Isnin, 18 Mac 2013

BAB 16 Pulanglah Padaku



Sampai sahaja di sebuah warung, Dhia duduk di kerusi yang berdekatan dengan tray yang dipenuhi pelbagai jenis lauk. Dia datang sini bukan nak makan, just nak minum dengan Rayyan sahaja. Tak tahulah pulak sahabatnya itu mahu makan di sini.

Setelah berapa minit memesan minuman, Rayyan membawa dua gelas teh tarik di mej yang diduduki mereka.

“Nah, untuk kau. Special teh tarik kaw!”Rayyan tersengih sendiri.

Dhia tergelak kecil. “Thanks, Ray.”ucapnya. Sudu yang berada dalam cawan itu dikacau lalu dihirup perlahan.

Small matter!”Rayyan melabuhkan punggung di atas kerusi plastik berwarna merah. Dia pun turut sama mengacau minuman bersusu itu

Setelah selesai minum separuh dari air the tarik itu, dia memulakan pertanyaan.“Kau nak cakap apa dengan aku? Aku tengok riak wajah kau nampak macam ada kau sembunyikan sesuatu dari aku. Apa bendanya? Cuba cerita kat aku?”soalnya.

Riak wajah Dhia berubah keruh. “Aku cakap ni kau jangan nak marah-marah pulak dengan aku,”

Rayyan mengeluh. “Cakap terus-terang dengan aku, tak payah nak belitkan cerita. Buat apa aku nak marah kau? Kalau aku marah kau pun sebab kau buat muka. Dengan aku jangan buat muka. Aku tak suka.”tegasnya.

“Aku…aku…”bergetar bibir Dhia mahu meneruskan kata. “ Aku sebenarnya nak kau temankan aku pergi rumah lama aku. Aku nak ambik sesuatu dari rumah tu.”mukanya ditundukkan.

Rayyan Zikri yang kembali menghirup air teh tariknya tersedak. “Kau cakap apa ni?”matanya mula memerah. “ Kau nak pergi rumah lama kau? Apalagi yang kau nak ambik dari situ? Ni yang aku mula nak marah. Dah terang-terang si jantan tak guna tu dah ceraikan kau, lepas tu kau nak datang rumah tu balik. Kau ingat diorang kasi ke kau masuk rumah tu? Aku tak rasa diorang akan kasi punya malah dia akan halau kau keluar dari rumah tu.”marahnya tanpa mempedulikan kebanyakan mata yang memandang.

Dhia terkedu. “Ray, perlahan sikit suara kau. Kau pun janganlah emotional sangat. Tengok kat sekeliling, orang ramai pandang kau tau.”ujarnya dengan malu-malu. Segan pulak rasanya ada orang memerhatikan tingkah mereka berdua.

“Dah kau buat aku marah. “ jawab Rayyan Zikri selamba. “Aku tak suka kau pergi rumah lagi. Menyakitkan hati aje!”rengusnya.

“Aku pergi bersebab, Ray.”balasnya tanpa rasa bersalah. Dia meramas tangannya. Mengurangkan rasa gelisah di dada. Dia takut jugak nak khabarkan pada sahabatnya. Sudah jelas lagi nyata yang Rayyan tidak menyukai dia pergi ke rumah lamanya.

“Apalagi yang kau nak ambik dari rumah kau tu? Tak cukup ke apa yang ada kat rumah kau sekarang?”bulat mata lelaki itu menahan marah. Tak salah kan marah sahabat untuk kebaikan?

Dhia terdiam. Marah betul mamat ni kat dia! “Eh, aku nak ambik resume akulah! Minggu depan aku dah start kerja.”

Rayyan Zikri tergamam. “Kau nak kerja minggu depan? Cepatnya…!!”

Dhia mengangkat kening. “Salah ke aku kerja? Kau tak apalah, nenek kau boleh tanggung kau. Aku takde orang nak tanggung lagi. Baik aku cari kerja baru dari duduk rumah.”

“Kata nak kerja dengan aku? Mana janji kau?”tanya Rayyan sambil berpeluk tubuh. Dari dulu lagi mereka berjanji untuk bekerja bersama-sama. Sekarang ni, janji dah tak ditepati.

“Aku terpaksa mungkir janji, Ray. Aku betul-betul terdesak nak cari kerja ni.”

“Kenapa masa kau mintak kerja tu, kau tak mintak sekali untuk aku?”soalnya dengan nada bengang.

“Kat syarikat tu perlukan satu coordinator aje. Kalau ada dua tempat untuk coordinator, dah lama aku copkan untuk kau.”balas Dhia bersahaja.

