Rabu, 20 Mac 2013

BAB 27 Berilah Sayang Peluang



Nur Adriana memberhentikkan keretanya di luar kawasan rumah dengan satu keluhan yang panjang. Dia keliru dengan perasaannya ini. Kata hati tidak merelakan dia pergi tetapi tubuhnya tetap pergi dari situ. Sungguh! Dia bimbangkan kesihatan Zeril Iskandar. Rasanya belum puas dia bercakap dengan lelaki itu.

Tatkala kakinya menapak keluar dari kereta, kelibat ibu tirinya kelihatan di ampaian baju yang bersebelahan dengan motorsikal ayahnya. Aik? Ayah tak pergi surau ke? Awal betul ayah balik?soalnya sendiri. Kebiasaannya ayah akan pulang selepas pukul 8 pagi dengan membawa motorsikal.

“Amboi…anak dara tua ni baru balik dari disko eh? Dah tak reti nak duduk rumah agaknya perempuan ni.”sindir Puan Farzana dengan selamba. Dia mengambil sehelai baju di dalam bakul bulat berwarna merah lalu mengibas pakaian itu sebelum menyidainya di ampaian.

Tersirap darah Nur Adriana apabila dipanggil anak dara tua. Dah tuakah dia? Rasanya belum lagi. Umur dia pun baru 26 tahun. Dia mencekak pinggang.

“Kau tak puas-puas lagi kan nak kritik kehidupan aku? Aku anak dara tua ke, janda ke…itu masalah aku! Kau tak payah busy body pasal hidup aku.”balasnya dengan nada kasar.

“Aku punya mulut, aku punya sukalah.”kata Puan Farzana dengan riak. Dia meneruskan menyidai baju hingga pakaian di dalam bakul habis.

“Dasar perempuan tak tahu malu. Dahlah terhegeh-hegeh dengan ayah aku. Patutlah ayah aku terima peminangan kau.”ujar Nur Adriana sinis.

Mata Puan Farzana membulat. Terhenti kelakuannya untuk menghabiskan menyidai baju. Macam mana perempuan ni boleh tahu pulak? Siapa yang bagi tahu dia ni? “Kau cakap apa ni hah? Bila masa pulak aku melamar ayah kau? Kau jangan memandai nak reka cerita. Aku tak suka!”katanya dengan sedikit kalut.

Nur Adriana tergelak sinis. “ Kau suka ke tak suka ke, itu belakang cerita. Apa yang penting, aku tahu kau yang melamar ayah aku. Oh! Dalam diam kau ni kategori perempuan gatal jugak erk? Menyesal aku tak tengok kau melamar ayah aku depan rumah ni. Kalau tak, memang aku boikot kau habis-habisan dari awal perkahwinan kau sampai ke hari ini!”bentaknya habis-habisan. Patutlah ayah cepat terima pinangan perempuan tak guna ini selepas ibu meninggal.

Puan Farzana menghampiri anak tirinya dengan pandangan yang menjelikkan. “Kau kenapa nak pandang serong terhadap aku? Salah ke seorang perempuan melamar seorang lelaki? Yang kau tu, dah putus tunang dengan Wan Zubair masih lagi nak teruskan hubungan kau dengan dia? Perangai tak semenggah. Ada hati nak menilai orang lain!”balasnya kasar.

Pertarungan diantara mereka bermula namun itu hanya sementara. Ada insan yang mengganggu pertelingkahan mereka berdua.

“Nur Adriana!” sahut seseorang tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri.

Nur Adriana dan Puan Farzana sama-sama tergamam. Mereka berdua segera berpaling ke sisi. Kelibat seorang lelaki tegap berkot hitam labuh datang dengan senyuman sinis kemudian terus mendekati Nur Adriana.

Puan Farzana bagaikan terpukau melihat lelaki yang berdiri hampir dengan perempuan banduan itu. Alahai, kacak sungguh budak ini ! Boleh buat menantu ni.detiknya dalam hati.

Nur Adriana terpana. Lelaki ini begitu menakutkan! Tanpa memberi salam atau memperkenalkan diri, lelaki ini terus menghampirinya. Siapakah lelaki ini? Pernahkah mereka bertemu sebelum ini?soalnya dalam hati.

 Dengan keberanian yang jelas lagi nyata dia terus menendang ‘angry bird’ lelaki itu. Hah, rasakan! Baru lelaki itu tahu dia bukan perempuan yang lemah.

