Tanpa berlengah lagi, Puan Halimah
segera menghampiri menantunya yang sedang menuruni tangga. Oh, dalam diam buat
maksiat belakang suami. Memang Mariana nak kena dengan aku ni. Sisa makanan
pada kedua belah tangannya memberi peluang kepada dia untuk membalas dendam.
“Nah, ambik kau!”tanpa menunggu lagi,
dia terus mempalitkan sisa makanan tadi ke wajah mulus Mariana.
Mariana yang kelihatan agak gembira
untuk mengambil kekasih gelapnya tatkala ingin menuruni tangga tergamam apabila
seorang insan menyentuh kulitnya. Mujur dia tidak kuat melatah. Kalau tak,
memang dia jatuh bergolek sampai ke tingkat bawah.
“Hei! Apa ni?!!”dia mengelak. Wajahnya
dilap agar tiada kesan kotor. Terkesima dia melihat ibu mertuanya ada
didepannya. “Ibu, ibu buat apa kat sini? Dah habis suapkan abang
ke?”tertanya-tanya juga didalam hati mengapa ibu memperlakukan dia seperti ini.
“Kau tanya apa aku buat kat sini?”Puan Halimah menjengilkan
mata. “ Perempuan tak sedar diri! Curang belakang suami, ada hati nak tanya aku
buat apa kat sini?”
Mariana melongo. Adakah ibunya
mendengar perbualan dia dan Adam Muhammad tadi? Aduhai…rahsia dah terbongkar.
Macam mana dia nak selamatkan diri ni?katanya dalam hati.
“Ibu cakap apa ni? Mana ada saya
curang. Ibu jangan memandai buat andaian ye.”ucapnya dengan bibir
terketar-ketar.
Puan Halimah membulatkan mata. “Kau
ingat aku tak dengar apa yang korang bualkan tadi? Telinga aku tak pekak lagi
kan sampai tak boleh nak dengar kau cakap I
you tu? Tergedik-gedik macam perempan tak ada maruah!”lantang bicaranya.
Bergema suaranya di sekitar wad itu.
Mariana mengetap bibir. Mujur pengunjung
tidak lalu lalang di sini. Jika tidak, pasti dia akan malu. Rasa nak tutup aje
mulut ibu mertua dia tapi apa boleh buat? Ibu tengah menggelegak marahnya.
“Ibu, maafkan Mariana. Mariana janji
lepas ni Mariana takkan berhubung dengan lelaki tu lagi.”dia cuba memancing ibu
mertuanya dengan janji. Seboleh mungkin dia mahu ibu mertuanya percaya
kata-kata dia.
“Sepatutnya aku tak termakan kata-kata
kau dulu. Bukan main lain kau kata bekas menantu aku curang dengan Rayyan Zikri
tapi tengok? Siapa yang curang sebenarnya? Kau kan?”marahnya meledak. Dia mula
rasa bersalah kerana menuduh Dhia curang. CD yang diberikan hari itu ternyata
ada udang disebalik mee. Siapalah yang sebenarnya dalang disebalik CD itu?
Kalaulah dia dapat tahu siapa yang buat, memang teruk dia kerjakan orang itu!
“Ibu… ibu kena percayakan Mariana.
Lelaki dalam telefon tadi tak ada apa-apa hubungan dengan Mariana. Percayalah!”
“Kau tipu! Antara lelaki dan perempuan
pasti ada hubungan yang istimewa. Kalau dah ber I you dengan lelaki tu, siap
manja macam budak-budak nak mintak gula, itu bukan takde hubungan istimewa ke?”
Mariana menunduk. Apa yang dikatakan
ibu mertuanya adalah benar. Tapi dia takkan mengalah. Dia harus kuat menepis
kata-kata ibu itu. “Saya tak curang, ibu. Percayalah!”
Puan Halimah tidak menghiraukan rayuan
itu. “Aku akan bongkarkan pada suami kau apa yang kau dah buat kat belakang
dia.”tegasnya. Dia mahu berpatah balik ke wad yang menempatkan anaknya. Dia
akan memaksa anaknya menceraikan Mariana sekarang jugak walau apapun yang
terjadi! Perempuan curang seperti Mariana tidak layak untuk berada disamping
anaknya.
“Jangan!!”Mariana lantas menarik tangan
ibu mertuanya dengan kasar. Terdorong Puan Halimah ke belakang. Kepantasan
Mariana menarik tangannya membuatkan badannya tidak seimbang di tangga itu lalu
dia jatuh berguling-guling.
Mariana tergamam tidak terkata. Matanya
berkedip-kedip memandang ibu mertuanya jatuh berguling-guling ditangga itu.
Tiada perasaan bersalah ketika itu.
Matanya dikerling ke kiri dan kanan.
Tiada orang yang memerhatikan dia menolak ibu mertuanya. Sepantas kilat dia
menghilangkan diri dari pandangan umum. Matlamat utamanya sekarang adalah
berjumpa Adam Muhammad sahaja!