“Ala, habis tu aku kena kerja sorang-sorang lah ni?”Rayyan Zikri merungut. Biasanya, Dhia yang selalu menemaninya makan apabila tiba waktu lunch dipejabat. Apabila Dhia sudah mendapat kerja di tempat baru ini, susahlah dia nak keluar makan dengan sahabatnya nanti.

“Kau kerja ajelah sorang-sorang. Kalau kau tak nak kerja kat tempat lain pun, kau kerja aje dengan abang kau. Abang Razree kan penaung kat syarikat nenek kau?”

“Abang Razree?”Rayyan Zikri berfikir seketika. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan abang kandungnya. Kata abangnya, dia malas mahu duduk dirumah besar itu. Asyik dikongkong nenek aje. Sebab itulah dia bertindak keluar dari rumah untuk meloloskan diri dari dikongkong neneknya.

“Yup. Abang Razree kan kerja kat syarikat nenek? Kau joinlah sekali kerja kat situ. Tak payah susah-susah nak cari kerja lain.”

“Aku tak biasalah kerja kat syarikat milik keluarga ni. Kau tahu kan, aku nak hidup berdikari. Aku tak nak perhabiskan duit nenek. Biarlah aku bergantung hidup dengan duit aku sendiri.”

Dhia menepuk dahi. “ Ya Allah. Kau ni…kalau kau kerja kat syarikat nenek pun, kau dapat jugak gaji macam kau kerja kat tempat lain. Kau dah jadi cucu kaya, kau tak nak gunakan sebaik-baiknya. Kalau aku, aku memang kerja aje kat syarikat nenek tu.”

“Dah tu, yang kau nak kerja kat syarikat lain kenapa pulak? Nenek aku kan ada company sendiri? Kau aje yang terhegeh-hegeh nak cari kat tempat lain.”balasnya sambil menyilangkan tangan.

“Aku bukan cucu nenek yang sebenar. Kau tu cucu ‘original’ nenek!” Dhia menuding jari telunjuknya kepada Rayyan.

Rayyan Zikri mengacip gigi. “Eleh, yang nenek panggil dia cu…cu… tu apa kebendanya? Cucu jugak kan?”ejeknya.

“Ala, yang cucu tu nama aje. Bukan cucu betul-betul pun.”sanggah Dhia.

“Nenek tu dah anggap kau macam cucu ‘original’ dia tau tak? Kau aje tak perasan kan hal ni. Lagipun, dia teringin nak ada cucu perempuan.”

Bersinar mata Dhia mendengarnya. “Wow! Bagus jugak tu. Boleh aku rampas harta nenek banyak-banyak. Yang kau cucu’original’ nenek tak dapat sesen pun.”dia ketawa mengekeh.

Rayyan Zikri membeliakkan mata. “Kau beranilah rampas harta nenek aku, aku tempeleng kau cukup-cukup.”katanya dengan riak.

“Tempelenglah kalau berani.”Dhia menjulurkan mukanya didepan Rayyan Zikri. Sengaja dia mencabar sahabatnya.

 Rayyan Zikri apalagi, mengepalkan penumbuk dan memukul perlahan pipi Dhia.

“Woi, apa ni! Sakitlah!”dengusnya geram.

“Eh, aku baru pukul sikit dah cakap sakit?”Rayyan Zikri mengerutkan dahi. “Manja jugak kau ni rupanya.”ejeknya.

“Sakitlah! Tempat yang kau pukul tu ada ulser tau tak? Memandai aje pukul pipi orang!”rungut Dhia perlahan. Sememangnya dia mempunyai penyakit ulser mulut sedari kecil lagi. Penyakit keturunanlah katakan. Minum banyak air pun tak guna jugak kalau penyakit tu memang dah wujud lama.

Rayyan Zikri tersengih-sengih sambil mengangkat kening. “Tau sakit. Lain kali jangan cabar aku, faham?”

Dhia mengeluarkan muncung panjangnya. “Mengada-ngada!”getusnya. Dia mula menjinjit beg tangannya. “Dahlah, aku malas nak layan kau! Kalau kau tak nak ikut aku pergi rumah Muzaffar, takpelah. Biar aku pergi seorang.”dia berdiri tegak dan mahu beredar dari situ. Duduk dengan lelaki ni buat dia sakit hati aje. Ingatkan lelaki ni boleh tolong dia dapatkan resume tu kat rumah bekas suami dia.

Rayyan Zikri mulai pelik. “Eeh, kau nak pergi Muzaffar tu sorang-sorang? Tak nak bawak aku sekali ke?”

“Kau kan marah aku tadi sebab pergi rumah dia? Lebih baik aku pergi sorang-sorang.”rengusnya.