“Auch!! Sakitlah.”jawab Madz Hazrul dengan gaya meneran. Terduduk dia di atas simen itu.

“Hah, tahu sakit! Lain kali bagilah salam dulu, brader. Kita orang islam. Salam tu penting. Jangan nak main dekat-dekat pulak.”bentak Nur Adriana kasar.

Puan Farzana yang sedang terleka di dunia fantasi tersedar dari lamunan apabila mendengar suara kesakitan lelaki kacak itu. Cepat-cepat dia menyabarkan anak tirinya.

“Adriana sayang…jangan kasar sangat. Tengok apa kamu dah buat? Terduduk dia kat atas simen. Cuba jadi perempuan sikit. Nanti lelaki suka.”katanya dengan selembut yang mungkin. Sengaja mahu mengambil hati lelaki itu semula. Tangan anak tirinya ditarik perlahan.

Nur Adriana bagaikan tidak percaya ibu tirinya boleh berkata begitu dengannya. Lembut betul! Rasa dia tidak bermimpi di pagi hari kan?

“Lepaskan tangan aku!”rengusnya kasar. Apahal pulak perempuan tak guna ni tiba-tiba baik dengan aku? Eeii…rasa geli geliman-pulak. Omelnya dalam hati.

“Maafkan dia, encik. Dia ni kasar sikit. Maklumlah…bekas pelajar silat. Itu yang kasar macam orang lelaki. Tapi dalam hati ada taman.”kata Puan Farzana sambil tersengih-sengih.

Madz Hazrul memandang Nur Adriana tajam. Perempuan ini sudah mempunyai kekasih hati ke? Nampaknya dia terlepas peluang! Siapalah yang bertuah mendapat hati perempuan ini?

“Yang kau pandang aku, kenapa? Nak kena lagi ke?”sergah Nur Adriana tanpa rasa takut.

“Awak tolonglah bangunkan saya. Saya tak mampu nak berdiri tegak. Sakit awak tahu tak?”

Nur Adriana berpeluk tubuh lalu mengerling kearah lain. “ Padan muka! Siapa suruh dekat dengan aku? Kan dah kena sebijik!”Tak hingin dia nak guna tangan dia untuk bantu lelaki ini.

Puan Farzana tanpa dipinta terus menghulurkan bantuan mengangkat lelaki itu dari duduk di simen.

Nur Adriana mengerutkan dahi. Eheh…apa kena dengan perempuan ni? Semangat betul dia nak tolong lelaki ni.

Terpinga-pinga Madz Hazrul dibuatnya. Dia bangun dengan kesakitan yang masih terasa. Handal betul perempuan ni sepak ‘angry bird’ dia.

“Terima kasih, Puan.”ucap Madz Hazrul seraya menundukkan kepala.

Nur Adriana menjeling dengan ekor matanya. Ucap thank you pun nak tunduk kepala ke? Cakap ajelah. Nak tunduk-tunduk macam jumpa orang kenamaan buat apa?dengusnya dalam diam.

“Tak apa. Bukan susah mana pun.”ujar Puan Farzana dengan sengihan yang melebar.

‘Eheh..perempuan ni ada jugak yang kena cepuk karang.’ngomel Nur Adriana dengan cebikan di bibir.

“Puan, saya nak jumpa dengan anak puan boleh? Ada hal yang saya nak cakapkan pada dia.”katanya dengan terus-terang. Saki hatinya pada Nur Adriana terpaksa ditolak tepi kerana ada yang lebih penting daripada itu.

“Hah? Kamu nak jumpa Nur Adriana? Kenapa Mak cik tak boleh dengar sekali ke?”soal Puan Farzana dengan keluhan kecil.

“Tak boleh, mak cik. Ini perkara mustahak. Antara saya dan Nur Adriana sahaja yang boleh tahu.”jelas Madz Hazrul.

Sekali lagi Nur Adriana mengerutkan dahi. Perkara mustahak? Bila masa pulak aku ada kaitan dengan dia ni sampai ada perkara mustahak kena bincangkan?gumamnya.

“Err..nampak macam mustahak sangat.  Tak apalah, mak cik masuk dulu. Nak bagi suami makan pagi. Karang tak bagi, marah pulak dia nanti.”jawabnya dengan senyuman yang masih tidak lekang dibibir. Dia mengangkat bakul kosong di atas simen dan membawa ampaian bergerak ke tengah kawasan rumah. Harap pakaian yang dijemur akan kering tengah hari nanti.

