan lelaki itu datang
ke mari bagi membeli bahan-bahan memasak.
Petang ini dia
mahu mengajak Kyra ke rumahnya. Dia mahu tunjukkan rumah sebenar dan kereta
yang dimiliki olehnya. Bukan kereta kancil itu lagi.
Kyra mengetap
bibir. Dia merenung Abdul Fatah dengan pandangan tidak puas hati. Geram dengan suaminya
makin menjadi-jadi! Memandai saja lelaki itu buat keputusan di depan ibu. Aku
tak nak pergilah! Bentaknya dalam hati.
Abdul Fatah
dengan selamba mengambil semula kertas di tangan isterinya itu lalu dihulurkan
semula kepada ibu mertuanya. Kyra mengetap bibir sekali lagi. Kali ini lebih
kuat. Dia benar-benar geram dengan Abdul Fatah.
“ Kami pergi dulu
ya ibu.” Cepat-cepat Abdul Fatah menarik pinggang Kyra dan membawa isterinya
masuk ke dalam perut kereta. Kyra sudah menjerit-jerit tidak suka.
Puan Azlina
semakin pelik dengan mereka berdua. Paling dia pelik dengan sikap anaknya,
Kyra. Kenapa anaknya seakan- akan tidak suka dengan Abdul Fatah sehingga
anaknya selamba sahaja memanggil kau aku di depan suaminya? Rasanya menantunya
itu boleh dikategorikan sebagai lelaki yang bertanggungjawab dan boleh menjaga
anaknya dengan baik.
Nampaknya, dia
kena menyiasat perhubungan mereka berdua secara senyap-senyap!
***
“ Puas hati kau?
Puas hati kau dapat buat aku macam ni? Puas kan?!” Kyra tidak dapat membendung
kemarahannya lagi. Terus dia melemparkan kemarahan yang terpendam di hatinya
kepada Abdul Fatah.
“ Tenang Kyra
sayang. Kita kat dalam kereta ni. Abang nak fokus pada pemanduan dulu. Nanti
bila kita dah sampai rumah abang, Kyra nak marah abang puas-puas, marahlah.
Asalkan Kyra senang hati.” Abdul Fatah cuba menenangkan isterinya yang tidak
dapat mengawal kemarahan terhadapnya. Dia tahu dia bersalah kerana membawa Kyra
ke rumahnya tanpa memberitahu isterinya terlebih dahulu. Tapi hatinya
membuak-buak mahu Kyra melihat rumah asalnya.
Kyra cuba
mengawal marahnya lalu berkata dengan bibir yang bergetar. Dia memeluk tubuh
lalu memandang hadapan. Wajah suaminya langsung tidak di pandang. “ Kau tahu apa
yang aku rasa terhadap kau sekarang? Aku, benci kau! Aku tak suka apa yang kau
berikan pada aku. Semua yang berkaitan dengan kau semua aku benci! Kau kena
ingat tu!”
Abdul Fatah kemam
bibir. Stereng kereta digenggam erat. Mahu sahaja dia menitiskan air mata
jantannya di dalam kereta ini buat kali pertama di depan Kyra kerana isterinya
telah melukakan hatinya dengan kata-kata yang tidak sedap didengar. Sudah berapa kali perkataan benci itu muncul di bibir
mungil Kyra. Sebagai suami, dia tertekan.
“ Abang takkan
berputus asa terhadap Kyra. Selagi abang bernafas, abang akan jaga Kyra
baik-baik.” Ya, itu memang tekadnya selepas bergelar suami kepada Kyra. Menjaga
Kyra dengan penuh kasih sayang. Dia mahu Kyra memperolehi kasih sayang seorang
suami setelah bergelar janda beberapa bulan yang lalu.
“ Apa yang aku
cakap pada kau semuanya tak berguna kan? Aku tak faham apa yang ada dalam
kepala otak kau tu. Aku dah kata benci kau, kau tetap tak berputus asa untuk
dapatkan cinta aku. Jujur aku cakap, hati aku masih kosong untuk terima cinta
seorang lelaki macam kau. Kau dengan Khuzairi sama aje. Dua kali lima. Suka
sakitkan hati aku.” Kyra mendengus.
“ Habis, Kyra
sakitkan hati abang boleh pula?” Kyra terkedu. Wah, mamat ni dah pandai melawan
kata dengan aku. Ini tak boleh
jadi ni. gumamnya.
“ Kau diamlah!
Banyak bunyi pula. Cepat jalan!” Tegang suara Kyra. Dia berpeluk tubuh dan
merenung ke luar tingkap kereta. Pandang pokok lagi bagus daripada mengadap
muka Abdul Fatah!
Abdul Fatah
memandang Kyra dengan rasa cinta yang membuak-buak. Tekadnya apabila tiba di
rumahnya nanti, dia akan menggunakan kuasanya sebagai seorang suami.
‘ Abang tak sabar menanti saat kita berdua-duaan di
rumah, Kyra sayang…’
6 ulasan:
best.
tqvm baby mio sbb sudi kte best!
Hehe. .seterusnya. .besttttt. .
tqvm Aisha sbb sudi kte best...insyallah tgh berusaha utk teruskannya
Best...lgi?
Best lgi...
Catat Ulasan