Rayyan Zikri mengeluh . “Kau betul nak pergi rumah lama kau tu? Kau tak takut kena makin hamun dengan ibu mertua dan si Muzaffar tu?”katanya cuba menakut-nakutkan sahabatnya.

Dhia terdiam. Dia dah lali kena makin hamun dengan bekas suami dan ibu mertuanya ketika di majlis perkahwinan hari itu. Nak pergi sana buat kali kedua, mungkin dia sudah ada keberanian dalam diri.

“Tak mengapalah. Kau kan marah aku pergi sana tadi. Aku pergi sorang pun takpelah. Janji dapat resume aku.”tingkah Dhia.

Rayyan Zikri mengeleng-gelengkan kepala. Dia turut berdiri juga. Tubuhnya menghampiri Dhia. Dengan sengihan nakalnya, dia meluku kepala sahabatnya.

“Hah, ambik kau! Dah lama tak kena luku kepala dengan aku kan?”

Dhia mengadu kesakitan. Dia mengusap-gusap kepalanya yang diluku sahabatnya. “Sakitlah kepala aku, sengal. Tak malu ke luku kepala orang? Malu tau ramai orang kat sini.”

“Dah tahu, kenapa buat hal?”Rayyan Zikri mencebik.

“Aku mana ada buat hal. Kau aje yang buat hal dengan aku.”rajuk Dhia.

“Kau nak kena sekeh kepala dengan aku lagi ke? Bila masa pulak aku buat hal dengan kau?”mata Rayyan Zikri membulat.

“Yalah, aku ajak kau pergi rumah tu, kau bising-bising pulak.”jawabnya acuh tak acuh. Dia memandang ke sekitar lain. Pandang Rayyan Zikri menyakitkan hati aje!

Tidak semena-mena, Rayyan Zikri mengenggam erat tangannya lalu diheret dan dibawa ke kereta.

“Hesy, apa ni?!! Dhia mula malu dengan adegan pegang memegang diantara mereka berdua. Mesti pengunjung yang datang ke warung ini ingat mereka pasangan suami isteri. Padahal mereka hanya kawan baik sahaja!

“Kau masuk dalam kereta!”bentak Rayyan Zikri sambil membuka pintu kereta sebelah pemandu.

Dhia menelan air liur. Lelaki ni marahlah pulak!

Rayyan Zikri berlari anak masuk ke dalam perut kereta. Geram betul dia dengan sikap Dhia. Saja aje nak buat kepala dia tension!

Dhia membatukan diri. Dia mengetap bibir. Rayyan Zikri ni cepat betul berubah sikap! Totally different!

****

“Kenapalah lambat sangat orang depan ni?Huh! Kalau tak reti bawak kereta, baik duduk rumah aje. Sengal betul!”dengus Rayyan Zikri geram. Dia memukul stereng berkali-kali.

“Hey, Ray. Cuba bawak bersabar. Kan kita ada kat traffic light sekarang ni.”kata Dhia setelah agak lama mendiamkan diri dalam kereta ini.

“Aku bengang tahu tak. Agak-agaklah pemandu tu. Pergilah depan sikit. Kan banyak ruang kat depan tu. Sengaja nak bagi kereta belakang menyempit!”

“Please, Ray! Jangan begini. Kalau ya pun kau marah kat aku, janganlah marah pada pemandu kat depan tu. Aku tahu kau sengaja kaitkan pemandu kat depan tu dalam situasi sekarang. Kau nak marah kat aku, tapi kau tak dapat nak luahkan kemarahan kau kat aku. Kau luahkan kemarahan kau pada orang lain. Macam aku tak kenal kau.”cebik Dhia geram. Sikap sahabatnya ini memang sukar dijangka!

“Dah terang lagi benderang yang memang aku tak suka kau pergi rumah Muzaffar tu, kenapa kau degil hah? Kau memang suka naikkan darah aku kan?”lantang suaranya tanpa memandang Dhia. Dia memecut laju kereta yang berada dihadapannya tadi setelah lampu hijau bercahaya. Perasaan marahnya diluahkan melalui pemecutan kereta yang dibawa.

Dhia terdiam. Marah betul mamat ni kat dia! Nasib baik dia ada kat tengah highway sekarang ni, kalau tak, memang dah lama dia turun dari kereta ni. Asyik nak ikut kemarahan dia aje!gumamnya dalam hati.

“Kalau kau nak pergi, fine. Aku boleh ikut! Tapi kau harus ingat yang aku takkan masuk dalam rumah tu. Tidak sekali-kali aku akan masuk dalam rumah tu!”jawabnya dengan suara yang masih sama. Lanatang dan bengis.