Usai dia meletakkan ampaian bergerak itu, dia menghampiri anak tirinya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Nur Adriana sudah memandang lain macam.

“Dalam diam kau ye…,”bisik Puan Farzana dengan nada sinis.

Nur Adriana mengerling sekilas seraya dia menolak kasar tubuh badan ibu tirinya. Hah, rasakan!

Puan Farzana merengkot kesakitan. Mujur dia tak tersembam jatuh ke simen tadi. Kalau tak, malu aje! Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah.

Sesudah ibu tirnya masuk ke dalam rumah, Nur Adriana menjeling tajam. “Hah! Sekarang kita berdua aje ada kat sini. Kau nak cakap apa dengan aku?”kasar sekali gaya bahasa yang ditonjolkannya.

Madz Hazrul mengangkat kening. Cakap kasar pulak perempuan ni. Dia tak tahu lagi aku cakap kasar macam mana. cebiknya dalam hati.

This place is not appropriate to discuss. Can we talk somewhere else?”dia perlu berlembut dengan perempuan ini. Jika tidak, rancangannya untuk memberikan habuan RM 10,000 tidak kesampaian.

Nur Adriana pula yang mengangkat kening. “Tak boleh cakap kat sini ke? Aku mengantuk, nak tidur ni.”dia buat-buat menguap. Sengaja mahu membakar perasaan lelaki ini.

“Tak boleh. Aku tak mahu sesiapapun dengar apa yang kita bualkan.”tegas suara Madz Hazrul. Dia tahu perempuan ini sengajamahu kelentong dirinya. Sajalah tu nak buat-buat menguap padahal dia tahu perempuan itu tidak mahu berbual dengannya.

Oh, dah mula cakap ‘aku’ ni. Tak payah nak cover bahasa sangatlah kan! “ Kalau aku tak nak pergi, macam mana? Kau nak marah aku ke?”ujar Nur Adriana dengan nada riak.

“Aku akan dukung kau masuk dalam kereta aku. Aku bawak kau pergi rumah aku dan aku akan ikat kau sampai kau tak boleh bernafas!”ugut Madz Hazrul.

Nur Adriana menelan air liur. Uikss…garang jugak mamat ni. Eeii…takut pulak aku. Gumamnya.

“Yelah…yelah.” Akhirnya dia terpaksa mengalah. “Tapi dengan syarat! Kau naik kereta kau, aku naik kereta aku. Bawak asing-asing.”katanya dengan suara mendatar.

“Bagus! Tapi sebelum tu…aku nak memperkenalkan diri aku dulu. Aku, Madz Hazrul…pembantu peribadi Datin Zafiah. Masih ingatkah lagi nama itu dalam fikiran kau?”

Tertelan air liur Nur Adriana buat kali kedua. Pembantu Peribadi Datin Zafiah? Yang hari tu dia jumpa kat lobi utama tu?

“Kau…Madz Hazrul? Yang cakap dengan aku kat telefon tu? Kau?!!”terbeliak matanya.

“Yes. Dan kau jangan buat-buat lupakan aku pulak. Kita pernah bertembung buat pertama kali dekat lobi utama Hospital Serdang. Aku harap kau ingat pertemuan pertama kita.”ujarnya sinis.

Aduh…macam mana aku boleh buat-buat lupa ni? Patutlah mamat ni nak bincang perkara mustahak. Ini tidak lain tidak bukan berkaitan Zeril Iskandar ni!

“Jom…jom! Kita bincang kat tempat lain. Kat sini tak sesuai untuk kita berbincang.”ajak Nur Adriana laju-laju. Seboleh mungkin dia tidak mahu salah seorang daripada ahli keluarganya tahu tentang apa yang berlaku padanya sebelum ini.

My pleasure.”balas Madz Hazrul tenang. Dalam kasar-kasar Nur Adriana, dia tahu perempuan itu lemah bab ugutan ni. Huh! Nasib kaulah Nur Adriana!

Mereka berdua keluar dari rumah itu.

Tanpa mereka sedar, ada mata yang melihat tingkah mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan Puan Farzana!

*****

“Kenapa kita mesti berbincang dalam hotel? Kalau kat warung kan lebih bagus? Dah takde tempat lain ke nak bincang?”sindir Nur Adriana sebaik sahaja menjejakkan kaki ke hotel mewah Palace Golden Horses. Beberapa hari lepas dia ada pergi di situ dengan bekas tunangnya, Wan Zubair. Rasa malas pulak nak datang sini balik. Yelah…kenangan bersama bekas tunang.  Mana boleh nak ingat-ingat.