Dalam hospital ni, pasti ada jalan short-cut! Argh! Janganlah orang tengok
dia yang jatuhkan ibu mertua dia.doanya dalam hati.
*****
Mood Rayyan Zikri berubah menjadi
gembira apabila gadis yang mendapat tempat dihatinya mengajaknya makan malam.
Senyuman dia bukan main lebar hinggan ke hujung telinga. Bertuahlah katakan!
Bukan senang nak keluar makan dengan cikgu sekolah kan!
Kereta Volvo miliknya di rumah bekas
ibu mertua Dhia diambil semula. Hajatnya ingin bersua muka dengan wanita
berusia itu tetapi melihat pagar yang terkunci rapat menyukarkan dia untuk
masuk ke dalam rumah itu.
Sebelum dia keluar dari kawasan
perumahan itu, dia sempat bertemu dengan Pak Ali, pengawal keselamatan yang
sudah lama tidak berjumpa. Pak Ali mula bertugas pada waktu petang, menggantikan
pengawal keselamatan yang bekerja shif pagi. Kesian dia melihat raut wajah yang
sudah uzur itu.
“Awak tahu tak?”tanya Rayyan Zikri
tatkala memulakan perbualan dengan Nur Imani. Dia memandang gadis itu menyedut
air sirap limau menggunakan straw. Tersenyum dia melihat tingkah gadis itu.
Hai Nur Imani…bilalah kau nak jadi
milik aku ni.gumamnya dalam hati.
Nur Imani menjongketkan kening. Belum
apa-apa hal lagi lelaki ni dah tanya dia yang bukan-bukan. “Tak tahu.”
“Saya pun tak tahu. Kah Kah Kah!”Rayyan
Zikri ketawa galak.
Nur Imani mencebik. “Tak lawak pun!”dia
mengacau air sirap limau itu tanpa memandang wajah lelaki itu. Argh! Bosannya
tak dapat pergi club hari
ni.keluhnya.
Hari ini dia terpaksa menundakan
persembahannya di club Golden Sun. Kawan serumahnya, Natasha memaksa dia supaya
berjumpa dengan lelaki ini.
“Awak, senyumlah sikit. Awak ajak saya
makan dengan awak tapi bila kita dah duduk berdua kat sini, awak tak nak senyum
pulak. Awak tak suka berbual dengan saya ke?”Rayyan Zikri mula merajuk.
Rajuk-rajuk manjalah katakan.
“Ehem, bukan.”sanggahnya. “Cuma saya
penat aje.”
“Awak penat? Murid-murid kat sekolah
buat hal ke?”tanya Rayyan Zikri prihatin. Nak tackle gadis depan dia ni kenalah
ambil berat.
Gulp! Tersekat airliur dikerongkongnya.
Natasha cakap apa pulak dengan mamat ni? Habislah dia!!
“Err…taklah.”hanya itu yang mampu
dijawabnya. Senyuman dibibirnya disunggingkan.
“Hmm…awak makanlah. Tambahkan tenaga
supaya tak penat.”suruh Rayyan Zikri. Dia menikmati makanannya. Dia tidak mahu
memaksa Nur Imani bercakap banyak dengannya. Biarlah gadis itu ‘merehatkan’
mulut dulu. Penat kan?
Nur Imani menyuapkan nasi goreng
pattaya ke mulutnya. Sambil dia makan, sambil itulah dia menatap wajah Rayyan
Zikri. Dia akui, lelaki itu menarik perhatiannya dari segi wajah dan kelembutan
suaranya apabila bercakap dengannya. Jika lelaki ini menjadi suaminya, pasti
dia akan dibelai dengan kasih sayang.
Hmm…bilalah detik itu ye? Dapat kahwin
dengan lelaki ni, mesti aku hidup bahagia.fikirnya sejenak.
“Kau melalut apa ni, Imani?”kata satu
suara yang tidak dia tahu siapakah gerangannya.
Nur Imani mengelengkan kepala. Aduh!
Kalau Rayyan Zikri tahu dia tengah berangan kahwin dengan lelaki ni. Mesti
lelaki itu akan ketawa berdekah-dekah. Jauh betul angan-angan kau, Imani!
“Awak kenapa, Nur Imani? Tergeleng-geleng
kepala masa tengah makan. Something wrong?”Rayyan Zikri perasan gadis itu
bagaikan berada di alam khayalan. Mimpikan dia ke?gelaknya dalam hati.
“Eh, mana ada. Saya biasa aje.”dia
menafikan. Nasi goreng pattaya itu dimakan dengan laju. Malu tak terkata
apabila lelaki itu perasan tingkahnya.
“Awak, makan slow-slow. Tercekik nanti.”arah Rayyan Zikri. Nasi yang berada
dicelah bibir Nur Imani ditepis lembut.
“Err…”Nur Imani terkaku. Dia mula
memperlahankan suapannya. Sisa makanan didalam mulut dikunyah perlahan.
Eeii…ada nasi kat tepi mulut dia ke? Alamak…kenapalah dengan aku ni?