Dhia tidak boleh bersabar lagi.“Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Aku dah kata nak pergi sorang aje kan? Yang kau terhegeh-hegeh nak ikut tu kenapa?”dia pulak yang membentak. Ingat dia sorang ajelah yang boleh marah sesuka hati. Orang lain tak boleh nak keluarkan kemarahan.

“Shit!”Rayyan Zikri memukul semula stereng keretanya.

Dhia terdiam sekali lagi. Dahsyat betul Rayyan Zikri marah. Takutnya…

*****

Tidak lama selepas itu, kereta Volvo Rayyan Zikri menghampiri kawasan perumahan Muzaffar. Dia tidak berhentikan keretanya di depan rumah lelaki tak guna itu sebaliknya dia menyembunyikan keretanya dari pandangan ‘orang-orang jahat’ dalam rumah dua tingkat itu.

“Dah sampai, keluarlah!”kasar sekali gaya bahasa yang dilontarkan Rayyan Zikri.

Dhia memandang tajam sahabatnya sebelum dia melangkah keluar dari perut kereta dengan kemarahan yang memuncak. Geram betul dia dengan sikap Rayyan Zikri.

Setelah Dhia menutup pintu kereta, Rayyan Zikri mengucap panjang. “Hah, nak pergi sangat kan, pergilah kau sorang-sorang.”katanya seorang diri.

****

Dhia berjalan kaki dengan rasa gementar yang amat. Serasa amat payah untuk menapak diri masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. Jika ada sahabatnya di sisi, pasti dia tidak akan takut sebegini rupa.

“Huh, tarik nafas Dhia. Kau harus kuat!”ngomelnya seorang diri. Terpaksa dia masuk ke rumah itu tanpa ditemani sesiapa.

Semakin hampir dengan rumah itu, dadanya berdegup hebat. Apalah reaksi orang rumah sekirannya dia datang tanpa diundang? Jika dilihat di drama atau filem tempatan, pastinya tetamu tak diundang akan dihalau keluar.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Kuatkanlah imanku untuk berhadapan dengan orang dalam rumah ini.

Apabila pintu pagar berjaya dibuka, jantungnya bagaikan terhenti seketika. Kakinya terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam.

Janganlah dia tengking aku, Ya Allah…desisnya dalam hati.

Dengan penuh berhati-hati, dia masuk dengan helaan nafas yang panjang. Pintu utama rumah ini nampaknya berkunci. Nak masuk ke tak nak?fikirnya sejenak.

“Boleh ke?”tanya dia sendiri.

“Eh, Dhia. Bukan kau ada kunci rumah ni ke?”sampuk satu suara yang tidak dia ketahui.

Dhia terpana. Benar! Dia ada kunci pendua rumah ini. Masih tersimpan elok di dalam handbagnya. Dengan pantas, dia mengeluarkan kunci pendua itu lalu digenggam erat.

“Ada baiknya aku bukak sendiri.”telahnya. Nampaknya orang rumah mungkin tidak perasankan kehadirannya disini. Diteliti setiap kunci yang terdapat ditangannya.

Sebaik sahaja kunci pintu utama dijumpai, dia memegang tombol pintu dengan kejap. Tangan kirinya yang memegang kunci pendua itu segera dicucukkan ke tempatnya.

Dengan sekali masuk, Dhia berjaya membuka pintu itu. Lagaknya seakan pencuri pula. Datang tanpa diundang, masuk tanpa meminta kebenaran.

“Alhamdulilah…dapat jugak aku bukak pintu ni.”keluhnya perlahan diiringi dengan ucapan syukur.

“Nurul Haifa Nadhiya! Apa kau buat kat sini, hah?!!”satu jeritan dari belakang memeranjatkan Dhia. Tidak sanggup dia pandang ke belakang.

Siapakah itu?

 

 

6 ulasan:

eida wahida berkata...

Sape kt blakg tu!!bekas mak mertua ke muzaffar??ah suspen je..kecut perut dhia kejap..hehe,best dik eya..smbg lg dik..

Unknown berkata...

alhamdulilah..akk ckp best jgk!
jeng2..siapa tu?

lee jee joong berkata...

ik sape tu eya? bini dia ke? tak temakan kan laki nye kat spital? ke xmertua dia?? best dek lagi2.. :)

Unknown berkata...

aha..kne tnggu!
haha

Ruunna Qizbal berkata...

smbng lgi.... eh sapa sebut nma dia?
haha

Nur Daeya berkata...

sape sbut nme dia ye? suspen2..haha