Madz Hazrul tersenyum sinis. “Tak salah kan kalau kita berbincang kat sini? Apa class makan di warung? Nonsense!”jawab Madz Hazrul selamba.

Terbeliak mata Nur Adriana mendengarnya. “Wah…over jugak kau ni. Nak jadi high class sangatlah kan? Yelah… Orang kebanyakan macam aku ni susah betul nak makan kat tempat high class macam hotel ni. Kalau kau rasa nak berbincang sangat kat hotel high class ni, kau bincanglah sorang-sorang. Aku tak nak!”balasnya sambil berpeluk tubuh. Air cond lobi utama hotel mewah ini menyapa tubuhnya. Terasa berada di luar negara gamaknya. Sejuk betul!

Mereka masuk ke dalam hotel itu dengan disambut penyambut tetamu yang berdiri didepan lobi utama hotel mewah ini. Nur Adriana dan Madz Hazrul tunduk kecil sambil mengukir senyuman manis.

“Tak salah kan aku demand? Aku cakap demi kepentingan aku sendiri. Aku dah lama tak makan kat warung semenjak aku jadi pembantu peribadi Datin Zafiah. So what?”kata Madz Hazrul dengan riak angkuh.

Nur Adriana ternganga. Biar betul mamat ni tak makan kat warung? Kesian…kesian. Mesti dah lupa masakan kampung macam mana rupanya. Yalah…duduk dengan orang kaya, mana makan semua tu.

“Kau asal orang kampung kan?”tanya Nur Adriana sambil memandang Madz Hazrul.

“Kalau aku asal orang kampung, kenapa? Ada aku susahkan kau?”

Nur Adriana terdiam. Dahsyat jugak ayat mamat ni. Dua kali lima sama mulut dengan aku.desisnya dalam hati.

“Sekarang ni aku nak kau tutup mulut kau! Jangan banyak cakap. Kita duduk dulu. Lepas tu kau nak cakap...cakaplah puas-puas.”

Nur Adriana menjeling tajam lelaki itu. Eeii..ada jugak aku sumbat sambal belacan banyak-banyak! Rengusnya dalam diam. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Banyak cakap karang, lelaki ni marah dia pulak.

Penyambut tetamu yang merupakan seorang wanita telah membawa mereka ke satu tempat yang terletak di ground level hotel mewah ini. Dia hanya ikut sahaja. Dipandang lelaki itu sedang sibuk bercakap dengan penyambut tetamu itu. Gaya percakapan lelaki itu menarik perhatiannya.

Cara cakap macam ahli politik sedang berhujah! Nampak kelakar pun ada. Siap tangan kanan lelaki itu terangkat ke atas.

Tapi dia hairan, tangan lelaki itu bagaikan menyembunyikan sesuatu benda. Dia memerhatikan penuh khusyuk benda di genggaman lelaki itu. Sepertinya, sampul surat putih bersaiz A5.

Kepalanya diasak dengan pelbagai persoalan. Adakah surat itu ada kaitan dengannya? Jika ya, apa benda erk?

9 ulasan:

eida wahida berkata...

Duit kot!!xpun tawaran keje jdi penjaga khas zeril..like22222xxx....

Unknown berkata...

haha..duit2..
tggu smbungn seterusnya.. ;)

Eijan berkata...

1. Kenapalah Ariana ni GANAS sgt....dah Mcm samseng kg Dusun Pulak...
2. Walaupun mak tiri tu bencikan dia...dia masih x sesuai nak buat sesuatu yg menyebabkan dia jadi anak derhaka.
3. Tapi mmg tak jemu baca...keep on update

lee jee joong berkata...

sikit nye dek hehehe nak lagi

Unknown berkata...

kak Eijan..
Adriana kan bekas pesilat..dbb tu d GANAS!!hehe
Dia kne beralah dgn ibu tiri dia skrg ni. sbb klao ayah d tahu..abislah dia!
tq ye kak sbb sdi baca!
lov ur komen!

Unknown berkata...

kak Eida sayang.. ;) hehe
sikit ye kak?haha
eya nk cbe buat pnjgn2..tp tgk dlu mcana.. ;)
truskan mmbaca kak ;)

Ruunna Qizbal berkata...

smbng lgi♥♥♥

Unknown berkata...

insyallah, akk akn smbung..tggu ye.. ;)

Idha_chunhyang berkata...

Ganas nya... :D