Rayyan Zikri tersenyum. Comelnya gadis
ini. Bertuah siapa yang meiliki gadis yang bergelar cikgu ini. Jika dia yang
dapat. Alangkah bertuahnya…
Mulutnya dilap dengan tisu setelah makanannya
licin dipinggan. Dia tersenyum manis memandang wajah Nur Imani. Lama dia
menatap wajah comel itu. Tetapi tidak lama kerana ada sesuatu yang menganggu
tumpuannya. Bunyi telefon di poketnya!
“Eh, telefon saya berbunyilah.”katanya
dengan sedikit merungut. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar
lalu memandang skrin telefon itu.
Dhia rupanya yang telefon!
“Awak diam sekejap tau. Saya nak jawab
call ni.”arah Rayyan Zikri. Dia tidak mahu Nur Imani tahu dia bercakap dengan
Dhia.
Nur Imani memuncungkan bibir. Ala, dia
cakap dengan siapa pulak tu? Lelaki ke perempuan hah?tekanya sendiri.
Cemburunya mula terbit dihati. Kalau lelaki, kenapa mesti suruh dia diam. Cakap
ajelah kan?
‘Ini mesti perempuan! Hesy, potong stim
betullah!’rungutnya.
Rayyan Zikri melekapkan telefon
bimbitnya dipipi. Riak wajahnya berubah. Mengundang tanda tanya kepada Nur
Imani.
“Kau nak apa telefon aku ni?”kata
Rayyan acuh tak acuh. Dia malas mahu bercakap dengan Dhia. Hatinya masih lagi
sakit.
“Lelaki ke?”Ops! mulutnya ditekup
serapat-rapatnya. Dia bersalah kerana bersuara. Pandangannya dialihkan ke
tempat lain.
Dhia sudah terasa pelik semacam. Serasa
ada seorang disebelah sahabatnya. “Aku dengar macam ada suara aje kat sebelah
kau. Kau dengan siapa tu?”soalnya ingin tahu.
“Aku dengan Nur Imani, kenapa?”sengaja
Rayyan menyakitkan hati Dhia dengan menyebut nama gadis yang disukainya. Biar
Dhia rasa bengang dengan dia.
Nur Imani merenung tepat wajah lelaki
itu. Tergamam seketika apabila namanya disebut. Dalam hati dia berbangga kerana
lelaki itu menyebut namanya. Diperhatikan sahaja Rayyan Zikri bercakap.
Dhia terdiam membisu. Nur Imani? Dia
mula rasa dipinggirkan oleh sahabat sendiri. Sudah berapa kali sahabatnya
memanggil nama gadis itu. Terdetik cemburu dihatinya. Apakah gadis itu sudah
menjadi orang terpenting dalam hidup Rayyan Zikri?
Ya Allah! Janganlah gadis itu mendapat
tempat di hati sahabatnya.rintihnya dalam diam. “Kau gembira bersuka-ria dengan
Nur Imani tu tapi kau tak hiraukan keadaan nenek langsung kan? Manusia jenis
apa kau ni, Ray?”bentak Dhia.
Rayyan Zikri tidak mahu Nur Imani
mendengar perbalahan diantara dia dan Dhia. Segera dia bangkit dan menjauhkan
diri dari pandangan umum.
Nur Imani terpinga-pinga. Aik? Lelaki
ni kenapa? Dah buang tebiat agaknya sampai nak cakap jauh-jauh? Cakap ajelah
kat sini kan senang. Bukannya dia nak menyampuk pun!
*****
Di luar restoran, Rayyan Zikri mencekak
pinggang sambil melekapkan telefonnya di pipi.
“Buat apa aku nak hiraukan nenek kalau
nenek langsung tak hiraukan perasaan cucu dia sendiri? Dia dah tua, kenapa
mesti nak buat perkara bodoh tu?”balas Rayyan Zikri. Dia pun turut sama
membentak.
“Ray, kau sedar tak apa kau cakap ni?
Dia tu nenek kau. Kau boleh tak bertimbang rasa sikit?”marah Dhia.
“Kau terlalu sokong dia sangat. Itu
sebab dia sayang sangat kat kau!”cebiknya.
Dhia menghela nafas panjang. “Kau cucu
yang tak menghargai nenek sendiri. Dia sakit kat rumah kau boleh bersuka-ria
kat sana.”sambungnya dengan nada marah.
Rayyan Zikri tergamam. “Nenek
sakit?”mulutnya terketar-ketar.
“Ya, nenek sakit! Kalau kau rasa diri
kau tu sayangkan nenek, baik kau jaga nenek kat rumah! Nenek lagi penting dari
Nur Imani, faham tak?!!”kata Dhia geram lantas menutup telefon. Biar Rayyan
Zikri menyesal dengan perbuatannya menuduh nenek melakukan perkara bodoh.
Rayyan Zikri menyesal. Kerana dia,
nenek sakit.
Telefon bimbitnya tidak lagi kedengaran
suara sahabatnya. Dia insaf.
Ya, Allah! Maafkan hambamu…Hamba
manusia yang pentingkan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan